Isnin, 14 November 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


UMNO boleh menang banyak

Posted:

UMNO boleh menang banyak

UMNO boleh menang banyak

PULAU PINANG 14 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan parti itu mampu menambah lebih banyak kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, selain mempertahankan 11 kerusi sedia ada yang telah dimenangi UMNO pada pilihan raya umum lalu, kajian yang dibuat pergerakan itu mendapati terdapat beberapa kerusi lain yang boleh ditawan terutama di kawasan yang wakil rakyatnya gagal menunjukkan prestasi kerja baik.

Jelas beliau, tidak ketinggalan menjadi tumpuan adalah kawasan lain yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti rendah.

''Ketika ini, kita fokus kepada pengundi muda. Kita sudah buat kajian mengenai kedudukan pengundi muda bukan sahaja di Pulau Pinang malahan negeri lain dan fokus kempen kita dalam tiga hingga enam bulan ini tertumpu kepada kumpulan ini yang memainkan peranan yang sangat penting,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemuda UMNO Malaysia Kedua di sini hari ini.

Selain strategi kempen pilihan raya, mesyuarat tersebut turut membincangkan tentang program-program yang telah disusun selama dua minggu menjelang Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini.

Menurut Khairy, dalam menjayakan gerak kerja tersebut, pihaknya akan menumpukan usaha mendekati golongan muda yang dibahagikan kepada beberapa kawasan termasuk mengikut lokasi mengundi, bandar dan luar bandar.

"Kita akan dekati mereka mengikut isu tempatan di kawasan itu begitu juga pengundi yang sebelum ini tidak kita dekati dan terlepas pandang.

"Kita akan cuba membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini dalam usaha merampas semula Pulau Pinang," ujarnya.

Sementara itu, Khairy berkata, pihaknya telah membina satu pangkalan data mengandungi maklumat mengenai semua individu yang terlibat dan diberi bantuan oleh pergerakan itu untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.

Jelas beliau, pada setiap program yang dianjurkan Pemuda terutamanya oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO, pihaknya telah mendaftarkan mereka yang terlibat di dalam sistem pangkalan data bersepadu itu yang mengandungi semua maklumat terperinci mengenai individu terlibat.

''Setakat ini SHEB telah mendaftar lebih daripada 213,000 orang yang pernah terlibat dalam program yang mereka anjurkan manakala 200,000 orang lagi kita daftarkan semasa program Karnival Kerjaya Pemuda BN yang pertama.

''Mereka ini akan kita hubungi sama ada melalui emel, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menyalurkan sebarang maklumat mengenai kempen pilihan raya umum akan datang. Kita akan dekati mereka dengan cara yang lebih berkesan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sikap suka putar belit fakta

Posted:

Sikap suka putar belit fakta

Sikap suka putar belit fakta

Oleh ABD.HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin bersama Mohd. Shafie Apdal menyaksikan persembahan silat oleh kanak-kanak Tadika Kemas pada majlis Sambutan 50 Tahun Kemas di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Sikap suka memutar belit fakta dan menabur janji-janji kosong adalah bukti kegagalan pembangkang menubuhkan sebuah kerajaan yang telus dan adil.

Itu sebahagian daripada amanat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disampaikan kepada kira-kira 6,500 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) pada ucapan tertutup Sambutan 50 tahun Kemas, di sini, hari ini.

Pesanan beliau itu dikongsi oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selepas perasmian majlis di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Muhyiddin berkata, keghairahan pembangkang menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan melalui pelbagai tuduhan dan fakta yang diputarbelit selain dikaburkan dengan janji-janji kosong.

"Dalam isu belanjawan misalnya penyampaian kerajaan dituduh tidak betul malah mereka mengaku mampu melakukan dengan lebih baik.

"Mereka juga janjikan kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan telus sedangkan apa yang berlaku di Selangor dan Kedah terbukti sebaliknya," katanya.

Turut hadir pada majlis itu kedua-dua Timbalan Menteri di kementerian itu, Datuk Hasan Malek dan Datuk Joseph Entulu Belaun serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim Muhamad.

Muhyiddin berkata, pendekatan tipu helah yang diamalkan pembangkang itu tidak akan diikuti kerana kerajaan berkhidmat atas kemampuan sebenar dan bukan sekadar menabur harapan palsu kepada rakyat.

Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan tuduhan yang diputarbelit pembangkang kerana ia hanya membawa kepada perpecahan rakyat negara ini.

Sempena sambutan itu, Muhyiddin turut mengiktiraf sumbangan Kemas dalam membangunkan sistem pendidikan negara dan pelbagai aspek penting lain seperti sosial dan ekonomi khususnya di kalangan masyarakat luar bandar.

Sementara itu, Mohd. Shafie berkata, kepakaran dan tahap penyampaian pendidikan Kemas akan terus dipertingkatkan.

"Kebanyakan guru-guru Kemas pada hari ini terdiri daripada mereka yang berkelulusan diploma jadi kita akan terus tingkatkan lagi ke peringkat ijazah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Debaran hari pertama

Posted:

Debaran hari pertama

Debaran hari pertama

Oleh NOOR DIANA AZIS, YULPISMAN ASLI dan SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com


LIMA pelajar meneliti soalan Bahasa Melayu 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka, semalam. – utusan/azli ahad


KUALA LUMPUR 14 Nov. – Seramai 468,808 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 di 3,533 buah pusat peperiksaan seluruh negara mulai hari ini hingga 14 Disember depan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati calon-calon menggunakan masa terluang mengulang kaji pelajaran buat kali terakhir sebelum memasuki dewan sekolah masing-masing bagi mengikuti peperiksaan Bahasa Melayu kertas 1 bermula pukul 8 pagi.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane, Shamsiah Ahmad berkata, pihaknya membuat persediaan sejak Februari lalu bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan tersebut.

"Saya minta calon-calon supaya tidak gugup dan yakin dengan diri sendiri," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu di PAHANG, seramai 22,490 calon termasuk 23 calon keperluan khas menduduki peperiksaan tersebut di 201 pusat peperiksaan.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Yahya Zainal Abidin berkata, jumlah tersebut turut merangkumi 450 calon daripada kalangan Orang Aslidi Kuantan, Rompin dan Pekan.


empat calon orang kurang upaya (OKU) memasuki dewan bagi menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching, Sarawak, semalam. – utusan/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


Di KEDAH, Jabatan Pelajaran negeri akan menyediakan pusat peperiksaan alternatif jika sekolah-sekolah yang terlibat dengan peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dilanda banjir.

Pengarahnya, Mansor Lat berkata, berdasarkan banjir tahun lalu, pihaknya telah mengenal pasti 18 sekolah di Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu dan Padang Terap yang berisiko tinggi dinaiki air.

Di MELAKA, seramai 15,534 pelajar tingkatan lima menduduki peperiksaan berkenaan di 112 pusat peperiksaan seluruh negeri.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Mohd. Yusuff Osman berkata, jumlah pelajar pada tahun ini meningkat sebanyak 114 orang berbanding 15,420 orang tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, seramai 13,334 calon daripada sekolah di bawah Kementerian Pelajaran, 804 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 116 calon sekolah swasta dan 1,132 calon persendirian," katanya.

Di KELANTAN, seramai 36,333 calon SPM menduduki peperiksaan tersebut di 282 pusat bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, daripada jumlah tersebut seramai 28,087 merupakan calon sekolah kerajaan, MRSM (650 calon), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) (136 calon) dan sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) 4,935 calon.

Full content generated by Get Full RSS.

Keluarga terharu jasa, sumbangan P. Ramlee dihargai

Posted:

Keluarga terharu jasa, sumbangan P. Ramlee dihargai

Keluarga terharu jasa, sumbangan P. Ramlee dihargai


SEBAHAGIAN daripada murid sekolah mengibarkan Jalur Gemilang di hadapan Sekolah Kebangsaan Tan Sri P. Ramlee di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 14 Nov. - Tiada apa yang paling menggembirakan keluarga Allahyarham Tan Sri P. Ramlee apabila jasa dan sumbangan seniman agung itu dalam arena seni negara mendapat pengiktirafan.

Semalam, Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa di Jalan Gudwara di sini dengan rasminya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tan Sri P. Ramlee.

Perasmian pengisytiharan penukaran nama sekolah itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dalam satu majlis yang diadakan di sekolah tersebut.

Walaupun tiada air mata yang mengalir, beberapa ahli keluarga Allahyarham yang hadir dilihat sebak sebaik pengisytiharan sekolah itu selamat disempurnakan.

Sepupu P. Ramlee, Abdul Rahim Rejap, 74, melahirkan rasa syukur kerana masyarakat tidak melupakan jasa yang telah dicurahkan oleh P. Ramlee semasa hayatnya.

Katanya, sebagai ahli keluarga Allahyarham yang masih hidup, dia bangga melihat usaha itu mendapat pengiktirafan masyarakat.

''Walaupun sudah 38 tahun dia meninggalkan kita, masih ramai yang tidak jemu menonton filem dan mendengar lagu P. Ramlee. Sudah pasti saya terharu kerana generasi muda yang tidak pernah bersama P. Ramlee juga meminatinya.

''Hari ini, perasaan saya bertambah gembira kerana sekolah pertama beliau kini dinamakan atas namanya. Jika beliau masih hidup, pasti beliau amat gembira dengan pengiktirafan yang diberikan ini," katanya yang pernah tinggal serumah dengan P. Ramlee ketika zaman kanak-kanak.

Sementara itu, bagi Rosli Abdul Rahim, 50, dan adiknya Azman, 46, tidak banyak kenangan yang mampu diingat memandangkan bapa saudara mereka itu sudah tiada ketika mereka masih kecil.

Namun, kata mereka, jauh di lubuk hati masing-masing sebenarnya mereka amat kagum dengan penghormatan yang diberikan oleh semua pihak terhadap seniman itu.

''Ayah selalu bercerita tentang P. Ramlee terutama ketika mereka masih kecil. Dari kecil sehingga besar, kami memang telah didedahkan dengan cerita-cerita tentang Allahyarham.

''Setiap kali 29 Mei, hati saya sedih. Tarikh itu merupakan tarikh pemergian bapa saudara saya itu. Namun, cerita-cerita lakonannya yang masih ditayangkan di televisyen ketika ini sedikit sebanyak mengubat perasaan kami," kata Azman.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kuartet 4x400m cipta kejutan

Posted:

Kuartet 4x400m cipta kejutan

Kuartet 4x400m cipta kejutan


Atlet terjun Yeoh Ken Nee (atas) dan Bryan Nickson Lomas memenangi pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama lelaki akhir di Pusat Akuatik Jakabaring, Palembang, semalam. – BERNAMA


PALEMBANG – Datang bersama kontroversi dan langsung tidak diletak harapan, kuartet 4x400 meter lelaki negara melakar kejutan terbesar pada penghujung cabaran hari ketiga Sukan SEA XXVI apabila menghadiahkan pingat emas paling tidak diduga di Stadium Olahraga Jakabaring.

Kombinasi Muhammad Yunus Lasaleh, Sehzuan Ahmad Rosely, P. Yuvaraaj dan S.Kannathasan pada awalnya tidak disenaraikan ke Sukan SEA dan hanya mendapat tempat dalam kontinjen pada saat akhir, mengetepikan segala ujian dengan menggondol emas menerusi catatan masa 10.47s.

Malaysia, yang kali terakhir memenangi emas 4x400m lelaki pada Sukan SEA Korat 2007, menumpaskan Filipina dan Thailand.

Malah, ia merupakan emas kedua yang hadir daripada lapangan olahraga semalam selepas Lee Hup Wei sebelum itu mengotakan janjinya untuk mempertahankan kejuaraan lompat tinggi lelaki menerusi lompatan sederhana, 2.15m, jauh daripada catatan terbaiknya, 2.27m.

Terjun pula terus menjadi sukan yang tidak menghampakan apabila menambah dua lagi emas menerusi kombinasi Yeoh Ken Nee-Bryan Nickson Lomas (3 meter papan anjal lelaki) dan Leong Mun Yee-Traisy Vivian dalam 10m platform wanita.

Selepas menokok empat emas, empat perak dan tujuh gangsa pada hari ketiga, Malaysia kini menghuni tangga kelima kedudukan pingat keseluruhan menerusi 12 emas, 14 perak dan 22 gangsa.

Indonesia terus unggul dengan 55 emas, diikuti Thailand 35, Vietnam 26 dan Singapura 18.

Biarpun diceriakan dengan empat emas, hari ketiga Sukan SEA XXVI dijejaskan dengan kegagalan bintang renang Khoo Cai Lin mempertahankan pingat emas dalam acara kegemarannya, 400m gaya bebas.

Turun sebagai sasaran, Cai Lin sekadar meraih perak dengan 4:16.54s, namun masa yang melayakkannya dia ke Sukan Olimpik dalam kategori B. Malah, perenang muda, Chan Kah Yan memberi sedikit keceriaan apabila mencipta rekod baru kebangsaan, 29.55ss dalam 50m kuak lentang wanita untuk meraih perak.

Hari ceria Malaysia turut dicemari beberapa keputusan kontroversi dalam acara karate dan taekwondo, yang menafikan hajat Malaysia untuk menambah sekurang-kurangnya dua lagi emas.

Dalam taekwondo kelas bawah 46kg wanita, Nurul Asfah Mohamed Johari kalah 5-8 kepada lawan dari Indonesia, Fransisca Valentin menerusi keputusan berat sebelah juri ketika.

Karate kumite berpasukan wanita turut menerima nasib serupa apabila kombinasi G. Yamini, Jamalliah Jamaludin dan A. Nisha kalah Indonesia 2-1.

Pungutan pingat emas negara dijangka kembali rancak hari ini, andai acara disasarkan tidak mengalami kejutan.

Olahraga mempunyai dua lagi emas untuk diburu menerusi dua bintangnya, Noraseela Mohd. Khalid (400m lari berpagar) dan Roslinda Samsu, lompat bergalah wanita.

Dalam renang, Siow Yi Ting menjadi harapan untuk menamatkan kemarau emas negara apabila turun mempertahankan kejuaraan 100m kuak dada wanita, manakala Cai Lin memperoleh peluang menebus dalam 800m gaya bebas wanita.

Boling yang mensasarkan tiga emas di Jakarta turut memulakan pemburuan dengan bermulanya acara perseorangan.

Tanpa Esther Cheah, kekuatan skuad wanita tidak tergugat, begitu juga dengan skuad lelaki yang diketuai juara berganda Sukan Asia 2010, Alex Liew.

Harapan emas juga diarah kepada menembak (Nur Suryani Mohamed Taibi dan Shahera Rahim Raja, 10m air rifle wanita) manakala badminton menjadi tumpuan peminat di Jakarta, apabila Malaysia menentang musuh tradisi, Indonesia di Stadium Istora Senayan untuk memburu emas berpasukan lelaki. – Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

'Bukan Singapura tentu nasib'

Posted:

'Bukan Singapura tentu nasib'

'Bukan Singapura tentu nasib'


IZZAQ Faris Ramlan (kanan) menanduk kemas bola ke gawang gol semasa menentang Kemboja, kelmarin. Malaysia yang menang 4-1 pada perlawanan itu akan bertemu Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan A bagi menentukan tempat ke babak separuh akhir.


JAKARTA - Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee tidak mahu bergantung kepada keputusan perlawanan di antara Singapura dan Thailand Khamis ini dalam menentukan nasib untuk ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA XXVI.

Saingan ke separuh akhir Kumpulan A kini menjadi rebutan antara Malaysia dan Singapura setelah Thailand tiada lagi harapan akibat kalah 1-3 kepada Indonesia, kelmarin.

Ini bermakna, jika Singapura, yang kini memiliki empat mata, kalah atau seri dengan Thailand Khamis ini, maka Malaysia akan mengiringi Indonesia, yang sudah layak ke separuh akhir.

Namun, jika Singapura menang, Malaysia yang kini mengumpul tujuh mata, perlu sekurang-kurangnya seri apabila berdepan Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan A itu nanti.

Bagi Kim Swee, dia tidak mengendah atau memikirkan apa juga keputusan perlawanan di antara Singapura dan Thailand, sebaliknya fokus untuk mendapat mata apabila berdepan Indonesia.

"Nasib kita untuk ke separuh akhir ditentukan oleh pemain sendiri, bukan bergantung kepada keputusan perlawanan lain.

"Saya tidak mahu membuat perkiraan sedemikian (bergantung keputusan Singapura-Thailand). Sama ada Singapura menang atau kalah, itu tidak penting, yang penting kita kena mengutip mata pada pertembungan dengan Indonesia nanti," katanya.

Ditanya sama ada akan wujud 'pakatan' kemungkinan Thailand, yang sudah tersingkir daripada perebutan ke separuh akhir akan memberi kemenangan kepada Singapura, Kim Swee berkata, ia tidak mungkin berlaku.

"Walaupun sudah tiada peluang untuk ke separuh akhir saya percaya Thailand akan bermain bersungguh-sungguh demi maruah mereka," katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee meminta pemain supaya berhati-hati dan mengawal perasaan ketika berdepan Indonesia nanti, bagi mengelak insiden buang padang seperti mana yang menimpa dua pasukan yang berdepan Indonesia sebelum ini, iaitu Singapura dan Thailand.

Pada perlawanan kedua pasukan tuan rumah, Singapura terpaksa beraksi dengan 10 pemain, setelah seorang pemain dikenakan kad merah.

Kelmarin, giliran Thailand pula dan lebih parah mereka beraksi dengan sembilan pemain kerana dua pemain mereka dibuang padang.

Mengulas kemungkinan pengadil memihak kepada tuan rumah, Kim Swee berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan soal mutu pengadilan.

"Saya cuma harap pemain supaya waspada dan tidak beraksi mengikut perasaan bagi mengelak insiden yang dialami Singapura dan Thailand, menimpa kita pula," katanya. - Utusan

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tidak akan berhasil - Hisham

Posted:

Tidak akan berhasil - Hisham

Tidak akan berhasil - Hisham

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my


HISHAMMUDDIN Tun Hussein beramah mesra dengan peserta Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Komander Briged Pasukan Gerak Am, Komander dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) yakin usaha pihak tertentu untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengedaran dan memproses dadah tidak akan berhasil kerana kemampuan pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memerangi jenayah itu.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berikutan terdapat pelbagai taktik serta strategi digunakan sindiket dadah antarabangsa untuk berselindung dan mengaburi pihak berkuasa.

Malah, katanya, hasil maklumat diperoleh, pihak berkuasa percaya Malaysia setakat ini hanyalah dijadikan sebagai negara transit untuk menyeludup dadah itu ke negara lain.

"Tidak mungkin dadah dikesan pihak polis itu diguna dan dipasarkan kepada warga kita. Mereka (pengedar dadah) menjadikan negara ini sebagai negara transit sahaja.

"Kita kena faham situasi realiti dunia hari ini apabila dadah, senjata, maklumat, keganasan serta penyeludupan manusia adalah akibat fenomena globalisasi.

"Negara ini, mungkin menjadi hab dadah jika PDRM tidak peka dan membuat penguatkuasaan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Komander Briged Pasukan Gerak Am (PGA), Komander dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemungkinan Malaysia dijadikan hab pengedaran dadah ekoran hampir setiap hari terdapat rampasan dan tangkapan dadah dibuat pihak berkuasa.

Terbaru, PDRM menumpaskan satu sindiket dadah antarabangsa dan merampas sejumlah syabu dan ekstasi bernilai lebih RM20 juta, dipercayai didalangi warga Belanda, Jumaat lalu.

Dalam perkembangan sama, Hishammuddin juga memberitahu, tangkapan dadah yang dilakukan pihak berkuasa harus dipandang secara positif kerana keberkesanan PDRM dalam menumpaskan sindiket tersebut.

"Usaha dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (menumpaskan sindiket) harus dipandang sebagai kejayaan dan sekiranya tiada usaha untuk memerangi, mungkin memang betul negara ini akan menjadi hab dadah," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Polis sudah lengkapkan kertas siasatan

Posted:

Polis sudah lengkapkan kertas siasatan

Polis sudah lengkapkan kertas siasatan

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung Program Seksualiti Merdeka 2011 dan dijangka menyerahkannya kepada Peguam Negara (AG) untuk pendakwaan dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya menyerahkan kepada AG untuk menyemak kertas itu yang disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 27A(1)(C) Akta Polis.

"Kita telah ambil kenyataan daripada puluhan pihak termasuk penganjur dan akan menyerahkan (kertas siasatan) kepada AG yang akan tentukan sama ada pendakwaan dilakukan atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika diminta mengulas hasil siasatan polis terhadap program terbabit selepas merasmikan Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Komander Briged Pasukan Gerak Am (PGA), Komander dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, di sini hari ini.

Polis sebelum ini telah mengambil keterangan lebih 50 individu termasuk penganjur, penyokong dan peserta program berkenaan antaranya, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga; Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee; aktivis wanita, Maria Chin Abdullah serta Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.

Terdahulu, pada persidangan itu, Hishammuddin menyerahkan sijil kecemerlangan kepada pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Turut menerima Ketua Urusetia NKRA Bukit Aman, Datuk Abdul Samah Mat; Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh; Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin serta kepada Persatuan Keluarga Polis (Perkep).

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin memberitahu, sebanyak 2.3 juta warga asing telah didaftarkan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) sehingga kini.

Katanya, walaupun berpuas hati dengan jumlah yang telah didaftarkan, namun tidak bermakna usaha lain tidak akan dilakukan.

"Daripada jumlah itu, kita mendapati 400,000 warga asing dari Bangladesh tetapi 300,000 dari mereka adalah pendatang asing tanpa izin (PATI)," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Taman Gelora lokasi riadah santai

Posted:

Taman Gelora lokasi riadah santai

Taman Gelora lokasi riadah santai

Oleh NOREHAN SALEH
utusanpahang@utusan.com.my


Pasangan ini menggunakan kemudahan yang ada untuk melakukan senaman di Taman Gelora, Kuantan.


KUANTAN 14 Nov. - Jika memperkatakan mengenai Kuantan, pasti yang terlintas adalah Pantai Teluk Chempedak berikutan kemasyhurannya di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.

Sebenarnya Kuantan mempunyai pelbagai lokasi menarik lain seperti Taman Esplanade, Air Terjun Pandan, Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah dan Pantai Balok.

Tidak terkecuali, Taman Gelora yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Kuantan yang turut mempunyai pengunjungnya yang tersendiri.

Menariknya, mereka menjadikan taman rekreasi tersebut sebagai lokasi untuk menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga.

Seperti yang semua maklum, aktiviti fizikal tanpa mengira peringkat usia adalah penting untuk kesihatan, namun ketiadaan kawasan sesuai boleh membantutkan usaha tersebut.

Justeru, dengan landskap Taman Gelora yang menarik lagi santai, ia menjadi pilihan buat masyarakat di sini untuk bersenam terutama pada waktu pagi dan petang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong, kira-kira 1,200 masyarakat di sini setiap hari mengunjungi taman rekreasi itu sebagai lokasi untuk mereka bersenam selain meluangkan waktu bersama keluarga.

Beliau berkata, jumlah pengunjung semakin menggalakkan selepas banyak kemudahan disediakan kerajaan negeri seperti laluan joging, peralatan senaman dan gelanggang tenis.

"Malah, terdapat tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melakukan senaman berkumpulan pada setiap hari di Taman Gelora dan ini menunjukkan penduduk Kuantan amat mementingkan penjagaan kesihatan.

'"Mereka bukan sahaja bersenam dan berjoging, malah turut melakukan senamrobik, tarian poco-poco dan taici.

"Lebih menarik apabila diadakan program 10,000 langkah anjuran Nestle dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada setiap hujung minggu sebagai usaha menerangkan kepada masyarakat bahawa pentingnya menjaga kesihatan," katanya.

Hong Seong berkata, pihak sekolah juga sering memilih taman rekreasi yang terletak berhampiran pantai itu terutama dalam aktiviti perkhemahan peringkat sekolah.

"Suasana akan lebih meriah pada hujung minggu kerana ramai yang datang ke Taman Gelora untuk bersenam atau bersantai bersama ahli keluarga," katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga bercadang untuk membina laluan basikal di Taman Gelora bagi menarik golongan belia menyertai aktiviti berbasikal.

"Laluan tersebut akan dibina dalam tempoh terdekat selepas menyedari penyertaan golongan belia dalam aktiviti berbasikal amat menggalakkan," katanya.

Tambahnya, penyediaan laluan tersebut juga akan mengekalkan kehijauan sekali gus menggalakkan amalan memelihara alam sekitar di kalangan masyarakat.

"Dengan adanya laluan berbasikal tersebut, diharapkan agar masyarakat di sini terus menjaga kesihatan dan menjadikan Taman Gelora sebagai pusat riadah," kata Hong Seong.

Sementara itu, katanya, pihaknya juga telah memohon penambahan peralatan senaman di kawasan itu kepada MPK pada Mesyuarat Tindakan Peringkat Daerah bagi kemudahan pengunjung.

Dalam pada itu, beliau turut meminta MPK agar mengindahkan Tasik Teratai di Taman Gelora yang ketika ini lebih banyak dipenuhi tumbuhan lain.

"Dalam mesyuarat itu, saya telah mencadangkan agar MPK melakukan sesuatu kepada tasik tersebut supaya ia dapat dipelihara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Hargai kemudahan yang disediakan

Posted:

Hargai kemudahan yang disediakan

Hargai kemudahan yang disediakan


Palang gayut di antara kemudahan yang terdapat di taman rekreasi, Taman Gelora, Kuantan.


KUANTAN 14 Nov. – Kemudahan serta suasana Taman Gelora yang cukup kondusif menjadikan lokasi itu pilihan warga Kuantan untuk melakukan aktiviti fizikal bersama keluarga terutama pada hujung minggu.

Bagi Abdul Rani Patmo, 49, trek joging yang melalui deretan pohon rhu di samping lokasinya yang terletak berhampiran pantai menjadi punca beliau datang bersenam di kawasan itu pada hujung minggu.

"Apabila bersenam, kita juga perlu memastikan keadaan kawasannya selesa dan selamat.

''Ciri-ciri itu sememangnya ada di Taman Gelora dan sebab itu ia menjadi lokasi pilihan saya sejak beberapa tahun lalu," katanya ketika ditemui di sini.

Ridzar Musa, 55, berkata, usia bukan penghalang untuk beliau melakukan aktiviti fizikal demi memperolehi tubuh badan yang sihat.

"Saya sentiasa datang ke sini terutama pada hujung minggu untuk melakukan senaman kerana usia sebegini bukanlah penghalang untuk saya menjaga kesihatan.

"Saya memilih datang ke sini kerana selain dapat berjoging dalam suasana yang santai dan selamat, kerajaan juga menyediakan peralatan senaman lain yang memudahkan pengunjung melakukan aktiviti fizikal," katanya.

Dalam pada itu, menurut Samsuddin Bakar, 50, beliau juga tidak mahu ketinggalan untuk mengekalkan tahap staminanya dan akan meluangkan masa selama tiga jam pada hujung minggu di Taman Gelora untuk bersenam.

''Saya berharap kemudahan yang ada dapat diselenggara di samping setiap pengunjung perlu menjaganya dengan baik untuk kepentingan semua," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Empower ECER bantu pelajar

Posted:

Empower ECER bantu pelajar

Empower ECER bantu pelajar

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


Nasaruddin Mohamad menyampaikan bantuan daripada pengurusan Empower kepada Noratikah Mohd. Fadril sambil disaksikan Guru Besar Sekolah Pelangai, Abdul Latif (kiri) dan Ketua Kampung Bukit Gajah, Hamzah Said (dua dari kiri) di rumah Mohd. Fadril di Bentong, baru-baru ini.


BENTONG 14 Nov. - Bantuan yang diberikan kerajaan mahu pun pihak swasta menjadikan kemiskinan bukan lagi penghalang untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

Antara pihak yang terlibat menyalurkan bantuan itu adalah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menerusi program Empower yang menyasarkan untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar dari keluarga miskin.

Penerima terbaru di bawah program itu ialah keluarga Mohd. Fadril Othman, 41, dari Kampung Bukit Gajah, dekat sini.

Pemilihan Mohd. Fadril dibuat memandangkan dia yang bekerja sebagai nelayan sungai hanya mampu meraih pendapatan kira-kira RM750 sebulan untuk membesarkan lima orang anak yang masing-masing berusia antara enam hingga 17 tahun.

Kehidupan keluarga itu mendapat perhatian apabila salah seorang anaknya, Noratikah, 12, yang dipilih menyertai kelas tuisyen program Kecemerlangan Anak Harapan Empower di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelangai menunjukkan potensi membanggakan.

Malah, pada peperiksaan percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung baru-baru ini, dia mendapat keputusan 4A 1C.

Melihat kesukaran hidup keluarga Mohd. Fadril, pengurusan Empower memberikan bantuan berupa meja, alat tulis, buku teks, buku kerja dan latihan, beg serta keperluan sekolah yang lain kepada anak-anaknya yang masih bersekolah.

Penyelaras Projek Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (KSM), G. Thinish berharap dengan bantuan itu dapat meringankan bebanan Mohd. Fadril untuk menyediakan keperluan sekolah anak-anaknya tahun depan.

''Selain kelas tuisyen dan motivasi kepada pelajar sekolah terpilih di bawah Program Empower, pihak kami turut melawat rumah keluarga pelajar terbabit untuk melihat persekitaran keluarga berkenaan,'' katanya selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut di rumah Mohd. Fadril dekat sini, baru-baru ini. Turut hadir Penghulu Mukim Pelangai, Nasaruddin Mohamad.

Menerusi bantuan itu, Thinish berharap, Noratikah dan adik-beradiknya yang lain dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan mampu mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Di samping itu, isteri Mohd. Fadril, Junaimah Lamgah, 38, turut menyertai kelas masakan program Empower di Simpang Pelangai.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


China kemuka tuntutan baru

Posted:

China kemuka tuntutan baru

China kemuka tuntutan baru

MANILA 14 Nov. – China menuntut dua kawasan baru yang terletak hanya 79 kilometer dari sebuah wilayah Filipina selepas Manila mempelawa pelabur asing mencari gali minyak dan gas di kawasan itu, tetapi Filipina menolak tuntutan Beijing.

Penolong Setiausaha Tenaga Filipina, Jose Layug Jr. hari ini berkata, China membantah rancangan cari gali itu pada Julai lalu.

Kawasan yang dituntut oleh China itu adalah yang paling hampir dengan perairan pulau utama Filipina, dalam pertikaian wilayah yang makin tegang di Laut China Selatan.

Tindakan Beijing itu dijangka menguatkan tekad Filipina untuk memohon ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pertikaian berpanjangan yang melibatkan China, Filipina dan empat negara lain.

Antara kawasan yang menjadi rebutan ialah Kepulauan Spratly terdiri daripada 190 pulau, terumbu, terumbu karang dan beting yang dipercayai kaya dengan minyak dan gas asli.

Bagaimanapun dua kawasan baru yang dituntut oleh China itu bukanlah sebahagian daripada Kepulauan Spratly, kata Layug.

Kedutaan China membuat bantahan kepada kerajaan Filipina pada 4 Julai lalu selepas Manila mempelawa syarikat-syarikat asing mengemukakan tawaran bagi mencari gali minyak dan gas di 15 kawasan.

Pegawai China memprotes kemasukan 'kawasan 3 dan 4' yang terletak ke barat laut wilayah Palawan, dengan mendakwa kedua-dua kawasan tertakluk kepada 'kedaulatan China yang tidak boleh dipertikaikan', menurut laporan kerajaan Filipina.

China meminta Filipina membatalkan rancangan cari gali di kedua-dua kawasan tersebut, satu daripadanya terletak hanya 79 kilometer ke barat laut Palawan.

Namun Layug berkata, kerajaan Filipina memberitahu China kedua-dua kawasan itu terletak dalam lingkungan perairan Filipina.

"Tidak ada keraguan sama sekali, semua kawasan yang kami tawarkan untuk kontrak cari gali terletak di wilayah Filipina," ujar Layug. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Militan Taliban ugut serang jirga

Posted:

Militan Taliban ugut serang jirga

Militan Taliban ugut serang jirga

KABUL 14 Nov. - Taliban di Afghanistan mendakwa pihaknya mempunyai pelan keselamatan rahsia kerajaan bagi pertemuan penting ketua-ketua kabilah minggu ini, tetapi pegawai menafikan ketulenan dokumen tersebut.

Jirga iaitu perhimpunan tradisional itu dijangka bermula di Kabul Rabu ini dan dihadiri kira-kira 2,000 ketua kabilah yang membincangkan tentang hubungan jangka masa panjang Afghanistan dengan Amerika Syarikat (AS).

Pelan itu diterbitkan dalam laman web Taliban semalam, yang memaparkan peta satelit lokasi majlis berlangsung, nombor telefon bimbit pegawai-pegawai tinggi keselamatan dan maklumat lokasi kedudukan pasukan keselamatan.

Menurut kumpulan militan itu menerusi kenyataan media, mereka berjaya mendapatkan perancangan keselamatan, peta dan beberapa dokumen lain yang berkaitan dengan perhimpunan tersebut.

Taliban mendakwa dokumen- dokumen tersebut dirampas anggota mereka yang berada dalam kerajaan.

Kumpulan militan itu yang merupakan punca pemberontakan selama 10 tahun di Afghanistan turut mengugut untuk menyerang pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, pegawai kerajaan Afghanistan dan tentera antarabangsa berkata ia adalah maklumat palsu.

"Kami sekeras-kerasnya menolak kenyataan Taliban itu.

"Sekiranya dokumen itu benar, mereka (Taliban) sudah pasti akan menggunakannya untuk menyerang jirga. Sekiranya benar, mengapa mereka menerbitkannya di laman web?," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Abdul Rahman Rahman yang bertanggungjawab dalam aspek keselamatan dan kepolisan pada satu sidang media di Kabul. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Dua jet enjin dibungkus atas arahan TUDM – Saksi

Posted:

Dua jet enjin dibungkus atas arahan TUDM – Saksi

Dua jet enjin dibungkus atas arahan TUDM – Saksi

SHAH ALAM 14 Nov. – Seorang juruteknik di Airod Sdn. Bhd. memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau dan seorang rakan setugasnya bertindak mengunci dua kontena selepas dua jet enjin yang dikatakan dicuri dua tahun lepas selesai dibungkus dan dimasukkan ke dalam kontena itu pada dua tarikh berlainan.

Osman Abdullah, 52, yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan keempat berkata, dia dan Omar Itam mengunci kontena tersebut dengan menggunakan 34 bolt dan nat selepas ia ditutup dengan menggunakan kren oleh seorang lagi juruteknik, Hilal Mohd. Yusof.

"Jet enjin F5 dengan nombor siri E227718 dibungkus pada 21 Jun 2007 manakala enjin nombor E227856 pula dibungkus pada 25 September 2007.

"Semua ini tercatat dalam borang yang diisi untuk Airod buat tuntutan jam kerja. Selepas itu kedua-dua kontena dihantar semula kepada TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia)," katanya.

Saksi itu memberikan keterangan dalam perbicaraan terhadap Sarjan TUDM, N. Tharmendran, 43, dan ahli perniagaan, K. Rajanprasad yang didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi pada 30 April 2008.

Menurut Osman, dia memulakan kerja-kerja membungkus enjin tersebut selepas mendapat arahan dan kebenaran daripada 12 Skuadron TUDM dengan membuka aksesori enjin yang perlu seperti adapter enjin dan transmitter tekanan minyak.

Katanya, ia diikuti oleh kerja-kerja untuk membolehkan keadaan enjin diikat di dalam kontena sebelum ia diangkat masuk ke dalam kontena dan dilekatkan dengan label berwarna kuning yang mengandungi nombor siri, jenis kerosakan dan lain-lain lagi.

"Bagi mengelakkan enjin berkarat, ia disembur dengan minyak OM10. Kemudian Hilal buat pemeriksaan sebelum kontena ditutup bagi memastikan keadaan enjin selamat untuk penghantaran," jelas saksi.

Sementara itu, Hilal yang turut memberi keterangan hari ini pula menyatakan bahawa label yang dilekatkan pada kedua-dua enjin tersebut adalah label khas yang hanya dikeluarkan oleh Syarikat General Electrical untuk enjin tersebut.

Katanya, walaupun secara amnya jet enjin dan kontena itu tidak dapat dicamkan melalui foto-foto yang ditunjuk, ia boleh dipastikan melalui label yang tidak boleh dijumpai pada tempat atau barangan lain kecuali enjin jet jenis F5 sahaja.

"Dalam gambar susah nak dikenal pasti. Tetapi label ini tidak boleh direka oleh mana-mana syarikat. Ia dikeluarkan khas oleh satu syarikat dan dikhaskan untuk enjin jenis ini sahaja," jelasnya semasa disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hamidi Mohd. Noh.

Perbicaraan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin bersambung esok.

Full content generated by Get Full RSS.

Cerai suami: Dua madu tarik tuntutan

Posted:

Cerai suami: Dua madu tarik tuntutan

Cerai suami: Dua madu tarik tuntutan

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Dua madu yang berpakat untuk bercerai dengan suami mereka pada September lalu, hari ini menarik balik permohonan perceraian masing-masing di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini.

Siti Shahina Abdul Rahim dan madunya, Marziana Zakaria selaku plaintif turut menarik balik permohonan cerai secara fasakh yang dikemukakan terhadap suami mereka, Liaquat Ali.

Perkembangan terbaru itu dimaklumkan oleh seorang kakitangan mahkamah berkenaan kepada para pemberita sejurus selepas semua kes lain selesai didengar di mahkamah tersebut.

Bagaimanapun, kesemua pihak dalam kes perceraian pasangan madu itu bersama Liaquat yang masing-masing tidak diwakili peguam syarie tidak hadir ke prosiding hari ini.

Kemelut rumah tangga tersebut menarik perhatian media apabila kedua-dua wanita berkenaan yang didakwa saling sihir-menyihir antara satu sama lain berpakat untuk bercerai secara baik dengan suami mereka setelah mendakwa tidak tahan dengan sikap buruk lelaki itu.

Dakwaan perbuatan khurafat tersebut diberitahu oleh Liaquat selaku defendan ketika kes itu didengar buat pertama kali di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin, September lalu.

Marziana selaku isteri kedua kemudian menjelaskan sikap buruk suaminya yang panas baran dengan memaki-hamun dan memukul mereka merupakan punca dia dan madunya mengemukakan permohonan cerai tersebut.

Selain itu, wanita terbabit mendakwa dia dan Siti Shahina yang tinggal serumah pernah melihat masing-masing dipukul, dimaki dan dimarahi oleh Liaquat.

Pada prosiding tersebut, mahkamah memutuskan agar setiap plaintif dan defendan melantik seorang wakil untuk menganggotai Jawatankuasa Pendamai yang diwujudkan bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut rumah tangga berkenaan.

Namun, kedua-dua isteri itu telah menolak cadangan untuk berdamai dengan tidak membawa wakil untuk menganggotai jawatankuasa tersebut ketika sebutan pada bulan lalu.

Keengganan untuk berdamai itu telah menyebabkan Shaiful Azli menasihatkan kedua-dua plaintif berkenaan membatalkan permohonan cerai secara baik dan memfailkan tuntutan baru iaitu cerai secara fasakh yang sepatutnya didengar pada hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Karya tulus dari hati

Posted:

Karya tulus dari hati

Karya tulus dari hati

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN dan ihsan APPARAT FILMS


FILEM Bunohan juga mendapat sentuhan pelakon hebat, Wan Hanafi Su sebagai Pok Eng.


ADA seorang teman bertanya, apakah istimewanya filem Bunohan sehingga ia mampu menjelajah dunia walaupun belum ditayangkan di negara ini.

Bukan itu sahaja, Bunohan juga mencipta rekodnya sendiri apabila ia mendapat hak pengedaran oleh Universal Pictures untuk menayangkan filem itu hampir ke seluruh dunia tidak lama lagi.

Apa yang membanggakan, Bunohan juga kini sudah mendapat tempat di beberapa festival filem antarabangsa sehingga mendapat ulasan yang sangat positif daripada pengkritik filem asing.

Sebagai contoh, sewaktu Bunohan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011 di Kanada sekitar September lalu, ia merupakan antara filem asing yang mendapat perhatian meluas.

Tidak cukup dengan itu, Bunohan juga mendapat ulasan positif dari majalah hiburan ternama, Variety dan The Hollywood Reporter yang menyifatkan filem itu sebagai sebuah karya yang cukup menakjubkan.

Malah, pujian melambung juga telah diberikan kepada semua barisan pelakon yang telah memberikan lakonan hebat dan mantap sehinggakan salah seorang pelakon utamanya, Faizal Hussein yang membawakan watak Ilham dalam filem itu dilabelkan sebagai Jack Palance Malaysia.

Memang sukar untuk memberikan jawapan itu kerana penulis sendiri belum pernah menonton filem tersebut melainkan sedutannya sahaja seperti mana yang terdapat di YouTube.

Bertemu dengan pengarahnya, Dain Said untuk membicarakan tentang kejayaan awal Bunohan, dia sendiri tidak pernah menyangka bahawa filem kedua arahannya itu akan mendapat tempat di peringkat dunia.

Seperti mana pengkarya yang lain, tujuannya hanya satu iaitu mahu menghasilkan filem yang bermutu tinggi dan berkualiti agar ia dapat dinikmati oleh masyarakat.

"Saya cukup sedar di sebalik kejayaan yang saya kecapi menerusi Bunohan, ada juga pihak yang melemparkan kata yang kurang manis dengan mengatakan saya lebih mengutamakan pasaran antarabangsa berbanding negara sendiri.

"Jujurnya, bukan itu matlamat saya. Sebaliknya, saya menganggap kejayaan Bunohan sebagai satu rezeki yang saya sendiri tidak pernah terfikir.

"Bukannya saya tidak mahu menayangkan Bunohan di negara sendiri. Saya perlu ikut giliran Syarat Wajib Tayang sama seperti deretan filem lain yang perlu menunggu tarikh tayangan.

"Berkat kesabaran menunggu, insya- Allah, Bunohan akan ditayangkan di pawagam tempatan bermula Mac tahun depan. Saya harap penantian itu akan berbaloi untuk penonton di negara ini," jelasnya dalam nada penuh mengharap sewaktu ditemui di kediamannya di Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sekadar berkongsi cerita, Dain memberitahu peluang Bunohan untuk berkelana ke festival antarabangsa sebenarnya datang tanpa diduga.

Semuanya bermula dengan hubungan rapatnya dengan seorang kenalan baik, Tim Kwok yang mempunyai rangkaian dengan beberapa pihak dan agen pemasaran filem di Amerika Syarikat (AS).

Kebetulan kata Dain, sewaktu mereka ke Hong Kong, pertemuan dengan seorang agen dari Easternlight Films yang berpangkalan di Los Angeles (AS) telah membuka pintu untuk Bunohan.

"Jadi, bermula daripada situ, saya membina rangkaian itu dan Alhamdulillah, Bunohan mendapat tempat di peta perfileman dunia. Semua ini tidak datang bergolek. Semuanya adalah berkat usaha keras dan kesungguhan untuk menghasilkan filem ini.

"Bukan mahu mendabik dada dan merasakan diri saya seorang yang hebat tetapi apabila ada pihak yang menghargai filem tempatan seperti ini, bukankah itu satu kejayaan dan penghargaan?

"FILEM kita sebenarnya mampu untuk menongkah arus perfileman antarabangsa dengan berbekalkan iltizam serta mutu kerja yang mampu membuka mata orang luar," itu kata Pengarah Bunohan Dain Said yang masih lagi tidak percaya dengan sambutan dan penghargaan yang diberikan oleh penonton antarabangsa sewaktu di Toronto tempoh hari.

Bukan hanya di Toronto, Bunohan juga telah mendapat undangan untuk ditayangkan di Fantastic Fest, Austin, Texas, Amerika Syrikat (AS) pada September lalu.

Terbaru, Bunohan menjadi satu-satunya pilihan filem dari Malaysia untuk ditayangkan di Festival Filem ASEAN yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok (16 November).

Benar. Industri kita begitu kecil dan kerdil tetapi Dain telah membuktikan bahawa kuasa filem tempatan juga sebenarnya besar dan gah di mata karyawan luar.

Dengan ini, secara tidak langsung Bunohan telah meneruskan legasi seni filem-filem tempatan selain menempatkan diri Dain dengan pengarah filem lain yang mana karya mereka mendapat perhatian di luar negara.

Dalam kesempatan itu juga, Dain atau nama penuhnya, Dain Iskandar Said turut ditanya tentang keistimewaan filem Bunohan yang pada awalnya menggunakan judul Bunga Lalang itu.

Sambil merenung jauh sebelum memberikan hujahnya, sebagai pembikin filem, Dain menyifatkan Bunohan adalah naskhah yang dilahirkan dari hati yang tulus serta dekat di hatinya.

Apatah lagi, dibesarkan di Tumpat, Kelantan, Dain begitu tertarik dengan aktiviti tomoi yang menjadi aktiviti wajib dan menjana ekonomi daripada kelab-kelab tomoi.

"Boleh dikatakan Bunohan lahir daripada pengamatan dan pengalaman saya sewaktu kecil yang melihat bagaimana aktiviti tomoi juga sebenarnya mempunyai metafora di sebalik definisi ganas yang sering dilabelkan.

"Ia sebenarnya menghubungkan ikatan kekeluargaan mereka menerusi perniagaan yang dijalankan sekali gus memberi idea kepada saya untuk menulis naskhah ini.

"Mungkin ada yang tidak tahu, Bunohan itu juga merupakan sebuah tempat di Kelantan," katanya yang memberitahu kisah Bunohan sudah berada dalam mindanya sejak lima tahun lalu sebelum dia mengarahkan filem pertamanya, Dukun.

Namun kata Dain, bukanlah kisah tomoi yang menjadi tunjang kepada penceritaan Bunohan tetapi ia sebenarnya memaparkan kisah hubungan kekeluargaan antara tiga adik-beradik yang dilakonkan oleh Faizal, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim.

Ternyata Dain boleh dianggap sebagai seorang pengarah yang cukup bertuah kerana mendapat barisan pelakon yang mantap dan berkaliber sekali gus meletakkan filem ini sebagai antara yang terbaik dan wajar menjadi tontonan wajib kelak.

Jelas Dain, dia begitu tertarik untuk mendapatkan pelakon yang mempunyai bakat lakonan hebat yang mampu diketengahkan dalam filem ini selain menghidupkan watak masing-masing.

Boleh dikatakan Bunohan sebuah filem lelaki kerana hampir kesemua pelakonnya adalah pelakon lelaki dan hanya model terkenal, Tengku Azura sahaja satu-satunya pelakon wanita dalam filem ini.

"Saya cukup kagum dengan persembahan setiap pelakon dalam filem ini. Sebagai pengarah, saya tahu di manakah kekuatan mereka dalam membawakan watak yang dicipta untuk mereka.

"Pekin misalnya, pada awalnya watak untuknya adalah kecil sahaja tetapi mungkin sudah menjadi rezekinya, watak Bakar menjadi miliknya.

"Begitu juga dengan Zahiril yang saya rasakan mempunyai aura yang sangat kuat sewaktu menontonnya beraksi di pentas teater. Ternyata watak Adil cemerlang di tangannya," ujarnya yang berpuas hati dengan mutu lakonan setiap pelakonnya.

Selain mereka, Bunohan turut dibintangi oleh Namron, Bront Palarae, Wan Hanafi Su, Hushairy Husin, Amerul Affandi dan Soffi Jikan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bunohan bukan penebus kekecewaan

Posted:

Bunohan bukan penebus kekecewaan

Bunohan bukan penebus kekecewaan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


Satu babak menarik daripada filem Bunohan.


DALAM pertemuan dengan Dain Said itu juga, pengarah yang mudah didekati ini sempat ditanya apakah Bunohan dibikin bagi menebus kekecewaannya.

Manakan tidak. Filem pertamanya, Dukun yang dihasilkan lebih lima tahun lalu sehingga kini masih belum menampakkan bayang bahawa ia akan ditayangkan.

Sememangnya ramai yang menunggu dan masih lagi menyimpan perasaan teruja untuk menonton hasil sentuhan Dain menerusi filem Dukun yang dicanang sebagai antara filem terbaik Malaysia yang pernah dihasilkan.

Sehinggakan menonton sedutan filem itu sewaktu ditayangkan di pawagam tempatan ketika itu sudah berupaya membangkitkan rasa tidak senang duduk untuk terus menonton filem itu.

Ditunjangi barisan pelakon hebat negara seperti Datin Umie Aida, Faizal Hussein, Adlin Aman Ramli, Soffi Jikan, Namron, Hasnul Rahmat dan Elyana, Dukun dilihat sebagai sebuah naskhah agung Dain yang mampu mencipta sejarah dan berpotensi untuk berkelana ke seluruh dunia menyertai gelanggang filem antarabangsa.

Namun, entah di mana silapnya, filem terbitan Astro Shaw itu senyap dan sehingga kini untung nasib Dukun masih belum diketahui.

"Jujurnya, saya tidak terkejut apabila Dukun sehingga kini tidak dapat ditayangkan hanya kerana disebabkan faktor-faktor yang tidak perlu dihuraikan di sini.

"Sebagai pengkarya, saya tidak boleh terus meratapi kesedihan itu. Hidup dan perjuangan perlu diteruskan.

"Ya, siapa yang tidak sedih apabila segala penat lelah menghasilkan yang terbaik tetapi akhirnya tidak dapat ditunjukkan. Tetapi, adakah dengan bersedih dan bermuram durja sepanjang masa akan mengubah segala-galanya?.

"Tetapi, saya percaya kepada takdir dan rezeki bahawa di penghujung jalan yang gelap, masih ada sinar terang untuk kita meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, semuanya dapat dibuktikan dengan Bunohan," jelasnya tanpa selindung.

Dalam konteks Dukun kata Dain, dia lebih kasihankan dan tumpang simpati kepada barisan pelakonnya yang telah memberikan komitmen serta disiplin kerja yang cukup hebat.

Bukan 100 peratus sebaliknya jelas Dain, setiap seorang daripada pelakon filem itu mencurahkan tenaga sebanyak 150 peratus bagi memastikan Dukun mencapai piawaian yang dikehendaki.

Bukan sengaja mahu memuji melangit, tetapi dia cukup kagum dengan lakonan yang diberikan oleh Umie sebagai Diana dalam filem itu.

Begitu juga dengan Faizal yang membawakan watak peguam yang mana diakui sendiri oleh aktor itu sebagai watak terbaik sepanjang bergelar anak seni.

"Apa pun yang terjadi saya menganggap semuanya ada hikmah. Saya sendiri tidak tahu apakah nasib Dukun adakah ia akan dapat ditayangkan atau diperap sampai bila-bila.

"Tetapi, tidak mengapa. Saya suka mengambil sikap optimis dalam kerjaya saya sebagai pengarah dan mahu terus menghasilkan karya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat.

"Sudah pasti saya juga mahu bekerja dengan lebih ramai pelakon di Malaysia seperti Rosyam Nor misalnya. Saya percaya setiap pelakon ada kelebihan dan keistimewaan mereka sendiri," ujarnya bersungguh.

Ditanya apakah dia sudah memiliki idea mahupun naskhah terbaru selepas Bunohan, seraya tersenyum Dain hanya memberitahu: "Ada beberapa cerita yang sedang berlegar di minda saya ketika ini. Tetapi biarlah kita fokus kepada Bunohan dulu. Apabila tiba masanya, saya akan umumkan apakah projek saya seterusnya."

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kesederhanaan ke arah dunia selamat

Posted:

Kesederhanaan ke arah dunia selamat

Kesederhanaan ke arah dunia selamat


Najib Tun Razak menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 200 tetamu di East-West Center, Honolulu, Hawaii kelmarin.


Puongpun Sananikone; Pengerusi Lembaga Gabenor East-West Center, Charles E. Morrison; Presiden East-West Center, Joey Manahan; Wakil Hawai, penuntut East-West Center; Tuan-tuan dan puan-puan.

"E pluribus unum" – daripada banyak, satu. Fahaman yang tertera pada Lambang Negara negara ini agak mudah, namun ini melambangkan lebih daripada sumbangan ahli falsafah atau pemidato, semangat yang sudah hampir 250 tahun memberi inspirasi kepada negara dan rakyat anda.

Selama setengah abad East-West Centre telah menggunakan prinsip yang sama dalam hubungan antara Asia dan Amerika Syarikat, menyatukan kita untuk belajar antara satu sama lain dan memahami dunia kita dengan lebih baik.

Ia merupakan usaha yang sangat penting. Kini terdapat lebih daripada tujuh bilion lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berada di bumi yang sesak ini, dan terdapat pelbagai budaya yang begitu dekat, dan kita hanya boleh meneruskan kelangsungan hidup jika kita belajar untuk hidup bersama-sama satu sama lain dengan aman dan harmoni, memberi tumpuan terhadap persamaan kita dan bukan apa yang memisahkan kita.

Hawaii merupakan contoh sebenar bagaimana ia boleh dicapai. Ia merupakan pertumpuan budaya dengan masyarakat pelbagai latar belakang hidup, bekerja dan menjalin hubungan sosial sesama mereka. Kunjungi Aloha Stadium pada Ahad untuk menyaksikan Pro-Bowl dan anda tidak sahaja melihat pengunjung dari Eropah, Asia dan penduduk tempatan, malah medan yang dipenuhi 50,000 penduduk Hawaii.

Beginilah keadaan sebenar di negara saya, Malaysia, tempat tinggal kepada masyarakat Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan pelbagai lagi penduduk dari kumpulan penganut agama yang kecil. Kami bercakap dalam banyak bahasa dan mempunyai banyak agama, namun sejak separuh dekad merdeka, kami adalah Satu Malaysia, berusaha bersama-sama menjadikan negara ini rumah kami yang progresif, negara yang berjaya seperti hari ini.

Jika Malaysia dan Hawaii sudah membuktikan perkara ini boleh dicapai, cabaran yang dihadapi masyarakat antarabangsa dalam abad ke-21 ini menunjukkan pentingnya mengapa pemahaman dan kerjasama yang serupa mesti dicapai di peringkat dunia. Lebih-lebih lagi sekarang, negara berlainan sudah duduk bersama-sama untuk merancang kejayaan masa depan. Krisis kewangan dunia, keganasan antarabangsa, penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia merupakan masalah yang tidak boleh ditangani dengan jayanya oleh mana-mana kerajaan secara bersendirian.

Namun masa ini Barat dan Timur berpecah, kumpulan ekstremis kecil bersuara lantang berusaha mencetuskan pergaduhan sesama kita. Di suatu pihak terdapat sekumpulan masyarakat Islam yang sesat yang mewajarkan konflik dan keganasan. Di satu pihak lain pula terdapat mereka yang membenarkan diri mereka percaya bahawa semua pengganas itu orang Islam, semua orang Islam adalah pengganas, dan Timur tidak boleh menjadi rakan yang boleh dipercayai oleh Barat.

Ketika Timothy McVeigh mencetuskan pembunuhan beramai-ramai di jalanan Oklahoma City, tiada siapa yang mengatakan semua Kristian bertanggungjawab. Jika berbuat demikian ia dilihat sebagai tidak masuk akal, namun itulah situasi yang dihadapi oleh 1.3 bilion umat Islam di dunia. Ketika kejadian buruk menimpa Oslo sebelum itu, mereka yang kononnya pakar mengatakan serangan itu dilakukan oleh pelampau Islam. Kita kemudiannya mengetahui kisah sebenar, namun ahli politik dunia, wartawan dan pengulas, terus-menerus mengatakan keganasan dan Islam adalah ibarat sekeping siling yang mempunyai dua wajah.

Saya sudah banyak kali mengatakan, dan wajar diulangi sekali lagi dan lagi dan lagi: Islam ialah agama keamanan. Islam menentang keganasan. Dan Islam tidak mempunyai tempat, tidak menghormati dan tidak cintakan mereka yang menggunakan namanya untuk keganasan, tamat. Cendekiawan Islam membuat penjelasan bahawa mereka yang melakukan keganasan bukan Islam sebenar – ideologi mereka tidak diterima oleh mana-mana ajaran.

Sebagai seorang manusia, sebagai Perdana Menteri dan, sebagai orang Islam, saya mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan keganasan, tanpa mengira sama ada ia doktrin agama, pelaku dan mangsa. Tidak pernah – pernah – ada sebarang kewajaran untuk mencabut nyawa orang yang tidak berdosa.

Namun pelampau bukan disebabkan agama yang baik atau agama yang buruk, atau kepercayaan yang baik dan kepercayaan yang tidak baik – ia adalah mengenai orang yang baik dan orang yang tidak baik. Saya bercakap mengenai kumpulan dan individu di setiap negara, setiap sekolah pemikiran politik, umat setiap agama, dan tiada agama yang menggunakan apa sahaja cara untuk digunakan untuk mengetengahkan idea mereka sendiri dan pada masa yang sama menyembunyikan motif sebenar di sebalik "perjuangan yang diwajarkan".

Fikirkan orang Kristian yang mengaku beliau menjalankan peranan Tuhan semasa menembak mati seorang pekerja rumah pengguguran. Fikirkan seorang tentera yang menggulingkan kerajaan persekutuan kerana menganggap ia merupakan tugasnya.

Fikirkan anarki yang ganas yang mewajarkan pengeboman makmal yang menjalankan uji kaji ke atas haiwan. Mereka ini pentaksub. Inilah pelampau. Mereka mengambil kesempatan ke atas kebebasan bersuara untuk memperdaya dan mengeksploitasi mereka yang tidak tahu, lemah dan miskin.

Apa sahaja yang mereka kata, mereka tidak mewakili kami. Namun sudah terlalu lama tanpa tindakan secara bersama, majoriti sederhana memberi ruang kepada minoriti pelampau ini, mewajarkan tindakan yang bukannya berasaskan sebab, tetapi siapa yang mempunyai suara yang paling kuat.

Kini tiada lagi. Sudah sampai masanya untuk kita, kumpulan majoriti yang cintakan keamanan dan sederhana, menuntut keamanan dan mendapatkan hak kita. Kita tidak lagi boleh terus membisu dalam berhadapan dengan pelampau dan keganasan. Kita mesti memastikan suara kita didengari – bukan sahaja suara Islam sederhana, malah Kristian sederhana, Hindu sederhana, Yahudi sederhana, aetis sederhana.

Jika suara ini mahu menjadi cukup kuat untuk menghapuskan pelampau, ia perlu didengar dari setiap sudut dunia. Itu sebab, tahun lepas, saya menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu menyertai saya dalam membentuk "Pergerakan Kesederhanaan Dunia" global.

Saya tidak bersendirian dalam memperakui pentingnya menangani pelampau dalam semua bentuk, dan gesaan saya mendapat sokongan meluas – bulan lepas sahaja Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel memasukkan konsep ini dalam Kenyataan akhir dan Setiausaha Negara (Hillary) Clinton juga bersuara lantang menyuarakan sokongannya.

Berdasarkan sokongan antarabangsa yang semakin meningkat ini, kita mesti menggunakan momentum ini. Hari ini saya bangga mengumumkan bahawa Persidangan Antarabangsa mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global pertama akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 17 hingga 19 Januari tahun depan. Saya dengan hormatnya menjemput anda semua ke acara itu, yang dianjurkan oleh Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan bakal menyaksikan pelancaran rasmi Pergerakan Global bagi Yayasan Kesederhanaan.

Bagaimanapun usaha ke arah kesederhanaan ini akan menemui kegagalan jika kita – sebagai pemimpin kerajaan, perniagaan, gereja dan universiti – hanya melihatnya sebagai satu proses akademik. Kita tidak boleh duduk di menara gading, mengadakan perbincangan dan menghasilkan dokumen berabuk yang menekankan bahawa "sesuatu perlu dilakukan". Kita mesti mengambil tindakan sebenar, membuat perubahan sebenar. Dan kita tidak dapat melakukannya jika kita mengabaikan pendapat majoriti, kerana jika anda gagal memahami apa yang mengganggu lelaki dan wanita yang bekerja, mereka akan mudah menjadi mangsa pelampau yang bijak menawarkan penyelesaian mudah namun berbahaya. Lebih-lebih lagi, kerajaan mesti menunjukkan kepimpinan melalui teladan. Kerana, bagaimana kita boleh menjangkakan kesederhanaan daripada orang lain jika tindakan kita sendiri menjauhkan diri dari berada di tengah?

Itu sebab mengapa semasa saya menjadi Perdana Menteri lebih dua tahun lepas, saya segera melakukan transformasi dan reformasi Malaysia, mencorakkan cabaran ekonomi, politik dan sosial abad ke-21 dan menetapkan pertumbuhan ekonomi yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Kami sudah meliberalisasikan industri, mengurangkan kerenah birokrasi, memudahkan syarikat asing melabur serta memudahkan syarikat Malaysia untuk berkembang. Saya menamakannya Program Transformasi Ekonomi, dan ia sudah pun membuahkan hasil sebenar – menurut Forum Ekonomi Dunia, Malaysia kini negara kelima paling kompetitif di Asia dan tempat ke-21 paling kompetitif di dunia. Kami mengatasi Jerman, Jepun dan Switzerland dalam indeks Bank Dunia bagi "Mudah Menjalankan Perniagaan". Rancangan untuk gaji minimum akan dibentangkan di Parlimen, namun pendapatan perkapita sudah meningkat dan berada pada kedudukan untuk mencecah AS$15,000 menjelang 2020. Hampir 400,000 pekerjaan diwujudkan, dengan tiga juta lagi dijangkakan dalam tempoh sedekad akan datang. Kemiskinan tegar secara mayanya sudah dimansuhkan.

Saya juga sudah memulakan reformasi berkekalan membabitkan cara institusi bekerja menerusi Program Transformasi Kerajaan. Laporan pakar-pakar antarabangsa menyatakan paras rasuah semakin menurun. Kadar jenayah turun, pekerjaan meningkat. Semakin ramai orang kini menggunakan pengangkutan awam, mengurangkan kesesakan dan pencemaran.

Kedua-dua program perancangan berpusat itu bukan proses atas ke bawah. Sejak mula lagi kami mengutamakan penduduk Malaysia, mendengar pendapat mengenai keutamaan mereka dan menghubungkan dengan pakar untuk menentukan jalan terbaik ke hadapan.

Perubahan ini disokong oleh reformasi politik dan sosial yang belum pernah dilakukan, yang sudah pun berjalan sejak enam bulan lepas. Undang-undang keselamatan yang lama seperti Akta Keselamatam Dalam Negeri yang dilaksana semasa zaman penjajah digantikan dengan perundangan antikeganasan moden yang menggunakan model amalan terbaik antarabangsa. Syarat akhbar untuk membaharui lesen penerbitan setiap tahun dimansuhkan. Undang-undang Penapisan disemak semula bagi melindungi nilai-nilai tradisi kami tanpa berkompromi terhadap kebebasan bersuara atau menyekat perbahasan politik. Dan saya telah melancarkan panel dua pihak bagi meneliti gesaan supaya reformasi pemilih dan melihat langkah yang perlu diambil dalam memastikan setiap undi rakyat Malaysia dikira.

Saya merencanakan laluan sederhana untuk Malaysia, memacu kami jauh daripada pelampau berbahaya – sosial, politik dan ekonomi – yang boleh merosakkan negara. Reformasi ini bersama-sama merupakan pelan tindakan untuk transformasi negara, yang sudah diikuti oleh negara lain, dan yang akan mahu dikongsi bersama dengan pemimpin demokrasi baharu di Libya, Mesir, Tunisia dan seterusnya.

Pemahaman dan pengajaran bersama inilah mengenai East-West Center, yang juga apa yang APEC dapat sumbangkan kepada rantau Asia Pasifik semasa tempoh yang sukar ini.

Apabila orang bercakap mengenai "Asia Pasifik" mereka kerap terperangkap dalam pemikiran ia hanya meliputi negara kecil di Asia Tenggara. Malah, rantau ini meliputi empat benua yang mempunyai lebih dua dozen negara. Hampir tiga bilion penduduk tinggal di negara yang dikelilingi lautan Pasifik dan Laut China Selatan. APEC sendiri mempunyai 21 anggota dan minggu ini ia menghimpunkan wakil dari sejauh Rusia dan Chile, New Zealand dan Kanada.

Asia Pasifik ialah rantau yang penuh ekstrem dan perbezaan. Alaska mengalami suhu paling sejuk di dunia manakala gurun di Australia merupakan antara tempat paling panas. Tokyo, yang jalannya sentiasa sibuk, adalah tempat yang padat penduduk di dunia manakala Atacama merupakan tempat yang paling kurang penduduk.

Apa yang kita sama-sama berkongsi ialah Pasifik, dan adalah tepat APEC berlangsung di Hawaii, di tengah-tengah lautan itu. Selama berabad-abad kepulauan ini merupakan tempat persinggahan pelaut yang berlayar antara Timur dan Barat. Hari ini kehadiran para pemimpin APEC, membentuk jambatan simbolik antara kedua-dua belah dunia yang sangat berbeza, malah banyak yang boleh dikongsi bersama.

Semasa pemimpin APEC bertemu sebelum ini, anggota mempersetujui bahawa mereka hanya dapat memenuhi cabaran Alaf ke-21 jika kita "menjalin hubungan mengenai kepentingan bersama bagi mewujudkan pertumbuhan yang kukuh, seimbang dan berkekalan." Melihat permasalahan yang dihadapi oleh ekonomi global hari ini, usaha sama ini nampaknya semakin penting.

Dengan kira-kira 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar dunia dalam tangan negara APEC, kita mempunyai tanggungjawab besar untuk menyokong dunia yang lebih luas, satu tanggungjawab yang bukan dapat ditanggung oleh sebuah negara secara bersendirian – ia hanya boleh dilakukan jika kita bersatu hati. Kita mesti menggunakan APEC untuk membangunkan kerjasama dan pembabitan bermakna yang bukan sahaja membantu orang kita malah mereka di Afrika, Eropah dan tempat lain di Asia. Kita tidak boleh membiarkan mereka.

Selama lebih dua abad negara ini dipacu oleh cita-cita, harapan dan keyakinan bahawa ramai rakyat Amerika, daripada peladang hinggalah kepada pemimpin, boleh dan mesti meningkatkan diri. Impian untuk meningkatkan diri, yang diperkenalkan oleh nenek moyang kita dan diturunkan daripada satu generasi ke generasi lain, menjadikan Amerika sebagai negara tempat segala-galanya boleh menjadi kenyataan, tempat di mana anak lelaki Hawaii dilahirkan oleh ibunya yang berasal dari Kansas dan bapanya dari Kenya, yang bukan sekadar impian mahu menjadi presiden, malah merealiasikannya.

Namun ketika kita melangkah ke dekad kedua abad ke-21, hasrat dan cita-cita bukan lagi terhad kepada Amerika Syarikat. Dunia kita tidak banyak berubah, seolah-olah setiap cahaya subuh membawa perubahan radikal yang mencabar institusi yang nampaknya tidak goyah. Gelombang Arab melanda Afrika Utara dan Timur Tengah, menjatuhkan diktator yang sudah memerintah selama berabad-abad dan mencetuskan gelombang baharu demokrasi. Ekonomi Eropah kini berhadapan ancaman membabitkan mata wang yang paling kukuh di dunia. Dan tumpuan strategik komuniti antarabangsa kini beralih ke Atlantik Utara ke Timur.

Hampir separuh daripada penduduk dunia berusia di bawah 25 tahun dan majoriti daripada mereka tinggal di Afrika dan Asia – dan penduduk dunia mencecah tujuh bilion pada 31 Oktober lepas. Golongan muda ini mewakili generasi dunia sebenar dan mereka pasti tidak berpuas hati terhadap kisah lama. Dipisahkan oleh lautan namun dihubungkan menerusi Twitter dan Facebook, golongan muda dari setiap sudut bumi sudah melihat apa yang dapat ditawarkan oleh dunia dan mahukan kita mewujudkan masyarakat dunia di mana seperti di Amerika, sesiapa sahaja oleh bermimpi, malah menjadikan mimpi itu sebagai realiti.

Jika kita mengabaikan keamanan, kesederhanaan dan keharmonian dunia di mana harapan ini boleh terlaksana, tidak cukup jika ia sekadar reformasi politik dan ekonomi – kita mesti mengubah cara kita berfikir. Saya tidak berminat terhadap falsafah lama yang melagakan Timur dan Barat, yang tidak membawa apa-apa, namun konflik kepada dunia.

Akhirnya, Timur dan Barat merupakan konsep sebuah peta, diwujudkan oleh manusia – tidak ada dinding pemisah yang dibina mengelilingi dunia, melindungi masyarakat kita sebagai entiti berasingan. Dan jika kita boleh mewujudkan pemisahan ini, kita boleh merobohkannya.

Sekarang adalah masa untuk membangunkan visi baharu yang progresif untuk Timur dan Barat berdiri sebelah-menyebelah, mempelajari antara satu sama lain dan menghadapi cabaran dunia moden bersama-sama. Kerana, bersama kita lebih kuat dan dalam ramai, kita satu.

– BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Kukuhkan kuasa umat Islam

Posted:

Kukuhkan kuasa umat Islam

Kukuhkan kuasa umat Islam

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN peserta Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah III yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sabtu lalu.


APA akan terjadi kepada kuasa politik orang Melayu dan umat Islam di negara ini, selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti?

Apakah orang Islam akan terus menjadi tunjang utama kepimpinan negara atau kita hanya sekadar menjadi pak turut kepada pihak lain?

Persoalan itu wujud kerana kekuatan politik yang ada di dalam genggaman orang Melayu kini semakin longgar, perpecahan dan perbezaan ideologi politik serta ditambah pula dengan keghairahan untuk merebut kuasa telah menyebabkan orang Melayu berpecah belah.

Kita tidak boleh duduk semeja hatta untuk membincangkan kepentingan umat Islam itu sendiri.

Justeru penganjuran Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah III yang bertemakan Siyasah Syar'iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia pada Sabtu lalu di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) tepat pada masanya.

Wacana anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dihadiri oleh ramai pemimpin yang mewakili beberapa organisasi Islam.

Walaupun mungkin akan ada pihak yang memandang serong wacana berkenaan seperti mana mereka melihat Perhimpun Sejuta Umat (Himpun) namun Pengarah Wacana, Ismail Mina Ahmad mempunyai alasan tersendiri.

Menurut beliau, kecenderungan mewacanakan Siyasah Syar'iyyah secara aktif diadakan atas dua faktor: Pertama, faktor terdesak yang tercetus oleh sekumpulan orang yang mahu menguasai kekuasaan politik semata-mata kerana politik kekuasaan.

Sementara kumpulan kedua pula, berteraskan faktor fundamental yang mahu memelihara maruah umat Islam melalui instrumen kekuatan dan kuasa politik umat. Kedua-dua kelompok melihat betapa pentingnya kuasa politik umat.

Berdasarkan kepada hujah berkenaan jelaslah dalam pilihan raya umum akan datang, umat Islam akan berhadapan dengan dua kelompok yang mahu merebut kekuasaan politik.

Satu kelompok dilihat bersedia mempertaruhkan segala-galanya demi mendapat kuasa manakala satu lagi kelompok harus bertarung mempertahankan kuasa yang dimiliki bagi memastikan umat Islam dan orang Melayu tidak mudah diperkotak-katikkan atau menjadi pak turut kepada mana-mana pihak.

Kita boleh saksikan dari semasa ke semasa, kesabaran umat Islam sentiasa sahaja diduga dan dicabar malah lebih malang sudah ada keberanian luar biasa di kalangan sesetengah pemimpin Islam sendiri menyokong apa yang diperjuangkan oleh bukan Islam.

Sebab itulah Ismail Mina secara tegas menyebut soal memelihara agama, termasuklah mengurus dan menjaga segala kepentingan dan kebaikan syariah dengan optimum yang menyangkut kedudukan ajaran dan umat Islam.

Justeru Ismail Mina merumuskan bahawa memperkukuhkan kuasa politik umat Islam merupakan salah satu instrumen terpenting pada masa ini.

Namun begitu usaha untuk memperkukuhkan kuasa politik tersebut tidak akan mendatangkan apa-apa hasil jika kita sebagai umat Islam terus berpecah-belah dan lebih mementingkan usaha untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Kesudahannya umat Islam akan menjadi lemah dan ini akan memberikan kesempatan kepada golongan tertentu untuk menunjukkan taring yang selama ini mereka simpan sekian lama.

Sebab itulah dalam kertas kerja bertajuk 'Siyasah Syar'iyyah dan kepentingannya dalam mengurus kepentingan Muslimin di Malaysia, Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad mengulas kepentingan umat Islam memperkukuhkan perpaduan sesama mereka.

Menurut beliau, perpaduan di kalangan umat Islam dan persaudaraan di kalangan mereka merupakan halangan terbesar kepada kemusnahan dan kehancuran mereka.

''Ia menjadi benteng kepada kekalahan mereka, oleh itu jika mereka ingin mengelak bencana besar dan azab pedih menimpa mereka, maka kekalkan persaudaraan dan perpaduan di kalangan mereka. Politik perpecahan adalah politik yang membawa kehancuran dan kekalahan umat Islam,'' kata beliau.

Tetapi persoalannya sejauh manakah umat Islam yang terlibat dalam politik memahami bahaya yang sedang menanti mereka? Seruan untuk mereka bersatu padu dan tidak berpecah belah serta bahaya yang menanti sudah dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW.

Namun malangnya majoriti antara kita masih lagi mengamalkan pekakkan telinga, butakan mata dan menutup hati untuk menerima kebenaran berkenaan.

Ada antara kita masih berhujah dengan hujah politik masing-masing, apabila ada usaha hendak dilakukan bagi menyatukan umat Islam tanpa mengira fahaman politik ia seolah-olah ditolak mentah-mentah dengan pelbagai alasan.

Malahan ada pula yang berfikiran dangkal apabila menyatakan bahawa seruan perpaduan Islam itu dilontarkan kerana kononnya satu lagi puak Islam itu sudah lemah pengaruh politiknya.

Malang sekali apabila percaturan dan perhitungan politik mengatasi segala-galanya, biar pun umat Islam secara keseluruhan amat memahami bahaya yang menanti mereka.

Dalam soal ini Mohd. Nakhaie berhujah, tindakan politik yang membelakangkan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah atau yang memanipulasikan ajaran al-Quran dan al-sunnah untuk kepentingan politik diri, puak atau kaum, menjadi punca utama berlaku krisis di kalangan umat Islam .

''Naluri ingin berkuasa yang tidak diurus secara bijaksana menjadi pendorong ke arah tindakan politik yang membelakang petunjuk al-Quran dan al-Sunnah yang menghasilkan krisis politik berpanjangan di kalangan umat Islam sehingga melemahkannya dan berakhir dengan kekalahan di tangan musuh-musuh Islam,'' tegas Mohd. Nakhaie.

Soalnya, apakah mereka yang terlibat memahami situasi ini? Apakah kerana keghairahan untuk menawan Putrajaya telah memungkinkan segala-galanya mahu dipertaruhkan? Apakah kerana mahu meraih undi pihak lain, maka perpaduan dan kerjasama antara Islam mahu diketepikan begitu sahaja?

Oleh itu mahu tidak mahu kepentingan siyasah syar'iyyah perlu difahami oleh semua parti politik yang dianggotai dan kuasai oleh orang Islam.

Ini kerana seperti mana kata, Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr.Yusri Mohamad, siyasah syar'iyyah menawarkan fahaman politik Islam yang sepatutnya mengurangkan pertentangan dan kebencian antara parti-parti politik beragama Islam dan ahli-ahlinya.

''Ia juga sepatutnya mengurangkan ketegangan dalam masyarakat akibat persoalan politik kerana perbezaan secara asasnya bukanlah berada di tahap perselisihan akidah.

''Maka fahamam siyasah syar'iyyah akan membolehkan parti-parti yang berbeza tetap bekerjasama di atas isu-isu yang disepakati bersama demi maslahah Islam, kalaupun tidak sampai ke tahap bergabung,'' katanya.

Kini terserahkan kepada kepimpinan parti-parti Islam untuk menilai dan menentukan apa yang diusahakan melalui wacana siyasah syar'iyyah tersebut.

Apa yang pasti, penganjur dan mereka yang menyertai wacana berkenaan berniat suci dan ikhlas demi masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved