Ahad, 23 Jun 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Maritim Kelantan tahan 3 bot asing nilai RM6 juta

Posted: 23 Jun 2013 10:53 PM PDT

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH 24 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan menahan tiga buah bot laut dalam nelayan asing dianggar bernilai lebih RM6 juta bersama 44 awak-awak dan tiga tekong kerana menceroboh perairan negara kira-kira pukul 12.30 tengah malam kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Kelantan, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata, bot terbabit ditahan melalui Ops Perkasa Timur Siri Ke-72 diketuai Leftenan Komander Norhafizi Mohd. Rafiq bersama 16 anggota pada kedudukan 57 batu nautika di Timur Laut Tok Bali.

Menurutnya, nelayan asing yang dipercayai dari Vietnam itu tidak memiliki sebarang pengenalan diri dan bot yang digunakan tiada permit menangkap ikan yang sah.

Beliau berkata, kehadiran Kapal Maritim (KM) Jujur tidak disedari ketiga-tiga bot terbabit yang menangkap ikan di sekitar Pelantar Minyak Perawit disebabkan keadaan berjerubu dan kabus tebal ketika itu.

"Kesemua bot terbabit disyaki menyamar dengan menggunakan nombor pendaftaran bot nelayan tempatan iaitu KNF7807, KNF7832 dan KNF7826 bagi mengaburi pihak berkuasa termasuk mengibarkan bendera Malaysia.

"Bagaimanapun anggota maritim yang sudah lali dengan taktik sedemikian berjaya mencekup mereka bersama hasil tangkapan dan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Maritim di Tok Bali petang semalam," katanya ketika ditemui pemberita di Pangkalan Operasi Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali hari ini. - UTUSAN ONLINE

Peserta himpun ditahan rempuh pekarangan Parlimen

Posted: 23 Jun 2013 10:44 PM PDT

KUALA LUMPUR 24 Jun - Polis telah menahan sekumpulan daripada 200 peserta black 505 setelah mereka bertindak ganas cuba merempuh kawalan polis yang mengawal pekarangan bangunan Parlimen di sini ketika berlangsungnya majlis istiadat mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat hari ini.

Difahamkan lebih kurang 12 peserta ditahan polis dalam insiden yang tercetus kira-kira pukul 10.50 pagi apabila sekumpulan aktivis mahasiswa yang menggelarkan diri Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki pekarangan Parlimen.

Susulan cubaan itu, pihak polis telah menahan kumpulan terbabit manakala peserta perhimpunan lain mula menghamburkan kata-kata kesat kepada polis termasuk mendesak polis membebaskan mereka.

Kejadian tersebut menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Parlimen.

Insiden ganas itu berlangsung selama 40 minit kembali reda selepas pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard dan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim menyerah diri kepada polis.

Para peserta mula bersurai dan menuju ke Padang Merbok semula pada 12.05 tengah hari setelah Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengarahkan mereka berbuat demikian.

Perhimpunan anjuran pembangkang dan beberapa badan bukan kerajaan itu bermula sejak Sabtu lalu bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

Biarpun pembangkang mendakwa perhimpunan itu adalah aman, namun ia dicemari insiden ganas apabila polis mendapati tindakan provokasi dan kata-kata kesat sekumpulan peserta perhimpunan itu menjadi punca insiden dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari di Padang Merbok Sabtu lalu.

Malah mereka juga berdegil dengan membina 60 khemah di padang tersebut biarpun DBKL menyatakan tindakan mereka menyalahi Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 iaitu berkumpul tanpa permit dan kesalahan mendirikan khemah di tempat awam mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Pada 8.45 pagi ini dalam keadaan berjerebu, peserta terbabit mula berhimpun di tepi Jalan Parlimen, kira-kira 500 meter dari pintu masuk bangunan Parlimen iaitu di Jalan Parlimen-Jalan Mahameru.

Malah beberapa pemimpin pembangkang sebelum masuk ke pekarangan bangunan Parlimen untuk upacara angkat sumpah jawatan anggota Parlimen turut bertemu dengan peserta, antaranya Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun pihak polis mengawal rapi laluan masuk ke bangunan Parlimen dan Zainuddin berkata seramai 150 anggota polis, polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis trafik ditempatkan di kawasan itu bagi menjamin lalu lintas dan ketenteraman awam dalam keadaan terkawal.

Pada 10 pagi sebahagian daripada peserta perhimpunan itu berbaring di tepi jalan. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Akar umbi masih lemah

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

B. Sathianathan

SHAH ALAM - Pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi seawal umur 12 tahun di negara ini perlu diberi perhatian serius jika negara mahu melahirkan lebih ramai pemain berkualiti serta mampu mencabar di saingan antarabangsa.

Jika kata-kata bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan menjadi penilaian, sistem pembangunan bola sepak di negara ini mungkin perlu dikaji semula kerana masih ada kelemahan yang membelenggu para pemain muda di negara ini untuk memajukan corak permainan mereka.

Dia yang menjadi salah seorang penilai pada Kem Bola Sepak Junior Allianz dalam memilih tiga pemain yang akan menjalani latihan di Munich, Jerman mengakui beberapa aspek asas bola sepak oleh kebanyakan para pemain muda masih berada di tahap terendah.

Semuanya berpunca ekoran kekurangan perlawanan yang kompetitif dalam tempoh satu tahun dan itu menyukarkan mereka mengasah skil serta keupayaan di tahap terbaik.

''Jika saya mahu bercakap benar, lebih 100 remaja terdiri daripada mereka yang berumur di kalangan 14, 15 dan 16 tahun yang saya temui mengakui mereka hanya bermain sebanyak tiga atau empat perlawanan kompetitif sepanjang tahun.

''Situasi ini cukup berbeza semasa saya pergi ke Jepun, pemain yang sebaya dengan usia mereka beraksi lebih kurang 40 perlawanan dalam masa satu tahun, memang kita agak sedikit ketinggalan dalam soal ini.

''Pembangunan akar umbi di peringkat sekolah ternyata perlu dinilai kembali kerana jumlah perlawanan yang mereka lalui tidak mencukupi dan memang agak sedikit," katanya yang ditemui selepas pemilihan Kem Bola Sepak Junior Allianz 2013 di Padang SUK, semalam.

Sebagai bukti, Sathianathan berkata, beberapa perkara asas bola sepak di kalangan mereka yang hadir juga tidak sebaik mana ekoran kurang pendedahan bermain di peringkat tertinggi.

''Perkara-perkara asas seperti balingan bola juga ada kelemahan malahan mereka lebih gemar bermain secara hantaran jauh kerana tidak mahir menggunakan hantaran-hantaran pendek.

''Ini semua berpunca daripada kurangnya bermain perlawanan kompetitif di samping tiada jurulatih yang bertauliah membentuk mereka," katanya.

Pada pemilihan terakhir melibatkan 25 pemain yang turun menentang pasukan Bawah 17 tahun Selangor di Padang SUK, tiga pemain yang berjaya menempah tiket ke Munich adalah S. Thinparaj, Farid Asraf Kamarozaman dan Mohamad Syawal Rosman.

Mereka akan berangkat ke sana selama enam hari bermula 7 Ogos depan dan berpeluang menemui bintang-bintang Bayern Munich malahan dapat menyaksikan perlawanan secara langsung aksi kelab gergasi Jerman itu di Allianz Arena.

Tujuh lagi pemain lain yang berada di tempat keempat hingga sepuluh akan menyertai Kem Junior Bola Sepak Asia Allianz 2013 di Phuket, Thailand dari 28 hingga 30 Jun ini.

Seramai 1,200 peserta telah hadir pada sesi uji bakat yang diadakan di Padang Kompleks Belia dan Sukan Pahang, Kuantan pada 15 Jun lalu dan Padang SUK.

Turut hadir Ketua Pegawai Esekutif Allianz Insuran Berhad, Jens Peisch dan dua bekas pemain kebangsaan, Shahrin Majid serta Rusdi Suparman yang bertindak sebagai sebagai hakim.

Hafizh rakam kejayaan podium kedua di Sepanyol

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

Hafizh Syahrin menduduki tempat ketiga Kejuaraan Kebangsaan Sepanyol CEV Repsol di Litar Albacete, semalam.

KUALA LUMPUR - Pelumba sensasi Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah kian mempamerkan kehandalan dengan menaiki podium keduanya bagi musim ini dalam pusingan ketiga Kejuaraan Kebangsaan Sepanyol CEV Repsol di Litar Albacete, semalam.

Biarpun mengalami sakit otot lengan kanan, pelumba cekal Petronas Raceline ini yang layak bagi permulaan petak depan kelmarin, tetap mampu menduduki tempat ketiga selepas melengkapkan 20 pusingan.

Hafizh, 19, atau digelar El Pescao (Ikan Kecil) mencatat 31 minit 00.440 saat manakala Alejandro Marinelarena merangkul kejuaraan dengan 30'56.019s sambil diikuti oleh Roman Ramos di tangga kedua, 30'58.464s.

"Saya gembira meraih podium kedua di Albacete. Keadaan tampak baik sejak awal malah saya mampu mendahului bagi beberapa pusingan dengan dikejar rapat Daniel Rivas dan Ramos.

"Saya cuba menjauhi mereka namun kedua-dua penunggang itu cukup pantas jadi saya biarkan mereka melepasi supaya saya dapat mengambil nafas baharu.

"Sebaik sahaja mereka di depan, saya kekal bersama di situ dan kami saling mendahului beberapa kali.

"Saya berharap untuk mencapai kedudukan lebih baik kerana kederasan saya namun menuju penghujung perlumbaan, lengan kanan saya mula sakit dan saya tidak mampu mengasak lagi.

"Walau bagaimanapun saya cukup gembira dengan keputusan ini. Pasukan saya menjalankan tugas yang cemerlang jadi syabas kepada setiap orang," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Ketahui hak intelek pelajar

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID

pelajar dan guru mewakili Sekolah Berasrama Penuh dari seluruh negara yang menyertai ip summer camp bergambar berkumpulan pada hari terakhir perkhemahan, di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, baru-baru ini.

Setiap pelajar harus mengetahui hak paten produk inovasi yang dihasilkan dan dilindungi di bawah agensi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi mengelak ia diciplak oleh golongan tidak bertanggungjawab.

Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Azizan Mohamad Sidin berkata, pencapaian pelajar dalam ciptaan produk inovasi amat membanggakan dan sering memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa.

Misalnya, kata beliau, pada pertandingan World Robotic Olympiad, Malaysia memenangi kejuaraan itu sebanyak tiga kali iaitu 2009, 2010 dan yang terbaru memenangi 11 anugerah cemerlang dan dua anugerah khas pada tahun lalu.

"Bagaimanapun, hasil inovasi tersebut tidak difailkan bagi mendapat perlindungan harta intelek dan telah mengakibatkan peniruan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Apa yang lebih menyedihkan, apabila kos mengambil tindakan mahkamah terlalu mahal dan ini terus memberi ruang kepada pihak terbabit untuk mengeksploitasikan hasil inovasi pelajar,'' katanya ketika Menutup IP Summer Camp 2013 di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya baru-baru ini.

Perkhemahan selama tiga hari dua malam itu dianjurkan buat julung-julung kali oleh MyIPO dan berjaya menarik penyertaan 200 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh negara.

Ia diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada golongan pelajar mengenai kepentingan dan usaha mereka terhadap perlindungan harta intelek menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang perkhemahan berlangsung.

Selain itu menurut Azizan, melalui penganjuran IP Summer Camp diharap mampu meningkatkan pemahaman dan meluaskan ilmu pengetahuan pelajar terhadap kepentingan penjagaan harta intelek agar tidak boleh diciplak sewenangnya oleh pihak lain.

"Ini kerana, harta intelek merupakan satu bentuk kekayaan baru dalam penjanaan ekonomi dan kreativiti ini dapat menyediakan peluang yang lebuh luas ke arah meningkatkan pendapatan,'' ujarnya.

Katanya, program itu mampu mendidik pelajar membudayakan elemen kreativiti dan inovasi pada diri setiap pelajar dan menyediakan ruang kepada mereka untuk menterjemahkan kreativiti masing-masing melalui aktiviti yang diadakan.

Sementara itu, pelajar yang ditemui melahirkan rasa teruja mereka terhadap penganjuran program tersebut malah membantu mereka menambah pengetahuan dalam ilmu harta intelek.

Seorang pelajar Tingkatan Empat, Nurfaezah Atiqah Shafe'ee, 14, berkata, program yang diadakan secara santai melalui pendekatan 'learn lerning'.

"Setiap pelajar juga terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan berpeluang menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang yang dikuasai berbanding proses pembelajaran sehala biasa,'' katanya.

Bagi pelajar Tingkatan Tiga SMK Putrajaya Presint 9 (1), Muhammad Afiq Samsudin, dia merasa seronok dan terhibur walaupun program berlangsung pada masa agak panjang.

Ujarnya, pelajar juga didedahkan dengan penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter dalam memperolehi maklumat berhubung kepentingan harta intelek.

Pelajar SM Sains Tuanku Munawir, Muhammad Arid Hafiz Roslan, 14, berkata dia mula mengetahui kepentingan dan hak melindungi hasil inovasi pelajar.

Ini kerana, katanya, dia beranggapan kepentingan tersebut terletak pada tanggungjawab pihak berkuasa.

Manakala kata Nurul Najwa Sidik, melalui program itu, dia berpeluang meluaskan pemahamannya terhadap budaya kreativiti dan inovasi.

Dia yang merupakan pelajar Tingkatan Empat Sekolah Seri Puteri berkata, pada masa yang sama, dia berpeluang memperolehi maklumat dalam menghayati dan menghormati harta intelek.

MMC tingkat pembangunan modal insan

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

Murid-murid tahun Enam yang akan menghadapi UPSR gembira setelah mendapat tajaan akhbar Utusan Malaysia yang disumbangkan syarikat MMC Corporation Sdn. Bhd. di SK Sungai Buloh, baru-baru ini.

MMC Corporation Bhd. (MMC Corp.) berazam membantu melaksanakan tanggungjawab sosial korporat bersandarkan kepada pembangunan modal insan dengan memberi tumpuan kepada pendidikan.

Bagi tujuan itu, kualiti modal insan dan kemahiran pembelajaran akan ditingkatkan melalui kerjasama penajaan akhbar Utusan Malaysia sebagai salah satu medium untuk mengetengahkan peranan MMC bersama komuniti terutama di kalangan murid dan pelajar sekolah di negara ini.

Pengarah Kewangannya, Anwar Syahrin Ajib berkata, akhbar Utusan Malaysia melalui sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) terbukti memberi manfaat untuk dijadikan rujukan kepada murid-murid yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Kita melihat ADaP mampu menjadi sumber rujukan alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

"Justeru itu, matlamat tajaan MMC bukan sekadar memenuhi tanggungjawab sosial korporat semata-mata tetapi lebih kepada pembangunan modal insan yang memberi tumpuan kepada pendidikan.

''Saya berharap dengan adanya sisipan ADaP ini, pelajar dapat meningkatkan penguasaan dalam setiap matapelajaran yang begitu penting kini," katanya ketika merasmikan penganjuran bengkel ADaP di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buloh di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan replika cek tajaan akhbar sebanyak 21,000 naskhah Utusan Malaysia bernilai RM25,200 untuk diagihkan kepada 40 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara kepada Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan.

Yang turut hadir Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan Utusan, Nur Shafina Redzuan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Datuk Abdul Razak Kechik dan Guru Besar SK Sungai Buloh, Lim Siew Bian.

Anwar berkata, selain daripada tajaan, sekolah dan pelajar yang terpilih akan mendapat manfaat dari Bengkel ADaP tentang teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

Sementara itu, Zaini berkata, kerjasama yang terjalin di antara Kumpulan Utusan dan MMC akan berterusan bagi aktiviti akan datang.

Katanya, Kumpulan Utusan akan sentiasa membantu pihak MMC dari segi promosi dan aktiviti melibatkan golongan pelajar di negara ini.

Menerusi pembacaan akhbar juga, Zaini berkata, pelajar dapat meningkatkan pengetahuan am mereka berhubung isu-isu yang berlaku di dalam dan luar negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Wajah baharu Isuzu D-Max

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

Oleh JOHARDY IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SEDEKAD lamanya untuk Isuzu memperkenalkan model serba baharu trak pikap D-Max di Malaysia. Sebenarnya, tiada yang luar biasa. Jenama-jenama trak pikap lain pun sama. Ini kerana sasaran pembeli segmen trak pikap tidak sama dengan kereta sedan yang bertukar setiap tiga atau empat tahun.

Sejak diperkenalkan pada 2003, Isuzu D-Max (dikenali sebagai Chevrolet Colorado di pasaran lain) telah melalui banyak siri peningkatan bahagian luaran atau facelift.

Model ini berjaya menarik perhatian ramai kerana reka bentuk dan paling penting, penjimatan bahan api sehingga melonjakkan D-Max ke tangga ketiga dalam pasaran trak pikap.

Pandu uji Utusan Malaysia mencatat 470 kilometer dan meter minyak masih separuh daripada 76 liter tangki penuh. Bermakna dengan setangki penuh, ia dengan mudah boleh dipacu sejauh 1,000 km.

Generasi kedua D-Max ini adalah serba baharu sepenuhnya. Dibina atas asas i-GRIP (Isuzu Gravity Response Intelligent Platform), saiznya ternyata lebih besar berbanding model terdahulu.

Daripada segi panjang, D-Max ini berukuran 5,295 mm long (iaitu penambahan 260 mm), lebar 1,860 mm wide (tambah 60 mm), tinggi 1,795 mm (tambah 60 mm), jarak roda 3,095 mm ( tambah 45 mm).

Dimensi kenderaan yang lebih besar bermakna ruang kabin yang lebih selesa dan ruang kargo lebih luas. Dengan ruang kabin memiliki ciri SUV, Isuzu memberi fokus kepada keselesaan penumpang, terutama bagi penumpang kerusi belakang. Isuzu mendakwa sudut kerusi belakang adalah terbaik dalam kelasnya.

Pada papan pemuka, terdapat banyak ruang penyimpanan barang termasuk kotak glove yang boleh dibuka dua dan kotak tengah.

Daripada segi luaran, D-Max tampil dengan reka bentuk lebih maskulin. Dengan jeriji besar berwarna krom, diapit oleh dua lampu depan yang seakan mata yang garang. Lampu isyarat terdapat di dalamnya. Gerbang roda (wheel arches) adalah sebahagian daripada badan kereta dan bukan lagi penambahan plastik. Kecekapan aerodinamik disifatkan terbaik dalam kelasnya, iaitu lima peratus dalam kecekapan heretan (Cd).

Enjin diesel yang digunakan pada D-Max juga adalah serba baharu iaitu enjin turbodiesel empat silinder 2.5 liter yang menawarkan kuasa maksimum 136 kuasa kuda pada 3,600 rpm dan kuasa kilas 320 Nm antara 1,800 hingga 2,800 rpm. Enjin ini menggunakan turbocharger Sistem Geometri Berubah-ubah (VGS) untuk mengatasi enjin 3.0 liter yang lama. Terdapat dua pilihan transmisi lima kelajuan iaitu manual dan automatik bersama fungsi mengatasi secara manual.

Daripada sudut keselamatan, D-Max memiliki struktur perlindungan kemalangan yang maju. Beg udara berkembar, tali pinggang tiga mata bagi semua penumpang termasuk sistem ABS, BA, EBD, Traction Control (TCS) dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) yang boleh didapati pada model tertinggi.

Model terendah D-Max ialah varian low rider 2.5L 4x2 MT berharga RM69,799 menggunakan enjin lama yang berkuasa 79 hp/176 Nm.

Dua model lagi ialah 2.5L 4×2 MT Hi-Ride berharga RM79,899 dan 2.5L 4×4 MT-L (RM85,499) yang menggunakan enjin baharu dan dipasang dengan rim aloi 16 inci, lampu depan projektor dan jeriji krom, cermin sisi boleh lipat dan bamper belakang sebagai aksesori standard tapi beg udara cuma satu.

Varian tinggi D-Max ialah 2.5L 4×4 transmisi manual berharga RM94,619 dan automatik (RM100,689) yang dilengkapi paparan pelbagai maklumat e-LUMAX, kemudi roda disalut kulit dengan kawalan audio dan bebas tangan. Varian ini juga memiliki sistem hiburan yang bagus iaitu pemain multimedia 2-Din dengan sambungan Bluetooth dan sistem audio enam pembesar suara (dengan pembesar suara sekeliling Exciter dilekat pada bumbung).

Varian ini dipasang dengan lampu kabus, lampu LED di belakang, rim roda aloi 17 inci, susur bumbung dan pemijak kaki adalah ciri standard. Isuzu menjangkakan varian ini digunakan lebih sebagai kenderaan rekreasi berbanding kegunaan komersial, sistem LSPV dan LSD ditiadakan.

Roll bar pula ditawarkan sebagai opsyen pada harga RM1,200 dan D-Max didatangkan dalam lima warna iaitu Phoenix Red Mica, Phantom Grey Mica, Stallion Black Metallic, Titanium Silver Metallic dan Magnum White Solid.

Volvo jangka pertumbuhan rendah jualan trak

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

KUCHING 23 Jun - Volvo Malaysia, pengedar kenderaan trak Volvo dan Renault di dalam negara, telah menyasarkan pertumbuhan yang rendah untuk jualan jenama trak tugasan berat Eropahnya di negara ini tahun ini.

Bagaimanapun, syarikat yakin dapat mengekalkan kedudukannya antara dua jenama terkemuka untuk trak jenis itu di dalam negara.

Pengarah Urusannya, Mats Nilsson berkata, pertumbuhan itu dijangka antara 15 peratus dan 20 peratus selepas mengambil kira unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini.

"Tahun lepas, jualan kami mampu berkembang sebanyak 42 peratus berbanding tahun 2011," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran tahunan Cabaran Fuelwatch Volvo di sini, semalam.

Beliau berkata, jualan itu telah membolehkan Volvo Malaysia menguasai 39 peratus daripada segmen pasaran trak tugasan berat Eropah negara tahun lepas.

"Sebaik sahaja menjadi antara peserta terkemuka di dalam pasaran, kita tidak boleh mengharapkan yang jualan akan berkembang banyak tetapi saya boleh katakan yang ia masih mencatatkan pertumbuhan yang berkualiti tahun ini," kata beliau.

Nilsson juga berkata, Volvo turut bercadang melabur antara RM5 juta dan RM10 juta dalam tempoh tiga tahun ini di Sarawak bagi peluasan rangkaian jualan dan perkhidmatannya.

Beliau berkata, perkembangan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) serta projek hidroelektrik dan perladangan di negeri ini telah menyediakan peluang baharu untuk Volvo mengembangkan lagi perniagaannya di dalam negeri.

Sementara itu, Nilsson berkata seramai 400 pemandu trak seluruh Malaysia akan menyertai dalam pusingan permulaan Cabaran Fuelwatch yang bertujuan melengkapkan para pemandu dengan kecekapan mendapatkan penjimatan bahan bakar yang terbaik untuk kenderaan Volvo mereka.

Pusingan separuh akhir dan akhir cabaran peringkat kebangsaan akan diadakan di ibu pejabat Volvo di Shah Alam pada 5 dan 6 Julai ini. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pembenihan awal hasilkan hujan di Dumai

Posted: 23 Jun 2013 10:14 AM PDT

JAKARTA 23 Jun - Operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah gambut di Riau melalui kaedah pembenihan awan oleh pasukan menangani bencana Indonesia berjaya menghasilkan hujan di Bukit Kapur, Dumai pada Ahad.

Pasukan gabungan yang diketuai Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia itu memperhebat operasi pemadaman kebakaran secara bersepadu untuk hari kedua pada Ahad dengan operasi darat dan udara.

"Hari ini (Ahad) operasi pemadaman oleh pasukan darat dan udara akan diteruskan. Pasukan udara mengerahkan dua helikopter Bolco untuk melakukan pengeboman air dan dua pesawat Hercules dan Cassa untuk melakukan pembenihan awan," kata BNPB dalam kenyataan di sini.

Semalam, operasi bersepadu yang menggunakan dua helikopter Bolco yang mampu mengangkut 500 liter air, melakukan 16 kali pemadaman melalui kaedah pengeboman air di daerah Mandau dan berjaya memadamkan kebakaran di kawasan seluas 100 meter persegi.

Dalam operasi pembenihan awan pula, dua tan garam telah ditabur ke dalam awan menggunakan dua pesawat hercules di daerah Mandau, Bengkalis dan Duri.

Operasi darat juga dilakukan di Bengkalis dengan mengerahkan anggota tentera dan polis, masyarakat tempatan, Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) dan agensi-agensi kerajan yang berkaitan.

Sementara itu, pantauan satelit pada Sabtu mengesan 92 titik panas di Riau, berbanding hanya 13 titik panas yang dikesan pada Jumaat, namun pihak berkuasa menyangkal bahawa aktiviti pembakaran hutan semakin meningkat.

"Adanya peningkatan jumlah 'hotspot' itu lebih disebabkan ketidakmampuan sensor satelit mengesan 'hotspot' kerana tebalnya asap sehingga sensor 'thermal' dari satelit itu tidak dapat tembus ke permukaan tanah. Jadi ini bukan disebabkan meningkatnya aktiviti pembakaran," kata BNPB.

Daripada 92 titik panas itu sebahagian besarnya adalah di daerah Rokan Hilir dan Bengkalis.

Tiupan angin di Riau yang mengarah ke timur dan timur laut telah membawa asap daripada kebakaran itu ke beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Satelit juga mengesan 12 titik panas di Jambi, Sumatera dan 18 titik panas masing-masing di Kalimantan Barat dan Kalimantan Timur. - BERNAMA

AS dakwa Putin bantu Snowden

Posted: 23 Jun 2013 10:11 AM PDT

WASHINGTON 23 Jun - Senator Parti Demokratik Amerika Syarikat (AS), Charles Schumer hari ini mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin berkemungkinan mengetahui rancangan Edward Snowden untuk lari ke Rusia dan memberi perlindungan kepada bekas kontraktor tersebut.

Schumer berkata, jika perkara itu berlaku, ia akan memberi kesan terhadap hubungan diplomatik AS dan Rusia.

"Putin berkemungkinan bersubahat dengan Beijing dalam kes ini dan perkara itu amat tidak disenangi oleh AS," katanya. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


JPP catat hasil 25,350 tan

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

Adnan Hussain (enam dari kanan) bersama kakitangan Jabatan Perikanan Pahang dan penduduk melepaskan benih anak ikan temalian serta lampam sungai di Jerantut Feri, Jerantut, kelmarin.

JERANTUT 23 Jun - Jabatan Perikanan Pahang (JPP) berjaya mencatat perolehan hasil perikanan seberat 25,350 tan ikan air tawar bernilai RM345,757 daripada penternak di perairan sungai dan sangkar di negeri ini pada tahun lalu.

Pengarahnya, Adnan Hussain berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 3,819 tan merupakan hasil ternakan ikan air payau bernilai RM67,333.

Menurutnya, bagi pengeluaran ikan air tawar pula sebanyak 8,856 tan dihasilkan bernilai RM105,545, manakala ternakan akuakultur iaitu 12,675 tan memperoleh sebanyak RM172,878.

"Walaupun permintaan ikan air tawar di negeri ini sangat tinggi, sektor pengeluaran berkenaan masih kurang mampu memenuhi permintaan di pasaran yang semakin meningkat.

"Pahang berpotensi besar menjadi pengeluar ikan air tawar di negara ini, tetapi jumlah ikan dipasarkan masih tidak mencukupi berpunca daripada kaedah penangkapan haram oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di Jerantut Feri di sini semalam.

Pada majlis berkenaan, beliau melepaskan sebanyak 38,000 benih anak ikan temalian dan 2,000 benih anak ikan lampam sungai dalam program pelepasan benih ikan di bawah program Touch Point jabatan berkenaan di Sungai Pahang di sini.

Menurut Adnan, punca kekurangan bekalan itu berkemungkinan menyebabkan spesies ikan air tawar akan pupus di Sungai Pahang dan perairan sungai lain akibat kegiatan penangkapan menerusi kaedah dilarang seperti mengebom, menggunakan kuasa elektrik dan menuba.

Katanya, banyak spesies ikan termasuk benih anak ikan mati akibat penangkapan secara haram manakala pengeluaran projek ternakan ikan sangkar berkurangan akibat penternak menghadapi kemelut benih dan makanan ternakan itu yang terlalu mahal.

Tambahnya, kualiti dan spesies ikan patin dan tilapia termasuk harga di negeri ini turut mempengaruhi peniaga di negeri lain untuk menjual dengan harga sama.

Adnan memberitahu, setiap bulan pihaknya mencatatkan jualan ikan patin ternakan sangkar seberat 80 tan di Temerloh diikuti Jerantut (50 tan) dan Pekan (90 tan) yang dipasarkan terus kepada pemborong di bawah penyelarasan Jabatan Perikanan di Lembah Klang dan negeri lain.

Sultan Ahmad Shah rasmi SASICC, hotel dan Menara Zenith

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

Sultan Ahmad Shah diiringi Adnan Yaakob dan Tew Kim Thin (kanan) menurunkan tandatangan sebagai tanda merasmikan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), hotel dan Menara Zenith Putra Square di Kuantan, semalam.

KUANTAN 23 Jun - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan merasmikan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Hotel dan Menara Zenith, Putra Square Kuantan, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi Eksekutif Jasa Imani Sdn. Bhd., Datuk Seri Tew Kim Thin.

Kim Thin berkata, pelan pembangunan Putra Square telah dirancang sejak awal 2005 dengan aspirasi untuk mentransformasikan bandar Kuantan.

Beliau berkata, Putra Square merupakan kombinasi antara kawasan bandar budaya seperti pusat beli-belah East Coast Mall (ECM), Hub Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), SASICC, menara dan Hotel Zenith.

Menurutnya, kejayaan projek berkenaan adalah hasil inspirasi Sultan Ahmad Shah sendiri yang mahu melihat bandar Kuantan terus berkembang maju serta mendapat perhatian daripada pelabur dari dalam dan luar negara.

"Ketika majlis pembukaan pasar raya ECM pada April 2008, baginda (Sultan Ahmad Shah) menitahkan satu pelan pembangunan tersusun dilakukan secara berterusan di kawasan ini (Kuantan).

"Bersandarkan saranan itu, kini kawasan ini sudah memiliki pelbagai prasarana, dilengkapi kemudahan hotel bertaraf lima bintang dan dewan konvensyen dilengkapi kemudahan internet berkelajuan tinggi.

"Pelan pembangunan kawasan ini memang direka bagi mentransformasikan bandar Kuantan sebagai yang termaju di Pantai Timur," katanya.

Pada majlis tersebut, Sultan Ahmad Shah turut berkenan mengurniakan Sijil Hijau (Green Certificate) kepada Hotel Zenith di atas pencapaiannya dalam memenuhi piawaian Teknologi Hijau.

Di atas penganugerahan Sijil Hijau berkenaan, Hotel Zenith merupakan hotel pertama negeri itu dan di Pantai Timur yang menerima sijil tersebut dan yang ke-19 di seluruh negara.

Baginda turut berkenan menyampaikan bantuan persekolahan kepada 700 pelajar tingkatan lima dari 20 buah sekolah di Kuantan dan Pekan.

Terminal Sentral Kuantan dipastikan selamat

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

PEKAN 23 Jun - Kerajaan negeri akan memastikan Terminal Sentral Kuantan di Bandar Indera Mahkota di sini berada dalam keadaan selamat sebelum projek yang bernilai RM438 juta itu dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau baru-baru ini mengadakan perjumpaan dengan pihak bertanggungjawab kerana dimaklumkan terdapat sedikit masalah mengenai projek tersebut.

"Saya memang berasa sedikit sedih dan dukacita tetapi saya difahamkan bukan kerosakan struktur yang berlaku, tetapi hanya cat bangunan terkopak bukan disebabkan oleh retak atau tanah mendap.

"Saya difahamkan masalah ini tidak membahayakan dan akan diselesaikan oleh pihak kontraktor dengan kadar segera," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2013 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

Projek itu adalah inisiatif kerajaan negeri bagi menyediakan terminal baharu yang serba moden dan canggih bagi menggantikan Terminal Makmur yang kini sudah dinaik taraf sebagai Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Terminal itu menyediakan 400 petak letak kereta, 170 motosikal dan 40 untuk teksi, selain ruang tempat menunggu bas berhawa dingin untuk orang ramai.

Adnan berkata, desas-desus bahawa projek Terminal Sentral Kuantan berkeluasan 2,070 kaki persegi berkenaan mengalami masalah keretakan pada struktur binaannya adalah tidak benar.

"Dakwaan struktur bangunan retak adalah rekaan segelintir pihak tidak bertanggungjawab. Ini tidak betul, saya harap rakyat tidak mempercayainya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Jalan Lima dalam kenangan

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

9 Februari 1965 - Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia berucap ketika merasmikan bangunan tambahan Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

''Pada 30 Mei lepas, umur Utusan Melayu masuk 33 tahun. Sepanjang ingatan saya, belum pernah lagi dalam sejarah persuratkhabaran Melayu, sebuah akhbar Melayu hidup begini lama. Inilah sejarah yang diukir oleh Utusan Melayu, sebuah perusahaan Melayu yang seratus peratus dikendalikan dan diusahakan sendiri oleh orang-orang Melayu dengan modal yang begitu sedikit. ''

Itu antara petikan ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak ketika merasmikan bangunan tambahan Utusan Melayu (M) Berhad pada 22 Jun 1972 yang terletak di Jalan Lima, Chan Sow Lin.

Ia merupakan bangunan tambahan kedua selepas bangunan Jabatan Pengarang dibina dan dirasmikan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 9 Februari 1965.

Kata-kata Tun Abdul Razak itu amat meninggalkan kesan dan memberi semangat kepada pejuang-pejuang Utusan Melayu untuk terus mempertahankan satu-satunya akhbar yang memartabatkan agama, bangsa Melayu dan tanah air ini.

55 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Jika menyoroti sejarah penubuhan bangunan Utusan Melayu di Jalan Lima Chan Sow Lin, ia dibina pada 6 Februari 1958 selepas dipindahkan dari Singapura selepas 20 tahun beroperasi di republik itu. Pada hari itu juga, berakhirlah percetakan akhbar di 185, Cecil Street Singapura yang dijual pada harga 15 sen.

Bagi menyambung 'Lidah Melayu' yang diasaskan pada tahun 1938 itu, Utusan Melayu kembali ke pangkuan 'ibunya' di Kuala Lumpur dan akhbar pertama mula dicetak keesokan selepas perasmian bangunan Chan Sow Lin.

Di bangunan inilah banyak sejarah telah terpahat, kenangan pahit nan indah tercipta yang telah menguatkan insan-insan di dalamnya.

Dua peristiwa besar telah berlaku sepanjang 55 tahun itu. Gugatan terhadap Utusan Melayu berlaku pada 10 Julai 1961 apabila Lembaga Pengarah Utusan Melayu melantik Ibrahim Fikri sebagai Ketua Pengarang dan Pengarah Utusan Melayu.

Peristiwa mogok besar-besaran yang dilancarkan oleh 115 pekerja Utusan Melayu termasuk 30 pekerja di Singapura telah berlaku sepuluh hari selepas pelantikan Ketua Pengarang itu kerana membantah campur tangan UMNO dalam Utusan Melayu.

Beberapa hari selepas mogok besar itu, Utusan Melayu diterbitkan semula atas usaha Melan Abdullah dan Othman Wok dari Singapura. Walau bagaimanapun, ia tidak dicetak di bangunan itu, tetapi dilakukan di luar Utusan Melayu oleh Print Craft.

Mogok besar-besaran itu hanya berakhir selepas tiga bulan iaitu pada 21 Oktober 1961. H M Shah telah menggantikan tempat Ibrahim Fikri manakala Melan Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarang. Peristiwa mogok tersebut amat meninggalkan kesan besar sehingga nyaris-nyaris memungkinkan Utusan Melayu ditutup.

Pada 1967 Utusan Malaysia, yang bertulisan rumi diterbitkan dan bergerak seiring dengan Utusan Melayu bertulisan jawi. Kini akhbar tulisan jawi hanya akhbar sisipan dalam Utusan Malaysia yang diterbitkan secara percuma setiap Isnin dan dikenali sebagai Utusan Melayu Mingguan.

Peristiwa kedua yang menggugat Utusan Melayu adalah berhubung penggabungan Utusan Melayu dengan New Strait Times pada 2006. Namun usaha penggabungan itu dibatalkan atas bantahan keras pelbagai pihak terutama dalam kalangan para wartawannya.

Dua peristiwa besar itu antara berpuluh-puluh lagi peristiwa lain yang berlaku di bangunan bersejarah itu. Daripada hanya sebuah bangunan dua tingkat Jabatan Pengarang, ia kemudiannya ditambah yang menempatkan bahagian jurufoto, Pre Press, Jawi dan Kantin.

Di Jalan Lima turut terbina akhbar terbitan Utusan Melayu iaitu Mingguan Malaysia dan Kosmo. Kosmo! merupakan sebuah akhbar terbitan Kumpulan Utusan yang mula diterbitkan pada 31 Ogos 2004 dan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Utusan Melayu yang diterajui barisan Ketua Pengarangnya yang dedikasi antaranya seperti Pak Said Zahari, Melan Abdullah, Mazlan Noordin, Zainuddin Maidin, Johan Jaaffar, Khalid Mohd. dan terkini, Aziz Ishak boleh dianggap sebagai benteng pertahanan Utusan Melayu daripada diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang mahu melihat syarikat milik Melayu ini jatuh kecundang.

Walaupun bangunan keramat ini tidak segah bangunan pencakar langit atau tidak sehebat syarikat media tempatan lain, namun, di sinilah tertonggaknya mereka yang benar-benar komited. Anak-anak Utusan Melayu sejak dulu hingga kini memilih untuk berbakti.

Ramai pihak luar yang mengunjungi Utusan Melayu seakan-akan 'terkejut' melihat bangunannya yang usang jika dibandingkan kehebatan akhbar Melayu paling berpengaruh itu.

Kini, selepas 55 tahun, Utusan Melayu telah berpindah ke bangunan baharu lapan tingkat yang masih terletak di Jalan Chan Sow Lin, berhadapan dengan bangunan lama, iaitu di Jalan Enam.

Memetik kata-kata Ketua Pengarang, Datuk Aziz Ishak pada majlis Anugerah Bulanan terakhir di bangunan bersejarah itu, beliau menyifatkan, ''struktur bangunan itu tidak penting, tetapi insan-insan yang menggerakkan Utusan Melayu teramat penting."

Bangunan ini menyimpan terlalu banyak sejarah terutama mereka yang 'membesar' bersama Utusan Melayu, yang menjadi saksi jatuh bangun dan perit jerih syarikat akhbar yang digeruni banyak pihak yang mahu melihat Melayu terkebelakang.

Tidak salah jika saya kepilkan di sini petikan kata-kata ayahanda kami, Datuk Aziz ketika hari perpindahan kami ke bangunan baharu pada Jumaat lalu, 21 Jun 2013 yang menyaksikan satu lagi tarikh bersejarah dalam kalendar Utusan Melayu.

''Daya juang kita cukup tinggi. Ramai yang menyokong kita di luar sana. Kita akan terus berjuang untuk melonjakkan produk-produk kita. Cabaran tetap ada. Kalau kita kerja dengan Utusan cabaran pasti ada. Macam orang terdahulu mereka tidak pernah mahu dikenang. Semangat mereka yang kekal dan diwarisi oleh kita. Kita akan lebih komited.

''Kita sudah banyak keluarkan peluru dalam mempertahankan namun kita berjaya. Kita juga sudah banyak parut namun kita berjaya.

''Kadangkala kita rasa bersendirian untuk pikul amanah itu namun kita berjaya mengatasinya. Dalam tempoh yang panjang kita berjaya menjalankan tugas kita memartabatkan akhbar yang menjalankan tugas kita mempertahankan Perlembagaan. Utusan tidak rasis. Kita mempertahankan apa yang ada. Kita juga menyokong rakan-rakan bukan Melayu.

''Kalau boleh dinding dan lantai berbicara banyak yang akan diperkatakan. Apa pun kita mampu bertahan dan bersabar.

''Saya rasa sedih sebab ingin meninggalkan bangunan ini yang mempunyai banyak sejarah tersendiri. Mereka yang terdahulu banyak berkorban untuk bangsa dan negara dan turut menjadikan Utusan itu keramat."

Selepas 75 tahun perjuangan Utusan Melayu, institusi ini akan terus menghadapi pelbagai cabaran sama ada daripada akhbarnya, Utusan Malaysia, mahupun sebagai syarikat yang bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad atau Kumpulan Utusan.

Menyambung kata-kata Tun Abdul Razak ketika perasmian bangunan tambahan Utusan Melayu itu,:''Satu hakikat lain peranan Utusan Melayu masih tetap sebagai lidah umat Melayu tetapi dalam konteks yang baharu. Dalam zaman kita sedang membentuk satu bangsa yang bersatu padu, dalam zaman kita sedang meniupkan semangat yang cintakan sains dan teknologi, zaman kita menggalakkan orang Melayu supaya menukar pandangan hidup mereka yang tradisional kepada pandangan hidup yang sesuai dengan peredaran masa, peranan surat khabar terutama sekali surat khabar seperti Utusan Melayu amatlah penting sekali.

''Utusan Melayu mestilah ikut mempelopori perjuangan mencapai cita-cita ini iaitu bersama-sama mendidik dan membentuk jiwa dan pandangan hidup baharu di kalangan masyarakat Melayu khasnya dan masyarakat nasional amnya, bersama-sama berusaha membentuk satu masyarakat baru yang cintakan sains dan teknologi, satu bangsa yang terjalin erat dengan semangat Rukun Negara, satu masyarakat yang dinamis dan progresif.

''Ini bererti mereka yang mengendali Utusan Melayu mestilah mengerti dan memahami tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab mereka dalam konteks yang baharu ini.

Inilah insurans, inilah benteng, inilah jaminan yang akan kita bangunkan untuk menghadapi cabaran-cabaran sekarang dan masa hadapan. Dalam menghadapi cabaran ini kita memerlukan penggemblengan setiap tenaga pemimpin politik, kebudayaan, sosial, pakar-pakar ekonomi buruh dan petani dan tidak kurang pentingnya kaum wartawan dan penulis."

Dua kata-kata keramat daripada Tun Abdul Razak dan Ayahanda Datuk Aziz Ishak akan menjadi azimat kepada semua petugas Utusan Melayu termasuk mereka di bahagian pengoperasian syarikat untuk terus memperteguhkan akhbar keramat bangsa Melayu supaya mereka di luar sana tidak lagi boleh memperlekeh atau mempersenda perjuangan yang telah sebati sejak 75 tahun dahulu.

Utusan Melayu tidak tegak berdiri secara tiba-tiba. Zaman permulaannya zaman yang penuh dengan derita, kepayahan dan pengorbanan setiap pekerjanya.

Maka ia perlu menjadi tanggungjawab sesiapa yang mewarisi pusaka ini supaya kekal menjadi satu institusi. satu lambang kebolehan dan kemampuan anak Melayu untuk berdikari dengan tekad yang bulat, semangat yang gigih demi memajukan diri dan bangsa dengan perasaan yang tulus ikhlas untuk masyarakat.

Perhimpunan haram cemar imej pembangkang

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

PERHIMPUNAN haram di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas mencatatkan kehadiran sekitar 20,000 penyokong pembangkang sedangkan sasaran awal mencecah lebih 500,000 orang.

Untuk menutup malu dan kekecewaan, ada yang menambah jumlah itu kepada 30,000 sehingga lebih 50,000 mahupun 100,000 orang, walaupun itu cuma 10 ke 20 peratus daripada sasaran, di samping menyalahkan jerebu sebagai punca kurangnya sambutan.

Walaupun jumlah peserta jauh lebih kecil daripada sasaran penganjur, beberapa insiden provokasi turut berlaku seperti serangan ke atas anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mengibar bendera merah putih, sepanduk menghina pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa kejadian lain. Pemerhati di perhimpunan itu pula mendapati peserta berbangsa Cina banyak berkurangan. Rata-rata yang hadir dilihat sebagai penyokong PKR ataupun anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut serta.

Apa yang diharap dan didoakan majoriti rakyat akhirnya tercapai apabila perhimpunan haram itu tidak melarat menjadi huru-hara besar sehingga menjejaskan keselamatan dan keharmonian negara, khususnya kepada rakyat yang bekerja atau tinggal di kawasan berhampiran.

Sungguhpun satu lagi hari hujung minggu dibazirkan, kebimbangan rakyat untuk keluar pada hari Sabtu lalu akhirnya berlalu secara aman tetapi kesannya tetap dirasakan rakyat di samping menconteng arang pada imej negara.

Tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah merasakan apa yang dilakukan pembangkang selama ini telah menimbulkan persepsi negatif pihak luar terhadap rakyat dan Malaysia.

"Gambar demonstrasi yang dipaparkan pihak luar akan menunjukkan seolah-olah kita menghadapi masalah besar, kononnya majoriti rakyat turut serta sedangkan segelintir kecil sahaja datang.

"Persepsi buruk yang akan tersebar, Malaysia kini kacau bilau, tiada perpaduan. Ini tidak betul kerana negara kita aman, mereka yang tidak puas hati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sahaja menuduh tanpa bukti sedangkan rakyat tidak mahu dan tiada sebab untuk adakan demonstrasi," tegasnya.

Beliau bimbang implikasi ke atas sektor pelancongan dan ekonomi negara, khususnya pelaburan asing apabila masyarakat luar melihat Malaysia tidak amalkan demokrasi sebenar dan sama seperti negara-negara Arab yang bergolak.

Melihatkan sambutan yang jelas berkurangan dalam perhimpunan Sabtu lalu, beliau juga terkejut khususnya penyertaan orang Cina dan penyokong parti Pas yang nyata jauh berkurangan berbanding perhimpunan lain sebelum ini.

"Perhimpunan selepas PRU13 majoritinya orang Cina tapi tidak seramai itu pada Sabtu lalu. Saya harap ini petanda mereka sudah buka minda akan implikasi terhadap jurang antara kaum jika terus menyokong DAP.

"Puak pakai kopiah (Pas) pun berkurangan. Penyokong Pas mungkin berbelah bahagi dan ada kesedaran, yang rasional tidak sokong," katanya.

Beliau turut menolak alasan jerebu sebagai punca jumlah kecil peserta seperti mana dikatakan Anwar Ibrahim semasa perhimpunan tersebut kerana penyokong tegar pembangkang sebelum ini sanggup meredah hujan untuk turut serta.

Tambahnya, acara demonstrasi yang telah lama diadakan pembangkang dilihat semakin hilang momentum, mungkin juga menandakan kepercayaan dan sokongan kepada kepimpinan pembangkang semakin berkurangan.

"Sudah ada yang mempersoal kredibiliti pemimpin mereka, mungkin juga sudah buka minda selepas sedar ditipu dan tidak mahu bersekongkol. Lama-lama pasti akan sedar tuduhan 'bangla dan blackout' itu penipuan, berapa lama boleh tipu rakyat?

"Walaupun perhimpunan itu sudah susun tempat berkumpul dan berarak tetapi tidak juga menjadi. Makin lama makin berkurangan, kini sokongan kepada kepimpinan pembangkang sudah menurun dengan teruk," jelasnya.

Ibrahim menjangkakan penyertaan lebih merosot jika Anwar mahu membuat perhimpunan lagi selepas ini kecuali digunakan taktik kotor seperti melibatkan duit dan sebagainya.

"Saya berharap pihak berwajib tidak takut bertindak terhadap penganjur dan peserta perhimpunan haram, bukannya mahu digunakan kekerasan melampau tetapi gunakan undang-undang sedia ada sudah mencukupi sebelum mereka pijak kepala kita," ujarnya.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling pula melihat perhimpunan haram dan demonstrasi berterusan lebih mencemar imej pembangkang daripada imej negara.

"Tindakan pembangkang yang sengaja mewujudkan suasana tidak selesa selama ini memang memberi kesan kepada imej negara tetapi imej mereka lebih teruk terjejas.

"Tuduhan tidak berasas mereka tentang PRU13 memakan diri sendiri apabila masyarakat luar melihat pembangkang di negara ini tidak matang berpolitik, lebih memburukkan imej sendiri sahaja," katanya.

Menurutnya lagi, orang luar melihat pembangkang sengaja mereka-reka tuduhan agar masyarakat tempatan dan antarabangsa tidak yakin dengan kerajaan yang dipilih.

Beliau mendakwa, kerana itu juga perhimpunan pembangkang Sabtu lalu tidak mendapat liputan meluas seluruh dunia kecuali dalam kalangan media dan pihak yang mempunyai agenda tertentu.

"Masyarakat antarabangsa masih yakin dengan kerajaan Malaysia. Kesannya ada kerana dahulu kemakmuran kita dahulu tiada demonstrasi dan tindakan ganas tetapi kini sudah ada kebimbangan terhadap semua itu," jelasnya.

Beliau melihat perkara penting kini adalah kerajaan masih berjaya mengawal daripada kejadian buruk mahupun kes keganasan besar sehingga darurat tetapi lebih penting tiadanya sokongan rakyat terhadap perhimpunan haram dan gerakan seumpamanya.

"Perhimpunan haram hanya mendapat banyak sokongan di kawasan tertentu tetapi tidak di negeri-negeri lain. Tanpa sokongan, pembangkang tetap gagal mencetuskan situasi di luar kawalan seperti yang diharapkan sesetengah pihak," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Pierre Andre akhiri zaman bujang

Posted: 23 Jun 2013 02:35 AM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

KUALA LUMPUR 23 Jun - Pelakon dan pengarah muda, Pierre Andre selamat disatukan dengan Siti Nur Hidayah Hashim hanya dengan sekali lafaz dalam majlis yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang di sini hari ini.

Pierre, 28, dan isterinya berkenalan dua tahun lalu di laman sosial dan telah melangsungkan pertunangan pada 9 Februari yang lalu.

Pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan disertakan dengan tujuh dulang hantaran manakala pihak wanita membalas sembilan dulang.

Antara barang hantaran yang diberi termasuklah barangan kemas, gajet, beg tangan, kasut, manisan dan telekung.

Antara filem yang dibintangi dan diarahkan oleh Pierre termasuklah Jangan Pandang Belakang, 9 September, I'm Not Single dan Jangan Tegur. - UTUSAN ONLINE

Kisah sebenar perisik sepanjang zaman

Posted: 23 Jun 2013 05:39 AM PDT

Oleh HAFIZAHRIL HAMID

SEJAK sekian lama kita sering didedahkan dengan filem-filem perisikan yang menyerlahkan kehebatan lelaki dalam menjayakan operasi mereka. Namun begitu peranan wanita dalam dunia perisikan sering saja dikesampingkan sekali gus membuktikan pengorbanan mereka tidak mendapat penghargaan sewajarnya.

Namun hakikatnya kedua-duanya baik lelaki dan wanita benar-benar menjalankan tugasan yang diberikan sebagai seorang perisik namun matlamatnya bergantung kepada si empunya diri.

Ada yang terus setia berkhidmat demi negaranya namun ada yang melakukannya untuk ganjaran dan kemudian bertindak belot. Kebiasaannya tugas seorang perisik adalah mendapat atau mencuri maklumat sulit, menjalankan atau menggagalkan operasi sulit termasuk membunuh orang tertentu jika diperlukan.

Namun ia akan lengkap hanya jika laporan disediakan kepada pihak atasan kerana jika tidak mereka ini tidak lebih hanya sekadar seorang pencuri sahaja. Ia perlu mendapat rujukan dan pengesahan pihak atasan atau kerajaan dan paling penting misi yang diarahkan perlu berjaya kerana jika tidak nasib mereka akan dibiarkan bersendirian tanpa pembelaan kerana takut rahsia bocor.

Sejarah memaparkan kewujudan perisik sudah menjadi amalan sejak zaman berzaman malah sejak tamadun Yunani dan Rom lagi. Begitu juga pada tamadun Cina dan India selain Mesir kuno. Namun kini bersesuaian dengan peredaran masa peralatan canggih semakin menguasai dunia perisikan yang sebenarnya banyak membantu.

Pancawarna minggu ini melihat peranan dan kehebatan mereka yang bergelar perisik menjalankan tugasan mereka sama ada demi negara atau pun habuan.

OLEG GORDIEVSKY

BELIAU merupakan perisik berjawatan tinggi untuk KGB dan menetap di London tetapi kemudian bertindak berpaling tadah dengan memberi maklumat kepada MI6 tanpa diketahui Moscow.

Gordievsky merupakan antara pegawai tertinggi KGB yang berkhidmat secara rahsia kepada pihak lawan antara tahun 1975 hingga 1985. Antara alasan yang diberikannya adalah keliru dengan suasana politik Rusia setelah tamat Perang Prague Spring.

Bagaimanapun tembelangnya pecah setelah seorang perisik KGB warga British, Aldrich Ames mendedahkan keadaan sebenar dan dia telah dipanggil balik ke Moscow disoalsiasat.

Nasibnya umpama telur di hujung tanduk dan hampir kehilangan nyawa namun berjaya diselamatkan oleh perisik British ketika

dibawa keluar untuk bersenam.

Gordievsky telah dijatuhkan hukuman mati oleh Rusia namun masih selamat sehingga ke akhir hayat di Britain.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Buat duit dalam penjara

Posted: 23 Jun 2013 05:39 AM PDT

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA

Nazaruddin yang dipenjarakan akibat kesalahan rasuah dalam projek pembinaan Wisma Atlet Sukan Sea berjaya mengubah penjara Cipinang yang menempatkannya kepada pejabat operasi perniagaannya.

MANUSIA yang rakus mengejar kekayaan tidak pernah kenal erti putus asa dan sanggup melakukan apa saja untuk memenuhkan kantung mereka. Sekalipun dihumban masuk ke penjara, si tamak tetap tidak akan berhenti daripada mencari jalan untuk menambah kekayaan peribadi.

Lalu, apabila wang menjadi Tuhan mereka maka matlamat menghalalkan cara. Biar atas jerit perih atau kesukaran lain, itu bukan persoalannya.

Inilah kisah yang menjadi bahan perdebatan di Indonesia. Kisah mengenai tuah segelintir manusia yang meraih kekayaan tanpa mengenal perundangan.

Maksud tuah dalam konteks rencana ini merujuk kepada seorang banduan yang mungkin dianggap beruntung kerana semasa di luar tahanan beliau merupakan seorang individu yang masyhur dan berpengaruh.

Kelebihan itu dibawa bersamanya ke dalam sel penjara apabila banduan ini bebas menjalankan perniagaan seperti biasa. Jeriji besi tidak membataskan bekas bendahari Parti Demokrat (parti pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meneruskan pembinaan empayar perniagaannya.

Seperti bukan berada dalam tahanan, Nazaruddin terus mengurus, mentadbir, mengawal selia dan membuat keputusan bagi organisasi perniagaan yang dikendalikannya. Peliknya, Nazaruddin bukan seperti banduan lain yang menghabiskan masa di dalam penjara dengan menyesali tindak-tanduk yang menghumban mereka ke dalam sel besi itu.

Sebaliknya, lelaki berusia 33 tahun ini memiliki kekebalan dan kelebihan untuk mengekalkan kuasa dan pengaruhnya di sebalik tembok penjara. Bermodalkan aset lama yang dikumpul, dia menggunakan kepakaran dan rangkaian hubungan perniagaan yang sedia ada untuk memburu projek-projek kerajaan dari tirai besi.

Nazaruddin yang dipenjarakan akibat kesalahan rasuah dalam projek pembinaan Wisma Atlet Sukan Sea berjaya mengubah penjara Cipinang yang menempatkannya kepada pejabat operasi perniagaannya.

Di pejabat berkenaan, Nazaruddin bebas mengadakan mesyuarat mingguan dengan bekas kakitangan syarikat Kumpulan Permai yang masih setia dengannya. Laporan khas majalah mingguan, Tempoh baru-baru ini mendedahkan, Nazaruddin mengasaskan lebih daripada 20 buah syarikat dalam tempoh setahun beliau dipenjarakan.

Tentu sekali, ini merupakan satu pencapaian luar biasa bagi seorang banduan seperti Nazaruddin. Kalau dahulu sebelum ditahan pihak berkuasa dan semasa bergelar tokoh korporat, Nazaruddin mengendalikan 37 syarikat di bawah naungan Kumpulan Permai.

Daripada jumlah berkenaan, 20 syarikat diasaskan beliau sendiri sementara selebihnya diadakan secara kerjasama. Reputasi Kumpulan Permai sangat memberangsangkan dengan keuntungan yang dicatat syarikat berkenaan pada tahun 2010 (sebelum Nazaruddin ditahan) mencapai Rupiah 1.4 trilion (RM451 juta).

Justeru, kehebatan mengendalikan perniagaan diteruskan Nazaruddin tanpa mempedulikan statusnya sebagai seorang banduan.

Nazaruddin dilaporkan mengadakan mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah syarikat pada setiap hari Sabtu bermula tahun lalu.

Mesyuarat mingguan itu bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 6 petang di mana Nazaruddin dibenarkan menggunakan bilik rundingan yang terletak di tingkat dua penjara berkenaan. Ironinya, kedudukan bilik rundingan berkenaan terletak betul-betul di sebelah bilik pegawai penjara yang mengawasi banduan-banduan di situ.

Seperti mana sesebuah syarikat atau organisasi perniagaan, mesyuarat mingguan lazimnya akan dihadiri oleh sejumlah ahli lembaga pengarah.

Begitu juga dengan pegawai-pegawai Nazaruddin yang setia dengannya akan berkumpul seramai 10 hingga 15 orang setiap minggu untuk berbincang mengenai perniagaan yang diusahakan.

Mereka (pegawai-pegawai Nazaruddin) akan pulang sebaik berakhir waktu lawatan di penjara," kata sumber kepada majalah berkenaan.

Mahu jadi orang terkaya Indonesia

OBSESI Nazaruddin untuk menjadi orang kaya tidak pernah padam sekalipun beliau kini sudah menjadi banduan. Berdasarkan pelbagai sumber, Nazaruddin pernah menyebut, beliau mahu meninggalkan penjara sebagai orang paling kaya di Indonesia satu hari nanti.

Untuk itu, tidak hairanlah kenapa otak Nazaruddin ligat memikirkan strategi dan mekanisme untuk membina empayar kekayaan sekalipun secara fizikal beliau berada dalam penjara.

Sehingga kini, Nazaruddin dilaporkan sudah memberi arahan kepada pegawai-pegawainya untuk mengasaskan sekurang-kurangnya 25 syarikat dengan setiap syarikat menggajikan seramai antara 10 hingga 25 pekerja.

Lelaki itu juga melantik tiga orang kanannya, Aan Ikhyaudin, Baskoro and Tabah Kurniawan untuk mengendalikan perniagaan-perniagaannya.

Jika kamu melihat potensi yang ada pada seseorang itu lantik mereka sebagai pengarah syarikat," kata seorang sumber lain yang melakonkan semula cara Nazaruddin memberikan arahan.

Keutamaan yang diberikan oleh Nazaruddin terhadap mereka yang boleh ditawarkan sebagai pengarah syarikat ialah bekas kakitangan Kumpulan Permai.

Sebaik dilantik sebagai pengarah syarikat, mereka akan diarahkan membuka syarikat-syarikat lain dan dibenarkan untuk menentukan nama dan lokasi operasi perniagaan yang dipersetujui oleh orang-orang kanan Nazaruddin.

Sebaik kertas kerja untuk mengasaskan sebuah syarikat dipersetujui, pengarah-pengarah tersebut akan mengemukakan bajet yang diperlukan kepada Baskoro dan Tabah yang kemudiannya dipanjangkan kepada Aan.

Setiap hari Sabtu mereka bertemu di penjara untuk membentangkan laporan perkembangan operasi syarikat untuk mendapatkan persetujuan Nazaruddin.

Andai Nazaruddin bersetuju dengan pembentangan laporan itu, beliau akan memberi arahan pada saudaranya, Yusna atau lebih mesra dikenali sebagai Dona yang juga bendahari Kumpulan Permai untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk menjalankan perniagaan.

Sebelum ini, sebaik ditahan dan dibawa ke pengadilan, Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia sudah menyita aset Nazaruddin yang bernilai AS$40 juta (RM128 juta).

Aset-aset yang disita termasuk pegangan saham Nazaruddin dalam syarikat penerbangan Garuda Indonesia serta saham dalam sebuah syarikat perladangan di Riau.

Kehebatan Nazaruddin merupakan satu kisah nyata yang mungkin jarang berlaku di mana-mana negara sekalipun. Berdasarkan jalan cerita yang dilalui Nazaruddin, ia jelas sekali membuka mata seluruh khalayak bahawa kuasa yang ada pada wang boleh membuat seseorang itu kelabu mata.

Namun, yang menjadi persoalan dan tanda tanya ialah apakah Nazaruddin berada di atas kuasa undang-undang sehingga pihak berkuasa sendiri tidak mampu melakukan apa-apa? Seharusnya hukuman penjara menjadi pengajaran bagi penjenayah supaya tidak lagi mengulangi kesilapan lalu. Namun, hal yang berbeza berlaku pada Nazaruddin.

Hukuman penjara bukannya menginsafkan beliau, sebaliknya, menjadikan Nazaruddin seorang boss mafia seperti yang dirumuskan majalah Tempo.

Minat lukisan sejak kecil

Posted: 23 Jun 2013 05:39 AM PDT

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com
Foto NOORADZRENE MOHD NOOR

BERMULA di bangku sekolah lagi, Mass Yusoff atau nama asalnya Mohd. Yusof Ab. Wahid sudah mula meminati bidang seni terutamanya seni lukis.

Beliau yang juga bekas Ketua Unit Grafik Utusan Melayu berkata, minatnya dalam bidang lukisan bermula sejak berusia tujuh tahun lagi.

"Ketika itu ada subjek yang cukup terkenal iaitu perkhabaran. Kebanyakan murid-murid masa itu cukup suka terhadap subjek tersebut termasuklah saya.

"Subjek itu menuntut saya dan murid-murid lain untuk melukis. Lukisan saya ketika itu mendapat pujian dari cikgu. Pujian tersebutlah membuatkan saya lebih semangat dan ingin terus melukis.

"Selepas itu, saya mula mendalami seni lukis dan mula belajar cara melukis dengan pakcik saya. Beliau adalah salah seorang yang terawal menubuhkan Angkatan Penulis Semenanjung iaitu Idris Salam," jelasnya.

Jelas Mass yusoff, melalui pembelajaran bersama pakciknya itulah kemahiran lukisannya semakin baik dan mempunyai nilai tersendiri.

"Ketika itu umur saya belasan tahun. Pakcik saya cukup terkenal dengan sikapnya yang garang. Biasanya dia menegur saya dalam kereta kerana dia tahu saya tidak boleh lari daripadanya.

"Saya ingat lagi, ketika itu dia tanya saya apa maknanya 'perspektif' dan suruh saya fahami apa itu 'perspektif'. Saya cari makna perspektif itu sehingga ke Kuala Lumpur.

"Sejak itu saya mula bergaul dengan orang seni, saya berusaha mencari apa makna sebenar 'perspektif' sehingga saya benar-benar faham secara mendalam apa maksud perkataan tersebut," jelasnya.

KonsepKebanyakan konsep lukisan yang dihasilkan oleh Mass Yusoff lebih kepada mengembalikan nostalgia lamanya.

Beliau yang berasal dari Klang, Selangor ini menceritakan mengenai pengalamannya yang dibesarkan di kampung tersebut.

"Jika diperhatikan memang kebanyakan lukisan saya menjuruskan kepada haiwan belaan seperti ayam, lembu dan kerbau. Ada juga lukisan saya yang memaparkan mengenai kehidupan sungai kerana kampung saya berhampiran sungai.

"Ayah saya adalah salah seorang bertugas dengan laut. Sebab itu lukisan saya banyak juga berkenaan dengan laut.

"Binatang seperti kerbau dan binatang-binatang lain pula adalah binatang peliharaan keluarga saya. Pernah satu ketika kerbau saya dijual, hati saya cukup sayu," ujarnya.

Ketika ini, lebih kurang 1,000 karya lukisan telah dihasilkan dan lebih seratus telah berjaya dijual. Lukisannya pernah dijual pada harga tertinggi, RM15,000 sebelum ini.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved