Isnin, 14 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Kehebatan Pasar Terapung Klonghae

Posted:

Kehebatan Pasar Terapung Klonghae

Kehebatan Pasar Terapung Klonghae

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my


ORANG Islam tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal kerana terdapat ramai peniaga Islam di Pasar Terapung Khlonghae, Songkhla, selatan Thailand.


SONGKHLA 13 Nov. – Baru-baru ini penulis berpeluang mengikuti lawatan anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Selama, Perak ke Songkhla - antara Changwat (wilayah) di selatan Thailand.

Semasa lawatan tersebut, salah satu tempat dikunjungi yang menarik perhatian penulis adalah Pasar Terapung Klonghae yang terletak di Ampur Hatyai, Songkhla.

Walaupun terdapat banyak pasar terapung di serata Thailand seperti di Bangkok, Chiang Mai dan Pattaya, hanya ada satu pasar terapung di Selatan Thai iaitu di Ampur Hatyai.

Pasar terapung itu dikenali sebagai Thalat Klonghae dalam kalangan penduduk tempatan. Thalat bermaksud pasar, 'nam' adalah air manakala Klonghae adalah nama sungai.

Tempat itu mula dibuka kira-kira empat tahun lepas dan beroperasi setiap hari dari pukul 3 petang hingga 9 malam.

Namun, suasananya lebih meriah pada waktu malam, mungkin kerana konsepnya sebagai pasar malam. Apatah lagi, pelancong yang pergi dengan ejen pelancongan, kebanyakannya dibawa ke sana untuk makan malam.

Terdapat kira-kira 60 perahu di sungai menjual pelbagai juadah makanan seperti ayam goreng, udang goreng, nasi ayam, som tam dan mee celup serta pelbagai jenis minuman buah-buahan di situ.

Cara membeli adalah dengan memesan dari tebing dan peniaga akan meletakkan makanan itu di dalam bakul lalu menghulurkan kepada pembeli menggunakan galah atau kayu. Untuk membayar, letakkan sahaja duit di dalam bakul tersebut.

Soal mendapatkan makanan halal juga bukan satu masalah kerana terdapat ramai peniaga Islam di pasar terapung itu.

Untuk membezakan gerai Islam dengan bukan Islam, cari peniaga yang berpakaian muslim seperti bertudung atau berkopiah.

Apa yang uniknya, kalau membeli jus air, ia diisi di dalam bekas buluh, tempurung kelapa dan tembikar pelbagai bentuk seperti watak kartun seperti doraemon dan ultraman serta buluh yang telah dipotong. Bekas ini boleh dibawa pulang untuk dijadikan sebagai cenderamata.


SEORANG peniaga menghulurkan makanan yang dipesan oleh pembeli.


Penulis juga mendapati apa jua jenis juadah yang dijual di pasar terapung itu, harganya tidak melebihi 30 baht atau kira-kira RM3. Kebanyakan makanan dan minuman dijual pada harga antara RM2 dan RM2.50 sahaja.

Menurut seorang pemandu pelancong di selatan Thai, Syukri Che Omar, Majlis Perbandaran Klonghae menetapkan syarat setiap barangan yang dijual di situ tidak boleh melebihi harga 30 baht.

"Kalau peniaga ingkar arahan ini, mereka boleh diambil tindakan," kata Syukri yang berasal dari wilayah Pattani.

Dalam pada itu, pelancong boleh membeli barangan kering seperti baju, kasut dan aksesori lelaki serta wanita di lebih 100 buah gerai yang terdapat di atas daratan di sebelah pasar terapung berkenaan.

Harga barangan yang dijual tentunya jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Cuma masalah komunikasi menyukarkan untuk urusan tawar menawar kerana kebanyakan penduduk Songkhla cuma boleh bertutur dalam bahasa Thai.

Penulis sebenarnya bukan berniat mahu mempromosikan pasar terapung Klonghae ini tetapi sekadar berkongsi sesuatu yang mungkin boleh dibuat di Perak untuk dijadikan tarikan terbaru pelancongan.

Siapa tahu, mungkin pasar terapung dengan identiti Perak boleh diwujudkan di Kinta River Front, Ipoh atau di pesisiran Sayong di Kuala Kangsar suatu hari nanti.

Full content generated by Get Full RSS.

Haiwan berkeliaran masalah serius

Posted:

Haiwan berkeliaran masalah serius

Haiwan berkeliaran masalah serius

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 13 Nov. - Kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa pendekatan baru bagi mengatasi masalah haiwan yang berkeliaran tanpa kawalan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, kerajaan negeri memandang serius isu tersebut berikutan banyak aduan yang diterima mengenai haiwan berkeliaran sehingga menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.

Katanya, beberapa penambahbaikan itu termasuk penguatkuasaan undang-undang dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengatasi masalah itu.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama pemilik haiwan yang didapati membiarkan ternakan mereka berkeliaran tanpa kawalan sehingga mengganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan.

"Saya pandang serius masalah ini kerana telah banyak aduan diterima mengenai masalah haiwan berkeliaran termasuk anjing liar, lembu dan kambing sehingga melibatkan kemalangan yang meragut nyawa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat isu haiwan berkeliaran di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri di sini.

Hang Soon berkata, mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk menghentikan penggunaan senjata api dalam proses penangkapan haiwan berkeliaran dan menggantikannya dengan penggunaan suntikan ubat pelalian.

Namun, katanya, kerajaan menanggung lebihan kos memandangkan satu suntikan pelalian menggunakan perbelanjaan sebanyak RM100 bagi setiap 100 mililiter.

"Pelaksanaan ini diharap mampu mengurangkan masalah haiwan berkeliaran dan kita minta pemilik haiwan ternakan dapat memberi kerjasama sepenuhnya dan bersikap lebih bertanggungjawab terhadap ternakan mereka.

"Selain itu, kita juga bercadang menempatkan padang ragut melibatkan kawasan 243 hektar di sekitar kawasan Kinta dan 202 hektar di sekitar daerah Bidor untuk mengatasi masalah ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Polis anjur program cegah jenayah di Sri Utusan

Posted:

Polis anjur program cegah jenayah di Sri Utusan

Polis anjur program cegah jenayah di Sri Utusan


Azli Hassan memberi penerangan mengenai proses percetakan kepada Azman Ab. Lah (dua dari kanan) dan rombongannya di Bukit Mertajam, baru-baru ini.


BUKIT MERTAJAM 13 Nov. - Seramai 41 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mengadakan program pencegahan jenayah dan pendaftaran RakanCop di loji percetakan Sri Utusan, Seberang Jaya di sini kelmarin.

Lawatan yang diketuai Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Azman Ab. Lah itu juga bertujuan mengeratkan hubungan di antara pihak polis dan masyarakat setempat.

Azman dalam ucapannya berkata, program komuniti kepolisan itu adalah kesinambungan kepada beberapa program yang pernah diadakan di sekitar daerah tersebut sebelum ini.

"Kehadiran polis di sesuatu kawasan berjaya mengurangkan indeks jenayah terutama jenayah jalanan namun tanggungjawab itu tidak boleh diletakkan di bahu polis semata-mata.

"Oleh itu, kerjasama orang ramai amat diharapkan bagi membantu mengurangkan kadar jenayah serta menyalurkan maklumat kepada pihak polis agar penjenayah ini berjaya ditangkap dengan cara menjadi ahli RakanCop," katanya.

Turut hadir ialah Pengurus Kanan Loji Percetakan Utusan Seberang Jaya, Azli Hassan.

Pada majlis itu, satu sesi dialog antara kakitangan loji percetakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan beberapa isu keselamatan serta masalah yang dihadapi.

Selain itu, rombongan itu juga dibawa meninjau operasi kilang bagi mendapatkan penerangan terperinci mengenai perjalanan proses pencetakan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved