Khamis, 3 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Majlis Graduasi SK Kangkar Tebrau meriah

Posted:

Majlis Graduasi SK Kangkar Tebrau meriah

Majlis Graduasi SK Kangkar Tebrau meriah

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


PARA guru dan murid bergambar kenangan sempena Majlis Graduasi Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau, baru-baru ini. – UTUSAN/ Baazlan Ibrahim.


JOHOR BAHRU 2 Nov. – Zaman persekolahan merupakan detik indah yang tidak mungkin dilupakan kerana banyak pengalaman pahit dan manis, suka dan duka dilalui ketika itu.

Bermula dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, banyak ilmu yang ditimba sepanjang bergelar sebagai murid dan pelajar.

Namun, saat-saat perpisahan merupakan detik yang memilukan kerana terpaksa berpisah dengan para guru dan rakan-rakan yang disayangi.

Itulah yang dirasai oleh murid-murid tahun 6, Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Tebrau di sini yang diraikan pada Majlis Graduasi baru-baru ini.

Guru Besar SK Kangkar Tebrau, Harun Abdullah berkata, majlis tersebut yang merupakan kali kedua dianjurkan bertujuan meraikan murid-murid tahun 6 sekolah berkenaan.

''Semua mereka telah melalui banyak pengalaman belajar di sekolah ini sejak enam tahun lalu dan akan melangkah ke alam sekolah menengah tahun depan.

''Justeru itu, kami ingin berkongsi sedikit pengalaman dan bermesra dengan mereka pada saat-saat akhir mereka di sini dan majlis graduasi inilah caranya," kata beliau kepada Utusan Malaysia.

Turut hadir, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Shafi Manan.

Menurut Harun, pelbagai acara telah dianjurkan sempena majlis tersebut termasuklah persembahan murid dari kelas 6 Teratai, 6 Raya dan 6 Cempaka.

Antaranya adalah persembahan teater Cinderella' dan Puteri Salju, nyanyian lagu Baby dan Who Says yang dipopularkan oleh Justin Bieber dan Selena Gomez.

Pada penghujung majlis, murid-murid berkenaan turut diberikan sijil melalui satu majlis 'konvokesyen mini' sebagai pendorong mereka untuk belajar lebih serisu sehingga berjaya ke menara gading.

Majlis bertukar menjadi hiba ketika semua murid bersalaman dengan para guru sehingga menitiskan air mata masing-masing kerana sedih akan berpisah.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Terima Kasih Cikgu’ daripada murid Tahun 6

Posted:

'Terima Kasih Cikgu' daripada murid Tahun 6

'Terima Kasih Cikgu' daripada murid Tahun 6


Shafi Manan (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada seorang murid sempena Majlis Graduasi Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 2 Nov. – Tiada ungkapan yang lebih bermakna bagi seorang guru melainkan ucapan 'terima kasih' yang datang sendiri daripada anak murid masing-masing.

Bagi Amirul Ekmal Jalalludin, jasa dan pengorbanan para guru yang selama ini mengabdikan diri mereka untuk mendidik anak bangsa di Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Tebrau ini merupakan pengorbanan yang tidak ternilai.

''Tidak ada apa yang kami mampu beri bagi membalas jasa dan pengorbanan para guru melainkan ucapan terima kasih yang ikhlas dari hati kami.

''Selama enam tahun para guru tanpa jemu mendidik dan mengajar kami dan sudah tentulah kami sebagai murid wajar berterima kasih kepada mereka," katanya.

Najwa Shafi pula berkata, majlis graduasi itu amat bermakna kepada semua murid kerana dapat meraikannya bersama rakan-rakan dan para guru buat kali terakhir.

''Sebak hati saya ketika bersalaman dengan kesemua guru kerana sedih akan berpisah dengan mereka selepas ini.

''Kami harap hubungan kami dengan semua guru akan terus terjalin sampai bila-bila," katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, Naib Yang Dipertuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Shafi Manan menasihatkan semua murid agar terus belajar bersungguh-sungguh pada masa hadapan supaya dapat berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved