Khamis, 3 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kehebatan negara tiada tandingan - PM

Posted:

Kehebatan negara tiada tandingan - PM

Kehebatan negara tiada tandingan - PM


Najib Tun Razak berucap kepada jemaah ketika mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji di Mekah, semalam. - BERNAMA


MEKAH 2 Nov. - Perdana Menteri berkata, sokongan kerajaan yang kuat serta pengurusan yang cekap oleh pihak yang bertanggungjawab, menjadikan urusan umat Islam di Malaysia untuk mengerjakan ibadah haji menjadi amat mudah serta efisien dan kehebatannya itu tidak dapat ditandingi negara lain di dunia.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia disebabkan kecekapan kerajaan serta pihak terbabit dalam mencari peluang serta usaha keras menghimpun dana, khusus bagi menambah lagi kemampuan dalam membantu umat Islam mengerjakan ibadah haji.

Beliau berkata, keistimewaan Lembaga Tabung Haji ialah ia dapat menyediakan urusan haji yang amat baik apabila jemaah mendapat pulangan nilai perbelanjaan yang tinggi serta penyediaan makanan, penginapan, pengangkutan, kaunseling, perubatan dan sebagainya.

"Di samping itu, nilai subsidi 20 peratus (diberikan kerajaan kepada jemaah) daripada kos sebenar yang ditanggung jemaah muasassah iaitu kira-kira RM4,300 merupakan nilai yang amat bermakna kepada mereka, tahniah kepada Tabung Haji atas urusan yang dapat sambutan positif dari jemaah haji," katanya dalam satu persidangan akhbar di Ibu Pejabat Tabung Haji di sebuah hotel di sini, hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri bersama rombongannya yang termasuk bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adiknya, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di sini pada kira-kira pukul 9.30 pagi, disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Muasassah Asia Tenggara, Zuher Abdul Hamid.

Najib berkata, kerajaan berusaha memudahkan umat Islam di Malaysia melakukan haji menerusi kaedah yang boleh dilaksanakan dengan bilangan yang ramai.

Menurutnya, hubungan baik negara dengan kerajaan Arab Saudi membolehkan Malaysia sentiasa mendapat pertimbangan sewajarnya dalam perkara itu.

"Sebab itu, apabila mangkat Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan Abdel-Aziz al-Saud baru-baru ini, saya sendiri ambil keputusan untuk datang menziarah, bersama Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) untuk memperlihat betapa berat pandangan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap hubungan kita yang sangat akrab dengan kerajaan Arab Saudi," katanya.

Menurutnya, sikap jemaah haji Malaysia serta pengurusan ibadah haji yang baik mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi sehingga ia sentiasa mendapat pujian banyak pihak di sini.

Perdana Menteri berharap rekod pencapaian yang baik dari segi pengurusan ibadah dan sikap jemaah haji dari Malaysia yang ditunjukkan di sini dapat dikekalkan.

Sementara itu, Najib berkata, Malaysia juga seharusnya mencari peluang-peluang perniagaan di sini, termasuk dalam pemerolehan ekuiti dan juga projek jangka panjang.

"Tapi peluang tidak semestinya terbatas kepada Tanah Haram sahaja, tapi mesti menjangkau secara global, asalkan ia patuh kepada prinsip syariah, maka Tabung Haji atau syarikat perlu juga cari peluang di tempat lain di Arab Saudi, tidak boleh membataskan kepada tanah haram sahaja kerana perspektif itu tidak akan menguntungkan," katanya.

Perdana Menteri kemudiannya dibawa menemui kumpulan imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang mendapat penajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Sementara itu, Rosmah mengambil peluang untuk melawat bilik rawatan di Hotel Janadiriah sebelum menyertai Najib untuk menikmati jamuan bersama dengan beberapa jemaah haji yang terpilih.

Kedua-dua mereka kemudiannya beramah mesra dengan beberapa jemaah haji di surau sebelum berlepas pulang ke hotel penginapan pada kira-kira pukul 12 tengah hari. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Jumlah imam, pengerusi JKKK tajaan 1MDB ke Mekah tahun depan ditambah

Posted:

Jumlah imam, pengerusi JKKK tajaan 1MDB ke Mekah tahun depan ditambah

Jumlah imam, pengerusi JKKK tajaan 1MDB ke Mekah tahun depan ditambah

MEKAH 2 Nov. - Jumlah imam serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ditawar mengerjakan haji di bawah penajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dinaikkan lagi tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana kerajaan mengiktiraf betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh imam dan ketua-ketua kampung sebagai pemimpin di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, program tahunan yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat 1MDB itu dilancarkan selepas kerajaan melihat masih ada dalam kalangan pemimpin daripada dua kelompok itu yang belum menunaikan haji ekoran masalah kewangan.

"Sebab itu, 1MDB lancar program ini sebagai salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporatnya," katanya pada persidangan akhbar di ibu pejabat Tabung Haji di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau kemudiannya dibawa menemui kumpulan pertama 110 imam dan Pengerusi JKKK itu yang ditaja oleh 1MDB yang jelas gembira diberi peluang menemui pemimpin yang bertanggungjawab membawa mereka ke tanah suci.

1MDB tahun ini menaja pemergian 57 imam dan 54 Pengerusi JKKK seluruh negara untuk mengerjakan haji, namun seorang daripada mereka meninggal dunia di tanah air sebelum sempat menunaikan rukun Islam kelima itu.

Dalam ucapannya pada pertemuan dengan kumpulan imam serta Pengerusi JKKK itu, Najib berkata, tahun lepas kerajaan sudah menaikkan elaun imam daripada RM450 kepada RM750 sebulan dan elaun Pengerusi JKKK daripada RM450 kepada RM800 sebulan. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Pendidikan perkara utama bawah NKRA

Posted:

Pendidikan perkara utama bawah NKRA

Pendidikan perkara utama bawah NKRA

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendidikan merupakan wahana paling penting dalam melahirkan modal insan berilmu dan berkemahiran tinggi yang secara langsung menjadi faktor penentu kepada proses kemajuan negara.

Selaras dengan hasrat tersebut beliau berkata, kerajaan memberikan keutamaan kepada bidang pendidikan antaranya menjadikannya salah satu perkara utama di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan akses kepada pendidikan yang berkualiti kepada semua pelajar.

Untuk itu katanya, kerajaan memberikan tumpuan kepada usaha memperluaskan akses pra-sekolah terutama di kawasan luar bandar, meningkatkan tahap literasi dan numerasi, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi dan memberikan ganjaran kepada pengetua, guru besar, guru dan warga sekolah yang menunjukkan pencapaian cemerlang.

''Kita bersyukur kerana inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan melalui NKRA pendidikan telah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan dalam meningkatkan pencapaian sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran akhbar Malaysia Nanban di sini, malam ini

Turut hadir, Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay; Presiden Parti Bersatu India Malaysia ( MIUP), Senator Datuk N. Nallakaruppan; Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Nanban, Datin Zainam Rokiah Abdullah, Ahmad Mydin Sikandar Batcha, Nooruthen Sikandar Batcha dan Shafee Zaman Sikandar Batcha.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selain itu pihak kementerian juga sedang melaksanakan satu kajian menyeluruh terhadap sistem pendidikan negara dengan mengenal pasti perkara-perkara utama yang perlu dilaksanakan dengan segera bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan negara.

Kajian itu katanya, merupakan salah satu daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan pendidikan negara sentiasa berada pada tahap terbaik dan setanding dengan amalan pendidikan di negara maju.

''Dalam soal pendidikan, kerajaan juga memberi perhatian utama kepada kebajikan pelajar. Kita percaya bahawa pendidikan adalah satu bentuk tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

''Ini termasuk memastikan pelbagai keperluan asas pelajar dapat dipenuhi untuk membolehkan mereka mengikuti pembelajaran dengan sempurna," ujarnya.

Terbaru Muhyiddin berkata, di dalam Bajet 2012 baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bantuan RM100 setiap pelajar di negara ini merangkumi sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah swasta.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved