Jumaat, 16 September 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


PM umum pemansuhan ISA

Posted:

PM umum pemansuhan ISA

PM umum pemansuhan ISA

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan,com.my


Najib Tun Razak bersama jemaah menteri mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Perutusan Khas Sempena Hari Malaysia di Auditorium Angkasapuri, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Hafiz Johari


KUALA LUMPUR 15 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Berucap dalam perutusan khas Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung di RTM malam ini, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Menurutnya, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah supaya ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

"Pokoknya, akta-akta itu nanti bermatlamatkan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa saya mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa ISA akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,'' kata Perdana Menteri.

Najib berkata, melalui undang-undang baru itu kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara.

"Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang baru ini juga akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah,'' ujarnya

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, undang-undang berkaitan keganasan masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

Di dalam ucapannya itu beliau berkata, kerajaan turut memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Kuasa untuk melanjutkan penahanan juga akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecuali undang-undang berkaitan keganasan,'' katanya lagi.

Beliau menambah, kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak relevan.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kajian semula terhadap beberapa undang-undang negara secara lebih komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan sebaliknya akan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga ia dibatalkan,'' katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan,

Namun katanya, kebenaran berhimpun diberikan selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak di samping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Lebih satu juta PATI tidak mahu pulang

Posted:

Lebih satu juta PATI tidak mahu pulang

Lebih satu juta PATI tidak mahu pulang

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 15 Sept. – Statistik proses pendaftaran 6P menunjukkan seramai 1,015,852 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) menyatakan hasrat untuk terus menetap dan bekerja di Malaysia manakala 95,446 lagi ingin kembali ke negara asal.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada jumlah yang ingin bekerja itu, seramai 966,542 mengisytiharkan telah mempunyai majikan.

''Bagaimanapun, mereka ini digajikan secara tidak sah dan seramai 257,524 pula menyatakan tidak mempunyai majikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, daripada jumlah 1,303,126 PATI yang mendaftar melalui Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau 6P, seramai 284,331 orang mengisytiharkan sedang bekerja dalam sektor pembinaan.

Ia diikuti sektor perkhidmatan (269,510 orang), perkilangan (176,883 orang), perladangan (155,395 orang), pertanian (89,016 orang) manakala selebihnya 327,991 orang tidak menyatakan sektor pekerjaan secara khusus.

''Data seumpama ini amat penting sebagai landasan untuk kajian dibuat tentang sebab dan alasan mereka bekerja secara tidak sah sama ada faktor majikan yang mengelak daripada membayar levi, ketiadaan dokumen atau disebabkan faktor dasar penggajian pekerja asing semasa.

''Ini kerana Jabatan Imigresen mendapati terdapat jumlah yang signifikan PATI yang bekerja dalam sektor perkhidmatan, tetapi jenis pekerjaan tersebut tidak tersenarai sebagai sub sektor yang dibenarkan dasar penggajian pekerja asing sehingga membuat mereka memilih untuk bekerja secara tidak sah," katanya.

Jenain bersalah, dipenjara lima tahun

Posted:

Jenain bersalah, dipenjara lima tahun

Jenain bersalah, dipenjara lima tahun

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 15 Sept. - Anggota polis, Koperal Jenain Subi dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar tingkatan tiga, Aminulrasyid Amzah yang ditembak di kepala pada April tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd. Tahar memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tertuduh dan dua saksi yang dipanggil bagi pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Beliau bagaimanapun membenarkan hukuman penjara ke atas Jenain ditangguhkan sehingga rayuannya selesai didengar dan diputuskan dengan jumlah jaminan RM10,000 yang dikenakan sebelum ini dikekalkan.

Dalam penghakiman ringkas, Latifah berkata, tembakan yang dilepaskan oleh Jenain dilakukan dalam keadaan tidak munasabah selain mempunyai niat untuk menyebabkan kematian remaja berusia 15 tahun itu berdasarkan jumlah tembakan yang dilepaskan.

Katanya, selain keterangan saksi-saksi pendakwaan, Jenain sendiri mengaku melepaskan 21 das tembakan dan tindakan itu dilakukan ketika kereta yang dipandu Aminulrasyid tidak lagi dalam keadaan berbahaya serta tidak berkeupayaan melarikan diri.

Berdasarkan keterangan anggota-anggota peronda polis yang berada di tempat kejadian, beliau juga berpendapat anak peluru yang menembusi kepala mangsa datang dari submesingan Heckler & Koch MP5 yang didaftar keluar atas nama tertuduh.

"Keadaan persekitaran di Jalan Tarian tidak lagi berbahaya kepada mana-mana pihak dan tidak perlu lagi dilepaskan tembakan pada kereta yang dipandu mangsa lebih-lebih lagi dengan 21 das tembakan.

"Sebagai anggota polis, tertuduh seharusnya sedar bahawa tembakan secara automatik dengan menggunakan submesingan amat berbahaya kerana peluru akan keluar secara berterusan,'' kata beliau.

Berhubung keterangan bekas Ketua Bahagian Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan, Latifah berpendapat beliau memberi keterangan hanya berdasarkan pengalaman dalam bidang forensik dan bukan sebagai saksi pakar.

Sementara saksi pembelaan ketiga, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang dan Pendakwaan, Bukit Aman, Datuk Razali Basri pula mengesahkan senjata api hanya boleh digunakan dalam keadaan yang munasabah.

"Mahkamah bukan sahaja bersimpati dengan keluarga mangsa tetapi juga kepada tertuduh yang telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 25 tahun

"Bagaimanapun, mahkamah perlu mengambil kira bahawa kes ini melibatkan penggunaan senjata api terhadap pelajar dan kes ini melibatkan kepentingan awam,'' kata beliau.

Jenain, 49, yang berkopiah putih serta memakai jaket sukan dilihat tenang, manakala isteri dan beberapa ahli keluarga tidak dapat menahan perasaan sedih sebaik hukuman dijatuhkan.

Dia yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April tahun lalu.

Bapa kepada empat anak itu dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 12 Oktober tahun lalu, pihak pendakwaan memanggil 39 saksi manakala pihak pembelaan menampilkan tiga saksi termasuk tertuduh.

Terdahulu, Peguam Salim Bashir merayu agar Jenain dikenakan hukuman ringan kerana dia tidak berniat menyebabkan kematian Aminulrasyid selain tidak mengetahui mangsa hanya seorang budak.

Katanya, tertuduh juga bertindak demikian bagi melaksanakan tugasnya sebagai anggota polis yang sedang berkhidmat untuk negara, selain tidak mempunyai sebarang rekod jenayah mahupun tatatertib.

''Lapan bulan sebelum kejadian, tertuduh adalah salah seorang anggota polis yang mengawal kawasan ini. Ketika kita sedang nyenyak tidur, tertuduh yang bertugas mengawal keselamatan.

''Bagi mahkamah, 30, 15 atau 10 tahun hanya satu angka, tetapi tertuduh yang terpaksa menjalani hukuman itu. Anak-anak juga akan kehilangan kasih sayang ayah,'' katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani pula memohon hukuman yang mampu memberi pengajaran kepada tertuduh mahupun anggota polis lain agar lebih berhati-hati serta tidak melepaskan tembakan sewenang-wenangnya di masa hadapan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved