Isnin, 3 Februari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan negeri ada bukti Pas Kedah tidak bersih

Posted: 03 Feb 2014 03:38 AM PST

ALOR SETAR 3 Feb. - Kerajaan negeri Kedah mempunyai bukti terdapat kepincangan pengurusan dan penyelewengan yang berlaku sepanjang Pas mentadbir negeri itu sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan segala penyelewengan itu bagi membuktikan pentadbiran Pas tidak bersih, berbanding apa yang didakwa oleh pemimpin Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Laporan Ketua Audit Negara dahulu ada menyentuh mengenai kepincangan pengurusan malah ada penyelewengan yang berlaku ketika zaman pentadbiran Pas Kedah melibatkan kerajaan negeri, syarikat milik kerajaan (GLC) negeri dan jabatan di bawah kerajaan negeri.

Mungkin Mahfuz tidak baca, terlupa atau sengaja terlupa, saya tidak tahu tetapi apa yang saya tahu kepincangan pentadbiran Pas Kedah adalah antara sebab mengapa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu memihak pada kita.

Saya akan dedahkan dalam masa terdekat mengenai semua ini, tidak perlu tergesa-gesa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan dan menghadiri majlis ramah mesra bersama kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Ampang Jajar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Jabatan Peguam Negara diminta beri penjelasan

Posted: 03 Feb 2014 03:31 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bimbang mengenai spekulasi dalam media berhubung dua bekas pegawai seorang menteri Kabinet yang belum didakwa di mahkamah seperti diumumkan minggu lalu.

Pengerusinya, DatukJohan Jaaffar berkata, sebagai sebuah panel bebas, pihaknya berasa bimbang tentang perkembangan itu yang boleh menimbulkan spekulasi atau tanggapan mengenai campur tangan luar.

Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, panel itu menarik perhatian bahawa ia dengan tegas berpendapat untuk menampakkan ketelusan, Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan.

Menurut panel itu, ia kesal terhadap spekulasi bertiup kencang mengenai campur tangan politik atau pendakwaan terpilih berhubung dengan perkara itu tetapi menambah ia percaya perkara seumpama itu tidak benar sama sekali.

Panel 11 anggota itu seterusnya berkata, ia membantah keras sebarang campur tangan politik atau sebaliknya terhadap usaha SPRM untuk memerangi rasuah kerana boleh menghakis kepercayaan masyarakat terhadap SPRM, Jabatan Peguam Negara dan kerajaan sendiri.

SPRM, dalam kenyataan sebelum ini berkata seorang bekas setiausaha politik bergelar Datuk, dan pengarah sebuah daripada yayasan yang diketuai oleh Datuk berkenaan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Kanun Keseksaan atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta dan satu lagi tuduhan menipu membabitkan RM1 juta.

Panel itu berkata, ia akan meminta penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara tentang mengapa kedua-dua mereka, seorang daripadanya ialah bekas setiausaha politik, belum didakwa di mahkamah seperti diumumkan oleh SPRM, Isnin lepas.

Menurut Johan, apabila anggota-anggota panel menerima surat pelantikan semula untuk satu lagi penggal daripada Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, Perdana Menteri mengulangi komitmennya bahawa walaupun SPRM menunjukkan penambahbaikan dalam usaha memerangi rasuah, ia seharusnya meningkatkan lagi usaha ke arah itu selaras dengan aspirasi rakyat bagi menghapuskan rasuah.

Kedua-dua mereka ditangkap oleh SPRM dan dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 seorang. Ia berkata ketiga-tiga yayasan itu ditubuhkan antara 1980-an dan 2011 tetapi tidak didaftarkan sebagai pertubuhan kebajikan atau persatuan. Sebaliknya ia beroperasi sebagai syarikat.

SPRM berkata, kedua-dua mereka memegang jawatan sebagai pengarah dan anggota Lembaga Pemegang Amanah ketiga-tiga yayasan berkenaan, dan dana yayasan itu juga dikeluarkan dan ini bertentangan dengan objektif penubuhan ketiga-tiga badan itu. - BERNAMA

Isteri Apek selamat lahirkan bayi perempuan

Posted: 03 Feb 2014 02:59 AM PST

KOTA BHARU 3 Feb. - Penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek menjadi insan paling gembira apabila dikurniakan cahaya mata sulung hari ini.

Isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 23, atau Leuniey selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.75 kilogram secara normal di Hospital Pakar Perdana di sini kira-kira pukul 3 petang ini.

Ibu Leuniey, Nor Laila Abu Bakar, 42, ketika mengesahkan perkara itu berkata, kehadiran orang baharu yang juga merupakan cucu sulung amat menggembirakan keluarganya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved