Isnin, 14 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kecewa pengurusan lemah

Posted:

Kecewa pengurusan lemah

Kecewa pengurusan lemah

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


PENDUDUK menunjukkan tong sampah yang tidak dibaiki oleh Badan Pengurusan Apartmen Subang Perdana Court 10 Goodyear di Subang Jaya, baru-baru ini.


SUBANG JAYA 14 Nov. - Penduduk Apartmen Subang Perdana Court 10 Goodyear di sini mendakwa badan pengurusan perumahan itu gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik terutama dalam soal keselamatan dan penyenggaraan.

Bukan itu sahaja, penduduk yang kecewa itu turut mendakwa ahli badan pengurusan berkenaan sukar untuk dihubungi untuk mengadukan masalah atau mendapatkan penjelasan tentang sebarang isu.

Seorang penduduk, Cecilia Ang berkata, masalah tersebut berlaku semenjak badan pengurusan yang baru mengambil alih pengurusan apartmen tersebut pada hujung tahun lalu.

Beliau mendakwa, ahli badan pengurusan itu bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah penyenggaraan dengan segera dan menguruskan kewangan dengan baik, malah mereka dikatakan mengamalkan sikap pilih kasih.

"Saya berpendapat, mereka tidak pandai menguruskan kewangan dan membelanjakan wang pada benda-benda yang tidak penting tetapi masalah yang penting seperti lif dan tandas (di rumah kelab) yang rosak tidak dibaiki dengan segera," katanya.

Cecilia berkata, beliau juga diberikan notis supaya mengalihkan pasu bunga yang diletakkan di tepi tingkap rumahnya atas alasan ia boleh membahayakan orang ramai jika terjatuh.

Namun, wanita itu berkeras enggan mematuhi arahan itu kerana sepanjang 12 tahun tinggal di situ, tidak pernah berlaku sebarang masalah dengan pasu bunga itu.

Cecilia berkata, penduduk turut mengadu mengenai pengawal keselamatan yang lemah dan tidak menjalankan kerja dengan baik sehingga ada orang luar yang masuk ke dalam kawasan perumahan tersebut dan menggunakan kolam renang.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Teh Sew Kim berkata, pihak pengurusan tidak menjaga penduduk di apartmen itu dengan baik dan tidak menyelesaikan aduan yang dibuat oleh penduduk.

"Penduduk sudah banyak kali membuat aduan tentang masalah penyelenggaraan seperti masalah lif tetapi tiada tindakan yang diambil.

"Saya juga pernah mengadu kerana tayar kereta jiran saya telah dikunci kerana tidak memiliki pelekat. Namun apa yang tidak memuaskan hati kami ialah mereka tidak mengunci kereta lain juga yang turut tidak mempunyai pelekat," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Pemuda MCA Bahagian Kelana Jaya, Lee You Hin berkata, penduduk telah mengadu kepadanya mengenai masalah tersebut dan berharap agar kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan masalah itu dengan segera.

"Penduduk yang tidak berpuas hati telah pun menghantar memorandum kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi meminta agar mesyuarat agung tahunan (AGM) dapat dibuat bagi memilih ahli jawatankuasa baru," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Hanya segelintir tidak puas hati

Posted:

Hanya segelintir tidak puas hati

Hanya segelintir tidak puas hati


Penduduk Subang Perdana Court 10 Goodyear menunjukkan notis yang dikeluarkan oleh badan pengurusan perumahan itu terhubung beberapa isu sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk baru-baru ini.


SUBANG JAYA 14 Nov. - Badan pengurusan Apartmen Subang Perdana Court 10 Goodyear di sini mendakwa, hanya segelintir penduduk sahaja yang tidak berpuas hati dengan jawatankuasa itu.

Pengerusinya, Chew Wee Chee berkata, kalangan penduduk yang dikatakan kecewa dan marah itu adalah mereka yang tidak yakin dengan kewibawaan beliau atas alasan beliau masih baru menetap di apartmen itu.

Menurutnya, walaupun beliau baru tinggal di apartmen tersebut iaitu sejak kira-kira setahun lalu, namun kelayakan menjadi pemimpin bukan terletak pada tempoh masa tinggal di situ tetapi keupayaan untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Menurutnya, dalam beberapa kes yang diadukan oleh penduduk, beliau memberitahu bahawa kesemua mereka sudah diberikan notis awal mengenai tindakan-tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan.

Katanya, ini termasuklah tindakan mengunci tayar kereta yang tidak mempunyai pelekat tetapi sebahagian penduduk tidak mengendahkan notis itu.

"Jika seseorang itu sudah mendapat notis tetapi masih meletakkan kereta di dalam kawasan perumahan tanpa ada pelekat dan tindakan mengunci tayar akan diambil, siapa yang harus disalahkan.

"Oleh kerana penduduk melanggar peraturan, maka pengawal keselamatan pun mengambil langkah mengunci tayar," katanya.

Mengenai isu pasu bunga, beliau tidak melihat ia sebagai satu masalah besar kerana penduduk yang diberikan notis telah pun mengalihkan pasu bunga masing-masing kecuali beberapa orang.

Full content generated by Get Full RSS.

4 calon SPM ditahan

Posted:

4 calon SPM ditahan

4 calon SPM ditahan

Oleh AZIAN AZIZ
kota@utusan.com.my


Mohamad Md. Yusof menunjukan sepucuk revolver yang dibuang oleh seorang lelaki di Pelabuhan Klang pada sidang akhbar di IPD Klang Selatan, semalam.


KLANG 14 Nov. – Polis percaya telah menyelesaikan 38 kes curi motosikal di sekitar Klang Selatan dengan tertangkapnya 21 lelaki termasuk 12 pelajar dalam Ops Lejang Bersepadu bermula 1 November hingga semalam.

Kesemua suspek berusia 14 hingga 31 tahun dan daripada 12 pelajar yang diberkas, empat merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya menghadiri peperiksaan itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, sepanjang Ops Lejang Bersepadu itu, pihaknya turut menemui semula 13 motosikal curi bernilai RM52,000 hasil soal siasat dan penahanan kesemua suspek.

Beliau berkata, sebahagian suspek telah dituduh di mahkamah dan sebahagian lagi masih disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.

"Tiga daripada empat calon SPM yang ditahan telah dibebaskan dengan ikat jamin. Seorang lagi dituduh di mahkamah Jumaat lalu dan mungkin terpaksa mengambil SPM di penjara hari ini jika keluarganya gagal membayar wang jaminan," kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini petang ini.

Kata Mohamad, dalam operasi sama Jumaat lalu, pihaknya turut memberkas seorang suspek yang mempunyai enam rekod jenayah selain dikehendaki membantu siasatan satu kes bunuh.

Menurut beliau, suspek yang menaiki motosikal Modenas Kriss ditahan di Lorong Seroja, Pelabuhan Klang selepas enggan berhenti ketika cuba ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang, pukul 11 malam.

"Semasa melarikan diri, suspek sempat membuang satu objek ke tepi longkang berhampiran tempat dia ditahan dan pemeriksaan mendapati objek yang dibuang itu adalah sepucuk revolver jenis Colt. 38 Special tanpa peluru.

"Polis yang menjalankan siasatan lanjut telah memeriksa rumah suspek di Jalan Seroja off Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang dan menemui 11 butir peluru hidup," kata beliau.

Tambah beliau, suspek berusia 36 tahun itu ditahan reman selama enam hari sehingga Rabu ini mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved