Jumaat, 16 September 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Penunggang maut dilanggar lari

Posted:

Penunggang maut dilanggar lari

Penunggang maut dilanggar lari

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Anggota polis mengutip cebisan mayat Cheok Chee Loong selepas digilis beberapa kenderaan dalam kejadian langgar lari di Kilometer 18.1 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, semalam.


TELOK KEMANG 15 Sept. - Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan ngeri selepas digilis oleh beberapa kenderaan dalam satu kejadian langgar lari di Kilometer 18.1 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson dekat sini di sini malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.55 malam itu, Cheok Chee Loong, 27, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis daerah, Supritendan Baljeet Singh berkata, semasa kejadian mangsa yang menunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan pulang ke Lukut dari tempat kerja di sebuah kilang perabot di Seremban.

"Tiba di tempat kejadian lelaki itu dikatakan dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenali menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya sebelum digilis oleh beberapa kenderaan yang lain.

"Kejadian itu menyebabkan kepala mangsa pecah manakala tangan dan kakinya putus," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, keadaan lebuh raya yang gelap menyebabkan pengguna jalan raya tidak nampak mangsa terjatuh di atas jalan.

"Sehingga kini pemandu kenderaan yang melanggarnya masih belum membuat sebarang laporan berhubung kejadian itu.

"Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-647 2222," jelasnya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga untuk urusan pengkebumian.

PBT disaran bantu PPSPPA

Posted:

PBT disaran bantu PPSPPA

PBT disaran bantu PPSPPA

MELAKA 15 Sept. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran memantau dan memberikan bantuan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) yang mula beroperasi 1 September lalu bagi memastikan pengurusan sampah dan kebersihan di negeri ini berjalan dengan lancar.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Zainal Abu berkata, walaupun PPSPPA telah mula mengambil alih tugas menguruskan sisa pepejal secara rasmi awal bulan lalu namun PBT perlu memberikan bantuan sewajarnya dalam tempoh tertentu sehingga perbadanan itu selesa beroperasi sendirian.

"Dalam tempoh peralihan ini, PBT perlu memberikan kerjasama kepada PPSPPA bagi memastikan pengurusan sampah dan kebersihan di negeri ini berjalan dengan lancar sehingga satu tempoh tertentu," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri MBMB di sini kelmarin.

Menurutnya, antara tugas PPSPPA yang diambil alih daripada PBT termasuk menguruskan sampah domestik, kebersihan longkang dan tandas awam, pemotongan rumput dan juga memastikan kebersihan di persisiran pantai.

Beliau berkata, perbadanan itu juga perlu menghebahkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat melalui apa jua saluran dan segera membangunkan sistem e-aduan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memudahkan masyarakat menyalurkan aduan dan maklumat.

Namun katanya, PBT juga masih menerima aduan berkaitan pengurusan sisa pepejal daripada orang ramai dan akan disalurkan kepada PPSPPA untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, setakat ini beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang dilakukan PPSPPA dan turut mendapat maklum balas yang positif daripada empat PBT di negeri ini iaitu Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan MBMB.

"Dengan pengambilalihan tugas menguruskan sisa pepejal daripada PBT kepada PPSPPA ini, pengurusan sampah dan kebersihan di negeri ini akan lebih fokus dan efisien," katanya.

MB ajak bersatu untuk terus berjaya

Posted:

MB ajak bersatu untuk terus berjaya

MB ajak bersatu untuk terus berjaya


Mohamad Hasan dan Khairy Jamaluddin (kiri) menyenduk hidangan untuk orang ramai pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di Rasah, kelmarin.


RASAH 15 Sept. – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 esok, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengajak rakyat di semua peringkat di negeri ini bersatu padu dan menghentikan pertelingkahan.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan negeri itu dan negara mencapai kejayaan dan membawa pembangunan dalam semua aspek yang lebih hebat dan tinggi pada masa depan.

"Yakinlah di atas asas semangat perpaduan ini sahajalah yang akan menjamin masa depan kita hidup dalam keadaan aman, damai dan sejahtera pada hari ini," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan kemerdekaan ke-54 bersama penduduk Taman Tuanku Ja'afar di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Zaifulbahri Idris; ADUN Kota, Datuk Dr. Awaludin Said; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai, Datuk Abdul Halim Abdul Latiff dan Setiausaha UMNO Bahagian Rembau, Datuk Azman Hasan.

Mohamad berkata, perpaduan antara rakyat amat penting bagi membolehkan kerajaan meneruskan agenda pembangunan dan membasmi kemiskinan serta membina masyarakat majmuk yang maju, progresif dan saling bergantung antara satu sama lain.

Katanya, rakyat juga perlu bersatu menghalang orang yang cuba memecah-belahkan masyarakat dengan menyebarkan hasutan dan fitnah yang keterlaluan dalam percubaan mereka untuk melihat rakyat bercakaran sesama mereka.

"Ia termasuk pihak yang sengaja menimbulkan polemik dalam percubaan mereka untuk mengiktiraf pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

"Ia adalah fitnah yang besar kerana mana mungkin pejuang yang mempertahankan tanah air serta pasukan keselamatan tiba-tiba dinafikan jasa dan pengorbanan mereka hanya disebabkan tamak dan haloba pihak yang berkenaan mahukan kuasa," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved