Isnin, 14 November 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Bunyi letupan selamatkan nyawa

Posted:

Bunyi letupan selamatkan nyawa

Bunyi letupan selamatkan nyawa

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


ORANG ramai melihat rumah yang terbakar di Kampung Kota, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 13 Nov. - Seorang lelaki yang sedang berehat di luar rumah sempat menyelamatkan ibu mertuanya yang sedang sakit sebaik sahaja terdengar letupan akibat kebakaran di tingkat atas jirannya di Kampung Kota di sini pagi ini.

Zaidi Yusoff, 43, berkata, sebaik terdengar letupan dan kepulan asap dari rumah jirannya, dia segera menyelamatkan ibu mertuanya Rokiah Awang, 67, yang ketika itu terlantar selepas terjatuh dalam tandas dua hari lalu.

Ketika kejadian pukul 9.40 pagi, Rokiah sedang tidur di dalam biliknya.

"Dengan bantuan seorang rakan, saya mengusung ibu saya keluar dari rumah dan membawa ke tempat yang selamat.

"Alhamdulillah semuanya selamat. Saya berterima kasih kepada pihak bomba kerana mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran termasuklah rumah saya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Pegawai Bomba Kanan Azmi Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut kira-kira pukul 9.43 pagi.

Menurutnya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba Darul Naim dan Kota Bharu bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi, namun pemilik rumah berkenaan tiada di rumah ketika kejadian.

Tambahnya, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah separa konkrit dua tingkat, namun hanya tingkat atas rumah berkenaan yang terbakar.

Full content generated by Get Full RSS.

Peringatan Sultan Kelantan perlu dipandang serius

Posted:

Peringatan Sultan Kelantan perlu dipandang serius

Peringatan Sultan Kelantan perlu dipandang serius

KOTA BHARU 13 Nov. - Rakyat negeri ini di pelbagai peringkat akur dengan ingatan Sultan Muhammad V yang meminta mereka sentiasa berwaspada, berhati-hati dan peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment bertujuan mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dalam negara.

Rata-rata yang ditemui berpendapat, ingatan Sultan Kelantan itu perlu dipandang serius kerana jika dibiarkan ia boleh menjejaskan kemajuan negara dan keharmonian antara kaum yang terbentuk sejak sekian lama.

Seorang aktivis sukarelawan, Datin Wan Zainab Wan Ahmad, 80, berkata, orang ramai perlu ingat, untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dalam negara seperti Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah.

"Pelbagai pengorbanan terpaksa dilalui dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian itu. Lantaran itu, peringatan Sultan Muhammad tersebut perlu diberikan perhatian serius bagi menjamin kestabilan dan keharmonian yang terbentuk sejak sekian lama terus dipertahankan sampai bila-bila," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, dalam titah ucapan sempena Hari Keputeraan Ke-42 di Istana Balai Besar, Sultan Muhammad mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir anti-establishment dalam masyarakat.

Baginda bertitah, anasir-anasir terbabit cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah 'kontrak sosial' yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.

Presiden Gabungan Pertubuhan Tionghwa Kelantan, Tan Ken Ten, 57, pula berkata, beliau menyambut baik peringatan Sultan Muhammad itu kerana akhir-akhir ini memang terdapat golongan tertentu yang cuba menimbulkan suasana 'kurang sihat' dalam negara.

"Kita tidak memahami hasrat tersembunyi golongan terlibat tetapi yang pasti mereka ingin mewujudkan suasana tidak tenang dalam masyarakat," katanya.

Ahli perniagaan, Nor Ariati Salleh, 38, pula berkata, dia mengambil ingatan terhadap peringatan yang diberikan oleh Sutan Muhammad itu mengenai usaha pihak tertentu untuk memporak perandakan keharmonian dalam masyarakat demi agenda tertentu.

"Pertikaian yang cuba disalurkan ke dalam masyarakat melibatkan isu sensitif seolah-olah mempunyai agenda yang tersendiri. Kita tidak mahu isu sebelum ini yang tidak pernah dipertikaikan menjadi bahan untuk meruntuhkan sistem dalam masyarakat," ujarnya.

Bagi pekerja swasta, Wan Aidil Alif Wan Zaini, 22, pula, peringatan Sultan Muhammad itu sewajarnya diambil berat oleh golongan muda yang rata-rata tidak menghayati dasar dan isu kenegaraan serta keagamaan.

"Ingatan Sultan Muhammad itu menjadi panduan supaya golongan terbabit tidak sewenang-wenang menyokong sebarang gerakan yang boleh mencetuskan suasana tidak aman dalam negara," katanya.

Seorang lagi pekerja swasta, Hassan Mahmood, 50, pula berkata, ingatan Sultan Muhammad itu sangat baik kerana rakyat akan mengetahui keadaan yang berlaku dalam negeri dan juga negara.

"Dengan peringatan tersebut, rakyat akan lebih berwaspada sekiranya wujud gerakan anasir terbabit yang pasti memberi kesan jangka panjang kepada negara dan rakyat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ular sawa dipercayai kekenyangan ditangkap

Posted:

Ular sawa dipercayai kekenyangan ditangkap

Ular sawa dipercayai kekenyangan ditangkap


IBRAHIM Mohammad Rohni (kiri) bersama penduduk memegang ular sawa yang berjaya di tangkap di Kampung Badak Mati, Bukit Marak Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 13 Nov. - Kehilangan seekor kucing milik seorang peniaga kedai makan akhirnya terjawab apabila seekor ular sawa batik sepanjang lima meter dan berat 50 kilogram ditemui dalam keadaan kekenyangan di sebuah bilik kedai tersebut di Kampung di Badak Mati, Bukit Marak dekat sini, kelmarin.

Pemilik kedai makan tersebut, Khairul Azman Hasbullah, 33, memberitahu, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika dia mahu mengambil air untuk membasuh pinggan mangkuk.

Katanya, dia terlihat haiwan tersebut dalam keadaan berlingkar di bawah kabinet dan tidak bergerak kerana dipercayai kekenyangan.

"Saya terus menghubungi pihak bomba kerana bimbang ular tersebut bertindak agresif dan mengancam nyawa saya ataupun para pelanggan.

"Sebelum ini, saya kehilangan kucing peliharaan sejak tiga hari lalu dan percaya kucing tersebut telah menjadi mangsa ular berkenaan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ibrahim Mohammad Rohni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.45 tengah hari dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian bersama tujuh anggota dan sebuah jentera.

Menurutnya, pihaknya mengambil masa 15 minit untuk menangkap ular tersebut berikutan reptilia itu berada di tempat sempit sehingga menyukarkan pergerakan anggota bomba yang turut dibantu penduduk kampung berkenaan.

"Ketika ditangkap, ular berkenaan agak agresif dan kami percaya ia berusia tujuh tahun dan sepanjang lima meter. Selain itu, pihak kami percaya ular berkenaan telah lama mendiami kedai tersebut berdasarkan tempat aliran keluar masuknya.

"Ular itu akan dilepaskan ke habitat asalnya yang jauh dari kawasan penempatan penduduk untuk keselamatan semua," katanya.

Tambahnya, ular sawa berkenaan adalah antara spesies ular dilindungi ekoran kegiatan penyeludupan haiwan untuk dijadikan makanan eksotik semakin meningkat kebelakangan ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved