Isnin, 14 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Sindiket tumpas, dadah RM20j dirampas

Posted:

Sindiket tumpas, dadah RM20j dirampas

Sindiket tumpas, dadah RM20j dirampas

Oleh SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com.my


Noor Rashid Ibrahim menunjukkan cecair ekstasi yang dirampas daripada sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Belanda di Alor Setar, semalam. - UTUSAN/AHMAD SYAHIR KASSIM


ALOR SETAR 13 Nov. - Hampir setiap hari ada sahaja rampasan dan tangkapan dadah dibuat pihak berkuasa. Malah, Malaysia kini boleh diumpamakan sebagai hab pengedaran dadah kerana sebahagian besar sindiket yang ditumpaskan itu banyak melibatkan warga asing.

Persoalannya, bagaimana dadah itu begitu mudah diseludup masuk ke Malaysia sedangkan kawalan ketat sudah dilakukan pihak berkuasa.

Kenapa semakin ramai rakyat asing memilih negara ini untuk dijadikan pusat pengedaran dan makmal memproses dadah, khususnya jenis sintetik.

Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket dadah antarabangsa dan merampas sejumlah syabu dan ekstasi bernilai lebih RM20 juta dipercayai didalangi warga Belanda, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kejayaan itu dilakarkan hasil dua serbuan pihaknya dengan kerjasama anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menyerbu sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Mergong di sini dan sebuah rumah di Georgetown, Pulau Pinang kira-kira pukul 5 pagi.

"Dalam serbuan itu, polis menahan 11 orang termasuk enam warga asing manakala selebihnya rakyat tempatan yang berusia antara 24 hingga 60 tahun.

"Lima warga asing termasuk rakyat Belanda itu ditahan di sebuah kilang di Mergong yang dijadikan makmal memproses ekstasi," katanya pada sidang akhbar di IPK Kedah di sini, hari ini.

Menurutnya, empat lagi yang ditahan di makmal itu ialah dua warga Singapura manakala masing-masing seorang warga Perancis dan Britain.

"Seorang lagi warga Britain serta empat rakyat tempatan diberkas di sekitar Alor Setar manakala seorang lagi rakyat tempatan ditangkap di Pulau Pinang.

"Sindiket itu dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lalu dengan menghasilkan dadah jenis ekstasi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa," ujarnya.

Noor Rashid memberitahu, kejayaan ini adalah yang terbesar daripada segi nilai dan penglibatan individu selain dapat mengagalkan usaha sindiket tersebut mendirikan makmal ekstasi yang kedua di negara ini selepas yang pertama di Pulau Pinang pada 2009.

Mereka yang ditahan tidak memiliki rekod jenayah, namun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati mandatori, katanya.

Tambah beliau lagi, dalam serbuan di Mergong, pihaknya merampas 240 liter cecair ekstasi, bahan 'precursor safrole', 'acetone' dan pelbagai cecair kimia serta peralatan memproses dadah.

"Dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan mini makmal di Pulau Pinang, polis merampas 34 kilogram syabu serta menahan seorang lelaki.

"Empat buah kereta turut disita iaitu dua buah Mercedes-Benz dan sebuah Toyota Vios serta pikap Tata selain pelbagai mata wang asing termasuk Euro, Yuan, Baht, Dollar Amerika Syarikat dan Singapura serta mata wang tempatan bernilai lebih RM39,000," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

GMM dapat sokongan antarabangsa

Posted:

GMM dapat sokongan antarabangsa

GMM dapat sokongan antarabangsa

Oleh Zulkefli Hamzah


NAJIB Tun Razak mengadakan perbincangan dengan Presiden Rusia, Dmitry Medvedev ketika kunjungan hormat bersama presiden itu sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Honolulu, Hawaii, kelmarin. – BERNAMA


HONOLULU 13 Nov. – Gagasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang terus mendapat sokongan masyarakat antarabangsa melangkah ke satu lagi tahap apabila Yayasan GMM akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada Januari depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, yayasan yang berperanan mempromosi kefahaman mengenai kesederhanaan itu akan dilancarkan semasa persidangan antarabangsa pertama GMM yang dianjurkan oleh Alumni Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dari 17 hingga 19 Januari depan.

Menurutnya, persidangan dan penubuhan yayasan itu tepat pada waktunya semasa sokongan masyarakat antarabangsa terhadap gagasan kesederhanaan semakin meningkat momentumnya.

"Bagaimanapun, usaha ke arah kesederhanaan ini akan gagal jika kita - pemimpin kerajaan, ahli perniagaan, gereja dan universiti hanya melihatnya sebagai gagasan akademik," katanya.

Berucap di hadapan 300 pelajar, pensyarah dan Alumni East-West Center (EWC) dan pemimpin tempatan di sini, Najib menegaskan bahawa suara majoriti mesti diutamakan dan diluahkan di seluruh pelosok dunia.

"Inilah masanya untuk kita golongan majoriti yang cintakan keamanan dan kesederhanaan, menuntut semula kedudukan kita yang sebenar," katanya pada sesi khusus itu sempena kehadiran beliau ke Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berakhir Ahad.

Najib yang pernah berada di EWC semasa mengikuti Persidangan Ahli Parlimen Mengenai Tenaga pada 1978, berkata, masyarakat antarabangsa perlu menyatakan dengan tegas pendirian mereka dalam menentang tindakan pelampau dan keganasan.

"Kita perlu pastikan suara kita didengari - bukan saja suara umat Islam yang bersikap sederhana, tetapi juga suara penganut agama Kristian, Hindu, Yahudi dan ateis yang berpendirian sederhana." katanya.

Dalam pada itu semasa diminta menjelaskan maksud kesederhanaan pada sesi soal jawab, Perdana Menteri berkata, ia tidak perlu diperincikan kerana hanya akan menjadikannya kabur.

"Jika kita menentang keganasan, pelampau dan pembunuhan orang tidak berdosa, saya fikir itu sudah cukup untuk membuatkan dunia ini lebih selamat," jelasnya.

GMM yang diketengahkan oleh Najib pada Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu mendapat sokongan banyak pihak dengan terakhir diterima oleh negara-negara anggota Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) pada mesyuaratnya di Perth, bulan lalu. – UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.

Rusia minat tingkatkan perdagangan dengan Malaysia

Posted:

Rusia minat tingkatkan perdagangan dengan Malaysia

Rusia minat tingkatkan perdagangan dengan Malaysia

HONOLULU 13 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Rusia berminat untuk terus meningkatkan perdagangan dengan Malaysia walaupun ia kini telah menunjukkan trend yang menggalakkan.

Mengulas pertemuan bilateral beliau dengan Presiden Dmitry Medvedev pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Perdana Menteri berkata, Dmitry mahu melihat perdagangan antara Malaysia-Rusia berkembang menjadi kenyataan.

"Beliau juga berminat untuk melihat Petronas yang sudah memulakan operasi di Rusia mengembangkan lagi perniagaan dan pelaburannya," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Najib berkata, beliau melihat Rusia sebagai pasaran yang besar untuk minyak kelapa sawit selain potensi sektor pelancongan kerana kedatangan seramai 37,000 orang rakyat negara itu ke Malaysia tahun lalu masih rendah.

"Sedangkan ada negara lain di rantau ini menerima kedatangan pelancong Rusia yang jauh lebih besar. Kita sedang lihat kemungkinan menambah penerbangan ke Rusia terutama ke bandar-bandar seperti Vladivostok (bandar pelabuhan terbesar Rusia)," tambahnya.

Mengenai pertemuan dengan Pengerusi Eksekutif Google, Eric Schmidt, Perdana Menteri berkata, syarikat itu yang mempunyai cawangan di Malaysia melihat potensi perniagaan dalam talian yang amat besar.

Schmidt juga telah memaklumkan kemampuan Najib sebagai seorang pemimpin yang memahami trend semasa dengan menggunakan teknologi, komunikasi dan maklumat untuk berinteraksi dengan rakyat.

Mengulas pertemuan Majlis Perniagaan AS-ASEAN pula, beliau berkata, beberapa pemimpin perniagaan negara itu menunjukkan minat terhadap proses transformasi yang dilakukan oleh kerajaan, selain menyatakan kemungkinan untuk menambah pelaburan mereka di Malaysia. - UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved