Isnin, 10 Februari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pemain, pengurusan T-Team tunai janji

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
sukan@utusan.com.my

Pemain T-Team, Khairan Izuan Razali melafazkan sumpah berkata benar di hadapan al-Quran dalam majlis perjumpaan pemain Liga Super Terengganu dan T-Team di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor

KUALA TERENGGANU - Penolong jurulatih dan seorang pemain pasukan T-Team bersumpah dengan al-Quran semalam bagi membuktikan kebenaran berhubung insiden dalam terowong yang berlaku di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu.

Upacara angkat sumpah itu berlangsung di Hotel Tabung Haji di sini sambil disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri yang juga Pengurus T-Team, Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Penolong jurulatih T-Team, Azlan Johar menjadi saksi pertama yang mengangkat sumpah sebelum diikuti oleh seorang pemain tengah T-Team, Khairan Izuan Razali yang turut berada dalam terowong berkenaan ketika kejadian itu berlaku.

Dalam akuan tersebut, Azlan dan Khairan Izuan bersumpah mengatakan mereka berada dalam keadaan sedar dan waras ketika kejadian itu berlaku dan melihat sendiri bagaimana pemain import T-Team, Evaldo Goncalves ditumbuk di bahagian muka.

Majlis yang berlangsung kira-kira pukul 10 malam itu turut disaksikan oleh semua pemain T-Team dan Terengganu serta pihak pengurusan untuk kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, kelibat pemain pertahanan kontroversi T-Team yang juga bekas pemain Johor Darul Takzim, Mohd. Irfan Abdul Ghani tidak kelihatan dalam majlis berkenaan kerana dipercayai masih berada di Johor.

Sementara itu, Ahmad berkata, beliau tidak menganggap perbuatan mengangkat sumpah itu sebagai menghina kesucian agama Islam.

"Upacara bersumpah ini sebenarnya bertujuan membuktikan dakwaan yang dibuat itu benar, sekali gus menafikan tohmahan bahawa T-Team sengaja mengada-adakan cerita tentang kejadian tersebut.

"Jika Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak mahu mengangkat sumpah, itu terpulang kepada mereka. Yang penting melakukan perkara yang sepatutnya kita buat," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad mencabar Mohd. Irfan supaya tampil untuk mengangkat sumpah bagi membuktikan dakwaan bahawa kejadian dalam terowong itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Saya sanggup beli tiket 'flight' untuk dia datang ke mari jika dia sanggup bersumpah," katanya.

Budaya samseng boleh merebak

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI dan NOR AZAN FITRI
sukan@utusan.com.my

BUDAYA samseng dalam bola sepak di Eropah sudah lama wujud, namun sejak akhir-akhir ini ia mula menular di Malaysia dan mampu merebak seandainya tidak segera dibendung.

KUALA LUMPUR - Samseng sudah lama mencemari bola sepak di Eropah dan ia mampu merosakkan bola sepak di Malaysia andai budaya liar itu tidak segera dibendung.

Biarpun masalah tersebut hanya timbul sejak akhir-akhir ini, namun ia kian membimbangkan kerana semakin menular, malah bagi beberapa pasukan sudah wujud satu kumpulan penyokong yang dilihat cukup ekstrem.

Namun dalam keghairahan untuk membenteras budaya buruk ini, pihak berkuasa harus berhati-hati dalam menilai penyokong bagaimana yang sebenarnya mencetus masalah.

Adakah Ultras dan samseng bola sepak sama? Jawapannya tidak, biarpun ramai tersalah tafsir dengan menganggap golongan Ultras sebagai pencetus keganasan sedang hakikatnya mereka hanya penyokong tegar pasukan masing-masing.

Samseng bola sepak atau hooligan merupakan kumpulan penyokong ekstrem pasukan bola sepak yang berpaksi kepada keganasan.

Di Eropah, kewujudan kumpulan ini bukan sekadar menyokong pasukan mereka, malah mencetus provokasi kepada pasukan lawan.

Kumpulan penyokong ekstrem ini cenderung melakukan keganasan serta kerosakan, dan golongan inilah yang digelar samseng.

Di Malaysia, Ultras sudah lama wujud, tetapi mereka cuma kumpulan penyokong yang amat berdedikasi untuk memberi semangat kepada pasukan masing-masing.

Begitupun sejak akhir-akhir ini wujud kumpulan penyokong baharu yang jauh lebih ekstrem dengan matlamat mereka cuma mahu mencetus provokasi.

Ini budaya Eropah yang sudah mula 'ditiru' peminat Malaysia, sama ada untuk tujuan keseronokan atau mendapatkan kepuasan.

Apa pun matlamat mereka, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pihak berkuasa harus mengambil pendekatan serius jika tidak mahu peminat biasa menghindari stadium.

Di England, budaya samseng bola sepak ini meningkat naik pada penghujung 1960-an dan awal 1970-an dengan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan pekerja kelas bawahan.

Terdapat juga beberapa pasukan bola sepak ditubuhkan oleh golongan pekerja seperti West Ham (pekerja kilang besi), Sheffield United (pekerja kilang pembuat pisau) dan Manchester United (pekerja pembinaan landasan kereta api).

Maka kumpulan samseng bola sepak ini berkongsi pengalaman sosial yang hampir sama dan bersatu atas dasar kemiskinan yang dihadapi selain semangat untuk menyokong pasukan mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


STING Bukit Aman tumpaskan sindiket dadah

Posted: 10 Feb 2014 09:36 PM PST

Oleh MASZUREEN HADZMAN

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting) Bukit Aman berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah yang didalangi warga tempatan dan warga asing dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang di sini, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, nilai keseluruhan dadah yang berjaya dirampas dalam kesemua serbuan dianggarkan bernilai RM3 juta. - UTUSAN ONLINE

Pelakon dalam video Teresa diambil keterangan

Posted: 10 Feb 2014 08:59 PM PST

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Pelakon yang membintangi video 'ONEderful Malaysia CNY 2014' bersama Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL) di sini hari ini.

Salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Lim Ching Miau dilihat memasuki balai polis sekitar pukul 9.15 pagi sebelum keluar lebih sejam selepas itu. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


240 rumah PGBF di Sg. Koyan

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kanan) melawat tapak Projek Perumahan Generasi Baharu Felda di Felda Sungai Koyan 1, Kuala Lipis, kelmarin.

KUALA LIPIS 10 Feb. - Hasrat generasi kedua Felda untuk memiliki rumah sendiri bakal menjadi kenyataan apabila 240 unit rumah di bawah Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang diselenggara oleh kerajaan negeri dan agensi itu di Felda Sungai Koyan dekat sini siap tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek berkenaan dilaksanakan menerusi dua fasa iaitu fasa pertama sebanyak 112 unit di Felda Sungai Koyan 1 manakala 128 unit fasa kedua pula terletak di Felda Sungai Koyan 3.

"Projek kediaman ini dijangka siap pada Jun ini untuk memberi peluang kepada generasi kedua memiliki kediaman baharu dan membina kehidupan lebih selesa.

"Kita menggunakan mekanisme terbaik untuk menyelesaikan masalah perumahan dalam kalangan generasi kedua yang sudah berkeluarga dan bekerja di sekitar tanah rancangan di sini," katanya ketika melawat tapak projek PGBF di Felda Sungai Koyan 1, dekat sini semalam.

Menurut Wan Rosdy, borang permohonan akan diagihkan kepada pemohon apabila projek itu siap dan hanya yang disenarai pendek dipanggil untuk temuduga.

Katanya, harga kediaman berkenaan ditentukan mengikut lokasi penempatan, kos infrastruktur dan penyelenggaran tapak.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri dan Felda menggunakan teknologi berasaskan sistem binaan berindustri (IBS) untuk memastikan sasaran projek dapat direalisasikan.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, kerajaan negeri dan Felda mengambil pendekatan berhati-hati terutama dalam menetapkan harga kediaman berkenaan.

"Harga ditawarkan nanti cukup relevan dan tidak membebankan selain berasaskan reka bentuk yang moden dan menarik sesuai dengan aspirasi mewujudkan generasi kelas menengah di kawasan tanah rancangan.

"Langkah itu sekali gus mengikis sikap pihak tertentu yang kerap memperlekehkan kerajaan negeri dan Felda dengan membuat tuduhan tidak mengambil berat generasi kedua di tanah rancangan negeri ini," katanya.

RM10 juta projek pertanian di Bera

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Ismail Sabri Yaakob menyampaikan hadiah kepada seorang penduduk dalam majlis ramah mesra bersama penduduk di Kampung Charuk Puting, Bera, kelmarin.

BERA 10 Feb. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi melaksanakan program pembangunan ekonomi secara komersial di daerah ini pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi pembangunan pertanian manakala bakinya untuk pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, projek dan peruntukan yang disediakan itu akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini.

"Sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada jabatan serta agensi di bawah kementerian telah ditubuhkan bagi membolehkan projek tersebut dilaksanakan mengikut jadual.

"Jawatankuasa khas itu yang di pengerusikan oleh ketua setiausaha kementerian telah ditubuhkan bagi membolehkan setiap tahun sebanyak RM1 juta dibelanjakan bagi pembangunan pertanian dan RM1 juta untuk IKS," katanya ketika berucap dalam majlis ramah mesra bersama penduduk di Kampung Charuk Puting, di sini semalam.

Katanya, di bawah program lima tahun itu, mana-mana tanah terbiar yang berpotensi akan dimajukan dengan tanaman sesuai sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran.

Tambahnya, penduduk juga digalakkan terlibat dalam projek ternakan membabitkan kambing, ayam, lembu, kerbau, burung puyuh dan lain lain.

"Dusun buah-buahan yang telah lama dan tidak mengeluarkan hasil akan ditanam dengan pokok pokok baharu yang benihnya dihasilkan oleh institut penyelidikan pertanian untuk meningkatkan hasil," katanya.

Katanya, kampung tradisi dan tanah rancangan Felda yang mempunyai ramai penduduk pula akan dibangunkan dengan projek IKS bagi menjana pendapatan sampingan.

Beliau turut mengarahkan agensi dan jabatan di bawah kementeriannya supaya turun padang bagi mengenal pasti tanah dan kawasan untuk dimajukan dengan projek komersial.

"Program ini merupakan usaha menjadikan Bera sebagai daerah pengeluar hasil pertanian dan IKS terkenal di negeri ini bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah dieksport," katanya.

Waspada drama pembangkang

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

TEMERLOH 10 Feb. - Barisan Nasional (BN) perlu berhati-hati dengan pelbagai taktik pembangkang termasuk drama perbalahan antara pemimpin mereka di Selangor menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor pada 23 Mac ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Sharkar Samsudin, berkata, semua pihak tidak harus terpedaya dengan pelbagai provokasi yang dilakukan pembangkang sebaliknya terus memperkuatkan lagi parti dalam komponen BN.

"Kita jangan sesekali terpedaya dengan drama dibuat kononnya berlaku perselisihan faham antara mereka seolah-olah parti itu berpecah.

"Kita perlu terus bekerja membantu rakyat dan menguatkan parti. Apa sahaja keputusan sama ada bertanding atau tidak kita serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya ketika ditemui pada majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Taman KSM, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua MCA Bahagian Kuala Krau, Yap Kar Fatt dan Ketua Pemuda MCA Bahagian Temerloh, Wong Tze Shiang.

Menurutnya, tindakan pembangkang mengosongkan kerusi itu merupakan pengkhianatan dan membazirkan wang rakyat.

"Tindakan ini juga menunjukkan pembangkang hanya bergantung kepada isu dan tidak ikhlas dalam membela nasib rakyat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Saksi mengaku ikat kaki bapa Zara Eleena

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

EMPAT tertuduh dari kiri, Azizi Aizat Ibrahim, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, Mohamad Sharafe Matt Noh dan Muhamad Safwan Muhamad dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 10 Feb. - Seorang saksi dalam kes bunuh pensyarah Bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Zara Eleena Omar Peter dan bapanya dua tahun lalu, mengaku mengikat kaki Omar Peter Abdullah sebelum hidung dan mulut lelaki itu ditekup oleh salah seorang tertuduh kes itu.

Fadhil Rushdan Rahman, 20, yang masih belajar di KTAC mendakwa, keadaan Omar Peter ketika itu meronta-ronta sehingga nafasnya terhenti dan kemudian badan mangsa menjadi sejuk.

Menurutnya, Mohamad Sharafe Matt Noh yang digelar Mat Rof iaitu tertuduh kedua dalam kes itu menekup hidung dan mulut Omar Peter menggunakan kemeja-T yang berada di dalam salah satu bilik di rumah tersebut.

Saksi pendakwaan pertama itu memberitahu demikian semasa memberi keterangan dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin pada hari pertama perbicaraan kes bunuh dua beranak itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Dalam kes itu, seramai empat bekas pelajar KTAC iaitu Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, atau nama samaran Shah; Mohamad Sharafe, 21, Azizi Aizat Ibrahim, 22, atau Boy; dan Muhamad Safwan Muhamad, 22, atau Chap didakwa membunuh dua beranak itu.

Mereka didakwa membunuh Zara Eleena yang merupakan orang kurang upaya (OKU) di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, antara pukul 1.30 pagi dan pukul 2.30 pagi, 9 Mac 2012.

Mereka juga menghadapi tuduhan kedua iaitu membunuh Omar Peter, 56, di tempat sama antara pukul 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan pukul 1.30 pagi keesokannya.

Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Menceritakan kejadian awal, saksi itu berkata, pada malam 8 Mac, Zara Eleena membawa dia, Mat Rof, Boy dan Shah ke rumah wanita itu untuk tujuan berubat kerana ada ustaz akan datang mengubati Zara Eleena.

Kemudian, menurutnya, Zara Eleena keluar semula bersama Shah untuk menjemput Chap dan seorang ustaz dan ketika itu berlaku kejadian menekup mulut dan hidung Omar Peter sehingga lelaki itu tidak bernafas.

Menurut saksi itu, selepas 30 minit, Zara Eleena kembali bersama Shah dan Chap dan ketika Zara Eleena bertanyakan tentang bapanya yang tidak kelihatan di ruang tamu, Shah menghalang pensyarah itu daripada berjumpa bapanya dan menyuruh wanita itu masuk ke biliknya.

Ketika ditanya apa berlaku selepas itu, saksi mendakwa, dia yang berada di ruang tamu bersama Mat Rof, Boy dan Chap mendengar bunyi tulang patah dari bilik Zara Eleena.

Kemudian menurutnya, Shah meminta bantuan Boy untuk menekup muka Zara Eleena yang terbaring di atas lantai dengan bantal sebelum wanita itu meronta-ronta dan tidak bergerak.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Afifuddin Ahmad Hafifi yang mewakili Shah, Fadhil Rushdan menyatakan, dia mengenali Zara Eleena selama sebulan iaitu ketika dia baru menuntut di kolej tersebut.

Mengenai hubungannya dengan kesemua tertuduh, dia mendakwa, Mat Rof merupakan rakan serumahnya dan tiga yang lain hanya kawan sekolej.

Ketika disoal mengenai kematian Omar Peter, saksi itu berkata, dia tidak membantu mangsa lelaki itu melepaskan diri, tidak menghalang Boy menekup mangsa dan hanya mengikut Boy dan Mat Rof dari belakang sahaja.

Dia juga mengaku mengikat kaki Omar Peter dengan tali selepas diarahkan oleh Mat Rof dan terpaksa mengikut arahan itu kerana ketakutan.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman yang mendengar kes itu turut bertanyakan soalan mengenai apa yang ditakuti oleh saksi itu namun Fadhil Rushdan hanya mendiamkan diri.

Saksi juga mendakwa dia tidak tahu mengenai kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang milik Zara Eleena yang pernah dicuri dan menafikan terlibat melakukan perbuatan itu.

Perbicaraan bersambung esok.

Teresa dakwa 2 artikel Utusan penyebab ditahan ISA

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim mendakwa, beliau telah ditangkap dan ditahan secara salah oleh pihak polis mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 pada hujung tahun 2008 berdasarkan dua artikel yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Teresa berkata, disebabkan dua artikel iaitu Azan, Jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya dan Ada Usaha Larang Azan di masjid-masjid Selangor yang ditulis oleh kolumnis akhbar tersebut, Datuk Zaini Hassan, reputasi beliau telah tercemar.

Bagi Teresa, 49, polis sepatutnya siasat terlebih dahulu dan bukannya menahan dan menangkapnya tanpa alasan munasabah.

Ahli politik DAP itu yang disoal dalam pemeriksaan utama oleh peguam Sankara Nair menyifatkan tangkapan yang dilakukan terhadapnya umpama adegan penculikan yang selalu digambarkan dalam filem.

Beliau memberitahu demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes samannya terhadap bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar dan tiga yang lain atas dakwaan menangkap dan menahannya secara salah di bawah ISA, di Mahkamah Tinggi di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara itu turut menamakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; pegawai di Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Supritendan (DSP) E Kim Tien dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua hingga keempat.

Teresa yang memberikan keterangan di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam mendakwa, penangkapan dan penahanannya itu disebabkan oleh kecuaian pihak polis.

Ekoran menjalani tempoh penahanan itu, dakwa Teresa, mentalnya terganggu, terpaksa menanggung malu selain mengalami keracunan makanan.

Dalam pemeriksaan balas pula, Teresa tidak bersetuju dengan soalan diajukan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Lailawati Ali yang mewakili pihak defendan, apabila mengatakan pihak polis tidak pernah menggunakan kekerasan dan tidak pernah mengacukan senjata untuk mengugutnya.

Teresa selain itu tidak bersetuju apabila Lailawati menyifatkan jawapan beliau hanya bersifat spekulasi kerana menganggap pihak polis kononnya tidak menjalankan siasatan terhadapnya.

Menjawab soalan mengenai tindakannya yang tidak memaklumkan kepada seorang doktor yang membuat pemeriksaan kesihatan semasa dalam tahanan, berhubung dakwaan mengalami keracunan makanan, Teresa mendakwa, ketika pemeriksaan, beliau belum terkena penyakit tersebut.

Teresa dalam pernyataan tuntutan, mendakwa, pihak defendan atau ejennya telah secara paksa dan berbahaya menangkapnya di pintu masuk kediamannya di Pearl Tower OG Heights, Jalan Awan Cina, di sini kira-kira pukul 11.15 malam, 12 September 2008.

Dakwanya, kira-kira pukul 2 pagi, keesokan harinya ketika di Balai Polis Wangsa Maju, beliau telah secara rasmi dimaklumkan oleh Kim Tien bahawa beliau telah ditangkap dan ditahan di bawah Seksyen 73(1) ISA 1960.

Antara lain alasan penangkapan yang diberikan ialah beliau dipercayai telah bertindak mengikut cara yang memudaratkan keselamatan negara dan melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh mencetuskan ketegangan dan pergaduhan antara kaum dan agama.

Dakwanya, beliau kemudian telah ditahan di tahanan persendirian di satu tempat rahsia, ditempatkan dalam keadaan yang tidak sesuai untuk manusia dan dinafikan hak perlembagaannya.

Ketika ditahan, beliau mendakwa, hanya sekali temu duga singkat telah dibuat oleh pegawai penyiasat iaitu melibatkan isu-isu dalam artikel terbitan Utusan Malaysia pada 10 September 2008 bertajuk 'Azan, Jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang ditulis oleh Zaini.

Perbicaraan bersambung pada 12, 14 dan 15 Mei ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


50 maut kerana hujan lebat dan tanah runtuh

Posted: 10 Feb 2014 10:14 AM PST

BUJUMBURA, Burundi 11 Feb. - Sekurang-kurangnya 50 orang maut ekoran hujan lebat dan tanah runtuh yang melanda Burundi, kata seorang pegawai semalam.

Menurut pegawai itu lagi, angka kematian dijangka akan meningkat.

Hujan yang bermula sejak malam kelmarin dan menyebabkan banjir di beberapa kawasan utara ibu kota Bujumbura itu turut mencederakan beberapa orang penduduk negara tersebut. - REUTERS

Presiden Romania didenda kerana burukkan rakyat sendiri

Posted: 10 Feb 2014 10:10 AM PST

BUCHAREST, Romania 11 Feb. - Sebuah agensi di Romania mendenda Presiden negara tersebut sebanyak AS$185 (RM616) semalam kerana didakwa mengatakan rakyatnya malas bekerja dan menyara hidup dengan mencuri.

Bagaimanapun Majlis Kebangsaan Memerangi Diskriminasi enggan mengambil tindakan kerana Presiden Traian Basescu didakwa membuat kenyataan tersebut di luar negara, semasa satu sidang akhbar di Slovenia pada 2010.

Namun, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan sebuah badan bebas dibawah kawalan Parlimen untuk mengambil kes tersebut dan beliau didenda atas tuduhan memburukkan rakyat Romania. - AP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


HTC One tampil warna sofistikated

Posted: 09 Feb 2014 10:32 PM PST

Peneraju bidang rekaan dan inovasi, HTC, baru-baru ini memperkenalkan model utamanya iaitu HTC One telah divariasikan dalam satu lagi pilihan warna.

Telah berada di pasaran tempatan sejak Januari lalu di samping pilihan warna sedia ada iaitu perak, hitam dan merah, warna emas ditelitikan dengan garisan hitam yang melambangkan keunggulan premium selain menyerlahkan ciri-ciri kemewahan serta gaya sofistikated.

Model terdahulu HTC One diperkenalkan harga RM2,299 untuk storan 32 giga bait dan RM2,499 (storan 64 giga bait) berada di pasaran tempatan Mei tahun lalu dengan tiga pilihan warna tersebut.

Untuk model kali ini, masih mengekalkan reka bentuk ikonik, fungsi kamera serta sistem bunyi menakjubkan, HTC One Gold turut digayakan dengan bentuk fizikal menakjubkan sesuai bagi mereka yang mementingkan keselesaan.

Di samping itu, teknologi utamanya iaitu BlinkFeed, Zoe dan BoomSound turut dikekalkan dalam memberi kepuasan kepada pengguna.

Sebagai rekod, HTC One telah meraih pengiktirafan antarabangsa bagi kategori reka bentuk dengan perincian serta, warna terbaru ini sudah pasti menjadi pilihan bagi musim perayaan selain merupakan antara peranti yang perlu ada bagi memulakan 2014 dengan penuh gaya.

Dijual pada harga runcit RM2,199, kini HTC One Gold telah memasuki pasaran menerusi pengedar sah yang berdaftar seluruh negara.

Sementara itu menurut Presiden HTC Asia Selatan, Jack Yang, pihaknya berbangga dengan kejayaan pengeluar telefon bimbit tersebut yang berjaya memenangi anugerah Telefon Pintar Terbaik 2013.

Kami berbangga dengan kejayaan memenangi anugerah tersebut untuk HTC Onoe dengan reka bentuknya itu dan dibina menggunakan logam keseluruhannya.Kali ini kami menampilkan HTC One emas kepada pengguna, ujarnya.

Bagi mereka yang ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai One Gold boleh layari laman web www.htc.com.

Tujuh produk Logitech diiktiraf

Posted: 09 Feb 2014 10:32 PM PST

Susunan NOOR DIANA AZIS

Tetikus Ultrathin touch.

PENERAJU inovasi dan navigasi peranti komputer, Logitech membuktikan produk rekaannya adalah yang terbaik apabila tujuh daripadanya memenangi anugerah kecemerlangan dalam reka bentuk bagi kategori komputer dan audio/video pada Anugerah Reka Bentuk Produk iF 2014 baru-baru ini.

Menerusi anugerah yang diraih, Logitech masih mengekalkan pengiktirafan ke atas produk-produknya selama empat tahun berturut-turut.

Semasa sesi pemilihan bagi penerima anugerah itu, juri membuat penilaian berdasarkan kriteria kualiti reka bentuk, bahan material yang digunakan, tingkat inovasi, fungsi, ergonomik serta aspek reka bentuk secara universal.

Bagi pembesar suara berkembar Bluetooth Z600, ia direka dengan bentuk yang menarik dengan penyambungan sehingga kepada tiga alat pada masa yang sama melalui Bluetooth sekali gus membolehkan pengguna menikmati muzik dan audio dari peranti yang berlainan pada satu masa.

Dengan lengkungan lembut, kemasan fabrik serta warna-warna kontemporari, pembesar suara berkembar ini menyempurnakan lagi penampilan pengguna.

Pembesar suara UE Boom pula direka untuk memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja dengan permukaan kalis air dan debu memberikan kepuasan mendengar muzik tanpa mengira tempat dan waktu.

Memberikan rangkuman bunyi 360 darjah serta ketahanan bateri sehingga 15 jam tanpa henti, ia menyokong sambungan pada aplikasi iOS dan Android.

Papan kekunci FabricSkin Folio menggabungkan reka bentuk yang menarik dengan teknologi pintar untuk perlindungan dengan fungsi tambahan pada iPad.

Boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna dan penapis fabrik, aksesori ini sudah pasti menyediakan kemudahan dan keselesaan seperti papan kekunci tradisional di samping memberikan perlindungan khusus untuk iPad pengguna.

Bagi mereka yang meminati permainan video, tetikus khas tanpa wayar G602 adalah yang pertama menggunakan teknologi sensor Zero Tech eksklusif Logitech G Delta yang menawarkan sehingga 2,500 kepekaan DPI.

Tetikus ini direka khusus untuk permainan video dan mampu bertahan sehingga 250 jam dalam mod penuh manakala lebih 1400 jam penggunaan pada mod permainan.

Berlainan bagi tetikus Ultrathin Touch yang direka lebih nipis serta diorientasikan sentuhan seperti komputer dan mudah alih.

Permukaan sentuhan responsif memudahkan pelayaran Windows 8 dan Multi Touch pada Apple OS X menerusi penyambungan Bluetooth dengan teknologi Easy-Switch.

Sementara itu, pad sentuh tanpa wayar T650 memberikan pelayaran mudah dan cepat kepada sistem operasi Windows 8 dalam julat yang lebih besar berbanding kebanyakan tetikus sentuh lain.

Hanya perlu leretkan jari ke atasnya bagi mengaktifkan serta menukar aplikasi, aktiviti pengguna pada komputer lebih mudah dan cepat.

Papan kekunci K810 pula memudahkan pelbagai tugasan dengan hanya sambungan pada peranti seperti komputer, Ultrabook, tablet atau telefon bimbit pintar, tanpa mengira platform.

Menggunakan teknologi EasySwitch, pengguna boleh menyambungkan papan kekunci tersebut pada tiga alat dalam satu masa.

Reka bentuknya yang dibaluti aluminium serta saiz yang padat menyempurnakan lagi gaya hidup pengguna.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Komitmen Malaysia di selatan Thai

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
rencana@utusan.com.my

KETUA Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab (tengah) menyaksikan Ketua Perhubungan Barisan Revolusi Nasional (BRN) di Malaysia, Hassan Taib (kanan) dan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Thailand, Lt. Jeneral Pharadorn Phatthanatabutr menandatangani dokumen persetujuan bagi melancarkan proses dialog keamanan di wilayah sempadan selatan Thailand di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur, pada 2013. - BERNAMA

PADA 28 Februari ini, genap setahun kerajaan Malaysia diberi amanah oleh kerajaan Thailand di bawah pemerintahan Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra sebagai pemudah cara bagi mendamaikan pihak kerajaannya dengan pejuang pembebasan di selatan negara berkenaan.

Sebagai sebuah negara jiran paling hampir kedudukannya dengan selatan Thailand, Malaysia mengambil tanggungjawab tersebut dengan harapan konflik yang telah mengorbankan banyak nyawa termasuk mereka yang tidak berdosa melalui pelbagai bentuk serangan pengeboman dapat dihentikan segera.

Walaupun di peringkat ini pertelagahan antara dua pihak masih belum reda sepenuhnya, namun pembabitan Malaysia hampir setahun lalu sebagai pemudah cara atau fasilitator dalam konflik tersebut sedikit-sebanyak telah berjaya membuahkan hasil.

Sehingga hari ini, Fasilitator Kerajaan Malaysia Kumpulan Kerja Bersama Proses Dialog Damai Selatan Thailand diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim telah mengadakan empat siri dialog melibatkan kerajaan Thailand dengan kumpulan pejuang pembebasan yang terdiri daripada Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO).

Meskipun sekadar dialog antara wakil-wakil kerajaan Thailand dan wakil-wakil pejuang pembebasan, namun usaha keras Malaysia menemukan kumpulan yang bertelagah itu boleh disifatkan sebagai satu kemenangan moral memandangkan selama ini pihak terbabit langsung tidak mahu mengadakan sebarang perjumpaan.

Bukan itu sahaja, hasil daripada empat dialog tersebut, pihak yang mewakili selatan Thailand tidak lagi dipanggil sebagai pengganas atau pemberontak tetapi sebagai pejuang pembebasan.Kejayaan mempertemukan dua pihak yang bertelagah itu juga boleh dianggap sebagai perintis kepada usaha yang lebih besar lagi pada masa akan datang termasuk mengadakan gencatan senjata bagi mengembalikan semula kedamaian hakiki di kawasan bergolak tersebut.

Menurut fakta, pertelagahan yang melibatkan kedua-dua pihak itu telah berlanjutan selama 105 tahun (bermula 1909).

Cuma usaha itu memerlukan komitmen yang lebih tinggi serta penglibatan lebih luas iaitu bukan sahaja membabitkan BRN dan PULO malah perlu melibatkan juga pelbagai pihak yang berkepentingan di selatan Thailand termasuk pejuang pembebasan berskala kecil.

Isu PULO juga menarik untuk disentuh di dalam tulisan ini kerana wakilnya dalam empat siri dialog sebelum ini tidak mewakili PULO secara keseluruhan. Di selatan Thailand, PULO bukan satu tetapi tiga kumpulan berlainan dan masing-masing mempunyai presiden antaranya Kasturi Mahkota yang kini tinggal di Sweden.

Buat masa ini, hanya Kasturi lebih dikenali kerana kebijaksanaannya menggunakan media untuk mempromosi diri berbanding dua presiden lain dan lebih mencabar lagi, ketiga-tiga pertubuhan PULO itu berpatah arang antara satu sama lain.

Sehubungan itu, cabaran yang dihadapi oleh Ahmad Zamzamin selaku fasilitator kerajaan Malaysia ialah mendamaikan ketiga-tiga PULO itu agar proses perundingan damai berjalan lancar serta tanpa gangguan.

Alhamdulillah, Ahmad Zamzamin, seorang yang amat berpengalaman dalam isu berkaitan selatan Thailand berjaya mendamaikan ketiga-tiga PULO tersebut dalam satu misi khas, baru-baru ini. Melalui misi tersebut, ketiga-tiga presiden PULO berkenaan bersetuju bekerjasama bagi membolehkan keamanan dikembalikan di selatan Thailand dan usaha itu juga dikenali sebagai Deklarasi Muharram.

Berbalik kepada empat sesi dialog yang telah diadakan sebelum ini, kebanyakan topik yang dibincangkan ialah mengenai ketidakpuasan hati kumpulan pejuang pembebasan terhadap tindakan kerajaan Thailand yang selama ini didakwa tidak adil dan melakukan penindasan terhadap penduduk di kawasan itu khususnya orang Melayu.

Persoalan sama ada isu agama menjadi sebab utama berlakunya ketegangan antara kedua-dua pihak, faktor tersebut bukan penyumbang terbesar sebaliknya lebih kepada soal keadilan khususnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan kepada penduduk-penduduk Melayu di selatan Thailand.

Walau apa pun, sepanjang empat dialog yang telah diadakan sebelum ini, masing-masing bersedia mendengar setiap luahan daripada kedua-dua belah pihak terutamanya di pihak kerajaan Thailand, menurut Ahmad Zamzamin dalam satu pertemuan baru-baru ini.

''Saya perhatikan wakil kerajaan Thailand duduk, diam dan mendengar setiap luahan hati pejuang-pejuang pembebasan dan bagi saya ini satu petanda yang baik," katanya yang dilantik sebagai fasilitator oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Mac 2013.

Bagaimanapun untuk siri dialog akan datang, Ahmad Zamzamin amat berharap kedua-dua pihak dapat membincangkan sesuatu yang lebih besar dan bukan hanya meluahkan perasaan yang terbuku selama ini.

Kata beliau, dialog kali kelima kelak perlu ada anjakan dari segi intipati perbincangan supaya usaha mengembalikan kedamaian di selatan Thailand mengikut rangka kerja yang telah ditetapkan. Cuma beliau belum dapat tetapkan tarikh dialog akan datang memandangkan keadaan politik negara itu yang masih bergelora.

Berdasarkan perkembangan terkini, keadaan di Thailand amat kritikal. Terbaru, ribuan penunjuk perasaan antikerajaan menghalang penyerahan kertas undi ke pusat-pusat pengundian, mengakibatkan pilihan raya terpaksa dibatalkan di hampir 10 peratus daripada 90,000 pusat pengundian di seluruh negara tersebut.

Pada dialog akan datang, Ahmad Zamzamin mahu wakil dari selatan Thailand bukan setakat pejuang pembebasan bahkan diwakili pelbagai lapisan masyarakat seperti ulama, imam, ahli akademik, belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau berhasrat melihat perbincangan di dalam dialog tersebut lebih menyeluruh, konkrit selain bersifat ilmiah bagi memastikan ia benar-benar mencapai matlamat sekali gus membuka ruang ke arah satu usaha lebih besar selepas ini seperti gencatan senjata.

Secara jujurnya beliau yakin kedua-dua pihak sebenarnya mempunyai komitmen yang cukup tinggi untuk berunding dan seterusnya berdamai demi kesejahteraan penduduk di selatan Thailand.

''Apa yang perlu kita lakukan ialah menemukan mereka pada satu titik persamaan dan inilah yang sedang kita usahakan secara bersungguh-sungguh. Saya optimis detiknya akan tiba satu hari nanti," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengakui pihak sekretariat terpaksa mengubah suai rangka kerja misi perdamaian tersebut ekoran perkembangan semasa di Thailand ketika ini.

''Namun begitu secara peribadi saya sebenarnya percaya sesiapa sahaja yang memerintah Thailand akan komited dengan usaha perdamaian di selatan negara itu seperti yang berlaku antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

''Inilah sumbangan kerajaan Malaysia dalam usaha mengembalikan kedamaian di kawasan tersebut," ujarnya lagi.

Terdapat empat kawasan utama yang diduduki oleh majoriti kaum Melayu di selatan Thailand iaitu Yala, Narathiwat, Songkhla dan Pattani.

Ditanya sekiranya timbul isu tuntutan kemerdekaan di selatan Thailand, beliau menegaskan, misi kerajaan Malaysia adalah memudah cara proses dialog bagi menyelesaikan konflik di selatan Thailand dan tidak lebih daripada itu.

''Kita perlu menghormati kedua-dua pihak sama ada pejuang kebebasan mahupun kerajaan Thailand. Thailand adalah negara berdaulat dan kita perlu menghormati kedudukan itu. Tambahan pula Thailand adalah tetangga kita paling hampir. Mereka memilih kita atas dasar kepercayaan dan atas faktor geografi," ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, perkara tersebut tidak seharusnya timbul dan jika berlaku juga Malaysia akan menarik diri daripada menjalankan tanggungjawab sebagai fasilitator.

Imej Mukhriz yang makin digeruni

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Khabar Dari Alor Setar
Oleh Jamilah Abdullah

Tokoh Qasidah, Habib Syech As Seggaf (tengah) bersama Mukhriz Mahathir, Mufti Kedah, Syeikh Muhammad Baderudin Ahmad (dua dari kiri) berselawat bersama rakyat negeri itu pada Malam Mahabbatur Rasul Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman Alor Setar, malam kelmarin.

MALAM kelmarin bertempat di Stadium Darulaman Alor Setar berlangsung Malam Mahabbatur Rasul Kedah Berselawat dengan kehadiran kira-kira 40,000 umat Islam dari seluruh pelosok negeri ini untuk menzahirkan kecintaan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Majlis dihiasi dengan alunan qasidah dan selawat diketuai tokoh qasidah terkenal Indonesia, Habib Syech As Seggaf usai perarakan peserta pada lewat petang yang diketuai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tazkirah ulama yang hadir pada majlis ilmu tersebut sangat berharga kepada mereka yang hadir dan begitu juga lantunan qasidah dan selawat yang bergema menjadi pengisian yang sangat bermakna.

Pun begitu di sebalik niat kerajaan negeri Kedah memperbanyakkan usaha dakwah dan tarbiah kepada masyarakat Islam di negeri ini seperti program tersebut masih ada suara-suara sumbang dalam kalangan pemimpin pembangkang menuduhnya sekadar percaturan politik demi meraih sokongan rakyat.

Tanpa segan-silu, ada yang sanggup menggelar Mukhriz dengan pelbagai nama dan apa yang menyedihkan adalah kenyataan seumpama itu keluar dari mulut pemimpin yang mengakui Islam sebagai teras perjuangan parti mereka.

Barangkali parti pembangkang hari ini semakin tercabar kerana pelbagai langkah yang sebahagiannya menjadi dasar kerajaan negeri dalam mempertahankan Islam dan umatnya semakin mendapat tempat di hati rakyat termasuk daripada parti lawan.

Apatah lagi, pentadbiran Mukhriz dilihat konsisten dalam memastikan kesejahteraan Islam di negeri ini sekali gus dilihat menggerunkan terutama sekali apabila beliau mampu melaksanakan dasar yang tidak mampu dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah pemerintahan sebelum ini.

Sebagai contoh, pewartaan fatwa anti Syiah yang kelak penggubalan enakmen di bawahnya dan ketegasan kerajaan negeri terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama-agama lain dalam kitab mereka, memperlihatkan kesungguhan Mukhriz dalam menjaga kesejahteraan Islam di negeri ini.

Mukhriz juga berani mengambil langkah mengasingkan pendapatan negeri daripada sumber yang patuh syariah dan tidak patuh syariah bagi perbelanjaan yang melibatkan umat Islam iaitu sesuatu yang julung-julung kali diadakan.

Siapa yang dapat menjangka seorang pemimpin yang dilihat sering tampil dengan imej korporat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini mempunyai sisi lain sebagai seorang pemimpin yang tegar dalam menegakkan syiar Islam.

Nah, ini sebenarnya realiti kepimpinan Mukhriz yang digeruni pemimpin pembangkang negeri ini sekali gus cuba diserongkan dengan pelbagai tohmahan walaupun ketika beliau cuba mengusahakan pelbagai langkah ke arah meningkatkan kerohanian umat Islam negeri ini.

Berbalik kepada program malam tadi, selain bagi memupuk penghayatan dan kasih sayang terhadap Rasulullah SAW, majlis seumpama ini seharusnya dilihat sebagai medan penyatuan seluruh umat Islam dan tidak sewajarnya 'diserongkan' hanya kerana penganjurannya diterajui oleh kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh UMNO-BN.

Kebanyakan penduduk negeri ini sebenarnya cukup bersyukur dan gembira dengan penganjuran acara seumpama itu yang memberi peluang kepada mereka beribadah dan menyatakan kecintaan kepada Rasulullah.

Semua memahami bahawa Islam memberi ganjaran yang lumayan kepada orang yang banyak berselawat ke atas Rasulullah seperti firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56)

Mukhriz sendiri menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan program Kedah Berselawat sebagai acara tahunan dan niat murni beliau wajar disahut semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

Mudah-mudahan, pada ketika pemimpin pembangkang di negeri ini 'bekerja keras' meletakkan pantang-larang pada pentadbiran Mukhriz, beliau tidak melatah dengan membalas perbuatan serong tersebut sebaliknya meneruskan sahaja usahanya kerana akhirnya, rakyat yang akan menilai keikhlasan beliau itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Anngur tarikan baharu

Posted: 09 Feb 2014 10:32 PM PST

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
agro@utusan.com.my
Gambar Halim Khalid

POKOK anggur hidup subur di TATML, Kedah .

Anggur merupakan antara buah yang memiliki daya tarikan yang tersendiri dan hanya boleh ditemui di negara-negara beriklim sederhana, sejuk serta kering.

Kehadiran tumbuhan tersebut yang menjalar sambil buahnya bergayutan pasti akan menarik minat sesiapa sahaja.

Kini menerusi teknologi pertanian terkini, anggur boleh hidup subur di negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia.

Kejayaan beberapa usahawan serta institusi penyelidikan dalam kajian dan pengembangan produk pertanian tersebut menjadi pemangkin kepada Taman Agroteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Langkawi (TATML), Kedah untuk menanamnya.

Idea asalnya adalah untuk menarik minat pelancong tempatan memenuhi taman tersebut untuk melihat sendiri teknologi penanaman anggur yang dilaksanakan oleh MARDI.

Menurut pengurus taman tersebut, Hashim Mat, pemilihan tanaman anggur adalah rentetan kejayaan penanaman yang dilakukan di sekitar Perlis.

Jika di Perlis anggur mampu hidup subur, pasti perkara yang sama dapat dilaksanakan di Langkawi, Kedah.

Kita sudah mulakan kajian teknologi penanaman anggur di sini hampir empat tahun dan kini usaha tersebut telah membuahkan hasil," katanya ketika di temui di TATML, Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Jelas Hashim lagi, usaha menanam anggur dilaksanakan secara cuba jaya dengan pelbagai kaedah serta teknologi pertanian yang terdapat di MARDI.

Pada peringkat awal saya menggunakan beberapa varieti anggur dengan bilangan 30 pokok semuanya di rumah hijau percubaan dan hasilnya agak memberangsangkan.

Apa yang saya dapati dalam penanaman anggur, faktor utama yang perlu diutamakan adalah struktur pelindung dan kawalan pemangkasan yang sesuai mampu membuahkan hasil," katanya.

Selain daripada faktor tersebut, pengurusan rumpai juga penting bagi memastikan segala nutrien yang dibekalkan kepada pokok anggur.

Selain itu, struktur pelindung yang sesuai bagi tanaman anggur adalah sedikit tinggi bagi memastikan sistem pengudaraan berjalan lancar sekali gus mampu menurunkan kadar kelembapan yang tinggi.

Hal demikian kerana, keadaan yang lembap memudahkan pokok anggur diserang kulat terutamanya pada buah dan daun.

Projek penanaman yang dimulakan pada tahun 2011 kini telah membuahkan hasil apabila gugusan anggur yang bergayutan dapat dilihat memenuhi ruangan rumah hijau.

Dianggarkan hampir dua kilogram buah anggur dapat dihasilkan di dalam satu meter persegi kawasan penanaman jika kena pada musim dan tidak diserang kulat.

Antara varieti yang mengeluarkan buah dengan banyak adalah daripada Vitis spp. seperti IAC, Black Queen, Black Opal dan White Malaga.

Bagaimanapun pengeluaran buah anggur di taman tersebut masih di tahap awal dengan kadar saiz buah yang agak kecil.

Namun jelas Hashim, senario tersebut adalah biasa kerana saiz buah anggur akan beransur-ansur membesar seiring dengan kematangan pokok.

Buat peringkat awal ini buah yang keluar banyak namun sedikit kecil kerana selain varietinya yang sememang berbuah kecil, pokok anggur ini juga masih muda.

Pokok anggur dikatakan mampu hidup ratusan tahun jika kaedah penjagaan yang sesuai dipraktikkan," katanya.

Tempoh matang adalah sekitar satu setengah tahun dan setelah matang, pokok anggur perlu dipangkas keseluruhan daun serta batang yang berwarna hijau dengan meninggalkan batang matang yang berwarna coklat sahaja.

Potongan perlu dilakukan berdekatan dengan buku tunas pada batang yang berwarna coklat.

Tunas baharu akan muncul setelah dua hingga tiga minggu yang berbentuk daun serta bunga yang mana akan menjadi buah," katanya.

Kebiasaannya, gugusan buah anggur akan muncul setelah tiga hingga empat helai daun tumbuh dan gugusan buah akan berada berdekatan dengan buku tunas pada batang matang tersebut.

Kaedah pemangkasan yang betul akan memudahkan kerja-kerja menyelenggara pokok serta penuaian buah.

Buah anggur akan matang dalam masa 100 hari selepas pemangkasan dilakukan dan kadar masa matang buah tersebut berbeza mengikut varieti anggur.

Anggur tidak bermusim, justeru pokok anggur akan berbuah sepanjang tahun dan bagi memastikan anggur sentiasa berbuah pemangkasan perlu dilakukan selalu.

Bagaimanapun selepas dituai, kebiasaannya pokok anggur akan direhatkan dari dua minggu sehingga sebulan sebelum proses pemangkasan dilakukan semula.

Pokok anggur memerlukan kadar nutrisi yang secukupnya dan salah satu kaedah terbaik bagi memastikan pokok anggur sentiasa subur adalah menggunakan baja organik dan sedikit baja kimia sebagai tambahan.

Akar pokok anggur tidak boleh terendam lama di dalam air, justeru penggunaan batas adalah digalakkan bagi mengelakkan kejadian tersebut.

Benih anggur yang terbaik adalah daripada kaedah keratan batang matang yang berwarna coklat.

Setelah dipotong sepanjang satu kaki setiap satu, keratan tersebut boleh disemai ke dalam polibeg dengan memastikan buku tunas yang pertama terbenam di dalam tanah.

Pokok anggur boleh diubah ke atas tanah apabila keadaan akarnya telah benar-benar kukuh atau pengeluaran daun sebanyak tiga hingga empat helai.

Selain menggunakan polibeg, keratan batang anggur juga boleh ditanam terus ke atas tanah.

Teknik pengairan yang digunakan MARDI adalah sistem fertigasi dan anggur hanya memerlukan kadar siraman sebanyak dua kali sehari apabila cuaca agak kering dan sekali sehari apabila cuaca lembap.

Sehingga kini, tiada serangga perosak yang benar-benar mengancam pokok serta buah anggur namun kajian akan diteruskan bagi memperbaiki teknik penanaman anggur agar dapat mendatangkan hasil yang lebih baik pada masa akan datang.

Tambah Hashim, MARDI bercadang untuk menambah rumah hijau dengan struktur yang diperbaiki bagi tanaman anggur di taman tersebut sebagai tarikan utama pelancongan agro.

Selain mempamerkan kejayaan penanaman buah tersebut, TATML juga menawarkan khusus jangkamasa pendek selama dua jam bagi mempelajari kaedah serta teknologi penanaman anggur dengan kadar bayaran hanya RM20 seorang.

TATML pada awalnya dikenali sebagai Stesen MARDI Langkawi dan mula dibangunkan pada empat Ogos 1990 dengan pembukaan pejabat pentadbiran sementara di Taman Langkawi yang terletak tiga kilometer dari kawasan ladang kini.

Objektif asal penubuhan stesen tersebut adalah sebagai pusat pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran untuk keperluan pelancongan di pulau tersebut.

Pada tahun 1995, Stesen MARDI Langkawi dilancarkan sebagai Langkawi Agro Park dan perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARDI ketika itu, Datuk Dr. Mohd. Sharif Ahmad.

Kini TATML menerima hampir 75,000 pengunjung yang terdiri daripada pelancong asing dan tempatan.

Promosi pelancongan pertanian

Posted: 09 Feb 2014 10:32 PM PST

Sebahagian pelancong dari Timur Tengah menikmati buah-buahan yang disediakan di Taman Agroteknologi MARDI, Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Sejajar dengan peningkatan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara yang melawat Taman Agroteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Langkawi (TATML), Kedah kini sedang merangka peningkatan prasarana di taman tersebut.

Taman yang asalnya dibina bagi menjalankan penyelidikan dan pusat pengeluaran buah-buahan serta sayur-sayuran untuk keperluan industri pelancongan di Pulau Langkawi kini sedang berubah menjadi sebuah kawasan pelancongan yang lebih menarik.

Menurut pengurus taman tersebut, Hashim Mat, pihaknya sedang meneliti pelbagai cadangan pembangunan seperti pertambahan teknologi pertanian yang terbaharu serta menyediakan infrastruktur yang lebih selesa bagi menarik minat pelawat terutamanya pelancong tempatan.

Pulau Langkawi merupakan antara destinasi pelancongan yang agak terkenal dalam kalangan rakyat negara ini, namun mereka (pelancong tempatan) kurang berminat untuk melawat ke sini.

Mungkin juga masyarakat kita sedia maklum tentang buah-buahan tropika dan tempatan menyebabkan mereka kurang teruja.

Oleh itu, bagi menarik perhatian pelancongan tempatan, TATML perlu mencari kaedah serta produk pelancongan yang mampu menarik perhatian mereka," katanya ketika ditemui di TATML, Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Jelas Hashim lagi, kehadiran pelancong asing agak memberangsangkan dan TATML mencatatkan hampir 75,000 pelancong asing pada tahun lepas sahaja, namun kehadiran pelancong tempatan agak kurang sekitar 18 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Biar pun kadar bayaran yang kita kenakan begitu rendah untuk pelancong tempatan namun mereka masih kurang tertarik mungkin kerana beranggapan buah-buahan tempatan biasa dijumpai di sekitar kampung halaman mereka.

Justeru, kami di pihak TATML sedang mengusahakan beberapa tanaman yang jarang ditemui di Malaysia seperti anggur serta teknologi pertanian baharu bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan berkunjung ke sini," katanya.

Bagaimanapun, bukanlah aktiviti menikmati buah-buahan tempatan serta hiburan menjadi objektif utama semata-mata, sebaliknya, pengunjung turut diperkenalkan dengan teknologi pertanian yang terdapat di TATML.

Justeru, pelbagai lagi teknologi baharu akan ditambah dan dipamerkan di TATML untuk tontonan pengunjung seterusnya menarik minat masyarakat untuk lebih mengenali MARDI.

Pengurusan serta promosi TATML banyak dibantu oleh pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

TATML sebelum ini telah melalui beberapa fasa pembangunan sebelum muncul sebagai destinasi agro pelancongan yang terkenal.

Semenjak dilancarkan, beberapa kemudahan infrastruktur dan produk pelancongan yang bersesuaian telah dibangunkan secara berperingkat termasuklah ladang buah-buahan, rumah tanaman, infrastruktur ladang, kenderaan pelawat dan laman tiba.

Kini TATML akan membangunkan kawasan penginapan khas buat pengunjung yang ingin bermalam dan melaksanakan aktiviti pada waktu malam di kawasan hutan sekitarnya.

Sebelum ini pihak TATML memang ada menyediakan tapak perkhemahan untuk aktiviti bermalam di sini, namun infrastruktur yang akan dibangunkan adalah merupakan penginapan yang lebih selesa.

Kita juga sedang mengkaji untuk membangunkan kawasan sekitar sebagai tarikan eko pelancongan pula kerana kawasan sekitar TATML ini juga turut dipenuhi tarikan alam semulajadi," katanya.

Dalam pada itu, kehadiran pelancong asing terutamanya daripada Asia Barat terutama Arab Saudi sedikit sebanyak mempengaruhi penampilan TATML.

Perkara tersebut turut diakui Pembantu Penyelidik Kanan, TATML, Abdul Kadir Din yang berkhidmat sebagai pemandu pelancong di pusat tersebut dan kini mampu bertutur dalam bahasa Arab dan Inggeris dengan agak baik.

Sebagai pemandu pelancong, pihak kami perlu sedikit sebanyak mengetahui bahasa pelancong agar menjadikan mereka lebih selesa ketika melawat.

Bahkan terdapat berapa pelancong yang kembali pada setiap tahun ke TATML kerana merindui gelagat kami sebagai pemandu pelancong yang melayan mereka selain daripada tarikan teknologi dan buah-buahan di TATML itu sendiri" katanya.

TATML turut keberjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Fakulti Pengajian Pelancongan dan Hospitaliti untuk mendapatkan kaedah terbaik dalam menawarkan khidmat kepada pelancong.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Saya bukan janda - Misha Omar

Posted: 10 Feb 2014 02:06 AM PST

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 10 Feb. - "Saya tidak pernah bernikah. Saya tidak pernah menjadi isteri ketiga seorang jutawan. Maka dengan rasmi saya juga tidak pernah memegang status janda!."

Itulah luahan hati penyanyi Misha Omar, 32, dalam surat terbuka yang di emelkan kepada pihak media hari ini, sebagai menjawab tuduhan seorang wanita yang memuat naik statusnya dengan mendakwa penyanyi itu pernah berkahwin sebelum ini.

Status itu dimuat naik Ahad lalu, ekoran daripada cerita Misha yang disiarkan dalam akhbar sisipan Pancaindera, akhbar Mingguan Malaysia.

Dalam emelnya itu, Misha mohon si penulis Facebook agar tampil mengemukakan bukti yang dia pernah mendirikan rumah tangga jika sangsi dengan statusnya sebelum ini.

"Apa dosa saya apabila saya ingin mendirikan rumah tangga dengan tunangan saya, Firos Ezzwan Rosly pada bulan Mei ini, saya dihukum dengan fitnah seperti ini?

"Pasti anda (penulis Facebook) pasti tersenyum bangga sekarang ini apabila status puan menjadi bualan hangat dan saya berharap agar tercapailah keinginan puan untuk menjatuhkan maruah diri saya dan keluarga saya," katanya.

Misha yang telah 12 tahun berkecimpung dalam bidang seni berkata, ini adalah fitnah dan tohmahan terbesar yang dilontarkan kepadanya sepanjang bergelar artis. - UTUSAN ONLINE

Bidasari uji Aiman, Fathia

Posted: 09 Feb 2014 10:32 PM PST

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar WAHIDIN SALIM

MENJALIN hubungan cinta sejak setahun lalu, memudahkan Fathia dan Aiman untuk bekerjasama dalam teater Bidasari.

Badan saya banyak yang lebam-lebam, ini semua kerana latihan keras mendalami ilmu persilatan bagi membawa watak Tengku Indra dalam teater Bidasari."

Itulah cabaran yang paling getir dialami oleh teraju teater itu, Aiman Hakim Ridza yang merupakan antara muka baharu di pentas teater berbentuk bangsawan.

Bagi Aiman, apa yang paling dirisaukan ialah untuk bersilat kerana dia tidak mempunyai asas yang cukup dalam ilmu persilatan.

Hendak bersilat itu yang merisaukan saya sebenarnya. Saya seorang yang tinggi, jadi saya kena pastikan postur badan dalam keadaan yang betul untuk memastikan langkah bunga silat saya cantik.

Memang sukar sebenarnya sebab saya tiada asas. Itu yang saya berlatih bersungguh-sungguh dengan guru silat selama dua minggu sampai terbawa-bawa dalam mimpi," katanya.

Memandangkan teater ini adalam naskhah yang diambil daripada filem, Aiman turut memberitahu bahawa dia menjadikan Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai rujukannya untuk membawa watak itu.

Sebelum mengambil keputusan untuk menerima tawaran ini, saya terlebih dahulu menyaksikan filem Bidasari dan memahami cara pembawakan watak oleh Jins Shamsuddin ketika itu," jelasnya.

Selama dua minggu berlatih dan cuba menghayati watak dengan lenggok bahasa klasik bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi bagi seseorang yang baharu melangkah ke dalam dunia teater.

Bagi Aiman, masa yang singkat memang memberi tekanan kepada dirinya, tetapi dia tidak mahu menjadikan itu sebagai satu halangan untuk dirinya memberikan yang terbaik.

Saya tahu masa singkat, tapi saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara itu, sebaliknya mahu kekal positif.

Macam saya, teater merupakan bidang baharu, jadi tempoh yang singkat itu saya perlu gunakan sepenuhnya untuk memberi yang terbaik," jelasnya yang berlatih hampir setiap masa bila mempunyai masa terluang.

Aiman menerima tawaran untuk berlakon teater ini ketika kali kedua ditawarkan. Bagi pelakon tinggi lampai ini, dia pada mulanya kurang yakin untuk melibatkan diri dalam teater itu.

Mula-mula memang kurang yakin apatah lagi saya memang tidak ada pengalaman berlakon teater.

Tetapi selepas mendapat tawaran kedua, saya yakinkan diri untuk menerima tawaran ini. Saya anggap ia satu kepercayaan daripada Istana Budaya dan saya perlu membuktikan kepercayaan itu," jelasnya.

Teater Bidasari arahan Lokman Ghani yang dipentaskan di Istana Budaya, (IB) Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 17 Februari ini, menampilkan Fathia sebagai watak utama selain Raja Azura, Aiman Hakim Ridza, Jalaluddin Hassan dan Radhi Khalid.

Serasi bersama Fathia

Sudah setahun bercinta baharulah Aiman berani mengaku yang Fathia adalah teman istimewanya. Sebelum ini dia sering mengelak apabila diaju soal peribadi, kerana baginya adalah lebih manis kalau wartawan melaporkan perihal kerjayanya.

Mungkin kini Aiman sudah tidak mahu berahsia lagi dan sebab itulah sewaktu sidang akhbar teater Bidasari, pelakon utama drama Projek Memikat Suami itu mengaku yang dia serius menjalin hubungan dengan pasangan lakonannya dalam drama Diandra itu.

Jelas Aiman, dia bukanlah jenis yang suka menguar-uarkan cerita peribadi kerana tidak semua perkara boleh dikongsi dengan peminat.

Pada saya kisah peribadi bukanlah untuk dikongsi secara berlebihan, cukuplah kalau saya beritahu yang saya memang serius dengan Fathia. Memandangkan kami sudah biasa berlakon bersama dari segi keserasian tidak menjadi masalah.

Namun mengenangkan kami pertama kali berlakon teater, masing-masing ada perasaan gentar. Saya harap penampilan pertama dalam teater Bidasari ini menjadi perintis untuk saya terus aktif dalam persembahan pentas," katanya.

Rasa gugup atas pentas

Melihat kepada gandingan antara Aiman dan Nur Fathia Abdul Latiff atau lebih dikenali sebagai Fathia, sudah pasti tiada masalah besar apatah lagi mereka sudah banyak kali bergandingan bersama menerusi drama.

Tetapi, jangkaan itu meleset apabila Fathia mengaku yang dia sebenarnya gugup berdiri di atas pentas teater apatah lagi berlakon di hadapan orang ramai.

Berlakon di hadapan kamera dan di hadapan penonton adalah sesuatu yang sangat berbeza apatah lagi saya sebenarnya mempunyai masalah gugup di pentas (stage fright) yang sangat teruk.

Di hadapan kamera, tidak ramai orang yang melihat. Tetapi di pentas pementasan, mata penonton hanya akan tertumpu kepada watak-watak yang berlakon," jelasnya.

Tambahnya lagi, perkara itu yang sangat merisaukan dirinya dan dia berusaha sedaya upaya untuk mengatasinya.

Selalunya, kami akan berlatih di ruang latihan berbentuk bilik sahaja. Tetapi saya harap tiada apa-apa yang berlaku pada hari pementasan dan semuanya berjalan lancar," jelasnya.

Bagi Fathia, dia mengambil peluang untuk beraksi dalam teater adalah untuk menampilkan sisi dirinya yang berbeza daripada apa yang ditonjolkan kepada peminatnya sebelum ini.

Saya sebenarnya suka mencuba sesuatu yang baharu. Jadi bila ditawarkan untuk terlibat dalam teater bangsawan, saya berminat.

Dulu masa bersekolah, saya ada juga menyertai kumpulan tarian tradisional jadi saya rasa dengan sedikit pengalaman yang ada, saya dapat kembangkan dan belajar lagi menerusi teater ini," ujarnya.

Tambah Fathia lagi, dia juga mahu menunjukkan kepada orang ramai bakatnya di pentas teater dan tidak hanya tertumpu kepada dunia lakonan di layar kaca sahaja.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


KL contohi kejayaan Copenhagen

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

Ahmad Phesal Talib (kanan) dan Nicolai Ruge melihat pameran Copenhagen Solutions - Making Cities More Liveable Menara 1 Dewan Bandaraya di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/HAFIZ JOHARI

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Kuala Lumpur akan mencontohi ibu negara Denmark, Copenhagen dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya dan kesan alam sekitar ibu kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, sebelum ini bandar raya di negara tersebut juga mengalami masalah kesesakan trafik yang teruk akibat perkembangan ekonominya yang pesat.

Katanya, bagaimanapun, pada hari ini ia bukan sahaja bebas daripada masalah itu malah menjadi bandar raya paling hijau sehingga mendapat Anugerah European Green Capital 2014.

"Rahsia kejayaan itu apabila mereka mengamalkan aktiviti berjalan kaki, berbasikal dan menaiki kenderaan awam sebagai satu budaya yang juga berjaya meningkatkan tahap kesihatan warga Copenhagen.

"Jumlah kenderaan yang memasuki bandar raya itu berjaya dikurangkan iaitu daripada 284,000 buah pada tahun 2012 berbanding 350,000 buah pada 1970. Di Kuala Lumpur pula, setiap tahun hampir 30,000 hingga 40,000 kenderaan persendirian baharu memasuki ibu negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Copenhagen Solutions - Making Cities More Liveable di Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Duta Denmark ke Malaysia, Nicolai Ruge dan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz.

Ahmad Phesal memberitahu, sehingga tahun 2020 sebanyak 100,000 pokok akan ditanam di seluruh Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi memberi keselesaan dan teduhan kepada para penunggang basikal serta pejalan kaki.

"Selain itu, kita telah mempunyai laluan berjalan kaki berbumbung sejauh 42 kilometer di sekitar ibu negara dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa.

"Kita juga memperkenalkan Penilaian Kesan Lalu Lintas bagi menentukan laluan-laluan untuk pejalan kaki dan berbasikal dalam setiap pembangunan dan pembinaan premis dan kawasan pada masa depan," ujarnya.

Jelasnya lagi, apabila projek transit aliran massa (MRT) siap sepenuhnya pada tahun 2017, warga kota boleh menunggang basikal ke stesen MRT dan kemudian menaiki kemudahan itu untuk ke tempat kerja.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ruge berkata, Copenhagen kini meletakkan sasaran untuk menjadi bandar terbaik dunia bagi penunggang basikal.

"Kita menjangkakan hampir 55 peratus warga bandar raya itu menunggang basikal untuk ke tempat kerja atau ke sekolah pada 2015, sekali gus dapat mencapai matlamat menjadikan Copenhagen bebas daripada pencemaran karbon dioksida pada tahun 2025," katanya.

RM12 juta atasi tanah mendap

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Oleh MOHAMAD HARITH
MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

PENDUDUK menunjukkan keadaan sebuah rumah yang retak ekoran tanah mendap di Kampung Pindah di Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Kebimbangan penduduk Kampung Pindah di Kampung Baru di sini berhubung tanah mendap bakal berakhir apabila kerajaan memperuntukkan RM12 juta bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih kawasan berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya dan Perbadanan Kampung Baru (PKB) mengambil serius masalah yang dihadapi kira-kira 22 keluarga terlibat.

Kita akan selidik masalah yang berlaku di kawasan itu kerana tanah mendap itu dipercayai disebabkan oleh keadaan di bawah tanah rumah penduduk.

Bajet untuk kerja-kerja menaik taraf serta pembaikan kawasan itu juga telah diluluskan dan sekarang kita perlu meneliti beberapa perkara sahaja lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan bagi Parlimen Titiwangsa di Dewan Komuniti Bestari Wirawati 6, di sini semalam.

Yang turut hadir isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki; Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Naharuddin Abdullah.

Sementara itu, Johari memberitahu, terdapat beberapa konflik timbul dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk kampung berkenaan.

Menurutnya, penduduk meminta pampasan dibayar kepada mereka sebelum sebarang kerja-kerja pembaikan dimulakan di kawasan itu, namun jenis pampasan yang dimaksudkan tidak dijelaskan secara terperinci.

Kita akan berbincang semula dengan penduduk terlibat untuk mengetahui pampasan yang dimaksudkan supaya kerajaan tahu apa yang boleh diberi kepada penduduk," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang niat untuk mengambil tanah penduduk di situ selain memajukan perkampungan Melayu itu.

Dalam pada itu, Naharuddin memberitahu, dalam tempoh dua minggu lagi, pihak PKB akan mengatur pertemuan dengan penduduk terlibat bagi membincangkan perkara itu.

Sebelum ini pada 24 Januari lalu Utusan Malaysia melaporkan mengenai kebimbangan kira-kira 22 keluarga di Kampung Pindah berhubung masalah tanah mendap sejak beberapa tahun lalu dan mahukan pembelaan pihak bertanggungjawab.

Masalah itu menyebabkan rumah mereka retak dan beberapa penduduk terpaksa mengosongkan kediaman masing-masing.

Susulan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan balasnya memaklumkan bahawa kerja-kerja membaik pulih kawasan itu dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2015.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir JPS, Wan Mohd. Sulaiman Wan Ismail berkata, pihaknya dalam proses membuka tender bagi kerja-kerja tersebut.

Penduduk bantah bina jalan di tanah lapang

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

PENDUDUK mendakwa pembinaan jalan di atas tanah simpanan kerajaan menyebabkan mereka sukar untuk menjalankan aktiviti harian.

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Penduduk Kampung Pasir Hulu Kelang, dekat sini membantah pembinaan jalan di tanah lapang di Jalan Haji Mokhtar berikutan kawasan tersebut menempatkan empat buah gerai, taman permainan dan gelanggang sukan.

Utusan Malaysia difahamkan, projek itu merupakan susulan pembinaan sebuah blok pangsapuri yang terbengkalai dan dua lagi yang masih belum dibina.

Pengerusi Persatuan Belia Kampung Pasir Hulu Kelang, Bukhari Mohd. Thani berkata, sejak tanah milik kerajaan seluas 40 kaki itu di pagar pada 2012, penduduk menghadapi kesukaran untuk menjalankan aktiviti harian mereka.

Penduduk melakukan demonstrasi membantah pembinaan jalan di atas tanah lapang oleh syarikat pemaju di Kampung Pasir Hulu Kelang, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/FAIRUZ IZYANA AYUB

Kami kecewa kerana pengambilan tanah dan pembangunan tapak itu tidak dibincangkan bersama penduduk terlebih dahulu.

Pembangunan di sini terlalu padat sehingga tiada tanah lapang untuk penduduk berkumpul manakala kanak-kanak terpaksa bermain di atas jalan ekoran taman permainan mereka diambil," katanya selepas mengetuai bantahan bersama penduduk di Kampung Pasir, dekat sini hari ini.

Katanya, kawasan lapang yang merupakan tanah simpanan kerajaan itu sebelum ini dimanfaatkan bagi mengadakan pelbagai program kemasyarakatan seperti sambutan hari raya, Hari Kemerdekaan dan majlis perkahwinan.

Perkara ini telah dibawa kepada pengetahuan banyak pihak termasuk pejabat Menteri Besar Selangor, wakil rakyat dan juga Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

Kami tidak menolak sebarang pembangunan di kawasan ini tetapi janganlah bersifat berat sebelah sehingga memberikan kelebihan kepada pemaju dan menafikan keperluan masyarakat kampung," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi JKKKP Kampung Pasir, Mohd. Razi Ayop berkata, sebelum ini pelan asal pembinaan jalan tersebut tidak melibatkan tanah lapang namun ia ditukar kepada pelan baharu tanpa persetujuan penduduk.

Kita hairan pindaan pelan dibuat sedangkan pelan asal lebih baik kerana keluasannya lebih besar berbanding tanah simpanan kerajaan. Kita mahukan penjelasan terutamanya daripada MPAJ," tegasnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved