Isnin, 14 November 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sungai Kesang Tua tercemar

Posted:

Sungai Kesang Tua tercemar

Sungai Kesang Tua tercemar

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


Salah seorang penduduk mendakwa sebuah premis penternakan ikan keli di Kampung Kesang Jaya, Jasin membuang sisa kolam ternakan ke dalam Sungai Kesang Tua sejak dua tahun lalu hingga menyebabkan pencemaran air di sungai tersebut semalam.


JASIN 13 Nov. - Sebuah premis ternakan ikan keli di Kampung Kesang Jaya, di sini didakwa membuang sisa kolam ternakan itu ke Sungai Kesang Tua sejak dua tahun lalu sehingga menyebabkan pencemaran air.

Keadaan itu mengakibatkan kira-kira 200 petani yang mengusahakan tanaman getah dan kelapa sawit tidak dapat menggunakan air sungai berkenaan bagi tujuan meracun tanaman ekoran air yang sudah tercemar.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan itu mendapati sisa buangan kolam dibuang ke dalam sungai menyebabkan keladak dasar sungai bertambah, berwarna hitam dan air sungai tidak lagi jernih seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, tinjauan yang sama diadakan di Sungai Kesang Pajak yang berada sebelum lokasi kolam ternakan ikan terbabit mendapati air sungai berkenaan lebih bersih dan jernih berbanding Sungai Kesang Tua.

Salah seorang petani yang ditemui, Adzahar Alias, 68, berkata, ikan di Sungai Kesang Tua seperti baung dan putih sudah pupus sejak kolam ternakan ikan itu beroperasi dua tahun lalu.

Katanya, air sungai tersebut yang mengandungi keladak menyukarkan petani membuat kerja-kerja semburan racun pada tanaman dan masalah itu memaksa dirinya mengangkut air kira-kira 700 liter sehari sejauh lima kilometer menggunakan motosikal ke kebunnya.

Menurut Adzahar, masalah tersebut pernah disuarakan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kesang Tua dan agensi kerajaan berkaitan namun tiada tindakan penyelesaian berkesan diambil pihak berkenaan.

''Kita sudah kemukakan aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri namun agensi itu mendakwa ia bukan kes pencemaran tetapi lebih kepada masalah keladak sungai dan bukan bidang kuasa agensi itu.

''Bila perkara ini dikemukakan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pihak berkenaan hanya membersihkan rumput yang terdapat dalam sungai," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Masalah yang sama turut disuarakan rakannya, Zakaria Hussain, 43, yang mendakwa penduduk atau petani akan mengalami gatal apabila terkena air sungai berkenaan.

''Sebelum kolam ikan itu wujud, penduduk bebas memancing ikan di sungai ini tanpa perlu bimbang. Sekarang, lain pula keadaannya. Jika terkena air sungai, penduduk perlu mendapatkan suntikan di klinik dengan kos RM20," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Zain Maidin, 63, meminta JPS mengambil tindakan sewajarnya seperti mengorek dasar sungai untuk membuang keladak yang sudah tercemar dengan sisa buangan kolam ikan berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Meninggal selepas sertai pertandingan futsal

Posted:

Meninggal selepas sertai pertandingan futsal

Meninggal selepas sertai pertandingan futsal

JEMPOL 13 Nov. - Seorang peneroka meninggal dunia akibat komplikasi jantung selepas menyertai pertandingan futsal anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui, di Kompleks Sukan Semai Bakti Felda Pasoh Dua, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Mansor Ibrahim (gambar), 67, tiba-tiba rebah ketika sedang bermain dalam satu perlawanan sebelum disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Jempol bagi mendapatkan rawatan.

Menurut isteri mangsa, Siti Rohana Mohd. Yasin 57, arwah suaminya kelihatan gembira dan teruja untuk menyertai karnival futsal tersebut.

''Arwah mengetahui mengenai pertandingan ini sejak seminggu lalu. Dia kelihatan teruja dan sanggup membeli kasut baru semata-mata untuk menyertai kejohanan tersebut.

''Meskipun dia menghidap penyakit jantung, arwah memang seorang yang aktif bersukan dan gemar bermain bola sepak," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Siti Rohana, arwah tidak menunjukkan sebarang sikap pelik sebelum meninggalkan rumah dan sempat bersarapan serta makan ubatnya.

''Menantu perempuan saya turut berada di kompleks itu dan menyaksikan ayah mertuanya jatuh. Dia turut berada dalam ambulans untuk menemani arwah suami mendapatkan rawatan.

''Dia memaklumkan kepada saya, meskipun arwah pengsan, namun dia memberikan tindak balas dengan menggenggam erat tangan menantu saya sebelum menghembuskan nafas terakhir," ujarnya sedih.

Jenazah bapa kepada empat orang anak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasoh Dua, dekat sini petang semalam.

Dalam perlawanan tersebut arwah merupakan rakan sepasukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad dan ADUN Chenah, Siow Chew Pin.

Turut hadir pada karnival itu ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Razak Mansor.

Full content generated by Get Full RSS.

Maut 'melekat' di cermin kereta

Posted:

Maut 'melekat' di cermin kereta

Maut 'melekat' di cermin kereta

SEREMBAN 13 Nov. - Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya melekat di cermin hadapan sebuah kereta akibat dirempuh ketika melintas jalan tanpa menggunakan jejantas di Jalan Taman Permai-Taman AST di sini awal pagi ini.

G. Mohan (gambar), 23, maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan dalam kejadian pukul 1 pagi itu.

Jurucakap polis memberitahu, ketika kejadian mangsa cuba melintas jalan sebelum sebuah kereta Toyota Vios tiba-tiba muncul dari arah Taman Permai dan merempuhnya.

"Akibat rempuhan itu, mangsa melekat di bahagian kiri cermin kereta berkenaan. Pemandu wanita yang berusia lewat 30-an itu membawa mangsa sejauh 250 meter sebelum menghubungi salah seorang ahli keluarganya untuk meminta bantuan.

"Sebaik sahaja seorang ahli keluarganya tiba, mereka berdua meletakkan mayat mangsa di tepi jalan berhampiran persimpangan Kemayan Square sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, punca kemalangan masih disiasat.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved