Isnin, 3 Februari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Gaduh: PBNJ buat laporan polis

Posted: 03 Feb 2014 11:25 PM PST

Oleh NURUL HUDA HASSAN

JOHOR BAHRU 4 Jan. - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) hari ini membuat laporan polis tentang insiden pergaduhan semasa perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini, Sabtu lalu.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Jurulatih, Cesar Ferrandi Jiminez yang juga Pengurus Pasukan JDT di Balai Polis Sentral di sini. - UTUSAN ONLINE

FAM kenal pasti dalang

Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Sebahagian daripada 17 orang pemain Kuala Lumpur meninggalkan bilik mesyuarat selepas mendengar keputusan berhubung isu rasuah di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

PETALING JAYA - Semua 17 pemain Kuala Lumpur yang terlibat dalam gejala mengatur perlawanan dan rasuah dalam kempen Liga Malaysia musim lalu hanya dikenakan hukuman ringan apabila didenda sebanyak RM5,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mereka 'menjadi mangsa keadaan'.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Taufek Abdul Razak turut memberitahu bahawa pihaknya telah mengenal pasti dalang sebenar di sebalik isu rasuah membabitkan Kuala Lumpur iaitu pihak penaja pasukan itu musim lalu dan akan membawa perkara itu ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Di samping itu, enam pemimpin atasan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) juga tidak terlepas daripada perhatian apabila Jawatankuasa Tatatertib akan mengeluarkan surat pertuduhan kepada mereka dalam masa terdekat.

"Setelah diteliti semua keterangan, 17 pemain pasukan Kuala Lumpur terbabit hanya didenda sebanyak RM5,000 dan diberikan amaran keras supaya bertindak lebih matang pada masa hadapan.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira adanya unsur-unsur luar yang memberikan tekanan kepada mereka seperti diugut akan dipukul atau dicederakan sama ada diri mereka atau keluarga jika tidak menurut arahan dan dalam kes ini, ada beberapa di antara mereka telah dicederakan.

"Selain itu, aduan yang mereka berikan kepada KLFA juga tidak diendahkan sambil menyatakan mereka tidak mampu berbuat apa-apa dan mereka tidak boleh bermain dalam keadaan sebenar," katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM semalam.

Sepuluh pemain yang memberikan keterangan pada 22, 24 dan 28 Januari lalu adalah Ahmad Jihad Ismail, Mohd. Syafiq Johari, Mohd. Munir Amran, Mohd. Taufiq Mohd. Shukor, Hishamudin Othman, Badrul Hisyam Azmi, Mohd. Ar'ra'uf Roslee, Ahmad Dashila Tajudin, Muhd. Rafef Raya, Muhd. Hanis Mohtar.

Sementara tujuh pemain sebelum ini adalah S. Sivaraj, Azizon Abdul Kadir, Benedict Martin, J. Mugilan Kartik, Azwan Jatin, Syazwan Rani dan Amirul Asraf Mohd. Noor.

Menjelaskan mengenai situasi mengapa pemain menjadi mangsa keadaan, Taufek berkata, pihak KLFA seperti tidak peka apabila membiarkan pihak penaja pasukan berkenaan mengenakan pelbagai syarat pelik seperti melantik pasukan kejurulatihan sendiri dan gaji pemain akan dibayar oleh mereka.

"Sebelum bermula musim lalu, semua pemain dipanggil dalam satu perjumpaan oleh penaja dan perlu mengikut apa yang diarahkan oleh mereka.

"Itulah yang terjadi apabila sampai 16 perlawanan mereka kalah daripada 22 perlawanan dan melepaskan 60 gol.

"Dalam isu ini, pihak Jawatankuasa Tatatertib sebulat suara berasa pihak KLFA juga perlu disalahkan dan satu surat pertuduhan akan dikenakan kepada enam pegawai tertinggi mereka.

"Para pemain menandatangani kontrak pada 11 Disember 2012 iaitu dua hari sahaja sebelum tamat tarikh pendaftaran pemain yang mereka tiada pilihan mendapatkan pasukan lain sedangkan KLFA telah bersetuju menerima penajaan melalui syarikat terbabit pada 22 November," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis marin rampas 60kg ikan yang dibom

Posted: 03 Feb 2014 10:57 PM PST

SEMPORNA 4 Feb. - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas 60 kilogram ikan pelbagai spesies bernilai kira-kira RM300 yang ditangkap menggunakan bahan letupan di perairan Labuan Haji semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohammad Madun berkata, dalam operasi kira-kira pukul 5 petang itu, pihaknya turut menahan tiga warga asing berumur antara 15 hingga 30 tahun serta merampas dua buah bot yang dipercayai digunakan dalam aktiviti itu.

"Kami juga turut merampas peralatan yang digunakan dalam aktiviti mengebom ikan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26 (1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

Sehubungan itu, Mohammad berkata, pihaknya akan mempertingkatkan operasi bagi membanteras kegiatan seumpama itu yang boleh merosakkan ekosistem dan menjejaskan industri pelancongan negara. - BERNAMA

Banglo kakitangan Kedutaan Korea Utara di KL terbakar

Posted: 03 Feb 2014 10:45 PM PST

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Sebuah banglo dua tingkat di Jalan Beka, Bukit Damansara yang disewa sebagai kediaman kakitangan kedutaan Korea Utara terbakar awal pagi Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, ketika kejadian kira-kira 7 pagi itu, terdapat enam individu yang dipercayai kakitangan kedutaan tersebut berada di dalam banglo berkenaan.

"Salah seorang daripada mangsa yang berusia lingkungan 40-an cedera ringan namun kesemuanya dilaporkan selamat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.28 pagi dan empat jentera dengan 30 anggota dari balai Hartamas, Pantai, Taman Tun dan Hang Tuah bergegas ke tempat kejadian.

Azizan berkata, sebaik tiba pihaknya mendapati hampir 80 peratus banglo berkenaan musnah tetapi mereka berjaya menyelamatkan tiga buah kenderaan yang diparkir di perkarangan banglo tersebut.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 7.55 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


FAMA sentiasa pantau peniaga

Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST

Oleh Abdul Rashid Abdul Rahman
utusanktn@gmail.com

Ibrahim Mahmood (dua dari kiri) melihat barangan yang dijual di Pasar Komuniti dan Karavan di Bera, Pahang, kelmarin.

BERA 3 Feb. - Semua barangan terkawal yang dijual di pasar-pasar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di negeri ini dijamin mengikut harga kawalan yang ditetapkan.

Pengarah FAMA negeri, Ibrahim Mahmood berkata, selain memantau harga barang kawalan, pihaknya juga sentiasa memastikan barangan lain di pasar milik agensi itu dijual pada harga berpatutan.

"Kita sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan peniaga mengikut peraturan ditetapkan selain dijual dengan harga lebih murah.

"Mana-mana peniaga yang didapati menjual pada harga mahal atau melanggar peraturan, kita akan kenakan tindakan termasuk tidak dibenarkan berniaga di pasar FAMA lagi," katanya selepas melawat Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) Bera di sini semalam.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Bera, Datuk A. Rahman Hamzah dan Pegawai FAMA Bera, Mohd. Khair Abu Bakar.

Menurut Ibrahim, pihaknya sentiasa membuat pemantauan berterusan di pasar-pasar milik agensi itu seperti Pasar Pakar dan Pasar Tani serta melakukan tindakan segera ke atas aduan yang dibuat oleh pengguna.

Tambahnya, selain memastikan harga berpatutan, pihaknya juga sentiasa memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan kebersihan yang ditetapkan demi keselamatan pengguna.

"Bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengguna kita juga sentiasa memastikan susun atur sistematik dan menyediakan infrastruktur yang sesuai," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ketika ini terdapat tiga Pakar beroperasi di negeri ini iaitu Jengka, Bera dan Pekan dengan mempunyai 265 peniaga.

Katanya, berdasarkan sambutan yang diterima, pihaknya merancang untuk membuka lebih banyak Pasar Pakar di seluruh negeri pada masa akan datang.

"Kita masih dalam perbincangan dengan pelbagai pihak bagi menambah bilangan Pakar di seluruh negeri secara berperingkat-peringkat untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat," katanya.

Jangan salahkan kerajaan

Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST

Zainal Dahalan (dua dari kanan) menyampaikan bantuan mangsa banjir kepada salah seorang ahli Koperasi Niaga Pegawai Pegawai LPP Berhad di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 3 Feb. - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri menyelar sikap segelintir pihak yang menyalahkan kerajaan apabila ditimpa musibah tetapi berdiam diri selepas sesuatu masalah itu berjaya diselesaikan.

Pengerusinya, Datuk Zainal Dahalan berkata, turun naik sesuatu harga barang itu bergantung kepada penawaran dan jika barangan tersebut banyak harga ditawarkan adalah murah dan sebaliknya.

Menurutnya, cadangan menubuhkan Pasar Peladang merupakan salah satu usaha pihaknya untuk menambah hasil pertanian yang diusahakan oleh golongan petani di luar bandar.

"Walaupun konsep pasar tersebut hampir sama dengan pasar tani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), pengguna mempunyai satu lagi pilihan untuk berbelanja sekali gus mengurangkan pergantungan petani kepada orang tengah untuk memasarkan hasil pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan mangsa banjir kepada 34 ahli Koperasi Niaga Pegawai Pegawai LPP Berhad (KNB) dan Majlis Kebajikan Sukan, Rekreasi LPP (MKSR) berjumlah RM20,300 di pejabat LPP Pahang, di sini baru-baru ini.

Menurut Zainal, LPP akan meningkatkan hasil keluaran melalui bantuan pelbagai projek yang diusahakan ahli peladang dan akan melaksanakan konsep jual terus di Pasar Peladang selain meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

Katanya, program Pasar Peladang yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini merupakan salah satu usaha pihaknya dalam memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barang keperluan yang dijual terus oleh pengusaha tanpa melibatkan orang tengah.

"Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) diminta menyediakan tapak niaga di ruang bangunan pejabat mereka untuk petani, penternak dan pengusaha ikan kolam dalam memasarkan hasil keluaran mereka terus kepada orang ramai dan dijual dengan harga lebih murah," katanya.

Angkasa tumpu tubuh koperasi baharu

Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST

KUANTAN 3 Feb. - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan memberi tumpuan dalam menarik lebih banyak penyertaan koperasi di luar bandar, masjid dan sekolah menjadi ahli koperasi itu untuk meningkatkan pendapatan menerusi perniagaan tertentu.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, mereka yang mahu membuka koperasi tersebut akan diminta mengikuti kursus pengurusan asas koperasi dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Menurutnya, langkah itu bertujuan memantapkan pentadbiran dan pengurusan modal saham ahli dengan betul supaya mampu bersaing dengan syarikat kerjasama lain.

"Prinsip koperasi sememangnya amat mudah, iaitu menjadikan 'koperasi dari kita untuk kita' yang berbentuk pengurusan secara sukarela dan terbuka kepada semua ahli untuk menggunakan perkhidmatannya (koperasi) bagi tujuan perniagaan serta kegiatan keusahawanan lain.

"Malah koperasi dikawal oleh anggotanya secara proaktif dengan membuat keputusan secara kolektif, matang dan bijak antara cerminan pentadbiran yang berjaya serta menguruskan pengumpulan modal bagi tujuan perniagaan dan keusahawanan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Kursus Induksi Koperasi Anggota Baharu Angkasa Zon Timur di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Wakil Koperasi Rahmat Bersatu Jerantut Berhad (KRBJB), Mahyuddin Idris berkata, penyertaannya dalam kursus berkenaan memberi pengetahuan dan kemahiran berguna dalam aspek pengurusan asas sebuah koperasi.

"Pengetahuan yang diberikan oleh Angkasa ini amat relevan dalam melaksanakan pengurusan koperasi dengan lebih cekap dan dapat disebarkan kepada ahli lain sebagai tanggungjawab mengaktifkan kegiatan koperasi," ujarnya.

Katanya, pembabitan KRBJB di bawah Angkasa memberi kesan berguna menerusi penyertaan projek ekonomi berskala besar di luar bandar yang boleh memberi perolehan pendapatan kepada ahli yang rata-ratanya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


EC Thailand adakan pertemuan Khamis ini

Posted: 03 Feb 2014 10:12 AM PST

BANGKOK 4 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) Thailand akan mengadakan pertemuan pada Khamis ini bagi menentukan tarikh pengundian baharu kepada pengundi-pengundi yang gagal mengundi pada pilihan raya yang lalu, selepas diganggu oleh penunjuk perasaan antikerajaan.

Pesuruhjaya EC, Somchai Srithiyakorn berkata semalam, pertemuan itu akan membincangkan tentang isu pengundian dan pengumuman tarikh baharu pengundian.

Seperti yang diketahui, undian tidak akan dijalankan dalam tempoh masa tujuh hari kerana EC perlu menangani pelbagai masalah terlebih dahulu," jelas Somchai. - AGENSI

Enam mati dalam kejadian banjir di Filipina

Posted: 03 Feb 2014 10:10 AM PST

MANILA 4 Feb. - Sekurang-kurangnya enam orang terkorban, selepas berlakunya kejadian tanah runtuh dan banjir di sembilan buah daerah di negara ini, semalam.

Menurut Majlis Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana (NDRRMC), kejadian tersebut turut mengakibatkan seorang mengalami kecederaan, manakala lima lagi dilaporkan hilang.

Jumlah mereka yang terjejas akibat banjir di sembilan daerah setakat ini mencecah 42,987 orang, selain turut mengakibatkan 83 buah rumah musnah, jelas NDRRMC. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pengurus dijel 12 tahun, dua sebatan

Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
utusansabah@utusan.com.my

RIDUAN Masmud sebak ketika dipeluk oleh anaknya sambil diperhatikan isterinya (kiri) selepas dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, Sabah, semalam. - BERNAMA

KOTA KINABALU 3 Feb. - Hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang pengurus restoran yang merogol kanak-kanak berusia 12 tahun enam bulan pada Februari tahun lalu adalah sebagai pengajaran dan peringatan kepada orang ramai agar tidak menggunakan alasan perkahwinan bagi melepaskan diri daripada kesalahan rogol.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ummu Khatom Abd. Samad dalam penghakimannya juga mengingatkan bahawa tertuduh, Riduan Masmud, 41, yang merupakan individu dewasa sepatutnya boleh berfikiran waras dan matang sebelum melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap mangsa yang masih kecil dan mentah.

Mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman itu terhadap Riduan setelah didapati bersalah merogol mangsa dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan di Inanam pada pukul 10 pagi, 18 Februari tahun lalu.

Tertuduh yang mencetuskan kontroversi semasa prosiding pada 20 Mei tahun lalu dengan memaklumkan kepada mahkamah bahawa telah mengahwini mangsa dan turut mengemukakan salinan sijil perkahwinan, didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pada minggu lalu, Riduan yang mempunyai seorang lagi isteri dan empat anak berusia antara dua hingga 17 tahun sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila gagal hadir ke mahkamah untuk keputusan terhadap kes yang dihadapinya sehingga mahkamah terpaksa mengeluarkan waran tangkap.

Dalam keputusan hari ini, Hakim Ummu Khatom turut memerintahkan Riduan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun selepas tamat menjalani hukumannya itu nanti.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin yang telah mengemukakan seramai 19 saksi sepanjang prosiding perbicaraan kes itu berjalan.

Raja Zaizul dalam hujahannya memaklumkan bahawa meskipun kes itu merupakan kesalahan pertama tertuduh namun kesalahan merogol merupakan satu jenayah yang amat serius, selain kes itu juga mempunyai kepentingan umum.

Walau bagaimanapun, tertuduh melalui peguam Ram Singh yang mewakilinya memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Permohonan itu dibenarkan oleh Ummu Khatom dengan syarat jumlah jaminan terhadap tertuduh daripada RM10,000 ditambah kepada RM15,000 berserta dua penjamin dengan salah seorang merupakan isteri pertamanya.

Dalam pada itu, ahli keluarga tertuduh yang pada mulanya dilihat tenang di dalam galeri mahkamah tiba-tiba menangis dan meraung sambil memeluk Riduan yang turut menangis sebaik sahaja dia keluar dari mahkamah itu.

Riduan yang memakai baju hitam dan jaket berwarna hijau serta berseluar jean biru gelap dilihat mencium dan memeluk isteri dan anaknya beberapa kali sebelum digari polis.

Selain pertuduhan merogol, Riduan turut menghadapi tiga lagi tuduhan lain iaitu merasuah keluarga mangsa sebanyak RM10,000 sebagai ganjaran bagi menarik balik laporan polis berkaitan salah laku rogolnya.

Kerani mahkamah gelapkan RM1.5 juta

Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST

IPOH 3 Feb. - Kegiatan seorang kerani Mahkamah Tinggi di sini yang bersikap rajin 'luar biasa' dengan tidak pernah mengambil cuti dalam tempoh 18 bulan sejak April 2012, terbongkar apabila dia disyaki menggelapkan duit mahkamah berjumlah RM1.5 juta.

Perbuatan wanita berusia 35 tahun itu hanya terbongkar apabila pihak juruaudit datang memeriksa rekod mahkamah berkenaan dan mendapati berlaku 'kehilangan' wang tersebut.

Sumber polis memberitahu, wanita itu bukan sahaja berjaya mengaburi mata rakan sekerjanya tetapi bijak menggunakan peluang dengan mengeksploitasi pangkalan data pembayaran supaya tiada yang perasan wang 'diambil' daripada akaun.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan juruaudit, sekurang-kurangnya RM2,000 wang denda mahkamah 'hilang' setiap hari.

"Meskipun jumlah denda yang dibayar oleh pesalah seperti diarahkan mahkamah tidaklah begitu banyak tetapi secara keseluruhannya kutipan dalam masa satu hari yang diperoleh agak besar.

"Juruaudit yang datang untuk memeriksa rekod mahkamah tersebut mendapati berlaku ketirisan dalam jumlah kutipan denda setiap hari dengan sekurang-kurangnya RM2,000 didapati 'hilang', " katanya.

Tambah sumber itu, juruaudit berkenaan telah membuat laporan polis dan wanita itu digantung sementara daripada tugasnya bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis masih gagal menemui wang berkenaan tetapi sedang berusaha mengesannya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini mengesahkan perkara itu.

Beliau memberitahu, siasatan telah pun disiapkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri dengan bantuan Bukit Aman selain kertas siasatan telah diberikan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Pernah jatuh cinta

Posted: 03 Feb 2014 06:40 AM PST

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ

LEBIH senang menyerahkan soal jodoh kepada takdir dan yakin jodoh pasti ada untuknya.

PADA usia 44 tahun, masih sendiri, jangan sesekali dituding mengatakan dia tidak pernah merasai indahnya perasaan menyayangi kaum Hawa. Dalam usia yang semakin meningkat, dia adalah lelaki yang sama seperti lelaki normal lain, pernah melalui episod jatuh cinta, menyukai beberapa wanita yang dilihat istimewa di matanya.

Pun, sehingga kini, dia seperti tidak lagi bertemu titik penghujung apabila sesi jatuh cinta yang terjadi tidak berpanjangan kepada episod seterusnya.

Anuar berterus terang bahawa sudah puas dia mencari cinta, tetapi di penghujungnya, hanya kekecewaan yang membelenggu dirinya disebabkan pencarian itu tidak berjaya.

Katanya, selama ini dia pernah berkawan dengan beberapa wanita.

Namun perhubungan tersebut akhirnya kecundang sebelum sempat mereka beralih ke satu tahap yang lebih serius.

"Jadi, sekarang saya hanya berserah dengan ketentuan takdir. Sesiapa sahaja yang diketemukan selepas ini dan tertulis bahawa wanita itu jodoh saya, maka saya terima dengan hati yang terbuka. Doakanlah kebahagian saya dengan sesiapa sahaja yang bakal menjadi pilihan hati nanti.

"Cuma kalau mengikut kemahuan diri, saya lebih gemar berkawan terlebih dahulu dengan bakal pasangan sehidup semati saya. Tidak mahu satu perhubungan yang terburu-buru," katanya ringkas tanpa mahu lagi berbicara mengenai hal jodoh.

Menurut Anuar, dia juga tidak menolak jika jodohnya diaturkan oleh ahli keluarga.

Namun sehingga hari ini, keluarga tidak pernah memaksa dan begitu memahami keadaan dirinya.

Beruntung sekali mempunyai kaum keluarga yang begitu mengerti dan memahami bahawa jodoh dan pertemuan hanya boleh diatur manusia, tetapi ditentukan rezekinya oleh Yang Maha Esa.

"Mereka menyerahkan hal tersebut sepenuhnya kepada saya untuk memutuskannya. Mereka tidak begitu mendesak dan sentiasa menyokong saya. Sebab itu saya tidak ada sebarang masalah kerana keluarga amat memahami keadaan diri saya," tambahnya.

Dalam nada mengharap, Anuar berdoa agar misi pencarian suri di hatinya menemui jalan kejayaan kerana mengakui dia perlukan seorang teman yang mampu berkongsi sebarang perasaan suka dan duka di hari tuanya kelak.

"Saya tidak berputus asa tetapi lebih gemar dengan pendekatan tunggu dan lihat. Sama-samalah mendoakan agar jodoh saya dipercepatkan," pintanya.

Demi peminat

Nama Anuar selaku penyanyi tidak perlu lagi diperkenalkan di persada seni muzik tempatan lantaran keaktifan dirinya yang mula menyanyi sejak zaman kanak-kanak lagi.

Menjengah usia dewasa, keeksklusifan kariernya dijaga rapi sehingga menjadikan beliau antara penyanyi yang menerima bayaran termahal.

Sinonim dengan Minggu Setiausaha, Anuar merupakan antara penyanyi yang tidak pernah terlepas peluang untuk memeriahkan sambutan minggu tersebut walaupun sudah 30 tahun bergelar penghibur.

Justeru, pada tahun ini, buat julung kalinya, Anuar membuat keputusan untuk menganjurkan sendiri persembahan Minggu Setiausaha menerusi syarikatnya, Anuar Zain Network dengan menggunakan judul Terindah... Anuar Zain!

Dengan alasan mahukan kepuasan dan keterujaan yang maksimum, Anuar membuat keputusan tersebut agar pihaknya boleh mengawal semua aspek penganjuran, sekali gus memberi kebahagiaan kepada bakal audiens yang membeli tiket persembahannya.

"Penganjuran berkenaan bakal menjadi memori terindah buat peminat-peminat saya. Peminat adalah bisnes untuk saya. Mereka juga banyak memberi sokongan kepada saya dalam membina karier dan kerana mereka saya berada sehingga ke tahap ini.

"Dengan penganjuran Minggu Setiausaha di bawah syarikat sendiri, saya yakin dapat memberi persembahan terbaik demi kepuasan peminat setimpal dengan sokongan yang mereka berikan selama ini," katanya dalam sidang akhbar di Restoran Bijan, di ibu kota baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Anuar menjelaskan bahawa dia tidak menjayakan mana-mana persembahan sempena Minggu Setiausaha yang dianjurkan pihak lain.

"Hanya Terindah... Anuar Zain sahaja satu-satunya persembahan sempena minggu tersebut. Disebabkan ini merupakan persembahan pertama yang dianjurkan syarikat saya sendiri, jadi saya mahu memberi sepenuh perhatian terhadap penganjurannya.

"Memang ada tawaran daripada penganjur lain, tetapi saya tolak baik-baik untuk acara ini," ceritanya.

Harga tiket

Jika harga tiket konsert Tiga Dekad, Muzik, Cinta dan Sanubari yang mencecah RM698 berjaya menarik kehadiran hampir 6,000 penonton, kali ini sempena Minggu Setiausaha, harga tiket persembahan Anuar meningkat hampir sekali ganda iaitu RM1,380.

Jejaka yang berasal dari Merlimau, Melaka itu berkata, harga itu berpatutan memandangkan peminat bukan sahaja dapat menyaksikan persembahannya.

 Malah mereka juga akan disajikan dengan makanan dan hadiah di samping janjinya untuk memberi sebuah persembahan berkualiti.

"Harga itu berpatutan kerana ia merangkumi makanan di sebuah hotel ternama, door gift, kualiti persembahan dan memberi peluang kepada para peminat untuk mendekati diri saya di belakang pentas selepas mengadakan persembahan kelak.

"Kita juga menjanjikan susunan muzik yang lebih segar dan mantap bersesuaian dengan tema majlis iaitu Terindah. Ia hadiah ikhlas dari saya kepada peminat yang hadir nanti," katanya.

Dalam pada itu Anuar begitu yakin, bersandarkan kepada kekuatannya dalam industri muzik tempatan, dia mampu merealisasikan momen Terindah buat para hadirin yang memenuhi dewan makan di Hotel One World, Petaling Jaya pada 8 April nanti.

Menambah mengenai harga tiket, sebenarnya ia bermula dari harga serendah RM480 dan boleh diperoleh melalui www.ticketcharge.com.my dan terdapat 120 meja disediakan pada hari tersebut.

Duit den botingkek-tingkek, mungkin itulah yang cuba diberitahu oleh penyanyi Nubhan. Bukan Nubhan sahaja yang teruja kalau temui wang kertas lama, si pengumpul mata wang pun begitu juga. Lepas ni bolehlah Nubhan belanja peminat.

Shahrukh dihempap pintu

Posted: 03 Feb 2014 06:40 AM PST

HERO Bollywood terkenal, Shahrukh Khan, 49, mengalami kecederaan serius sewaktu menjalani penggambaran filem baharunya, Happy New Year, baru-baru ini.

Mana tidaknya, walaupun aktor yang menjadi pujaan ramai wanita itu mengatakan kecederaan yang dialaminya sedikit sahaja, tetapi hakikatnya dia terpaksa menjalani pembedahan gara-gara malang yang tidak berbau itu.

Meski menyatakan dirinya baik-baik saja, tetapi faktanya Shahrukh terpaksa menjalani pembedahan bagi mengatasi masalah kecederaan di bahagian bahu dan lengannya.

Malah ekoran kemalangan itu bahagian lututnya juga khabarnya perlu dilakukan pembedahan.

Menurut suatu sumber, sebelum pembedahan, pelakon filem hebat Dilwale Dulhania Le Jayenge itu masih memaksa dirinya untuk meneruskan penggambaran filem tersebut.

"Shahrukh hanya meminta ais daripada kru penggambaran bagi mengubati lukanya.

"Dia juga telah menjalani rawatan fisioterapi untuk mengubati bahagian bahu dan lututnya, tetapi doktor menyarankannya untuk melakukan pembedahan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini kelak," kata sumber itu.

Semua musibah tersebut terjadi gara-gara sebuah pintu hotel tempat penggambaran Happy New Year itu telah menimpa ke atas pelakon kacak terbabit.

Dia juga mengalami luka pada bahagian-bahagian badan semasa dia diperlukan untuk mengulangi adegan membuka sebuah pintu yang mana ia akhirnya terlepas daripada pegangan lantas menimpa ke atasnya.

Biarpun terdapat gambar-gambar yang menunjukkan hanyalah luka-luka kecil di bahagian tangan kirinya, namun setelah dijalankan pemeriksaan ternyata tulang lengan kirinya telah retak.

Ekoran insiden itu, doktor menyarankan kepadanya agar berehat.

"Bahu pelakon ini retak dan ototnya tergeliat. Oleh kerana itu, doktor juga menasihatinya agar berehat sehingga tiga minggu," ujar sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu lagi.

Gambar anak ketiga terdedah

Tidak cukup dengan kisahnya yang cedera gara-gara dihempap daun pintu, kisah-kisah tentang anggota keluarga Shahrukh juga tidak terkecuali daripada menjadi bualan ramai peminat.

Ia antaranya tentang gambar dan identiti anaknya, AbRam. Setelah sekian lama menyembunyikan gambar serta identiti anaknya daripada khalayak, akhirnya anak ketiga Shahrukh Khan dapat dilihat juga walaupun tidak secara terang-terangan.

Gambar anak ketiganya iaitu AbRam diambil oleh paparazi dari jauh melalui beranda rumahnya ketika sedang diasuh oleh pengasuh.

Menurut suatu sumber, Shahrukh menolak untuk menyiarkan gambar anaknya kerana mahu AbRam membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain.

"Kelahiran AbRam menjadi kontroversi di India tidak lama dulu. Shahrukh Khan turut dituduh melakukan program memilih jantina bayi, namun dia menafikan dakwaan tersebut. Dia menyatakan kalau AbRam lahir dalam keadaan tidak cukup bulan, ia boleh menyebabkan keadaan kesihatan bayi itu kurang baik," ungkap sumber itu.

Justeru, berdasarkan gambar-gambar yang diambil secara curi itu kelihatan anak kecil itu cukup baik sekali keadaannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tujuh peringatan Sultan Azlan Shah

Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST

Raja Dr. Nazrin Shah bersama Tunku Zara (kanan), Raja Dihilir Raja Jaafar Raja Muda Musa (dua dari kiri) dan Dr. Zambry Abdul Kadir (kiri) pada Majlis Kesyukuran Sempena 30 Tahun Pemerintahan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Perak, semalam.

TITAH Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Sempena Majlis Kesyukuran 30 Tahun Pemerintahan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak, semalam.

MAHA Suci Allah yang di tangan-Nya segala kerajaan; yang memberi kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan mencabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki; Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki; di tangan Engkau segala kebajikan; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Selawat dan kesejahteraan ke atas Rasul junjungan dan penghulu kami, Nabi Muhammad SAW, semulia-mulia kejadian; kurniakan rahmat ke atas Baginda, demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh kegelapan. Semoga memperoleh ihsan sehingga ke hari kebangkitan.

Alhamdulillah, dengan rahmat dan inayat dari Allah SWT, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, hari ini genap 30 tahun bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan sebagai Sultan, Yang Dipertuan dan raja pemerintah kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.

Majlis kesyukuran yang dilangsungkan pada pagi ini, adalah atas titah baginda supaya dapat dizahirkan apresiasi baginda kepada seluruh rakyat yang telah membuktikan kesetiaan dalam tempoh 30 tahun pemerintahan baginda.

Baginda bersama Tuanku Permaisuri amat ralat tidak dapat bersama di majlis ini. Baginda berdua menyampaikan salam kepada semua hadirin dan menzahirkan terima kasih di atas perutusan ucap selamat serta doa berterusan daripada rakyat jelata ke atas kesejahteraan baginda berdua.

Kesultanan Melayu Perak diasaskan oleh Sultan Muzaffar Shah I pada tahun 1528. Sultan Muzaffar Shah bersemayam selama 21 tahun di takhta pemerintahan. Seramai 34 Sultan bersemayam di takhta pemerintahan dalam tempoh 486 tahun sejarah Kesultanan Melayu Perak. Dengan penentuan Ilahi, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mula bersemayam di takhta pemerintahan pada 3 Februari 1984. Baginda ialah Sultan Perak kedua paling lama berada di takhta pemerintahan, selepas Sultan Perak ke-11, Sultan Mahmud Iskandar Shah yang bersemayam di takhta Kerajaan selama 67 tahun di antara tahun 1653 sehingga tahun 1720.

Setiap Sultan telah menyempurnakan amanah sebagai Amirulmukminin. Ketika kita di majlis ini mengangkat kalimah kesyukuran kepada Ilahi, sempena genapnya 30 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, amatlah wajar untuk kita turut menghargai khidmat bakti yang telah diabadikan kepada negeri dan rakyat oleh 33 Sultan terdahulu.

Semoga khidmat bakti kesemua 33 Marhum yang telah kembali ke Rahmatullah, diterima sebagai amal soleh dan diberikan ganjaran sewajarnya kepada roh setiap seorang dari Marhum tersebut. Sama-samalah di Majlis ini, kita menghargai khidmat bakti Marhum-Marhum tersebut dengan membacakan Suratul Fatihah, semoga apa juga ganjaran darinya disampaikan kepada roh Almarhum-almarhum yang telah berada di alam barzakh. Al-Fatihah.

Meskipun Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ketika ini masih dinasihatkan oleh pakar-pakar perubatan untuk beristirehat, namun baginda tetap mengikuti perkembangan yang sedang berlaku; malah keadaan semasa rakyat jelata senantiasa berada dalam pemikiran baginda. Sempena ulang tahun 30 pemerintahan, baginda telah menitahkan supaya dizahirkan tujuh peringatan berikut:

Pertama: Berpegang kepada prinsip ketuhanan, menginsafi kebesaran Yang Maha Mencipta berbanding kedaifan insan bertaraf hamba dengan memperlihatkan sifat-sifat tawaduk, kemanusiaan, serta kasih sayang sesama insan di samping tidak melakukan kezaliman sesama makhluk dan tidak melakukan kemusnahan kepada alam ciptaan Ilahi.

Kedua: Menyedari bahawa setiap nikmat adalah anugerah Ilahi; setiap insan wajib mengamalkan sifat bersyukur agar dikurniakan nikmat lebih besar, di samping menerima ujian dengan penuh ketabahan selaras dengan maksud ayat 17 Surah Al AnAam;

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepada mu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri, dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepada mu, maka Dia Maha Kuasa atas setiap sesuatu"

Ketiga: Pangkat dan jawatan adalah anugerah Ilahi dan hendaklah dipenuhi dengan penuh amanah, senantiasa mengingati akauntabiliti kepada rakyat begitu juga akauntabiliti ketika diadili di mahkamah Rabbuljalil di Padang Mahsyar selaras dengan peringatan yang terkandung dalam ayat 9 Surah Ali Imran bermaksud;

Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya". Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji".

Keempat: Negeri Perak dan negara Malaysia telah dilimpahkan dengan nikmat kekayaan sumber dan hendaklah diuruskan secara cekap, jujur, telus lagi berintegriti, menjauhi amalan-amalan rasuah, salah guna kuasa serta pembaziran agar negeri dapat dimakmurkan dan kehidupan majoriti rakyat dapat disejahterakan.

Kelima: Perpaduan rakyat hendaklah sentiasa diutamakan dan tidak boleh dikompromikan. Perpaduan rakyat adalah asas kekuatan negara yang telah memungkinkan kemerdekaan dicapai, ancaman komunis dimusnahkan, kemajuan dicipta serta kemerdekaan tanah air dapat dipertahankan. Bahawa rakyat di negara ini terdiri dari pelbagai kaum, mengamalkan pelbagai agama, berlatar belakangkan pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

Kepelbagaian tersebut adalah aset negara jika rakyat berjaya dibimbing untuk berfikiran rasional, mengamalkan sikap saling memahami - saling menghormati, serta tidak mudah dipengaruhi dengan sentimen yang dicetuskan oleh pihak-pihak yang berfikiran sempit lalu memilih untuk mengadu domba rakyat untuk berkonflik secara mensensasikan isu-isu agama, kaum, budaya dan bahasa. Baginda yakin majoriti rakyat bersifat rasional lagi bertanggungjawab; bahawa majoriti rakyat menghargai suasana hidup yang aman, harmoni lagi rukun.

Keenam: Mengamalkan pemerintahan yang berlandaskan undang-undang (rule of law). Undang-undang tidak sahaja perlu digubal tetapi lebih penting untuk dihormati, dikuatkuasakan secara adil - secara saksama, malah dipastikan kelihatan dilaksanakan secara adil - secara saksama, tanpa prejudis - tanpa diskriminasi melalui amalan kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan berlandaskan prinsip tanpa gentar - tanpa pilih kasih (without fear or favour).

Ketujuh: Takhta pemerintahan menyempurnakan amanah berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan, berfungsi sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Raja Pemerintah wajib mengamalkan dan mempamerkan sifat tidak memihak - tidak partisan - tidak berkepentingan demi menjamin berlakunya keadilan, membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan institusi-institusi perundangan, eksekutif dan kehakiman, lantas meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan dan sistem bernegara berteraskan amalan demokrasi - berakarkan doktrin pengasingan kuasa.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Paduka Ayahanda Raja Di Hilir, Mamanda Menteri Besar, kesemua Raja Bergelar, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Orang Besar, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Negeri, kakitangan perkhidmatan awam, anggota tentera, Polis Diraja Malaysia, badan-badan beruniform, guru-guru, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, para ulama, penghulu, imam dan pegawai Masjid, pihak swasta, badan-badan berkanun, badan-badan bukan kerajaan, badan-badan sukan serta seluruh rakyat baginda yang telah melaksanakan pelbagai peranan untuk membangunkan negeri. Kepada rakyat baginda yang terdiri daripada kaum Cina, baginda bersama Tuanku Permaisuri mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu (Gong Xi Fa Cai)

Baginda menyeru agar rakyat terus bersatu, hidup dalam semangat muhibah, rukun dan harmoni, membantu membina sebuah negara Malaysia yang maju lagi makmur, rakyatnya kukuh berpadu dan cekal bersatu. Baginda mendoakan agar terbina sebuah negara dan warga yang mendapat rahmat Ilahi seperti yang digambarkan dalam ayat 15 Sura Saba bermaksud;

Sesungguhnya bagi kaum Saba ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka ia itu dua buah kebun di sebelah kanan dan kiri; Makanlah oleh mu rezeki yang (dianugerahkan) Tuhan mu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya! (Negeri mu) adalah negeri yang baik dan (Tuhan mu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun"

Sempena Majlis kesyukuran memperingati 30 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Paduka Anakanda, Paduka Ayahanda Raja Di Hilir, sekalian Raja Bergelar, Waris Negeri, Kerabat Diraja, Orang Besar, Ahli Dewan Negara, merafakkan sembah, mengulangi ikrar taat setia, sedia menjunjung titah - sedia melaksanakan perintah Paduka Seri Ayahanda, berlandaskan hukum - bersendikan adat; dan akan sama-sama memelihara kemuliaan dan nama baik institusi kesultanan Melayu Perak demi memastikan tradisi negeri bersultan - rakyat beraja yang merupakan identiti sistem berkerajaan di bumi ini terus mendapat pengiktirafan dan penerimaan rakyat.

Ya-Wahid, Ya-Ghaffar, Ya-Latif, Ya-Qayyum, hamba-Mu memanjatkan doa agar Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Permaisuri Tuanku Bainun berada dalam kerukunan, dikurniakan keafiatan, dianugerahkan taufik - dilimpahkan hidayah, senantiasa mendapat rahmat dan lindungan Ilahi.

Dilema politik MB Selangor

Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST

Oleh Zulkiflee Bakar

Ahli Perkasa, Ahmad Zamani Imran bersama wakil penduduk Kajang mengangkat sepanduk Tolak Anwar" selepas membuat laporan polis untuk membantah tindakan ADUN Kajang, Lim Chin Cheh meletak jawatan dan memberi ruang kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, baru-baru ini.

DALAM usaha menamatkan pertelingkahan politik antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan drastik dengan meminta ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi tersebut.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di situ dan diuar-uarkan akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Melalui langkah itu, ia diharapkan meredakan perbalahan politik antara Abdul Khalid dan Azmin. Tetapi sudah wujud spekulasi bahawa apa yang berlaku sekadar sandiwara politik untuk menyingkirkan Abdul Khalid secara terhormat dan meletakkan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.

Keadaan inilah yang memungkinkan Abdul Khalid seperti mana dilaporkan oleh akhbar The Star meletakkan syarat hanya akan mengosongkan kerusi Menteri Besar jika Azmin berundur sebagai ADUN.

Sebenarnya, apa yang diperkatakan bukanlah satu rahsia. Menurut sumber dalaman PKR, Abdul Khalid sememangnya cukup berhati-hati dengan sebarang langkah politik yang dilakukan oleh Anwar.

Bagaimana kalau selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, Anwar menang tetapi menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada Azmin sedangkan ketika itu Abdul Khalid sudah pun meletakkan jawatan?

Inilah perkara yang merisaukan penyokong-penyokong Abdul Khalid sebab itulah mereka mahu Abdul Khalid bertegas dengan tidak sewenang-wenangnya menerima pelan damai oleh Anwar, kata sumber itu ketika dihubungi.

Turut menjadi perkiraan Abdul Khalid kata sumber itu lagi adalah kemungkinan kalau pun Anwar menjadi Menteri Besar ia tidak lama.

Anwar mungkin akan menyerahkan jawatan itu kepada Azmin dengan pelbagai alasan dan ketika itu Abdul Khalid sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

Justeru adalah penting bagi Abdul Khalid memastikan Azmin tidak ada dalam barisan wakil rakyat Selangor sebelum beliau meletakkan jawatan, kata sumber itu.

Sumber tersebut turut menegaskan, tidak mustahil juga untuk meredakan keadaan buat sementara waktu, Azmin dilantik menduduki Exco Kanan sebelum ditabalkan sebagai Menteri Besar.

Semua perkara ini perlu ditimbangkan oleh Abdul Khalid sebab itulah beliau perlu tegas dalam memastikan Azmin tiada laluan untuk berada dalam kepimpinan negeri Selangor, kata sumber itu.

Persoalannya, mampukah Abdul Khalid melawan kehendak politik Anwar, apatah lagi Menteri Besar Selangor itu sedang bertarung dengan orang kesayangan Anwar iaitu Azmin.

Tambahan pula seperti mana dilaporkan oleh akhbar ini, semalam, Anwar secara terbuka di hadapan penyokong-penyokong PKR di Permatang Pauh seolah-olah memperkecilkan kewibawaan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor.

Anwar mengakui wujud pelbagai masalah besar di negeri itu yang gagal diselesaikan kerajaan negeri yang diterajui oleh Abdul Khalid.

Kerajaan Selangor memang berdepan dengan masalah dalaman tetapi masih terkawal. Saya akui negeri Selangor ditadbir dengan baik dalam bidang ekonomi, tetapi masalah gereja merupakan masalah paling berat di Selangor dan menjadi isu nasional. Jadi, saya perlu tampil membantu untuk selesaikan masalah yang wujud ini. Itu kata Anwar.

Tetapi apa yang menimbulkan persoalan, ketika Anwar dilihat meragui kemampuan Abdul Khalid, Ketua Pembangkang itu ketika mengadakan perjumpaan tertutup dengan kepimpinan PKR Kedah pada Ahad lalu menyatakan Abdul Khalid akan menjadi penasihat beliau dan pengarah PRK PKR di Kajang. Keadaan itu menimbulkan persoalan apakah permainan Anwar di sebalik keputusan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang.

Atas sebab itulah sudah wujud andaian bahawa jika Abdul Khalid tidak berhati-hati, beliau akan menjadi ibarat bak kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Ia memandangkan dalam keadaan apa pun Anwar dilihat tidak akan menyebelahi Menteri Besar Selangor itu, sebaliknya akan memihak kepada Azmin yang dianggap mempunyai pengaruh besar dalam PKR.

Abdul Khalid pula dilihat tidak memiliki sokongan yang kuat biar pun Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini dikatakan berada di pihaknya.

Namun begitu setakat ini, Wan Azizah hanya diam membisu, beliau seolah-olah menyerahkan segala-galanya kepada Anwar untuk membuat percaturan politik, biar pun orang tahu sejauh mana hubungan Wan Azizah dengan Azmin.

Berikutan keadaan itu, ramai penyokong-penyokong PKR begitu yakin bahawa Abdul Khalid akan terkorban dalam permainan politik yang dicaturkan oleh Anwar kecuali beliau bertegas mahukan Azmin berundur.

Tetapi persoalannya apakah Azmin akan tunduk kepada kehendak Abdul Khalid dan adakah Anwar akan menyebelahi Abdul Khalid dengan meminta Azmin berundur? Kalau itulah yang diharapkan oleh Abdul Khalid, beliau boleh dianggap bermimpi di siang hari.

Ini kerana dalam apa situasi pun, Anwar sama sekali tidak akan mengorbankan Azmin dalam percaturan politiknya, sebaliknya beliau dikatakan bersedia bila-bila masa sahaja untuk memastikan Abdul Khalid berundur daripada jawatan Menteri Besar.

Atas sebab itulah, pengundi-pengundi DUN Kajang tidak harus terperangkap dengan agenda politik PKR. Fahamilah pilihan raya kecil yang bakal diadakan bukan terpaksa tetapi sengaja dirancang hanya semata-mata untuk menamatkan konflik dalaman PKR.

Selama ini, mereka sudah melihat bagaimana Abdul Khalid memerintah, malah Anwar sendiri mengakui dari segi ekonomi Menteri Besar Selangor itu berjaya, oleh itu kenapakah Abdul Khalid perlu dikorbankan semata-mata kerana bertelingkah dengan Azmin?

Bukankah pembangkang juga memuji Abdul Khalid kerana mentadbir negeri itu dengan bersih tanpa ada sebarang unsur penyelewengan, amalan rasuah atau salah guna kuasa?

Adakah kerana beliau berbalah dengan Azmin, maka jawatan Menteri Besar perlu dijadikan pertaruhan dan kerusi DUN menjadi perhitungan?

Apakah jaminan bahawa apabila Anwar sudah menjadi Menteri Besar, perbalahan politik antara Abdul Khalid dan Azmin akan berakhir? Sampai bilakah rakyat harus dijadikan pertaruhan semata-mata kerana pertelingkahan dalaman PKR?

Sememangnya kita bersimpati dengan Abdul Khalid kerana setelah bertungkus lumus menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dan kemudian mempertahankannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, kini beliau akan kehilangan kedudukan hanya semata-mata kerana perbalahan politik dengan Azmin.

Mungkin kalau beliau bertelingkah dengan pemimpin PKR lain, Abdul Khalid tidak akan berada dalam situasi sekarang. Kini terserahlah kepada Menteri Besar Selangor itu bagaimana hendak memastikan lawan politiknya itu tidak mengaut keuntungan berikutan pengundurannya. Inilah dilema Abdul Khalid.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Ledakan teknologi pengimejan digital

Posted: 03 Feb 2014 06:40 AM PST

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Nicole Lim menunjukkan DSLR terbaharu, EOS 100D yang memiliki pelbagai kelebihan.

KAMERA merupakan antara gajet yang mendapat perhatian masyarakat. Tambahan pula kamera digital lensa tunggal (DSLR) kini menjadi trend dalam kalangan generasi muda yang berjinak-jinak dengan dunia fotografi.

Biarpun pelbagai gajet pintar seperti telefon dan tablet memiliki kemudahan merakam imej, namun tidak dapat menandingi gaya serta pengalaman seseorang itu menggunakan kamera.

Bermula dari era filem, kini penggunaan kamera telah beralih kepada dunia digital sepenuhnya.

Apa yang pasti, peralihan tersebut menyaksikan ledakan dunia teknologi pengimejan digital ke arah satu dimensi yang lebih mengagumkan.

Menurut Pengurus Pemasaran Canon Marketing (M) Sdn. Bhd., Nicole Lim, peralihan teknologi dunia pengimejan digital masa kini adalah seiring dengan perkembangan serta kehendak masyarakat.

"Kini kita memilik pelbagai jenis kamera bermula daripada DSLR, kamera kompak dan juga kamera tanpa cermin (mirror less) yang mana semuanya fokus untuk memudahkan pelanggan menggunakannya.

"Selain itu, perisian yang terbaharu juga turut mendapat perhatian meluas di kalangan pengguna," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Jelasnya, kamera DSLR masa kini juga lebih murah dan harga mampu milik berbanding sebelumnya.

Untuk menghasilkan produk yang dekat di hati pengguna, Canon sering melakukan kaji selidik oleh pasukan kajian serta pengembangan (R&D) di kalangan pengguna.

Menerusi kaji selidik tersebut, pihaknya mencari apakah trend serta keperluan pengguna masa kini yang berkaitan dengan kamera atau dunia pengimejan.

Antara yang diminati pengguna DSLR masa kini adalah penggunaan skrin sesentuh serta kelebihan aplikasi sistem penentu kedudukan global (GPS) yang disertakan bersama produk yang dihasilkan.

Sebagai contoh, siri DSLR mampu milik yang terbaharu adalah Canon EOS 100D yang mana direka amat ringan, kecil namun tidak meninggalkan keupayaan untuk menghasilkan imej berkualiti tinggi.

Manakala Canon EOS 700D mensasarkan pengguna yang lebih muda sebagai hobi mahupun ke arah dunia pengimejan digital profesional.

Sejak sebelum dan selepas peralihan dunia digital pada tahun 2000, Canon telah menghasilkan hampir 20 model kamera bermula daripada pengguna amatur kepada profesional.

Kini, kamera DSLR perlu seiring dengan perkembangan teknologi gajet pintar agar penggunaannya dapat diselaraskan.

Senario tersebut amat disedari oleh pihak Canon. Oleh itu, bukan sahaja rekaan malah perisian serta kelebihan kamera DSLR juga turut dipertingkatkan.

Antara kelebihan yang dimuatkan dalam sesebuah kamera DSLR adalah seperti aplikasi sambungan tanpa wayar menerusi Wi-Fi, pemfokusan elektronik, rakaman video definisi tinggi (HD), mod rakaman malam dan pelbagai lagi.

Sebagai contoh, kamera DSLR kini sudah memiliki skrin sesentuh bagi menggantikan lambakan butang operasi.

Teknologi skrin sesentuh bukan sahaja dapat menjimatkan kos malah saiz skrin yang digunakan juga dapat diperbesarkan.

Penggunaan skrin sesentuh kini juga semakin popular terutamanya gajet pintar seperti telefon dan tablet dan apabila dimuatkan pada kamera, aplikasi tersebut sekali gus dapat menggantikan penggunaan pencari pandangan (view finder).

Malah, penggunaan skrin sentuh juga membolehkan pengeluar mengecilkan saiz kamera, skrin boleh diputar serta memudahkan pergerakan untuk merakamkan imej.

Namun, bagi pengguna yang lebih profesional, mereka lebih selesa dengan penggunaan butang dalam mengawal kamera DSLR menyebabkan Canon tidak mengunakan skrin sesentuh sepenuhnya.

Tambah Nicole, rata-rata pengguna yang ebih berminat untuk menggunakan teknologi skrin sesentuh adalah pengguna muda yang amatur kerana mahukan teknologi yang lebih pantas dalam perkongsian maklumat.

"Contohnya kamera kompak Canon PowerShot N yang kecil, ringan serta panel skrin yang boleh diputar dengan kelebihan perkongsian imej menerusi Wi-Fi menjadikannya sebuah kamera yang ideal untuk golongan muda masa kini.

"Mereka (golongan muda) memerlukan suatu teknologi yang pantas dalam berkongsi aktiviti, kegembiraan mahupun kehidupan seharian bersama insan yang tersayang mahupun sahabat handai," katanya.

Katanya, apa yang penting dalam menawan hati pengguna menerusi teknologi serta aplikasi yang dimuatkan di dalam sebuah kamera DSLR adalah pengeluar perlu memahami kehendak serta keperluan masa kini.

Retro dan klasik

Posted: 03 Feb 2014 06:40 AM PST

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

KEMBALI ke masa lampau, retro dan klasik. Nikon tidak lekang dengan idea untuk menarik minat peminat seni fotografi mendekati setiap produknya.

Kini, Nikon mengambil langkah yang pasti ramai dalam kalangan peminat seni fotografi akan teruja apabila melihat ahli baharu dalam barisan kamera digital lensa tunggal (DSLR) miliknya.

Sengaja direka dengan bentuk klasik dan retro, Nikon Df seolah-olah penjelmaan semula siri kamera klasik bermula era 1950an namun dilengkapi bersama perisian dan teknologi moden dan terkini.

Bukan sahaja reka bentuknya yang tampak retro, namun kelebihan kamera tersebut yang mana boleh menggunakan lensa klasik bermula pada tahun 1950an dan ke atas merupakan satu kejutan.

Sehingga kini, tidak banyak kamera moden yang boleh menggunakan lensa lama (seawal 1950an) bagi merakam imej.

Bagi golongan otai' dunia fotografi, pasti masih teruja untuk menggunakan sebuah kamera canggih namun dilengkapi bersama segala butang kawalan berbentuk klasik serta boleh digunakan bersama semua siri lensa Nikon termasuk lensa bukan AI (non-AI).

Berbekalkan penderia FX CMOS 16.2 mega piksel, pemproses imej Expeed 3 dan kadar ISO 100 hingga 12800 Nikon Df mampu merakamkan imej dengan kerangka penuh.

Selain memiliki kerangka magnesium aloi dan kalis cuaca serta habuk, Nikon Df juga dikatakan sebagai King Of Low Light hasil pengunaan pemproses imej yang sama di gunakan di dalam Nikon D4.

Dalam pada itu, setiap inci Nikon Df direka dengan penuh seni agar gajet tersebut dapat memenuhi kehendak peminat seni fotografi sama ada 'orang lama' mahu pun baru.

Digabungkan bersama lensa AF-S Nikkor 50 milimeter (mm) f/1.8 edisi khas menjadikan kamera tersebut amat praktikal untuk merakamkan imej di mana-mana sahaja anda berada.

Terdapat dalam pilihan warna hitam dan perak, Nikon Df sengaja direka agar lebih ringan dan sedikit kecil jika dibandingkan dengan barisan DSLR dengan format FX iaitu hanya seberat 710 gram (g).

Bagi memastikan subjek yang dirakam dapat di fokus dengan sepenuhnya, Nikon Df menawarkan hampir 39 poin pemfokusan (AF).

Malah pilihan beberapa mod AF iaitu Single Point AF, Dynamic-area AF', pengesan 3D dan Auto-area AF' yang mana semuanya membantu mempercepatkan proses pemfokusan agar momen yang penting dapat dirakam dengan sebaiknya.

Nikon Df juga boleh disesuaikan dengan aksesori DLSR Nikon yang terkini seperti lampu denyar tambahan, aksesori wayarles, unit sistem penentu kedudukan Global (GPS), dan slot HDMI.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Nikon Df, anda boleh melayari laman web Nikon di www.nikon.com.my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Ternak belangkas elak pupus

Posted: 03 Feb 2014 06:40 AM PST

NAMUN, setelah melihat hasil tangkapan semakin berkurangan berbanding 30 tahun dahulu timbul kesedaran dalam diri Ahmad agar taburan haiwan laut tersebut perlu dipertingkatkan.

"Sebelum ini sebagai nelayan belangkas kami hanya menangkap haiwan ini untuk dijual namun sejak akhir-akhir ini belangkas semakin berkurangan.

"Hasil daripada jualan juga semakin hari semakin merosot kerana sejak dari dahulu saya sendiri tidak pernah terfikir untuk memulihara belangkas agar haiwan ini dapat terus membiak dengan baik," katanya ketika ditemui dalam program Kembara Media Perikanan 2013 anjuran Jabatan Perikanan baru-baru ini.

Bagaimanapun usaha menternak belangkas bukanlah sesuatu yang mudah, banyak usaha serta kos perlu dikeluarkan.

Usaha Ahmad yang bersungguh-sungguh memulihara taburan belangkas telah mendapat perhatian pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan agensi tersebut telah mengeluarkan dana sebanyak RM35,000 untuk membina bilik penetasan belangkas untuknya.

Menerusi kemudahan tersebut, Ahmad kini mampu menetaskan hampir 100,000 ekor anak belangkas setiap tahun dan dilepaskan ke laut.

Anak belangkas yang baharu menetas memiliki saiz lebih kecil daripada syiling 10 sen dan tumbesarannya amat perlahan.

Untuk mencapai saiz syiling 10 sen, belangkas memerlukan jangka masa selama dua tahun.

Di pusat penetasan miliknya, Ahmad menjaga anak belangkas tersebut sehingga berumur dua tahun sebelum dilepaskan ke laut.

Tujuannya untuk memastikan kelangsungan hidup anak belangkas berada pada tahap yang tertinggi.

Bagaimanapun Ahmad tidak berkemampuan memelihara haiwan laut tersebut sehingga dewasa berikutan kekangan kewangan dan cara yang terbaik adalah melepaskan anak-anak belangkas kembali ke laut.

Pada masa yang sama Ahmad tetap meneruskan tangkapan belangkas untuk dieksport ke negara jiran, Thailand.

Akui Ahmad, usahanya menetas dan melepaskan kembali anak belangkas ke laut berbaloi apabila hasil tangkapan kini semakin meningkat.

"Jika kena pada musimnya iaitu pada bulan November sehingga Februari, hasil tangkapan mampu mencecah 1,000 ekor sebulan.

"Malah di Johor dan Melaka pernah dicatatkan hasil tangkapan mencecah lima hingga enam ribu ekor sebulan," katanya.

Ujar Ahmad, belangkas kebiasaannya mengambil masa hampir 15 tahun untuk matang, namun bagi belangkas betina apabila menginjak usia ke sembilan tahun, haiwan marin tersebut mula menghasilkan telur untuk disenyawa.

Saiz belangkas dewasa tidak menentu namun boleh dikategorikan antara berat 700 gram (g) sehingga satu kilogram (g) seekor.

Kini menerusi usaha tersebut, belangkas mampu membiak dengan lebih baik namun berapa ramaikah nelayan yang sanggup untuk melaksanakan usaha seperti Ahmad di negara ini dalam menyelamatkan haiwan prasejarah tersebut daripada diancam kepupusan.

Belangkas merupakan haiwan bercengkerang dan hidup di kawasan berair tetapi dalam keadaan tertentu, akan naik ke darat untuk tujuan bertelur.

Kuasa penyubur tanaman

Posted: 03 Feb 2014 06:40 AM PST

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
agro@utusan.com.my

Tony Peng (empat dari kanan) menunjukan contoh baja yang dihasilkan sambil diperhatikan oleh kakitangan syarikatnya.

BAJA yang dihasilkan daripada 100 peratus bahan kimia mungkin memberikan kesan yang negatif terhadap tumbuhan mahupun pengguna.

Biarpun baja jenis itu lebih mudah untuk dihasilkan serta murah, namun kesan negatif yang akan ditanggung menyebabkan kebanyakan daripada kita akan berfikir dua kali untuk membeli produk pertanian yang menggunakan baja tersebut.

Bagi mengelakkan masalah tersebut, All Cosmos Industries Sdn. Bhd. tampil memperkenalkan baja biokimia untuk penyelesaian masalah pertumbuhan tanaman.

Menggunakan jenama RealStrong, syarikat tersebut memanfatakan teknologi yang diadaptasi dari Taiwan bagi menghasilkan baja khas untuk kegunaan ladang kelapa sawit, getah, padi, buah-buahan serta bunga-bungaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tony Peng, syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1999 di negara ini bagi memasarkan produk serta melaksanakan kajian serta perkembangan (R&D) agar produk yang dihasilkan sesuai dengan keadaan cuaca di negara ini.

Ujarnya, selain Malaysia, pihaknya juga memiliki kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Taiwan, China Amerika Syarikat dan Vietnam.

"Di sini kami menggunakan teknologi bio untuk menghasilkan baja biokimia.

"Penggunaan teknologi tersebut adalah untuk mengurangkan kadar bahan kimia di dalam baja, menaikan keberkesanan serta memperbaiki fungsnya," katanya ketika di temui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Tony, penggunaan teknologi bio dalam pengasilan baja bukan sahaja dapat mengurangkan kos pengeluaran, malah turut menambah keberkesanan fungsi baja dalam menyuburkan tanah, membantu tumbesaran produk pertanian dengan lebih pantas dan pelbagai lagi.

"Menerusi penggunaan baja RealStrong, pengguna dapat menjimatkan kos pembajaan kerana baja ini hanya perlu ditabur tiga hingga empat kali sahaja setahun berbanding baja biasa iaitu enam hingga tujuh kali.

"Malah menerusi rekaan baharu iaitu, baja pintar (smart fertilizer) dapat mengurangkan serangan penyakit seperti serangan kulat Ganoderma sp. kepada tanaman kelapa sawit," katanya.

Sebagai contoh, syarikat tersebut telah menghasilkan baja baharu yang diinovasi khas untuk kegunaan tanaman kelapa sawit iaitu MPOB F4.

MPOB F4 merupakan baja bio kimia hasil kerjasama All Cosmos Sdn. Bhd. dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang mana memiliki nutrien kimia yang seimbang , dilitupi oleh bahan organik berasaskan tumbuhan dan organisma mikro.

Baja tersebut juga merupakan kombinasi baja tiga dalam satu yang lengkap serta mesra alam.

Seperti mana yang kita ketahui, kelapa sawit merupakan antara tanaman yang pesat berkembang dan sesuai dengan iklim tropika dan dikategorikan sebagai tanaman kontan negara.

Kelapa sawit memiliki pelbagai kegunaan iaitu sebagai bahan makanan, bahan asas industri dan sumber tenaga dan sehingga kini masih tiada tanaman lain dapat menggantikan fungsi serta kelebihannya.

Justeru, permintaan terhadap tanaman itu amat tinggi dan hanya beberapa negara sahaja yang memiliki kelebihan tanah serta cuaca yang sesuai untuk pertumbuhan kelapa sawit.

Malaysia memiliki ladang kelapa sawit yang besar, justeru penggunaan baja merupakan antara faktor penting dalam menentukan kestabilan hasil komoditi tersebut sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara yang baik.

Apa yang terdapat dalam baja RealStrong? Baja yang dihasilkan oleh syarikat tersebut terdiri daripada bahan kimia (N, P, K, Mg, B, TE) yang digabungkan bersama bahan organik berasaskan tumbuhan dan mikrob untuk menghasil tanaman berkualiti dalam jangkamasa panjang.

Malah, mereka turut menggunakan bahan yang mengandungi organisma mikro bermanfaat (EM) yang berperanan mengikat nitrogen daripada udara dan tanah, menguraikan fosfat dan potasium serta memecahkan bahan organik kepada bentuk yang boleh diserap oleh tumbuhan (akar).

Dalam pada itu, integrasi kimia dan bahan organik dilihat dapat mempertingkatkan pH tanah sekali gus menambah kecekapan penyerapan nutrien oleh tumbuhan serta merangsan bahan tersebut yang sedia ada di dalam tanah bagi kegunaan jangka masa panjang.

Kehadiran EM dalam baja tersebut menggalakkan pertumbuhan akar, pembentukan buah dan pengeluaran pucuk baru.

Malah, hasil daripada penggunaan organik semulajadi, baja bio kimia RealStrong membantu meningkatkan nutrien serta daya pegangan air di dalam tanah serta kelebihan penyerapan nutrien seperti zink, magnesium, kalsium, dan mangan.

Dihasilkan berdasar kajian saintifik ke atas tanah dan tanaman, baja bio kimia itu juga berkesan untuk membaiki struktur tanah yang bermasalah disebabkan penggunaan baja kimia yang berlebihan dalam jangka masa lama.

Jenama RealStrong menggunakan tiga sistem sinergi seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu bahan kimia, bahan organik dan organisma mikro bermanfaat (EM).

Antara produk yang terdapat dalam EM yang diperkenalkan menerusi baja bio kimia RealStrong adalah lapan jenis organisma mikro yang bertindak sebagai pengikat N (Natrium) dan penguraian unsur P (Pottasium) dan K (Kalium).

Namun bagi penyakit reput pangkal batang yang disebabkan Ganoderma boninense, terdapat sejenis fungi (kulat) yang digunakan untuk mengawalnya namun masih di peringkat kajian.

Kreativiti syarikat tersebut memanfaatkan teknologi bio telah mendapat perhatian kerajaan sekali gus telah menganugerahkan status syarikat BioNexus oleh Malaysia Biotechnology Corporation (BiotechCorp).

Jelas Tony, pengiktirafan tersebut menunjukkan kerajaan peka serta menyokong sepenuhnya usaha mempertingkatkan penggunaan teknologi bio di pihak industri.

"Apa yang pihak kami harapkan adalah sokongan yang berterusan dari kerajaan serta semua pihak dalam penggunaan teknologi bio kerana teknologi ini merupakan penyelesaian terbaik terhadap penghasilan tenaga, makanan, kesihatan, alam sekitar dan pelbagai lagi," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved