Jumaat, 16 September 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


DAP mahu tukar Jalur Gemilang?

Posted:

DAP mahu tukar Jalur Gemilang?

DAP mahu tukar Jalur Gemilang?

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan bersifat kurang ajar itu disiarkan ADUN DAP terbabit menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam dan didedahkan oleh portal berita terbaru, www.mole.my hari ini.

Secara jelas, beliau menulis kenyataan menerusi status dalam laman berkenaan yang berbunyi: "I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan undian saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia).

Bertambah biadab, Manoharan mengeluarkan pula komentar di bawahnya seperti berikut: "Copycat...AMERICA. America Syarikat atau Syarikat America. Inipun Bahasa Malaysia tak betul. LOL. Bendera Amerika Syarikat ditiru!."

Di bawah status sama, beliau kemudiannya menyatakan komentar lain iaitu: "Pakatan will come up with a new flag. The current one is definitely out." (Pakatan akan tampilkan bendera baru. Yang ada ketika ini akan diganti baru).

Seterusnya, Manoharan menyatakan komentar bahawa kita tidak memiliki bendera yang berkelas dunia dan rakyat Amerika Syarikat (AS) telah mentertawakan Malaysia kerana memiliki bendera yang seakan sama.

Mengakhiri komentarnya, beliau mengulangi pendirian bahawa bendera sedia ada perlu diganti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

Bagaimanapun, pendirian Manoharan mendapat tentangan hebat daripada rakan sosial Facebook beliau yang mahu kenyataan itu ditarik balik.

Kebanyakan rakan sosialnya itu mahu Manoharan menghentikan kenyataan sedemikian serta mahu beliau membezakan antara semangat patriotisme dan ideologi politik.

Manoharan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan doa masuk tandas selain pernah mewujudkan sentimen perkauman berhubung isu novel Interlok.

Sementara itu, Manoharan ketika dihubungi blogger The Mole mengesahkan bahawa status menerusi Facebook tersebut adalah tulisannya sendiri.

"Bendera ini telah lama dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN). Jika kerajaan bertukar, bendera kebangsaan juga patut ditukarkan," katanya.

Manoharan kemudiannya mengaitkan kemungkinan kematian jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di Somalia mempunyai kaitan dengan kesilapan membezakan antara bendera Malaysia dan AS.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 8 malam ini selepas menerima kecaman rakan laman sosialnya, Manoharan memohon maaf atas komentarnya berkaitan Jalur Gemilang sambil mendakwa dia rakyat Malaysia yang patriotik.

16 September sedarkan rakyat pembohongan pembangkang

Posted:

16 September sedarkan rakyat pembohongan pembangkang

16 September sedarkan rakyat pembohongan pembangkang

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan 16 September 2008 sebagai tarikh yang telah menyedarkan rakyat Malaysia mengenai pembohongan pakatan pembangkang.

Katanya, beliau sendiri amat bersyukur apabila diberi kesedaran oleh Allah mengenai pembohongan bahawa pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan tiga tahun lalu.

"Alhamdulillah teman disedarkan Allah mengenai pembohongan ini. Dan bertambah kesyukuran teman kerana Allah merencanakan satu perancangan yang teman tak pernah terfikir akan berlaku, bila mana dengan ketentuan Allah, teman dimufaraqahkan (diasingkan) dari pakatan pembangkang kerana mempertahankan kalimah Allah! Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah!," katanya di dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com.

Zulkifli berkata, sebenarnya rakyat Malaysia khususnya umat Islam patut bersyukur apabila peristiwa 16 September 2008 terjadi kerana ia telah mendedahkan politik pembohongan dan putar belit pakatan pembangkang yang menghalalkan cara hanya kerana mahu menduduki kerusi empuk di Putrajaya.

"Mereka muncul sebagai politikus rakus yang terpukau dengan cahaya kepalsuan kemahkotaan. Topeng mereka terdedah. Wajah sebenar mereka terbongkar. Allah menelanjangkan politik kotor mereka," katanya.

Katanya, tarikh itu juga telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan spesies kaum yang mampu berbohong dan memutar belit apa sahaja demi politik kepartian mereka yang sempit.

"Dan rentetan pembohongan demi pembohongan, putar belit demi putar belit selepas itu memberikan isyarat jelas kepada kita bahawa umat Islam dan rakyat negara ini akan berhadapan dengan politiking paling kotor yang tidak pernah dilihat sejarah iaitu matlamat menghalalkan cara berteraskan pembohongan dan putar belit," katanya.

Beliau berkata, kumpulan seperti itu wajar ditentang habis-habisan kerana sanggup menggadaikan agama sendiri seperti 'menjual' kalimah Allah, sanggup memajak anak isteri melalui amalan bai'ah talak tiga dan memutar belit sejarah negara dengan menyanjung komunis.

Katanya, rakyat Malaysia wajib menolak politik kotor seperti itu dan mempertahankan agama, bangsa dan negara daripada terus menjadi mangsa politik rakus tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Apek janji elak bolos

Posted:

Apek janji elak bolos

Apek janji elak bolos

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Khairul Fahmi Che Mat


KUALA LUMPUR - Ketua pasukan skuad Olimpik negara, Khairul Fahmi Che Mat berjanji untuk mengelak gawangnya dibolosi pada perlawanan Kelayakan Olimpik menentang gergasi Asia, Jepun di Tosu, Kepulauan Kyushu Rabu ini.

Memegang dua tugas penting sebagai penjaga gawang dan ketua pasukan, Khairul Fahmi atau Apek mengakui Jepun merupakan pasukan pilihan dalam Kumpulan C.

"Saya harap rakan sepasukan dapat memberikan aksi yang baik, kekalkan tenaga apabila menentang Jepun nanti," katanya selepas perlawanan persahabatan dengan skuad Bawah 23 Oman, kelmarin.

Pasukan bimbingan Ong Kim Swee berlepas ke Jepun dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sepang, semalam.

Menurutnya, sama ada jurulatih mengekalkan statusnya sebagai ketua pasukan atau tidak pada perlawanan menentang skuad bimbingan Takashi Sekizuka itu, dia tidak rela gawangnya mudah dibolosi.

"Kalau boleh saya tidak mahu dibolosi, jadi saya cuba untuk memberikan permainan terbaik. Jepun memang pasukan yang hebat tetapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku," katanya.

Mengenai kelebihan skuad negara, Apek berkata, gandingan sesama pemain semakin baik selepas latihan dan beberapa aksi persahabatan di Slovakia bulan lepas. disusuli perlawanan ujian menentang dengan kelab Iraq, Arbil SC dan skuad Bawah 23 Oman.

Malaysia diundi bersama Jepun, Bahrain dan Syria dalam Kumpulan C.

Juara kumpulan layak automatik ke Sukan Olimpik 2012 manakala tempat kedua terbaik perlu mengharungi playoff.

Mackay kagumi Safee

Posted:

Mackay kagumi Safee

Mackay kagumi Safee

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Safee Sali semakin menunjukkan bisa di Cardiff City apabila terus meledak gol pada hari ketiga sesi latihan di pusat latihan kelab tersebut, semalam.

Bukan sekadar satu atau dua jaringan, sebaliknya penyerang prolifik negara itu meledak banyak gol pada latihan di atas padang besar dan mudah melepasi kawalan pertahanan utama Bluebirds berulang kali tanpa banyak masalah.

Pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab.Rahim mendedahkan gaya permainan Safee mula menarik perhatian jurulatih Cardiff, Malky Mackay, yang mahu dia menyertai setiap sesi latihan pasukan itu.

"Mackay cukup tertarik dengan gaya permainan dan kekuatan fizikal yang ada pada Safee dan banyak kali meminta Safee bermain ketika sesi permainan padang.

"Safee memberitahu dia sudah melakukan banyak jaringan, sehingga tidak ingat jumlah yang dijaringkan. Dia mampu mengatasi kawalan pertahanan Cardiff," katanya ketika dihubungi, semalam.

Bertambah menggembirakan, Zakaria memberitahu kecederaan belakang lutut Safee semakin pulih.

Safee Sali menjalani latihan percubaan bersama Cardiff City, kelab yang dimiliki oleh usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Chan Tien Ghee sehingga 27 September ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Kelainan SMK Inderapura sambut kemerdekaan

Posted:

Kelainan SMK Inderapura sambut kemerdekaan

Kelainan SMK Inderapura sambut kemerdekaan

JERANTUT 16 Sept. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inderapura di sini membuat kelainan dalam Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia apabila menurunkan bendera Union Jack sebagai tanda meraikan kemerdekaan negara.

Program disertai 640 pelajar dan 65 guru sekolah tersebut memaparkan satu kelainan dalam meraikan hari bersejarah tersebut.

Kemuncak kemeriahan sambutan itu disertai pelajar berbilang kaum termasuk Orang Asli yang memaparkan jalinan perpaduan dengan mengenakan pakaian tradisional kaum masing-masing yang penuh berwarna-warni.

Pengetua SMK Inderapura, Rusma Md. Taha, berkata, satu pantomin ringkas diadakan bagi menggambarkan suasana menurunkan bendera Union Jack dan digantikan dengan kibaran Jalur Gemilang serta diiringi nyanyian lagu patriotik.

"Program itu diadakan bagi memberi pengajaran kepada generasi baru supaya menghayati peristiwa negarawan kita menuntut kemerdekaan," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Menurut Rusma, penerangan berasaskan fakta peristiwa dan tarikh sebenar mengenai tuntutan dan pengisytiharan kemerdekaan serta sejarah dimulakan dengan nyanyian Negaraku.

Justeru, katanya, acara simbolik itu akan mengukuhkan perpaduan di kalangan pelajar selain menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Tambahnya, program itu turut dimeriahkan dengan tarian daripada pelbagai kaum dan nyanyian lagu patriotik yang membabitkan para pelajar sekolah itu.

Pelajar SMK Seri Ampangan meriahkan Merdeka Raya

Posted:

Pelajar SMK Seri Ampangan meriahkan Merdeka Raya

Pelajar SMK Seri Ampangan meriahkan Merdeka Raya

SEREMBAN 16 Sept. – Seramai 1,300 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampangan, dekat sini memeriahkan program sambutan Merdeka Raya dan Hari Malaysia anjuran Radio Malaysia Negerifm di sekolah berkenaan semalam.

Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Norbaiyah Baharudin berkata, program tersebut turut disertai oleh guru-guru serta kakitangan sekolah termasuk penyampai radio Negerifm.

''Beberapa aktiviti telah diadakan sempena program sambutan yang membabitkan hampir 1,300 pelajar dari tingkatan satu hingga enam sekolah tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


87 ditahan hadiri pesta liar

Posted:

87 ditahan hadiri pesta liar

87 ditahan hadiri pesta liar

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Anggota polis menguji air kencing sebahagian daripada peserta parti liar di sebuah banglo di pusat peranginan terkenal di Alor Gajah, awal pagi semalam.


ALOR GAJAH 16 Sept. - Tujuh pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) adalah antara 87 yang ditahan polis ketika leka menyertai parti dadah dan arak di sebuah banglo pusat peranginan terkenal di sini awal pagi ini.

Selain dalam keadaan mabuk, sebahagian besar daripada mereka yang ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 pagi itu turut berada dalam keadaan khayal selepas mengambil dadah.

Malah, dalam sebuah bilik di banglo tersebut pula terdapat pasangan yang berpelukan dalam keadaan mengghairahkan.

Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 35 tahun manakala pelajar IPT terlibat pula terdiri daripada tiga lelaki dan empat perempuan dari Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Ketika serbuan dilakukan, kesemua mereka tidak menyedari kehadiran polis kerana sedang leka menari dengan pasangan masing-masing selepas mengambil dadah.

Difahamkan, pesta liar itu dianjurkan oleh seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang menggunakan laman sosial Facebook untuk berinteraksi dengan semua peserta.

Serbuan diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik negeri, Cif Inspektor Mohd. Hisham A. Rahman bersama 14 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Menurut sumber polis, serbuan dibuat di sebuah banglo yang mempunyai lima bilik selepas menerima maklumat daripada orang awam.

"Bertindak daripada maklumat tersebut sepasukan polis membuat intipan sebelum membuat serbuan kira-kira pukul 2.30 pagi," katanya di sini hari ini.

Sumber itu memberitahu, seramai 34 orang ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana 15 daripadanya positif mengambil dadah jenis syabu dan ganja.

Katanya, 19 lagi daripada mereka termasuk seorang wanita dan pelajar IPT ditahan kerana memiliki dadah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Md. Azmi Othman ketika dihubungi mengesahkan serbuan dan tangkapan itu.

Dua wanita belasah penyamun

Posted:

Dua wanita belasah penyamun

Dua wanita belasah penyamun


Rohani Sulong memegang rantai yang cuba disamun oleh lelaki bersama Nur Fatihah Mohd. Bidin selepas mendapat rawatan di di Hospital Sultanah Nur Zahirah semalam. – Utusan/AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU 16 Sept. – Seorang penjenayah bukan sahaja gagal mendapatkan hasil ketika cuba menyamun rantai emas seorang pemilik kedai runcit, malah terpaksa bergelut dan dibelasah dua wanita dalam kejadian di Kampung Kuala Bekah dekat sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang ketika mangsa, Rohani Sulong, 49, didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal sebelum berhenti di depan kedainya.

Salah seorang daripada mereka kemudian masuk ke dalam kedai berkenaan dan berpura-pura ingin membeli penyedut minuman.

Menurut Rohani, selepas memaklumkan bahawa kedainya tidak menjual barangan itu, lelaki berkenaan memberitahu pula mahu membeli gula-gula yang berharga 20 sen sebelum dia tiba-tiba cuba menarik rantai leher yang dipakainya.

Ketika itu, berlaku pergelutan antara Rohani dan suspek menyebabkan anak perempuannya, Fatihah Mohd. Bidin, 22, datang membantu.

"Sebaik sahaja mendengar jeritan saya, Fatihah terus datang ke arah makcik dan membawa sebatang penyapu lalu memukul lelaki berkenaan.

"Lelaki tersebut yang terkejut dengan anak makcik itu terus meluru kepadanya dan kemudian menendang perut Fatihah pula," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.

Menurut Fatihah, lelaki itu menendang perut dan mengacukan pisau ke lehernya, namun dia dan emaknya terus bergelut dengan penyamun itu sehingga lelaki tersebut meminta pertolongan daripada rakannya yang berada di luar kedai.

"Tolong aku... tolonglah aku... macam tu lah rayuan penyamun itu namun rakannya yang menunggu di luar kedai bertindak melarikan diri apabila melihat semakin ramai orang datang membantu kami," ujarnya.

Berikutan kejadian itu, Nur Fatihah dan Rohani cedera di bahagian tangan dan badan manakala suspek iaitu seorang lelaki berusia 32 tahun yang turut cedera dibelasah orang ramai berjaya ditahan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pahang catat nahas maut terendah

Posted:

Pahang catat nahas maut terendah

Pahang catat nahas maut terendah

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

Kuala Lipis 16 Sept. - Jumlah kemalangan maut di negeri ini dalam Ops Sikap Ke-24 pada musim perayaan Aidilfitri lalu mencatatkan penurunan.

Ini membuktikan pengguna lebih berhati-hati di jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Pengangkutan dan Pertumbuhan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, kejayaan itu berdasarkan pelaksanaan bersepadu agensi terbabit dalam memastikan aliran trafik pada musim perayaan itu berjalan lancar.

Tanpa menyebut jumlah kadar kemalangan maut itu jelasnya, kini pengguna lebih berhati-hati dan memandu secara berhemah, ini antara faktor yang mendorong kejayaan tersebut.

''Selain itu, beberapa jalan utama yang dikenal pasti boleh mengundang maut dibaiki manakala permukaan jalan sempit dilebarkan," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta di kawasan Rehat dan Rawat Benta, di sini, hari ini.

Beliau berharap pengguna jalan raya terus mengamalkan sikap tersebut pada hari-hari biasa dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan oleh kerajaan.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihati pemilik kenderaan tidak menggunakan tayar toreh kerana ia mengundang bahaya kepada diri sendiri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.

Jelasnya, penggunaan tayar tersebut semakin popular di negara ini dan menjadi antara punca yang dikenal pasti berlakunya kemalangan terutama membabitkan kemalangan maut.

"Tayar tersebut murah, tetapi mendedahkan pemilik kenderaan kepada bahaya kerana ia mudah meletup dan tidak mencengkam permukaan jalan raya," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pengusaha kedai tayar supaya menghentikan penjualan tayar tersebut yang dipercayai dibawa masuk dari Eropah, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

30,000 pengunjung hadir sambutan kemerdekaan

Posted:

30,000 pengunjung hadir sambutan kemerdekaan

30,000 pengunjung hadir sambutan kemerdekaan


Bacaan ikrar oleh pelbagai kaum sempena sambutan Hari Malaysia di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Kuantan, semalam.


KUANTAN 16 Sept. - Kira-kira 30,000 pengunjung hadir menyaksikan perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 peringkat negeri di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sambutan kali ini diselitkan dengan beberapa kelainan yang disesuaikan dengan selera generasi masa kini.

"Selain persembahan formasi Jalur Gemilang oleh pelajar dari tiga sekolah di sini, kita juga menampilkan tarian shuffle yang menjadi kegemaran remaja sekarang," katanya kepada pemberita pada majlis tersebut.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hadir mencemar duli dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bagi upacara tabik hormat.

Menurut Mohd. Sharkar, di samping itu, sambutan kali ini hanya berlangsung selama dua jam bermula pukul 9 hingga 11 pagi sebagai menghormati hari Jumaat.

Katanya, perbarisan yang disertai seramai 8,000 peserta itu melibatkan 60 kontinjen pejalan kaki dan 40 kontinjen berkenderaan.

Tambahnya, sesuai dengan tema "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera", beberapa kontinjen berkenderaan dari agensi kerajaan dan swasta menampilkan perubahan terhadap keluaran mereka.

"Sebagai contoh, Proton yang merupakan pengeluar kereta nasional membariskan siri keluarannya daripada Proton Saga sehingga Proton Inspira," jelasnya.

TLDM tahan bot nelayan asing di perairan negara

Posted:

TLDM tahan bot nelayan asing di perairan negara

TLDM tahan bot nelayan asing di perairan negara

KUANTAN 16 Sept. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan sebuah bot nelayan asing yang menangkap ikan menggunakan pukat jerut di perairan negara ini, kelmarin.

Pegawai Staf Risik TLDM, Leftenan Muhammad Hafiz Shahrom berkata, kapal generasi baru, Kapal Diraja (KD) Perak yang bertugas di Markas Wilayah Laut 1 di sini membuat rondaan di perairan Malaysia-Thailand, telah mengesan kehadiran bot itu kira-kira pukul 5.30 petang.

Menurut beliau, bot berwarna merah sepanjang 15 meter itu disyaki menggunakan pendaftaran palsu KNF 7359 dan memasuki perairan negara di posisi 80 batu nautika dari timur laut Tanjung Gelang dekat sini.

"Siasatan mendapati mereka menangkap ikan menggunakan pukat jerut dan kami menahan seorang tekong bersama lapan awak-awak yang semuanya rakyat Thailand," katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985, setiap awak-awak boleh dikenakan denda RM100,000 dan tekong pula boleh didenda sehingga RM1 juta jika sabit kesalahan.

Muhammad Hafiz berkata, bot nelayan asing itu juga didapati tidak mempunyai permit menangkap ikan di perairan negara manakala semua awak-awak tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, beberapa peralatan menangkap ikan seperti kompas magnetik, radio dan alat sistem pengesanan global (GPS) turut disita.

Jelas beliau, pihaknya menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Timur untuk siasatan lanjut dan membuat pendakwaan terhadap nelayan warga asing berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Buku teks Eropah burukkan Islam

Posted:

Buku teks Eropah burukkan Islam

Buku teks Eropah burukkan Islam

BERLIN 16 Sept. - Hasil kajian di lima negara terhadap buku-buku sekolah di Eropah menunjukkan ia mengandungi gambaran yang mencemarkan nama baik Islam dengan menggunakan stereotaip yang mencetuskan kesangsian terhadap Islam dan penganutnya.

Seorang daripada penyelidik institut buku teks Jerman, Georg Eckert yang menganalisis 27 buku yang digunakan di sekolah-sekolah di Britain, Perancis, Austria, Sepanyol dan Jerman, menyifatkan pandangan negatif tersebut sebagai 'perkauman budaya'.

Laporan yang dibentangkan di pejabat Kementerian Luar di Berlin itu merupakan antara yang pertama diterbitkan di Eropah.

"Islam sering digambarkan sebagai agama yang ketinggalan dan tidak berubah sejak ia disebarkan," kata pengarah projek institut berkenaan, Susan Krohnert-Othman.

Dalam pada itu, kumpulan pengkaji turut menyimpulkan Islam kerap digambarkan sebagai sebuah entiti bangsa yang seragam tanpa mencerminkan sebarang kepelbagaian di dalam semua aspek di dunia.

Laporan itu bagaimanapun tidak menemui perbezaan utama antara lima negara yang dikaji.

Buku-buku teks yang digunakan di peringkat sekolah menengah pula memaparkan Islam merupakan agama yang kuno dan menentang pemodenan Eropah serta bersifat bercanggah antara satu sama lain.

Melalui pendedahan sedemikian, sikap fobia terhadap Islam di kalangan pelajar sukar ditangkis.

Para pengkaji menyeru pihak sekolah untuk membentangkan maklumat mengenai reformasi yang diperjuangkan oleh ulama dan intelektual Islam serta proses pemodenan dalam agama.

"Penganut Islam tidak lagi boleh disifatkan sebagai kumpulan asing yang terdiri daripada pendatang bukan Eropah yang secara tradisinya menghalang integrasi," ujar kumpulan tersebut. - AFP

Penduduk Canberra dipindah kilang kimia terbakar

Posted:

Penduduk Canberra dipindah kilang kimia terbakar

Penduduk Canberra dipindah kilang kimia terbakar


ASAP tebal berkepul-kepul terbang ke udara kesan kebakaran pada kilang kimia di kawasan perindustrian Mitchell di Canberra, Australia, semalam. - AFP


SYDNEY 16 Sept. - Perkhidmatan kecemasan Australia bergelut memadamkan satu kebakaran kimia besar di ibu negara Canberra semalam, walaupun kebimbangan mengenai penyebaran asap toksik semakin berkurangan.

Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kecemasan (ESA) berkata, kira-kira 100 penduduk dipindahkan dan mereka yang tinggal dalam radius 10 kilometer dari kawasan kejadian yang terletak di pinggir bandar Mitchell itu diminta tidak keluar rumah dan menutup tingkap.

Menurut beberapa laporan, api marak sehingga beberapa ratus meter ke udara dan penduduk turut dikejutkan dengan siri letupan serta bola api ketika kebakaran berlaku.

Bagaimanapun tiada kematian dilaporkan.

ESA berkata, produk-produk kimia yang terbakar di loji kitar semula bahan kimia itu menyebabkan kepulan asap hitam terbentuk dan mungkin mengandungi phosgene yang boleh menyebabkan masalah pernafasan.

Phosgene juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan mata, rasa loya, pening, muntah-muntah serta sakit dada.

Pesuruhjaya ESA, Mark Crosweller bagaimanapun berkata, bacaan awal ke atas kualiti udara adalah baik.

Kebakaran yang boleh dilihat dari beberapa kilometer jauh itu turut menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas ekoran penutupan beberapa jalan, selain perkhidmatan bas dihentikan serta sekolah ditutup.

Punca kebakaran masih belum diketahui. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Neelofa ‘kembar’ kasut

Posted:

Neelofa 'kembar' kasut

Neelofa 'kembar' kasut

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar HAFIZ JOHARI


NEELOFA menyusun kasut-kasut untuk jualan yang dibeli daripada luar negara.


SETIAP kali Neelofa tampil ke majlis hiburan atau sesi foto, perkara utama yang membuatkan orang tertarik memandangnya, selain wajah yang cantik adalah kasut tumit tinggi yang dipakainya.

Di kalangan rakan-rakan artis, pelakon yang nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 22, terkenal sebagai seorang yang obses terhadap kasut. Hidup dia tidak sempurna tanpa kasut tumit tinggi.

Baru-baru ini, S3 berpeluang melihat koleksi kasut Neelofa yang disimpan di salah sebuah rumah milik keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

"Ini adalah sebahagian daripada kasut-kasut milik Lofa. Bukan untuk Lofa pakai tapi untuk dijual kepada orang ramai, sebab Lofa buat perniagaan menerusi internet," katanya.

Heroin filem Azura 2011 itu berkata, dia mula menjual kasut menerusi internet sejak Jun tahun lalu setelah mendapat sambutan hangat daripada rakan-rakan.

Neelofa berkata, dia obses terhadap kasut tumit tinggi bukan sejak terbabit sebagai artis, malah dari zaman sekolah lagi.

"Betul, kak...mana ada orang pergi pasar pakai kasut tumit tinggi, tapi Lofa pakai. Sejak sekolah lagi, kawan-kawan tahu dia memang suka kasut tumit tinggi," sampuk kawan baiknya yang turut sama ketika sesi foto.

Ketaksubannya semakin menebal apabila menyertai pertandingan Dewi Remaja 2010, di mana dia muncul sebagai juara.

Katanya, apabila kerap mengadakan pertunjukan fesyen atau sesifoto, dia sering menghadapi masalah kerana tidak ada kasut yang sesuai dengan pakaian.

Menurut Neelofa, kerjaya sebagai model dan pelakon memerlukan dia bergaya dengan kasut tumit tinggi.

Tambahnya, sebaik sahaja menyarung kasut yang mempunyai ketinggian empat hingga enam inci itu, dia merasa yakin dengan penampilan diri.

"Bila kerap sangat menghadapi masalah mencari kasut yang sesuai dengan pakaian, Lofa mula melayari internet dan akhirnya bertemu dengan satu laman web ini.

"Lofa tertarik dengan kasut yang ditawarkan kerana setiap kasut yang dijual diinspirasi untuk selebriti Hollywood. Daripada menjadi pembeli, Lofa terus buat rancangan untuk menjual. Sebab setiap kali pakai kasut, ada kawan-kawan tanya beli di mana dan dari situ jugalah timbul idea untuk Lofa berniaga kasut," ceritanya.

Menurut anak ketiga daripada sembilan beradik ini, pada mulanya dia takut untuk membuat tempahan tetapi akhirnya dia menyedari perniagaan adalah satu risiko dan dia reda dengan apa yang bakal mendatang.

Kini Neelofa boleh tersenyum bangga kerana perniagaan yang pada awalnya untuk suka-suka sudah berkembang maju kerana selain rakan-rakan dan teman artis, orang ramai juga sudah mengenali fesyen kasut jualannya.

"Sekarang ini sekali tempahan, Lofa akan ambil lebih daripada 200 pasang kasut. Kebanyakan fesyen kasut yang Lofa pilih berdasarkan kesukaan sendiri dan Lofa yakin ia boleh dijual.

"Kasut tumit tinggi yang dijual di sini tidak mahal berbanding di luar negara. Malah, kasut yang Lofa jual pun tidaklah semahal yang dijual di sini.

"Ia mampu dibeli oleh sesiapa sahaja yang suka kasut tumit tinggi," katanya yang boleh memakai kasut tumit tinggi seharian.

Menurutnya, kasut tumit tinggi dari serendah empat hingga enam inci pelbagai warna itu dijual pada harga RM170 hingga RM300 yang boleh dilayari di http://neelofaheels.blogspot.com.

Pelakon yang mempunyai ketinggian 158 sentimeter itu berkata, dia telah pun mendaftar jenama Neelofa dan Lofa untuk perniagaan kasutnya itu.

Neelofa yang sedang mengikuti pengajian Double Major International Trade and Marketing di Kolej Sunway dalam tahun kedua itu berkata, selain berlakon dia juga sibuk menjadi hos untuk program Paparazzi yang bersiaran secara eksklusif menerusi tonton.com.my secara online.

"Setiap Isnin, Lofa tumpu untuk kelas sahaja dari pukul 9 pagi sampai 4 petang. Lofa kumpulkan semua subjek pada satu hari. Pada hari Selasa pula, hari untuk rakaman program Paparazzi.

"Hari lain untuk penggambaran atau kerja-kerja pengacaraan. Memang penat, tapi itu yang Lofa pilih. Jadi disebabkan masa terbatas, kawan Lofa tolong ambil tempahan kasut dan Lofa sendiri buat promosi," katanya.

Reza masih lagi B-Boy

Posted:

Reza masih lagi B-Boy

Reza masih lagi B-Boy

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar HAFIZ JOHARI


REZA Hasbi (tengah) bersama ahli Blazin Squad.


NAIB juara program realiti Pilih Kasih musim pertama (PK1), Reza Hasbi, 22 atau Mohamad Ridzuan Hasbullah pada asalnya bergelar B-Boy yang aktif menari tarian breakdance.

Reza yang mula menempa nama menerusi drama bersiri Trilogi Cinta itu memberitahu, walaupun kini sudah bergelar pelakon dan aktiviti hariannya padat dengan jadual penggambaran drama, Reza tetap meluangkan masa bersama kawan-kawannya untuk menari breakdance.

Sebab itulah, ujar Reza, dia dan rakan-rakannya yang aktif dengan aktiviti berkenaan duduk serumah agar mereka dapat berkumpul dan sama-sama melakukan tarian yang banyak menggunakan kekuatan tangan itu.

"Sesekali, jika ada kelapangan, saya bersama beberapa rakan akan ke Bukit Bintang untuk membuat persembahan percuma di hadapan orang ramai di kawasan lapang yang terdapat di situ.

"Saya seronok melakukan aktiviti ini. Walaupun letih, tetapi ia memberi kepuasan kepada saya, sekali gus sedikit sebanyak membuang tekanan kerja yang dihadapi sebelum ini," katanya yang menganggotai kumpulan breakdance yang dinamakan Blazin Squad itu.

Menceritakan pengalamannya sepanjang enam tahun bergelar B-Boy, kumpulannya pernah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Breakdance Rakan Muda Ipoh pada 2006 dan mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan.

Sekali pun tidak berjaya memenangi pertandingan tersebut di peringkat kebangsaan, ia tidak mematahkan semangat Reza dan ahli kumpulannya.

"Malah, ia membuatkan kami semakin gigih berlatih bagi memastikan skil kami bertambah baik dan berdaya saing.

"Sekarang ini, kami sudah bersedia untuk menghadapi sebarang pertandingan.

"Bukanlah kemenangan yang kami cari, sebaliknya pengalaman yang diperoleh ketika menyertai pertandingan tersebut.

"Pengalaman yang kami dapat diharap dapat memajukan Blazin Squad dan sekurang-kurangnya kami berjaya merangkul kejuaraan bagi mana-mana pertandingan kelak," ujarnya yang kini sibuk menjalani penggambaran drama muzikal arahan Erma Fatima, Aspirasi Varsiti untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tolak fahaman Mat Sabu

Posted:

Tolak fahaman Mat Sabu

Tolak fahaman Mat Sabu

Oleh NIZAM YATIMnizam.yatim@utusan.com.my

MARAH dan kecewa. Begitulah perasaan dikongsi para hadirin pada Forum Merdeka Kekejaman Komunis, Mat Indera dan Kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Kira-kira 500 orang termasuk bekas tentera dan polis memenuhi dewan bagi menghadiri forum anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Ia bertujuan menunjukkan kebencian mereka terhadap pengganas komunis dan perasaan kecewa dengan kenyataan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramah di Pulau Pinang baru-baru ini mengangkat Muhammad Indera (Mat Indera) yang mengetuai serangan pasukan Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor pada 23 Februari 1950 sebagai wira negara.

Walaupun hujan lebat, ia tidak mematahkan semangat hadirin mendengar penjelasan ilmiah daripada mereka yang terlibat secara langsung dengan gerakan menghapuskan komunis dan bagi meluahkan kemarahan mereka ketika sesi dialog.

Forum yang bermula pukul 9 malam dibarisi oleh empat ahli panel iaitu bekas Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Zulkifli Ab. Rahman.

Turut serta bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn; pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam serta Pengerusi Majlis Perundingan Melayu, Datuk Dr. Kamaruddin Kachar. Forum itu dipengerusikan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Zulkifli yang berkhidmat selama 37 tahun di dalam PDRM dan bertanggungjawab dalam risikan mengenai komunis menegaskan bahawa dakwaan Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera ialah pejuang kemerdekaan adalah tidak berasas.

''Macam mana Mat Sabu berani kata Mat Indera ini bukan komunis, kenapa Mat Sabu pilih Mat Indera sebagai hero dalam peristiwa Bukit Kepong padahal dia tidak kenal siapa itu Mat Indera," katanya.

Penegasan itu memang tepat kerana ketika pengganas komunis membakar balai polis itu dan membunuh 25 anggota keselamatan dan kaum keluarga mereka, Mat Sabu baru berusia empat tahun.

Jelas Zulkifli, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pernah mengesahkan bahawa Mat Indera ialah panglima pemerintah komunis di Johor.

Kata beliau, perkara itu diceritakan oleh pemimpin komunis paling berpengaruh itu di hadapan para cendekiawan dalam sesi dialog di sebuah universiti di Canberra, Australia pada 22 dan 23 Februari 1999.

''Mat Indera pada masa itu dikenali sebagai panglima yang memerintah komunis di kawasan selatan dan utara Johor iaitu di Batu Pahat, Muar, Segamat, Tangkak dan seluruh Melaka,'' katanya.

Dalam pada itu, Jaafar yang juga anak pejuang kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar berkata, banyak peristiwa menyayat hati berlaku ketika komunis cuba menguasai negara ini selepas Jepun menyerah kalah.

Katanya, ramai orang Melayu termasuk mereka yang berpengaruh dalam masyarakat seperti imam, penghulu dan pegawai daerah telah dibunuh dengan kejam oleh pengganas komunis ketika itu.

Katanya, mereka dibunuh dengan pelbagai cara antaranya ditikam dengan tombak, dikurung di dalam sangkar babi kemudian dibunuh, ditinggalkan di dalam hutan sehingga meninggal dunia atau digantung dengan kepala ke bawah.

''Paling saya tidak boleh lupakan ialah apabila seorang ibu dan anak-anaknya dibakar hidup-hidup dalam sebuah rumah kerana enggan menyokong perjuangan komunis. Kesemua mereka ini ialah orang Melayu.

''Adakah layak komunis yang kejam seperti ini diangkat sebagai pejuang? Mereka bunuh orang kita, kaum kita tanpa belas kasihan,'' katanya yang juga adik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn.

Sambil menyifatkan pemimpin Melayu yang mengagungkan komunis sebagai pengkhianat, Jaafar, 79, berkata, beliau ma sih boleh menerima sekiranya rakyat Malaysia tidak mahu mengiktiraf jasa bapanya tetapi tidak sesekali memaafkan golongan yang mendewakan pengganas komunis.

Mengulas isu sama, Ramlah yang menyifatkan Mat Sabu sebagai buta sejarah berkata, apa yang diungkap pemimpin itu adalah satu penghinaan kepada anggota keselamatan yang mempertahankan negara.

''Mereka tidak rasa menjadi alat kepada British tetapi berjuang menentang komunis yang telah melakukan kekejaman," katanya yang juga Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jelas beliau, tragedi Bukit Kepong adalah peristiwa yang menyedihkan dan ia merupakan antara enam balai polis yang diserang komunis.

''PKM pimpinan Mat Indera telah menyerang balai polis itu setelah membuat pemantauan selama beberapa hari dan mereka melakukan serangan mengejut," katanya.

Tambah beliau, pengganas komunis sama seperti pemimpin politik yang pandai bermain strategi untuk menarik orang Melayu menyertai gerakan menentang British ketika itu.

''Akhirnya ramai orang Melayu masuk ke hutan, ramai yang terpedaya sebab itu sertai komunis untuk menentang British. Kita mesti ingat ramai di kalangan mereka berpendidikan agama," ujarnya.

Sementara itu, Kamaruddin yang juga bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) berkata, sekiranya berlaku pertumpahan darah ekoran kenyataan kontroversi Mat Sabu, pemimpin kanan Pas dan parti itu perlu bertanggungjawab.

''Saya minta semua menentang dakwaan Mat Sabu ini. Komunis bukan saja menyerang, tetapi mereka seksa dan tebuk perut kerana mahu kita iktiraf mereka," katanya.

Pada akhir forum, Ibrahim yang membuat rumusan menyeru orang Melayu bersatu dalam memastikan Mat Sabu ditolak sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

‘Lalu jarum, lalu kelindan’

Posted:

'Lalu jarum, lalu kelindan'

'Lalu jarum, lalu kelindan'

Saranan Salleh

MULA-MULA mohon, lepas itu ugut. Itulah yang berlaku apabila Pengerusi kepada Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia, Tan Sri William Cheng mengkehendaki kerajaan mengenakan cukai import kepada besi yang diimport daripada Indonesia dan Thailand.

Beliau menyatakan besi kita yang dieksport ke sana dikenakan cukai sehingga 45% sedangkan yang kita import daripada mereka tidak dikenakan apa-apa cukai. Ini meletakkan syarikat beliau dalam keadaan kurang dayasaing dengan syarikat asing. Beliau menyatakan, kalau kerajaan tidak akan mengenakan cukai tersebut, beliau akan membawa operasi syarikatnya ke Indonesia.

Pada waktu yang sama rumusan daripada suatu perbincangan di kalangan peniaga-peniaga runcit bangsa Cina, mereka tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan untuk membuka kedai rakyat yang katanya membunuh peniaga runcit Cina.

Begitu berani bangsa lain sekarang ini bersuara bukan saja setakat memohon lagi tetapi sehingga mengugut dan usaha kerajaan untuk menawarkan harga barang-barang keperluan dengan lebih murah lagi ditentang.

Apakah ini akan menjadi trend golongan ini sehinggakan usaha kerajaan membantu rakyat dilihat sebagai suatu ancaman kepada mereka?

Pepatah Melayu menyatakan 'Lalu jarum lalu kelindan'. Sekian lama mereka sudah berani bersuara lantang meminta ini dan itu sehinggakan apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu pun sudah berani diminta.

Dan pihak pemerintah kita pula, akur dengan apa jua yang mereka minta. Lama-lama mereka ini pun naik tocang.

Kalau orang Melayu bersuara mempertahankan hak mereka, mereka dilabel sebagai rasis atau bersifat perkauman, kalau mereka membuat tuntutan mereka menganggap mencari keadilan.

Lihat saja di keliling kita siapa yang sebenarnya ketinggalan, orang Melayukah atau orang bukan Melayu?

Lihat saja taman-taman perumahan yang naik macam cendawan di merata tempat dan kondo-kondo mewah dan mega mewah yang dibina di merata tempat yang orang Melayu tidak mampu untuk miliki.

Kebanyakan tempat kediaman ini jadi bahan spekulasi mereka yang mampu beli bukan untuk tinggal di sana tetapi untuk dijual balik dan ini membuatkan harga rumah melambung tinggi.

Tiada siapa ambil peduli kalau harga rumah naik 'gila-gila'. Bila pemaju ini tidak boleh jual mereka akan buat pameran dan beri potongan dan orang yang tidak sedar cara ini akan berduyun-duyun pergi ke pameran ini kononnya mereka mendapat suatu tawaran terbaik.

Begitu juga dengan rantaian bekalan apa jua barangan. Kalau kontraktor Melayu dapat projek sekalipun dia akan terpaksa mengadap penjual bahan binaan bukan Melayu untuk mendapatkan bahan binaan mereka seperti simen, batu bata dan besi dan harga yang dikenakan tidak sama dengan kontraktor bukan Melayu.

Rantaian bekalan yang mengandungi pelbagai jenis barangan ini mempunyai pelbagai jenis persatuan yang mampu mengugut kerajaan sekiranya sesuatu keputusan yang dibuat kerajaan tidak mereka persetujui. Dan bila ada usaha untuk memecah bekalan rantaian seperti kedai rakyat yang menjual barang-barang 30% atau lebih lebih murah mereka akan membantah dan menentang kononnya orang mereka mengalami kerugian.

Rantaian bekalan ini tidak termasuk dalam Program Transformasi Kerajaan sedangkan ini merupakan suatu perkara yang penting dan perlu diolah supaya tidak ada sesuatu golongan peniaga membolot segala-galanya.

Contohnya, kalau ada orang Melayu yang mampu menghasilkan sayur-sayuran dan tanam-tanaman mereka sama ada akan ditolak bulat-bulat atau akan tertakluk kepada apa jua harga yang diletakkan oleh pemborong barang-barang tersebut.

Inilah yang membuatkan ramai usahawan dalam bidang pertanian lumpuh dan akhirnya beredar terus. Disebabkan rantaian bekalan ini dikuasai oleh sesuatu golongan peniaga kita melihat harga dinaikkan sesuka hati dan rakyat tidak dapat berbuat apa-apa.

Kalau ditentukan sesuatu had bekalan akan diporakperandakan seperti sanggup membakar anak ayam sekiranya tidak dapat harga ayam yang dikehendaki.

Rakyat kini berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat disebabkan oleh harga barang-barang yang melonjak naik sedangkan upah dan gaji tidak meningkat sudah bertahun.

Alasan yang kerap digunakan adalah bekalan daripada negara pembekal terganggu disebabkan faktor cuaca dan lain-lain. Sebenarnya keadaan itulah yang memberikan alasan terbaik kepada peniaga untuk menaikkan harga barang-barang.

Kita patut ada suatu pangkalan maklumat tentang apa yang dihasilkan oleh setiap kampung di negara ini dan ini boleh dipadankan dengan pihak mana yang memerlukan tanpa orang tengah yang lazimnya membuat keuntungan berlebihan.

Kita mempunya banyak agensi pertanian seperti FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI dan macam-macam lagi yang boleh digembleng supaya keperluan pengguna boleh dipenuhi.

Ini boleh diusahakan melalui portal di Internet dan pusat-pusat pengedaran dibuka di seluruh negara. Pengguna bolehlah mengambil keperluan mereka di pusat pengedaran ini. Bagi kampung yang jauh dari pusat pengedaran ini, agensi kerajaan ini bolehlah membantu. Dengan ini pengguna akan mendapati bekalan yang segar.

Berbalik kepada William Cheng, saya fikir Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan Perdasama dan lain-lain NGO patut membuat suatu pendirian dan membuat kenyataan sewajarnya. Jangan kita berdiam diri sahaja.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


23 pelanggan sesak nafas

Posted:

23 pelanggan sesak nafas

23 pelanggan sesak nafas

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my


Keadaan rumah tumpangan Rest Inn di Jalan Abdullah, Kota Tinggi, Johor yang terbakar, semalam.


KOTA TINGGI 15 Sept. - Seramai 23 pelanggan rumah tumpangan Rest Inn di Jalan Abdullah di sini, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas akibat terhidu asap tebal dalam kebakaran premis itu awal pagi tadi.

Kesemua mangsa adalah antara 80 pelanggan yang menginap di rumah tumpangan tiga tingkat terbabit semasa lobi di aras bawah bangunan itu terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi.

Seorang mangsa yang juga calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimasukkan ke wad Hospital Kota Tinggi (HKT), manakala enam lagi dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Mangsa-mangsa diselamatkan oleh anggota penyelamat dengan menggunakan dua tangga panjang.

Difahamkan, kesemua pelanggan yang terperangkap berada di tingkat dua dan tiga bangunan semasa kejadian dan terpaksa memecahkan cermin tingkap untuk menyelamatkan diri.

Ada antara mangsa turut menggunakan kain cadar yang disambung dan diikat sebagai tali untuk turun selain mencampakkan tilam ke luar bangunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Ismail Latif berkata, kejadian dipercayai bermula di ruang lobi di tingkat bawah bangunan sebelum merebak sehingga mengakibatkan asap tebal.

Menurutnya, seramai 34 anggota dengan empat jentera, dua daripadanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dan masing-masing sebuah dari Bandar Penawar dan Johor Jaya dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.20 pagi.

"Bomba mengambil masa 40 minit untuk mengawal api setelah menghadapi kesukaran akibat asap tebal," katanya sambil memberitahu punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

1,271 pengusaha burung walet di Johor

Posted:

1,271 pengusaha burung walet di Johor

1,271 pengusaha burung walet di Johor

NUSAJAYA 15 Sept. -Johor setakat ini mempunyai 1,271 pengusaha sarang burung walet yang berdaftar dengan Jabatan Veterinar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, Johor Bahru mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 206 orang diikuti Kulaijaya (168) dan Ledang (167).

Katanya, Segamat mencatatkan 143 orang pengusaha manakala Mersing (127), Pontian (122), Kluang (120), Kota Tinggi (94), Batu Pahat (86) dan Muar (38).

Beliau berkata, kesemua pengusaha burung walet di negeri ini diberi galakan dan bantuan oleh kerajaan negeri menerusi Jabatan Veterinar termasuk garis panduan (1GP) bagi industri berkenaan.

"Pemantauan terhadap penyakit burung walet, kualiti sarang burung dan kursus Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) turut diberikan sebagai galakan kepada pengusaha untuk terus menghasilkan produk yang bermutu.

"Kerajaan juga akan memberi khidmat nasihat pemilihan tempat dan tapak projek, pengesahan pinjaman bank, ujian panggilan walet dan kursus pelaksanaan 1GP," katanya menjawab soalan lisan Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh (BN-Jorak) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Buku perjuangan Komando 69 dilancar

Posted:

Buku perjuangan Komando 69 dilancar

Buku perjuangan Komando 69 dilancar


Hishamuddin Tun Hussein bersama bekas anggota unit 69 Komando pada majlis pelancaran buku 69 Komando di Briged Utara PGA, Ulu Kinta, semalam. - utusan/Mohd Najib Mohd. Nor


IPOH 15 Sept. - Pelancaran buku 69 Komando hari ini tepat pada masanya ketika ada usaha pihak tertentu cuba mengubah fakta sejarah dengan mendakwa kononnya pengganas komunis adalah hero sebenar dalam tragedi berdarah Bukit Kepong pada 1950.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, buku tersebut yang mengabadikan perjuangan anggota Komando 69 menentang pengganas komunis wajar dijadikan rujukan khususnya untuk menyedarkan golongan muda bahawa perjuangan membina sebuah negara dan bangsa tidak datang dengan mudah.

''Amat penting untuk kita memahami asal usul kita, perjuangan membina sebuah negara dan bangsa tidak datang bergolek dan melayang. Ia menuntut kepada pengorbanan, kejujuran dan semangat keberanian apabila berhadapan dengan cabaran semasa,

''Sebab itu, kita mesti sentiasa menghargai dan mungkin kita sendiri di dalam kerajaan, selama ini tidak prihatin secara mendalam terhadap kebajikan dan memberi pengiktirafan kepada pejuang-pejuang negara," katanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan buku 69 Komando di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, di sini, hari ini. Turut serta Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, beliau akan meminta Kabinet mendedahkan laporan penuh berkaitan pelbagai tuduhan terhadap polis semasa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lalu kepada umum.

Sementara itu, Khalid berkata, buku Komando 69 wajar menjadi rujukan kepada pihak yang 'sesat sejarah' khususnya dalam perjuangan memerangi petualang negara.

''Foto yang dipamerkan dalam buku ini merupakan koleksi peribadi anggota Komando 69, sekali gus menunjukkan cabaran sebenar memerangi pengganas komunis," katanya.

Mat Indera panglima komunis

Posted:

Mat Indera panglima komunis

Mat Indera panglima komunis

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pernah mengesahkan bahawa Muhammad Indera merupakan seorang panglima pemerintah komunis di negeri Johor.

Bekas Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Zulkifli Ab. Rahman memberitahu, perkara itu dimaklumkan oleh Chin Peng dalam satu wacana yang diadakan pada 22 dan 23 Februari 1999 di sebuah universiti terkemuka di Canberra, Australia.

Sehubungan itu beliau berkata, dakwaan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu bahawa Muhammad Indera bukan anggota komunis adalah tidak benar dan tidak berasas.

"Ini kerana perkara itu diakui sendiri oleh Chin Peng iaitu pemimpin komunis paling berpengaruh (di Malaysia). Fakta ini bukan dikutip di tepi jalan tetapi ia didedahkan oleh Chin Peng dalam satu wacana di Australia," katanya.

Zulkifli berkata demikian dalam majlis Forum Merdeka Kekejaman Komunis, Mat Indera dan Kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Kampung Baru, di sini semalam.

Selain beliau, forum itu dibarisi oleh tiga ahli panel yang lain iaitu bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn; pakar sejarah, Profesor Datuk Ramlah Adam serta Pengerusi Majlis Perundingan Melayu, Profesor Datuk Dr. Kamarudin Kachar.

Forum yang dipengerusikan oleh Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali itu dianjurkan oleh pertubuhan tersebut.

Zulkifli berkata, fahaman komunis tidak pernah mati kerana perjanjian yang ditandatangani pada Disember 1989 sebelum ini hanya melibatkan persetujuan PKM menamatkan gerakan militan.

"Oleh itu semua pihak harus berhati-hati kerana saya percaya fahaman ini masih lagi hidup dan tidak pernah mati. Perjanjian yang ditandatangani itu tidak pernah menyebut membubarkan PKM.

"Atas sebab itu jugalah kerajaan mempunyai alasan paling kuat untuk tidak membenarkan Chin Peng kembali ke negara ini," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau tidak menolak kemungkinan fahaman itu cuba dihidupkan semula tatkala negara berhadapan dengan pelbagai isu.

'17 rakan mati, mayat dibelah komunis'

Posted:

'17 rakan mati, mayat dibelah komunis'

'17 rakan mati, mayat dibelah komunis'

IPOH 15 Sept. - "Sebanyak 17 rakan saya mati di tangan pengganas komunis. Mereka bukan sahaja dibunuh, tetapi mayat dibelah sehingga keluar isi perut, mata dicungkil. Inikah manusia yang hendak kita angkat menjadi hero?''

Demikian luah bekas anggota Komando 69, Ismail Daud, 62, menceritakan tentang kekejaman pengganas komunis yang cuba diangkat oleh sesetengah pihak sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Beliau berkata, 17 rakan yang terbunuh tersebut merupakan sebahagian daripada anggota Skuadron Charlie dari Batalion Pertama Komando VAT69 yang menjalankan operasi di sekitar kawasan sempadan negara antara Kroh ke Betong.

Katanya, sepanjang tempoh itu mereka bukan sahaja berdepan kekejaman pengganas komunis tetapi terpaksa hidup penuh dengan dugaan dan kesempitan, semata-mata ingin membebaskan negara ini daripada pengaruh komunis.

''Empat bulan dalam hutan, jika bekalan habis, kami terpaksa makan apa yang ada dalam hutan. Anak, isteri tidak payah cerita. Jadi, hati mana yang tidak sedih dan geram, jika apa yang kami lakukan ini bukan kerana berjuang untuk negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran buku 69 Komando oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Hulu Kinta, di sini, hari ini.

Pada majlis itu Hishammuddin turut menyampaikan geran tahunan berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Veteran Komando 69.

Seorang lagi veteran Komando 69, Apot a/l Saad, 63, berkata, semasa memerangi pengganas komunis, jiwa tidak pernah tenteram kerana terdedah kepada pelbagai bahaya.

''Kalau tidak ditembak, kena jerangkap samar. Empat rakan saya meninggal dunia kerana jerangkap samar pengganas komunis," ujarnya.

Rakannya, Abdul Rahman Hanafiah, 61, menambah, mereka yang berjuang menentang pengganas komunis adalah hero sebenar, manakala pengganas komunis adalah pengkhianat negara.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved