Khamis, 3 November 2011

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Pahang kuasai anugerah kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2011

Posted:

Pahang kuasai anugerah kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2011

Pahang kuasai anugerah kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2011


SEBAHAGIAN penerima anugerah bergambar kenangan selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan kokurikulum Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak, semalam.


KUCHING 3 Nov. - Sekolah-sekolah di Pahang mendominasi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Kementerian Pelajaran yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri Lama (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Pelajarnya membolot empat anugerah individu dan berkumpulan serta memenangi tiga tempat teratas sebahagian besar kategori yang dipertandingkan selain tokoh gurunya, Abd. Muin Othman diiktiraf sebagai penerima Anugerah Juri bersama bekas Pengarah Pelajaran Sarawak, Datuk Dr. Julaihi Bujang.

Noraziman Mohd. Sakri dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Biram, Pekan, dinobatkan sebagai Murid Cemerlang kategori Sekolah Rendah Lelaki, manakala Muhd. Azrul Anuar Mohd. Hoe dan Norain Nazifah Shaedon dari SK Pendidikan Khas Kuantan, masing-masing mengungguli Murid Cemerlang (Pendidikan Khas Sekolah Rendah).

Tunas Kadet Remaja SK Perantau Damai, Rompin pula dinobatkan sebagai Pasukan Badan Beruniform Cemerlang kategori Sekolah Rendah.

Sementara itu, SK Ulu Lubai, Limbang yang pernah mencipta sejarah sebagai sekolah pedalaman pertama diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Februari lalu sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila merangkul tempat kedua bagi kategori Sekolah Rendah Luar Bandar Cemerlang.

Tempat pertama kategori itu dimenangi SK Tengku Ampuan Intan, Terengganu manakala SK Permatang Tok Mat, Pulau Pinang di tempat ketiga.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis haram program seks bebas

Posted:

Polis haram program seks bebas

Polis haram program seks bebas

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas mengharamkan segala bentuk aktiviti dan promosi program yang berunsurkan seks bebas, Seksualiti Merdeka 2011 berkuat kuasa hari ini.

Selain mengarahkan program itu dihentikan serta-merta, polis juga membuka dua kertas siasatan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang meneruskan program itu, sama ada ia dibuat secara tertutup atau terbuka.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, lebih 10 individu termasuk Datuk S. Ambiga yang dikenal pasti terlibat dalam program seks bebas itu akan dipanggil memberi keterangan dalam tempoh terdekat.

"Pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 27(A)(1)(c) Akta Polis 1967 terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat dalam program ini," katanya pada sidang akhbar di Unit Udara PDRM Sungai Besi di sini, hari ini.

Takrif Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah atas alasan agama, mana-mana pihak yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci, niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Mengikut seksyen berkenaan, polis diberi kuasa untuk menahan tanpa waran atau selepas waran dikeluarkan mana-mana individu yang terlibat. Mereka yang ditahan juga tidak boleh dijamin atau dikompaun sebaliknya boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun.

Penganjuran program itu dipromosikan melalui laman sesawang www.seksualitimerdeka.org yang kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) agar boleh diterima masyarakat negara ini.

Penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu antaranya Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) manakala aktivitinya termasuk bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu, siasatan mula dijalankan selepas dua laporan polis diterima sejak semalam selain mendapat banyak bantahan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan, parti pembangkang, 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan-badan agama Islam, Kristian dan Buddha.

"Polis menerima banyak bantahan NGO termasuk badan agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini menimbulkan suasana tidak harmoni, dan ganggu ketenteraman awam.

"Undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

"Apabila timbul rasa tidak selesa orang ramai, mencetuskan sensitiviti agama, ancaman ketenteraman awam, kita (PDRM) perlu bertindak bagi mengekalkan keamanan negara," katanya.

Khalid turut menegur Majlis Peguam yang sewajarnya menasihati pihak penganjur program bahawa aktiviti seks bebas adalah satu kesalahan, bukannya bersama-sama menjadi penganjur menggalakkan perbuatan yang melanggar peraturan agama dan negara.

"Sewajarnya pihak berkenaan (penganjur dan penyokong program seks bebas) berfikir secara rasional sama ada program itu boleh diterima masyarakat atau tidak. Janganlah mengagung-agungkan perbuatan tidak bermoral dan mencabar agama," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

KDN tidak kompromi - Abu Seman

Posted:

KDN tidak kompromi - Abu Seman

KDN tidak kompromi - Abu Seman

Oleh AZRAI MOHAMMAD
azrai.mohammad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berkompromi dalam kes enam pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan polis kerana dipercayai membekalkan dadah kepada warga asing di Depot Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Lenggeng, Negeri Sembilan semalam.

Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop berkata, kesemua pegawai terbabit bakal berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah.

''Kementerian tidak akan bersimpati dengan mereka yang terlibat dalam kegiatan seumpama ini.

''Jika siasatan mendapati mereka bersalah, mereka perlu berdepan dengan hukuman,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis sambutan Hari Jabatan Penjara ke-162 di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustapa Ishak.

Semua pegawai Gred KP17 berusia antara 22 hingga 31 tahun itu ditahan di dua lokasi di negeri tersebut mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.

Mengulas Program Pemulihan Kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara April lalu, Abu Seman menyatakan, program tersebut berjaya mengurangkan kadar residivis atau banduan yang berulang kali masuk ke penjara.

''Daripada 1,200 banduan yang menyertai program tersebut, seramai 454 dibebaskan dan sehingga kini kita belum mencatatkan sebarang kadar residivis.

''Bagi jumlah keseluruhan di penjara pula, Jabatan Penjara masih mencapai sasaran dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu tidak melebihi 17 peratus daripada jumlah kemasukan banduan setahun,'' katanya.

Tambah beliau, secara tidak langsung program itu juga telah berjaya mengatasi masalah kesesakan dan beban kewangan di penjara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pas adakan demonstrasi besar-besaran

Posted:

Pas adakan demonstrasi besar-besaran

Pas adakan demonstrasi besar-besaran

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Dewan Pemuda Pas akan mengadakan perhimpunan aman secara besar-besaran di semua masjid negeri selepas solat Jumaat esok bagi membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan seks bebas.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, perhimpunan itu akan menyasarkan seramai mungkin umat Islam yang peka dan sensitif dalam isu penganjuran program itu kerana jelas ia bertentangan dengan syariat, adab susila dan fitrah manusia.

Pada perhimpunan itu katanya, Dewan Pemuda Pas akan memberi penjelasan kepada umat Islam supaya tidak memberi sokongan kepada aktiviti yang bertentangan dengan agama.

''Justeru, kita harap semua umat Islam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya hadir dalam perhimpunan aman itu bagi menyatakan bantahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Nasrudin yang akan akan menyertai perhimpunan itu di Kuantan berkata, Dewan Pemuda Pas pada masa sama juga akan membuat laporan polis pada pukul 10 pagi di seluruh negara.

''Di Kuala Lumpur, perhimpunan besar-besaran akan dibuat di Masjid Kampung Baru manakala di Terengganu di Masjid Pengadang Baru selain masjid-masjid utama negeri seluruh negara,'' katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Setiausaha Dewan Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil meminta semua Pemuda negeri membatalkan perhimpunan bagi membantah program Seksualiti Merdeka esok.

Menurutnya, pembatalan itu ekoran pengumuman polis mengenai pengharaman semua aktiviti program tersebut.

"Dewan Pemuda Pas mengucapkan tahniah kepada polis kerana bertindak pantas kerana program itu dilihat berpotensi mencemar imej Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan malam ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan digesa ambil tindakan tegas jika Ambiga terlibat Seksualiti Merdeka

Posted:

Kerajaan digesa ambil tindakan tegas jika Ambiga terlibat Seksualiti Merdeka

Kerajaan digesa ambil tindakan tegas jika Ambiga terlibat Seksualiti Merdeka

KOTA BHARU 3 Nov. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program Seksualiti Merdeka yang mempromosikan seks bebas, termasuk terhadap Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga sekiranya beliau terlibat sama.

Beliau berkata, penganjuran program tersebut merupakan penghancuran terhadap kehidupan beragama yang kesemuanya mengharamkan amalan homoseksual.

Malah, Nik Abdul Aziz turut yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu bertindak terhadap penganjuran program itu tanpa menunggu desakan mana-mana pihak.

"Kita sokong Ambiga dalam perkara berkebajikan tetapi bila sesuatu yang bercanggah, kita tidak sokong. Tidak ada dalam dunia ini kebebasan sepenuhnya, yang ada hanyalah kebebasan bersyarat.

"Jika hak asasi untuk melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan timbul pula hak asasi untuk mencuri, merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah bersandarkan ke atas hak asasi?

"Justeru, tindakan tegas perlu diambil dan ia perlu dihalang dengan segala kemampuan yang ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 bermula kelmarin sehingga 13 November ini.

Antara penaja dan penyokong program tersebut ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut mendesak pihak berkuasa khususnya Jabatan Peguam Negara supaya mendakwa Ambiga kerana sikapnya yang semakin melampau apabila menyokong program itu.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Islam tidak menyekat hak asasi manusia tetapi ia hendaklah selari dengan kehendak Allah.

"Amalan homoseks hakikatnya merupakan pencerobohan terhadap keturunan dan kelima-lima kemuliaan Islam secara tidak langsung. Setiap akal waras manusia pasti akan menolak budaya ini untuk diamalkan dalam masyarakat," katanya.

Beliau berharap isu itu tidak dijadikan permainan politik kerana ia amat biasa dalam senario negara pada hari ini, isu yang diperbesarkan akhirnya hanya menjadi mainan media semata-mata.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia sasar 40-45 emas

Posted:

Malaysia sasar 40-45 emas

Malaysia sasar 40-45 emas

Oleh AIZAWATI AHMAD dan MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my


Ahmad Shebery Cheek (tengah) bersama kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Indonesia 2011 pada majlis penyerahan Jalur Gemilang di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Noor Asrekuzairey Salim


PUTRAJAYA - Malaysia meletakkan sasaran untuk meraih sebanyak 40 hingga 45 pingat emas pada Sukan SEA Indonesia 2011 yang akan membuka tirainya secara rasmi pada 11 November ini.

Sasaran tersebut dianggap realistik setelah mengambil kira pencapaian semasa atlet kebangsaan dan negara-negara peserta.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengumumkan sasaran itu berkata, jumlah tersebut menjadi sasaran setelah mengambil kira acara-acara yang dipertandingkan oleh tuan rumah pada temasya dwitahunan itu.

"Kita perlu bersikap realistik kerana pertandingan seperti Sukan SEA, setiap negara yang menjadi tuan rumah pasti mahu mengutip pingat sebanyak mungkin dengan menyenaraikan acara yang berpihak kepada mereka.

"Jadi, sasaran 40 hingga 45 emas itu bagi saya boleh diterima sekali pun bilangan acara yang dipertandingkan di Indonesia agak besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada penembak kebangsaan, Nur Suryani Taibi yang merupakan pembawa bendera kontinjen negara di sini, semalam.

Menurut Ahmad Shabery, acara sukan yang bersifat subjektif seperti sukan layar, silat, karate, wusyu dan ski air sukar untuk diramal peluang dan ia amat bergantung kepada pencapaian pada hari pertandingan.

"Malah, untuk acara wusyu kita juga beraksi tanpa kelibat pemenang emas kejuaraan dunia, Chai Fong Ying yang mana kita tidak mahu dia menjadi korban kepada sistem itu sendiri," tegasnya.

Jelasnya, sebagai tuan rumah, Indonesia turut menyenaraikan acara-acara yang jarang didengar seperti sukan kempo, paragliding, panjat tembok (wall climbing) dan sukan renang di laut terbuka.

Tambah beliau, antara acara yang berpotensi untuk membutirkan kilauan emas buat Malaysia ialah terjun, renang, renang berirama, basikal trek, memanah, menembak, olahraga dan tenpin boling.

Beliau memberitahu, sasaran kali ini lebih tinggi berbanding Sukan SEA di Laos, dua tahun lalu yang mana pada ketika itu kontinjen negara berjaya melepasi sasaran 40 emas berbanding 30 hingga 35 emas yang ditetapkan.

Selain itu, Ahmad Shabery berkata, kehilangan atlet karate, Mohd. Hatta Mahmut akibat kecederaan dan Daniel Bego serta Lee Hup Wei yang belum dipastikan tahap kecergasan mereka turut membataskan peluang Malaysia meraih pingat.

"Acara yang selama ini menjadi lubuk emas seperti hoki, skuasy dan boling padang juga tidak dipertandingkan di Indonesia dan ini menyekat usaha untuk meraih lebih banyak pingat emas," katanya.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong pula melahirkan keyakinan jumlah 44 pingat emas mampu berada dalam genggaman atlet negara.

Full content generated by Get Full RSS.

Nicol tempa nama dalam Dewan Kemasyhuran WSF

Posted:

Nicol tempa nama dalam Dewan Kemasyhuran WSF

Nicol tempa nama dalam Dewan Kemasyhuran WSF

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


Nicol David tergolong antara pemain terhebat sepanjang zaman apabila namanya akan dimasukkan ke dalam senarai Dewan Kemasyhuran Persekutuan Skuasy Dunia.


KUALA LUMPUR - Pemain wanita No. 1 dunia, Datuk Nicol David kini tergolong antara pemain paling terulung sepanjang zaman apabila namanya akan dimasukkan ke dalam senarai Dewan Kemasyhuran (Hall of Fame) Persekutuan Skuasy Dunia (WSF).

Nicol, 28, akan diberi penghormatan pada satu majlis makan malam sempena Kejohanan Terbuka Dunia dan Mesyuarat Agung Tahunan WSF di Rotterdam, esok.

"Untuk diiktiraf pencapaian saya setaraf seperti sekumpulan pemain handalan dalam sejarah tatkala saya masih aktif bertanding, perasaannya adalah tak dapat digambarkan.

"Ia sungguh menakjubkan dan saya berasa amat bangga. Meskipun telah bermain dalam sirkit profesional untuk lebih 10 tahun, anugerah ini tidak bermakna saya merancang untuk bersara," ujar Nicol kegembiraan sebaik dimaklumkan berita baik itu.

Gadis kelahiran Pulau Pinang itu juga mengintai rekod gelaran keenam Terbuka Dunia yang sedang rancak berlangsung di bandar raya Belanda tersebut minggu ini.

Nicol yang memiliki 55 gelaran Jelajah Dunia, telah pun menyamai rekod mentornya, Sarah Fitz-Gerald dengan merangkul gelaran dunia kelima tahun lalu.

Pada Mac lalu, Nicol memintas bekas jaguh Australia, Michelle Martin untuk menjadi pemain kedua paling lama memegang status pemain No.1 Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA) sepanjang zaman.

Memasuki bulan ini, Nicol sudah menjangkau bulan ke-67 (sejak Ogos 2006) di persada ranking WISPA, namun masih jauh perlu mengejar Susan Devoy dari New Zealand yang gah dengan rekod 105 bulan.

Nicol bakal menjadi pemain ke-12 dalam senarai dewan kemasyuran yang juga menampilkan Michelle, Sarah dan Susan bagi pemain wanita selain dua legenda Pakistan, Jahanghir Khan dan Jansher Khan untuk lelaki.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


19 spesimen tulang manusia?

Posted:

19 spesimen tulang manusia?

19 spesimen tulang manusia?

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my


Pathmanabhan dan dua tertuduh lain diiringi keluar anggota polis pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari


SHAH ALAM 3 Nov. - Seorang pakar perubatan forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan sebanyak 19 daripada 26 spesimen yang dijumpai di Ladang Gadong iaitu tempat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dikatakan dibunuh pada 30 Ogos tahun lalu kemungkinan besar adalah tulang manusia.

Dr. Nurliza Abdullah, 46, yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, pemeriksaan beliau dan seorang lagi pakar ke atas 2,014 spesimen yang dijumpai di dalam Sungai Panchau, Banting pula mendapati 2,011 daripadanya menunjukkan hasil yang sama.

Menurut beliau, dua daripadanya merupakan tulang leher odontoid yang sekali gus menunjukkan kesemua tulang tersebut kepunyaan sekurang-kurangnya dua individu.

"Hasil pemeriksaan ke atas 2,040 spesimen yang dipercayai tulang dan gigi yang dijumpai di Sungai Panchau dan Ladang Gadong, sebanyak 2,030 daripadanya adalah kemungkinan besar tulang atau gigi manusia.

"Dua daripadanya merupakan bahagian tulang leher odontoid dan setiap manusia hanya mempunyai satu tulang tersebut. Kedua-duanya merupakan spesimen yang ditemui di Sungai Panchau.

"Saya hanya beri kebarangkalian secara subjektif. Secara kasar, saya katakan hasil pemeriksaan berdasarkan ciri-ciri morfologi, struktur anatomi dan osteologi, saya hanya boleh katakan berkemungkinan besar tulang manusia," jelas beliau.

Menurut saksi pendakwaan ke-62 itu, hasil pemeriksaan dari 15 sehingga 18 September 2010 mendapati kesemua spesimen atau tulang tersebut mempunyai kesan-kesan pendedahan kepada suhu atau haba yang amat tinggi iaitu 800 darjah Celsius ke atas.

Kesan perubahan pada struktur tulang-tulang itu pula menunjukkan kesemuanya masih mempunyai daging atau isi yang terlekat padanya semasa terdedah kepada haba atau terbakar.

"Hasil pemeriksaan mendapati item atau spesimen ini menunjukkan kesan-kesan pembakaran berdasarkan perubahan warnanya daripada coklat kegelapan sehingga kehitaman dan perubahan warna kelabu kebiruan sehingga keputihan.

"Terdapat kesan retakan, rekahan serta belahan secara melintang dan melengkung serta berlakunya perubahan bentuk atau struktur tulang yang menunjukkan masa didedahkan kepada suhu atau haba yang amat tinggi, ia adalah tulang atau jasad yang berdaging," katanya.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya , 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam hingga 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin, saksi memberitahu, terdapat spesimen-spesimen yang boleh dikenal pasti daripada bahagian tulang yang spesifik manakala bahagian yang tidak boleh dikenal pasti diperiksa secara berkumpulan.

Beliau bagaimanapun mengakui tidak dapat mengenal pasti jantina, umur atau ketinggian pemilik tulang-tulang itu kerana serpihannya amat kecil serta tidak boleh dicantumkan semula untuk pemeriksaan selain ia telah kehilangan bahan organik iaitu protein dan kolagen yang terkandung di dalamnya.

Sementara itu, Nurliza memaklumkan, beliau bersama tujuh lagi doktor perubatan forensik daripada beberapa hospital lain dibawa ke Ladang Gadong pada 14 September 2010 bagi membantu pihak forensik polis mencari tulang-tulang di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, kesemua spesimen yang dijumpai pada hari itu diserahkan oleh pihak polis kepada beliau dua hari kemudian sementara bahan-bahan bukti yang dijumpai sebelum itu diserahkan pada 13 September 2010 untuk diperiksa.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-44 bersambung esok.

Full content generated by Get Full RSS.

Lelaki tidak mengaku miliki pistol, peluru

Posted:

Lelaki tidak mengaku miliki pistol, peluru

Lelaki tidak mengaku miliki pistol, peluru

KOTA BHARU 3 Nov. – Seorang lelaki yang dipercayai menembak rakan karibnya sehingga mati bagi menuntut hutang bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memiliki sepucuk pistol dan empat butir peluru tanpa lesen yang sah.

Zainal Abidin Mohamad, 24, dari RPT Kesedar, Sungai Terah, Gua Musang, dekat sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Dia didakwa memiliki pistol Auto 9m tanpa lesen yang sah di sebuah rumah kosong di Kampung Chengal, Bachok pada pukul 10.15 malam, 24 Oktober lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun serta sebatan tidak kurang enam kali.

Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206), tertuduh didakwa memiliki empat butir peluru jenis 9mm Luger PMC tanpa lesen yang sah pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau didenda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Dia pada awalnya mengaku bersalah atas kedua-dua tuduhan itu tetapi menukar pengakuan kepada tidak bersalah dua jam kemudian, selepas Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menangguhkan sebentar kes tersebut.

Tertuduh yang bekerja kampung itu ditangkap pada 22 Oktober lalu di Gua Musang bagi membantu siasatan kes tembakan yang berlaku di Rantau Panjang.

Ahmad Bazli kemudian menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkan tertuduh melantik peguam bela.

Utusan Malaysia pada 12 Oktober lalu melaporkan, berpunca masalah hutang, seorang lelaki parah ditembak rakan karibnya dalam kejadian di tepi jalan berhampiran Simpang Empat Salam, Rantau Panjang.

Mangsa kemudian dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) dan selepas 18 hari bertarung nyawa, lelaki itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7 pagi, 29 Oktober lepas.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Israel tegas mahu sekat flotila

Posted:

Israel tegas mahu sekat flotila

Israel tegas mahu sekat flotila

BAITULMAQDIS 3 Nov. - Tentera laut Israel akan menghalang dua bot layar yang meninggalkan Turki semalam, yang membawa aktivis pro-Palestin daripada melanggar sekatan rejim Zionis dan memasuki perairan Genting Gaza.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Avital Leibovich yang dihubungi menerusi telefon tidak menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil untuk menyekat flotila tersebut, sekadar berkata 'kami perlu menilai dan melihat sama ada kami menghadapi penumpang yang akan bertindak ganas'.

Israel menyedari dua bot itu sudah memulakan pelayaran dengan membawa aktivis dari Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat (AS), kata Leibovich yang menggambarkan perjalanan mereka sebagai satu 'provokasi'.

Katanya, mereka masih jauh dari pantai Israel dan Gaza.

Israel bersedia untuk memunggah sebarang bekalan bantuan di dalam bot layar itu dan menghantarnya ke Gaza, kata jurucakap itu.

Tentera laut Israel bersiap sedia untuk menghubungi flotila itu dan 'sudah mengambil segala persiapan perlu bagi menghalang mereka daripada memasuki perairan Genting Gaza'.

Sebelum itu seorang pegawai kerajaan Zionis itu berkata, Israel akan mengambil apa jua langkah yang perlu untuk mempertahankan sekatannya.

Komando Israel membunuh sembilan aktivis Turki di dalam sebuah kapal yang menyertai flotila bantuan ke Gaza pada tahun lepas apabila mereka cuba mengambil alih kapal itu bagi menguatkuasakan sekatan maritim.

Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza sejak Hamas merampas kuasa di wilayah itu pada 2007, selepas menumpaskan pasukan keselamatan yang setia kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

20 peratus kota Bangkok kini ditenggelami banjir

Posted:

20 peratus kota Bangkok kini ditenggelami banjir

20 peratus kota Bangkok kini ditenggelami banjir


Budak lelaki dan perempuan mencari duit tambahan dengan menyediakan perkhidmatan rakit berbayar bagi mengangkut orang di kawasan banjir di Bangkok, kelmarin. - REUTERS


BANGKOK 3 Nov. - Satu per lima daripada Bangkok kini ditenggelami air ketika banjir terburuk di negara ini semakin merebak ke seluruh kawasan di ibu negara Thailand, menyebabkan amaran dikeluarkan meminta penduduk di kawasan terbabit berpindah dengan segera, kata pegawai hari ini.

Bagaimanapun, ramai penduduk tidak mengendahkan amaran tersebut dan memilih untuk terus berada di rumah mereka walaupun menghadapi risiko renjatan elektrik, jangkitan penyakit dan mengalami kekurangan bekalan makanan serta minuman.

''Kira-kira 20 peratus Bangkok ditenggelami air tetapi tiada siapa tahu berapa ramai penduduk terlibat ekoran keadaan ini.

''Ketika ini, kira-kira 11,000 orang tinggal di tempat perlindungan sementara di bandar raya ini,'' kata jurucakap Pentadbiran Metropolitan Bangkok, Jate Sopitpongstorn.

Ketika pusat bandar raya tidak terjejas, beberapa kawasan utara dan barat ditenggelami air sehingga atau melebihi paras pinggang.

Seramai 437 orang maut di seluruh negara ekoran bencana alam itu tetapi setakat ini tiada jumlah rasmi kematian di Bangkok.

Pihak berkuasa mengeluarkan arahan berpindah kepada lapan daripada 50 daerah di ibu negara Thailand itu.

Penduduk di kawasan paling teruk dilanda banjir mengadu rumah mereka dikorbankan bagi menyelamatkan pasar raya, hotel mewah dan rumah milik golongan elit di Bangkok. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


26 tahun tunggu bayaran TNB

Posted:

26 tahun tunggu bayaran TNB

26 tahun tunggu bayaran TNB

Saudara pengarang,
RIPAH ABD. RAHMAN
Felda Purun, Bera


RIPAH Abd. Rahman menunjukkan keratan akhbar dan surat tuntutan bayaran kepada TNB berikutan pencawang elektrik yang dibina di atas tanahnya di Felda Purun, Bera.


Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana akhbar Utusan Malaysia memberi ruang kepada saya untuk menuntut apa yang sepatutnya menjadi hak saya dan keluarga daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Tiga tahun lalu suami yang kini uzur menerima memorandum daripada pihak TNB berhubung tuntutan sewa tapak pencawang TNB di kawasan seluas 34.3 meter persegi di atas tanah milik kami.

Kami terpaksa berhempas-pulas turun naik pejabat TNB, Pejabat Tanah dan pejabat berkaitan bagi menuntut sewa kira-kira RM100,000 sejak pencawang substesen TNB dibina di tanah kami, 26 tahun lalu.

Jawapan yang kami terima daripada pihak TNB tiga tahun lalu ialah mereka akan meneliti semua dokumen dan membuat semakan sebelum membuat penjelasan kepada suami.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripada pihak berkenaan dan kami seolah-olah menunggu buah yang tidak jatuh.

Malah, suami yang menghidap penyakit jantung dan kencing manis kini tidak mampu lagi untuk ke mana-mana bagi mempertahankan haknya.

Justeru itu, melalui ruangan ini saya harap pihak TNB memberi penjelasan dengan segera berhubung perkara tersebut.

Pada masa sama, saya mohon pihak berkenaan menjelaskan bayaran yang sepatutnya memandangkan pencawang tersebut telah lama beroperasi di atas tanah kami.

Full content generated by Get Full RSS.

Rumah kedai jadi 'gajah putih'

Posted:

Rumah kedai jadi 'gajah putih'

Rumah kedai jadi 'gajah putih'

Saudara pengarang,
MOHAMAD SIWI
Temerloh


Bangunan kedai tiga unit ini siap dibina tiga tahun lalu tetapi sehingga kini masih belum beroperasi.


SAYA mewakili penduduk Kampung Tan Sri Yahya, Temerloh ingin meminta penjelasan daripada pihak berwajib mengenai sederet bangunan kedai tiga unit yang telah siap, tetapi belum digunakan.

Bangunan itu siap pada Julai 2009 dan sehingga kini ia masih belum diserahkan untuk diguna pakai oleh mereka yang layak.

Difahamkan sebelum pembinaan bangunan itu, ia diletakkan di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tan Sri Yahya namun selepas siap, ia diletakkan pula di bawah JKKK Paya Keladan.

Saya bersama penduduk kampung ini tidak kisah ia diletakkan di bawah JKKK mana pun, tetapi menjadi persoalan bilakah bangunan kedai tersebut mahu diserahkan.

Sudah semestinya apabila bangunan itu siap, tentunya para peniaga kecil yang menyewa di situ ingin membuka perniagaan mereka secepat mungkin.

Selain itu, masalah lain timbul terhadap bangunan itu seperti tidak mempunyai meter bekalan air serta keadaan semak berikutan tiada pihak yang menjaga kawasan tersebut.

Jika dibiarkan bangunan yang terletak di laluan utama Temerloh-Jerantut itu pasti akan menjadi usang dan orang ramai akan dapat melihat persekitaran bangunan kedai berkenaan.

Sekiranya semak-samun itu dibiarkan, ia boleh menjadi kawasan pembiakan binatang berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking.

Full content generated by Get Full RSS.

Menanti jalan raya persekutuan siap

Posted:

Menanti jalan raya persekutuan siap

Menanti jalan raya persekutuan siap

Saudara pengarang,
AHMAD SABAR
Felda Kota Gelanggi 4


KEADAAN jalan persekutuan dari simpang Jengka Lapan ke Sungai Tekam yang berlubang dan rosak teruk mengundang bahaya dan rasa tidak selesa dalam kalangan pemandu yang menggunakan laluan berkenaan.


SAYA merupakan antara peneroka Felda yang kerap menggunakan jalan persekutuan antara Maran ke Jerantut dari tempat tinggal kami, iaitu Felda Kota Gelanggi 2 sejauh 10 kilometer ke Simpang Jengka 8.

Laluan berkenaan amat penting kerana satu-satunya jalan yang digunakan oleh penduduk Felda Sungai Tekam, Felda Tekam Utara, Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak (PPPTR) Tekam dan Gugusan Felda Kota Gelanggi serta Gugusan Felda Lepar berurusan ke bandar Jerantut melalui Simpang Jengka 8.

Apa yang menimbulkan tanda tanya, iaitu status projek kemudahan asas berkenaan bermula dari simpang Jengka 8 ke Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak (PPPTR) Tekam yang masih dalam pembinaan kini berkeadaan teruk.

Turut menghairankan, kedudukan jajaran laluan masih berlopak dan sistem perparitan tidak sempurna sehingga berlaku takungan air setiap kali hujan lebat.

Kerosakan yang berlaku juga menyebabkan menyukarkan kenderaan berselisih, manakala pemandu terpaksa mencari ruang supaya tidak tersangkut atau terjatuh di dalam lopak yang dalam.

Lebih dahsyat lagi kesan lubang dan lopak yang dalam mengundang kerosakan kenderaan sehingga ada pemandu kesal apabila tangki minyak hitam kereta mereka bocor serta kerosakan pada rim tayar.

Dipercayai pihak kontraktor berkenaan telah membina laluan alternatif, iaitu jalan tanah merah di kiri kanan untuk mengelakkan jalan berlubang dan jajaran yang teruk sehingga menimbulkan rungutan kepada pemandu.

Laluan tanah merah pada jangkaan pihak tertentu boleh memberi sedikit keselesaan, tetapi bertambah sukar akibat berlumpur apabila musim hujan.

Saya difahamkan projek berkenaan sudah beberapa kali terbengkalai dan kini kerja disambung oleh kontraktor baru, tetapi senario yang sama seperti empat atau lima tahun lalu masih menghantui penduduk kawasan ini.

Soalannya, bilakah projek itu dapat disiapkan sedangkan pihak kerajaan negeri sering menguar-uarkan jalan persekutuan dari Maran ke Jerantut akan dinaik taraf.

Melalui Rakan Pahang ini, saya memohon wakil rakyat kawasan ini lebih proaktif menangani setiap projek kemudahan asas khususnya jalan raya kawasan ini untuk memacu pembangunan ekonomi dan sosial penduduk sekitar Sungai Tekam dan Gugusan Felda Kota Gelanggi.

Justeru, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) diharap dapat membaiki kerosakan berkenaan untuk menghindarkan berlakunya kemalangan jalan raya akibat kecuaian yang tidak sepatutnya berlaku.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Budaya merendahkan kemanusiaan

Posted:

Budaya merendahkan kemanusiaan

Budaya merendahkan kemanusiaan

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

KETIKA umat Islam seluruh dunia sedang bersiap sedia mengamati perjalanan sanak saudara mengerjakan haji, rakyat Malaysia gempar dengan program yang disokong oleh lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan menganjurkan Seksualiti Merdeka di Kuala Lumpur sepanjang dua minggu sebaik sahaja bermula November.

Maka ramai yang marah, kerana November pada tahun ini adalah bulan umat Islam melaksanakan tanggungjawab kemuncak dalam kehidupannya sebagai seorang muslim yang beriman. Mereka mengharapkan ibadat itu akan mengampun segala dosa lalu, tetapi segelintir mereka yang terbabit dalam program tersebut mengumpul dosa yang paling dilaknat Islam.

Sememangnya semua agama amat memandang keji kepada perlakuan sedemikian kerana ia mencemar kehidupan dan merendahkan martabat seorang manusia yang berakal dalam bingkai tamadun keinsanan.

Golongan yang menyanjung dan mengamalkan perlakuan songsang - lesbian, biseksual, gay, dan trangender (LBGT)- sejak permulaan sejarah lagi menerima kutukan yang maha dahsyat.

Dalam Islam, kisah kemusnahan pengikut Nabi Luth a.s. adalah disebabkan kegilaan mereka bersenggama sesama jenis, sedangkan secara alami Allah SWT menciptakan manusia sebagai lelaki dan wanita.

Mereka hidup secara berpasangan dan berkongsi perasaan, naluri seks dan tanggungjawab atas sifatnya saling memerlukan dan sayang menyayangi.

Kemusnahan sebuah tamadun tinggi pada waktu sebelum agama Kristian muncul turut membuktikan bahawa amalan senggama songsang oleh penduduk Pompei masih tidak menakutkan pengamal LBGT.

Rupa-rupanya pengamal pada masa kini amat kuat bersandarkan kepada prinsip kebebasan semulajadi tanpa mengambil kira kebebasan itu sebenar sebuah ilusi yang menakutkan, budaya yang merendahkan kemanusiaan itu sendiri. Berlawanan dengan hasrat seseorang yang bertandang ke Mekah untuk menyempurnakan ibadah yang difardukan kepada setiap orang Islam yang berkeupayaan dan mampu. Meskipun menunaikan haji itu fardu, ia tidak wajib kepada mereka yang kurang mampu, termasuk mereka yang tidak siuman.

Menjelang wukuf di Arafah, membawa satu manifestasi yang paling puncak dalam perjalanan untuk menyucikan diri dari segala dosa silam kerana pada malam itu, ia menjadi petanda sah seseorang yang mengerjakan haji mampu melengkapkan ibadah tersebut. Bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukannya, perkiraan sah haji tidak dapat dikira.

Dalam situasi itu, setiap muslim dikira bukan berdasarkan kedudukan dan latar belakang keturunannya. Semua orang Islam berada dalam kesatuan iktikad, semangat, roh dan kerohanian untuk menumpukan seluruh jiwanya meningkatkan pengabadian diri kepada Allah SWT.

Perjalanan mengerjakan haji berlaku dalam suasana kekentalan semangat, kekuatan keyakinan dan keteguhan iman kerana tersilap tingkah akan menyebabkan peluang beribadat akan berkurangan manakala kelurusan iktikad diuji dengan pelbagai dugaan.

Dalam situasi penuh keikhlasan itulah kita dapat merasai mengerjakan haji itu bukanlah memeritkan. Pengabadian diri sewaktu mengerjakan haji merupakan kisah begitu menarik kerana ia turut memberikan kita sebuah nilai kekudusan diri, kerendahan hati dan keinsafan bahawa jiwa yang diberikan peluang untuk hidup sebenarnya bukanlah hak mutlak seseorang, kesemuanya hak mutlak Allah SWT yang menciptakan manusia sebagai makhluk terbaik, paling sempurna.

Atas sifat kesempurnaan itulah manusia diberikan kebebasan berfikir dan bertindak dengan syarat kebebasan terhad itu tidak disalahgunakan untuk melanggar kebebasan orang lain. Kerana kebebasan itu ada hadnya, maka manusia mencipta pula ruang bersama dalam situasi 'saling rela' dan 'bukan dipaksa' atau 'terpaksa' sehingga merubah perspektif, kebebasan mestilah disusuli dengan kerelaan.

Maka kerelaan itulah yang mengikat kumpulan yang sudah lupa diri dan celaru identiti untuk mendesak sebarang bentuk sekatan, sama ada dalam bentuk moral, peraturan atau undang-undang agar mereka diberikan peluang secara lebih berperikemanusiaan.

Mereka mendesak agar kebebasan untuk memilih cara hidup ditentukan menurut semangat kesukarelaan walaupun melanggar etika dan peraturan. Peraturan yang menjadi batu penghalang perlu dipinda kerana tuntutan golongan itu semakin kuat dan jika peraturan menyekat budaya yang diinginkan itu, mereka menilainya sebagai zalim, tiadakebebasan dan tidak berperikemanusiaan.

Itulah gambaran yang sedang bermain dalam fikiran pengamal LBGT, maka ada sebuah perbincangan untuk mencari penyelesaian mendesak pindaan undang-undang yang bakal mereka hasilkan sebagai pendirian bebas atas nama kebebasan bersuara dan menentukan hidup.

Bagi pengamal LBGT, tingkah mereka bukanlah suatu kesalahan yang fatal, kerana itu adalah pilihan yang wajar atas kehendak naluri serakah yang tidak sepatutnya tunduk kepada sebarang bentuk peraturan, kecualilah melanggar prinsip kerelaan yang dimeterai antara mereka.

Persoalan hidup dikandung adat, budaya dibingkaikan moral, tingkahlaku bersalutkan agama bukanlah sesuatu yang wajib dipraktikkan, kesemuanya akan menyebabkan manusia berada dalam situasi terkongkong. Mereka hanya meneruskan kehidupan dalam ruang keluarga yang kosong dan kontang nilai kekeluargaan.

Inilah natijah sebenar daripada sebuah kehidupan beradab, kehidupan berlaku secara alami dan disusuli dengan bingkai agama. Keseronokan dan nikmat hidup akan berada di puncak apabila dapat mewariskan zuriat, dan dari zuriat itulah kelangsungan generasi manusia akan berterusan manakala lingkaran adat dan susila menjadi pagar kemanusiaan yang terindah.

Ia menjadi lebih indah apabila kesempurnaan keluarga dan kesejahteraan kehidupan tercapai. Lebih manis, apabila ketenangan jiwa dicapai melalui pengabadian diri kepada Sang Pencipta, dan kerana itulah setiap mereka yang berdikit menyimpan biaya untuk mengerjakan haji, terasa puncak kehidupan tercapai apabila dapat mengerjakan haji dengan sempurna.

Ia sama sekali bertentangan dengan mereka yang memuja bayangan maut, kerana Allah SWT akan tetap melaknat mereka setelah terus berdegil tidak mahu mengakui sifat semulajadi dirinya, tidak ada lelaki setengah masak dan wanita separuh sikap, bercelaru dan keliru.

Ketika ibadat haji mula dirintis lebih 3,600 tahun lalu, Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya, Nabi Ismail a.s. membangunkan semula Kaabah dan mewartakan kewajipan mengerjakan haji.

Tetapi, ketika manusia mula berusaha mengubah kaedah berbudaya dalam posisi songsang, Allah SWT memberikan peringatan keras bahawa akan berlaku kerosakan dan keruntuhan akhlak, manusia berada dalam kesesatan dan ditimpa malapetaka.

Allah SWT menetapkan prinsip-prinsip Haji sebagai (1) pengakuan keesaan Allah SWT dan menolak semua perbuatan atau keyakinan bertentangan dengan pengakuan tersebut sebagai syirik, (2) membina keyakinan bahawa akan adanya balasan Allah SWT dalam kehidupan, dan (3) memupuk nilai-nilai kemanusiaan yang bersifat sejagat.

Allah SWT juga menetapkan prinsip perlakuan LBGT sebagai golongan yang rosak keimanan. Mereka inilah golongan yang akan dicampakkan ke neraka dan kehidupannya terus dihina.

Mereka hidup dalam kekaburan matlamat, serba salah dan mengaibkan diri sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.

Sembelihan korban bukan sekadar ibadah

Posted:

Sembelihan korban bukan sekadar ibadah

Sembelihan korban bukan sekadar ibadah

Oleh MOHD. AMRI ABDULLAH
PENULIS ialah Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, Jakim


Melakukan ibadah korban juga perlu mematuhi kaedah penyembelihan yang betul - gambar hiasan


Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Kauthar:1-2 bermaksud: ''Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)."

Hari Raya Aidiladha atau dikenali Hari Raya Haji memang amat ditunggu oleh fakir miskin. Bagi mereka sekiranya mahu makan daging segar inilah masanya, kerana ramai orang Islam berkemampuan akan melakukan ibadah korban setahun sekali ini.

Ketika inilah betapa enaknya daging itu dirasai fakir miskin. Amalan ibadah menyembelih binatang korban ini sama ada lembu, kerbau, kambing atau unta amat dituntut oleh Islam sejajar dengan roh pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang akhirnya menyembelih seekor kibas.

Manfaat sembelihan korban ini bukan hanya kepada fakir miskin sahaja bahkan kepada penternak, penjual atau peraih juga.

Justeru dinasihatkan golongan ini turut melakukan pengorbanan tanpa memikirkan keuntungan sahaja.

Senario di Malaysia setiap kali hari raya korban maka sumber haiwan ini tidak mencukupi dan kadang-kadang terpaksa diimport.

Di kesempatan ini, penulis ingin menyentuh kaedah penyembelihan yang diamalkan di Malaysia.

Penulis pernah ditanya oleh industri sembelihan di Australia ketika membuat audit sembelihan di sana. "Adakah sembelihan di Malaysia menjaga kebajikan haiwan (animal welfare)?".

Soalan ini ada kaitannya dengan kaedah sembelihan korban yang diamalkan di Malaysia. Sabda Rasulullah S.A.W :

"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu, dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu,

''Dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia memberi keselesaan kepada binatang sembelihannya." (Hadis riwayat Muslim)

Adakah ihsan ini diambil kira dalam sembelihan korban? Contohnya lembu ditambat tanpa diberi minum di tengah panas dan hujan sehari semalam, diikat kaki dengan sekuatnya dan diheret di atas tanah serta duduk atas haiwan tersebut ketika sembelih, mengasah pisau di hadapan haiwan, tidak diuraikan tali ikatan selepas sembelih, mencabut bulu-bulu di leher haiwan sebelum sembelih, melapah sebelum sempurna mati, sembelih di hadapan haiwan lain.

Pandangan ulamak semuanya ini adalah makruh dan tiada ihsan ke atas haiwan korban. Adalah malang sunat korban itu dicampurkan dengan perbuatan makruh ketika proses sembelihan korban.

Semestinya amalan sunat korban itu disusuli perbuatan sunat dalam sembelihan. Antara perkara sunat dalam sembelihan korban adalah membaca Basmallah dan Selawat, lelaki yang baligh dan berakal, pisau yang tajam, membaringkan binatang di atas rusuk kiri dengan kepala diangkat sedikit, memutuskan semua urat leher yang tertentu supaya cepat mati tanpa seksa, mengadap kiblat (penyembelih dan haiwan).

Bagi sembelihan korban, disunatkan takbir tiga kali sebelum dan selepas membaca "Basmallah". tidak mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih, tidak menyembelih di hadapan binatang lain, memberi minum binatang sembelihan itu sebelum disembelih.

Kod etika penyembelih juga perlu diambil kira seperti penyembelih fasiq. Penyembelih juga mesti betulkan niat kerana terdapat penyembelih menyembelih kerana sesuatu seperti hendak ekor, kepala, hati atau sebagainya.

Ini semua memberi kesan keberkatan dan kualiti daging. Sebenarnya, semua kaedah dan permasalahan ini telah diajar oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam modul tauliah sembelihan.

Lantaran itu, untuk membetulkan kaedah ini dicadangkan setiap masjid dan surau mengadakan kursus sembelihan kepada ahli kariah supaya semua lapisan masyarakat memahami konsep dan teknik sembelihan serta ihsan.

Islam telah mengajar umatnya supaya berihsan dengan haiwan termasuk adab dan kaedah sembelihan.

Kaedah sembelihan yang betul memberikan gambaran jelas kepada orang bukan Islam bahawa Islam itu sempurna dan lengkap.

Alangkah indahnya amalan sunat korban itu disuburkan dengan semua amalan sunat yang lain dalam sembelihan korban.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Susah senang Umie, Erra

Posted:

Susah senang Umie, Erra

Susah senang Umie, Erra

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ
Lokasi ISTANA BUDAYA, Jalan Tun Razak, 50694 Kuala Lumpur.


ERRA Fazira dan Umie Aida berpegang pada satu prinsip bahawa pengorbanan perlu seiring dengan kejujuran dan keikhlasan.


ADA sebab mengapa dua primadona ini disatukan dalam sesi fotografi khas sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada 6 November ini.

Melihatkan kepada pencapaian yang telah dicipta oleh Datin Umie Aida dan Erra Fazira sebagai aktres ternama negara, sesungguhnya ia bukanlah satu tugas yang mudah.

Baik Umie mahupun Erra, kedua-duanya telah melakukan pengorbanan yang cukup besar dalam mencipta nama sebagai seorang bintang.

Seperti mana kata Umie, dia mengakui laluannya untuk menjadi seorang aktres tidak seindah yang disangka ramai pihak.

Di kala remaja seusianya sibuk menelaah buku dan mengulangkaji pelajaran, Umie pula perlu menghabiskan masanya di lokasi penggambaran sebaik sahaja dia menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 1991 menerusi filem Memory.

"Mungkin secara luarannya, orang melihat menjadi seorang artis adalah indah belaka tetapi realitinya, ia tidak seindah yang disangka.

"Seperti mana saya sendiri, saya perlu memekakkan telinga daripada terus memikirkan apa yang orang memperkatakan tentang diri saya.

"Maklumlah, mulut orang mana boleh ditutup. Mahu atau tidak, semuanya harus ditelan dan kita perlu yakin pada diri sendiri bahawa kita berada di pihak benar. Hidup sebagai seorang manusia ini tidak pernah sempurna bukan?," cerita aktres berusia 38 tahun ini membuka bicaranya pada petang itu.

Tidak cukup dengan itu kata Umie, dugaan mendatangi dirinya sebaik sahaja dia membesarkan dan membela dua orang anak angkatnya, Mohd. Daniel Firdaus, 18, dan Mohd. Dzulhelmy, 17.

Pada ketika dia sedang membina namanya, dia berkorban masa, wang ringgit dan tenaganya dalam membesarkan dua puteranya itu dan mahu melihat mereka membesar menjadi seorang yang berguna kepada negara, bangsa dan agama.

Jelas pemilik nama penuh Umi Khalsum Rahmad Ali ini lagi, ketika itu jugalah, dia perlu berani berdepan dengan kehidupan walaupun dia pernah dicerca dan dilemparkan dengan kata-kata kurang manis hanya kerana mahu membesarkan dua anaknya itu.

"Bagi saya, pengorbanan itu sendiri membawa definisi yang sangat luas dalam segala aspek dan apa yang penting, semuanya harus dilakukan dengan penuh keikhlasan serta kejujuran.

"Jika kita melakukan sesuatu perkara untuk mengharapkan balasan atau penghargaan, maka, pengorbanan itu tidak mempunyai sebarang makna," kata pemilik trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-16 (2003) menerusi filem Embun itu lagi.

Berkorban demi keluarga

Pendapat itu juga turut dipersetujui oleh Erra yang dari awal begitu khusyuk mendengar Umie yang rancak bercerita.

Kata Erra atau nama penuhnya, Fazira Wan Chek pengorbanan bagi dirinya bermula sebaik sahaja dia menjejakkan kaki dalam dunia seni sekitar tahun 1993.

Mula meraih perhatian selepas dinobatkan sebagai Ratu Cantik Malaysia ketika itu dan kemudiannya disunting pula oleh pengarah dan penerbit filem tersohor, Datuk Yusof Haslam membintangi Sembilu, Erra tidak menoleh ke belakang lagi.

Bermula detik itu, kehidupan wanita berusia 37 tahun ini berubah secara total sehingga mampu dikalungkan dengan gelaran Primadona Filem Melayu alaf baru.

Jelas Erra lagi, dia tekad untuk menjadi anak seni kerana minat dan sudah pasti, matlamat utamanya adalah untuk membantu dan menyara keluarga untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

"Sudah puas saya perhatikan bagaimana ibu saya, Azizah Zaik bekerja keras dan menjalani hidup sebagai ibu tunggal dalam membesarkan saya.

"Pengorbanan ibu cukup besar dan kerana itu, saya mahu mengubah senario itu dengan mengambil alih tugasnya sebagai ketua keluarga.

"Seperti mana kata Umie, pengorbanan itu tidak seharusnya diharapkan balasan. Bagi saya, apa yang saya lakukan hari ini adalah untuk membalas jasa keluarga adalah satu tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang anak," kata anak kelahiran Sungai Choh, Rawang, Selangor ini memberikan hujahnya.

Hubungan rapat Erra, Umie

DALAM kerancakan berbicara dengan dua wanita gigih ini, sempat juga ditanya kepada mereka tentang pengorbanan masing-masing dalam persahabatan mereka.

Apatah lagi, usia persahabatan mereka pun bakal menjangkau sedekad dan sudah pasti dalam tempoh itu banyak perkara yang dilalui bersama baik susah mahupun senang.

Sambil berpandangan sesama sendiri dan kemudiannya disambut dengan derai tawa yang berpanjangan, Umie dan Erra yang saling menggelarkan diri masing-masing sebagai makcik ini membuka bicara mereka.

Kata Umie, dalam apa jua yang dilakukannya, pengorbanan tidak pernah terlepas dalam diari hidupnya dan begitu juga persahabatan bersama Erra.

"Ada kala kami tidak mampu melakukan banyak perkara bersama-sama lantaran kesibukan masing-masing. Mahu atau tidak, antara kami perlu berkorban seandainya hasrat itu tidak dapat direalisasikan.

"Seperti mana yang saya katakan tadi, dalam apa jua yang dilakukan perlulah jujur dan ikhlas. Barulah ia akan diberkati dan kekal lama. Itu yang boleh saya katakan tentang persahabatan saya dengan Erra," katanya sambil menjeling ke arah Erra yang cukup anggun berkebaya merah di sebelahnya.

Sambil menganggukkan kepala tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh sahabatnya itu, Erra juga sempat diusik sama ada mereka berdua pernah bermasam muka dan bertegang leher gara-gara percanggahan idea mahupun pendapat.

Dengan pantas isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin dan ibu kepada Engku Aleesya ini menggelengkan kepalanya.

"Sepanjang enam tahun saya rapat dengan Umie, rasanya belum pernah kami bergaduh besar sehingga tidak bertegur sapa untuk jangka masa yang lama.

"Kalau orang tengok gaya kami berbual memang orang akan menyangka kami sedang bergaduh. Tetapi hakikatnya tidak kerana itulah stail kemesraan kami," jelas Erra yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia sebanyak dua kali ini sambil memeluk erat Umie.

Full content generated by Get Full RSS.

Antara sanggul dan air mata

Posted:

Antara sanggul dan air mata

Antara sanggul dan air mata

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

MALAM yang dinanti-nantikan oleh semua karyawan seni tanah air termasuk pemerhati dan peminat hiburan amnya sudah tiba ke kemuncaknya.

Tepat pukul 9 malam ini bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, acara anugerah berprestij, Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) akan melakar satu lagi sejarah dalam direktori hiburan tempatan.

Memang tidak dinafikan lagi, tahun ini memperlihatkan saingan yang cukup hebat dan sengit menerusi drama serta filem yang layak dipertandingkan dalam edisi kali ini.

Jika hendak dibandingkan dengan kualiti filem dalam pertandingan kali ini, ternyata penerbitan drama yang bertanding sememangnya menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dalam pelbagai aspek.

Seiring dengan misi dan matlamat ASK yang mahu memartabatkan karyawan drama khususnya seperti mana di awal penganjuran anugerah cetusan TV3 ini, sesungguhnya persaingan kali ini akan memeningkan kepala juri dalam menentukan pemenangnya.

Beberapa minggu kebelakangan ini, ramai yang sudah mula memperkatakan tentang dua drama yang bersaing hebat untuk merebut gelaran Drama Terbaik.

Dua karya yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan, Sanggul Beracun dan Airmata Nur Salina yang memiliki kekuatan tersendiri untuk dinobatkan dengan gelaran tertinggi itu.

Sejak ditayangkan sekitar pertengahan tahun lalu, Sanggul Beracun sudah menjadi buah mulut ramai yang mengakui kehebatan penerbitan drama itu yang setaraf dengan kualiti sebuah filem.

Mempertaruhkan kisah rakyat tentang seorang wanita yang mahu menghapuskan sumpahan ke atas dirinya apabila perlu berkahwin dan membunuh 99 orang lelaki, tidak mustahil Sanggul Beracun untuk diangkat sebagai terbaik.

Diarahkan oleh aktor versatil yang terkenal dengan genre komedi, Sabri Yunus, tiada siapa sangka anak kelahiran Kelantan itu mampu memberikan sentuhan magis yang sangat luar biasa.

Malah, Sabri juga mempunyai harapan yang sangat cerah untuk merangkul gelaran Pengarah Drama Terbaik sekali gus menempatkan dirinya bersama-sama pengarah yang pernah menjulang gelaran tersebut.

Namun, laluan Sabri tidak semudah yang disangka kerana dia perlu berhadapan dengan pengarah wanita tersohor negara, Erma Fatima yang telah mengarahkan sebuah naskhah hebat menerusi Airmata Nur Salina.

Pernah mengungguli kategori Drama dan Pengarah Drama Terbaik dua tahun lalu bagi drama Tersasar Di Jalanmu, siapa tahu rezeki untuk Erma menggondol dua trofi itu sekali lagi.

Kategori lakonan juga merupakan sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan kali ini terutama Pelakon Wanita Drama Terbaik.

Kalau sudah dramanya diramalkan akan menang besar malam ini, maka pelakonnya juga terkena tempias yang sama apabila nama dua primadona unggul, Erra Fazira dan Umie Aida dicanang akan berentap merebut gelaran itu.

Menerusi Sanggul Beracun, Erra telah memberikan dimensi lakonan yang cukup berbeza sekali gus membuktikan sebenarnya bekas Ratu Cantik Malaysia itu berada dalam liga tersendiri.

Jika trofi itu bukan milik Erra, pastinya ia akan menjadi milik Umie yang sememangnya terbukti kehebatan lakonannya.

Apatah lagi Umie sendiri sudah dua kali diiktiraf di pentas ASK dengan gelaran Pelakon Wanita Drama Terbaik. Lalu, adalah menjadi sesuatu yang cukup manis untuk melihat Umie naik ke pentas untuk kali ketiga dan menerima trofinya.

Atau mungkinkah trofi itu akan menjadi milik aktres senior seperti Norlia Ghani yang memberikan lakonan berkesan dalam drama Janji Syurga?

Pelakon Lelaki Drama Terbaik juga bakal memperlihatkan saingan yang bukan calang-calang dengan kualiti lakonan terbaik aktor senior dan junior.

Antara nama-nama yang disebut adalah Remy Ishak, Eman Manan, Faizal Hussain dan Namron yang sudah terbukti kehebatan masing-masing di gelanggang lakonan.

Sebagai bintang baru, Remy tidak mengecewakan dalam Airmata Nur Salina dan siapa tahu dia bakal membuatkan pelakon senior lain berputih mata.

Eman juga bakal mencipta kejutan dan melangkah dengan penuh bergaya untuk menerima trofinya malam ini berdasarkan lakonannya dalam drama Iqra.

Sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan kali ini adalah kategori Drama Rantaian Terbaik yang juga menyenaraikan drama-drama hebat dan terbaik.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved