Isnin, 14 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Ambil serius peringatan sultan - Jamil

Posted:

Ambil serius peringatan sultan - Jamil

Ambil serius peringatan sultan - Jamil

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my.


JAMIL Khir Baharom menyampaikan sijil dan cenderamata kepada seorang murid cemerlang di Sekolah Kebangsaan Jawa, Kota Sarang Semut, Yan, semalam.


YAN 13 Nov. - Peringatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tentang anasir anti-establishment perlu dipandang serius oleh semua pihak bagi memastikan ketenteraman dan keharmonian negara terus terpelihara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sejak kebelakangan ini terlalu banyak cubaan untuk mengganggu gugat sensitiviti rakyat hingga ada yang sanggup mencabar institusi raja dan kedudukan agama Islam.

"Titah tuanku amat bertepatan sebagai sultan yang menjadi payung kepada rakyat dan negara, kerana jika berlaku anasir yang menggugat keharmonian maka musnahlah kerukunan dalam masyarakat dan Islam sebagai tunggak negara," katanya selepas merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa di Kota Sarang Semut di sini hari ini.

Semalam, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir anti-establishment dalam masyarakat.

Baginda bertitah, anasir-anasir terbabit cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah 'kontrak sosial' yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.

Sultan Kelantan semalam menyeru semua pihak agar berhenti daripada bermain api dan bersikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara.

Jamil berkata, rakyat negara ini perlu mempertahankan keharmonian negara yang dikecapi sejak kemerdekaan dan tidak terpengaruh dengan anasir yang memecahbelahkan masyarakat.

Menurutnya, jabatan agama Islam negeri-negeri juga sentiasa mengambil langkah dan tindakan sewajarnya untuk memastikan kedudukan Islam tidak diganggu gugat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, beliau berkata, jabatan agama Islam negeri dengan kerjasama pelbagai agensi juga giat mengambil beberapa pendekatan untuk membawa golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ke pangkal jalan.

Menurutnya, antaranya pendekatan itu ialah bertemu, berdialog, mengadakan ceramah kesedaran terhadap golongan sasaran secara berterusan.

"Saya sendiri ada bertemu dengan golongan ini dan memberi nasihat agar mereka boleh kembali ke pangkal jalan," katanya.

Menurutnya, cabaran masa kini semakin kuat apabila segelintir masyarakat terpengaruh dengan unsur-unsur tidak sihat yang mudah diakses melalui teknologi terkini kerana sesetengah mereka tiada jati diri yang kuat.

Full content generated by Get Full RSS.

Semua parti perlu tentang

Posted:

Semua parti perlu tentang <i>anti-establishment</i>

Semua parti perlu tentang anti-establishment

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Semua pihak terutama parti politik digesa memandang serius kebimbangan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V terhadap anasir anti-establishment yang cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai di negara ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, semua pihak perlu bersatu menentang habis-habisan anasir yang cuba mengganggu-gugat kesucian agama Islam dan kewibawaan raja-raja Melayu untuk kepentingan politik.

"Titah ini adalah kesinambungan daripada titah Sultan Selangor, Sultan Perak, Sultan Pahang dan Sultan Johor yang menegaskan bahawa anasir tersebut semakin berani mencabar norma masyarakat negara ini.

"Sehubungan itu, titah raja-raja Melayu yang tidak putus-putus mengingatkan rakyat perlu diambil serius oleh semua pihak terutama parti politik yang memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu.

"Bagaimanapun, saya pasti ada parti politik yang tidak mempedulikan titah raja-raja ini. Mereka lebih mementingkan undi dan kuasa politik dengan membelakangkan kewujudan institusi tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas peringatan Sultan Muhammad V agar rakyat sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat.

Jelas Ibrahim, parti yang tidak bertanggungjawab itu gemar melihat orang Melayu berpecah-belah kerana perpecahan akan memanfaatkan perjuangan mereka.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail turut senada dengan Ahli Parlimen Pasir Mas itu apabila menyifatkan kewujudan kelompok anti-establishment dalam masyarakat perlu dihapuskan supaya keamanan yang dikecapi dapat dikekalkan.

Beliau berkata, kewujudan kelompok itu yang dilihat dipelopori oleh orang Melayu sendiri amat menyedihkan kerana mereka sanggup menggadaikan bangsa sendiri demi kepentingan politik.

"Justeru, saya menyeru semua pencinta keamanan dan pendukung setia Perlembagaan negara mengutuk dan membendung perkara ini daripada terus menghantui generasi akan datang," ujarnya.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom pula menegaskan, penularan fahaman itu kalangan golongan muda akan mengancam kemajuan negara dan membuka ruang kepada penjajahan baru terhadap identiti bangsa Melayu.

"Saya yakin melalui peringatan Sultan Kelantan, orang ramai akan sedar bahawa pihak yang beragenda jahat perlu ditentang melalui penyatuan tanpa mengambil kira fahaman politik kerana matlamatnya adalah satu iaitu demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara," katanya.

Di BALING, Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, masyarakat akan bercelaru jika anasir itu tidak dihindari kerana kelompok itu ternyata cuba mencetuskan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara.

Full content generated by Get Full RSS.

195 projek perumahan haram

Posted:

195 projek perumahan haram

195 projek perumahan haram

Oleh WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Sebanyak 195 projek perumahan haram dikesan dibangunkan di seluruh negara sehingga Oktober lalu dengan Selangor mencatat angka tertinggi iaitu sebanyak 153 projek.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Kabit berkata, daripada jumlah itu sebanyak 54 projek perumahan haram kini berhadapan dengan tindakan undang-undang.

"Pihak kementerian juga sedang menyediakan kertas siasatan untuk tindakan lanjut bagi projek perumahan haram yang selebihnya.

"Sekiranya didapati bersalah, pemaju projek perumahan tanpa lesen ini boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Seminar Perumahan Kebangsaan 2011 oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung di sini hari ini.

Seminar yang bertemakan Program Kesedaran Perumahan 2011 adalah anjuran bersama kementerian, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dan Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (HBA).

Ia bertujuan memberi didikan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai undang-undang berkaitan dan hak mereka sebagai pembeli rumah.

Ahmad berkata, pelaksanaan projek perumahan yang tidak mendapat kelulusan tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri tegas dalam melakukan pemantauan di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, ini kerana kelulusan dan kebenaran bagi membangunkan sesuatu projek termasuk projek perumahan adalah di bawah bidang kuasa PBT dan kerajaan negeri.

"Jadi kita mengharapkan kerjasama dapat diberikan oleh PBT dan kerajaan negeri agar isu pembangunan projek perumahan tidak berlesen seperti ini tidak lagi berlaku. Di pihak kementerian, kita mengambil tindakan kepada pemaju yang tidak berlesen," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terperangkap dengan penipuan projek perumahan seperti itu.

Katanya, setiap bakal pembeli rumah perlu menyiasat terlebih dahulu status projek perumahan sama ada ia berlesen dan mendapat kelulusan PBT sebelum membuat keputusan untuk membeli sebarang hartanah.

Terdahulu dalam ucapannya Chee Heung berkata, sehingga 31 Oktober lepas, kementerian berjaya memulihkan 83 daripada 167 projek terbengkalai di seluruh negara sejak 2009 manakala 62 projek atau 37 peratus lagi sedang dipulihkan dan baki 22 projek dalam perancangan untuk dipulihkan.

"Melalui pemulihan projek itu, seramai 9,278 pembeli telah mendapat manfaat," katanya.

Katanya, kementerian juga kini meningkatkan penguatkuasaan undang-undang melalui Akta 118 dan peraturan-peraturan berkaitan.

Katanya, dari Januari sehingga 31 Oktober lepas, sebanyak 1,232 notis kompaun terhadap pelbagai kesalahan telah dikeluarkan melibatkan jumlah lebih RM12 juta.

"Sebanyak 1,182 kes juga telah didaftarkan di mahkamah. Ini menunjukkan kesungguhan kementerian untuk bertindak terhadap pemaju yang melanggar undang-undang," katanya.

Chee Heung berkata, pihaknya juga akan menambah baik dan mengemaskini setiap butiran syarikat pemaju perumahan berlesen termasuk tarikh tamat lesen syarikat masing-masing di laman web kementerian bagi memudahkan pembeli membuat rujukan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved