Isnin, 14 November 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Perhimpunan Agung UMNO platform terbaik bincang PRU13

Posted:

Perhimpunan Agung UMNO platform terbaik bincang PRU13

Perhimpunan Agung UMNO platform terbaik bincang PRU13

PEKAN 13 Nov. - Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini adalah platform terbaik untuk para perwakilan menyuarakan segala pandangan mereka mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang termasuk kriteria calon boleh menang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, peluang itu harus dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat memenangi pilihan raya umum kelak dengan keputusan majoriti dua pertiga.

''Saya harap perwakilan akan membincangkan dengan teliti bagaimana nak menang kawasan yang kalah, mengukuhkan kemenangan di kerusi sedia ada dan menawan semula negeri yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

''Perwakilan kena jelaskan perkara ini kerana sangat rugi jika ia tidak dibincangkan dengan teliti kerana pilihan raya umum sudah semakin dekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Semai Bakti Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di Felda Chini 2 di sini hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 29 November hingga 3 Disember ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta para perwakilan membincangkan mengenai dasar transformasi yang sedang dilakukan kerajaan terhadap politik, ekonomi, pentadbiran, luar bandar, digital dan gagasan 1Malaysia.

Tambahnya, mereka sebenarnya bebas mengemukakan permasalahan berkaitan perkara itu supaya pemimpin parti memperoleh maklum balas dan memperbaiki kelemahan demi kepentingan rakyat.

"Mereka boleh bercakap apa sahaja dalam perhimpunan, asalkan tidak menyentuh perkara sensitif berkaitan kaum, agama dan raja," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sokong mahasiswa berpolitik

Posted:

Sokong mahasiswa berpolitik

Sokong mahasiswa berpolitik

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my


KHAIRY Jamaluddin pada sidang akhbar selepas merasmikan Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri Peringkat Zon Tengah anjuran Unit Pidato Pemuda UMNO, di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH


SHAH ALAM 13 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan pandangan pihak tertentu yang menyatakan mahasiswa akan hilang tumpuan terhadap akademik sekiranya mereka diberi ruang dan kebebasan berpolitik.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, penglibatan mahasiswa dalam politik sepatutnya dilihat secara positif kerana ia mampu membantu mereka berfikiran lebih kreatif dan kritis.

"Golongan pelajar universiti tidak seharusnya dilihat sebagai kumpulan yang anti-establishment, menentang kerajaan atau sebagainya.

"Kita berpandangan, kebebasan mahasiswa dalam berpolitik bukan bermakna mereka menentang kerajaan. Jika kebebasan itu diberikan, mereka sebenarnya mahu tampil bersama-sama dengan kerajaan untuk mengutarakan pandangan dalam pelbagai perkara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri Peringkat Zon Tengah anjuran Unit Pidato Pemuda UMNO di sini hari ini.

Mengulas kenyataan Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar kelmarin yang menyatakan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak perlu dipinda, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, ia adalah pandangan peribadi Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkenaan.

Khairy berpendapat kekangan untuk terlibat dalam politik itu yang menyebabkan mahasiswa berasakan terpinggir dan tidak dapat bersama-sama dengan kerajaan.

"Walaupun ada antara golongan itu memberikan pandangan yang kritis, ia tidak bermakna mereka tidak menyokong dasar kerajaan dan aspirasi negara," katanya.

Khairy berkata, langkah memberi kebebasan kepada mahasiswa berpolitik juga tidak semestinya menyebabkan golongan itu mengabaikan matlamat utama mereka di universiti iaitu untuk mencari ilmu pengetahuan.

"Politik itu sendiri membantu membentuk pemikiran kreatif dan kritis dalam sesuatu disiplin ilmu. Saya juga percaya tidak semua pelajar berminat dalam politik.

"Sekiranya ada mahasiswa terlibat dalam politik, saya yakin dan faham mereka sebenarnya tahu keutamaan terhadap pengajian masing-masing," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved