Isnin, 13 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Melaka tawar 77,351 pekerjaan

Posted:

Melaka tawar 77,351 pekerjaan

Melaka tawar 77,351 pekerjaan

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 12 Jun - Sebanyak 77,351 peluang pekerjaan dalam pelbagai jawatan disediakan menerusi sektor perindustrian di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, masih banyak peluang pekerjaan ditawarkan di Melaka khususnya dalam sektor industri dengan menawarkan banyak jawatan kosong yang boleh diisi pekerja tempatan.

Menurutnya, rakyat tempatan khususnya golongan penganggur di negeri ini perlu mengambil kesempatan mengisi kekosongan tersebut bagi mengelakkan ia diisi oleh warga asing.

''Pada masa yang sama, kita memerlukan kerjasama majikan dalam sektor terlibat agar mengutamakan pengisian kekosongan jawatan tersebut kepada rakyat tempatan yang memerlukan pekerjaan," katanya di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan mereka yang masih mencari pekerjaan agar melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran biarpun mempunyai pendidikan akademik.

Sementara itu, Mohd. Ali berkata, penubuhan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) bertujuan memastikan usaha pembangunan negeri itu dapat dilaksanakan dengan baik.

Katanya, penubuhan agensi itu memberi impak besar kepada negeri itu khususnya dalam pembangunan sektor perindustrian, industri kecil dan sederhana serta pembangunan hartanah.

Beliau yang juga pengerusi PKNM berkata, setakat ini, PKNM memajukan 10 kawasan industri dan 25 kawasan industri kecil sederhana di seluruh negeri melibatkan pelaburan RM23 bilion.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tan Soon Hua Badang Melaka

Posted:

Tan Soon Hua Badang Melaka

Tan Soon Hua Badang Melaka


Tan Soon Hua diapit Anas Sabirin Hussin (kanan) dan Khairul Anwar Othman di Melaka, semalam.


MELAKA 12 Jun - Kegagahan seorang kontraktor menempuhi empat cabaran termasuk mengangkat beban berat membolehkannya dinobatkan sebagai juara Pertandingan Badang sempena Pesta Sungai Melaka 2011 di Taman Rempah, di sini, hari ini.

Kejayaan bapa kepada seorang anak itu, Tan Soon Hua, 40, sekali gus melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM500, sebuah televisyen LCD 37 inci berserta hamper, plak, piala dan sijil penyertaan.

Dia yang berasal dari Batu Berendam di sini sebelum itu berjaya melepasi tiga cabaran di peringkat saringan iaitu menarik dan menolak tayar treler serta mengangkat tong deram berisi air sejauh 30 meter.

Bagi acara peringkat akhir yang menentukan pemenang, dia perlu menarik sebuah trak tentera sejauh 30 meter menjadikan dia berjaya menamatkan kesemua empat cabaran itu dalam masa dua minit 14 saat.

Soon Hua ketika ditemui berkata, sifat yakin pada diri adalah kunci kepada kemenangannya itu.

"Saya tidak membuat persiapan khusus untuk menyertai pertandingan ini, malah saya tidak tahu pun bentuk cabaran yang perlu ditempuhi.

"Sebaliknya saya hanya meneruskan rutin senaman harian iaitu berjoging. Apa yang penting, kita perlu yakin pada diri sendiri," katanya yang juga aktif dalam sukan gusti lengan.

Pertandingan anjuran Perbadanan Kemajuan Tanah dan Adat Melaka (Pertam) itu turut menyaksikan kemenangan dua komando dari Kem Tentera Sungai Udang di sini yang memenangi tempat kedua dan ketiga.

Tempat kedua menjadi milik Anas Sabirin Hussin, 26, yang membawa pulang mesin basuh automatik dan wang tunai RM300 manakala Khairul Anuar Othman, 30, di tempat ketiga dengan menerima hadiah penyedut hampagas dan wang RM100.

Turut memeriahkan pertandingan itu ialah cabutan bertuah yang menyediakan hadiah televisyen LCD 32 inci, penyedut hampagas dan 40 hamper serta 10 tiket percuma menaiki bot Melaka River Cruise kepada pengunjung.

Ia adalah sebahagian daripada acara untuk memeriahkan sambutan Pesta Sungai Melaka 2011 dan membantu mencapai sasaran 500,000 pengunjung selama sebulan pesta tersebut berlangsung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuanku Muhriz hadiri majlis perkahwinan anak lelaki SUK

Posted:

Tuanku Muhriz hadiri majlis perkahwinan anak lelaki SUK

Tuanku Muhriz hadiri majlis perkahwinan anak lelaki SUK


Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersama Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat ke majlis perkahwinan Muhammad Afiq Mat Ali dan Nur Husna Mohamad di Seremban, kelmarin. Turut hadir Mohamad Hasan.


SEREMBAN 12 Jun - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan di sini, semalam.

Keberangkatan baginda bersama Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud di kediaman rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu disambut oleh Datuk Mat Ali dan isteri, Datin Paezah Ismail.

Turut hadir Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Kelana Petra Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Ghani; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin selain barisan Exco kerajaan negeri, para pegawai, saudara mara dan kenalan kedua-dua mempelai.

Tuanku Muhriz kemudiannya berkenan untuk santap bersama pengantin, Muhammad Afiq Datuk Mat Ali, 25, dan pasangannya, Nur Husna Mohamad, 25, serta keluarga kedua-dua belah pihak pengantin.

Kedua-dua pengantin yang berada di tahun akhir dalam bidang pengajian perubatan di Universiti Manipal di Melaka berharap perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Pasangan mempelai berkenaan selamat diijabkabulkan pada 12 Mac lalu di kediaman keluarga pengantin perempuan di Bukit Beruang, Melaka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved