Isnin, 14 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Terkejut laluan 'meletup'

Posted:

Terkejut laluan 'meletup'

Terkejut laluan 'meletup'

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com


Penduduk melihat kesan rekahan pada permukaan jalan akibat letupan pada lubang saluran paip air di Kampung Wadihana, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 13 Nov. - Penduduk Jalan Mohd. Taib, Kampung Wadihana di sini semalam dikejutkan kejadian pelik apabila laluan di hadapan sebuah kondominium di kawasan berkenaan meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan jalan di situ merekah.

Seorang penduduk, Syed Najib Syed Yassin, 46, berkata, kejadian itu berlaku pukul 7.15 pagi ketika dia bersama keluarganya sedang bersarapan sebelum terdengar bunyi letupan yang kuat.

Sebaik sahaja terdengar letupan berkenaan, dia bergegas keluar dan melihat jalan berkenaan merekah teruk selain sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan itu turut mengalami kerosakan kecil.

"Saya menyangka berlaku gempa bumi sebaik saja mendengar letupan sangat kuat itu apatah lagi melihat keadaan jalan yang merekah teruk sehingga merosakkan laluan yang sering kali digunakan penduduk kampung terutama pelajar yang ingin ke sekolah," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Bapa saudaranya, Syed Abdullah Syed Yahya, 61, pula berkata, ia merupakan kejadian pertama seumpama itu berlaku di kawaan berkenaan dan berkemungkinan berpunca daripada kerja penyelenggaraan yang dilakukan oleh Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) baru-baru ini.

"Masalah tekanan air rendah di sini sudah berlaku lebih 10 tahun lalu, namun kami yakin punca berlaku letupan berkenaan adalah disebabkan kerja penyelenggaraan dilakukan SAJH kerana paip laluan air berada di bawah jalan yang merekah itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat SAJH, Jamaluddin Jamil mengakui pihaknya memang menjalankan kerja penyelenggaran di kawasan itu beberapa hari lalu dan letupan berkenaan berpunca daripada penutup paip yang terbuka.

Beliau berkata, ia berlaku disebabkan angin yang keluar daripada penutup berkenaan meningkatkan paras tekanan udara sehingga menyebabkan letupan kuat sehingga mengakibatkan jalan itu merekah.

"Ini adalah kejadian pertama berlaku dan siasatan akan terus dijalankan pihak kami. Kita berharap penduduk tidak bimbang dan pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan itu boleh datang ke pejabat SAJH untuk tindakan susulan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Majlis Anugerah Cemerlang SK Kopok meriah

Posted:

Majlis Anugerah Cemerlang SK Kopok meriah

Majlis Anugerah Cemerlang SK Kopok meriah


MOHD. Asri Jantan menyerahkan replika cek Intensif Langganan Tertinggi bernilai RM500 kepada Rohaya Mohd. Lazim di Sekolah Kebangsaan Kopok di Pasir Gudang, dekat Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 13 Nov. - Majlis Anugerah Cemerlang anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok, Pasir Gudang dekat sini semalam berlangsung meriah dengan pelbagai program termasuk penyampaian plak dan sijil penghargaan kepada pelajar cemerlang.

Guru Besar SK Kopok, Rohaya Mohd. Lazim berkata, majlis tahunan tersebut bertujuan meraikan pelajar cemerlang sekolah berkenaan selain dapat merapatkan lagi hubungan antara guru dan pelajar serta ibu bapa.

Beliau berkata, daripada keseluruhan 2,300 pelajar sekolah berkenaan, lebih 200 pelajar atau 10 peratus daripadanya menerima plak penghargaan atas kecemerlangan masing-masing dalam bidang akademik.

"Kita berharap majlis seperti ini dapat menjadi pendorong kepada semua pelajar untuk berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.

"Selain itu, pihak pentadbiran sekolah juga komited untuk melakukan transformasi dan penambahbaikan demi memastikan pencapaian akademik sekolah terus meningkat," katanya semasa berucap pada majlis berkenaan.

Majlis tersebut dirasmikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), On Jabbar dan turut dihadiri Eksekutif Kanan Pemasaran Zon Selatan Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Asri Jantan.

Pada majlis sama, Asri turut menyampaikan cek bernilai RM500 kepada sekolah berkenaan yang terpilih menerima Insentif Jualan Tertinggi Sekolah 2011 daripada Utusan Malaysia.

Menurut Asri, insentif berkenaan diberikan memandangkan sekolah tersebut merupakan pelanggan tertinggi menggunakan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) keluaran Utusan Malaysia sepanjang tahun ini.

Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan persembahan termasuk nyanyian nasyid dan kior oleh pelajar selain pameran serta jamuan ringan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved