Selasa, 25 Jun 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Johor DT sia-sia peluang, NS tergelincir ke Liga Perdana

Posted: 25 Jun 2013 12:10 PM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI
AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU - Johor Darul Takzim gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 pada saingan Liga Super menentang Felda United, tatkala pendahulu liga Lions XII juga menerima nasib yang sama ditambat 1-1 bertemu Perak.

Keputusan seri itu juga menyaksikan Johor Darul Takzim hilang tempat kedua kepada Selangor yang mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas PKNS dari segi kelebihan jaringan.

Sementara itu, Negeri Sembilan tersingkir ke Liga Perdana musim depan selepas mereka tewas 1-2 kepada T-Team dalam pertemuan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, meskipun tanpa enam tonggak utama, Johor DT masih mampu menguasai perlawanan dan pemain gantian mereka, Muhd. Haidin Azman menceriakan para penyokong apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-64 selepas menolak masuk bola hantaran Nurul Azwan Roya.

Bagaimanapun, harapan tuan rumah untuk mengutip tiga mata penuh berkecai apabila Felda United menyamakan kedudukan pada minit ke-83 selepas pemain gantian, Rudie Ramli berjaya menanduk masuk hantaran lintang Mohd. Azmi Muslim.

Di Stadium Perak, pasukan tuan rumah berjaya menghalang hasrat pelawat, Lions XII untuk membawa pulang tiga mata penuh, Perak berada di depan pada minit ke-59 melalui Paulo Rangel namun Shahfiq Ghani berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Lions XII pada minit ke-77.

Berlaku sedikit kekecohan di penghujung perlawanan apabila pemain kedua-dua pasukan saling tolak-menolak antara satu sama lain.

Di Stadium Shah Alam, Selangor berjaya mencatat kemenangan tipis 2-1 untuk melonjak ke tangga kedua namun mereka dikejutkan dengan jaringan tuan rumah, Nizad Ayub pada minit ke-14 sebelum Mohd. Raimi Mohd. Nor menambah dua gol pada minit ke-63 dan 70.

Di Stadium Sultan Muhammad IV, pula Kelantan berjaya menumpaskan Pahang 2-0. Ketua pasukan, Mohd. Badhri Radzi menjaringkan gol pertama pada minit ke-45 dan gol kedua daripada Muhammad Zamri Ramli selepas pemain tersebut menyudahkan susulan rembatan rakan sepasukan Mohd. Nor Farhan yang berjaya diselamatkan oleh Khairul Azhar sebelum itu.

Keputusan lain menyaksikan ATM dan Terengganu seri 1-1 dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, gol tuan rumah dijaringkan Christie Jayaselan pada minit ke-65 dan pasukan pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-79 melalui, Farderin Kadir.

Penyokong Kelantan mengamuk

Posted: 25 Jun 2013 12:10 PM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

SEBAHAGIAN penyokong The Red Warriors memecah masuk pintu utama Stadium Sultan Muhammad IV selepas gagal membeli tiket di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU - Ribuan penyokong The Red Warriors yang berang merempuh pintu utama stadium selepas tiket perlawanan akhir Piala FA habis dijual dalam tempoh lima minit sejurus kaunter jualan mula dibuka 9.30 pagi, semalam.

Situasi tersebut menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong The Red Warriors yang kebanyakan mula beratur di kaunter jualan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini seawal pukul 6.30 pagi untuk membeli tiket tersebut.

Mereka yang ditemui meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang disifatkan tidak berlaku adil dengan tindakan tersebut.

Seorang penyokong, Mohd. Hamdan Abdul Mutalib, 37, mempersoalkan bagaimana tiket tersebut boleh habis dijual dalam tempoh lima minit sebaik sahaja kaunter jualan dibuka.

Menurutnya, dia hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan tiket mula dijual kepada penyokong mulai semalam.

Ini bukan kali pertama masalah ini berlaku. Setiap kali Kelantan beraksi pada perlawanan akhir kejadian ini pasti berulang dan saya teramat kecewa dengan tindakan KAFA ini.

Selaku penyokong saya rasa tertipu dengan tindakan ini. Saya beratur seawal pukul 7 pagi semata-mata untuk mendapatkan tiket final, namun apa yang ada hanyalah tiket perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Pahang.

Tindakan KAFA berbuat demikian bukanlah sesuatu yang bijak. Tiket final sepatutnya dijual secara berasingan dengan perlawanan biasa, ini bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di kaunter jualan," katanya di sini, semalam.

Mohd. Hamdan mendesak KAFA memberikan penjelasan kepada penyokong berhubung insiden tersebut.

Seorang lagi penyokong, Nurul Azuan Zulkifli, 23, memberitahu apa yang mengejutkannya, ada beberapa individu yang bertindak sebagai ulat menjual tiket final dengan harga tinggi daripada harga asal.

Saya terkejut, bagaimana ulat boleh mendapat tiket-tiket final, sedangkan pengumuman yang dibuat pada pukul 10.30 pagi memberitahu tiket telah habis terjual.

Bukan itu sahaja, tiket tersebut dijual dengan harga antara RM45 hingga RM80 untuk sekeping," ujarnya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lebih 1,000 penyokong Kelantan beratur panjang untuk membeli tiket final, bagaimanapun gagal selepas tiket berkenaan habis dalam tempoh lima minit.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


3 beradik, ibu jadi mangsa dera

Posted: 25 Jun 2013 12:10 PM PDT

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

Kanak-kanak lelaki mangsa dera bapa tirinya yang mengalami kecederaan teruk di kaki kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 25 Jun - Tiga kanak-kanak lelaki dipercayai didera oleh bapa tiri mereka sejak beberapa bulan lalu dan seorang daripada mereka kini kritikal ketika ditemui bersendirian terkurung di rumah dalam keadaan kelaparan serta tidak bermaya, petang semalam.

Sepasukan anggota polis dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menemui kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ketika menyerbu sebuah rumah di Taman Perumahan Gong Badak dekat sini kira-kira pukul 5 petang hasil maklumat daripada seorang pengadu.

Ketika ditemui, terdapat kesan dicucuh puntung rokok di sekitar perut, kesan melecur, bengkak, luka di kaki serta lebam di bahagian mata malah sebahagian lukanya telah dijangkiti kuman.

Dua lagi adiknya berusia lima dan dua tahun setengah yang turut mengalami beberapa kesan melecur pula ditemui pada pukul 12 tengah hari tadi ketika mereka bersama suspek yang berusia 25 tahun dan ibunya, 28.

Suspek dan ibu kanak-kanak itu yang positif dadah ditahan polis tidak sampai 24 jam di sekitar kawasan perumahan berkenaan selepas penemuan anak sulung mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan, memberi gambaran kanak-kanak malang itu ditemui dalam keadaan sangat menyedihkan dan mengadu kelaparan.

"Ketika polis tiba di rumah sewa keluarganya, pagar didapati berkunci dan pihak polis meminta pemilik asal rumah berkenaan membuka rumah sebelum menemui seorang kanak-kanak di dalam.

"Dia kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dirawat dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana keadaannya dilaporkan stabil manakala dua lagi adiknya ditempatkan di wad kecemasan," katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan ibu mangsa berkahwin dengan suspek yang bekerja sebagai buruh sejak 10 bulan lalu selepas kematian suami pertamanya yang berasal dari Johor kira-kira tiga tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

Mengulas lanjut, Manoharan berkata, polis difahamkan ibu mangsa yang mengetahui anaknya didera itu bagaimanapun takut untuk berbuat apa-apa apabila dia dipercayai turut didera oleh suspek berkenaan sehingga patah tangan dan dibawa suspek ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan sejak beberapa hari lalu.

Menurut beliau, menyedari pihak polis telah mengetahui perbuatannya, suspek bertindak melarikan isterinya yang sedang dirawat di hospital bersama dua lagi anak tirinya, namun berjaya ditahan tengah hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak kerana mendera dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Supritendan Najuri Saibol di talian 016-3989237 atau Pegawai Turus Bahagian Seksual Kanak-kanak, Asisten Supritendan Marina Hashim, 012-6766840.

SKMM siasat kes terbaharu hina nabi

Posted: 25 Jun 2013 12:10 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 Jun - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan berhubung kenyataan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW oleh seorang pengguna laman Facebook bernama 'Sally Yen'.

Ketua Komunikasi Strategiknya, Sheikh Raffie Abd. Rahman berkata, SKMM sentiasa berwaspada dan memberikan perhatian serius terhadap perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, perkembangan siasatan masih belum boleh didedahkan kerana perkara itu membabitkan banyak perkara yang saling berkaitan.

"Kita tidak tahu sama ada 'Sally Yen' itu akaun sebenar ataupun palsu. Sekiranya palsu, siasatan akan mengambil masa kerana sukar untuk mengenal pasti individu di sebalik akaun berkenaan.

"SKMM siasat, bukan kami tidak siasat tetapi harus faham bahawa perkara seperti ini sedikit rumit. Buat masa ini tiada maklumat boleh didedahkan dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang terhadap pihak terbabit sekiranya benar didapati bersalah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang tindakan seorang wanita bernama 'Sally Yen' yang bertindak biadab apabila menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui laman Facebook.

Bagaimanapun, difahamkan nama serta gambar profil 'Sally Yen' yang dipaparkan sekadar untuk mengaburi mata orang ramai kerana dipercayai pemilik sebenar akaun Facebook tersebut ada kaitan dengan tentera siber Red Bean Army.

Mengulas lanjut, Sheikh Raffie menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebar luas perkara seumpamanya sama ada menerusi laman sosial atau e-mel memandangkan tidak tahu sejauh mana kesahihannya.

"Ini satu masalah. Kadang-kadang orang ramai tidak tahu betul ke tidak perkara itu tetapi terus menyebar luas kepada rakan-rakan yang lain, ini perkara tidak sepatutnya dilakukan.

"Perkara pertama mereka perlu lakukan sepatutnya laporkan kepada Facebook supaya perkara itu tidak disebar luas kepada pihak lain dan pada masa sama, SKMM boleh menjalankan siasatan. Hal ini kerana kami sentiasa berwaspada dengan perkara sebegitu," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kolaborasi kolej bersama 9 institusi

Posted: 25 Jun 2013 12:10 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

ABU Bakar Mat Tai (duduk lima dari kiri) bersama dengan wakil institusi pendidikan dan industri selepas menandatangani perjanjian kerjasama kepakaran latihan dan pengurusan, di Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 25 Jun - Kolej Komuniti Jerantut (KKJ) merintis kerjasama kepakaran dan pengurusan dengan sembilan institusi pendidikan serta industri menerusi Program Kolaborasi antara kolej itu dengan pihak berkenaan di sini baru-baru ini.

Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) itu disempurnakan Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris di sini.

Yang turut hadir, Pengarah KKJ, Abu Bakar Mat Tai dan Pengerusi Program yang juga Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat kolej berkenaan, Azhani Hasibah Ab. Karim.

Program itu mendapat kerjasama daripada institusi seperti Khazanah Danau Rimba, Persatuan Ikan Sangkar Jerantut Feri, Sekolah Menengah Agama (SMA) Pulau Tawar, Klinik Cure & Care 1Malaysia, Hotel Darul Makmur.

Turut serta dalam kerjasama tersebut ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerantut, Madrasah al-Fatihah, Pejabat Felda Wilayah Jengka dan Koperasi Tunas Lada Jerantut Berhad.

Azhani Hasibah berkata, program berkenaan bertujuan berkongsi kepakaran sebagai acuan pendidikan dan latihan kepada masyarakat khususnya pelajar lepasan sekolah serta belia yang tercicir dalam bidang akademik.

"Kerjasama ini merupakan antara agenda memantapkan pelaksanaan latihan keusahawanan dan merupakan platform pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan semua kolej komuniti di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Menurutnya, usaha itu sejajar dengan aspirasi KKJ dalam membudayakan masyarakat berilmu dan berkemahiran melalui program sepenuh masa yang ditawarkan di kolej berkenaan.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata, kerangka kerjasama tersebut membabitkan bidang akuakultur, kursus jangka pendek, keusahawanan dan latihan industri.

"Langkah kerjasama ini selaras misi Kolej Komuniti membina dan menjana komuniti setempat sebagai tenaga kerja berpengetahuan serta terlatih bagi memenuhi guna tenaga kerja di negara ini," katanya.

Adakan solat hajat atasi jerebu

Posted: 25 Jun 2013 12:10 PM PDT

Oleh M.RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com

JERANTUT 25 Jun - Semua masjid di negeri ini digalak melaksana solat hajat bagi memohon kepada Allah supaya menurunkan hujan untuk mengatasi masalah jerebu yang melanda seluruh negara termasuk Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad (gambar) berkata, selain berdoa masyarakat juga diingatkan berusaha mengurangkan kadar jerebu dengan tidak melakukan pembakaran terbuka dan aktiviti yang menyumbang kepada masalah tersebut.

"Saya juga menyarankan masyarakat Islam di negeri ini melakukan solat hajat secara individu serta solat tahajud yang mana ketika itu lebih sunyi dan serta khusyuk untuk memohon pertolongan daripada Allah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Quran dan Nasyid Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Peringkat Zon Timur di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah AADK Pahang, Azmi Mustafa dan Pengarah Klinik Cure & Care 1Malaysia Jerantut, Mohd. Rizal Tawil.

Syed Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau berkata, selain memohon hujan orang ramai dituntut berdoa supaya negara ini dijauhkan daripada wabak penyakit, perpecahan masyarakat, persengketaan, fitnah dan sebarang ancaman yang boleh menggoncang keamanan negara.

"Jangan sekadar memohon negara kita selamat daripada bencana sahaja tetapi minta supaya Allah menyatukan hati umat Islam agar sama-sama membangunkan agama Islam dan bersatu-padu dalam pelbagai aspek," katanya.

Siswa UMP wakili negara dalam Pertandingan 'China Bridge'

Posted: 25 Jun 2013 12:10 PM PDT

DR. Daing Nasir Ibrahim (dua dari kiri) menyerahkan bendera Jalur Gemilang dan UMP kepada Jamunaa Patchappan yang akan menyertai pertandingan 'China Bridge' peringkat antarabangsa di Hunan, China, pada satu majlis khas di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 25 Jun - Penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) Jamunaa Patchappan, 23, akan mewakili Malaysia ke pertandingan 'China Bridge' peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Hunan, China 1 Julai ini.

Jamunaa berjaya memikat hati juri dalam pertandingan itu di peringkat kebangsaan setelah menewaskan sebayak 25 peserta lain yang mewakili institut pengajian tinggi (IPT)di negara ini.

Katanya, dia akan membuat persiapan rapi dan berjanji melakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

"Pada pertandingan di peringkat kebangsaan, saya membentangkan ucapan awam dalam bahasa Mandarin berkaitan tarian Cina dan tidak menyangka memenanginya.

"Saya tidak menyangka dipilih mewakili negara dan berharap dapat membawa pulang kejayaan ini," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Dia ditemui selepas majlis meraikan kejayaan penuntut UMP menjuarai pertandingan bahasa Mandarin China Bridge anjuran Institut Kongzi, Universiti Malaya (UM) dengan tajaan Hanban, China serta Kedutaan China di Malaysia yang dihadiri Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim di sini.

Jamunaa berkata, sekiranya berjaya dalam pertandingan itu dia berpeluang mewakili benua Asia seterusnya bertanding dalam kalangan negara-negara benua Eropah.

Dalam pada itu, Daing Nasir berbangga dengan kejayaan Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan (MLCC) melaksana program yang mampu meningkatkan kemahiran penuntut dalam bertutur bahasa Mandarin.

Katanya, kewujudan MLCC bukan sahaja memanfaatkan penuntut mempelajari bahasa itu malah penuntut mampu memahami budaya masyarakat Cina dengan pelbagai penganjuran aktiviti termasuk pertandingan bertutur bahasa Mandarin, pameran kebudayaan, program mobiliti dan program kerjasama.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Helikopter penyelamat terhempas, lapan terbunuh

Posted: 25 Jun 2013 12:07 PM PDT

NEW DELHI 26 Jun - Sebuah helikopter penyelamat yang membantu memindahkan mangsa banjir di utara India terhempas semalam mengakibatkan lapan orang terbunuh.

"Lapan individu berada di dalam pesawat itu termasuk lima krew terbunuh akibat cedera parah dalam nahas di Gaurikund di negeri Uttarakhand, kata jurucakap tentera udara India.

Helikopter Mi-17 buatan Rusia itu sedang melakukan penerbangan dalam misi menyelamat di negeri Uttarakhand, iatau tempat paling suci negara ini yang menyaksikan lebih 1,000 orang terkorban dalam banjir kilat dan tanah runtuh. - AFP

Terowong runtuh: 45 pelombong terkorban

Posted: 25 Jun 2013 12:05 PM PDT

BANGUI 26 Jun - Sekurang-kurangnya 45 pelombong emas terbunuh setelah mereka tertimbus hidup-hidup dalam kejadian terowong runtuh di Republik Afrika Tengah, kata stesen radio tempatan, Bambari, semalam.

Pihak berkuasa pada mulanya merekodkan 37 kematian dalam kejadian yang berlaku selepas hujan lebat di perkampungan Ndassima yang kaya dengan emas dan berlian di daerah timur tengah Ouaka.

Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan jumlah sebenar pelombong berada di dalam terowong sewaktu kejadian itu berlaku. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Najib tiada kaitan - Peguam

Posted: 25 Jun 2013 12:10 PM PDT

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 25 Jun - Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, tiada isu yang boleh mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penglibatan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dalam kes pembunuhan model sambilan, Altantuya Shaariibuu.

Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah menyatakan, malahan tiada bukti yang boleh mengaitkan penglibatan bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dengan Najib (yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri) dalam kes tersebut.

Mahkamah sebelum itu diberitahu, Abdul Razak pernah berbalas mesej dengan seorang pegawai polis, Deputi Supritendan Musa Safri bagi mendapatkan bantuan polis untuk menghalang wanita Mongolia itu mengganggu beliau dan keluarga.

Tun Abdul Majid menghujahkan, hanya kerana Abdul Razak mengenali Najib manakala Musa merupakan pegawai pengiringnya (ADC) ketika itu, tiada dakwaan atau kenyataan boleh dibuat untuk mengaitkan bekas Timbalan Perdana Menteri dengan kes berkenaan.

Hujah pendakwa raya, Abdul Razak yang pernah didakwa bersubahat dengan kedua-dua perayu telah dibebaskan daripada tuduhan dan tiada rayuan dikemukakan terhadap keputusan itu.

"Seseorang itu didakwa atas bukti keterangan kes, bukannya berpandukan kepada keterangan khayalan atau rekaan," ujar beliau pada sesi penghujahan balas.

Mahkamah sedang mendengar rayuan Azilah, 34, (perayu pertama) dan Sirul Azhar, 38, (perayu kedua) terhadap sabitan dan hukuman mati yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh Altantuya.

Kedua-duanya didapati bersalah membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun itu di antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang dekat sini.

Isu di antara Abdul Razak dan Musa dibangkitkan semalam oleh peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar iaitu Musa tidak dipanggil sebagai saksi sedangkan keterangannya penting bagi menjelaskan kandungan mesej di antaranya dengan Abdul Razak.

Bagaimanapun, Tun Abdul Majid menghujahkan, tiada keperluan memanggil Musa kerana Azilah dalam keterangan pembelaannya menyatakan dia tidak pernah menerima sebarang arahan daripada Musa untuk membantu Abdul Razak.

Selain itu menurut beliau, tiada bukti dapat menunjukkan, Sirul Azhar dan Azilah mengetahui tempat kejadian terlebih dahulu kerana Azilah bersedia menunjukkan tempat tersebut yang terletak di Puncak Alam 'secara agak-agak'.

Berhubung dakwaan Sirul Azhar tidak diadili secara saksama, menurut Tun Abdul Majid, isu itu tidak pernah disentuh semasa perbicaraan.

Beliau menyatakan, tidak mungkin hakim bicara akan terpengaruh dengan bahan-bahan yang dimuat naik dalam internet iaitu percakapan beramaran Sirul Azhar atau akuan bersumpah oleh penulis blog, Raja Petra Kamarudin.

"Apa yang cuba diketengahkan oleh peguam bela pada peringkat ini? Adakah kita kini menukar kamar perbicaraan kepada mahkamah untuk penulis-penulis blog berdasarkan keterangan atas dengar cakap akhirnya bertukar menjadi perintah mahkamah," hujah pendakwa raya.

Menyentuh dakwaan mengenai bahan letupan pula, Tun Abdul Majid menyatakan, bahan itu digunakan untuk latihan oleh Unit Tindakan Khas (UTK) dan tiada kemungkinan bahan yang tidak digunakan, tidak dipulangkan semula ke setor simpanan.

Pendakwa raya menghujahkan, Azilah mempunyai akses terhadap bahan letupan dan bukannya datang daripada pihak lain atau mana-mana pasukan keselamatan lain.

Pada akhir penghujahan, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mendapati, hakim bicara tidak langsung menyatakan dapatan fakta berhubung niat bersama walhal itu merupakan intipati pertuduhan yang dihadapi oleh kedua-duanya.

Tun Abdul Majid menyatakan, walaupun dapatan fakta tidak menyatakan mengenai niat bersama, hakim bicara telah menjelaskan dengan panjang lebar bukti keterangan berhubung penglibatan kedua-dua perayu dalam kes itu.

Mahkamah yang selesai mendengar penghujahan kemudian menetapkan keputusan pada satu tarikh lain bagi membolehkan mereka menyatakan pendirian masing-masing terhadap rayuan perayu-perayu.

Hassan beri maklumat pergerakan pasukan keselamatan

Posted: 25 Jun 2013 12:10 PM PDT

Hassan Ali Basari diiring oleh anggota polis memasuki pekarangan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

KOTA KINABALU 25 Jun - Maklumat berhubung pasukan keselamatan akan memasuki Kampung Tanduo, Lahad Datu pada pukul 12 tengah malam, diperoleh melalui pintasan percakapan telefon antara Datu Amirbahar Hushin Kiram dan ketua kumpulan pengganas Kiram, Datu Agbimuddin Kiram.

Saksi kedua yang dilindungi identitinya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa maklumat tersebut diberikan oleh seorang anggota polis cawangan khas.

Dia memberikan keterangan melalui talian terus menggunakan alat komunikasi khas kepada Hakim, P. Ravinthran.

Keterangan tersebut ditaip semula oleh jurubahasa di dalam komputer yang dapat diakses oleh semua peguam dan pendakwaan dalam perbicaraan kes terhadap tertuduh Koperal Hassan Ali Basari didakwa dengan sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas di Lahad Datu.

Saksi itu yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan mahir dalam Bahasa Suluk dan Bajau memintas percakapan itu pada pukul 10.31 malam, 25 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan kemudiannya memintanya membacakan catatan itu kepada mahkamah.

"Pada 25 Februari 2013, jam 22:31 (10:31 malam), Datu Amirbahar menyatakan dia mendapat tahu daripada Hassan yang merupakan anggota polis bahawa pihak berkuasa Malaysia akan masuk pukul 12 tengah malam nanti. Raja maklum dan memberitahu mereka telah bersedia. Datu Amirbahar memberitahu Hassan dan Hussin merupakan adik-beradik dan mereka juga merupakan ahli keluarga kita. Raja maklum."

Hassan yang berasal dari Semporna didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam-peguam Ram Singh, Kamarudin Mohd. Chinki, Syaiful Sufyyan Sidin dan Lo Yun Sin didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Cawangan Khas Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu antara Januari dan 3 Mac lalu.

Datu Amirbahar yang juga anak saudara kepada Jamalul Kiram III dan merupakan komander kumpulan pengganas Kiram berpangkat Jeneral yang menceroboh Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu ditangkap pada 23 Mac lalu di kawasan paya bakau di Kampung Sri Melor, Bugaya, Semporna.

Dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lahad Datu pada 19 April lalu atas dua tuduhan, iaitu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Perbicaraan bersambung esok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Jimmy enggan ulas dakwaan sudah berkahwin lain

Posted: 25 Jun 2013 01:35 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

SHAH ALAM 25 Jun - Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley, 33, hari ini enggan mengulas sebarang dakwaan mengenai statusnya yang dikatakan sudah berkahwin lain.

Menurut Jimmy, dia kini mahu menumpukan perhatian kepada pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

"Buat masa ini, saya tidak mahu memberi apa-apa komen. Saya sekarang mahu fokus pada pengajian di peringkat sarjana yang sudah memasuki peringkat akhir.

"Lagipun saya sedang menjalani peperiksaan akhir dan minggu depan baru selesai semuanya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas perbicaraan kes di Mahkamah Syariah Shah Alam berkaitan fail permohonan untuk mendapatkan perintah komital bagi memenjarakan bekas isterinya atas dakwaan ingkar perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka.

Terdahulu, desas-desus mengatakan Jimmy kini sudah bergelar suami kepada seorang wanita kaya berstatus janda.

Tambah Jimmy, jika ada perkara yang perlu diumumkan kepada para peminat dan orang ramai, beliau akan memanggil pihak media.

"Sekiranya saya merasakan perlu untuk mengadakan sidang akhbar, saya akan umumkan tarikh dan lokasinya.

"Buat masa sekarang bukan saya tidak hendak beritahu, tetapi banyak hati yang perlu dijaga melibatkan ahli keluarga," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Teroka bidang baru

Posted: 24 Jun 2013 11:56 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar FAHMI MUHAZIR

Asyraf bahagia dengan kehidupan dimilikinya kini sambil ditemani isteri dan anak tersayang.

MENYEBUT nama Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, pasti ramai di kalangan kita akan tertanya-tanya siapakah individu tersebut, namun apabila kita menyebut Asyraf Imam Muda, terus bermain di fikiran juara program realiti bercorak keagamaan, iaitu Imam Muda.

Asyraf yang mula dikenali setelah berjaya menjuarai rancangan terbitan Astro Oasis pada tahun 2010 itu sudah lama dikenali ramai sebagai seorang pendakwah dan penceramah generasi pelapis negara.

Lebih menarik, Asyraf juga menyandang gelaran tidak rasmi sebagai Ustaz Twitter apabila di laman sosial miliknya itu, dia sering diajukan dengan pelbagai persoalan berkaitan bidang agama.

Berbekalkan pengalaman kira-kira tiga tahun bergerak aktif sebagai penceramah, Asyraf pastinya sudah tidak mempunyai perasaan gentar apabila menyampaikan hujah-hujahnya kepada ratusan malah ribuan hadirin yang setia mendengar.

Namun, kini Asyraf bakal meneroka suatu bidang yang terlalu asing buat dirinya, iaitu bidang seni suara.

Jejaka berusia 29 tahun ini telah melancarkan album solo miliknya yang berjudul Rahmatan Lil'Alamin dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bidang hiburan merupakan suatu bidang yang mencabar dan kebiasaannya ia lebih dikaitkan dengan perkara-perkara berbentuk negatif dan bukan sebaliknya.

Perkara tersebut diakui oleh Asyraf namun percubaannya menjejakkan kaki dalam bidang tersebut merupakan suatu usaha yang dilakukannya untuk menyediakan hiburan berbentuk alternatif kepada masyarakat umum.

"Sewaktu saya mula menyatakan hasrat untuk bernyanyi, banyak juga kata-kata sindiran yang diterima tetapi bagi saya, ini adalah suatu perkara yang perlu saya lakukan.

"Album sulung ini sebagai satu percubaan kepada saya dalam memberikan suatu hiburan berbentuk alternatif, iaitu yang lebih bercorak kepada keagamaan," katanya yang mengakui tidak mudah bagi seorang berlatar belakang agama menyertai bidang ini.

Jelasnya, sebelum ini dia sering mengatakan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan dan apakah yang perlu dibuat, tetapi kini dia mengambil keputusan untuk melakukan dan bukan sebaliknya iaitu hanya bercakap.

"Ramai orang yang mengkritik industri hiburan sambil mengatakan apa yang sepatutnya dilakukan, dan ini merupakan usaha saya untuk melakukan perubahan dengan cara bernyanyi," katanya.

Asyraf juga berpendapat adalah tidak salah untuk seseorang itu bernyanyi dan berhibur, tetapi setiap individu itu perlu memastikan hiburan tersebut tidak keterlaluan sehingga melanggar batasan dalam agama.

Gementar apabila bernyanyi

Jelas Asyraf, walaupun dia sudah semakin selesa dengan tugasnya sebagai penceramah, tetapi bidang nyanyian merupakan suatu perkara yang baru buat dirinya.

"Tidak dinafikan bidang nyanyian adalah sesuatu yang asing buat diri saya, ini kerana saya bukanlah seorang individu yang terlalu gemar bernyanyi.

"Tetapi kini apabila bakal menjejakkan kaki dalam bidang tersebut, ia adalah suatu perkara yang agak menggerunkan juga pada awalnya," katanya yang merupakan suami kepada Nurhusna Yusoff.

Album sulung Asyraf yang sudah berada di pasaran mengandungi sejumlah sembilan buah lagu termasuk zikir antaranya Rahmatan Lil'Alamin, Ghuraba, Ummi, Habibatan Kalimatan dan Yahdi Man Yasha'.

Kata Asyraf lagi, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk menjadi seorang penyanyi walaupun sering menyanyikan beberapa rangkap lagu dalam sesi ceramahnya.

"Tidak dinafikan saya ada juga menyelitkan sedikit nyanyian dalam sesi ceramah, tetapi ia tidak boleh dikatakan sebagai bernyanyi.

"Saya juga tidak pernah bercita-cita mahu bergelar penyanyi, tetapi dalam tiga tahun ini ramai di kalangan hadirin saya bertanya bilakah saya akan menghasilkan sebuah album.

"Kini, masanya sudah tiba dan terhasillah album sulung saya," katanya yang mengatakan dengan jelas bahawa dia tidak mahu dikenali sebagai seorang penyanyi tetapi sebagai seorang Imam yang boleh bernyanyi.

Asyraf mengatakan dia merancang untuk mempersembahkan antara satu atau dua buah lagu setelah selesai sesi ceramahnya, itupun sekiranya terdapat permintaan daripada hadirin.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kesan jerebu ke atas ekonomi

Posted: 25 Jun 2013 12:10 PM PDT

Oleh DR. MOHD. NAHAR MOHD. ARSHAD

KEADAAN jerebu semasa telah memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat bagi kawasan Muar dan Ledang. Beberapa buah negeri juga menutup sekolah-sekolah bagi mengelakkan masalah kesihatan yang serius, terutama buat kanak-kanak.

Masalah jerebu sejak sedekad kebelakangan ini sudah menjadi masalah tahunan. Pembakaran di Indonesia bagi pembersihan ladang menjadi punca utama kedatangan jerebu secara bermusim ini.

Meskipun di peringkat kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia sudah wujud usaha serantau bagi mengatasi masalah jerebu, namun setakat ini tidak ada hasil yang ketara. Langkah-langkah yang diambil adalah reaktif dan tidak membawa kepada penyelesaian menyeluruh.

Sikap pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan sendiri dengan membakar ladang untuk membersihkannya menunjukkan betapa kepentingan sosial tidak diambil peduli oleh mereka. Ya, kosnya murah buat syarikat ladang, namun kos kepada umum adalah mahal.

Kesan jerebu boleh dilihat dalam jangka masa panjang dan pendek. Gangguan kepada aktiviti ekonomi dan sosial harian boleh membawa kesan kepada segala perancangan yang telah sedia dibuat.

Jika keadaan berjerebu ini berakhir kurang dari seminggu dan tidak melangkau jauh ke banyak kawasan, impak ekonominya mungkin minimum, tidak mencecah bilion ringgit.

Sekiranya keadaan jerebu kali ini bertambah serius, berpanjangan serta melangkau kebanyakan kawasan, kesan ke atas ekonomi boleh menjejaskan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun semasa. Kerugian boleh mencecah hingga berbilion ringgit ekoran daripada banyak kegiatan sosial dan ekonomi yang tergendala.

Banyak lagi kesan negatif jerebu yang mungkin kita terlepas pandang dalam menilai kesannya. Misalnya, kita tidak pasti apakah kesan ke atas kesihatan akibat terdedah dengan sinaran matahari yang terbias dek jerebu. Kos juga sukar dikira bagi impak pertanian yang musnah dek kurangnya pancaran matahari akibat bumi diselubungi jerebu. Sehinggalah saintis mengenal pasti perkara-perkara ini, barulah kita dapat membuat anggaran kos jerebu kepada ekonomi dan kesejahteraan hidup manusia.

Antara industri yang akan terjejas teruk oleh jerebu adalah sektor pelancongan. Hotel, restoran dan taman-taman tema di kawasan berjerebu akan menerima tempias negatif jerebu berikutan kurangnya aktiviti luaran oleh orang ramai.

Lebih dikhuatiri jika masalah jerebu ini konsisten trendnya dan agensi-agensi pelancongan asing tidak mengesyorkan pelanggan mereka untuk datang ke rantau ini dalam bulan-bulan jerebu.

Di sinilah impak jangka panjang jerebu akan mula kita rasai. Pelancong asing tidak lagi mahu datang ke sini dan pelancong tempatan memilih destinasi luar negara sebagai pilihan.

Keadaan jerebu yang serius juga boleh membawa kesan negatif kepada sektor perindustrian. Dengan keadaan berjerebu, pihak berkuasa akan memerintahkan kilang-kilang, kuari dan semua aktiviti yang melibatkan pelepasan pencemaran ke udara dikurangkan atau terus diberhentikan.

Di kawasan darurat jerebu misalnya, semua aktiviti ini mesti diberhentikan. Semua ini merenjatkan aktiviti ekonomi di mana banyak kilang dan syarikat akan terpaksa menanggung kos tinggi tanpa pulangan yang diharapkan.

Jerebu juga membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan kosnya sukar dikira. Bil-bil untuk mendapatkan rawatan dek masalah jerebu pastinya meningkat pada masa ini.

Sekurang-kurangnya pun kita terpaksa membeli topeng muka. Semua ini merupakan kos dek jerebu. Meskipun industri kesihatan akan menyaksikan lonjakan hasil, pulangan ini kecil dan hanya untuk firma atau individu minoriti berbanding kesan dan kos negatif besar yang terpaksa ditanggung masyarakat.

Para pekerja pasti ramai yang terpaksa mengambil cuti sakit atau pihak majikan sendiri mengambil langkah menutup syarikat dalam keadaan jerebu pada paras bahaya.

Di sini, kos lepas atau kos akibat dari kegiatan ekonomi yang tidak dijalankan akan menambahkan lagi kesan negatif jerebu kepada ekonomi.

Jerebu merupakan masalah oleh tangan-tangan manusia. Masalah ini menjadi ketara sekarang kerana wujudnya estet-estet perladangan berskala besar. Natijahnya, pembakaran ladang untuk tujuan pembersihan juga mencapai ke skala industri yang mencemarkan.

Jika pihak syarikat tidak ambil peduli dengan kesan kegiatan mereka, pihak berkuasa mesti mengambil langkah serius untuk menangani masalah ini ke akar umbi.

Pemberian lesen, permit serta cukai pencemaran boleh dilaksanakan sebagai langkah kawalan. Semua ketidakpatuhan kepada undang-undang wajar dikenakan tindakan keras agar masalah tidak berulang.

Udara bersih merupakan hak semua yang wajar dipelihara. Rakyat marah dengan pencemaran ini dan rakyat menuntut kebajikan mereka dipelihara!

PENULIS ialah Pensyarah Kanan

Pusat Ekonomi IslamUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia

UiTM lambang maruah pendidikan, survival Melayu

Posted: 25 Jun 2013 12:10 PM PDT

Oleh PROF. MADYA DR. ISMAIL SUALMAN

RENTETAN tindakan individu SUARAM yang mempertikaikan dasar Universiti Teknologi Mara yang kononnya telah melanggar Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman dianggap melampau.

Umat Melayu yang sedar perlunya kewujudan UiTM sebagai maruah dan survival Melayu rasa tertampar dengan kenyataan yang dianggap cuba menebuk benteng kedaulatan institusi Melayu yang tersohor ini.

Perlu dinyatakan bahawa kovensyen ini diperkenalkan dan dikuatkuasakan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu pada 4 Januari 1969. Bermakna konvensyen ini dilaksanakan setelah lebih kurang 13 tahun UiTM ditubuhkan.

Sebenarnya kovensyen ini mengandungi tiga bahagian utama dan 25 artikel. Malah apabila menyorot kovensyen ini tiada salahnya UiTM khusus untuk Melayu dan Bumiputera. Bahagian 1, artikel 1-4 kovensyen ini, di antara lain menyatakan bahawa "Mengambil langkah khas untuk satu matlamat menjamin kemajuan mencukupi kumpulan-kumpulan tertentu yang bersifat perkauman atau etnik atau individu memerlukan perlindungan sedemikian yang dianggap perlu, supaya memastikan kumpulan-kumpulan atau individu-individu tertentu kegembiraan yang sama atau hak-hak latihan sumber manusia dan kebebasan asasi tidak akan dianggap diskriminasi kaum".

Seterusnya artikel ini menyatakan bahawa "bagaimanapun, bahawa tindakan sedemikian tidak sebagai satu akibat atau menjurus pengurusan hak berasingan untuk kumpulan kaum berbeza dan tindakan ini tidak akan diteruskan setelah objektif yang mereka tetapkan telah tercapai".

Lalu apabila penulis mengamati setiap butiran artikel kovensyen ini, terlintas pula bahawa di banyak negara di dunia yang menubuhkan universiti khususnya untuk satu-satu bangsa atau kaum, seperti khusus untuk kaum berkulit hitam, universiti khas untuk wanita dan sebagainya. Kenapa universiti begini tidak dianggap 'perkauman'?

Lantas terfikir pula oleh penulis kenapa perlu adanya sekolah aliran Cina dan India di Malaysia? Atau dianggap rasis mereka yang bersekolah Arab atau aliran Agama yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan Islam?

Persoalannya sekarang adalah UiTM sebagai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera sebenarnya tidak menghalang hak kaum lain atau menindas mereka. Ia bukan dalam erti kata tuan dan hamba tetapi lebih kepada penghormatan sebagai anak watan. Sehingga kini, terdapat 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

Penubuhan UiTM juga selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang berhasrat untuk mengimbangi dari segi ekuiti, professional dan juga sumber manusia dalam bidang industri dan swasta antara kaum-kaum utama di Malaysia .

Perlu diingat bahawa toleransi dalam institusi pendidikan yang dicapai antara kaum di antara pimpinan kaum di Malaysia. Kontrak sosial yang dicapai antara kaum menyebabkan kaum Cina dan India memahami bahawa UiTM perlu diwujudkan untuk orang Melayu dan Bumiputera. Namun kontrak sosial ini sering dilupai sehingga menuntut Raja-Raja Melayu beberapa kali mengingatkan kita sejak kebelakangan ini.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak istimewa orang Melayu Bumiputera Sabah dan Sarawak, kedudukan istimewa Islam dan Raja-Raja Melayu terletak di tempat tinggi, sehinggakan peruntukan perlembagaan berhubung perkara ini tidak boleh dipinda walaupun mendapat sokongan dua pertiga Parlimen.

Ini disebabkan perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sebelum usul pindaan dibentangkan di Parlimen. Hal yang demikian menjadi benteng kepada negara daripada cubaan menganggu gugat kedudukan istimewa Islam dan Raja-Raja Melayu.

Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diluluskan pindaannya tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Perkara yang ingin dipinda ini termasuklah kedudukan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan ketua agama undang-undang Islam dan juga mahkamah syariah. Ia juga mencakupi hal ehwal berkaitan pewartaan kuota itu dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

Perkara 153 juga mengisytiharkan adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Begitu juga Yang di-Pertuan Agung boleh memastikan rizab bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain.

Malah dalam mana-mana universiti seperti UiTM, kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya, bilangan tempat ditawarkan pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan universiti, kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon layak mendapat tempat itu.

Ia adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong memberikan arahan yang perlu kepada kerajaan bagi memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak seperti difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan kerajaan hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Apa motif sebenar kenyataan individu SUARAM berkenaan? Kenapa kenyataan sebegini dilemparkan sedangkan UiTM telah wujud sejak tahun 1956 lagi. UiTM telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi dan terus mengembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mempunyai sebanyak 15 buah kampus cawangan, sembilan kampus kota, tiga kampus satelit dan 21 buah kolej bersekutu, serta sebuah kampus pintar yang bakal didirikan.

Dengan tenaga kerja seramai kira-kira 17,000 orang dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 300 buah program akademik dalam suasana yang kondusif dan ceria. Ia juga merupakan rumah kedua bagi hampir 172,000 orang pelajar.

Memang tidak dinafikan bahawa UiTM sangat komited dalam membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pendidikan sehingga ke peringkat akademik yang tertinggi, juga dalam persiapan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Wawasannya ialah untuk memupuk kesarjanaan dan membina kecemerlangan akademik, agar mampu memimpin dalam apa juga arena.

Walaupun masih muda berbanding universiti tempatan lain, UiTM memiliki reputasi sebagai salah sebuah universiti tempatan yang inovatif. Ia menjalinkan hubungan dengan pelbagai sektor industri yang menyuburkan lagi budaya penyelidikan dan inovasi serta keusahawanan dalam kalangan warganya.

Kini UiTM meneruskan usaha murni pemimpin dan pengasasnya terdahulu, meneroka dan menguasai pelbagai cabang ilmu untuk meraih gelaran universiti bertaraf dunia. Sudah sampai masanya UiTM mengebalkan pertahanannya sebagai institusi pendidikannya dengan bernaung di bawah lindungan Institusi Di Raja yang menjadi simbol kedaulatan Melayu dan Bumiputera.

Hakikatnya kewujudan UiTM amat rapat dengan tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya. Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu perlu dihayati.

Kita harap tiada lagi suara dan kenyataan sumbang yang hanya meningkatkan sentimen perkauman dan perpecahan sesama bangsa di Malaysia. Semangat toleransi dan kerjasama yang dinikmati selama ini merupakan resipi ke arah perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia.

PROF. MADYA DR. ISMAIL SUALMAN

Pengarah Institut Pengajian Kewartawanan Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Elak jadi mangsa

Posted: 24 Jun 2013 11:56 PM PDT

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my

K. Balasupramaniam menunjukkan cara penjenayah menggunakan pisau unntuk mengancam mangsanya.

EKORAN kejadian jenayah terhadap wanita semakin kerap berlaku, golongan tersebut dinasihatkan lebih berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan diri pada setiap masa.

Peringatan itu adalah sebahagian daripada usaha membendung perkara yang tidak diingini terus berlaku terutama sekali kepada kaum Hawa.

Begitupun, hari ini dapat dilihat pelbagai pihak tampil menganjurkan pelbagai bengkel dan juga aktiviti yang dilihat sedikit sebanyak berupaya melindungi diri dalam situasi bahaya atau ancaman jenayah.

Sekurang-kurangnya dengan cara ini, dapat mengurangkan sedikit peratusan kejadian jenayah yang melibatkan wanita dan tidak kurang juga golongan ini memperoleh ilmu yang berguna untuk digunakan tatkala berhadapan dengan ancaman bahaya.

Berpeluang mengikuti bengkel keselamatan sehari yang dianjurkan Toyota baru-baru ini, sememangnya satu bengkel yang amat berguna malah ada sesetengah maklumat yang disampaikan tidak pernah terfikir di fikiran mampu dijadikan senjata ataupun helah ketika berada dalam ancaman.

Yang pasti, sesi kedua bersama aktivis keselamatan, K. Balasupramaniam atau lebih dikenali sebagai Bala, para peserta dihujani dengan pelbagai maklumat yang mampu dipraktikan pada bila-bila masa.

Menurut Bala, bengkel keselamatan itu membuka ruang kepada kaum wanita untuk mendapat lebih maklumat mengenai keselamatan diri sama ada ketika berada di dalam rumah mahupun di luar.

Bengkel interaktif tersebut juga adalah satu usaha murni kerana sekurang-kurangnya golongan wanita mampu memperkasakan diri walaupun bengkel yang dianjurkan cuma sehari.

"Sebenarnya suri rumah adalah golongan yang lebih mudah diambil kesempatan berbanding wanita yang bekerja.

"Ini kerana suri rumah tidak banyak terdedah dengan dunia luar dan maklumat yang mereka peroleh juga terhad.

"Berbeza bagi wanita yang bekerjaya, mereka boleh memperoleh pelbagai maklumat di serata tempat.

"Begitu pun mereka (wanita bekerjaya) masih perlu menimba ilmu dalam usaha menjaga keselamatan diri masing-masing," ujarnya ketika ditemui selepas bengkel keselamatan tersebut di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Tambah Bala, ilmu yang diberikan bukan sahaja mampu diamalkan peserta, malah mampu menyelamatkan diri mereka ketika berada dalam situasi cemas.

Bengkel keselamatan tersebut dihadiri kira-kira 130 orang wanita yang rata-ratanya adalah pengguna kereta berjenama Toyota.

Sementara itu, menurut Pengurus Bahagian Pemasaran Toyota, Soh E-Ling, bengkel tersebut adalah sebahagian daripada siri bengkel yang dianjurkan pihaknya supaya wanita didedahkan dengan pengetahuan, maklumat penting dan latihan untuk menyelamatkan diri dan orang tersayang.

"Bengkel ini dianjurkan kerana situasi hari ini didapati tidak lagi selamat terutama kepada golongan wanita.

"Sebenarnya untuk pengetahuan bersama, hari ini sama ada kita berada di dalam rumah ataupun di luar ia sebenarnya sama sahaja, tidak selamat.

"Jadi, bengkel sehari ini sebenarnya bukanlah hanya menyalurkan maklumat mengenai keselamatan wanita tetapi ia juga mengandungi keselamatan wanita ketika berada di jalan raya," ujarnya.

Tambah beliau lagi, keselamatan dan kesejahteraan para pelanggan mereka terutama wanita sentiasa menjadi keutamaan Toyota.

Mereka juga berharap kemahiran yang diperoleh sepanjang bengkel berlangsung bermanfaat untuk melindungi kaum wanita daripada bahaya.

Derita dalam senyap

Posted: 24 Jun 2013 11:56 PM PDT

Apabila membangkitkan persoalan mengenai hubungan intim, terdapat banyak permasalahan yang sering kali tidak dilafazkan. Terutamanya oleh golongan lelaki yang menderita dalam senyap.

Mati pucuk atau Erektil disfungsi (ED) adalah antara penyebab kenapa lelaki menjadi rasa rendah diri dan malu untuk bertanya mengenai keadaan diri mereka atau diketahui oleh pasangan mereka.

Antara soalan yang kerap kali dikemukakan atau berlegar-legar dalam pemikiran lelaki berusia antara 21 hingga 65 tahun di negara ini ialah: "Siapakah yang harus saya hubungi jika saya mengesyaki saya menghidap ED?"

Atau: "Bolehkah ED dirawat?" dan 'adakah ED berpunca daripada aras testosteron yang rendah atau libido (nafsu berahi) yang tidak kuat?'

Menurut Pakar Perunding Urologi, Jabatan Surgeri, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof. Ong Teng Aik, orang ramai mungkin tidak sedar bahawa tahap kekerasan zakar menjadi petanda terawal yang menunjukkan sama ada seseorang itu menghidap ED atau sebaliknya.

Terdapat empat tahap kekerasan yang boleh digunakan oleh lelaki untuk menentukan sama ada mereka menghidap ED. Ini diukur melalui Gred Markah Kekerasan Ereksi (EHS) antara satu hingga empat.

"Gred satu bererti ED yang teruk, iaitu kekerasan zakar semasa tegang serupa dengan tauhu, gred dua serupa dengan pisang tanpa kulitnya, gred tiga pula adalah pisang yang berkulit dan gred empat pula adalah timun, iaitu kekerasan yang terunggul.

"Merujuk kepada tinjauan kaji selidik Kesihatan Seksual dan Kesejahteraan Secara Keseluruhannya di Asia Pasifik (AP SHOW) yang dijalankan oleh Pfizer pada tahun 2009 mendapati, kepuasan seks dan kepuasan kehidupan bagi lelaki dan wanita berkait rapat dengan kekerasan zakar semasa tegang," katanya.

Kata Teng Aik, Kaji Selidik Seks Unggul 2009 yang dijalankan oleh Pfizer, menunjukkan ramai lelaki dan wanita di Asia bersetuju bahawa kekerasan zakar semasa tegang atau kemampuan mengekalkan ketegangan itu dipilih sebagai unsur paling penting bagi pengalaman seks yang unggul.

Selain itu, 80 peratus lelaki dan wanita menghargai kualiti seks lebih daripada kuantiti seks.

Sementara itu Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Dr. Vicknesh Welluppillai berkata, pihaknya menggalakkan lelaki dan wanita di negara ini agar mengambil tindakan yang sewajarnya jika mereka menghidap ED atau mengesyaki bahawa pasangan mereka menghidap ED.

Ini kerana, ED mungkin menjadi petanda simptom penyakit lain, seperti diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan penyakit jantung.

Katanya, berbincang dengan doktor atau pakar tentang masalah ED mungkin adalah langkah pertama ke arah merawat ED dan memperoleh tubuh yang sihat secara keseluruhannya.

"Sikap proaktif semasa mendapatkan rawatan yang betul tidak hanya akan meningkatkan tahap kesejahteraan fizikal dan emosi. Tetapi yang lebih penting, hubungan akan lebih bermakna dan keberahian akan terpelihara," kata Dr. Vicknesh.

Bagi membantu pasangan yang telah berkahwin di negara ini, sejumlah 20,000 risalah mengenai ED kini boleh didapati di 80 farmasi di seluruh negara.

Risalah percuma yang mengandungi jawapan bagi soalan-soalan yang dikemukakan oleh warga Malaysia mengenai masalah mati pucuk itu kini berada di pasaran dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan bahasa Mandarin.

Inisiatif ini dilakukan selepas kempen di bawah naungan Pfizer Malaysia, We Love, Sustaining Passions yang telah berlangsung dari September hingga Disember 2012 lalu.

Kempen itubertujuan menggalakkan pasangan-pasangan di negara ini mendapatkan pengetahuan dan mendidik diri mengenai masalah kesihatan seperti demi merapat dan mengukuh hubungan intim mereka.

Ketika kempen berkenaan dijalankan, orang ramai telah mengemukakan soalan-soalan berkenaan ED melalui kotak pertanyaan yang disediakan di farmasi-farmasi yang turut serta.

Risalah itu juga mengandungi fakta-fakta penting yang diambil daripada dua kaji selidik oleh Pfizer Malaysia tersebut.

Dr. Vicknesh berkata, kedua-dua kaji selidik itu bertujuan memahami tanggapan lelaki dan wanita tentang pengalaman seks yang unggul selain kepentingan dan kesan kekerasan zakar terhadap hubungan dengan pasangan masing-masing dan terhadap kehidupan secara keseluruhannya.

"Pasangan suami isteri di Malaysia masih menghadapi kesukaran berbincang tentang kesihatan seksual mereka dan tidak sanggup mengemukakan masalah ED yang dihadapi kepada pakar kesihatan.

"Oleh itu, kami berganding bahu dengan beberapa buah farmasi untuk menyediakan pelantar 'sulit' kepada orang awam dengan tujuan menggalakkan mereka supaya lebih terbuka dan tidak ragu-ragu bertanya soalan berkenaan ED," katanya.

Dalam pada itu Dr. Vicknesh menambah, inisiatif itu mendapat sambutan hangat.

Pihaknya berharap jawapan-jawapan yang disediakan di dalam risalah itu akan mendorong mereka mendapatkan rawatan daripada saluran yang sepatutnya seperti yang dinasihatkan.

"Risalah ini juga bertujuan mendalami pemahaman orang ramai tentang ED sebagai masalah perubatan, yang mungkin menjadi petanda awal bagi penyakit lain," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Gerai makan turut terjejas

Posted: 24 Jun 2013 12:15 PM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my

GERAI-GERAI makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur kelihatan lengang berbanding kebiasaan, dipercayai disebabkan oleh cuaca berjerebu. Orang ramai tidak selesa untuk menjamu selera di premis terbuka, selain bimbang terdedah kepada risiko kesihatan. - UTUSAN/FARID JANUDIN

KUALA LUMPUR 24 Jun - Masalah jerebu yang melanda ibu negara bukan sekadar menjejaskan aktiviti di kawasan terbuka, malah operasi gerai makanan turut berdepan situasi sama.

Tinjauan Utusan Malaysia di gerai makanan sekitar Kampung Baru kira-kira pukul 1 petang ini mendapati, lokasi yang mendapat jolokan 'syurga makanan KL' itu kurang dikunjungi orang ramai.

Malah, terdapat pengusaha yang memilih untuk memendekkan waktu operasi dan mengurangkan pilihan makanan kerana mahu menutup lebih awal berbanding hari biasa.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Fazilah berkata, perniagaan nasi campur yang diusahakannya sejak enam tahun lalu turut terjejas akibat cuaca berjerebu.

"Selalunya waktu begini sudah dipenuhi pelanggan, tetapi sejak dua hari lalu boleh dikira dengan jari kerana ramai pelanggan memilih untuk menjamu selera di tempat tertutup dan berhawa dingin kerana tidak mahu terdedah kepada jerebu.

"Bagaimanapun, saya tetap membuka kedai seperti biasa kerana ini sumber rezeki kami dan mengambil inisiatif untuk menutup lauk-pauk yang dihidang dengan kepingan plastik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, peniaga roti canai, Zaini Ilyas, 52, berkata, masalah jerebu yang melanda kini menyebabkan orang ramai lebih suka berada di dalam bangunan.

"Tetapi, saya mendapati pelanggan datang seperti biasa dan syukur perniagaan tidak begitu terjejas biarpun jerebu semakin teruk melanda ibu negara," katanya yang memulakan perniagaan pada pukul 6 pagi.

Kakitangan swasta, Faez Fakharie Abdul Halim, 26, berkata, dia tetap membeli makanan di gerai makanan namun memilih untuk menjamu selera di rumah atau pejabat.

"Risiko untuk dijangkiti penyakit berkurangan kerana kita tidak terlalu lama terdedah dengan asap jerebu dan pengusaha juga mengambil langkah-langkah yang sepatutnya termasuk menutup makanan yang dihidangkan," ujarnya.

Ahmad Mustaqim Murad, 25, pula berkata, orang ramai perlu memilih premis makanan yang tertutup buat masa ini untuk memastikan kesihatan tidak terjejas.

"Kita ada pilihan kedai yang tertutup berbanding gerai-gerai tepi jalan yang popular dan digemari ramai, tidak rugi kita elakkan berada di kawasan terbuka ketika musim jerebu ini," katanya.

Jerebu tidak jadi penghalang

Posted: 24 Jun 2013 12:15 PM PDT

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
kota@utusan.com.my

PESERTA Floria Putrajaya 2013 turut menggubah bunga-bungaan kepada pelbagai bentuk termasuk haiwan, seperti beruang panda yang menarik perhatian dua pengunjung ini.

PUTRAJAYA 24 Jun - Jerebu teruk yang berterusan melanda Putrajaya tidak menjejaskan kehadiran orang ramai ke Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya) 2013 yang sedang berlangsung di Persisiran Tasik, Presint 2 di sini.

Pengunjung yang bertali arus sejak awal pagi seolah-olah tidak menghiraukan cuaca panas dan berjerebu yang mencecah Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 155.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati biarpun hari ini merupakan hari bekerja, orang ramai mengambil peluang bersama keluarga masing-masing untuk mengunjungi festival yang menampilkan lebih 400,000 bunga terdiri daripada pelbagai spesies.

Salah seorang pengunjung, Shafiqa Mohd. Ezani, 25, berkata, dia mengambil peluang cuti hari ini untuk melihat dan membeli bunga yang dijual di festival itu.

"Biarpun berjerebu saya tetap mengambil peluang ini untuk membeli bunga bagi program syarikat yang akan diadakan nanti," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Sharine Mohd. Yassin, 23, berkata, dia tertarik dengan kepelbagaian hiasan bunga yang dihasilkan oleh pereka tempatan dan antarabangsa pada festival kali ini.

"Saya kagum melihat kreativiti pereka yang bijak mengadunkan tema bunga orkid kali ini dengan pelbagai bentuk antaranya panda dan hidupan laut seperti ikan dan sotong," katanya.

Sementara itu, Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam kenyataan akhbarnya hari ini memaklumkan, festival tersebut dibuka seperti biasa hari ini, tetapi pengunjung dinasihatkan memakai topeng mulut dan hidung.

Katanya, bagi kemudahan pengunjung pihaknya juga akan mengedarkan topeng tersebut di pintu masuk utama festival.

"Untuk keselesaan pengunjung semasa jerebu, pengunjung mempunyai pilihan untuk melawat tarikan utama Floria iaitu di Floria Pavilion yang ditempatkan dalam bangunan berhawa dingin," katanya.

Floria Putrajaya dibuka dari 22 Jun hingga 30 Jun bermula 9 pagi hingga 10 malam pada hari Isnin hingga Khamis, dan 9 pagi hingga 12 tengah malam pada Jumaat hingga Ahad.

Mangsa kebakaran ditawarkan ke PPR

Posted: 24 Jun 2013 12:15 PM PDT

Tengku Adnan Tengku Mansor (tiga dari kiri) melawat mangsa kebakaran di Kampung Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur malam semalam.

KUALA LUMPUR 24 Jun - Sebanyak lima keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Padang Balang, Sentul di sini ditawarkan untuk berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu atau di Batu 5, Jalan Ipoh.

Untuk sementara waktu, semua mangsa ditempatkan di sebuah dewan berdekatan rumah mereka selain menerima bantuan asas seperti makanan dan minuman.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberi sumbangan sebanyak RM300 manakala beliau turut menghulurkan sumbangan peribadi sebanyak RM500 kepada setiap keluarga berkenaan.

"Difahamkan, sebanyak enam buah rumah terbakar. Lima mangsa adalah warga tempatan dan sebuah rumah lagi disewa warga asing yang mempunyai permit.

"Saya boleh bantu lima mangsa sahaja untuk berpindah secepat mungkin ke PPR berkemungkinan esok," katanya ketika melawat mangsa di lokasi terbabit dekat sini malam tadi.

Kebakaran yang berlaku pada pukul 11.45 pagi semalam dipercayai akibat daripada masalah litar pintas namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seorang mangsa, Zulkifli Zakaria, 39, berkata, keseluruhan rumah tersebut yang terbakar hangus dijilat api.

"Saya antara orang pertama yang melihat kebakaran berlaku. Saya terdengar jiran menjerit menyebabkan saya panik ketika berada di dalam rumah," jelasnya.

Ayuni Jefri, 25, pula mengalami kerugian kira-kira RM3,000 apabila barang kemas dan perabotnya musnah.

"Saya sedang bekerja ketika kebakaran berlaku. Saya mendapat tahu (mengenai kejadian) apabila balik ke rumah. Buat masa ini saya akan menumpang di rumah kakak di kawasan sekitar sini," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved