Khamis, 15 Disember 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Gitar ciptaan Samsuddin berkualiti

Posted:

Gitar ciptaan Samsuddin berkualiti

Gitar ciptaan Samsuddin berkualiti

Oleh MOHAMED SA'ARI
editor.johor@utusan.com.my


Mengukur kayu sebelum dipotong dan dibelah menjadi kepingan papan yang sesuai untuk dijadikan gitar.


LABIS 15 Dis. - Mungkin ramai yang mampu bermain gitar dengan baik, tetapi untuk membuat sebuah gitar belum tentu ada yang berupaya melakukannya lebih-lebih lagi dengan kudrat tulang empat kerat tanpa bantuan mesin moden.

Namun, walaupun mengalami masalah pendengaran, Samsuddin Othman, 48, bukan sahaja boleh bermain gitar dengan baik, sebaliknya mempunyai kemahiran menghasilkan pelbagai jenis gitar termasuk gitar akuistik setanding dengan dijual dalam pasaran.

Didorong minat mendalam dalam seni itu sejak kecil dan semangat untuk memiliki gitar buatan sendiri kerana harga gitar yang dijual terlalu mahal, Samsusddin nekad menghasilkan gitarnya sendiri dan kini mampu berbangga kerana berjaya mencapai impiannya itu.

Mungkin kini dia merupakan satu-satunya anak Melayu yang mampu membuat gitar berkualiti setanding jenama terkenal dari luar negara dengan ukiran yang menarik dan berkualiti.

Walaupun tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik mahupun pertukangan, kebolehan Samsuddin menghasilkan gitar berkualiti tinggi mengagumkan masyarakat setempat serta pengunjung luar yang menyaksikannya melakukan kerja-kerja pembuatan gitar di bengkel yang serba kekurangan di belakang rumahnya.

Hanya berbekalkan beberapa peralatan yang asas seperti parang, gergaji, penukul, gerudi, pahat dan ketam, dia mampu menghasilkan gitar yang kemas buatannya dan mempunyai bunyi yang setanding dengan jenama terkenal termasuk buatan luar negara.

Semua kerja dari peringkat membentuk sehinggalah membuat penalaan bunyi dilakukan sendiri dan jika dilihat dari segi kemahirannya, sukar untuk mempercayai dia merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang berkaitan.

Samsuddin memberitahu, dia cuba membuat gitar pada dalam 2005 dan terpaksa mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan gitar itu ekoran kekangan masa disebabkan tugasnya sebagai pemandu lori yang hanya berpeluang untuk pulang ke rumah setiap empat atau lima hari sekali.

"Saya hanya berpeluang melakukan kerja-kerja membuat gitar sekali seminggu. Kadang-kadang langsung tidak melakukannya kerana keletihan hingga suatu hari saya mengambil keputusan untuk membawa kayu yang sudah separuh dibentuk ke tempat kerja dan membuatnya setiap kali ada waktu terluang seperti pada waktu rehat makan tengah hari.

"Tetapi selepas tidak lagi bekerja sebagai pemandu lori, saya memberi lebih tumpuan dan mampu menyiapkan tempahan sebuah gitar dalam masa lebih kurang dua minggu sahaja.

"Sekarang, kerja agak mudah kerana saya dipinjamkan gergaji mesin dan pemotong kayu elektrik oleh seorang kawan bagi memudahkan kerja saya," katanya bapa kepada tiga orang anak kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.


Proses memasang alatan elektronik dan pendawaian dilakukan dengan hati-hati dan penuh teliti.


Dia mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pemandu lori selepas terbabit dalam satu kemalangan yang menyebabkan pemandu sebuah kereta maut kira-kira tiga tahun lalu di Jalan Kluang-Mersing dan tidak lagi yakin untuk memandu lori lagipun mempunyai masalah pendengaran.

Sejak kejadian itu, Samsuddin mengambil keputusan untuk mengunakan alat bantuan pendengaran dan atas nasihat rakan-rakan, dia mengeluarkan belanja RM2,000 untuk mengatasi masalah pendengaran yang dialaminya sejak kecil.

Samsuddin berkata, dia menggunakan jenis kayu leban, sepetir, renggas, pulai dan jelutong untuk menghasilkan pelbagai gitar yang ditempah pelanggannya.

Menurutnya, setiap kayu itu mempunyai keistimewaan tersendiri seperti leban yang tahan lama, renggas dan sepetir pula mempunyai corak dan warna yang cantik serta unik manakala pulai dan jelutong lebih sesuai untuk membuat gitar akuistik kerana lembut, ringgan dan mudah dibentuk.

Dia selalunya akan pergi ke hutan di sekitar kampung dan menebang kayu dari jenis dan saiz yang dikehendaki sebelum dibelah dan dijadikan kepingan bersesuaian dengan gitar yang hendak dibuat sebelum dibawa pulang dan disimpan di tempat teduh bagi mengelak retak dan bengkok.

"Dahulu untuk melakukan semua kerja ini, saya terpaksa meminta bantuan rakan tetapi sekarang saya lakukan sendiri kerana rakan tersebut memberi saya meminjam gergaji mesinnya. Mesin itu banyak membantu saya melakukan kerja dan menjimatkan masa," katanya.

Peralatan elektronik dan pendawaian bagi gitar elektrik pula diperoleh dari kedai alat muzik di sekitar negeri ini, namun adakalanya dipesan daripada rakan yang tinggal di Kuala Lumpur.

Samsuddin mengakui proses yang paling rumit menyiapkan sebuah gitar adalah ketika meletakkan besi bar kod dengan kedudukannya mesti lebih tinggi di bahagian depan dan agak rendah di belakang bagi menyelaraskan kedudukan tali gitar semasa dimainkan.

"Jika berlaku kesilapan, tali tidak akan selaras dan menghasilkan bunyi yang sumbang. Oleh itu, saya amat mementingkan kehalusan pembuatan badan gitar serta menitikberatkan bunyi berkualiti yang dihasilkan," katanya.

Nyata hasil kerja tangannya menarik minat pembeli dan pengemar gitar di sekitar Labis kerana sebuah gitar ciptaannya dijual antara lebih RM100 hingga mencecah RM2,000.

Selain membuat gitar baru, dia juga mengambil upah membaiki serta menukar alat ganti gitar yang dihantar pelanggannya dan kini usahanya itu mendapat sambutan menggalakkan apabila menerima tempahan setiap minggu.

"Saya harap segala usaha ini akan mendapat perhatian pihak tertentu dari segi sokongan peralatan dan bimbingan serta promosi bagi menjamin ia terus berkembang serta berdaya saing pada masa depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Masjid, surau di Pengerang dapat RM76,000

Posted:

Masjid, surau di Pengerang dapat RM76,000

Masjid, surau di Pengerang dapat RM76,000


Shahlan Ismail (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pengerusi masjid dan surau sempena Program Ceramah 1Malaysia dan Isu-Isu Semasa di Kota Tinggi, baru-baru ini. Turut sama, Azalina Othman Said (dua dari kiri).


KOTA TINGGI 15 Dis. - Sebanyak RM76,000 diagih-agihkan bagi pengurusan masjid dan surau di kawasan Parlimen Pengerang di sini, baru-baru ini.

Peruntukan tersebut membabitkan 26 masjid dan 24 surau yang merangkumi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Tanjung Surat dan DUN Penawar.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, setiap masjid menerima RM2,000, manakala surau mendapat RM1,000.

"Dengan sumbangan tersebut setiap masjid dan surau dapat menjalankan aktiviti bagi mengimarahkan institusi berkenaan seterusnya memanfaatkan sumbangan itu dengan sebaik-baiknya," katanya sempena Program Ceramah 1Malaysia dan Isu-Isu Semasa di Dewan JKKR Felda Semenchu, dekat sini.

Majlis yang dihadiri lebih 400 orang itu dirasmikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail.

Sementara itu, Shahlan berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan gagasan menjenamakan semula bagi meneruskan perjalanan Wawasan 2020.

Beliau berkata, 1Malaysia bertujuan menyatukan semua lapisan rakyat menerusi perpaduan yang terjalin dalam memastikan negara menjadi maju, aman dan makmur.

"Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan buktinya melalui kajian yang dibuat, Malaysia kini disenaraikan di tangga ke-19 bagi kategori negara paling aman di dunia.

"Malah, bagi kategori negara bahagia pula, kajian menunjukkan negara kita berada di tempat ke-17 daripada 172 negara. Ini merupakan pencapaian yang baik kepada negara kita berbanding negara-negara lain," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


90 peratus aduan berjaya diselesai

Posted:

90 peratus aduan berjaya diselesai

90 peratus aduan berjaya diselesai

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 14 Dis. - Sebanyak 90 peratus aduan orang ramai melibatkan masalah setempat berjaya diselesaikan oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dari tempoh Januari hingga 1 Disember tahun ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latif menjelaskan, kesemua aduan tersebut melibatkan kepentingan orang ramai seperti masalah longkang, jalan dan sebagainya.

"Selebihnya, kita masih memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan kerana ia melibatkan pengurusan dokumen bagi projek melibatkan tender dan sebutan harga.

"Kita percaya bahawa masalah tersebut akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama para pengamal media di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin.

Justeru kata Abd. Halim, MPS dan MPN yakin dapat menyelesaikan setiap aduan mahupun masalah penduduk dalam tempoh tiga hari.

Malah kata beliau, sebarang status masalah akan dimaklumkan dalam tempoh tiga hari dan tindakan juga akan dibuat dalam tempoh tujuh hari bagi setiap aduan.

"Kita yakin aduan seperti masalah sampah dan longkang dapat diselesaikan secepat mungkin, namun bagi aduan yang melibatkan projek besar seperti perumahan tertangguh, kilang-kilang yang membawa masalah dan sebagainya memerlukan tempoh masa untuk diselesaikan," katanya.

Dalam pada itu Abd. Halim berkata, kerjasama antara media dan pihak berkuasa tempatan (PBT) amat penting memandangkan kedua-dua badan itu saling memerlukan.

"Apa yang dapat kita lihat media amat membantu pihak MPS dan MPN terutama dalam mengutarakan masalah rakyat. Begitu juga pandangan dan cadangan yang diberikan amat membantu PBT menyelesaikan masalah.

"Saya berharap hubungan baik antara media dan PBT dapat diteruskan bagi menangani isu masyarakat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jeti Port Dickson rosak akibat vandalisme

Posted:

Jeti Port Dickson rosak akibat vandalisme

Jeti Port Dickson rosak akibat vandalisme


Abdul Wahab Shamsuddin menunjukkan antara kerosakkan dipercayai perbuatan vandalisme di jeti Pulau Cahaya, Port Dickson, baru-baru ini.


TELOK KEMANG 14 Dis. - Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) memperuntukkan RM19,000 bagi memperbaiki kemudahan jeti yang mengalami kerosakan akibat perbuatan vandalisme.

Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin berkata, pihaknya kesal dengan tindakan segelintir pihak yang tidak menghargai kemudahan yang disediakan kerana ia jelas memberi tanggapan buruk terhadap bandar berkenaan terutama di kalangan masyarakat setempat.

''Kita kesal kerana masih ada lagi mereka tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan ini. Walaupun jeti ini diperbuat daripada komposit, namun, masih lagi ada pihak yang menjadi perosak kepada kemudahan ini," katanya di sini baru-baru ini.

Wahab berkata, pihaknya memandang serius perbuatan vandalisme itu dan akan mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang tidak menghargai kemudahan awam disediakan pihaknya.

''Mereka yang merosakkan harta majlis boleh dikenakan tindakan di bawah akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil vandalisme MPPD 1991," katanya.

Jelas beliau, peranan semua pihak dalam membanteras perbuatan tidak bertanggungjawab itu amat diperlukan dalam memastikan keindahan bandar sentiasa terjamin.

''Kita menyeru kepada masyarakat supaya dapat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya isu-isu seperti ini diatasi dengan sebaik mungkin.

''Seandainya ada kumpulan melakukan vandalisme, maka, mereka harus melaporkannya kepada pihak berkuasa agar tindakan dapat dijalankan," tegasnya.

Dalam pada itu, Abdul Wahab juga memberitahu, pihaknya bercadang memanjangkan jeti Pantai Cahaya ke Pulau Burung dekat sini tidak lama lagi.

''Ia akan siap pada bulan ini dan boleh digunakan pada tahun hadapan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelbagai halangan di petak letak kereta

Posted:

Pelbagai halangan di petak letak kereta

Pelbagai halangan di petak letak kereta

MELAKA 14 Dis. - Sikap segelintir peniaga yang mementingkan diri dengan meletakkan pelbagai halangan di tempat letak kereta awam untuk kegunaan mereka di kawasan medan selera berhampiran Plaza Mahkota, Jalan Merdeka di sini semakin menjadi-jadi.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati daripada 30 petak letak kereta yang disediakan, sekurang-kurangnya 10 petak telah 'ditempah' secara haram oleh peniaga terbabit dengan meletakkan halangan seperti kotak, batu atau kon.

Keadaan itu menyebabkan beberapa kenderaan awam tidak dapat menggunakan petak itu yang sepatutnya menggunakan kaedah bayaran kupon di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Memburukkan lagi keadaan, kawasan itu menjadi tumpuan pelancong kerana terletak di tengah pusat bandar yang berdekatan dengan restoran dan hotel.

Mengulas isu itu, Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd. Yusof Hassan berkata, isu itu bukan perkara baru dan pihaknya juga sering menerima aduan sama di kawasan perniagaan sekitar Jonker Walk.

"Sikap peniagan mementingkan diri bukan sahaja menyusahkan orang ramai malah mencacatkan imej negeri Melaka. Kami sentiasa melakukan pemantauan dan jika didapati bersalah, peniaga terbabit boleh dikenakan kompaun RM250," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang kerani yang bekerja di kawasan tersebut berkata, kotak, kon dan batu yang diletakkan di tempat letak kereta awam itu sudah menjadi perkara biasa terutama pada waktu tengah hari.

"Kadang-kadang saya lihat ada kereta yang terpaksa pusing tempat ini dua tiga kali untuk mencari petak kosong. Kalau bernasib baik, ada anggota MBMB yang akan mengalihkan halangan itu, tetapi apabila mereka beredar, halangan itu diletakkan semula oleh peniaga," katanya yang enggan dikenali.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kenyataan bersifat peribadi - Khalid

Posted:

Kenyataan bersifat peribadi - Khalid

Kenyataan bersifat peribadi - Khalid

SHAH ALAM 14 Dis. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Hasan Ali berhubung pendiriannya untuk terus bersama dengan mana-mana parti yang memperjuangkan Islam, kedudukan orang Melayu dan raja-raja Melayu adalah bersifat peribadi.

Beliau berkata, kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu tidak mempunyai kaitan langsung dengan pendirian pakatan pembangkang atau kerajaan negeri.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, sebarang perbezaan pendapat yang wujud termasuk melibatkan Hasan adalah satu perkara yang normal dalam mana-mana parti politik.

"Pakatan pembangkang sentiasa mengamalkan prinsip menghormati pandangan peribadi mana-mana pemimpin, namun begitu wujud peraturan tertentu.

"Terdapat peraturan untuk menghormati pendapat setiap parti, sebarang perubahan dalam pengurusan di peringkat negeri akan dibincangkan dalam parti," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Sebelum ini, Hasan dalam sidang akhbarnya bagi memberi penjelasan berhubung laporan beliau digugurkan daripada senarai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 menegaskan bahawa beliau akan terus bersama dengan mana-mana organisasi atau parti yang memperjuangkan tiga prinsip iaitu agama Islam, Melayu dan institusi raja.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia tidak menolak kemungkinan menyertai mana-mana parti yang memperjuangkan tiga prinsip tersebut pada masa hadapan.

Dalam masa sama beliau menjelaskan, adalah tidak mudah baginya untuk meninggalkan Pas sebagai wadah perjuangan yang dipilihnya sejak sekian lama sebaliknya pertimbangan perlu dibuat dengan mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada rakan-rakan politik, ulama dan penasihat hal ehwal agamanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tuan Ibrahim ulas isu Hasan

Posted:

Tuan Ibrahim ulas isu Hasan

Tuan Ibrahim ulas isu Hasan

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, adalah tidak benar bahawa Anggota Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali telah digugurkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya umum akan datang.

"Kita baru sahaja di peringkat menerima cadangan dari negeri mengenai siapa yang akan menjadi calon, bagaimana pula Dr Hasan boleh digugurkan?. Ia tidak benar," katanya di sini hari ini.

Sambil menyifatkan sebarang kenyataan sebelum ini mengenai Hasan sebagai pandangan peribadi pihak tertentu, Tuan Ibrahim berkata, pemilihan calon parti itu belum muktamad.

Beliau juga berkata, Pas setakat ini telah menerima nama-nama yang dicadangkan sebagai calon dari beberapa negeri.

"Semua negeri pun belum sahkan lagi (calon mereka)...nak dekat Parlimen dibubarkan, barulah kita muktamadkan siapa yang akan bertanding.

"Setiap negeri biasanya akan menghantar dua atau tiga nama calon di peringkat Parlimen dan dua atau tiga nama calon di peringkat Dewan Undangan Negeri," katanya.

Mengenai hasrat Pas Kelantan untuk mengurangkan calon luar bertanding di negeri itu, Tuan Ibrahim berkata, ia adalah sekadar cadangan.

"Kalau di negeri itu ada beberapa nama yang dia rasa baik, maka dia boleh mencadangkan nama orang itu sebagai calon kepada Pas Pusat. Kita tidak ada masalah untuk menerimanya," katanya. - BERNAMA.

Full content generated by Get Full RSS.

Isma tegur pemimpin tertinggi Pas

Posted:

Isma tegur pemimpin tertinggi Pas

Isma tegur pemimpin tertinggi Pas

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Para pemimpin tertinggi Pas serta penyokong parti itu diseru supaya tidak mengambil pendekatan 'berpatah arang' dengan pihak tertentu sehingga sanggup mengetepikan kepentingan umat Islam dan Melayu di negara ini.

Justeru, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta para pemimpin dan penyokong Pas supaya mencontohi pendirian Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak di luar Pas demi kepentingan tersebut.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, kesediaan Hasan itu menunjukkan beliau memegang kuat prinsip perjuangan Islam di negara ini melebihi kepentingan politik, terutama dalam konteks geopolitik negara yang semakin berubah.

Katanya, kesanggupan Hasan memikul tanggungjawab sebagai jambatan di antara perpaduan Pas dan UMNO wajar dipuji sehingga beliau tidak kisah jika tidak terpilih sebagai calon Pas pada pilihan raya umum akan datang.

"Sikapnya yang positif untuk bekerjasama dengan UMNO bukan sikap biasa dalam orang-orang Pas yang berpatah arang dengan UMNO, sikap sebegini tidak perlu, jadi apa yang dilakukan oleh Hasan perlu dicontohi.

"Saya minta mereka (Pas) memegang kepada perjuangan yang asal maknanya tidak melihat perpaduan dari kaca mata parti tetapi siasah dan maqasid syariah, bukan sentimen parti semata-mata," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid pula berkata, semua pihak terutama dari Pas seharusnya mengalu-alukan apa sahaja usaha yang dilakukan untuk pengukuhan kedudukan dan kekuatan umat Islam.

Menurutnya, usaha itu perlu dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas kerana ia selari dengan tuntutan agama serta ajaran al-Quran.

"Perhitungan politik tidak harus mengatasi kepentingan Islam dan walau apa pun pengalaman kita selama 54 tahun, prinsip memperjuangkan Islam perlu diketengahkan dan diperkasakan secara bersungguh-sungguh," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Gedung sejarah pendidikan negara

Posted:

Gedung sejarah pendidikan negara

Gedung sejarah pendidikan negara

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my


Pelbagai ilmu dan susur galur sejarah boleh diterokai apabila mengunjungi Muzium Pendidikan Nasional di UPSI, Tanjung Malim.


TANJUNG MALIM 14 Dis. – Sejarah penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula cukup lama, ibarat menapak warisan empat generasi yang melalui pelbagai peristiwa sehingga menjadi institusi begitu dihormati.

Walaupun boleh dianggap sebagai antara universiti termuda di negara ini apabila hanya beroperasi pada 1 Mei 1997, namun sejarah susur galur penubuhannya cukup lama dan unik iaitu bermula sejak 29 November 1922.

Daripada sebuah kolej yang hanya mempunyai 120 pelatih, era universiti itu bermula sebagai Kolej Latihan Sultan Idris (SITC) (1922-1957), Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) (1957-1987), Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) (1987-1997) dan UPSI (1997-sekarang).

Dibina atas tanah seluas 64 hektar di kaki Banjaran Titiwangsa, bangunan UPSI direka bentuk berdasarkan ala gothic iaitu unsur seni bina Belanda pada zaman pertengahan.

Penubuhan UPSI pada ketika itu dikenali sebagai SITC, diilhamkan oleh R. O. Winstedt yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu.

Dalam laporannya pada 1917, Winstedt mencadangkan agar sebuah maktab perguruan didirikan di Perak bagi memperluaskan sektor pendidikan khusus untuk orang Melayu di negara ini.

Sejajar dengan perkembangannya, UPSI telah melahirkan ramai tokoh termasuk Bapa Bahasa Melayu Moden, Zainal Abidin Ahmad atau Za'ba; bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba; Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan tokoh akademik, Tan Sri Awang Had Salleh.

Malah, UPSI juga pernah melahirkan ramai tokoh penyair, cerpenis dan novelis seperti A. Wahab Ali, Ali Majod, Othman Puteh, Dharmawijaya, Kemala, Suhaimi Haji Mohammad, Shahnon Ahmad dan Suratman Markasan.

Selepas 89 tahun melalui pelbagai pengalaman dan pembangunan pendidikan, Bangunan Suluh Budiman yang dahulunya menempatkan pelatih pada era SITC kini menjadi antara ikon utama kepada UPSI dan dikekalkan sebagai bangunan warisan negara.

Berdasarkan perkembangan semasa, pihak pentadbiran UPSI mengemukakan cadangan bagi menubuhkan muzium pendidikan yang bermatlamat memulihara semua nilai warisan dan rangkuman sejarah dari dahulu hingga kini.

Penubuhan muzium tersebut yang dinamakan Muzium Pendidikan Nasional (MPN) merupakan usaha melestarikan khazanah warisan pendidikan demi memartabatkan ilmu serta budaya bangsa dan negara.

Dirasmikan pada 19 Julai 2011 oleh Raja Permaisuri Perak, Raja Permaisuri Bainun, institusi itu kini menjadi gedung rujukan terulung yang merakamkan kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang tamadun pendidikan dan sejarah Malaysia.

Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Ishak Saat berkata, inisiatif penubuhan MPN bermula dengan jawatankuasa sementara pada 2005 di mana dekan-dekan dan kakitangan UPSI menjalankan kajian dan merantau ke muzium-muzium di seluruh negara bagi mengumpul maklumat yang diperlukan.

Sehubungan itu katanya, projek cadangan mereka bentuk, membina, menyiapkan, menguji serta mentauliahkan bangunan Suluh Budiman untuk dijadikan MPN di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI bermula pada 24 Ogos 2009.

Katanya, kerja-kerja membaik pulih bangunan tersebut perlu merujuk kepada prinsip pemuliharaan atau konservasi bangunan bersejarah seperti yang tertakluk dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan garis panduan Konservasi Jabatan Warisan Negara Malaysia.

"Bangunan Suluh Budiman merupakan sebuah bangunan bersejarah yang telah didaftarkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 12 November 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

"Bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang amat penting kepada pembangunan negara khususnya dalam bidang perguruan dan pendidikan," katanya.

Ishak memberitahu, muzium yang dibaik pulih dengan kos RM9.8 juta itu mempunyai 21 buah galeri pameran dengan setiap satunya mempunyai tema yang tersendiri.

"Sebelum ini, negara masih tidak mempunyai muzium yang menempatkan bahan pameran yang komprehensif berkenaan pendidikan. Jika ada pun hanya galeri mahupun muzium-muzium yang berdasarkan perkembangan pendidikan di sesebuah negeri.

"Oleh itu, UPSI mahu menjadikan MPN sebagai pusat setempat yang mengupas sejarah dan perkembangan pendidikan negara di setiap peringkat," katanya.

Menurutnya, MPN juga bukan hanya sekadar pameran tetapi turut terlibat dalam bidang penyelidikan, restorasi dan konservasi serta penerbitan.

"Artifak bagi pameran ini bukan hanya diperoleh daripada UPSI, malah pihak-pihak berkaitan di seluruh negara dan juga individu yang berminat serta pinjaman daripada beberapa pihak.

"Penubuhan muzium ini juga disifatkan sebagai pemangkin pelancongan pendidikan di Perak seterusnya di negara ini," katanya.

Bagi orang ramai yang mahu berkunjung ke muzium itu, ia dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah percuma.

Full content generated by Get Full RSS.

Komited bantu rakyat

Posted:

Komited bantu rakyat

Komited bantu rakyat

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

IPOH 14 Dis. - Kerajaan Perak kini giat menyelesaikan masalah tanah membabitkan penternakan haram ikan hiasan di Kopisan, Gopeng selaras dengan usaha untuk membantu petani dan penternak di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, bagi mencapai penyelesaian tersebut, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) kini mengatur beberapa pertemuan dengan pengusaha haram tersebut bagi membolehkan mereka beroperasi mengikut undang-undang.

"Apabila saya menjadi Menteri Besar, masalah utama yang saya hadapi adalah untuk membenarkan petani dan penternak membangunkan tanah kerajaan ini yang telah mereka usahakan bertahun-tahun lamanya.

"Perkara ini tidak mudah kerana ia melibatkan ribuan ekar. Saya telah mengarahkan pejabat tanah untuk mencari mekanisme terbaik menyelesaikan masalah tersebut.

"Namun, masih terdapat orang yang menuduh kerajaan tidak berbuat apa-apa. Sebagai contoh, masalah pemilikan tanah yang menghantui para petani limau bali di Ampang bertahun lamanya telah diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kurang setahun selepas kita mengambil alih pentadbiran," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi soal jawab bersama beberapa wakil media Cina berkenaan isu semasa di kediaman rasminya di sini semalam.

Dalam perkembangan berkaitan Zambry berkata, langkah seterusnya yang diambil kerajaan adalah menyelesaikan masalah tanah melibatkan pekebun sayur-sayuran dan buah-buahan melibatkan kawasan seluas 2,200 hektar di Cold Stream New Village di Bidor.

Menurut beliau, langkah tersebut dilihat mencabar kerana terdapat beberapa pekebun yang mengusahakan tanah berkenaan sejak sekian lama sementara ada yang menjalankan aktiviti tersebut di kawasan yang dilabelkan untuk pembangunan.

"Ini merupakan cabaran terbesar bagi pihak kerajaan kerana ia melibatkan kawasan dari Lembah Kinta sehingga ke Batang Padang. Sektor pertanian ini besar dan saya menjangkakan prosesnya akan menjadi rumit," katanya.

Namun katanya, dalam membenarkan pekebun tersebut beroperasi secara 'halal', hanya mereka yang telah mengusahakan aktiviti berkenaan sejak bertahun lamanya akan diberi pertimbangan bagi mengelakkan sebarang pencerobohan ke atas tanah kerajaan.

Full content generated by Get Full RSS.

MBAS sita enam premis

Posted:

MBAS sita enam premis

MBAS sita enam premis

ALOR SETAR 14 Dis. - Sebanyak lima premis perniagaan dan sebuah rumah kediaman disita oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) hari ini kerana gagal membayar cukai pintu yang tertunggak sehingga melebihi RM25,000.

Ketua Bahagian Hasil MBAS, Azalina Abd. Rahman berkata, operasi sita itu terpaksa dijalankan kerana pemilik premis perniagaan dan rumah tersebut masih enggan membayar cukai pintu walaupun notis E telah diserahkan kepada mereka.

"Kami telah menyerahkan notis E kepada pemilik premis dan rumah kediaman berkenaan, namun selepas 14 hari dari tarikh notis dihantar, masih tiada maklum balas daripada mereka.

"Tindakan sita ini terpaksa kami ambil kerana jumlah cukai yang tertunggak semakin tinggi dan ada antara pemilik premis yang tidak membayar cukai pintu sehingga mencapai RM7,000," katanya kepada pemberita di perkarangan pejabat MBAS di sini hari ini.

Menurutnya, MBAS akan terus menjalankan operasi sita kerana masih ramai pemilik premis perniagaan dan rumah kediaman yang tidak mahu menjelaskan cukai pintu mereka.

"Jumlah keseluruhan cukai pintu yang tertunggak di bandar raya ini adalah kira-kira RM19 juta dan kami sentiasa mengalu-alukan mereka yang ingin membayar cukai pintu tertunggak tersebut," ujar beliau.

Sementara itu, operasi menyita barang-barang di sebuah rumah kediaman oleh MBAS di Jalan Datuk Kumbar hari ini sedikit tegang kerana pemilik rumah enggan memberi kerjasama.

Pemilik rumah tersebut yang berada di dalam kereta miliknya enggan keluar dari kereta berkenaan sehingga memaksa pegawai penguat kuasa menunggu di luar pintu pagar rumahnya.

Selepas sejam menunggu, pegawai penguat kuasa MBAS terpaksa mengambil tindakan mengumpil kunci pintu pagar rumah tersebut untuk menyita barang-barang di rumah itu.

Antara barang-barang yang disita adalah televisyen, sofa, almari, kipas angin, meja, kerusi dan beberapa peralatan lain.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Industri makanan makin maju

Posted:

Industri makanan makin maju

Industri makanan makin maju

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


Para pelajar menunjukkan aneka kek dan hiasan pastri di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bachok, baru-baru ini.


BACHOK 14 Dis. – Industri hospitaliti melibatkan sektor penyediaan makanan adalah bidang yang kian berkembang pesat di seluruh dunia.

Individu yang berkemahiran dalam bidang itu kini berpotensi mendapatkan pekerjaan berasaskan permintaan tenaga sumber manusia atau paling tidak mereka berupaya memulakan perniagaan sendiri.

Permintaan yang tinggi dalam pasaran kerja itu terbukti apabila Wilayah Iskandar Malaysia dilaporkan memerlukan lebih 12,000 tenaga dalam bidang itu menjelang 2025 sejajar dengan perkembangan di koridor berkenaan.

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) pula memerlukan lebih 25,000 tenaga tempatan di seluruh negara.

Malah, di Kelantan tenaga kerja itu diperlukan untuk memenuhi permintaan hotel-hotel dan restoran terkemuka tempatan.

Menyahut keperluan itu, Sekolah Teknologi Makanan adalah salah satu dari tiga jurusan utama di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok dengan menawarkan kursus kemahiran yang sangat popular di kalangan wanita dan turut disertai pelatih lelaki yang berminat mempelajari kemahiran berkaitan.

Pengarahnya, Engku Aziz Engku Mat berkata, latihan yang didedahkan di IKBN lebih menjurus kepada keupayaan pelatih menguasai kemahiran untuk ke gerbang kerjaya yang memang diperlukan di seluruh negara.

Selain Sekolah Teknologi Makanan katanya, IKBN Bachok turut menawarkan kursus automotif dan binaan awam yang turut menjadi perhatian sektor perindustrian dan perkilangan seluruh negara.

"Ini menepati Piagam Pelanggan IKBN iaitu memastikan semua bekas pelatihnya mendapat pekerjaan sesuai dengan bidang kursus dalam kadar segera selepas menamatkan pengajian dan tidak menganggur dalam tempoh yang lama," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Engku Aziz berkata, penganjuran Program Gerbang Pekerjaan yang dianjurkan oleh IKBN setiap tahun melibatkan sebilangan besar pengusaha restoran terkemuka, sektor perkilangan dan perindustrian adalah sebahagian usaha untuk menawarkan tenaga kerja kepada pihak terbabit.

Beliau berkata, antara jurusan paling diminati ialah kemahiran penyediaan makanan yang secara khusus melatih peserta secara teori dan amali mengenai kaedah memasak makanan Barat dan Timur.

"Kemahiran ini juga boleh dimanfaatkan oleh pelatih untuk tampil sebagai usahawan makanan dalam industri kecil dan sederhana (IKS) selepas menamatkan kursus di IKBN sekiranya tidak berminat untuk bekerja di hotel atau di restoran," katanya,

Pelatih tahun akhir jurusan itu, Norsyamimi Hassan, 20, berkata, bidang yang paling menarik baginya ialah mempelajari kaedah mengukir buah-buahan yang mendapat permintaan untuk majlis kenduri perkahwinan atau jamuan makan di hotel lima bintang.

"Bayangkan betapa indahnya apabila buah tembikai, timun, betik dan lain-lain digubah menjadi sejambak bunga yang menarik. Ia menyerlahkan nilai seni yang tinggi. Kebanyakan pelatih tidak melepaskan peluang untuk mengusai kemahiran ini," katanya.

Selain itu katanya, seni menghias makanan, pengurusan dapur dan cara mengendali majlis-majlis tertentu adalah subjek yang perlu dipelajari bagi melengkapkan kemahiran yang diperlukan.

Katanya, pelatih akan dinilai berdasarkan keterampilan dari aspek pengetahuan, kemahiran, kelakuan, kebersihan, keselamatan dan kebolehan melaksanakan kerja amali untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Bagi Nur Amimi Abdul Kadir, 19, kursus disertainya banyak membantu meningkatkan kemahiran dalam bidang penyediaan makanan dan berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan sarjana bagi memenuhi cita-citanya menjadi seorang chef berjaya.

"Saya akan memanfaatkan SKM yang diperoleh nanti untuk melanjutkan pelajaran ke universiti selepas tamat kursus yang diikuti selama setahun di IKBN," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Program jejak perpaduan di Jabi

Posted:

Program jejak perpaduan di Jabi

Program jejak perpaduan di Jabi

BESUT 14 Dis. - Jejak Perpaduan 1Malaysia peringkat negeri bermula di Kampung Jabi di sini semalam dengan upacara pelepasan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Ramlan Ali.

Program yang diterajui Pertubuhan Penyokong Integrasi Perpaduan dan Prihatin Nasional (Pemimin) itu bertujuan melonjakkan kesedaran, penghayatan serta penyatuan perpaduan di kalangan masyarakat negara ini.

Lebih 80 remaja tempatan berbasikal fixie turut mengiringi ketibaan 15 peserta yang mengayuh basikal dari Tumpat sebagai mewakili Zon Timur.

Ramlan yang juga Timbalan Pengerusi Timbalan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri memuji usaha penganjur yang menarik penyertaan golongan muda dalam aktiviti sihat itu.

Katanya, usaha itu akan memberi banyak pendedahan kepada golongan muda tentang tanggungjawab dan peranan mereka yang bakal mewarisi kepimpinan pada masa depan.

Peserta yang dilepaskan bersama pengiring berbasikal itu kemudian bertolak ke Kampung Kepala Gajah untuk mengagihkan risalah dan kalendar perpaduan kepada penduduk kampung.

Mereka kemudian berhenti rehat di Masjid Kampung Tok Dor untuk bersama penduduk menjalankan aktiviti amal sebelum meneruskan perjalanan ke daerah-daerah lain di negeri ini.

Full content generated by Get Full RSS.

KADA agih peruntukan RM1.5 juta

Posted:

KADA agih peruntukan RM1.5 juta

KADA agih peruntukan RM1.5 juta

Oleh TOREK SULONG
pengarang@utusan.com.my

BACHOK 14 Dis. - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengagihkan pelbagai peralatan pemerosesan makanan bernilai RM1.5 juta kepada 300 petani berdaya maju menerusi projek industri kecil dan sederhana (IKS) khusus untuk membangunkan ekonomi kumpulan sasar sepanjang tahun ini.

Ahli Lembaga Pengarah KADA, Datul Ilias Husain berkata, ia turut melibatkan tujuh usahawan di kawasan Bachok yang masing-masing menerima peralatan sama bernilai RM5,000 hingga RM7,000 dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM50,000.

Beliau berkata, pihaknya memberi perhatian yang khusus untuk menjana pendapatan petani serta melahirkan lebih ramai usahawan menerusi bimbingan teknikal.

"Bahagian Industri Bukan Padi KADA yang bertanggungjawab memantau dan memastikan setiap petani menerima sumbangan kerajaan Persekutuan menghadiri pelbagai kursus yang berkaitan untuk mendapatkan kepakaran dalam sektor IKS.

"Bantuan yang disalurkan menerusi pelbagai agensi pertanian itu membuktikan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap golongan petani yang sentiasa mendapat pembelaan yang berterusan.

"Ini membuktikan kerajaan sudah menguruskan negara berkebajikan dan petani tidak seharusnya mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran baru oleh parti pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan peralatan IKS dan perniagaan kepada tujuh petani KADA kawasan Bachok di Dewan Terbuka Teratak Pulai di sini hari ini.

Ilias yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok berkata, di bawah program IKS 1Azam Tani, lebih RM1 juta telah dibelanjakan kepada 100 peserta di daerah ini dengan agihan peruntukan sebanyak RM10,000 termasuk bantuan untuk meningkatkan perniagaan kedai runcit dalam kalangan petani.

Katanya, ia tidak termasuk di bawah program Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri yang juga melibatkan 100 petani dengan nilai bantuan berjumlah RM1 juta yang turut diagihkan menerusi KADA.

"Dalam semua aspek, petani tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan Persekutuan termasuk dalam pengurusan tanaman padi hingga kepada insentif jualan hasil sejak sekian lama dinikmati manfaatnya oleh petani secara berterusan.

"Di Bachok, petani yang mengusahakan tanaman padi turut menerima peruntukan bantuan penanaman padi yang melibatkan agihan baja subsidi, racun, pembiayaan kos membajak dan banyak lagi dengan peruntukan melebihi RM14 juta bagi dua musim penanaman di sepanjang tahun ini," katanya.

Ilias berkata, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Seri Gunung dengan 1,190 petani yang mengusahakan 3,280 hektar tanaman padi dan PPK Puteri Saadong di sini bersama 600 petani yang mengusahakan tanaman padi dengan keluasan 2,244 turut menikmati manfaat bantuan yang disediakan.

Tambahnya, ini tidak lagi dihitung dengan perbelanjaan kerajaan untuk menyediakan parit dan saliran kepada petani yang menelan perbelanjaan berbilion ringgit.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Pemuda Pas sedia bersama Hasan

Posted:

Pemuda Pas sedia bersama Hasan

Pemuda Pas sedia bersama Hasan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


NASRUDIN HASAN


KUALA LUMPUR 14 Dis. – Dewan Pemuda Pas Pusat akan berada di belakang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dalam usaha bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu memperjuangkan Islam demi kesatuan umat.

Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hasan meminta Hasan meneruskan perjuangan itu tanpa meninggalkan jemaah dan pihak Pemuda sedia bersama-sama dengannya demi memartabatkan Islam.

Beliau berkata, sikap positif Hasan itu wajar disahut kerana jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu begitu komited dengan perjuangan Islam.

''Hasan telah menunjukkan sikap positifnya untuk memperjuangkan Islam dan kita akan bersama-sama dengannya untuk meneruskan perjuangan ini.

''Namun adalah amat diharapkan dalam beliau memperjuangkan Islam beliau tidak menghindarkan diri daripada Pas dengan bertindak keluar daripada jemaah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas agenda Hasan yang mahu berjuang memartabatkan Islam dalam satu sidang akhbar di kediamannya, kelmarin.

Ini merupakan reaksi pertama Dewan Pemuda Pas selepas tersiarnya berita pengguguran Hasan sebagai calon ekoran kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog menyatakan kemungkinan besar ADUN Gombak Setia itu akan digugurkan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).

Nasrudin berkata, prinsip-prinsip keadilan juga jelas kelihatan pada agenda Hasan itu kerana selaku pemimpin peringkat negeri sudah tentu kepimpinannya bukan hanya setakat ahli Pas sahaja.

Malah katanya ia merangkumi setiap umat Islam di Selangor tanpa mengira ideologi politik.

''Bukan itu sahaja Datuk Dr. Hasan juga adalah pemimpin bagi setiap rakyat bukan Islam di negeri Selangor.'' katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, Dewan Pemuda meminta setiap perkara serta isu yang berkaitan dengan calon hendaklah diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata, setakat ini pucuk pimpinan parti belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai calon yang akan mewakili Pas pada PRU13.

''Oleh itu saya minta perkara mengenai calon ini diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Pas Pusat. Biar mereka yang menentukan dan mengumumkannya selepas semua senarai calon berkenaan dinilai oleh Majlis Syura Ulama.

''Majlis Syura Ulama yang akan menjadi badan terakhir dalam parti sebelum keputusan muktamad mengenai pemilihan calon dibuat,'' ujarnya.

Ditanya sama ada Saari wajar dikenakan tindakan disiplin, Nasrudin berkata, dalam kes tersebut Pemuda Pas berpendapat ia cukup dengan cara nasihat.

''Saya percaya pucuk pimpinan telah pun memberi nasihat sewajarnya kepada pihak berkenaan supaya perkara sama tidak berulang pada masa akan datang,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bekas pelajar hilang selamat di Dublin

Posted:

Bekas pelajar hilang selamat di Dublin

Bekas pelajar hilang selamat di Dublin

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA dan WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD), Ariff Alfian Rosli, 28, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya kelmarin berada dalam keadaan selamat di Dublin, Ireland.

Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian di UCD lagi.

Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.

''Kerana itu juga Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya, ini kerana kita terikat dengan akta tersebut dan bukan seperti yang dilaporkan oleh ibu bapanya semalam.

''Status Ariff Alfian di sini sah termasuk dari segi visa dan segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di sini.

"Namun, kita sebagai pihak yang terdekat dengan Ariff Alfian akan berusaha mendapatkan beliau supaya menghubungi keluarganya di Malaysia,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan kehilangan Ariff Alfian yang dibuat oleh bapanya, Rosli Haron menerusi akhbar Utusan Malaysia kelmarin.

Sementara itu, Bahagian Konsular dan Bahagian Eropah Wisma Putra ketika dihubungi menjelaskan pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan pelajar terbabit selepas menerima laporan kehilangan pada 2009.

"Kami telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan pelajar tersebut dan telah dimaklumkan pelajar itu mempunyai rekod yang sah untuk memasuki Ireland.

"Namun, percubaan untuk menghubungi beliau gagal kerana dia tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya," kata sumber tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa ketika dihubungi berkata, pihaknya dalam usaha mendapatkan maklumat terperinci mengenai bekas pelajar UCD itu daripada pelbagai pihak termasuk Petronas.

''Pegawai kita juga sedang mendapatkan maklumat daripada masyarakat Malaysia di Dublin. Kes ini juga dalam pemerhatian Wisma Putra,'' katanya.

Utusan Malaysia juga difahamkan pelajar terbabit pernah pulang ke tanah air pada pertengahan 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti tempatan.

Bagaimanapun, pada November tahun yang sama, dia kembali semula ke Ireland dan terus menetap di republik tersebut dengan rekod perjalanan yang sah.

Full content generated by Get Full RSS.

Ketua Cabang PKR keluar parti

Posted:

Ketua Cabang PKR keluar parti

Ketua Cabang PKR keluar parti

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 14 Dis. - Belum pun selesai isu perbalahan antara Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dengan Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy, pakatan pembangkang yang memerintah negeri itu menerima satu lagi tamparan.

Kali ini ia melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apabila Ketua Cabang parti di Bukit Gelugor, Lim Boo Chang keluar daripada parti tersebut

Serentak dengan itu, Boo Chang yang menganggap dirinya telah terpedaya dengan slogan reformasi PKR sejak tiga tahun lalu akan kembali menyertai parti Gerakan.

Berikutan keputusan itu juga, beliau yang menjadi Ketua Biro Undang-Undang dan Perkhidmatan Kemasyarakatan PKR Negeri akan melepaskan jawatan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Pada sidang akhbar di sini hari ini, Boo Chang berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas hilang keyakinan terhadap PKR yang didakwa gagal menepati janji untuk mereformasikan rakyat selain pertelagahan sesama sendiri dalam kalangan ahli.

"Selepas tiga tahun menjadi ahli, saya rasa kecewa dan sedar laungan reformasi yang mereka canangkan hanya indah di bibir.

"Itulah sebabnya saya mengambil keputusan untuk keluar parti dan kembali ke pangkuan Gerakan yang disertai selama 15 tahun sejak 1984 hingga 1999," katanya.

Beliau mendakwa, MPPP juga telah hilang kuasa autonomi berikutan terlalu banyak campur tangan dari pejabat Ketua Menteri serta sebilangan ahli Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Menurut Boo Chang, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai ahli MPPP kepada Yang Dipertuanya, Patahiyah Ismail.

Selain itu, katanya, beliau juga telah memaklumkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhubung keputusannya itu.

"Selama perkhidmatan saya sebagai ahli majlis dari tahun 1990 hingga 1995 ketika berada dalam Gerakan, MPPP tidak pernah mengalami campur tangan yang tidak munasabah.

"Saya terkilan kerana salah laku sebegini berlaku di bawah pentadbiran kerajaan yang kononnya mengamalkan pentadbiran melalui slogan Kompeten, Akauntabiliti serta Telus (CAT)," ujarnya.

Selain itu, salah satu faktor yang turut mendorong tindakannya adalah berkaitan perjanjian konsesi Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (sPice) yang dikatakan ada campur tangan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri dakwa beliau, mengarahkan MPPP menandatangani kontrak dengan pihak konsesi dengan tergesa-gesa dan penuh berahsia apabila terma-terma dan syarat-syarat tidak dimaklumkan kepada 23 ahli majlis, kecuali mereka yang menandatangani perjanjian itu sahaja.

Dakwanya, perjanjian itu juga mengecualikan keperluan kajian impak sosial dan penilaian trafik yang membawa kesan kepada kawasan di sekeliling projek.

"Sehingga hari ini, salinan kontrak projek berkenaan tidak diberikan kepada saya seperti yang dijanjikan Patahiyah, malah kerajaan negeri mengarahkan MPPP menampung kos tanpa kelulusan Mesyuarat Biasa Majlis.

"Jadi, demi menegakkan prinsip, saya mengambil keputusan meletakkan jawatan dalam PKR (berkuatkuasa) serta-merta," katanya.

Ditanya adakah beliau telah mengemukakan permohonan menyertai Gerakan, katanya, tiada permohonan rasmi dihantar, namun berharap beliau diterima semula.

"Ini keputusan peribadi dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana saya percaya Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada pada landasan betul menuju perkembangan ekonomi serta kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum di bawah Gagasan 1Malaysia," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Ong Thean Lye berkata, parti itu masih belum menerima sebarang permohonan daripada Boo Chang.

Beliau berkata parti Gerakan adalah terbuka dan mengalu-alukan kemasukan setiap rakyat Malaysia yang menyetujui perjuangan dan ideologi parti itu sebagai anggotanya.

"Tetapi bagi kes Lim yang telah keluar daripada parti sebelum ini, kami akan mengadakan mesyuarat khas membincangkannya dan memberi laporan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat untuk membuat keputusan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Sembang Rakyat mengenai hudud senda hukum Allah

Posted:

Sembang Rakyat mengenai hudud senda hukum Allah

Sembang Rakyat mengenai hudud senda hukum Allah

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Rakaman Sembang Rakyat mengenai hudud di Kelantan yang dipaparkan di laman video sosial Youtube sejak beberapa hari lalu perlu dihentikan serta-merta kerana jelas ia mempersendakan hukum Allah SWT.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sekiranya rakaman itu dibiarkan hukum hudud yang terkandung di dalam al-Quran akan menjadi bahan cercaan dan kutukan sedangkan hukuman tersebut adalah ciptaan Allah.

Lebih malang lagi, katanya, pelakon-pelakon dalam rakaman itu adalah di kalangan mereka yang tidak ada ilmu berkaitan hingga menyebabkan isi perbincangan bertentangan dengan syarak.

''Kita menolak pelaksanaan hudud di Kelantan bukan disebabkan hukum hudud, tetapi disebabkan oleh hudud yang didatangkan dalam bentuk versi sedangkan ia merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

''Selain itu terdapat kesalahan yang perlu diperbetulkan sebelum hukum ini dilaksanakan. Kita juga tidak kata semua peruntukan dalam enakmen hudud ini salah. Oleh itu, saya minta mereka yang tidak ada ilmu tentang hukum ini supaya jangan bercakap. Akibatnya dari segi akidah amat buruk,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga penggerak utama ulama muda UMNO berkata demikian ketika mengulas rakaman Sembang Rakyat mengenai hudud di Youtube yang jelas mencerca hukum ciptaan Allah itu.

Dalam rakaman tersebut terdapat beberapa pelakon termasuk bukan Islam yang membincangkan soal pelaksanaan hudud secara salah hingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam.

Fathul Bari berkata, pelaksanaan hukum hudud juga bergantung kepada kesesuaian namun kewajipan untuk melaksanakannya pada satu masa paling sesuai tetap menjadi tanggungjawab kepada semua umat Islam terutama pemerintah.

Dalam perkembangan berkaitan, Fathul Bari yakin rakaman itu bukan tajaan UMNO sebaliknya oleh pihak tertentu yang sengaja mempermainkan hukum Allah.

''Cuba kita amati ucapan dasar dan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung sebelum ini bagaimana beliau menegaskan bahawa UMNO akan membela kesucian Islam, bangsa dan negara.

''Saya tidak fikir UMNO yang lakukan kerana UMNO mempunyai komitmen yang tinggi untuk memelihara Islam. Saya percaya ia dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sehingga membuatkan umat Islam menjadi resah,'' katanya lagi.

Fathul Bari berkata, beliau terpaksa tampil membuat kenyataan kerana apa yang dipaparkan dalam Youtube itu dari segi hukumnya adalah haram dan wajib diperbetulkan.

Apatah lagi, katanya, mereka yang sengaja berbuat demikian boleh memberi kesan dari segi akidah.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menghayati maksud satu hadis Rasulullah riwayat ibnu Majah; ''Akan tiba satu zaman di mana yang benar dikatakan bohong, yang bohong dikatakan benar. Amanah dikatakan khianat, khianat dikatakan amanah. Akan muncul pada zaman itu golongan 'Ruwaibidhoh' iaitu orang yang jahil tentang agama bercakap mengenai urusan manusia.''

Full content generated by Get Full RSS.

Pas jangan jadi 'biro agama' DAP

Posted:

Pas jangan jadi 'biro agama' DAP

Pas jangan jadi 'biro agama' DAP

BUKIT MERTAJAM 14 Dis. - Pas diminta supaya tidak menjadi 'Biro Agama' untuk DAP kerana sering menjadi jurucakap kepada parti berkenaan di Pulau Pinang.

Peringatan itu disuarakan oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir. Shaik Hussein Mydin kepada Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd. Sany Hamzah yang menuduh UMNO menjadi dalang tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiahkan kek 'najis' kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini.

Menurut Shaikh Hussein, Pemuda UMNO tidak pernah menyokong, malah mengecam perbuatan yang diketuai oleh Presiden Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia Pulau Pinang (PSAMPP), Abdul Ghani Mohamed Jiman sebagai tidak bertamadun dan biadab.

"UMNO menganggap tindakan NGO itu satu tindakan biadab, jadi kami tidak pernah menyokongnya. Saya harap Mohd. Sany bertaubat dan meminta maaf di atas kenyataan itu atau terimalah tindakan undang-undang daripada kami," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohd. Sany yang dipetik menerusi sebuah portal berita yang menuntut UMNO Pulau Pinang supaya memohon maaf kepada Guan Eng dan kakitangan kerajaan negeri atas tindakan mereka menghadiahkan kek berupa najis manusia sempena hari kelahirannya baru-baru ini.

Jelas Sheikh Hussein lagi, tindakan yang diambil oleh NGO itu menunjukkan rakyat Pulau Pinang sudah muak dengan pentadbiran Guan Eng.

"UMNO tidak akan berjuang dengan cara menghantar kek seperti itu, tetapi kita menyerang Guan Eng secara berdepan melalui demonstrasi atau ceramah-ceramah.

"Jadi, Pas jangan jadi 'dayus' kerana menuduh sesuatu yang tidak berlandas fakta yang tepat dan saya harap Mohd. Sany memohon maaf kepada UMNO negeri," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved