Khamis, 3 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Seksualiti Merdeka 2011 kerja gila

Posted:

Seksualiti Merdeka 2011 kerja gila

Seksualiti Merdeka 2011 kerja gila

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
pengarang@utusan.com.my

KOTA KINABALU 2 Nov. - Penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam hingga 13 November depan bukan sahaja dikecam hebat oleh umat Islam, tetapi agama lain termasuk Kristian.

Tokoh Kristian Sabah, Webley Disim berkata, ia satu kerja gila dan jelas bertentangan dengan kepercayaan semua agama di seluruh dunia yang tidak menghalalkan hubungan sejenis.

Katanya, pendekatan yang cuba dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu perlu ditentang sekeras-kerasnya supaya ia tidak merosakkan akhlak semua lapisan masyarakat, terutama golongan belia yang mudah terpengaruh.

Menurut beliau, setiap agama mempunyai kitab suci masing-masing yang memerintahkan untuk berlaku baik dan tidak membenarkan mereka melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan masyarakat.

"Amat jelas, menghalalkan perkara yang tidak dibenarkan oleh agama seperti hubungan sejenis adalah satu perkara biadab dan ia jelas sekali bertentangan dengan norma kehidupan.

"Saya menentang keras tindakan terkutuk itu dengan menganjurkan program yang jelas terpesong dan merosakkan akhlak setiap penganut yang mempercayai kitab ajaran agama masing-masing. Ini sangat melampau," katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang 1 hingga 13 November depan.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Mengulas lanjut, Disim berkata, sekiranya sesuatu program yang dianjurkan bertentangan dengan ajaran di dalam kitab suci, maka ia perlu ditolak dan diketepikan demi memastikan ia tidak mengkucar-kacirkan kehidupan.

Selain itu, katanya, penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 jelas mengaibkan bangsa Malaysia yang terkenal dengan tatasusila dan kesopanan dalam kehidupan seharian.

"Ia benar-benar memalukan saya sendiri sebagai bangsa Malaysia yang menitik beratkan nilai dan etika kehidupan normal. Sekali lagi saya tegaskan, saya menentang keras program seumpama itu.

"Malah saya berharap kerajaan membendung gejala tidak sihat ini dengan kadar segera dan dapat mengambil tindakan tegas kepada pihak yang cuba menganjurkan program seumpama itu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Seksualiti Merdeka: Perkasa desak Ambiga didakwa

Posted:

Seksualiti Merdeka: Perkasa desak Ambiga didakwa

Seksualiti Merdeka: Perkasa desak Ambiga didakwa


Irwan Fahmi Ideris (baju hitam) menyerahkan memorandum bantahan terhadap Program Seksualiti Merdeka 2011 di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mendesak pihak berkuasa khususnya Jabatan Peguam Negara supaya mengambil tindakan mendakwa Datuk S. Ambiga kerana sikapnya yang semakin melampau apabila menyokong program Seksualiti Merdeka 2011.

Ketua Wiranya, Irwan Fahmi Ideris berkata, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu perlu dikenakan tindakan tegas kerana telah melakukan banyak perkara yang boleh memecah-belahkan perpaduan dan mengugat ketenteraman awam.

"Pihak Peguam Negara perlu mendakwa Ambiga jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah selesai membuat siasatan. Sudah lebih 100 hari dia terlibat menganjurkan perhimpunan haram Bersih, Ambiga masih lagi bebas.

"Ambiga cuba membangkitkan kemarahan orang ramai khususnya kaum Melayu.

"Tindakan Ambiga ini sudah melampau apabila menyokong pula hubungan sejenis dan seks bebas yang jelas bertentangan dengan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Negara sebagai agama rasmi Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum bantahan terhadap Program Seksualiti Merdeka 2011 anjuran kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu kepada Ketua Polis Negara (KPN) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Memorandum itu diterima oleh Penolong Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf yang mewakili Tan Sri Ismail Omar.

Program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam hingga 13 November ini akan dirasmikan oleh Ambiga malam ini.

Ia dipromosikan melalui laman web www.seksualitimerdeka.org yang kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari ini ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Menurut Irwan Fahmi, memorandum bantahan diserahkan hari ini meminta PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas dengan membatalkan semua permit yang telah dan sedang diproses bagi menghalang aktiviti program itu.

"Dengan membenarkan program ini berlangsung, secara tidak langsung Malaysia telah bersedia menerima golongan rakyat yang berfikiran bahawa hubungan sejenis adalah hak asasi mereka, sedangkan perbuatan seks luar tabii adalah dilarang bukan sahaja oleh agama Islam, malah agama-agama lain di negara ini," ujarnya.

Sementara itu, Ramli ketika ditemui memberitahu, beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada KPN untuk menentukan tindakan lanjut yang akan diambil.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemuda Pas tentang penganjuran Seksualiti Merdeka

Posted:

Pemuda Pas tentang penganjuran Seksualiti Merdeka

Pemuda Pas tentang penganjuran Seksualiti Merdeka

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Dewan Pemuda Pas sekali lagi bertegas dalam isu moral apabila sayap parti Pas itu bangun menentang penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 kerana jelas ia bertentangan dengan syariat, adab susila dan fitrah manusia.

Selain itu kata Ketuanya, Nasrudin Hassan ketika dihubungi Utusan Malaysia program itu juga berlawanan dengan akhlak Islam.

Sementara itu beliau di dalam ruangan facebooknya yang kemudian dihubungkan kepada Harakahdaily mahu penganjur dan penyokong program tersebut agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka itu.

''Pihak terbabit harus sedar bahawa gaya hidup seperti itu akan berhadapan dengan kemurkaan Allah SWT serta membuka pintu kepincangan sosial dan budaya di negara ini,'' katanya di http://www.facebook.com/pages/Nasrudin-Hassan/, hari ini.

Beliau mengulas penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear yang berlangsung semalam hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.

Nasrudin berkata, Islam mempunyai pandangan sendiri dalam isu hubungan sejenis dan Dewan Pemuda akan berpegang teguh dengan ketetapan yang telah ditentukan.

Islam katanya adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang-pasangan lelaki dan perempuan.

''Perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasangannya perempuan yang bukan mahramnya,'' ujarnya.

Manakala beliau berkata, perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi.

Dalam perkembangan sama kata Nasrudin sekilas pandang pihak terlibat sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

''Oleh itu mereka tidak lagi teragak-agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka.

''Sungguhpun begitu Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri berhubung perkara ini dan kami akan berpegang teguh dengan syariat yang telah ditetapkan,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved