Khamis, 6 Mac 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


37 PATI dicekup ketika tidur

Posted: 06 Mar 2014 11:31 PM PST

JOHOR BAHRU 7 Mac - Mimpi indah 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) terganggu apabila mereka ditahan Jabatan Imigresen negeri dalam satu serbuan di sini awal pagi tadi.

Kesemua warga asing berusia 24 hingga 50 tahun itu ditahan dalam serbuan pukul 1.30 pagi di rumah kongsi tapak pembinaan di Jalan Kolam Air, di sini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Sapian Kamaruddin berkata, PATI berkenaan terdiri daripada 28 lelaki dan sembilan wanita.

"Mereka terdiri daripada 28 orang warga Indonesia, lima Myanmar dan bakinya warga Bangladesh.

"Semasa serbuan, kesemua mereka sedang nyenyak tidur. Selepas anggota kita memperkenalkan diri, ada cuba melarikan diri dengan cara bersembunyi di sekitar kawasan rumah termasuk di atas siling bangunan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, siasatan mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini. - UTUSAN ONLINE

Sindiket seleweng diesel terbesar tumpas

Posted: 06 Mar 2014 10:39 AM PST

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my

Iskandar Halim Sulaiman (dua kanan) menunjukkan lokasi sindiket penyelewengan diesel bersubsidi yang berjaya ditumpaskan di kawasan Perindustrian Cheng, Melaka, semalam. - UTUSAN/Gaie Uchel

MELAKA 6 Mac - Kegiatan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi di tiga buah negeri terbongkar selepas 600,000 liter bahan api itu dan 44,060 liter minyak petrol dirampas dalam serbuan di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sejak semalam.

Kejayaan itu adalah hasil operasi bersepadu, Op Diesel 1Selatan (OD1S) yang dijalankan di ketiga-tiga negeri berkenaan.

Timbalan Pengarah (Penguat Kuasa) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, turut dirampas sebuah kapal mengangkut minyak, tangki (25 buah), lori 1 tan (6 buah), lori tangki (5 buah) dan sebuah motosikal Harley Davidson dengan keseluruhan rampasan bernilai RM3 juta.

Menurutnya, 173 akaun individu dan syarikat kepunyaan sindiket tersebut yang keseluruhan berjumlah RM12 juta berjaya dibekukan untuk siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Cukai Pendapatan 1967.

''Ini adalah rampasan minyak diesel bersubsidi terbesar berjaya dilakukan KPDNKK tahun ini. Kita percaya sebuah tapak yang disewa di kawasan Perindustrian Cheng di sini menjadi tempat simpanan minyak diesel bersubsidi dan petrol sebelum dijual," katanya dalam sidang akhbar di kawasan Perindustrian Cheng di sini hari ini.

Sebanyak 100 orang daripada sembilan agensi iaitu polis, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Imigresen terlibat dalam OD1S.

Iskandar Halim berkata, minyak diesel sebanyak 600,000 liter bernilai RM1.5 juta dan petrol (RM123,500) itu dirampas di pelbagai lokasi iaitu Bukit Rambai dan Jeti Nelayan Anjung Batu di Melaka; Mambau dan Lukut di Negeri Sembilan serta Pelabuhan Klang dan Puchong di Selangor.

Jelasnya, jumlah rampasan minyak diesel di Melaka ialah 300,000 liter, Selangor (200,000 liter) dan Negeri Sembilan (100,000 liter).

Beliau berkata, modus operandi sindiket terbabit yang beroperasi di kawasan Selatan dan Lembah Klang ialah membeli minyak diesel dan petrol di tiga negeri terbabit sebelum menjualnya ke kawasan-kawasan perindustrian di tempat lain.

''Kita juga percaya minyak diesel itu akan dieksport ke beberapa negara jiran ekoran penemuan sebuah kapal mengangkut minyak yang boleh memuatkan 300,000 liter bahan api itu di Jeti Nelayan Anjung Batu," katanya lagi.

Menurutnya, serbuan yang dilakukan di tiga lokasi terbabit adalah hasil risikan KPDNKK dan Pasukan Petugas Khas bermula Oktober lalu.

Tambahnya, empat orang yang menaiki kapal mengangkut minyak berkenaan ditahan semalam mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 manakala beberapa orang lagi termasuk ketua sindiket yang menyewa tapak di kawasan Perindustrian Cheng telah dikenal pasti.

''Siasatan lanjut akan dijalankan untuk menahan lebih ramai lagi suspek yang terlibat dalam sindiket ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR0

Utusan Online - Sukan Tempatan

Posted:

Utusan Online - Sukan TempatanIkuti berita penuh untuk ruangan Sukan Tempatan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Utusan Online - Sukan Tempatanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Problem Parsing :
Error #: -1072896763
Description: A name contained an invalid character.
In file: file:///E:/utusan/html/today/Utusan_Malaysia.Sukan.xml
Source line: su_01.1.jpg500328su_01.small.jpg90100
PEMAIN China, Huang Bowen (kiri) membuat sepakan bebas sewaktu menentang Iraq dalam perlawanan kelayakan di Sharjah, UAE kelmarin. Walaupun tewas, China mara ke pusingan akhir untuk mengecewakan Malaysia. - AGENSI
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Dua lagi pengikut Tuhan Harun didakwa membunuh

Posted: 06 Mar 2014 07:06 PM PST

KUANTAN 7 Mac - Dua lagi pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini berkaitan tuduhan membunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd. Malek, November tahun lalu.

Shamsinar Abdul Halim, 37, dituduh bersama Sumustapha Suradi, 40, dan seorang lagi yang masih bebas, membunuh Ahmad Raffli di Lorong IM2/29 Bandar Indera Mahkota di sini pada 10 November lalu.

Jefferi Safar, 37, pula dituduh bersama-sama ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 48, isterinya, Azida Mohd. Zol, 31, dan pemandu, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38, bersama-sama melakukan konspirasi jenayah iaitu bersetuju antara satu sama lain dengan niat membunuh Ahmad Raffli.

Kesalahan itu adalah bertentangan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 120B (1) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali kemudian menetapkan kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi pada 17 Mac ini. - UTUSAN ONLINE

Ibu akui anak bohong, berpakat

Posted: 06 Mar 2014 10:39 AM PST

STOCKHOLM 6 Mac - Ibu warga Malaysia yang sedang dibicarakan atas tuduhan memukul anak-anaknya di Sweden memberitahu bahawa mereka bukan sahaja berupaya berbohong tentang kejadian dipukul tetapi mempunyai motif untuk berbuat demikian.

Sambil menafikan kesemua pertuduhan yang dihadapinya, Shalwati Nor Shal memberitahu, 'cerita' yang ditimbulkan oleh anak-anaknya ketika disoal siasat pegawai polis adalah hasil kekeliruan dan diperbesar-besarkan dan dalam sesetengah kes adalah pembohongan semata-mata.

Walau bagaimanapun, ketika disoal oleh peguam Johan Kallus yang mewakili anak-anaknya, sama ada kesemua kejadian yang dimaksudkan oleh mangsa itu sesuatu yang direka, Shalwati mengakui insiden itu benar-benar berlaku tetapi telah diperbesar-besarkan tentang kaitannya dengan keganasan.

Memandangkan Sweden telah mengharamkan hukuman membabitkan fizikal sejak 1979, ini bermakna Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awaludin berhadapan dengan hukuman penjara maksimum enam tahun sekiranya didapati bersalah atas tuduhan memukul anak-anak mereka.

Shalwati juga mendedahkan bahawa anak keduanya, Ammar adalah seorang yang suka mencari perhatian dan tidak berpuas hati dengan rakan-rakan sekolahnya yang tidak mempedulikannya.

"Ammar adalah seorang yang kurang matang dan dia berpendapat, boleh menjadi popular sekiranya memberitahu kepada rakan-rakannya yang dia telah dipukul di rumah,'' katanya merujuk kepada dakwaan pihak pendakwaan berhubung perbualan anaknya itu menerusi Skype yang menyatakan dia membenci ibu bapanya.

"Apa lagi yang diperlukan," soal Shalwati sambil menitis air mata ketika memberi keterangan di Mahkamah Daerah Solna.

Ibu kepada empat anak itu juga mempertikai keterangan anak bongsunya, Ariff yang langsung tidak menyentuh mengenai insiden dia dipukul oleh pasangan itu ketika disoal siasat oleh pegawai polis pada awal keterangan, tetapi beberapa minggu kemudian, keterangannya itu berubah.

"Ariff mengagumi Ammar dan mudah dipengaruhi oleh abangnya itu.

"Rotan yang yang digambarkan olehnya kepada pihak polis sebagai sebatang rotan yang lengkap (rotan itu telah patah dua sebelum mereka pindah ke Sweden) hanya digunakan terhadap Ammar ketika di Afrika Selatan,'' kata Shalwati.

Peguam Kristofer Stahre yang mewakili wanita itu ketika ditanya sama ada Aishah mampu berbohong, sambil mengeluh panjang Shalwati memberitahu, anak sulungnya itu sangat cenderung berbuat demikian terutamanya untuk menyembunyikan hal-hal yang memalukannya.

"Misalnya, Aishah pernah berbohong berhubung hal mencuri coklat ketika dia sedang berdiet dua tahun yang lalu," katanya.

Sementara anak ketiganya, Adam pula, Shalwati berkata, mudah terkeliru ketika ditanya soalan kerana dia mempunyai masalah pemahaman.

"Ketika disoal siasat sebelum ini pun, Adam kelihatan keliru dan tidak dapat mengingati tarikh-tarikh dan jawapannya mengelirukan pegawai yang merekodkan keterangan," katanya.

Pada 10 Februari lalu, Azizul Raheem dan Shalwati didakwa atas pelbagai pertuduhan mencabul integriti kanak-kanak dengan cara memukul dan mendera anak-anak mereka.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di kediaman mereka di Spanga, di pinggir bandar Stockholm di antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Perbicaraan bersambung 10 Mac ini. - THE STAR

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


3 pendatang asing ke Greece cedera kena tembakan

Posted: 06 Mar 2014 11:52 AM PST

ATHENS 7 MAC. - Sekurang-kurangnya tiga pendatang asing cedera selepas pengawal pantai berbalas tembakan dengan bot yang mereka naiki ketika cuba menyelinap masuk ke Greece dari negara jiran di Turki, semalam.

Menurut laporan radio Skai, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dan dua lagi lelaki dihantar ke hospital berdekatan di pulau Aegean di timur Chios. - AFP

Malaysia hilang hak - K. Shanmugam

Posted: 06 Mar 2014 10:39 AM PST

SINGAPURA 6 Mac. - Malaysia hilang hak untuk mengkaji semula harga air mentah yang dibekalkan ke Singapura, tegas Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam.

Beliau berkata, ini berdasarkan syarat-syarat yang termaktub di bawah Perjanjian Air 1962.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap laporan media Malaysia yang menyatakan pentadbiran negeri Johor berhasrat menyemak semula harga air mentah yang dijual dari negeri itu ke Singapura.

`Perjanjian Air itu juga dijamin di bawah Perjanjian Pemisahan yang memberi kemerdekaan kepada Singapura pada 1965.

"Kedua-dua perjanjian itu merupakan perjanjian antarabangsa yang penting kepada kami, kedaulatan kami dan keselamatan kami. Syarat-syarat yang termaktub di dalamnya tidak boleh diubah oleh sebelah pihak, katanya.

Shanmugam turut menyentuh tentang perkembangan terbaru kerjasama dengan Indonesia untuk menangani isu jerebu.

Menurutnya, satu laporan media kelmarin mendakwa majoriti anggota suruhanjaya Parlimen Indonesia pada dasarnya menyokong Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.

Berita ini disambut baik kerana Indonesia merupakan satu-satunya negara yang belum mengesahkan perjanjian berkenaan.

"Tanpa Indonesia perjanjian tersebut tidak dapat dikuatkuasakan," katanya.

Sementara itu, Singapura sedang berusaha untuk menyambung semula kerjasama di wilayah Jambi dan pegawai kedua-dua negara telah mengadakan beberapa pertemuan.

Shanmugam berkata: "Kerjasama ini dapat membantu kerja-kerja menangani jerebu di lapangan dengan menyediakan bantuan teknikal dan menyediakan para petani dengan kaedah-kaedah alternatif untuk membersihkan ladang mereka, melaksanakan perladangan mampu sara dan amalam pembakaran sifar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bandar Kuala Lipis makin sesak

Posted: 06 Mar 2014 10:39 AM PST

Kenderaan sesak ketika di persimpangan lampu isyarat sebelum memasuki bandar lama Kuala Lipis dan Bandar Baharu Lipis.

Saudara pengarang,
BARU-baru ini ini saya berkunjung ke bandar bersejarah Kuala Lipis antara lain untuk melihat artifak sejarah kolonial pada abad ke-19 dan bertemu dengan rakan lama semasa belajar di Clifford School, di sini pada tahun 70-an.

Saya menjangkakan senario perbandaran Kuala Lipis semakin hebat dengan pembinaan banyak premis dan kediaman menerusi perkhabaran daripada rakan sama ada di talian telefon dan juga laman sosial Facebook dan Twitter.

Andaian saya memang tepat setelah tiba di pekan Benta dapat melihat panorama pembangunan yang kian pesat manakala kemudahan asas jalan raya yang sempurna menghubungkan pekan itu dengan Kuala Lipis.

Saya memasuki bandar Kuala Lipis dengan selamat dan apabila memandang Clifford School atau SMK Clifford hari ini, nostalgia era 70-an kembali menerjah fikiran dan perasaan mula diulit gembira dan selebihnya sayu menerawang di mana dan apakah nasib kehidupan rakan-rakan sekelas dahulu.

Untuk makluman pembaca, nostalgia yang bermain di fikiran saya sedikit tersentap apabila kaki cepat menekan pedal brek lalu kenderaan terhenti di laluan berdekatan Dewan Residen, bandar ini.

Rupa-rupanya, bandar Kuala Lipis juga sudah banyak kenderaan bertali arus dan menjadi transit sehingga keadaan mula sesak.

Ini menandakan bandar Kuala Lipis sudah berubah dan kian membangun dengan pesat berasaskan banyaknya premis perniagaan dan hotel sekali gus menzahirkan hakikat sebenar apa yang dihebahkan oleh rakan menerusi talian dan laman sosial.

Kenderaan saya menunggu hampir lima minit dan mula bergerak perlahan-lahan menempuh garisan lampu trafik untuk ke destinasi masing-masing.

Kedudukan persimpangan di lampu trafik berpecah kepada empat laluan, manakala jalan ke bandar lama yang agak sempit juga antara punca kesesakan berlaku setiap hari terutamanya waktu puncak.

Saya berharap pihak berkuasa tempatan dapat merancang perubahan laluan di bandar ini agar tidak wujud kesesakan kerana senario berkenaan juga mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan pelawat dan pelancong Barat yang singgah di sini.

Kesibukan pada waktu siang juga tidaklah berterusan kerana menjelang waktu senja bandar ini mula dihantui kesunyian ketika malam melabuhkan tirainya.

Saya melihat dan merasai sendiri pengalaman ini apabila tidak ada kegiatan yang membolehkan orang bertumpu pada waktu malam. Cuma ada kedai mamak menjadi tumpuan jumlah pelanggan yang kecil menghirup teh tarik dan makan roti canai.

Senario sama juga wujud di Bandar Baharu Lipis yang menjadi nadi pentadbiran baharu Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dan premis perniagaan juga dihimpit kesunyian tatkala malam melabuhkan tirainya.

Menerusi Rakan Pahang minggu ini, saya berharap pihak berwajib dapat melunaskan mekanisme tertentu agar bandar ini sentiasa menjadi tumpuan orang ramai bukan sahaja waktu siang malahan sentiasa `hidup waktu malam sehingga ke pagi seperti di tempat lain.

MR VAGABOND

Kuala Lumpur

Protes Ultras Malaya di luar norma rakyat Malaysia

Posted: 06 Mar 2014 10:39 AM PST

Tindakan kumpulan penyokong Ultras Malaya menyalakan suar dan membakar mercun semasa perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang Sabtu lalu sebagai tanda protes kepada kepemimpinan FAM mengundang kecaman pelbagai pihak.

Saudara pengarang
Protes Ultras Malaya terhadap kepemimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dikatakan gagal meletakkan Malaysia ke tahap ranking dunia sesuatu tindakan yang memualkan dan meletakkan generasi muda itu ke pemikiran ultra!

Perbuatan membakar suar, mercun dan bom asap di Stadium Selayang semasa perlawanan pasukan Harimau Malaya dengan Filipina hujung minggu lalu jelas tindakan yang melampaui nilai bangsa Malaysia.

Lebih menghairankan, budaya protes melampau hanya berlaku sejak kebelakangan ini yang telah merosakkan imej negara yang sebelum ini dipuji masyarakat luar negara.

Tanpa melihat usaha FAM secara menyeluruh, kelompok peminat ini dengan mudah menuding jari meletakkan sepenuh kesalahan di bahu kepimpinan badan induk bola sepak negara.

Apakah jaminan dengan menukar barisan kepemimpinan FAM, pasukan kebangsaan mampu sekelip mata kembali sebaris dengan gergasi Asia seperti Jepun dan Korea Selatan?

Bagi kelompok peminat seperti ini, mereka menafsirkan FAM tidak buat kerja sedangkan FAM telah melakukan apa sahaja untuk memartabatkan imej pasukan bola sepak negara.

Pada saya, Ultras Malaya perlu diajar cara memprotes lebih sopan, bukan dengan terikut cara Barat.

Ultras Malaya jangan menyangka perbuatan kamu di Stadium Salayang itu mendapat sokongan tetapi ramai yang mengutuk kerana telah menjejaskan nama baik bola sepak negara ini.

Di samping itu, pasukan negeri juga sangat berperanan untuk menaikkan imej bola sepak negara. Ada pasukan negeri bermasalah akibat pentadbiran yang lemah tetapi masih menyalahkan FAM.

Sebagai orang lama dari segi usia, saya menyaksikan FAM telah melakukan pelbagai program dan perubahan yang mengatasi sesetengah negara sehingga beberapa tahun kebelakangan ini kembali digeruni di peringkat Asia Tenggara.

Oleh itu, jangan kita nafikan dengan mudah usaha FAM membawa kemajuan kepada bola sepak negara walaupun diakui masih banyak yang perlu dilakukan kerana sebagai sukan nombor satu, semua negara tidak pernah berhenti menyusun langkah memantapkan sukan ini.

Lebih penting, penyokong juga harus realistik dan bukannya melulu mengkritik FAM, pemain dan jurulatih setiap kali Harimau Malaya mengalami kekalahan.

MANJA AYAH

Maran

Penduduk bimbang musim panas

Posted: 06 Mar 2014 10:39 AM PST

Kawasan belukar dan kebun berdekatan jalan raya musnah terbakar dipercayai akibat sikap pemandu kenderaan membuang puntung rokok di Kuala Lipis, baru-baru ini.

Saudara pengarang,
MUSIM panas dan kering yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu nyata menimbulkan kebimbangan terutama kepada mereka yang tinggal berhampiran kawasan belukar seperti saya.

Apatah lagi rumah saya terletak berhampiran jalan raya utama yang menghubungkan Lipis dengan Merapoh yang tidak pernah sunyi dengan kenderaan.

Kebimbangan saya berasas kerana minggu ini dilaporkan banyak kejadian kebakaran membabitkan kawasan belukar berdekatan jalan raya yang dipercayai berpunca daripada pembuangan puntung rokok oleh pemandu kenderaan yang berulang alik di laluan ini.

Untuk makluman pembaca, saya menganggap kejadian itu adalah kerana kecuaian manusia sendiri.

Senario cuaca panas dan kering serta berangin yang kita tempuhi bulan ini memerlukan keprihatinan semua pihak supaya lebih bertanggungjawab memelihara alam sekitar agar kesannya tidak bertukar menjadi lebih serius seperti jerebu.

Sebagai penghuni yang tinggal berdekatan jalan raya dan belukar, perasaan saya dihantui kebimbangan berkemungkinan kejadian itu juga akan membabitkan musibah kemusnahan kediaman, premis, malahan mengundang risiko nyawa penduduk kerana setiap kali berlaku kebakaran, api merebak begitu cepat.

Kebakaran akibat kecuaian membuang puntung rokok di tepi jalan juga memberi impak kemusnahan kepada kawasan kebun jika api merebak dengan pantas.

MR. ARSON,

Kampung Bukit Betong, Lipis

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kamera X-T1 terbaharu

Posted: 02 Mar 2014 09:41 PM PST

Penggunaan aksesori tambahan seperti lampu denyar mampu meningkatkan kualiti imej yang dirakam.

Sebagai peneraju dalam teknologi kamera canggih, Fujifilm Malaysia baru-baru ini memperkenalkan X-T1, kamera lensa boleh ubah terbaharu yang menampilkan Real Time Viewfinder terpantas di dunia dengan 0.005 saat masa susulan.

X-T1 merupakan rangkuman kendalian, dail mekanikal untuk ciri-ciri operasi ringkas gaya SLR dengan rekaan badan kamera kalis cuaca.

Ciri-ciri keistimewaan lain termasuk berkelajuan tinggi selain pembidik elektronik terbaharu X-T1 yang hampir setaraf dengan pembidik optikal, Revolusi Real Time Viewfinder.

Digabungkan dengan pandangan sudut luas yang unik bersama-sama magnifikasi tertinggi 0.77 kali pembidik elektronik X-T1 memberikan pengalaman merakam mengagumkan dengan hanya 0.005 saat masa susulan.

X-T1 menggunakan kedua-dua Pemproses EXR II dan sensor CMOS II X-Trans, mengawal penghasilan warna palsu dan juga moir dengan berkesan.

X-T1 juga mampu merakam sehingga lapan imej sesaat selain sistem pengesanan autofokus (AF) dan merupakan model pertama seumpamanya yang dapat diserasikan dengan kad memori SDXC UHS-II, membolehkan kepantasan merekod data sehingga dua kali ganda.

Dengan anggaran 80 titik halangan cuaca, menjadikan badan kamera berkenaan kalis debu dan air, memberikan perlindungan berkesan daripada kotoran dan lembapan.

Bagi mengiringi X-T1, Fujifilm turut melancarkan tiga lensa zum kalis cuaca pada 2014 dimulakan dengan pelancaran XF18-135mm pada bulan Jun.

Dua lagi lensa adalah XF16-55mmF2.8 R OIS WR dan XF50-140mmF2.8 R OIS WR.

Meneruskan tradisi seni pembuatan yang tiada bandingan, serta rekaan yang mendahulukan jurugambar, X-T1 menampilkan lima dail mekanikal pada bahagian plat atas, dua dail tetapan di depan dan belakang serta enam butang fungsi boleh ubah.

Fungsi dan tetapan dapat diperiksa dengan pantas tanpa perlu melihat LCD di belakang dan dail-dail disusun sempurna bagi memastikan fungsi kamera dapat ditetapkan tanpa perlu mengalihkan mata anda daripada pembidik.

Enam butang fungsi boleh ubah dan dua dail tetapan yang diletakkan di depan dan belakang memberikan kesempurnaan, mengubah apa-apa jua tetapan dengan pantas.

Nokia guna android

Posted: 02 Mar 2014 09:41 PM PST

Susunan NOOR DIANA AZIS

KESEMUA rangkaian keluarga X dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon.

NOKIA terus tampil menegaskan komitmennya dalam memberi peranti terbaik sejajar dengan pengaruhnya yang merupakan antara pelopor teknologi telefon bimbit pintar.

Pada Kongres Mudah Alih Dunia baru-baru ini, Nokia memperkenalkan lima peranti terbaharu termasuk dari keluarga Nokia X yang dikuasakan oleh aplikasi Android, perkhidmatan Microsoft serta perkhidmatan istimewa Nokia.

Menampilkan Nokia X, Nokia X+ dan Nokia XL yang menawarkan perkhidmatan Lumia dan Microsoft seperti Skype, OneDrive dan outlook.com diperkenalkan untuk memenuhi kehendak pengguna selain bersaing dengan pasaran pesat masa kini.

Rangkaian X menampilkan kualiti gagang telefon dengan antara muka berasaskan jubin yang diinspirasikan oleh keluarga Lumia sebelum ini.

Paparan skrin pula didatangkan dengan Fastlane yang membolehkan pengguna menukar aplikasi kegemaran mereka lebih lancar di samping mengakses Nokia Store dengan pantas.

Bagi Nokia X, telefon bimbit pintar ini dibina dengan saiz paparan empat inci IPS serta kamera tiga mega piksel.

Nokia X+ pula dioptimumkan untuk peminat-peminat multimedia yang kerap menikmati permainan video, muzik, gambar.

Lebih menarik, kedua-dua peranti ini boleh didapati dengan pelbagai pilihan warna iaitu hijau, merah, cyan, kuning, hitam dan putih.

Lain pula bagi Nokia XL yang dibina dengan saiz paparan lima inci dengan kapasiti kamera hadapan dua mega piksel dan lima mega piksel pada kamera belakang.

Kesemua rangkaian keluarga X dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon dengan pemproses dua teras selain disokong Dual SIM bagi memudahkan pengguna menukar kad SIM mereka.

Di samping itu, Nokia turut menaruhkan Asha 230 dan 220 yang merupakan peranti sentuh mampu milik serta selain menyediakan perkhidmatan Internet dengan aplikasi sosial.

Peranti tersebut menawarkan Asha Platform termasuk Fastlane yang memudahkan pengguna mengakses kepada aplikasi sosial popular seperti Line, WeChat and WhatsApp.

Dengan perisian yang dikemaskini, Asha 230 akan memperkenalkan storan awan sehingga tujuh giga bait di Microsoft OneDrive serta pilihan secara automatik pada masa akan datang.

Nokia turut memperkenalkan telefon bimbit data pada harga mampu milik iaitu Nokia 220, yang menyambungkan internet serta boleh dicapai di mana sahaja.

Dengan paparan skrin 2.4 inci serta pad kekunci kalis debu dan air, telefon bimbit pintar ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang pertama kali menggunakan peranti untuk mengakses internet yang dimuatkan dalam pra pelayar Xpress.

Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut boleh layari www.nokia.com/about-nokia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Rezeki Nanas

Posted: 02 Mar 2014 09:41 PM PST

Oleh LAUPA JUNUS
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED

Zulkefly Tumpang (kiri) menyatakan sesuatu kepada Salehuddin Pangilon (tengah) sambil diperhatikan Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Perancangan, Jabatan Pertanian Putrajaya, Roseli Mustapha di TKPM Kundang Kuala Langat, Selangor.

Kejayaan pengusaha tanaman nanas Salehudin Pangilon yang mencuba nasib menjadi peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan akhirnya memperoleh pendapatan lumayan wajar dicontohi. Dia berusaha gigih membuktikan kesungguhan meskipun permohonannya menjadi peserta pada mulanya tidak diterima.

Saya diberi kawasan contoh atau tapak demontrasi yang tidak diusahakan dan apabila melihat kesungguhan mengusahakan pertanian, saya diterima masuk, katanya yang menjadi peserta di TKPM Kundang, Kuala Langat, Selangor.

Sejak mencuba nasib di TKPM tersebut, Salehudin, 50, cuba menanam nanas varieti Yankee atau juga dikenali Selangor Sweet dengan projek permulaan melibatkan 3,000 pokok di kawasan berkeluasan satu setengah ekar.

Sebagai permulaan, dia hanya mampu mengusahakan seluas 0.6 hektar (ha) atau satu setengah ekar berbanding dua ha (lima ekar) diperuntukkan kerana masalah kekurangan modal.

Bagi melunaskan impiannya menjadi usahawan pertanian yang berjaya, mahu tidak mahu dia bertekad memulakan projek dengan modal sendiri sebanyak RM5, 000 yang yang mana setiap anak benih dibeli pada harga 33 sen ketika itu tanpa pinjaman bank.

Dalam tempoh lima tahun sahaja, kawasan penanaman nanas baka Selangor Sweet berkembang dan kini dan mengusahakan seluas 14 ha (35 ekar) yang mana seekar kawasan penanaman melibatkan 8,000 pokok.

Salehuddin juga mengusahakan nanas josapine seluas satu ekar dengan jumlah 15,000 pokok dan turut memantau projek tanaman nanas varieti MD2 milik orang lain seluas dua ha bagi tujuan pembelajaran.

Mengenai masalah utama tanaman nanas, Salehuddin berkata, risikonya agak rendah kerana tidak terlalu diancam penyakit sebaliknya dia kekurangan pekerja yang membantunya di ladang.

Nanas Yankee matang dalam tempoh 18 bulan manakala varieti josapine boleh dituai dalam tempoh 10 bulan.

Dengan keluasan tanaman yang dimiliki, Salehudin mampu mengeluarkan secara purata 5,000 biji nanas sebulan.

Saya hanya mempunyai dua pekerja yang membantu kerja-kerja ladang seperti mencabut rumput, membuat semburan hormon kepada tanaman nanas selepas berumur lima bulan serta menuai hasil, katanya.

Dia tidak menghadapi masalah mengenai pasaran kerana peraih datang ke ladangnya di TKPM Kundang.

Harga nanas varieti Yankee boleh mencecah RM2.85 sebiji manakala josapine lebih rendah daripada itu.

Dengan kejayaan tersebut, Salehudin pernah menerima Anugerah Peladang Jaya Kuala Langat pada tahun lalu dan juga Anugerah Nanas Jaya Peringkat Selangor pada tahun yang sama.

Hari ini, dia bukan sahaja mengeluarkan nanas menerusi projek di TKPM itu tetapi turut membekalkan benih nanas varieti Yankee kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Dia juga masih mempelajari kaedah penanaman terbaik bagi varieti MD2 yang dianggap lumayan kerana harganya agak mahal. Malah anak pokok MD2 sahaja berharga RM2 di pasaran.

Pencapaian Salehudin bagaimanapun tidak datang sekelip mata memandangkan sejarah penglibatannya dalam pertanian menyaksikan dia tersungkur, jatuh bankrap dan kemudian bangkit kembali.

Malah sebelum menceburi bidang pertanian, dia melakukan pelbagai kerja untuk menampung kehidupan.

Anak jati Kampung Kundang ini menuntut di Yayasan Anda pada 1981 dan kemudian menjadi pembantu pustakawan di Klang Selangor.

Selepas tidak lagi berkhidmat, dia melakukan kerja-kerja kontrak pembinaan dan juga berkaitan dengan besi selama tiga tahun.

Salehudin terpaksa meninggalkan perniagaan tersebut selepas menanggung kerugiandan kemudian kembali semula ke kampung halamannya.

Pada 1990, dia mula terfikir menceburi bidang pertanian dengan mengusahakan ternakan udang harimau seluas 0.8 ha.

Oleh kerana projek tidak begitu memberangsangkan akibat masalah penyakit, dia beralih kepada ternakan udang putih di kampungnya.

Menurut Salehuddin, satu ketika udang yang diternaknya mati perlahan-lahan dan ini menjadikannya hampir berputus asa.

Saya memikirkan masalah penyakit begitu mengancam projek udang, sebab itu mencuba tanaman nanas di TKPM kerana risikonya rendah, ujarnya.

Bagaimanapun, dia menjadikan pengalaman tersebut sebagai satu cabaran yang biasa dalam bidang pertanian.

Dia juga mengakui konsep melahirkan usahawan pertanian berpendapat RM3,000 minimum sebulan menerusi TKPM yang diperkenalkan Jabatan Pertanian satu pendekatan yang baik dan wajar diteruskan.

Saya juga ingin menasihati golongan muda supaya menyertai bidang pertanian kerana berpeluang meraih pendapatan yang menguntungkan cerah.

Soal rugi dan jatuh perkara biasa dalam perniagaan (pertanian) ujarnya lagi.Dia juga boleh berbangga projek pertanian tersebut telah menerima Sijil Amalan Ladang Malaysia (SALM) atau MyGAP.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Hanez tidak kisah jika Nurliyana enggan mohon maaf

Posted: 06 Mar 2014 04:10 AM PST

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

SHAH ALAM 6 Mac - Pelakon Hanez Suraya hari ini, tidak akan mengambil sebarang tindakan walaupun Nurliyana Abdul Manan enggan memohon maaf terhadapnya.

Kata Hanez, dia sudah malas untuk memanjangkan perkara itu, sebaliknya lebih senang mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

Hanez yang ditemui pada sidang akhbar teater Projek Kahwin di sini, berkata, dalam keadaan sekarang masyarakat lebih senang menyalahkan dia.

Tambah Haniz lagi, dia juga tidak mahu menggunakan media sebagai orang tengah dan menyifatkan tindakan itu tidak lebih seperti membuka aib sendiri.

"Dia (Nurliyana) nak mohon maaf atau tidak, terpulanglah. Saya sudah tidak kisah kerana ketika ini apa sahaja yang saya cakap semuanya tampak negatif di mata masyarakat.

"Saya juga tidak mahu menggunakan pihak media sebagai orang tengah untuk menyelesaikan kemelut ini. Adalah lebih baik kalau kami bertemu sahaja," katanya.

Nurliyana yang juga isteri kepada Romie Razin Adilha, pada Ahad lalu dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar mendakwa Hanez Suraya merampas suaminya, Romie Razin Adilha.

Susulan daripada itu, Hanez dan Romie mengadakan sidang akhbar khas semalam, untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dalam hubungan mereka. - UTUSAN ONLINE

Denggi: Demam Syamsul semakin teruk, nikah Sabtu ni

Posted: 05 Mar 2014 10:50 PM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR

KUALA LUMPUR 6 Mac - Keadaan kesihatan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 30, semakin teruk apabila mengalami tekanan darah yang rendah.

Pengarah filem KL Gangster itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 2 Mac lalu kerana menghidap demam denggi.

Menurut bapanya, Datuk Yusof Haslam, 60, anaknya itu dimasukkan ke hospital selepas mengadu mengalami demam yang berpanjangan.

"Sekarang ini keadaan Syamsul lebih teruk berbanding hari pertama dia dimasukkan ke hospital. Tambahan pula tekanan darahnya rendah.

"Doktor kata dia memerlukan tempoh kira-kira tujuh hari lagi untuk rawatan. Apa pun, dia tetap akan bernikah dengan Puteri Sarah mengikut apa yang telah dirancang keluarga," jelasnya ketika dihubungi Utusan Online, hari ini.

Kata Yusuf, jika kesihatan Syamsul masih tidak berubah, dengan izin doktor anaknya akan dibawa keluar dari hospital untuk majlis pernikahannya kelak.

"Dengan kebenaran doktor kami akan bawa dia ke majlis pernikahan dan selepas segala acara selesai, Syamsul akan dimasukkan ke wad semula," jelas Yusuf.

Majlis pernikahan Syamsul dan Puteri Sarah akan diadakan di Masjid Sri Damansara, Petaling Jaya, pada pukul 10 pagi, Sabtu ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


‘Orang Melayu jangan tersalah sukat’

Posted: 06 Mar 2014 10:39 AM PST

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah (tengah) menyampaikan titah ucapan sempena perasmian Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Kali ke-186 di Auditorium Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, Perak, semalam. - UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin

PERSIDANGAN Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kali ke-186, merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid, mantan Penasihat Undang-undang Negeri Perak atas khidmat dan peranan beliau sebagai ahli Majlis bagi tempoh 1 Jun 2007 sehingga 14 Januari 2014.

Beliau telah ditukarkan untuk mengambil tanggungjawab baru di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. Semoga beliau terus dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kejayaan.

Persidangan mengalu-alukan keanggotaan Penasihat Undang-undang Negeri Perak yang baharu Yang Berhormat Rohana Abd. Malek sebagai Ahli Majlis.

Persidangan pada hari ini turut mengucapkan selamat bertugas kepada Dr. Amiruddin Muhamed yang telah diperkenankan lantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, berkuat kuasa 2 Januari 2014.

Beta merakamkan penghargaan kepada Mohd. Haidi Sulaiman yang berjaya memenuhi amanah dan melaksanakan tanggungjawab secara berkesan menanggung tugas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis di antara 15 Julai sehingga 31 Disember 2013. Beta berserta ahli-ahli Majlis turut merakamkan ucap takziah kepada Wan Maizura Wan Zahari dengan kembalinya ke Rahmatullah ibu beliau pada 25 Disember 2013. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan roh para solehah. Al-Fatihah.

Pemerintahan Islam pertama telah dirintis penubuhannya di Madinah daripada susulan peristiwa Hijrah. Antara tindakan awal yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah adalah mengadakan bancian penduduk.

Bancian yang dilaksanakan tidak hanya terbatas kepada membanci bilangan penduduk dari segi pecahan jantina, kaum dan usia, tetapi merangkumi aspek-aspek guna tenaga kerja, penguasaan ilmu pengetahuan, tahap literasi dan pegangan agama. Data-data yang dikumpulkan, lalu dijadikan asas untuk merancang dan membangunkan sistem dan corak pemerintahan sebuah negara Kota Madinah atau The City State of Medina.

Dalam merangka formula sesebuah pemerintahan, maklumat yang tepat lagi terperinci, terutama mengenai profil penduduk merupakan komponen penting, demi memastikan program yang diformulasikan menepati keperluan serta bersesuaian dengan budaya, komposisi serta taburan penduduk setempat dan semasa. Nyatalah, Baginda Rasulullah SAW membangunkan pemerintahan dan mengolah kerangka urus tadbir negara berpaksikan ummah ataupun berkonsepkan people-centric .

Ketika sampai di Madinah, daripada jumlah 10,000 penduduk Madinah, bilangan umat Islam, kombinasi kaum Ansar Madinah berserta kaum Muhajirin Mekah hanya sekitar ratusan orang . Hampir 50 peratus penduduk Madinah ketika itu terdiri daripada keturunan Yahudi yang terpecah kepada 10 puak; sementara penduduk keturunan Arab terbahagi kepada 12 kabilah . Keadaan penduduk Arab di Madinah pula tidak segagah Arab Quraisy Mekah yang memiliki kekayaan, menguasai perdagangan, serta mempunyai struktur politik yang tersusun.

Pada hakikatnya, negara Islam pertama di Kota Madinah dibangunkan atas dukungan rakyat pelbagai agama , pelbagai kaum, pelbagai puak , pelbagai kabilah dengan kumpulan minoriti Islam diberikan kepercayaan berada di puncak sistem pemerintahan.

Ia diperoleh melalui kebijaksanaan Rasulullah SAW merangkaikan kerjasama, menyatukan penduduk daripada pelbagai pegangan dan fahaman agama, latar belakang sejarah, status ekonomi serta kaum dan kabilah. Baginda berjaya memupuk hubungan harmoni, menyemaikan sifat saling menghormati, mempamerkan sifat toleransi, merangkaikan hubungan kerja yang produktif serta merangka strategi tanggungjawab pertahanan untuk menghadapi musuh.

Perlembagaan Madinah adalah Perlembagaan bertulis yang pertama di dunia; mengandungi 52 Perkara, berteraskan prinsip Satu Pemerintahan - Satu Perundangan, menempatkan Rasulullah SAW sebagai kuasa tertinggi kehakiman, perundangan dan eksekutif, sementara Rasulullah meletakkan diri Baginda sebagai seorang hamba dan pesuruh Allah, teguh berpegang kepada prinsip, hanya Allah yang memiliki sumber kuasa.

Para ilmuwan merumuskan bahawa Perlembagaan Madinah terbahagi kepada dua komponen. Komponen pertama: mengenai hubungan di antara umat Islam sesama Islam yang berjaya dicapai dalam tahun pertama berlakunya Hijrah, terkandung dalam Perkara 1 sehingga Perkara 23; sementara komponen kedua: menyusul selepas kejayaan tentera Islam dalam Peperangan Badar, mengenai prinsip hubungan umat Islam dengan kaum Yahudi. Peperangan Badar disifatkan sebagai faktor yang melakarkan imej kekuatan umat Islam, meletakkan umat Islam berada dalam status yang disegani, digeruni lantas dihormati.

Senario tersebut berperanan mendorong kaum Yahudi untuk menandatangani perjanjian kerjasama, menjalinkan perikatan dan persetujuan perlindungan dengan umat Islam. Perlembagaan Madinah turut memberi jaminan bahawa kalangan bukan Islam diberikan kebebasan beragama. Bagi sebuah negara Kota (City State) dengan 10,000 penduduk, dan secara relatif tidak berhadapan dengan isu-isu yang terlalu kompleks pada era tersebut, Perlembagaan Madinah yang mengandungi 52 Perkara, adalah sebuah Perlembagaan yang sangat terperinci lagi komprehensif. Terkandung di dalamnya semangat-semangat kesetiaan, kerjasama, toleransi, hormat-menghormati, serta jaminan keadilan dan perlindungan saksama kepada setiap penduduk meskipun berlainan agama, kaum dan kabilah.

Senario dan semangat yang terkandung di sebalik penggubalan Perlembagaan Madinah, adalah kajian kes yang menarik untuk dibandingkan dengan senario dan semangat yang terkandung di sebalik penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Pertama: Rakyat di Tanah Melayu terdiri dari pelbagai penganut agama serta berlatar belakang pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

Kedua: Tanah Melayu terdiri dari lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan empat Negeri Melayu Bersekutu di bawah pemerintahan sembilan Raja Melayu, serta dua Negeri Selat di bawah kuasa Gabenor Jeneral.

Ketiga: Tahap pencapaian ekonomi serta tahap penguasaan literasi yang berbeza di kalangan penduduk.

Keempat: Tercapai persefahaman antara penduduk pelbagai negeri, pegangan agama dan kaum untuk bekerjasama dan bersatu membina dan membangunkan sebuah negara merdeka.

Kelima: Orang Melayu meskipun penduduk majoriti, tetapi paling tertinggal dan berada di belakang dari segi literasi, pencapaian pendidikan, bilangan profesional, juga penguasaan ekonomi. Namun orang Melayu diberikan sokongan untuk memimpin perjuangan kemerdekaan dan seterusnya pimpinan Melayu diberikan kepercayaan untuk memimpin sebuah Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, selanjutnya pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Keenam: Pimpinan Melayu Islam memperlihatkan dan mengamalkan keadilan dengan memberikan hak dan perlindungan kepada bukan Islam dan bukan Melayu dari segi kebebasan beragama, budaya dan bahasa, berkonsepkan semangat Satu Negara - Satu Pemerintahan, dan setiap penduduk wajib membuktikan kesetiaan dalam semangat di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berjaya digubal adalah antara Perlembagaan bertulis yang disifatkan sangat komprehensif. Tun Mohamed Suffian (Allahyarham), mantan Ketua Hakim Negara dalam tulisannya mencatatkan:

Petikan:

"For such a small country Malaysia has a fearfully long and elaborate Constitution and the visitor from Mars may be forgiven for thinking that our Constitution must have been devised by a mad professor of constitutional law."

Terdapat beberapa unsur persamaan di antara senario dan semangat di sebalik penggubalan Perlembagaan Madinah dengan senario dan semangat di sebalik penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Rakyat di Tanah Melayu, disusuli kemudiannya dengan rakyat di Sabah dan Sarawak ketika mencapai kata persetujuan penubuhan Malaysia, turut dirahmati Ilahi dengan barisan pemimpin yang ikhlas dan berwawasan jauh.

Di dalam hati dan jiwa Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra serta rakan-rakan pimpinan seangkatan, Allah telah memancarkan cahaya keikhlasan kepimpinan hingga segala kelemahan bangsa Melayu ketika itu, tidak menghalang untuk pemimpin Melayu Islam diberikan kepercayaan, diangkat untuk memimpin negara dan rakyat.

Apakah DNA kekuatan yang ada pada pimpinan Melayu Islam pada era pra dan pasca merdeka, begitu juga pada era pra dan pasca penubuhan Malaysia? Jawapannya terletak kepada kepercayaan rakyat akan sifat ikhlas dan kesungguhan pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat hingga ke peringkat mengorbankan diri masing-masing seperti yang dibuktikan oleh Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail, terus mengabadikan perkhidmatan kepada negara dan rakyat meskipun menanggung keuzuran penyakit yang berat.

Apakah serapah kekuatan yang ada pada orang Melayu Islam pada era pra dan pasca merdeka, begitu juga pada era pra dan pasca penubuhan Malaysia? Dalam kedua-dua era tersebut orang Melayu, meskipun berlainan kabilah politik, kekal bersatu dalam perkara-perkara prinsip menyentuh martabat dan maruah bangsa, dan umat Islam bersatu teguh mempertahankan perkara-perkara pokok menyentuh kesucian Islam.

Di samping itu orang Melayu Islam ketika itu, turut bersedia menerima kepelbagaian serta menghormati perbezaan. Orang Melayu dan umat Islam ketika itu, berjiwa besar, terbuka sifatnya, luas pandangannya, lebih yakin pada dirinya lalu mencerminkan sifat kesederhanaan (moderation), menolak suara-suara ekstrem dan tidak akan mensensasikan perkara-perkara remeh. Melayu Islam ketika itu bersedia menerima kepelbagaian, menghormati perbezaan dan tidak bersifat homogenik.

Umat Islam dan orang Melayu yang berlainan pandangan dibawa berdiskusi dan berdialog secara rasional lagi bertamadun selaras dengan sifat ilmuwan yang berusaha untuk membantu ummah menemui cahaya kebenaran.

Umat Islam dan orang Melayu hari ini, jangan tersalah sukat, jangan tersilap bacaan, merasakan diri mereka sudah terlalu kuat. Umat Islam dan orang Melayu muncul sebagai tenaga pimpinan yang kuat di bumi ini pada era pra dan pasca merdeka, kerana mereka ketika itu menyedari kelemahan dan kekurangan ummah dan bangsanya, lalu majoriti mereka mengambil pendirian, berusaha mengumpul dan menggabungkan setiap kekuatan yang ada sesama mereka,

... menjemput yang jauh

menghimpun yang dekat

kalau alim hendakkan doanya

kalau kaya hendakkan emasnya

kalau buta penghembus lesung

kalau pekak pembakar bedil ...

Falsafah perpaduan yang digambarkan melalui perbilangan Adat Perpatih itu diadaptasi oleh orang Melayu, lalu terbina satu tenaga atau force yang dihormati, memiliki kegagahan mempertahankan kesucian agama dan maruah bangsa, berupaya menyebarkan syiar Islam dan mengangkat martabat bangsa.

Kini, sumber kekuatan ummah dan bangsa kelihatan semakin diruntuhkan berpunca daripada pelbagai kemungkaran. Umat Islam dan orang Melayu ketika ini pula semakin berlumba untuk mendedahkan kelemahan sesama sendiri, saling melukiskan wajah Melayu mana yang lebih hodoh. Jika keadaan ini terus berlarutan, umat Islam dan orang Melayu tidak lagi memerlukan musuh dari luar untuk memusnahkan kesucian Islam dan bangsa Melayu di bumi ini.

Ketika bangsa tersilap anggapan bahawa dirinya telah begitu ke hadapan dalam era modenisasi dan globalisasi, ada baiknya diingatkan kembali, pesanan orang tua-tua, buat baik berpada-pada - buat jahat jangan sekali, jika tersesat di hujung jalan - segera balik ke pangkal jalan, agar bangsa tidak akan berakhir dengan senario menang sorak - kampung tergadai, bernasib setinggan di bumi sendiri.

Semoga Allah SWT mengamanahkan tangungjawab pimpinan negara dan pimpinan ummah di kalangan hambanya yang memiliki sifat-sifat tawaduk dan takwa, memiliki kekuatan membela nasib bangsanya serta ketegasan mempertahankan kesucian Islam, dan turut berjaya membawa ummah dan watan mencapai nikmat kesejahteraan di bawah naungan pemerintahan yang senantiasa mendapat rahmat Ilahi. Jauhilah pimpinan ummah dan negara daripada terlepas ke tangan orang-orang bersifat riak dan sombong hingga mereka begitu mudah didampingi Iblis untuk melakukan kerosakan di bumi ini.

Semoga Allah SWT menganugerahkan taufik dan hidayah kepada Beta serta ahli-ahli Majlis untuk dapat membangunkan ummah dan watan menurut yang diredai oleh Mu Ya Allah. Amin, Ya Rabul Alamin.

Petaka umat Islam berpecah

Posted: 06 Mar 2014 10:39 AM PST

Oleh Zulkiflee Bakar

APABILA Pergerakan Pemuda UMNO Kedah melalui Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menggesa supaya satu undang-undang khas digubal bagi menangani tindakan provokasi serta penghinaan terhadap agama dan kaum yang berlaku di media sosial, mungkin akan ada pihak mentafsirkan ia bertujuan menyekat hak kebebasan seseorang.

Malah seperti biasa, akan menjeritlah puak-puak yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dengan hujah-hujah dangkal mereka, namun sama ada hendak diakui atau tidak, gesaan Pemuda UMNO Kedah tersebut tepat pada masanya.

Ia memandangkan sejak kebelakangan ini senario di negara ini sudah berubah apabila wujudnya kelompok yang menjadi media sosial sebagai alat untuk menunjukkan keberanian luar biasa mereka untuk mencaci, menghina dan mentohmah.

Sebut apa sahaja sama ada institusi diraja, institusi Melayu, jabatan kerajaan mahupun pemimpin negara hatta agama Islam sekali pun semuanya menjadi sasaran kebiadaban puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini.

Apa yang memualkan sesetengah perbuatan ini dilakukan oleh ahli-ahli politik yang kononnya memperjuangkan hak kebebasan bersuara, hak asasi manusia dan demokrasi. Puak-puak ini seolah-olah ada kekebalan sehinggakan walaupun mengetahui perbuatan mereka salah namun tetap tidak mahu mengaku salah, jauh sekali mahu meminta maaf.

Sikap inilah yang menimbulkan kemarahan banyak pihak dan lebih menyakitkan hati biar pun ribuan laporan polis sudah dibuat namun ia senyap begitu sahaja. Ini belum lagi mengambil kira bagaimana lemahnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak dalam kes-kes seumpama itu.

Oleh itu, janganlah marah kepada kelompok-kelompok yang tampil membela institusi dan pemimpin negara yang dicaci serta dihina. Namun apa yang mereka lakukan belum mencukupi kerana ternyata provokasi dan kebiadaban oleh puak-puak tertentu masih berterusan.

Atas sebab itulah, adalah perlu pihak yang bertanggungjawab mencari mekanisme bagaimana untuk menangani permasalahan ini yang harus diakui jika dibiarkan ia boleh menjadi ancaman kepada keharmonian kaum, kerukunan beragama dan perpaduan dalam negara ini.

Sekarang bukanlah masa untuk memberi amaran atau beretorik tetapi masa untuk bertindak ke atas kelompok-kelompok yang merasakan mereka semakin kuat dan boleh melakukan apa sahaja khususnya apabila memikirkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam.

Pemimpin politik yang biadab harus diajar dan puak yang tidak tahu menghormati pihak lain perlu ditertibkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Dari segi undang-undang , ia sudah ada tetapi tindakan sahaja yang terlalu lemah sehinggakan dari semasa ke semasa kita terus dihidangkan perbuatan yang sudah sampai ke taraf dikategorikan kurang ajar.

Dalam soal ini, sekali lagi kita harus bertanya kepada orang Melayu dan umat Islam, tidakkah mereka sedar bahawa apa yang berlaku sekarang disebabkan ada kelompok yang melihat mereka lemah dan tidak berupaya bersatu menentang puak-puak yang menghina agama Islam dan mencaci pemimpin Melayu tidak kira dari pihak mana sekali pun.

Lebih malangnya lagi, apabila ada dalam kalangan pemimpin Melayu itu sendiri sanggup menghina atau memperlekehkan pemimpin yang bukan sealiran politik dengannya hanya kerana ingin menunjukkan kepada sekutunya, betapa hebatnya kesetiaan kepada pakatan yang dibuat.

Sesungguhnya apa yang berlaku sekarang lanjutan daripada lemahnya perpaduan dalam kalangan umat Islam hatta hendak mempertahankan kalimah Allah pun kita berbeza pendapat dan berpecah belah. Masing-masing dengan hujah tersendiri sehingga menyebabkan perasaan gerun kepada umat Islam semakin luntur.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Anfaal ayat 73 bermaksud:

"Dan orang yang kafir, sesetengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi sesetengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar saling membantu yang diperintahkan Allah) itu, nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar."

Apa yang dinyatakan dalam surah itu sudah berlaku kini di Malaysia. Ketika kaum lain yang bukan Islam boleh bersatu demi mempertahan atau memperjuangkan kepentingan mereka, umat Islam pula terus berpecah belah hanya disebabkan oleh perbezaan politik.

Ada antara mereka langsung tidak mengendahkan apabila ada pemimpin politik bukan Islam menghina pemimpin Islam, alasannya mudah hanya kerana yang dihina dan dicaci itu bukan daripada partinya sedangkan dalam Islam sudah ditegaskan bahawa umat Islam itu bersaudara.

Keadaan inilah yang memungkinkan provokasi dan perbuatan biadab terhadap agama Islam, orang Melayu dan institusi Melayu berterusan serta semakin merebak. Segalanya kerana mereka sudah tidak ada perasaan takut atau hormat lagi kepada orang Melayu mahupun umat Islam. Kalau mereka mempunyai perasaan sedemikian sudah pastilah mereka tidak akan melakukan perbuatan yang dilihat boleh mewujudkan kemarahan orang Melayu dan umat Islam.

Mungkin sekali lagi, apabila kita bercakap soal Melayu dan Islam, ada puak yang juga dalam kalangan orang Melayu akan menuduh kita cuba mencetuskan semangat perkauman dan memainkan sentimen agama tetapi selama ini pun apabila kita diam adakah puak-puak biadab itu tidak melakukan provokasi mereka?

Janganlah kerana hendak mencari kuasa politik segalanya mahu digadaikan dan memaksa kita terpaksa `tunduk kepada pihak lain kerana mahu meraih undi atau menang dalam pilihan raya. Puak-puak yang terlibat amat memahami sejauh manakah kekuatan politik orang Melayu dan umat Islam pada masa ini.

Fahamilah, hanya kuasa politik sahaja yang dimiliki oleh orang Melayu untuk memastikan Islam terus berdaulat di negara ini. Justeru jika umat Islam masih belum sedar dan terus bersedia untuk membuka laluan kepada pihak lain merebut kuasa tersebut dengan memperalatkan puak dalam kalangan umat Islam sendiri, maka percayalah ia akan mengundang petaka kepada negara ini.

Oleh itu kepada umat Islam janganlah terus melihat provokasi terhadap Islam dan institusi Melayu dari segi pertimbangan politik sahaja. Sebaliknya fikirkanlah kesannya dari segi jangka panjang.

Percayalah, kalau umat Islam terus berpecah belah dalam keadaan begitu lemahnya penguatkuasaan ke atas mereka yang melakukan provokasi, kesudahannya apa yang kita kuasai akan terlepas ke tangan orang lain.

Apatah lagi ketika ini sudah wujud dalam kalangan orang Melayu yang bersedia menganggotai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang jelas-jelas memperjuangkan perkara bertentangan dengan agama Islam, contohnya Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Semua ini hakikatnya adalah ancaman kepada masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Oleh itu sebelum terlambat usaha harus terus dilakukan bagi menyatukan umat Islam di negara ini.

Tidak apa kalau mahu berjuang meraih kuasa politik melalui panji-panji perjuangan yang berbeza tetapi bersatulah apabila hak orang Melayu digugat, Islam dihina dan pemimpin Melayu dicaci. Jika tidak, orang Melayu akan menjadi lebai malang, menang sorak kampung tergadai.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Suami beralih arah

Posted: 05 Mar 2014 10:37 PM PST

Harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari."

Begitulah diibaratkan kes ini apabila perkahwinan baru yang diharap memberi sinar kebahagiaan rupa-rupanya tidaklah seperti dibayangkan.

Ujian besar pada seorang wanita apabila melihat orang yang diharap kasihnya memberi kasih kepada yang lain.

Secara asas tujuan perkahwinan itu adalah sebagai fitrah semula jadi manusia dalam satu proses hidup yang sihat dan wajar, menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa dalam mengharungi suka dan duka kehidupan, mengelakkan maksiat, menjadi penghalang keruntuhan akhlak, melahirkan zuriat dan sebagai ibadah.

Menurut Pensyarah di Jabatan Psikologi dan Kerja Sosial, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia, Siti Azura Bahadin, dalam kes ini, suami dilihat seperti kurang pengetahuan dalam hal tanggungjawab, kerana seorang suami harus mengutamakan dahulu keluarganya sekarang, sama ada dari segi makan minumnya, wang belanja, nafkah zahir dan batin malah kasih sayang.

Katanya, segala perbelanjaan berbentuk nafkah hanya layak untuk anak-anak dan bukan untuk bekas isterinya, yang dilihat seolah-olah seperti mengambil kesempatan atas kebaikan bekas suaminya.

Sebaik-baiknya sikap suami yang berlebih-lebih terhadap bekas isterinya dalam memberi perhatian, bermesra, bergurau dan sebagainya, sudah tidak wujud lagi dalam situasi dia sudah mempunyai isteri baharu.

"Ini kerana perbuatan seperti itu dikhuatiri akan menyebabkan isterinya akan rasa kecil hati dan makan hati.

Dalam psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya dan kurang yakin terhadap pasangan. Namun dalam kes ini cemburu yang positif boleh menghalang pasangan daripada bertindak di luar batasan.

Cemburu dalam Islam dibolehkan asalkan ia terkawal dan berpada-pada dalam menanganinya," katanya.

Dalam pada itu Siti Azura memberitahu, antara kesan psikologi kepada pasangan akibat memendam perasaan ialah boleh menimbulkan stres, kemurungan dan gangguan emosi.

Stres yang tidak sihat dan tidak terkawal boleh menjejaskan daya tahan tubuh dan menganggu kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser dan seumpamanya.

Jika dibiarkan berlarutan katanya, situasi ini boleh memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga seseorang, berlaku pertengkaran, tidak puas hati dan mengundang kepada perceraian.

Antara saranan yang boleh dilakukan adalah berbincang atau bermusyawarah antara suami dan isteri, yang mana si isteri harus meluahkan rasa dan memberitahu apa yang dia mahukan dan menjelaskan keadaan yang tidak betul berlaku.

Suami juga harus tutup buku lama dan membuka buku baharu dalam erti kata lain melupakan kisah-kisah lama dan membina hidup baharu dengan isterinya yang terkini.

"Bekas isteri pula harus faham dan tidak mengambil kesempatan atas kebaikan suami dan berpada-pada meminta hak anak-anak dan bukan atas untuk kepentingan peribadi," katanya.

Selain itukata Siti Azura, isteri juga disaran mendapatkan bantuan khidmat nasihat daripada orang yang ketiga agar perkara ini tidak berlarutan.

Kesimpulan, rumah tangga ini ibarat kita melayari bahtera, mesti ada unsur kerjasama, tolak ansur, belas kasihan dan semestinya berkasih sayang.

"Godaan dan rintangan pasti ada tetapi harus ditangani secara matang dan bersabar. Allah tidak akan menguji melebihi kesanggupan seseorang," jelasnya.

Sebarkan kasih sayang

Posted: 05 Mar 2014 10:37 PM PST

Minggu lepas kita telah bercerita mengenai kesan marah dan saya telah mengingatkan bahawa marah itu bukan semestinya tidak baik. Adakalanya kita mesti membetulkan anak-anak dan kita perlu marah.

Apa yang perlu kita tahu ialah bagaimana untuk marah dan dengan marah kita itu anak-anak menjadi lebih berkeyakinan dan berdaya tinggi.

Menegur dan membetulkan sikap, perangai dan kefahaman negatif anak-anak adalah menjadi tanggungjawab kita. Ibu bapa adalah ketua kepada anak-anak, maka sebagai ketua kita perlu memimpin dengan bijak.

Namun, kefahaman mengenai perkataan ketua inilah yang sering menjadi punca mengapa ibu bapa menggunakan cara yang kasar, mendominasi, tidak bijak, memaksa dan sepertinya, untuk memastikan anak-anak melakukan apa yang disuruh.

Apa yang ibu bapa seperti ini tidak tahu ialah corak kepimpinan telah banyak berubah. Baik di mana pun, corak kepimpinan adalah mempengaruhi melalui teladan baik untuk mendapatkan hormat dan kerjasama daripada pengikut.

Zaman, aku arah kamu mesti patuh! telah lama pergi. Oleh itu, apabila ibu bapa memaksa sesuatu ke atas anak-anak berlandaskan dia adalah pemimpin, maka dia akan mendapati kepimpinannya tidak lagi berkesan.

Kepimpinan seperti itu akan membawa masalah mengamuk dan meragam yang kuat. Kita perlu faham setiap manusia diberi Allah maruah diri.

Apabila seseorang disuruh dan diarah tanpa hormat, maka diri dalaman akan memberontak. Itulah yang kita lihat ramai anak-anak kecil yang dikasari membesar menjadi remaja bermasalah.

Hati anak-anak penuh kasih-sayang, jadi gunakanlah tenaga kasih-sayang yang lembut itu sebelum menggunakan tenaga kasih-sayang yang kasar (tough love).

Mendisiplinkan anak-anak bukan bermaksud perlu ditakutkan dengan rotan atau hukuman. Apa yang perlu ialah mengadakan peraturan dan menggalakkan dan menghargai bila peraturan diikut.

Jika peraturan tidak ikut, maka anak-anak itu perlu dibetulkan dan ditegur dengan cara berikut:

1-Mengingatkan bahawa anak itu telah melanggar peraturan yang dipersetujui. Ingat, jangan ibu bapa sahaja yang meletakkan peraturan dan anak-anak dipaksa mengikut. Di sinilah ibu bapa yang bijak akan mempengaruhi anak-anak agar mereka bersetuju.

Contoh perbualan yang membawa kepada hasil yang dikehendaki; suka tak jika otak kita geliga? Suka jawab anak. "Ayah ada terbaca dan telah mengkaji, kalau otak kita dapat rehat yang cukup sebelah malam, otak ada masa membina jaringan kuat. Oleh itu otak kita jadi lagi geliga. Itu sebab, sayang kena tidur awal, sebab, bila otak mendapat tidur yang cukup, esoknya bila bangun, wow, cepatnya dia meresapkan ilmu!"

2-Bertanya, apakah yang menyebabkan dia tidak mengikut peraturan dan bukan mengapa. Perkataan mengapa akan menyebabkan yang ditanya terasa perlu mempertahankan diri. Dengar baik-baik. Jangan terus melenting.

3-Setelah nyata dia salah, ingatkan hukuman yang telah dijanjikan dan beritahu dia bahawa kesilapan dia itu perlu dibetulkan dan lakukan hukuman itu dengan penuh rasa bertanggung-jawab.

4-Setelah menghukum, nyatakan perasaan bangga anda bahawa anak anda mahu membetulkan diri. Beritahu dia, sikap sebegitulah yang membolehkan dia berjaya di dunia dan selepasnya.

5-Ingatkan kepadanya bahawa kasih-sayang anda kepadanya tetap besar dan dia sangat istimewa bagi anda. Apabila dia meraih pengajaran daripada kesilapan itu, dia akan terus berjaya.

Bukan semua kesilapan anak-anak kita perlu dibetulkan dengan kemarahan. Malah lagi kurang kita menengking dan mengherdik, lagi mudah anak-anak kita berjaya.

Fikir-fikirkanlah ke mana pergi tenaga marah itu apabila ia telah hinggap di hati dan badan anak-anak anda. Ketahuilah tenaga tidak boleh musnah atau dicipta, hanya berubah bentuk.

Agaknya, tenaga marah yang hinggap dan bersemadi di dalam diri anak-anak itu menjadi tenaga apa agaknya? Adakah kebetulan sahaja dunia sekarang ini terlalu banyak tenaga marah dilepaskan?

Sebagai contoh, di jalan raya, di sekolah, di pasar raya, di pejabat, malah di mana-mana tenaga marah bertambah banyak dimanifestasikan melalui kelakuan orang-orang dewasa.

Kutuk mengutuk, buli-membuli termasuk yang di media sosial. Adakah semua itu terjadi secara kebetulan? Atau tenaga marah yang tidak disembuhkan.

Kalau dunia sekarang ini sudah kurang selamat berbanding dengan dunia zaman ibu bapa kita, agaknya jika kita terus-menerus hidup dengan tidak bijak membetulkan kesilapan dan mendidik anak-anak kecil hari ini, bila mereka menjadi orang dewasa?

Adakah mereka ini akan menjadi seorang yang sabar dan berakhlak mulia atau seorang yang lebih besar marahnya, ibarat bebola salji yang meluncur dari atas gunung menjadi bertambah besar.Tidakkah itu pelajaran dari alam yang perlu kita ambil iktibar.

Besarkan anak-anak kita dengan kasih sayang dan belas ihsan. Mereka akan membesar dengan jiwa yang penuh kasih mesra dan minda yang berkemampuan.

Bebaskan jiwa mereka dengan mengajar tentang kemurnian kasih sayang. Peraturan dan hukuman adalah untuk menghindarkan diri mereka daripada perbuatan yang tercela.

Bagaimanapun, sekiranya peraturan itu pula yang membuatkan anak-anak bertingkah laku buruk, lihatlah pula kepada sistem hukuman dan cara hukuman itu dilaksanakan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved