Ahad, 16 Februari 2014

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Pelajar ejen pelihara alam sekitar

Posted: 16 Feb 2014 10:48 AM PST

Sufaat Tumin

Tugas pelajar murid pada hari ini bukan sahaja terikat mengikuti pembelajaran di sekolah tetapi memikul tanggungjawab lebih besar memastikan kepentingan alam sekitar terpelihara dan memastikannya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa'at Tumin berkata, golongan itu perlu menjadi penggerak utama dalam menjalankan program pemuliharaan alam sekitar sebelum diperluas kepada komuniti setempat.

"Menjaga kepentingan alam sekitar merupakan tanggungjawab semua pihak dan persepsi masyarakat bahawa peranan itu hanya digalas pihak berkuasa wajar diperbetulkan demi mengelak berlakunya kemusnahan bumi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan program Cabaran Baru Toyota Eco Youth (TEY) yang turut dihadiri Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Sebanyak 16 buah sekolah menengah di seluruh negara menyertai program kali ke-14 anjuran UMW Toyota Motor itu yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 untuk juara, RM7,000 tempat kedua dan RM5,000 tempat ketiga.

Program berbentuk kesedaran tentang alam sekitar itu merupakan acara tahunan sejak 2001 dan diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Di bawah program TEY, sekolah yang menyertainya diberi tempoh selama tujuh bulan untuk mempersembahkan tugasan berkaitan alam sekitar di kawasan sekolah atau kawasan berdekatan dan melakukan analisis terhadap isu berkaitan selain mengemukakan cadangan serta langkah-langkah pencegahan.

Menurut Sufa'at, usaha badan- badan bukan kerajaan dan pihak korporat seperti UMW Toyota Motor menganjurkan program pemeliharaan alam sekitar Cabaran Baru Toyota Eco Youth (TEY) amat bertepatan dengan usaha menggerakkan golongan remaja terlibat dalam program seperti itu.

Hal ini kerana, katanya, apa sahaja perbuatan seperti membuang sampah, membuat pembakaran terbuka, mengotorkan sungai pasti memberi impak buruk kepada alam sekitar yang akhirnya manusia juga menanggung kerosakan tersebut.

Ismet Suki

"Sebarang keputusan dan tindakan yang diambil hari ini akan memberi kesan kepada generasi akan datang, begitu juga dengan sebaliknya, jika tidak ada apa-apa tindakan yang perlu diambil hari ini, ia akan turut memberi kesan kepada masalah alam sekitar pada masa depan,'' tegasnya.

Selain itu, beliau berkata, usaha pihak berkenaan menganjurkan program tersebut dilihat mampu mengubah tanggapan individu dan masyarakat terhadap kepentingan memelihara alam sekitar malah turut selari dan diberi penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa setiap keindahan alam semulajadi yang dinikmati hari ini adalah hasil daripada tanggungjawab generasi terdahulu memelihara alam sekitar namun khazanah tersebut tidak mampu bertahan jika generasi hari ini dan akan datang tidak memelihara kepentingan alam tersebut.

Sementara itu, menurut Ismet, pihaknya telah menaikkan nilai hadiah wang tunai pada cabaran tahun ini bertujuan untuk merangsang dan membakar semangat murid serta guru yang menyertai program berkenaan sekali gus diharap dapat merangsang mereka untuk menjana idea kreatif yang memberi manfaat kepada komuniti.

"Ketika kami memulakan program ini dulunya bertujuan untuk melahirkan juara eco atau ejen perubahan dan kesedaran alam sekitar di peringkat sekolah.

"Namun, dengan kesungguhan dan usaha murid sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami pula mahu meluaskan penglibatan dalam program TEY terhadap komuniti sekitar pula,'' katanya.

Usaha itu, ujarnya, bagi memperkasakan murid dalam meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal melalui penerapan kaedah penyelesaian masalah lapan peringkat yang dipelopori oleh Toyota dengan harapan murid yang terlibat dapat menjadi penggerak kepada perubahan menjaga alam sekitar.

SK Setiawangsa perintis Program Makanan Sihat

Posted: 16 Feb 2014 10:48 AM PST

Ruslan Madon memantau pelaksanaan Program Makanan Sihat pada waktu rehat di SK Setiawangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelaksanaan Program Makanan Sihat hasil inisiatif Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa dan Kementerian Kesihatan wajar dipuji kerana dapat mendidik murid mengambil makanan yang sihat dan seimbang untuk mengelakkan jangkitan penyakit atau masalah obesiti.

Guru Besar Cemerlang sekolah itu, Ruslan Madon berkata, dalam program yang masih di peringkat rintis ini, murid yang terlibat diberi makanan yang sihat dan seimbang dari segi keperluan piramid makanan beserta air minuman.

"Ibu bapa yang memilih untuk memasukkan anak masing-masing mengikuti program ini perlu membayar RM3 sehari dan bayaran dibuat secara bulanan.

"Murid yang terlibat perlu mengambil makanan pada waktu rehat di tempat duduk khas di kantin sekolah untuk memudahkan pemantauan dan pengumpulan data," jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengumpulan data dilakukan oleh seorang pegawai pemakanan daripada Kementerian Kesihatan yang ditempatkan di sekolah itu.

Data yang direkodkan antaranya termasuklah berat murid, kehadiran ketika waktu makan dan baki makanan yang tidak dihabiskan.

Menurut Ruslan, penempatan Pegawai Pemakanan ini amat membantu terutama dalam memastikan pelaksanaannya tidak memberi beban tugas tambahan kepada guru.

"Malah, Pegawai Pemakanan ini diberi kebenaran untuk mengajar tentang bidang pemakanan dalam kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan," ujarnya.

Di samping itu, kata Ruslan, pegawai berkenaan turut memberi khidmat nasihat dan runding cara dalam aspek pemakanan sihat bukan sahaja untuk murid malah meliputi semua warga sekolah.

"Warga sekolah turut dididik mengenai pemakanan sihat melalui maklumat berkaitan kandungan kalori makanan dalam poster dan sampel makanan yang diletakkan di kantin sekolah," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Nor Azah Ahmad berkata, pakej makanan yang disediakan dalam program ini seimbang dari segi kandungan karbohidrat, protein dan sumber air.

"Pemantauan dilakukan bermula daripada proses penyediaan makanan sehingga siap dihidang oleh pengusaha kantin sekolah.

"Hal ini bagi memastikan makanan yang disediakan bersih, seimbang, sihat dan selamat dimakan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tetamu tidak diundang?

Posted: 16 Feb 2014 10:48 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Kehadiran Harimau Muda A di bumi Australia bagaikan kurang disenangi oleh media negara itu apabila surat khabar Brisbane Times menyuarakan kebimbangan bahawa Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland bakal dibayangi gejala rasuah dan mengatur perlawanan dengan penglibatan sindiket pertaruhan dari Asia.

Walaupun tidak dinyatakan sebarang bukti kukuh, berdasarkan artikel yang ditulis oleh Cameron Atfield, kemungkinan itu tetap ada berdasarkan pengakuan penjaga gol Geylang United dalam saingan Liga Singapura 2012, Yazid Yasin yang pernah didekati oleh pihak sindiket agar melepaskan jaringan ketika bertemu Harimau Muda A.

Pakar antarabangsa terhadap gejala mengatur perlawanan, Declan Hill, yang merupakan penulis buku 'The Fix and The Insider's Guide to Match Fixing' menjelaskan, penyertaan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu sebagai membuka pintu kepada Liga NPL Queensland ke arah korupsi dan isu rasuah.

Mengikut penjelasan Hill, ia berdasarkan kemungkinan Harimau Muda boleh meraih sebarang mata dalam aksi liga tetapi tidak dibenarkan beraksi pada perlawanan akhir, mungkin memberi risiko akan kehadiran sindiket untuk cuba mempengaruhi keputusan perlawanan.

''Jika anda bersaing dalam mana-mana liga, sudah tentu anda mahu mendapatkan kejuaraan dan jika tidak dibenarkan untuk menang, apa faedahnya mereka beraksi.

''Bagaimanapun seandainya ada mana-mana pemain yang berkata, adakah penting untuk mendapatkan keputusan yang baik? Dalam kes ini, mereka kemungkinan boleh membuka kepada pasukan lain mendapatkan kemenangan dengan cara mudah.

"Saya tidak faham mengapa pihak pengurusan liga membenarkan terma penyertaan seperti ini.

''Apa yang saya cakapkan ini memang satu kebimbangan berasas, jika anda menutup mata seseorang dan meletakkan pin di atas peta, Malaysia dan Singapura adalah nombor satu dan nombor dua apabila berbicara mengenai gejala mengatur perlawanan.

''Apabila pemain telah sampai umur 20 tahun ke atas, mereka sebenarnya telah terdedah kepada gejala seperti ini," katanya ketika ditemubual.

Apa yang diperkatakan Hill itu turut disokong oleh bekas jurulatih Far North Queensland Heat yang merupakan salah satu pasukan bertanding di NPL, Joe Fenech dan kini pengarah kejurulatihan Queensland Tengah.

''Penyertaan pasukan dari Malaysia sudah tentu menarik perhatian banyak pihak di sana untuk mengikuti perkembangan NPL dengan lebih dekat, jadi sudah tentu perkara-perkara seperti ini akan berlaku, " katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hill itu bagaimanapun disanggah oleh Ketua Pegawai Operasi Bola Sepak Queensland, Ben Mannion, yang berkata, tuduhan seperti itu seperti mengarut dan tidak adil kepada bola sepak Malaysia atau NPL.

''Kami telah menggunakan saluran yang betul iaitu melalui Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA), Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) selain Sportadar, satu badan antarabangsa di negara ini yang memantau aktiviti pertaruhan dan gejala mengatur perlawanan.

''Pihak NPL akan menghantar laporan kepada mereka dalam tempoh 48 jam selepas perlawanan termasuk perkara-perkara yang berlaku sepanjang perlawanan supaya apa-apa perkara yang dilihat pelik atau mencurigakan, akan diberitahu kepada FFA, " katanya.

Harimau Muda akan memulakan aksi sulung pada 8 Mac ini. Liga akan berakhir pada 30 Ogos dengan penyertaan 14 pasukan.

Mengikut format, anak-anak buah Kim Swee akan diberi mata jika menang atau mencatat keputusan seri, namun mereka tidak boleh beraksi dalam final yang dijadualkan pada September ini.

JDT segera alih tumpuan

Posted: 16 Feb 2014 10:48 AM PST

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

KEHADIRAN Bojan Hodak (kiri) memakai baju JDT ketika menonton perlawanan Liga Super di antara JDT dan Selangor di Stadium Larkin, Johor Bahru kelmarin menimbulkan tanda tanya. Turut kelihatan, Shebby Singh. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Biarpun mencatat kemenangan selesa ke atas gergasi Lembah Klang, Selangor 4-1 dalam perlawanan Liga Super kelmarin, namun Johor Darul Ta'zim (JDT) enggan dibuai mimpi, sebaliknya mahu segera mengalihkan fokus kepada satu lagi aksi genting menentang Kedah pada suku akhir kedua Piala FA, esok.

Menurut pengendali Harimau Selatan, Cesar Ferrando Jiminez, beliau berpuas hati dengan kejayaan membelasah Red Giants yang dianggap hasil kerja keras pemain.

Namun begitu, beliau tidak mahu berasa selesa dengan kemenangan tersebut, sebaliknya menegaskan, tumpuannya kini adalah kepada persiapan untuk menghadapi Kedah di Alor Setar.

Katanya, pertemuan dengan Kedah di Stadium Darul Aman penting kerana sudah beliau mahu pasukan bimbingannya mara ke pusingan seterusnya dan terus melakar kejayaan seperti diimpikan.

"Sama ada (Pablo) Aimar dan Aidil (Zafuan Abd. Razak) cergas untuk diturunkan atau tidak, itu perkara lain. Penting bukan pada nama, tetapi kesungguhan mereka di atas padang kerana pada saya semua pemain adalah penting buat pasukan.

"Kami akan memulakan sesi latihan esok (hari ini). Melihat sendiri segala keperluan dan seterusnya memikirkan mengenai perlawanan akan datang," katanya sambil memuji kesungguhan ditunjukkan anak buahnya sepanjang latihan.

Dalam perlawanan kelmarin, skuad Harimau Selatan dilihat sudah mula menunjukkan taring dan Jiminez mengakui, beliau bangga dengan semangat juang dipamer anak buahnya sepanjang 90 minit perlawanan.

Sementara itu, biarpun JDT mula menunjukkan aksi baik, namun spekulasi mengenai bekas pengendali Kelantan, Bojan Hodak bakal menggantikan Jiminez terus bertiup kencang apabila jurulatih dari Croatia itu dilihat muncul sekali lagi di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, kelmarin.

Selepas menonton perlawanan di antara JDT II dan PBAPP dalam aksi Liga Perdana di Stadium Pasir Gudang, Jumaat lalu, Hodak tampil memakai baju JDT untuk menonton perlawanan pasukan itu menentang Selangor, kelmarin.

Beliau hadir bersama penganalisis bola sepak terkenal, Shebby Singh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Budak perempuan 2 tahun rentung dalam kebakaran

Posted: 16 Feb 2014 10:41 PM PST

BUKIT MERTAJAM 17 Feb. - Seorang kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Rozhan, Cheruk Tok Kun di sini hari ini.

Mayat Nurul Adryana Lateesya Mohammad Asyri, 2, ditemui di sebuah bilik di tingkat bawah rumah papan dua tingkat itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Azmi Tamat berkata, kebakaran pada pukul 11 pagi itu menyebabkan rumah yang didiami keluarga kanak-kanak berkenaan musnah sepenuhnya.

"Nenek dan abang mangsa yang ketika kejadian turut berada dalam rumah itu sempat menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata tiga jentera dengan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Bukit Mertajam dan Perda serta dibantu bomba sukarela mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu ditemui mati lemas

Posted: 16 Feb 2014 09:52 PM PST

KUALA TERENGGANU 17 Feb. - Tanya tanya mengenai kehilangan Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda terjawab apabila mayatnya ditemui di Sungai Berang dekat Tajin, Hulu Terengganu, kira-kira 11.45 pagi ini.

Wan Hariff Rafany, 35, yang berasal dari Besut dan bertugas di Bahagian Pengambilan Balik Tanah lebih dua tahun lalu dilapor keluar bersendirian dari kediaman di kuarters kerajaan di Kuala Ibai di sini selepas Subuh kelmarin.

Difahamkan, isteri mangsa yang bimbang setelah mangsa tidak pulang sehingga lewat petang hari yang sama dan gagal dihubungi telah membuat laporan polis sebelum gerakan mencari dijalankan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Denggi meningkat di Pahang

Posted: 16 Feb 2014 10:48 AM PST

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

NOROL Azali Sulaiman diberi penerangan mengenai mesin penyembur nyamuk ketika melawat pameran dalam Majlis Pelancaran Combi Junior di Kempadang Perdana, Kuantan, semalam. Turut kelihatan, Dr. Abu Bakar Awang Ngah (kanan). - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 16 Feb. - Kes demam denggi yang dicatatkan di negeri ini bagi tempoh tujuh minggu pertama pada tahun ini adalah sebanyak 162 kes, meningkat sebanyak 71 kes berbanding hanya 91 dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, Kuantan merupakan daerah yang mencatatkan kes denggi paling tinggi iaitu 103 kes diikuti Jerantut (15), Temerloh (14), Maran (sembilan), Raub (enam) dan lima kes di Pekan.

"Antara punca berlaku wabak di kawasan itu adalah terdapat banyak tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam rumah dan sampah dibuang merata-rata di kawasan perumahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Combi Junior Kempadang Perdana Peringkat Daerah Kuantan di Padang Awam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kempadang Perdana, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Norhayad Ahmad; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Abu Bakar Awang Ngah dan Pengerusi KRT merangkap Pengerusi Combi Kempadang Perdana, Zakaria Ahmad.

Combi merupakan singkatan kepada Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku dan program itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang peranan, tanggungjawab dan penglibatan komuniti dalam pencegahan demam denggi.

Selain itu, program itu juga bertujuan memupuk tabiat dan tingkah laku positif yang mengutamakan kebersihan dan kesihatan dalam kalangan kanak-kanak serta remaja melalui penglibatan Combi Junior.

Norol Azali berkata, kerajaan negeri pada dua minggu lalu telah pun mengarahkan jawatankuasa di peringkat daerah diaktifkan untuk memantau dan melakukan program pencegahan denggi.

"Kita berperang dengan sikap masyarakat sendiri yang tidak berusaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk ini, sikap ini yang perlu kita ubah," katanya.

Penanaman padi di Paya Ladang dikaji

Posted: 16 Feb 2014 10:48 AM PST

BERA 16 Feb. - Lebih 80 hektar tanah paya terbiar di Kampung Paya Ladang dekat Charuk Puting di sini berpotensi dimajukan dengan tanaman padi bagi menambah bekalan beras negara.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Jabatan Pertanian dan agensi berkaitan menjalankan kajian terperinci berhubung kesesuaiannya.

Menurut beliau, kawasan terbabit sebelum ini pernah ditanam dengan padi tetapi terbiar disebabkan kekurangan tenaga kerja produktif.

"Ini berikutan ramai dalam kalangan belia di daerah ini berkerja di luar menyebabkan penanaman padi di kawasan paya itu telah terbiar sekian lama.

"Jika sesuai ditanam padi kita akan majukan semula dan jika sesuai untuk ternakan ikan, kita akan usahakan bagi mendapatkan dana membolehkan paya terbiar itu diusahakan untuk kebaikan bersama," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan majlis Perjumpaan Pemimpin Bersama Rakyat, baru-baru ini.

Katanya, adalah sesuatu yang merugikan sekiranya membiarkan tanah subur tanpa dimajukan sedangkan usaha boleh dilakukan dengan menggunakan kepakaran serta teknik moden untuk mendapatkan hasil berganda.

"Kini segala-galanya terserah kepada rakyat kerana kerajaan hanya boleh menyediakan kemudahan dan bantuan menerusi pelbagai jabatan dan agensi berkaitan," tambahnya.

Sementara itu, beliau berkata, rakyat negara ini beruntung kerana kerajaan sentiasa membela nasib mereka dengan memberi pelbagai bentuk bantuan termasuk subsidi.

Beliau berharap rakyat akan turut sama membantu kerajaan dengan meningkatkan usaha serta daya saing demi kemakmuran negara.

Pemuda UMNO sumbang barangan persekolahan

Posted: 16 Feb 2014 10:48 AM PST

SHAHRUDDIN Ahmad (empat dari kanan) menyampaikan bantuan berupa beg sekolah kepada anak-anak yatim Maahad Tahfiz Muhammadi di Kuantan, semalam. Turut kelihatan, Tengku Muhammad Tengku Jaafar (tiga dari kanan).

KUANTAN 16 Feb. - Pemuda UMNO negeri menyampaikan sumbangan berupa barangan persekolahan kepada 17 pelajar anak-anak yatim Maahad Tahfiz Muhammadi yang terlibat dalam kebakaran kelmarin.

Sumbangan disampaikan Ketuanya, Shahruddin Ahmad kepada Pengetua Maahad Tahfiz itu, Tengku Muhammad Tengku Jaafar di tapak maahad di Bukit Rangin di sini semalam.

Shahruddin ketika ditemui berkata, antara barangan yang disumbangkan adalah beg, baju serta jubah untuk kegunaan pelajar anak yatim di situ.

"Kita turut menyumbangkan bantuan kewangan untuk mengurangkan beban penghuni maahad ini yang tinggal sehelai sepinggang.

"Sumbangan ini tidaklah sebesar mana, namun apa yang kami lakukan lahir daripada keikhlasan hati ahli-ahli Pemuda," katanya.

Kelmarin, maahad tersebut kerugian hampir RM400,000 selepas bangunan terdiri daripada dua buah asrama, kelas, pejabat dan surau, musnah dalam kebakaran.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, tiada kemalangan jiwa kerana semua penghuninya sedang mengikuti kuliah di balai Islam di Permatang Badak, di sini.

Sementara itu, Shahruddin menggesa umat Islam di negeri ini dapat bersama-sama membantu membangunkan semula maahad tahfiz tersebut.

"Kita semua berasa sedih dengan kejadian yang menimpa maahad tahfiz ini tetapi kita perlu bersama-sama untuk membantu membangunkan semula pusat ilmu ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


3 terbunuh, 13 cedera dalam insiden letupan bas pelancong

Posted: 16 Feb 2014 10:12 AM PST

KAHERAH 17 Feb. - Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan 13 yang lain cedera dalam satu letupan sebuah bas pelancong berhampiran sempadan Mesir-Israel, semalam.

Menurut laporan berita televisyen tempatan, bas tersebut membawa 32 orang pelancong, dengan kebanyakannya terdiri daripada rakyat Korea.

Letupan tersebut dipercayai disebabkan oleh sebutir bom yang diletakkan di bahagian dalam bas tersebut. - DPA

Ribut salji landa Jepun, 12 maut

Posted: 16 Feb 2014 10:48 AM PST

Beratus-ratus kenderaan terperangkap dalam ribut salji yang melanda bandar raya Tokyo, semalam. - REUTERS

TOKYO 16 Feb. - Sebanyak 12 orang terkorban dan beribu-ribu rumah terputus bekalan elektrik sejak seminggu lalu, selepas ribut salji melanda bandar raya Tokyo dan beberapa kawasan lain di seluruh Jepun, sehingga menganggu sistem trafik darat dan udara.

Ribut salji paling buruk melanda negara ini dalam tempoh 45 tahun itu, turut menyaksikan salji setebal 27 sentimeter melitupi kawasan-kawasan di bandar raya ini.

Menurut syarikat penerbangan terbesar Jepun, All Nippon Airways (ANA) Holdings, sebanyak 338 penerbangan domestik dan 12 penerbangan antarabangsa terpaksa dibatalkan semalam.

Di Kawasaki, dua buah kereta api bertembung selepas brek kenderaan itu gagal berfungsi dengan baik akibat salji tebal, sehingga menyebabkan 19 orang penumpang mengalami kecederaan.

Tokyo Electric Power Co Inc. melaporkan lebih 246,000 rumah terputus bekalan elektrik semalam, dan sekurang-kurangnya 18,000 rumah masih tidak menerima bekalan elektrik, hari ini.

Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran kejadian ribut dan runtuhan salji mungkin berlaku di kawasan timur dan utara negara ini.

''Suhu 3.6 darjah Celcius di bawah paras beku dilaporkan berlaku di Karuizawa, awal pagi ini dengan salji di kawasan itu setebal kira-kira 90 sentimeter,'' jelas agensi berkenaan.

Lebuh Raya Nasional 18, yang menghubungkan wilayah Gunma dengan wilayah Nagano di kawasan utara Jepun ditutup, dengan hampir 250 buah kereta terkandas selepas kawasan berkenaan dilanda ribut salji.

''Kami membuka tiga buah dewan orang ramai bagi memberi perlindungan sementara kepada mereka yang terkandas, selain itu bekalan makanan turut diberikan kepada mereka,'' kata seorang pegawai kepada AFP.

Kementerian Pengangkutan turut menyalurkan bantuan seperti air dan tandas mudah alih kepada mangsa yang terkandas di lebuh raya itu. - AFP/REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kebebasan SPRM diiktiraf PBB

Posted: 16 Feb 2014 10:48 AM PST

DR. G. MANIMARAN kini berkhidmat sebagai tenaga pakar komunikasi strategik (SPRM)

Paul Low menyampaikan sijil penghargaan kepada Shervin Majlessi (kiri) sambil diperhatikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed di Kuala Lumpur baru-baru ini.

ANTARA perkataan yang diturunkan dalam laporan penilaian setebal lebih 500 halaman, yang dikeluarkan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), ialah "komitmen Malaysia" yang wajar dihargai dalam usaha memerangi rasuah.

Laporan penilaian ini dikeluarkan pertengahan tahun lalu dan dilancarkan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Kuala Lumpur 7 Februari lalu.

Ketika berucap melancarkan lapiran itu, yang dikenali sebagai Laporan Hasil Penilaian Kumpulan Semakan Pelaksanaan (IRG) Ke atas Pematuhan Terhadap Bab III dan IV Konvensyen PBB Pencegahan Rasuah (UNCAC), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata, 23 pengiktirafan ke atas kejayaan dan amalan baik Malaysia ini adalah "yang terbanyak diterima oleh mana-mana negara yang dinilai."

"Meskipun mekanisme penilaian UNCAC tidak meletakkan ranking di kalangan negara ahli dalam membuat perbandingan dari segi (keseriusan dan kesediaan) menerima pakai peruntukan-peruntukan UNCAC, Laporan Penilaian Negara (yang disediakan) ini menjadi satu mekanisme penilaian serantau dan antarabangsa seperti Indeks Persepsi Rasuah Transparency International," kata beliau yang ketika penilaian dibuat merupakan Presiden TI-Malaysia.

Kata beliau, kesediaan Malaysia menerbitkan laporan penilaian ini menunjukkan negara memperlihatkan ketelusan dan tiada apa-apa untuk diselindung.

"Justeru, saya menggesa orang ramai dan masyarakat antarabangsa akses kepada laporan penuh dan memberi komen dan cadangan," kata beliau yang mengajak sokongan pelbagai ke atas usaha memerangi rasuah yang dilaksanakan.

UNCAC adalah konvensyen antarabangsa di bawah UNODC yang mewajibkan negara-negara ahli melaksanakan langkah-langkah pencegahan rasuah secara luas dan terperinci. Konvensyen ini sah di sisi undang-undang dan diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. UNCAC telah ditandatangani oleh Malaysia pada 9 Disember 2003 dan diratifikasikan pada 24 September 2008. UNCAC mengandungi lapan Bab dan 71 Artikel yang menyentuh mengenai pencegahan, penjenayahan dan penguatkuasaan undang-undang, kerjasama antarabangsa, pengesanan aset, bantuan teknikal dan pertukaran maklumat serta mekanisme pelaksanaan konvensyen.

Penilaian terhadap pematuhan UNCAC dibuat mengikut pusingan iaitu setiap lima tahun sekali dengan setiap pusingan difokuskan kepada bab-bab tertentu dalam Konvensyen. Penilaian pusingan pertama dilaksanakan pada tahun 2010-2014 dengan fokus terhadap pematuhan Bab III mengenai Penjenayahan dan Penguatkuasaan Undang-Undang serta Bab IV mengenai Kerjasama Antarabangsa.

Malaysia merupakan salah satu negara yang berjaya menyelesaikan proses penilaian UNCAC dalam masa setahun seperti mana yang ditetapkan oleh IRG.

Penasihat Antirasuah Rantau Asia UNODC, Shervin Majlessi berkata, "Malaysia antara negara yang berjaya menyelesaikan proses penilaian UNCAC dalam tempoh setahun seperti yang ditetapkan dalam laporan hasil penilaian Kumpulan Semakan Pelaksanaan."

Jelas Majlessi, Malaysia perlu dijadikan contoh kepada negara anggota lain dalam memeterai perjanjian dua hala dan pelbagai hala dalam mewujudkan kerjasama organisasi antarabangsa dan serantau.

"Peranan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) melatih dan menerima pegawai sandaran dari agensi pencegahan rasuah luar telah memberikan sumbangan terbesar dalam menyumbang pendapat yang bermanfaat.

"Program pertukaran kepakaran, penempatan pegawai SPRM di Interpol, pewujudan Cawangan Mutual Legal Assistance di SPRM juga mampu membuat perubahan yang signifikan kepada masa depan ekonomi yang sihat. Ini bermakna perubahan perlu dilakukan dengan kerjasama semua," katanya.

Antara kejayaan dan amalan baik diiktiraf UNODC:

l Kewujudan Seksyen 25 Akta SPRM iaitu peruntukan berkenaan kewajipan melapor transaksi rasuah atau cubaan rasuah. Kegagalan pematuhan merupakan satu kesalahan jenayah

l Tiada had dalam undang-undang bagi kesalahan rasuah dibuat pendakwaan

l Peranan Panel Penilaian Operasi (PPO), salah satu daripada lima badan bebas yang memantau SPRM, boleh menyemak semula kes tertangguh atau kes-kes yang Timbalan Pendakwa Raya putuskan tidak boleh didakwa, dan PPO boleh mengemukakan cadangan tanpa mengganggu budi bicara Timbalan Pendakwa Raya

l Penubuhan 14 mahkamah khas rasuah manakala hakim perlu mendengar kes dalam masa setahun

l Kewujudan SPRM, MACA dan mahkamah khas antirasuah merupakan amalan contoh. Meskipun kebanyakan institusi ini masih baru, tetapi sudah mula memberi sumbangan bagi memperbaiki proses siasatan dan pendakwaan kes rasuah

l Kewujudan kerjasama antara agensi di pelbagai peringkat. Sebagai contoh, Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang bertanggungjawab bagi membangunkan dasar dan pelan tindakan pencegahan penggubahan wang haram

l Pelaksanaan pelbagai inisiatif pencegahan rasuah dengan kerjasama sektor swasta. Banyak syarikat besar melantik pegawai integriti dan mengamalkan dasar tidak beri hadiah (khususnya semasa perayaan)

l Malaysia memeterai perjanjian dua hala dan pelbagai hala, dan mewujudkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa dan serantau

l Pihak berkuasa Malaysia mengambil langkah-langkah proaktif untuk menyedarkan semua pemegang taruh relevan, terutama pegawai-pegawai kehakiman mengenai undang-undang, prosedur dan tempoh masa yang perlu dipatuhi

l Amalan Malaysia yang fleksibel dalam aspek 'dual criminality' (jenayah dua hala) membolehkan bantuan yang menyeluruh

l Kerajaan mengambil langkah-langkah perlu untuk mempercepatkan prosedur ekstradisi dan memudahkan keperluan keterangan

l Malaysia diiktiraf mempunyai tenaga kerja mahir dan ada kepakaran dan aktif bekerjasama dengan agensi penguat kuasa rasuah asing. Program latihan, bina kapasiti dan pertukaran yang baik termasuk yang disediakan menerusi MACA merupakan antara amalan-amalan baik peringkat antarabangsa bagi pertukaran maklumat, kerjasama dan pencegahan rasuah.

l Agensi-agensi penguat kuasa undang-undang Malaysia khususnya SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan Unit Perisikan Kewangan Bank Negara menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha pencegahan rasuah serta kerjasama di peringkat antarabangsa

l Pendekatan siasatan bersama dan kumpulan kerja operasi antara SPRM dan Biro Mencegah Rasuah Brunei Darussalam merupakan contoh kerjasama agensi penguat kuasa dengan negara lain di peringkat dasar dan operasi

l Penggunaan kaedah siasatan khas secara meluas dalam mengendalikan kes-kes rasuah di peringkat domestik dan antarabangsa dilihat sebagai contoh yang baik.

"Apa yang penting ialah, (pasukan) penilai juga mengetengahkan beberapa kejayaan dan amalan baik dalam aspek di mana undang-undang Malaysia merentasi keperluan perundangan Konvensyen (UNCAC)," kata beliau merujuk kepada kewujudan peruntukan Akta SPRM dan "pencapaian luar biasa" Malaysia khususnya SPRM dalam mematuhi UNCAC.

(Fokus esok mengenai syor dan saranan UNODC)

Biarkan Zaid Ibrahim pertahan Khalid Ibrahim cabar Anwar Ibrahim

Posted: 16 Feb 2014 10:48 AM PST

Hassan Mohd. Noor

KETIKA Barisan Nasional (BN) masih berteka-teki mengenai sama ada bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, tiba-tiba muncul satu nama yang mahu bertanding atas tiket Bebas.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mahu mencabar Anwar Ibrahim bagi memastikan Khalid Ibrahim tidak disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar (MB) Selangor. Dalam erti kata lain, Zaid, bekas anggota PKR dari Kelantan, tidak mahu Anwar, dari Pulau Pinang mengetuai kerajaan negeri. Benar kata Zaid, jika Khalid dari Selangor mahu disingkirkan biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi seperti undi tidak percaya di dalam sidang DUN. Tidak perlulah PKR mencipta PRK yang nyata mengajak pelbagai pihak membazirkan wang. Umpama pada musim kemarau, paip air sengaja dipecahkan. Zaid menyifatkan perbuatan Anwar sebagai 'satu tindakan politik liar yang perlu dihalang dan tidak wajar direstui pengundi-pengundi Kajang'.

Adakah pengundi-pengundi Kajang yang sudah tentu majoritinya 'anak Selangor' juga sekata dengan Zaid? Kata bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (KITA) itu lagi, beliau mampu menstabilkan keadaan politik di Selangor serta membawa pembangunan ke Kajang atas dasar hubungan baik dengan pemimpin dalam pakatan pembangkang dan BN. Apa pun alasan yang diberi bagi 'melayakkan' dirinya bertanding, Zaid memang berhak bertanding. Tidak ada sesiapa boleh menghalangnya kecuali 'halangan' undang-undang. Jika Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang boleh bertanding kenapa tidak Zaid yang bukan wakil rakyat?

Dalam peraturan pilihan raya, tidak ada sekatan mana-mana individu bertanding di luar kawasannya bermastautin atau dilahirkan. Jika ada sekatan yang mengehadkan anak negeri bertanding di negeri berkenaan, sudah tentu ramai yang tidak layak menawarkan diri. Sekadar contoh, Lim Guang Eng dan bapanya Lim Kit Siang dari mana? Berapa tempat atau negeri yang sudah mereka jelajah? Lebih bertuah adalah Guan Eng yang suatu masa dulu menjadi wakil rakyat di Melaka tetapi nasib menyebelahinya di Pulau Pinang apabila dilantik sebagai ketua menteri (KM). Kini giliran Anwar, anak Cherok Tok Kun mencuba nasib di Selangor dengan harapan dapat menjadi MB seperti rekod yang dicipta Guang Eng. Dulu di Pulau Pinang, ramai anak negeri itu yang bertanding sama ada melalui DAP, Gerakan dan MCA tetapi mungkin semuanya tidak layak diangkat sebagai KM.

Kenyataan Zaid nampak lebih jelas untuk tidak melihat Anwar sebagai MB berbanding Pas yang masih 'tarik tali' berhubung jawatan tersebut. Ada yang berkata, jawatan MB perkara lain sedangkan hasrat sebenar Anwar sudah diketahui umum. Pas menegaskan bahawa jawatan MB Selangor bukan hak eksklusif PKR sebaliknya ditentukan menerusi kesepakatan. Apakah maksud kesepakatan? Langkah pertama ialah PKR, Pas, DAP (3P) sepakat untuk memastikan kemenangan di Kajang dan kemudian mencari kata sepakat melantik Anwar sebagai MB. Inilah 'pencak silat' yang berlaku. Seperti diselak sebelum ini, 'Pas tetap Pas' dan 'DAP tetap DAP' - Pas akan setuju, DAP akan patuh sebarang langkah Anwar.

Penolakan terhadap Anwar sebagai MB hanya boleh direalisasikan sekiranya wujud ketegasan seperti yang dinyatakan oleh Zaid. Tidak perlu lagi parti politik menggunakan ayat 'berlapik' kononnya untuk memperlihatkan kesepakatan. Persoalannya adakah Zaid secara bersendirian mampu melaksanakan hasratnya itu yang mungkin juga menjadi harapan anggota, penyokong dan pengundi setia Pas?

Bersediakah mereka yang mengundi Pas memilih Zaid bagi membuktikan mereka menolak Anwar? Tanpa parti, adalah sukar bagi Zaid untuk mendapatkan sokongan tetapi sejarah Selangor membuktikan calon Bebas berpeluang menjadi ADUN dan popular dalam kalangan rakyat. Cuma itu situasi dulu. Hari ini lain.

Mungkinkah Zaid cuba memenangi sokongan daripada pengundi/penyokong Pas, pengundi BN serta pengundi 'atas pagar'? Begitu juga dengan penyokong Khalid yang mahu menyelamatkan MB itu. Mungkin masih ada saki-baki anggota PKR yang menyokong Zaid. Diselak kembali kisah Zaid, beliau adalah calon PKR bagi PRK Hulu Selangor pada 25 April 2010. Ketika itu, Anwar serta Khalid bertungkus-lumus berkempen untuk Zaid bagi mempertahankan kerusi berkenaan yang kosong berikutan kematian Dr. Zainal Abidin Ahmad. Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana Anwar yang ditemani S.Nallakaruppan menari-nari di salah satu pentas kempen. Zaid akhirnya kecundang kepada calon BN. Kali ini, jika Zaid tidak berubah fikiran pada saat akhir, beliau akan berhadapan dengan jentera bekas dua orang panglima kempennya iaitu Anwar dan Khalid. Mampukah Zaid menghadapi jentera yang lebih besar ini?

Memang tidak sukar untuk meramalkan nasib Zaid di Kajang kecuali keputusan luar biasa pengundi. Begitu juga jika BN bertanding. Jika BN tidak bertanding, perebutan akan melibatkan calon PKR bersama dua atau tiga calon Bebas. Mungkinkah calon Bebas lain terdiri daripada bekas anggota DAP dan Pas? Mungkin juga seorang dua yang pernah menjadi rakan Anwar sendiri. Tentunya pertandingan ini menarik apabila berlaku 'peperangan' melibatkan bekas anggota 3P serta rakan Anwar.

Persoalannya, adakah BN tidak bersedia menawarkan diri seperti yang dilakukan di PRK DUN Penanti? Setakat ini jentera BN sudah mula kelihatan di Kajang. Kemungkinan tidak bertanding tetap ada. Biarkan PKR dengan sandiwara mereka. Selain pembaziran, banyak faktor yang akan mendorong BN, jika tidak meletakkan calon. MCA yang sudah membentuk Kabinet barunya belum pasti menunjukkan keupayaan untuk turun ke gelanggang. Bukan mudah menghadapi Pas dan DAP. Ketika Pas masih bermain 'tarik tali', DAP sudah tentu tidak ambil kisah siapa MB. Apa yang penting ialah pembangkang menguasai Selangor. Selepas Pulau Pinang, DAP mengharapkan Selangor sebagai pangkalan kedua untuk meneruskan langkah ke Putrajaya. Maka dua hari sebelum pengundian, DAP menyusun makan malam meraikan 'Dari Kajang ke Putrajaya' di Sungai Chua. Makan malam berbayar itu mungkin penutup kempen bagi menyokong Anwar sebagai ADUN Kajang seterusnya sebagai MB baharu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Acer Liquid Z3s telefon pintar mampu milik

Posted: 16 Feb 2014 06:09 AM PST

SEBAGAI mencabar pesaing yang mengeluarkan telefon pintar, Acer Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan Acer Liquid Z3S untuk pasaran tempatan.

Ini sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna dalam mendapatkan peranti pintar pada harga berpatutan.

Acer Liquid Z3S merupakan peningkatan daripada keluarga Acer Liquid Z3, dengan harga yang mampu dimiliki pengguna.

Malah dengan berat 115g, skrin 3.5-inch HVGA (320 x 480) serta kamera 5MP, menjadikannya sesuai digunakan oleh sesiapa saja walau di mana mereka berada.

Acer Liquid Z3S melalui versi baru ini menyertakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan kamera belakang 5-megapixel untuk rakaman gambar lebih cantik.

Selain itu terdapat beberapa fungsi baru yang disertakan iaitu Acer Quick Mode yang menawarkan antara muka berbeza mengikut cita rasa pengguna dan sesuai untuk pengguna peranti pintar baharu.

Di samping itu Acer Liquid Z3S turut menyertakan fungsi Acer Float Caller yang memaparkan panggilan dalam bentuk yang tidak mengganggu ketika anda mengguna aplikasi lain.

Acer Liquid Z3S ini turut menyertakan fungsi Active Flip, yang membolehkan pengguna untuk mengaktifkan skrin secara automatik apabila membuka Flip Cover.

Acer Liquid Z3S mengekalkan beberapa ciri yang ada pada siri sebelumnya Acer Liquid Z3 yang diperkenalkan tahun lalu. Saiz, berat, sokongan dua simkad serta beberapa ciri utama dikekalkan pada Acer Liquid Z3S.

Acer Liquid Z3S yang ditawarkan pada harga RM299 di Malaysia dijangka dijual melalui pengedar seluruh negara dalam beberapa minggu akan datang.

Untuk memesan boleh ke https://www.storekini.com/acer-liquid-z3s.html atau menonton kehebatan Acer Liquid Z3s di http://youtu.be/EkG09YYvlZQ.

Jujur dalam berkarya

Posted: 16 Feb 2014 06:09 AM PST

Oleh Abd. Rahman Saleh

Proses suntingan juga boleh dilakukan pada gambar yang agak kotor disebabkan habuk pada lensa kamera seperti gambar sebelah kiri.

DALAM dunia fotografi digital, sukar memisahkan penggunaan kamera dan komputer sebagai peralatan penghasilan imej yang bermutu terutama ketika menghasilkannya dalam keadaan berebut, cuaca tidak menentu serta kesilapan teknikal.

Melalui pelbagai perisian komputer terkini untuk penyuntingan gambar, banyak jurukamera menggunakannya untuk menambahbaik hasil gambar mereka.

Namun bagi mereka yang profesional, perisian suntingan gambar hanya digunakan sebagai alat memperbaiki mutu gambar dan tidak lebih daripada itu.

Mereka sering menggunakannya untuk tujuan memperbetulkan warna, kecerahan imej, pemotongan (cropping) gambar dan memperbetulkan komposisi subjek yang dirakamkan. Mereka tidak akan mengubah keaslian gambar tersebut atau menambah imej lain dalam karya seni fotografi (montaj).

Bagi jurugambar profesional, soal suntingan gambar hanya dilakukan sebagai jalan terakhir bagi membaiki serba sedikit kekurangan yang terdapat pada hasil rakaman mereka. Apa yang penting bagi mereka ialah keaslian rakaman gambar tidak dirosakkan akibat kerja suntingan tanpa beretika.

Bagi pendatang baru dalam dunia fotografi, anda dinasihatkan menjadikan etika jurugambar profesional sebagai jalan utama untuk lebih berjaya dalam dunia seni yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

Itulah keunikan dunia fotografi kerana ia bukan sahaja melibatkan penghasilan gambar tetapi turut berkait rapat dengan perubahan teknologi yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Seseorang jurugambar perlu jujur dalam menghasilkan karya kerana setiap gambar yang dihasilkan daripada lensa kamera boleh memberi pelbagai kesan kepada orang lain sekiranya ditokok tambah atau diubah suai ketika melakukan kerja penyuntingan.

Bagaimanapun, sebagai seorang jurufoto, anda perlu menghasilkan gambar yang terbaik melalui kamera supaya keasliannya dapat memberikan kepuasan yang bermakna kepada anda yang merakamkannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Leonardo DiCaprio pegang watak bekas Presiden AS

Posted: 15 Feb 2014 10:15 PM PST

LOS ANGELES 16 Feb. - Aktor terkenal, Leonardo DiCaprio bercadang memegang watak sebagai bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Theodore Roosevelt untuk filem terbaharunya.

DiCaprio bersama pengarah filem, Martin Scorsese sedang merangka perancangan untuk menghasilkan filem itu.

Filem itu berdasarkan jalan cerita buku biografi, The Rise of Theodore Roosevelt yang diterbitkan pada 1979 dan pernah memenangi anugerah The Pulitzer Prize.

Namun, DiCaprio berasa bimbang tentang penerimaan orang ramai terhadap filem berunsur politik itu, selepas filemnya, J. Edgar yang berkisar tentang bekas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang ditayangkan pada 2011 tidak mendapat kutipan memberansangkan.- AGENSI

Gosip khalwat melukakan

Posted: 15 Feb 2014 10:12 AM PST

Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my

APA yang tak pernah diharungi oleh gadis ini? Sejak pertama kali menjejakkan diri di dalam industri seni, pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepadanya.

Pada ketika namanya mula meladak satu persatu cerita negatif hadir dan tidak pernah berakhir. Enggan memikirkan kata-kata orang yang memandang buruk terhadap dirinya, Neelofa sedar itu asam garam sebagai anak seni.

Terbaharu namanya kembali panas apabila pakaian yang dipakai semasa mengacarakan Anugerah MeleTOP Era 2014 menjadi viral sehingga menyebabkan dirinya dikecam dengan kata-kata kurang enak oleh peminat.

Namun paling terkesan apabila namanya terpalit dengan fitnah terbesar yang dilemparkan sesetengah pihak akhir Disember lalu.

Fitnah khalwat yang cukup mengaibkan itu benar-benar berbekas di hatinya.

Meskipun peristiwa tersebut hampir dua bulan berlalu, lukanya masih ada. Bagi wanita yang menginjak usia 25 tahun pada 10 Februari lalu, sukar untuknya melupakan perkara tersebut.

"Belum masuk tahun baru mereka fitnah saya ditangkap khalwat. Saya tak tahu siapa punya kerja tetapi apa yang dikatakan itu tidak benar sama sekali.

"Kalau awak menuduh saya dengan cerita lain tak mengapa tapi fitnah ditangkap khalwat ini melibatkan seluruh keluarga.

"Bagaimana ibu bapa dan keluarga besar saya nak menghadapinya?

"Sudah tentu perkara ini meragut jiwa mereka kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai macam soalan daripada pihak lain," luah Neelofa kepada Pancaindera.

Sedih dengan gosip yang mencalarkan maruahnya itu, Neelofa juga tertanya-tanya mengapa ada pihak yang kurang senang dengan dirinya sejak bergelar artis.

Malah pelbagai cerita yang cuba dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu merupakan kisah karut yang bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dirinya.

Tidak pernah kalah dengan tuduhan dan fitnah tersebut Neelofa hanya mengharapkan mereka agar Allah membuka rasa kasih sayang sesama manusia dan tidak terus menggelapkan hati-hati mereka untuk terus bergelumang dengan dosa.

Tak peduli

Empat tahun bergelumang dengan cabaran di dalam usaha menaikkan namanya, Neelofa yakin masih ada pihak yang sayang kepada dirinya.

Baginya fokus utama bukan untuk menghadap cerita-cerita karut tetapi untuk mengembangkan potensi diri.

"Hidup kita sebenarnya indah jika kita buang perasaan hasad dengki dan rasa cemburu pada orang lain. Tak perlu memikirkan kelebihan dan kekurangan orang sedangkan diri sendiri pun tak sempurna.

"Kadang-kadang saya sendiri tak faham mengapa ada lagi orang kurang senang dengan saya. Tak kisah sama ada dia artis atau orang lain sebab saya sendiri tak pedulikan mereka.

"Saya anggap sesiapa sahaja yang cuba mereka-reka cerita, mengata dan menyebarkan fitnah ini sebagai orang yang tak ada kerja dan tak boleh melihat kesenangan orang lain.

"Life is bigger than that. Nista mereka terlalu kecil untuk saya layan," katanya lagi.

Pelakon filem Lemak Kampung Santan ini juga mempersoalkan mengapa mereka perlu membuat kerja sia-sia untuk menjatuhkan dirinya.

Jika ada yang mahu melihat dirinya merana akibat fitnah tersebut, mereka tidak akan berjaya kerana dia sudah lali untuk berhadapan dengan situasi seperti itu.

"Sama juga yang berlaku di laman sosial seperti Instgram, Facebook mahupun Twitter. Kebanyakan peminat hari ini menggunakan medium tersebut untuk menjatuhkan kredibiliti orang, menabur fitnah dan berlagak baik.

"Lagi canggih teknologi lagi cepat mereka sebar fitnah. Semoga saya tidak termasuk di dalam golongan seperti itu," tegas pengacara program MeleTOP ini.

Tambah harta

Melihatkan perkembangan kerjaya seni gadis ini, tidak dinafikan rezekinya lebih tertumpu kepada bidang pengacaraan selain menjadi duta beberapa produk seperti jenama tilam King Koil dan aplikasi LINE Malaysia.

Selain itu dia juga sibuk mempromosikan produk BellaVita yang merupakan perniagaan keluarga yang diusahakan bersama kakak dan ibunya.

Dikatakan menjadi sudah memegang status jutawan pada usia yang masih muda, dia sebenarnya enggan mengulas panjang mengenai perkara yang pernah dibangkitkan satu ketika dahulu.

"Saya anggap ini merupakan tahun untuk saya menambah kewangan dan mengumpul harta sebanyak mungkin. Pada usia begini sudah pasti lebih banyak cabaran yang saya kena tempuhi.

"Mungkin orang anggap usia begini saya lebih banyak berseronok dan mencuba benda baru. Nak seronok sampai bila kalau tak berusaha untuk mencari kehendak sendiri.

"Saya hanya berusaha untuk menambah aset dengan berlakon pada masa hadapan selain mengembangkan perniagaan keluarga untuk berjaya. Tak mahu usaha sekerat jalan dan tinggalkan begitu sahaja," luahnya.

Akui Neelofa, tiada siapa yang mahu hidup susah tetapi prinsip hidupnya dia enggan mengharapkan lelaki kaya untuk menyara diri seperti yang berlaku kepada kebanyakan yang lain.

"Ada orang nak cari suami kaya dan tanggung hidup mereka. Saya tak macam itu. Saya nak berusaha sendiri dan saya tidak mahu bergantung hidup kepada orang," tegasnya penuh makna.

Lakonan

Walaupun hanya mengikuti kelas lakonan jangka pendek selama sebulan di Amerika Syarikat (AS), Neelofa menganggap pemergiannya ke sana begitu mengujakan.

Dia mengikuti kursus pendek di New York Film Academy (NYFA) sepanjang Januari lalu.

Namun ada juga yang mempersoalkan adakah cukup tempoh masa yang cukup singkat itu untuknya mempelajari banyak perkara?

"Bila saya ke sana pun orang tetap nak mengata. Tak mengapalah sebab mereka memang macam itu, tak boleh tengok orang berjaya. Saya tak kisah pun sebab dah kalis dengan kata-kata orang.

"Saya ke sana pun atas inisiatif sendiri untuk mendalami ilmu lakonan. Dulu masa mula-mula berlakon tak ada asas pun, hanya belajar sikit-sikit daripada pengarah dan rakan artis.

"Bila di sana mereka ajar asas yang betul. Bagaimana nak mendalami watak, nak melontar suara pada watak yang berbeza yang sebelum ini saya tak diketahui pun.

"Tak salah nak kembali kepada asas sebab akhirnya saya akan gabung jalin dengan pengalaman yang sedia ada. Walaupun tempohnya pendek tapi begitu besar maknanya kepada orang macam saya.

"Sama ada jangka masa pendek atau lama bukan isu besar pun asalkan kita ada niat nak tambah ilmu. Tak rugi apa-apa pada saya," jelasnya.

Terbaharu pengacara program Nona itu bakal terlibat dengan filem Sinaran bersama-sama Lisa Surihani dan Hisyam Hamid. Filem arahan Osman Ali itu diterbitkan oleh syarikat dari Singapura dan menjalani penggambaran sepenuhnya di sana.

Selain itu dia juga masih menunggu tayangan filem Pilot Kafe dan Gengster Superstar yang dijangka tidak lama lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Muflis kerana suami

Posted: 16 Feb 2014 06:09 AM PST

"SAYA setuju jadi isteri Jo bukan kerana dia kaya, tetapi kerana rasa ada kesesuaian antara kami. Kedua, kerana dia rajin bekerja, kalau tak tahu, dia belajar, sebab itu dia jadi kesayangan abang Su. Masa datang dari kampung masuk kumpulan agama di Sungai Pencala dulu, dia mentah tak ada kemahiran. Abang Su yang ajar dan ambil dia bekerja.

"Tetapi bila Jo beritahu dia nak kahwin, abang Su marah. Alasan abang Su, Jo perlu banyak belajar lagi. Tapi Jo berkeras mahu berkahwin juga dan kami berkahwin di perkampungan tersebut atas bantuan ahli lain. Itu cerita Suriyati ketika kami bertemu baru-baru ini.

"Ketika tidak ada duit untuk memulakan bisnes, ayah dan emak saya jadi tempat dia pinjam duit. Bukan itu sahaja, malah ayah beri pakaiannya termasuk seluar dan kasut untuk Jo pergi bekerja dan jumpa bos-bos besar di pejabat kerajaan memohon pekerjaan. Sebab dia cuma ada tiga helai jubah putih dan serban besar itu sahaja. Kasut pun cuma selipar.

"Bermula dari situlah akhirnya dia berjaya menubuhkan syarikat sendiri, dan menerima lebih banyak projek. Saya kononnya dilantik jadi Pengarah Urusan (MD), tetapi saya tak tahu apa benda pun di pejabat tu, selain tak dibenarkan datang ke pejabat, saya tak boleh telefon pejabat, apa lagi berbual dengan staf syarikat. Dia tuduh saya ganggu perjalanan syarikat.

"Kerja saya paling penting menandatangani surat syarikat yang saya tak tahu apa butirannya. Bila saya mula tercium benda yang tak betul, Jo lakukan di pejabat, saya tak mahu tandatangan surat yang disuruh. Malangnya saya dimaki dan dipukul, kerana ingkar.

"Saya bantah, sebab saya minta dia terangkan satu persatu apa yang saya tanda tangan tetapi dia enggan beritahu selain memaksa saya terus tandatangan. Saya juga pernah dipijak kerana membantah dan menolak untuk tandatangan surat yang diberikan.

"Apa yang membimbangan saya sebelum itu Jo sudah beli sebuah lagi kereta Mercedes baru, selain beberapa buah kereta yang sedia ada seperti sebuah Perdana, sebuah 4WD, dua buah Waja. Caravan pun ada, yang saya tak tahu apa gunanya. Saya cuma diberikan sebuah Kelisa untuk menghantar dan mengambil anak sekolah. "Lebih membimbangkan saya, mana dia dapat duit begitu banyak membeli kereta mewah tersebut? Lagi pun ada beberapa buah kereta tersebut belum pun habis dibayar ansurannya. Selain itu Jo beli sebuah banglo daripada orang yang didakwa telah menjual kepadanya. Sebelum itu dia ada sebuah kondo, semuanya terletak di Damansara Damai. Jo mendakwa memiliki harta berjumlah lebih RM5 juta dan dia layak membuat pinjaman.

"Saya pelik mengapa Jo buat banyak hutang. Akhirnya, persoalan saya terjawab apabila seorang kakitangan Jo, bernama Ikin telefon beritahu Jo telah berkahwin dan ada seorang anak. Katanya, dia beritahu sebab kasihankan saya. Tetapi menurut seorang staf lain, sebenarnya Ikin buka rahsia Jo sebab marahkan Jo tak jadi kahwin dengannya.

"Bila rahsia terbongkar, saya tanya Jo apakah benar dia sudah berkahwin, Jo tak nafikan malah mahu ceraikan saya. Beberapa bulan kemudian kerana saya buat aduan di mahkamah syariah, maka dia berjanji di mahkamah syariah akan beri saya nafkah anak RM3,000 sebulan untuk tiga anak selain mutaah saya RM13,000 untuk 13 tahun kami berkahwin.

"Tak lama kemudian saya dapat tahu syarikat Jo tenat. Dia kena tipu melibatkan jumlah ratusan ribu oleh orang kepercayaannya. Ada janji nak dapatkan gelaran Datuk, janji nak bagi kontrak besar, tetapi semua itu bohong. Duit yang dilabur habis, kawan pun hilang. Akhirnya beberapa orang kakitangan jadi mangsa terpaksa diberhentikan kerana syarikat semakin tenat dan tunggu masa gulung tikar.

"Selepas diceraikan dan tak dapat nafkah, saya terpaksa bekerja jadi tukang cuci pejabat semata-mata untuk mendapatkan sedikit wang untuk makan dan belanja sekolah anak. Di sebelah malam saya jadi tukang masak di gerai. Begitulah perjalanan hidup saya yang amat susah selama 4 tahun sebelum saya mendapat satu berita mengejutkan tahun lalu.

"Saya dapat tahu saya telah muflis. Saya pergi ke Pejabat Insolvensi untuk serah diri atas nasihat kawan. Pegawai itu mengesahkan saya dan bekas suami ada berhutang sejumlah RM1.4 juta dan beliau arahkan saya bayar RM1,500 sebulan. Dia tak percaya saya tak ada duit. Malah untuk teruskan hidup saya terpaksa memohon bantuan zakat.

"Oleh kerana saya dapat RM200 daripada zakat, pegawai itu desak saya bayar RM100 sebulan. Pegawai itu beritahu saya jadi penjamin pinjaman bekas suami dari CGC sebanyak RM1.4 juta. Walaupun saya beritahu tak tahu tentang pinjaman tersebut tetapi mereka tetap desak suruh bayar, dan meminta saya mencari di mana suami saya tinggal sama ada di negeri ini atau keluar negeri supaya bayar hutang.

"Saya kesal dengan perbuatan Jo, dia hidup senang dapat berjuta ringgit, ada rumah dan kereta, tetapi mengapa saya pula yang kena bayar hutang. Saya cadangkan pihak bank atau CGC tubuhkan unit khas lengkap dengan pegawai mereka seperti detektif untuk cari orang yang berhutang, supaya mereka boleh segera bayar hutang. Mungkin bank atau CGC boleh bertindak lelong harta benda mereka untuk dapatkan duit mereka semula. Bukannya cari jalan mudah dengan memufliskan penjamin dan suruh penjamin bayar hutang. Mengapa penjamin seperti saya jadi korban untuk kesenangan orang lain? Bukan saya yang hidup senang dengan duit penipuan mereka. Ini tidak adil.

Demikian keluh Suriyati tentang masalahnya jadi muflis, sedangkan dia ingin membuat pinjaman untuk berniaga makanan dekat rumahnya. Katanya dia perlu kerja keras kerana dia ada anak yang perlu ditanggung dan diberi makan pakai selain belanja persekolahannya.

Beriani resipi keluarga

Posted: 16 Feb 2014 06:09 AM PST

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

SEBAIK-BAIK sahaja melangkah masuk ke dalam restoran ini, pasti anda tertarik dengan haruman nasi beriani.

Sebahagian besar meja restoran ini telah penuh diisi pelanggan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Pengarah restoran J.M. Bariani House, Zulkarnain Mustapa kelihatan ramah melayan pelanggan-pelanggannya. Di sebuah meja terdapat nasi berwarna keemasan menggunung. Lauk ayam atau daging sama ada tertimbus di bawah nasi atau diletakkan di tepi pinggan, kelihatan sungguh menyelerakan. Acar timun dan telur pindang sekadar mengecurkan air liur.

Inilah hidangan istimewa JM Bariani House Sdn. Bhd.

Terletak di USJ 9, Subang Jaya, Selangor, penggemar-penggemar nasi beriani harus merasai kelainannya di sini.

Satu ketika dahulu, perniagaan nasi beriani, JM Bariani House hanyalah dijalankan secara suka-suka di hadapan rumah.

Hari ini, perniagaaan yang dijalankan secara kecil-kecilan itu berubah menjadi empayar yang cukup popular dalam kalangan penggemar nasi beriani di Lembah Klang. Perkembangan tersebut cukup membanggakan pengasas perniagaan itu iaitu pasangan suami isteri, Mustapa Abdul Karim dan Jamilah Abu Bakar.

Melihatkan sambutan yang diterima, tidak hairanlah apabila restoran itu kini mempunyai 16 cawangan yang mengetengahkan nasi beriani sebagai menu utama. Sajian nasi beriani cita rasa Muar, Johor ini mempunyai keistimewaan dengan lauk asas seperti ayam, kambing atau daging lembu, yang rempah berianinya diadun sendiri.

Menurut Zulkarnain, nasi beriani JM Bariani memiliki cita rasa dari Muar.

Istimewanya, nasi beriani ini lebih ringan kerana tidak terlalu banyak ramuan yang dimasukkan dalam rempah, kurang berminyak dan kurang pedas.

"Resipi ini merupakan air tangan emak dan ayah saya. J.M. Bariani House menyajikan nasi beriani biasa dan nasi beriani gam, iaitu nasi yang dimasak bersama lauk sekali gus. Terdapat tiga pilihan lauk iaitu ayam, daging lembu atau kambing dengan variasi masakan seperti ayam goreng, ayam beriani, ayam merah, kambing kuzi dan banyak lagi.

Setiap nasi beriani disajikan bersama acar buah dan dalca. Satu set nasi beriani dijual pada harga antara RM3.80 hingga RM13.40. Telur pindang turut dijual. Selain menu utama iaitu nasi beriani, ia juga menyajikan menu lain seperti kambing goreng rosemary (fried ribs rosemary), nasi goreng kampung, chicken chop, lamb chop, mi bandung, tauhu bakar dan rojak," ujarnya yang turut mengadakan program francais JM Bariani House.

Dalam pada itu, JM Bariani House turut mengadakan penghantaran sekitar kawasan Subang Jaya dan Kota Damansara.

Restoran itu dibuka dari pukul 11.30 pagi hingga 10 malam. Untuk pertanyaan, sila hubungi 016-2114637, 03-56344660 atau layari laman web www.jmbariani.com.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Menawan kerana gincu

Posted: 16 Feb 2014 06:09 AM PST

ROZITA melihat jam tangannya. Lima minit lagi dia perlu masuk ke bilik mesyuarat memulakan pembentangan kertas kerjanya. Sambil membuka beg tangannya, dia mengenakan secalit gincu, kemudian dia menggunakan pengilat bibir. Begitulah kuasa solekan bibir . Bukan setakat mencantikkan wajah, ia memberi keyakinan. Dengan bibir kelihatan lembap dan sihat, seorang wanita lebih berasa selesa dan yakin.

Kebanyakan wanita menganggap solekan sebagai terapi minda kerana cantik membuatkan diri ceria sekali gus mempengaruhi aktiviti seharian. Walaupun hanya mengoles nipis gincu di bibir , kecantikan pasti akan terserlah.

Ikuti beberapa panduan solekan bibir menggunakan Maybelline New York Lip Polish by Color Sensational yang mempunyai tiga fungsi sebagai pelembap, gincu dan pengilat bibir.

Untuk solekan bibir lebih cantik dan gincu bertahan lebih lama, ratakan sedikit penyamar noda atau bedak asas supaya mudah membentuk bibir seperti dikehendaki menggunakan penggaris bibir, selain menutup cela yang wujud di kawasan sekitar.

Sapukan gincu sesuai dengan wajah dan kulit anda. Mencampurkan beberapa rona gincu juga mungkin idea baik.

Pengilat bibir penting untuk mendapatkan ilusi bibir mungil, bertenaga dan segar.

Bagi mendapatkan bibir yang sihat dan cantik, lembapkan bahagian bibir sebelum tidur dengan pelembap khas. Malah amalan menggosok bibir menggunakan berus gigi sebelum tidur (gosok dengan lembut) dikatakan mampu menanggalkan sel mati.

Rahsia jutawan muda -Shielawatie

Posted: 16 Feb 2014 06:09 AM PST

DARIPADA usahawan butik pengantin kini bergelar jutawan .

Begitulah perjalanan hidup wanita muda yang banyak menimba ilmu hingga bergelar usahawan berjaya hasil daripada perniagaan produk kesihatan yang diceburinya. Shielawatie Ahmad, 29 boleh berbangga dengan pencapaiannya kerana dalam tempoh tidak sampai setahun berniaga , dia mampu mengumpul kekayaan yang diidamkan ramai orang.

Kehidupan Shielawatie memang sukar namun demi mencari sesuap nasi kehidupan mesti diteruskan. Lagipun memang sikapnya sejak remaja lagi tidak mahu menyusahkan keluarga yang sudah sedia susah. Walaupun hasil butik pengantin miliknya tidak seberapa, dia tetap gigih berniaga kerana sentiasa berpegang pada moto hidupnya iaitu selagi ada Tuhan, selagi itu ada harapan.

Hinggalah dia berniaga menjual produk kesihatan Triple Stemcell dan Double Stemcell.

Menurutnya, ketika mula-mula diperkenalkan dengan produk tersebut, dia kurang yakin dengan bisnes sebegitu, hinggalah dia melihat sendiri hidup rakannya berubah dalam sekelip mata dengan pendapatan lumayan hasil daripada perniagaan ini.

"Kerjanya sedikit tapi hasilnya cukup berbaloi, mengalahkan pendapatan saya membuka butik. Saya memang tak ada masalah untuk menjalankan perniagaan sebab sejak remaja lagi saya dah berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Alhamdulillah selepas hampir setahun menjalankan perniagaan ini, pendapatan saya sudah mencecah RM1 juta," ujarnya yang kini memperoleh pendapatan lebih RM30 ribu sebulan menerusi grup yang hanya dikenali sebagai RICH 88 yang diasaskan bagi memasarkan produk berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved