Jumaat, 4 April 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Peniaga parah ditetak sekumpulan lelaki

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

SEORANG peniaga terbaring atas jalan setelah ditetak sekumpulan lelaki dengan parang panjang di Jalan Bakar Sampah, Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 4 April - Seorang peniaga cedera parah di bahagian badan dan kaki selepas diserang sekumpulan lelaki, dipercayai dengan menggunakan parang panjang di hadapan sebuah kedai kopi di Jalan Bakar Sampah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa dikatakan sedang makan bersama empat lagi rakannya di kedai kopi terbabit.

Katanya, tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki menaiki enam buah motosikal sebelum salah seorang daripada mereka turun dan meluru ke arah mangsa.

"Mangsa lalu bertengkar dengan lelaki itu sebelum dia ditetak. Suspek kemudian bergegas melarikan diri.

"Namun semasa hendak melarikan diri, salah seorang daripada mereka dilanggar sebuah kereta secara tidak sengaja.

"Dia bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan bantuan rakannya tetapi meninggalkan motosikal dan parang panjang di lokasi," katanya.

Khalil berkata, setakat ini, keadaan mangsa stabil tetapi masih tidak sedarkan diri.

Katanya, difahamkan, mangsa juga gagal mengingati nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki suspek.

Tambah beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali.

Polis kini sedang memburu kesemua suspek dan tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan kumpulan samseng," ujarnya.

Tujuh pelajar ahli Geng Amir aktif menyamun, ragut diberkas

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

MELAKA 4 April - Kelicikan kumpulan samun, ragut dan curi motosikal terdiri daripada tujuh pelajar sekolah menengah yang dikenali sebagai Geng Amir, akhirnya tumpas kelmarin apabila kesemua mereka ditahan polis.

Kesemua yang berusia antara 15 hingga 17 tahun itu dipercayai bertanggungjawab terhadap 80 kes jenayah tersebut di sekitar bandar raya ini, sejak November tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, siasatan mendapati, dalang kumpulan itu adalah pelajar berusia 15 tahun.

Terbaharu adalah kejadian ragut beg tangan seorang wanita ketika mangsa menunggang motosikal bersama rakannya di Taman Melaka Raya, kira-kira pukul 10 malam, pada 31 Mac lalu.

Mangsa kehilangan wang tunai RM1,000, kad pengenalan, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kad insurans dan telefon bimbit jenis Sony Xperia.

Ini adalah kejayaan terbesar polis menumpaskan satu lagi kumpulan penjenayah samun dan ragut. Kali ini melibatkan semua pelajar sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.

Raja Shahrom seterusnya berkata, hasil siasatan, kesemua suspek melakukan jenayah samun dan ragut di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

Beliau berkata, antaranya adalah di Jonker Walk, Taman Melaka Raya, Jalan Peringgit, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Jalan Bendahara dan Jalan Mufti Haji Khalil.

Ujarnya, hasil maklumat orang ramai dan risikan, kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi iaitu Duyong, Kandang, Semabok dan Padang Temu.

Polis turut menemukan lima unit telefon bimbit yang dipercayai milik mangsa ragut dan sebuah motosikal curi jenis Honda EX5 berwarna biru," ujarnya lagi.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama seminggu sehingga 9 April ini.

Justeru Raja Shahrom meminta mereka yang menjadi mangsa samun dan ragut di beberapa lokasi tersebut, tampil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan polis.

Jelasnya, polis sedang mengumpul bukti-bukti dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Dalam satu lagi kes lain, Raja Shahrom berkata, seramai empat orang termasuk seorang guru ditahan berhubung sindiket kereta curi, baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Balu, anak Allahyarham Ahmad Sarbaini tuntut ganti rugi RM8j

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

Masiah @ Maziah Manap menunjukkan writ saman terhadap kerajaan Malaysia atas kematian suaminya dalam sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 4 April - Balu dan anak sulung kepada Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM8 juta terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan lapan yang lain berhubung kematian suaminya, April 2011.

Masiah @ Maziah Manap, 53, dan Shahril, 30, memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Sasha Lyna di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Mereka menamakan bekas Pengarah SPRM cawangan Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawainya, Mohamad Fauzi Hussin; Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed; L. Baskar; Mohd. Rosly Mohd. Saupi dan Kamal Awang Besar selaku defendan pertama hingga keenam.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM Malaysia, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketujuh dan kesembilan.

Dalam saman itu, plaintif mendakwa kematian Ahmad Sarbaini ekoran daripada sesi soal siasat dan serangan mental yang dikatakan dilakukan oleh kesemua defendan.

Oleh itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi untuk tanggungan dan faedah harta.

Mereka turut memohon ganti rugi akibat salah laku oleh penjawat awam (misfeasance), ganti rugi keterlaluan, ganti rugi teladan dan pencabulan hak asasi yang berjumlah RM8 juta selain menuntut ganti rugi am dan khas.

Masiah dan Shahril juga memohon perisytiharan bahawa kesemua defendan dengan sengaja telah melanggar kebebasan asasi Ahmad Sarbaini dan bertentangan dengan Bahagian II Perlembagaan Persekutuan.

Pada 26 September 2011, Mahkamah Koroner di sini memutuskan bahawa tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kematian Ahmad Sarbaini.

Koroner Aizatul Akmal Maharani dalam keputusannya berpendapat, Ahmad Sarbaini jatuh secara tidak sengaja dari Aras 3 bangunan SPRM Wilayah Persekutuan dan meninggal dunia di tempat sama disebabkan nahas tersebut.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Aras 1 bangunan SPRM tersebut yang terletak di Jalan Cochrane di sini pada 6 April 2011.

Allahyarham pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Perbicaraan inkues mengambil masa 13 hari itu bermula pada 4 Julai 2011 dan ditutup pada 4 Ogos tahun sama.

Sepanjang perbicaraan, mahkamah merekodkan keterangan daripada 34 saksi termasuk beberapa pegawai SPRM Wilayah Persekutuan, dua pakar patologi, beberapa pegawai forensik, pegawai Kastam, dan Masiah.

Felda menang rayuan

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

PUTRAJAYA 4 April - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) boleh mendapat semula wang caruman mencecah RM1.8 juta yang telah diserahkan kepada 121 orang peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di bawah tabung tanam semula (TTS) yang diurus oleh agensi itu.

Perkara tersebut berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Varghese George Varughese ketika membenarkan rayuan Felda.

Mahkamah turut memerintahkan peneroka-peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, Tanah Merah, Kelantan selaku responden-responden membayar kos RM50,000.

Felda merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 14 Jun 2011 yang membenarkan tuntutan saman peneroka-peneroka dan mengarahkan agensi itu membayar RM1.8 juta kepada mereka selepas gagal membayar semula wang caruman yang disimpan di bawah tabung berkenaan.

Berikutan keputusan itu, setiap individu mendapat wang mencecah RM12,000 dan telah diserahkan sekitar Julai 2011.

Hakim Abdul Aziz ketika membacakan keputusan itu antara lain menyatakan, Akta Penempatan Berkelompok (GSA) menyebut, tanah rancangan itu tetap dikuasai oleh agensi berkenaan walaupun ia merupakan hak milik peneroka dan geran telah dikeluarkan kepada mereka.

Mahkamah berpendapat, peneroka mesti mematuhi prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Felda jika ingin mengeluarkan wang yang dicarum dalam tabung berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tentera Filipina buru penculik

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

Gambar fail bertarikh 2 April lalu merakamkan dua lelaki bersenjata yang tidak dikenali berdiri berhampiran pintu di Singamata Reef Resort di Sabah. Seorang pelancong wanita warga China dan seorang pekerja wanita warga Filipina diculik dari resort itu. - REUTERS

MANILA 4 April - Tentera Filipina dikerah ke kawasan terpencil di bahagian selatan negara ini yang disyaki menjadi tempat dua wanita yang menjadi mangsa culik disembunyikan oleh sekumpulan militan dari sebuah resort pelancongan di negeri Sabah, Malaysia, kelamrin.

Kumpulan Abu Sayyaf merupakan suspek utama dalam kejadian culik itu yang melibatkan seorang pelancong dari China dan seorang kakitangan resort warga Filipina, kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala.

Beliau berkata, tujuh lelaki bersenjata menaiki sebuah bot laju dipercayai telah membawa dua wanita berkenaan dari resort berkenaan melintasi sempadan maritim menuju ke kawasan terpencil di kepulauan Tawi-Tawi di selatan Filipina.

Yang lebih penting ialah untuk mencari dan menghalang mereka daripada melarikan diri.

Beberapa pasukan tentera laut turut dihantar ke sebuah pulau di sana," katanya.

Menurut Zagala, dua orang tebusan itu dipercayai dibawa ke bandar Simunul yang merupakan kawasan penempatan penduduk Islam yang terletak kira-kira 145 kilometer dari resort tersebut.

Pihak berkuasa Malaysia mengenal pasti kedua-dua mangsa sebagai Gao Huayuan, 29, dari Shanghai dan kakitangan resort, Marcy Dayawan, 40 tahun.

Zagala berkata, penculik disyaki mempunyai kaitan dengan sub komando Abu Sayyaf, Murphy Ambang Ladjia yang pernah terlibat dalam penculikan seramai 21 orang dari Sabah pada 2000.

Seramai 20 orang tebusan itu merupakan pelancong Eropah dan beberapa negara lain yang ditahan selama lima bulan sebelum dibebaskan, manakala tebusan terakhir ditahan sehingga 2003.

Kumpulan Abu Sayyaf yang dikatakan mempunyai beberapa ratus anggota bersenjata turut dipersalahkan atas kejadian serangan terburuk di Filipina termasuk serangan bom dan penculikan yang sering menjadikan pelancong sebagai sasaran.- AFP

Wanita Indonesia terlepas hukuman pancung

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

Kakak ipar Satinah Jumadi Ahmad menunjukkan gambar Satinah yang berdepan hukuman pancung setelah didapati bersalah membunuh isteri majikannya di Arab Saudi. - AGENSI

JAKARTA 4 April - Kerajaan Indonesia menyumbang sebanyak Riyal 3 juta daripada keseluruhan Riyal 7 juta (RM6 juta) sebagai wang diyat (pengganti darah) untuk menyelamatkan nyawa seorang rakyatnya, Satinah Jumadi Ahmad yang berdepan hukuman pancung di Arab Saudi atas kesalahan membunuh isteri majikannya dan mencuri wang majikannya.

Satinah yang bekerja sebagai pembantu rumah, sebelum ini dijatuhkan hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Arab Saudi selepas didapati salah membunuh isteri majikannya.

Wang diyat itu dituntut oleh keluarga majikannya sebagai syarat untuk membebaskan Satinah daripada hukuman pancung selepas dia didapati bersalah membunuh dan mencuri sejumlah Riyal 37,970 (RM34,000) daripada majikannya pada Julai 2007.

Bagaimanapun, sehingga petang semalam yang merupakan tarikh akhir pembayaran diyat itu, wakil kerajaan Indonesia masih belum tiba di Gaseem, Arab Saudi untuk membuat pembayaran.

Diharapkan tidak ada perubahan pada terma-terma tuntutan," kata Menteri Koordinasi Politik, Hukum dan Keselamatan, Djoko Suyanto seperti dilaporkan media tempatan hari ini.

Daripada jumlah Riyal 7 juta itu, Djoko berkata, kerajaan melalui Kementerian Luar menyumbang sebanyak Riyal 3 juta (RM2.6 juta) sementara baki Riyal 4 juta (RM3.4 juta) diperoleh daripada sumbangan pelbagai pihak.

Menurut Djoko, wakil kerajaan Arab Saudi telah menghulurkan bantuan selepas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menulis surat kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah memohon bantuan supaya membebaskan Satinah.

Pada awalnya, wang diyat yang dituntut daripada Satinah ialah sebanyak Riyal 15 juta (RM13 juta) iaitu pada 2011, namun jumlah itu dikurangkan kepada Riyal 10 juta (RM8.7 juta) pada tahun berikutnya, sebelum akhirnya ditetapkan kepada Riyal 7 juta.

Perbicaraan kes Satinah ditangguhkan sebanyak tiga kali sebelum mahkamah tinggi Arab Saudi pada Ogis 2011 menjatuhkan hukuman mati ke atas pembantu rumah berusia 41 tahun itu, yang berasal dari Semarang, Jawa Tengah.

Kes yang dihadapi Satinah merupakan kes terbaru melibatkan pekerja Indonesia yang berhadapan hukuman mati di Arab Saudi. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pengalaman pesara Kemas diperlukan

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

Ismail Abd. Muttalib (kanan) menyampaikan cenderahati kepada seorang pesara Kemas dalam majlis perjumpaan dengan pesara-pesara Kemas Parlimen Maran di Kampung Sungai Ling, Pahang, semalam.

MARAN 4 April - Sumbangan pesara Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) diperlukan sebagai ejen untuk menangkis tohmahan pembangkang yang gemar memanipulasikan sesuatu isu bertujuan menjatuhkan integriti kerajaan.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, walaupun sudah bersara, namun pengalaman, idea dan komitmen mereka masih diperlukan sebagai ejen perubahan dalam masyarakat yang semakin kompleks.

Katanya, ini bertepatan dengan kedudukan mereka ketika berkhidmat yang mana warga Kemas diakui sangat komited dalam melaksanakan segala dasar-dasar kerajaan.

Pengetahuan dan pengalaman veteran Kemas ini sangat berharga untuk dicontohi generasi baharu yang kini berhadapan dengan pelbagai masalah dan kerenah masyarakat.

Penglibatan pesara Kemas dalam aktiviti kemasyarakatan dan komuniti boleh menyumbang kepada perpaduan dan kekuatan ukhuwah yang menjurus kepada kemakmuran negara," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata demikian semasa berucap pada perjumpaan dengan pesara-pesara Kemas Parlimen Maran di Kampung Sungai Ling dekat sini kelmarin.

Tambah beliau, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa membela nasib pesara dengan menaikkan bayaran pencen, kemudahan, memberikan rawatan percuma dan pelbagai lagi sebagai menghargai jasa mereka.

Beliau berkata, selain itu, penglibatan pesara Kemas dalam apa jua pertubuhan di negara ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi menguatkan lagi organisasi tersebut.

Pada masa sama penglibatan mereka itu akan menguatkan lagi keazaman rakyat dan orang muda untuk terus membangunkan negara dan menangani petualang negara.

Kerajaan sangat memerlukan kerjasama, bantuan dan pandangan pesara Kemas selaku orang awam yang telah mempamerkan kualiti perkhidmatan terbaik ketika bertugas," katanya.

Ismail mengakui jasa pesara Kemas yang dicurahkan ketika berkhidmat dahulu tidak boleh dilupakan sama sekali kerana mereka merupakan pejuang bangsa, agama dan negara.

Keperluan belia diberi perhatian

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

PEKAN 4 April - Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan berkaitan bagi memastikan masyarakat terutama golongan belia sentiasa aktif serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain berkata, kemudahan yang disediakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan permintaan adalah satu usaha dilakukan secara berterusan.

Tambahnya, pembangunan sosial dan kegiatan aktif belia serta masyarakat secara keseluruhan menjadi pemangkin kepada pencapaian hasrat kerajaan melahirkan komuniti cerdas serta positif.

Cabaran kehidupan yang dilalui masa kini jauh berbeza berbanding dahulu dan perhatian diberikan sewajarnya dalam pelbagai aspek pembangunan modal insan," katanya di sini baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Apabila cakap tidak serupa bikin

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

CUACA kering dan kemarau yang panjang di seluruh negara ketika ini rupa-rupanya memberi kelebihan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Tanpa alasan kukuh, Ketua Menteri, Lim Guan Eng tiba-tiba mengumumkan tarif air di negeri ini akan dinaikkan sekali lagi pada masa depan. Berapa peratus kadar kenaikan itu belum dimuktamadkan kerana masih di peringkat kajian oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). PBAPP yang Guan Eng menjadi pengerusinya adalah pihak bertanggungjawab menyuarakan cadangan kenaikan tersebut.

Dengan kata lain, PBAPP yang dipengerusikan Guan Eng mencadangkan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang yang juga dipimpin Guan Eng supaya menaikkan kadar tarif air. Maka tidak hairanlah, cadangan itu diluluskan tanpa banyak soal.

Sebagaimana peliknya keadaan itu, samalah juga peliknya kewajaran dalam menaikkan kadar tarif air tersebut.

Pengumuman itu menyerlahkan sikap cakap tidak serupa bikin Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sebelum ini berjanji tidak akan membebankan penduduk negeri ini dengan peningkatan kos sara hidup.

Mana mungkin penduduk negeri ini boleh melupakan kenyataan Guan Eng dalam perutusan Tahun Baru 2014 yang cukup berbangga kononnya Pulau Pinang menjadi satu-satunya kerajaan negeri yang tidak menaikkan apa-apa kadar bagi perkhidmatan tempatan sama ada cukai tanah, kadar taksiran mahupun lesen niaga.

Malangnya baru empat bulan, kebanggaan itu dilenyapkan dengan pengumuman penduduk negeri ini bakal membayar lebih bagi bekalan air yang dinikmati mereka.

Amat mengejutkan apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang meletakkan kewajaran menaikkan tarif air itu di bahu penduduk.

Dengan alasan penduduk negeri ini tidak bijak menggunakan air sehingga menjadi negeri paling tinggi penggunaan air, maka kenaikan tarif air itu dijadikan hukuman supaya penduduk lebih berjimat-cermat.

Bagi kerajaan negeri yang selama ini mendabik dada dengan slogan negeri berkebajikan, menyalahkan penduduk sendiri langsung tidak menggambarkan gelaran tersebut. Sebaliknya tindakan itu lebih kepada satu bentuk pengkhianatan kepada penduduk negeri ini yang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu memberi sokongan paling tinggi dalam sejarah terhadap pembangkang.

Lebih mengecewakan penduduk Pulau Pinang adalah kenaikan tarif air terbaharu itu tidak sampai setahun selepas kerajaan negeri mengambil tindakan serupa.

Pada 1 September tahun lalu, penduduk di negeri ini sudah dibebankan dengan kenaikan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan domestik iaitu 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan.

Sekadar untuk perbandingan, sepanjang 18 tahun negeri ini diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN), hanya sekali tarif air dinaikkan.

Menarik juga untuk meneliti semula apa yang disebut Guan Eng dalam perutusan itu antaranya berbunyi: Kerajaan Persekutuan dapat menangguhkan kenaikan harga andai mereka mencontohi Pulau Pinang, terutama dalam melawan rasuah."

Jika pengumuman kenaikan tarif air seperti diumumkan Guan Eng itu dijadikan perbandingan, bukankah membawa maksud Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri gagal dalam melawan rasuah?

Agak melucukan juga apabila Guan Eng berulang kali menekankan kebimbangannya terhadap kemungkinan terpaksa mengambil langkah catuan air sekiranya masalah penggunaan air berlebihan dalam kalangan penduduk negeri ini gagal diatasi.

Dengan menjadikan Selangor dan Johor sebagai contoh, Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mahu penduduk negeri ini juga sengsara akibat catuan air seperti ditanggung penduduk di dua negeri tersebut. Tetapi Guan Eng terlupa dalam situasi di Selangor, penduduknya tidak perlu berhadapan dengan masalah kekurangan air sekiranya Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor lebih awal bersetuju dengan cadangan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2).

Disebabkan kedegilan pembangkang yang tidak mahu dilihat bersetuju dengan Kerajaan Pusat meskipun dalam projek yang jelas memberi manfaat kepada rakyat, maka berlakulah seperti apa yang ditanggung penduduk Selangor ketika ini.

Apa pun alasan yang diberikan Kerajaan DAP Pulau Pinang, keputusan menaikkan tarif air itu tidak akan menutup kegagalan mereka dalam menunaikan janji-janji membela nasib rakyat.

Janji untuk tidak menaikkan tarif air misalnya terkandung dalam manifesto pembangkang ketika pilihan raya umum lalu dan merupakan komitmen besar mereka terhadap pengundi yang perlu dilunaskan.

Malangnya, janji itu dikhianati dalam tempoh yang terlalu singkat serta tanpa mengambil kira beban ekonomi yang mencengkam rakyat ketika ini.

Isu Memali: Penjelasan Musa Hitam

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

PADA pukul 9 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa ialah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang.

Profesor Dr. Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berperanan sebagai moderator. Format diskusi menyamai program Hard Talk, BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh moderator.

Sepanjang dua jam, moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:

1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada di negara China dan saya ialah Pemangku Perdana Menteri.

2. Saya bertanggung jawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.

3.Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.

Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:

1. Saya menegur moderator dengan mengatakan sebagai seorang profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.

2. Pada hari peristiwa Memali (iaitu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri.

Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan My God" yang mengejutkan hadirin.

3. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak polis tentang dua perkara:

(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi;

(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah

Namun saya mengambil tanggung jawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.

4. Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.

Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku.

Pada hari kejadian, saya bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi polis di Memali yang melibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam.

Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke China atas tiga sebab:

1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri Perdana Menteri sendiri.

2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.

3. Dengan menangguhkan lawatan ke China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam negeri.

Dr. Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke China.

Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap.

Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.

Kesimpulannya ialah:

1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.

2. Isu utama dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan Pemangku Perdana Menteri kerana Dr. Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali, dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari tersebut.

3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Dr. Mahathir masih Perdana Menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan Perdana Menteri.

Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. Tetapi tidak ada media yang sedia melaporkan fakta ini.

Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh parti Pas. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan menteri; tidak ada pihak baik daripada kerajaan, begitu juga Parti UMNO yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.

Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya.

Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa.

Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah Ilahi memakbulkan doa saya.

Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.

Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya.

Saya serahkan segala-galanya kepada Allah yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada-Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.

TUN MUSA HITAM

4 April 2014

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Makin berisi makin tunduk

Posted: 03 Apr 2014 09:35 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NASIRUDDIN YAZID

ISTERINYA, Anita Anuar sentiasa berada di belakang setiap kejayaan Salikin.

MENGENALI Salikin Sidek sejak lebih 20 tahun lalu, beliau tidak banyak berubah. Salikin masih seorang yang peramah. Bertutur lembut sambil ketawa dan tidak pernah meninggi diri. Berpegang kepada pepatah Melayu, seperti resmi padi, makin berisi makin tunduk, banyak yang telah dicapai oleh peneraju rekaan fesyen tradisional Melayu berasaskan songket ini sejak mula membabitkan diri dalam bidang fesyen sejak tahun 1982.

Salikin tetap teguh memperjuang dan mengharumkan seni rekaan fesyen tradisional songket sehingga ke hari ini. Walaupun masa beredar dan fesyen silih berganti, namun kata Salikin, seni fesyen tradisi ini tidak akan lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

Siapa lagi yang akan mengekalkan jati diri bangsa jika bukan daripada pereka tempatan sendiri? Sebagai pereka, saya cuba membawa seni tradisi kita sehingga menjadi signature terutama busana baju kurung. Biar orang luar mengenali dari mana asal baju kurung sebagaimana mereka mengenali baju kebaya dari Indonesia, sari dari India, ceongsam dari China dan kimono dari Jepun. Secara tidak langsung, busana Melayu akan lebih dikenali dan dihormati di seluruh dunia.

Dalam setiap helaian koleksi saya, songket menjadi taruhan penting. Fabrik tempatan ini mempunyai nilai estetika tersendiri. Setiap kali mengadakan pertunjukan fesyen, saya banyak mengketengahkan elemen songket dan tenun untuk menarik lebih perhatian pereka generasi baru yang kini banyak menuju ke arah rekaan moden tetapi saya gembira mengekalkan konsep tradisi warisan berzaman.

Berbekalkan pengalaman di bidang fesyen dan teknologi maka dapatlah saya mendokumentasikan fesyen tradisional dan cara teknikal melakar pola mahupun paper pattern untuk potongan-potongan baju kurung Johor berpesak, berkekek juga baju kebaya Selangor berpesak berkelepet.

Dewasa ini baju kurung Aceh mahupun baju kebaya Pahang ditata rias menjadi busana pengantin lelaki dan pengantin perempuan," kata Salikin yang ditemui di rumah beliau di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Menurut Salikin yang berasal dari Kluang, Johor, jati diri dan nilai seni yang tumbuh sejak azali telah memupuk minat beliau untuk terus meneroka dan mereka fesyen tradisi.

Beliau pernah membuat busana kostum untuk persembahan teater Nur Nilam Sari, Kias Fansuri, Warkah Warisan Melayu dan dramatari Seri Rama Siti Dewi.

Minat yang begitu mendalam membuatkan beliau berusaha untuk menghasilkan buku mengenai busana Melayu tradisi. Buku pertama beliau berjudul Variasi Busana Tradisional yang menghimpunkan baju tradisional Melayu, iaitu baju kurung Teluk Belanga, baju kebaya Kuala Selangor dan baju Riau Pahang.

Pengisian buku ini terdiri daripada 50 peratus fesyen dan 50 peratus teknikal, iaitu cara memotong, menjahit dan mengambil ukuran. Ia bukan sahaja boleh dijadikan buku rujukan menjahit tetapi lebih penting memperkenalkan baju tradisional.

Sementara itu buku kedua beliau, Busana Pengantin Melayu mengandungi koleksi pakaian bercirikan tradisi berseni dan cara pembuatannya yang menjadi elemen penting dalam budaya dunia Melayu, iaitu songket tenunan warisan yang terkenal dengan kehalusan dan keindahannya tersendiri.

Salikin dan anak-anak

Penglibatan dalam bidang fesyen bukan bermakna Salikin tidak mementingkan sebuah perkahwinan dan institusi kekeluargaan. Mendirikan rumah tangga dengan Anita Anuar, gadis Batu Pahat, Johor sejak 13 tahun lalu, perkahwinan yang direstui oleh keluarga kedua-dua pihak ini dikurniakan empat orang cahaya mata yang terdiri daripada seorang lelaki dan tiga perempuan.

Anak sulung beliau, Ariq Siddiq (bermakna baik hati dan baik budi), 12, kedua Asila Sofea (suci dan asli), 10, ketiga Ajwa Saliha (kurma Nabi) tujuh dan yang bongsu Anis Syahira (peramah, ternama) baru berusia lima bulan.

Bahagia dengan rumahtangganya, Salikin dan isteri begitu menitikberatkan pelajaran akademik dan agama anak-anak. Namun kata Salikin, isteri beliau, Anita lebih tegas dan garang dengan anak-anak dan anak-anak juga lebih takutkan ibu mereka.

Menjaga anak-anak dan menguruskan sendiri rumah tangga tanpa bantuan orang gaji, kata Salikin, Anita yang mahukan begitu.

Setiap hari Anita perlu keluar rumah sebanyak enam kali bagi menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah. Walaupun nampak penat namun dia kata puas hati dan tidak bimbang memikirkan kerenah orang gaji yang macam-macam di dengar. Cara ini juga dapat mengeratkan hubungan kami dengan anak-anak.

Budak-budak dahulu lain sekarang lain. Oleh itu cara pendekatan juga berbeza. Dari darjah empat lagi saya sudah menghantar anak-anak ke kelas tuisyen. Kita tidak boleh hendak mengharap pada guru sahaja sahaja untuk mendidik anak kita. Begitu juga dengan sekolah agama, sama penting.

Pada saya jika daripada awal kita telah didik anak mengikut rutin harian iaitu ke sekolah dan kemudian ke kelas agama, tidak sukar untuk mendidik mereka.

Hari Sabtu merupakan hari rehat sepenuhnya bagi mereka dan mereka boleh melakukan apa yang mereka suka seperti menonton televisyen, bermain dan sebagainya.

Pada hari Ahad pula, saya masukkan mereka ke kelas taekwando dan tarian," ujar Salikin yang merupakan ahli jawatan kuasa Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Berprestasi Tinggi Setiawangsa.

Bercerita mengenai anak-anaknya, kata Salikin, anak sulungnya yang juga lelaki tunggal cenderung kepada bidang kejuruteraan dan mengetahui banyak mengenai kereta dan motor. Anak keduanya pula berminat menjadi guru sementara anak ketiga gemar melukis dan mengenali jenis-jenis baju.

Menurut Salikin lagi, dalam apa sahaja bidang yang diminati oleh anak-anak, sebagai ibu bapa harus memberi dorongan dan panduan. Walau apa pun, mereka harus menamatkan pengajian terlebih dahulu dan doa ibu bapa mengiringi mereka.

Beliau turut berharap apabila anak-anaknya dewasa kelak mereka akan terus mengekalkan budaya busana Melayu yang indah ini.

Kata bapa yang penyayang ini, beliau amat bersyukur kerana dianugerahkan anak-anak. Walaupun lewat berkahwin namun beliau tetap memiliki zuriat. Ramai lagi yang sudah lama berkahwin masih belum dikurniakan dengan cahaya mata.

Ruang lebih menarik dengan bingkai hiasan

Posted: 03 Apr 2014 09:35 PM PDT

Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar Shidiqien Zon

SHAFIE Md. Isa dengan bingkai hiasan dinding yang direkanya.

Tujuan dinding rumah yang dibina berbentuk segi empat berfungsi sebagai tembok penghadang daripada sebarang kemungkinan.

Dinding yang dibina juga pastinya direka dengan pelbagai bentuk dan rekaan yang boleh menaikkan seri rumah.

Untuk mencantikkan lagi, pelbagai hiasan dinding digunakan sebagai hiasan di ruang kediaman seperti cermin, lukisan dan arca, hiasan bunga kering, hiasan pinggan dan seramik, hiasan bingkai kayu, hiasan jam dan banyak lagi.

Hiasan dinding dengan corak dan warna yang menarik dan bersesuaian dengan konsep, jika diletakkan pada dinding akan memberi kesan menarik dalam ruang kediaman.

Apa yang penting pemilik rumah perlu memilih hiasan dinding yang sesuai dengan tema dan konsep hiasan rumah.

Kaedah ini boleh dilakukan jika keadaan ruang didominasi oleh elemen lain seperti perabot.

Jika perabot yang digunakan itu berukiran penuh atau mempunyai reka bentuk unik dengan sendirinya menyerlahkan penampilan ruang dinding, maka penggunaan perhiasan dinding berukuran kecil sudah memadai.

Gaya hiasan dinding boleh diselaras dengan menggantung hiasan di ruang dinding atas meja, meja kerja dan meja sisi. Jika ruang dinding luas, menggantungkan lukisan pemandangan atau poster besar secara bersendirian memberi impak menarik pada sudut tersebut.

Sebagai pereka seni hiasan rumah, Shafie Md. Isa turut mereka hiasan dinding yang dihasilkan dengan bancuhan resin bersama-sama serbuk karbonat bagi menghasilkan produk yang cantik dan berkualiti.

Hiasan dinding tersebut mempunyai dua saiz berbeza iaitu bagi saiz besar 24.11 inci dan saiz kecil 14.6 inci yang berbentuk segi empat. Kesemua proses penghasilan ini menggunakan mesin khusus yang dibancuh dalam acuan dan juga lukisan ringkas daripada tangan.

Hiasan ini menggunakan motif flora termasuk bunga orked, helikonia, mawar dan bunga raya. Warna bagi bingkai pula didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu hijau, warna keemasan dan rona kayu," katanya.

Dia menambah, keistimewaan dan tarikan bingkai hiasan dinding tersebut dari segi ukiran bunga yang timbul seperti lukisan tiga dimensi (3D).

Permukaann bingkai ini kelihatan cembung yang membolehkan seni tersebut dilihat pada tiga bahagian termasuk bahagian hadapan, tepi sebelah kanan dan kiri bingkai tersebut. Imej seperti cembung tersebut akan memberi kesan pemandangan yang indah dan lebih menarik.

Kebiasaannya bingkai gambar yang berwarna seperti warna kayu lebih mendapat sambutan. Ia sangat sesuai digantung di bahagian dinding rumah. Sementara warna flora pula menaikkan seri ruang kediaman kerana warnanya yang ceria," ujarnya.

Berminat dengan hiasan dinding ini, boleh kunjungi facebook unggulart design.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


90 peratus pemilik dikesan

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

Nor Hisham Ahmad Dahlan (depan) meninjau kawasan Bukit Tabur yang terlibat dalam projek permatang kuarza di Hulu Klang, Selangor, semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN

KUALA LUMPUR 3 April - Sebanyak 90 peratus pemilik tanah dekat Hulu Klang di sini dikenal pasti oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG) untuk pengambilan tanah mereka bagi projek permatang kuarza.

Pegawai Daerah Gombak, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pengambilan tanah itu melibatkan kira-kira 16 kilometer bermula dari Sri Gombak hingga Hulu Klang.

Menurutnya, proses mengesan baki pemilik tanah yang selebihnya mengalami kesulitan berikutan ada antara mereka telah meninggal dunia.

"Bagaimanapun, kami yakin usaha mencari baki 10 peratus pemilik tanah akan selesai dalam tempoh terdekat dan dijangkakan proses pengambilan tanah akan mengambil masa tiga hingga enam bulan, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kawasan Bukit Tabur yang berada di kawasan projek permatang kuarza yang akan dibangunkan nanti di Taman Melawati, Gombak dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Hulu Klang, Saari Sungib.

Menurut Nor Hihsam, ini merupakan usaha kerajaan negeri Selangor untuk mewartakan tempat tersebut sebagai Taman Warisan Permatang Kuarza yang terpanjang di dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

"Bagi merealisasikan hasrat itu pengambilan tanah perlu dilakukan.

"Pengambilan semula tanah itu akan dilakukan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 di mana kerajaan negeri Selangor akan membayar pampasan kepada mereka," jelasnya.

Sementara itu, Saari memberitahu, setakat ini terdapat cadangan untuk menjadikan kawasan Bukit Tabur sebagai tempat riadah seperti di Gunung Kinabalu.

Kita akan pastikan kawasan ini diselenggarakan dengan baik termasuk pemantuan dari segi keselamatan, mempunyai pengawal bertugas dan sebagainya.

Antara kemudahan yang akan dibina pula adalah sistem tempat meletak kenderaan dan pengunjung perlu melalui pintu masuk yang dibenarkan sahaja berbanding sekarang yang mempunyai empat laluan masuk," katanya.

Katanya lagi, cadangan bagi menjadikan kawasan tersebut sebagai Taman Warisan Permatang Kuarza terpanjang di dunia itu akan dikumpulkan dan dibentangkan kepada Exco kerajaan negeri Selangor dalam tempoh terdekat.

Naik taraf Jalan Kenanga sebagai 'Daerah Fesyen' tarik lebih ramai pelancong

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

Ahmad Phesal Talib (depan) menerangkan tentang pelan Cadangan Menaik Taraf dan Pengindahan Kawasan Jalan Kenanga, Kuala Lumpur, kelmarin. - The Star

KUALA LUMPUR 3 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menaik taraf dan melakukan kerja-kerja pengindahan di Jalan Kenanga, di sini untuk dijadikan `Daerah Fesyen' bagi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, Jalan Kenanga merupakan kawasan yang terkenal dengan aktiviti perniagaan berteraskan fesyen dan borong di ibu kota sejak sekian lama.

Kawasan ini cukup berpotensi untuk diperkenalkan sebagai destinasi popular membeli-belah bukan sahaja kepada pelancong tempatan, bahkan pelancong asing.

Usaha menaik taraf kawasan ini sekaligus memberi peluang kepada orang ramai yang sebelum ini lebih tertumpu kepada pusat membeli-belah di tengah-tengah pusat bandar raya yang sesak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sesi Mendengar Pandangan Bagi Cadangan Menaiktaraf dan Pengindahan Kawasan Jalan Kenanga di Dewan Kompleks Kenanga Wholesale di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Datuk Ar. Esa Mohamed; Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan DBKL, Datuk Mohd. Najib Mohd. dan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Amin Nordin Abdul,Aziz.

Sementara itu, Ahmad Phesal berkata, bagi memastikan hasrat tersebut direalisasikan beberapa isu di kawasan tersebut perlu ditangani, terutama melibatkan aspek kebersihan.

Katanya, antara projek naik taraf yang dicadangkan termasuk membina laluan-laluan pejalan kaki berbumbung, memperbaiki aliran laluan kenderaan dan menyediakan tempat letak kereta.

Turut terlibat kerja-kerja memperbaiki sistem perpaipan dan membina reka bentuk pembangunan yang berteraskan kota fesyen.

Selain itu, pintu gerbang utama akan dibina di jalan terbabit beserta mural, pagar serta kerja-kerja mengecat semula bangunan bagi menyerlahkan lagi kawasan tersebut.

Tambahnya, sesi mendengar pandangan daripada penduduk dan peniaga di sini bagi cadangan menaik taraf dan pengindahan akan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali lagi sebelum sebarang keputusan dibuat.

Dalam masa sama beliau turut memberi jaminan sebarang pembangunan tidak akan dimulakan selagi tidak dibentangkan dan mendapat persetujuan peniaga dan penduduk.

Laporan polis berhubung bazar Ramadan

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

KUALA LUMPUR 3 April - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa seramai 200 peniaga bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Chow Kit sebelum ini tidak dapat menjalankan perniagaan ekoran tapak berkenaan adan hanya diberi kepada badan bukan kerajaan (NGO) tertentu sahaja.

Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, perkara itu menyebabkan NGO terbabit menyewakan tapak perniagaan kepada golongan tertentu dan warga asing bagi mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda.

"Majoriti kegiatan 'mengalibabakan' lesen dan lot perniagaan itu dikesan melibatkan NGO Melayu.

"Kadar sewa yang dikenakan pula sangat tinggi iaitu antara RM3,000 hingga RM8,000 menyebabkan ramai di antara peniaga tidak mampu untuk menyewa tapak bazar berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis berhubung ketelusan pihak berkuasa tempatan dalam menyewakan tapak bazar Ramadan kepada peniaga Melayu.

Turut tampil membuat laporan adalah Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia, Amir Amsaa Alla Pitchay dan Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

Tambah Mohd. Ridzuan, petak perniagaan yang diberi kepada NGO seharusnya diagihkan kepada ahli-ahlinya dan bukan menyewakan kepada pihak ketiga semata-mata untuk kepentingan sendiri.

"Perkara ini sudah lama berlaku namun sehingga kini mereka seolah-olah kebal menjalankan aktiviti sewa tapak berikutan tiada tindakan yang diambil oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan," ujarnya.

Sementara itu, Amir Amsaa berkata, perkara tersebut jika tidak ditangani dengan segera dikhuatiri akan menutup periuk nasi peniaga Melayu yang hanya bergantung kepada perniagaan semata-mata.

"Mereka yang tidak mendapat petak bazar Ramadan ini biasanya terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan.

Oleh itu pihak terlibat sepatutnya menjaga kebajikan mereka bukannya menyewakan tapak kepada warga asing.

"Kami berharap masalah ini tidak berlaku lagi memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi," tegasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Ladang sayur setiap daerah

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

ISMAIL MOHAMAD

JOHOR BAHRU 3 April - Kerajaan negeri telah mengenal pasti tanah terbiar seluas 17,854.93 hektar di kesemua 10 daerah di negeri ini yang tidak diusahakan dengan tanaman kekal mahupun kontan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamad berkata, daripada jumlah tersebut daerah Kota Tinggi mencatatkan jumlah paling banyak iaitu 5,855.96 hektar, diikuti Mersing sebanyak (4,042.85 hektar), Kluang (1,716.72 hektar), Batu Pahat (1,661.04 hektar) dan Segamat (1,484.02 hektar).

Menurutnya, tanah terbiar tersebut melibatkan 8,070 bilangan lot, yang mana sebahagian tanah terbiar tersebut adalah milik individu yang mungkin telah meninggal dunia.

Kerajaan mengenal pasti tanah tersebut untuk memajukan tanah-tanah itu dengan tanaman yang boleh menampung keperluan makanan bukan sahaja untuk daerah berkenaan tetapi diyakini mampu menampung keperluan negeri ini dan negara amnya.

Bagi menjayakan program ini pada dasarnya Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersetuju dengan rancangan melantik Jabatan Pertanian sebagai orang tengah dengan mendapat kerjasama daripada penghulu atau wakil rakyat untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung status tanah tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bukit Serampang berkata, kerajaan mempunyai perancangan rapi untuk membangunkan tanah tersebut dengan menyasarkan setiap daerah ditetapkan dengan lima jenis sayuran melalui lima jenis teknologi penanaman secara fertigasi yang telah diamalkan di negeri ini secara mentor-mentee.

Sebagai contoh, katanya, fertigasi lada, sayuran kontan, tamato, timun, bendi, terung, pihaknya akan mensasarkan 30 hingga 40 pengusaha melalui program tanah terbiar.

Menurutnya, bagi memastikan program ini berjaya, pihaknya akan memberi keutamaan terhadap pengusaha yang mempunyai modal dan pekerja serta berminat dalam bidang pertanian.

Kerajaan juga menggalakkan koperasi dan pertubuhan peladang unit atau kawasan untuk terlibat dalam program yang bertujuan membantu kerajaan dalam menghasilkan keluaran makanan bagi setiap daerah," katanya.

Kontraktor PPR Sungai Melana perlu dikenakan tindakan

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

JOHOR BAHRU 3 April - Kerajaan negeri digesa untuk mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor Program Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana di sini yang gagal menyiapkan perumahan tersebut pada masa ditetapkan.

Projek pembinaan PPR berkenaan di atas tanah seluas 7.6 hektar, bermula pada tahun 2010 dan sepatutnya siap pertengahan tahun lalu, melibatkan 1,170 unit rumah di tiga blok kediaman setinggi 12 tingkat.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, PPR Sungai Melana kendalian Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah antara dua PPR yang dibina dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Rinting.

Beliau berkata, tindakan kontraktor yang langsung tidak berwibawa serta tidak berkelayakan kerana gagal menyiapkan PPR yang dianggarkan bernilai RM140 juta boleh menjejaskan usaha kerjaaan ke arah setinggan sifar.

Sebagai Ahli Parlimen Pulai, saya amat kesal kerana kontraktor langsung tidak memaklumkan tentang perkembangan pembinaan PPR ini yang saya fikir amat penting bagi memindahkan penduduk setinggan dalam kawasan DUN Pengkalan Rinting.

Kediaman PPR tiga bilik itu lengkap dengan lif serta kemudahan awam lain boleh menempatkan kira-kira 5,000 penduduk," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nur Jazlan berkata, seharusnya SPNB dan kontraktor PPR berkenaan memaklumkan sebarang perkembangan termasuklah sekiranya terdapat berlaku sebarang kelewatan dalam pembinaan projek tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kehidupan renjer wanita

Posted: 03 Apr 2014 09:35 PM PDT

MINAT Nor Diana Mohamed Nor terhadap unggas membuatnya komited untuk menceburi bidang pekerjaan yang lebih didominasi kaum lelaki.

DENGAN kelulusan yang ada, beliau sebenarnya boleh bekerja di bilik berhawa dingin, sebaliknya memilih kerjaya menjejak hidupan liar di hutan belantara. Kerjaya yang dipilih anak kelahiran Terengganu ini bagaimanapun sebati dengan jiwanya yang suka kepada unggas. Beliau pernah menghabiskan masa berjam-jam menelaah buku mengenai kepelbagaian spesies itu termasuk burung hijrah.

Kecintaan yang mendalam terhadap spesies unggas itulah yang membuatkan Nor Diana Mohamed Nor nekad berhenti kerja dan menerima tawaran jawatan Pembantu Hidupan Liar.

Beliau kini adalah seorang daripada tiga renjer wanita yang berkhidmat dengan Jabatan Perhilitan Perak.

Emaklah yang paling risau apabila saya mengambil keputusan berhenti kerja kerana bagi emak, tugas bukannya mudah, banyak bahaya. Ayah pula tidak kisah kerana memahami minat saya yang sukakan cabaran dan alam semulajadi.

Saya mengambil masa memujuk emak, biarpun pada masa sama saudara-mara turut mempertikaikan keputusan saya itu," kata Nor Diana, 35, kepada Bernama ketika mengikuti Program Kembara Bersama Media Taman Negeri Royal Belum anjuran KementerianSumber Asli dan Alam sekitar.

Liku-liku perjalanan kehidupan seorang renjer ternyata begitu mencabar dan getir, justeru, bukan sebarangan orang berupaya memikul tugas yang lazimnya didominasi kaum adam.

Namun Nor Diana serta dua lagi renjer wanita di Jabatan Perhilitan Perak membuktikan kaum hawa juga boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" dengan renjer lelaki.

Menurut Nor Diana, secara amnya tugas renjer adalah untuk membantu pegawai dalam pengurusan hidupan liar.

Pada masa ini saya ditugaskan di bahagian penguatkuasaan pelesenan. Sebelum itu di bahagian pengurusan.

Biar pun tugas renjer tidak sama tetapi apabila masuk ke hutan, semua akan bekerjasama tanpa mengira datang dari bahagian mana," katanya dengan menambah beliau tidak menghadapi masalah dari segi penjagaan anak kerana bantuan ibu mentuanya.

Nor Diana juga menyatakan syukur kerana suaminya amat memahami keperluan tugas. Suaminya juga pernah berkhidmat dengan Jabatan Perhilitan.

Bagi seorang renjer, risiko diancam binatang buas adalah perkara lumrah memandangkan antara skop tugas mengenalpasti spesies haiwan dengan menjejaki kesan tapak dan najis binatang di hutan.

Bagi yang tidak biasa, mendengar sahaja butiran ini pasti menjadikan bulu roma berdiri tegak tetapi berlainan pula dengan Nor Diana dan rakan renjernya yang lain.

Mereka akan merasa gembira dan teruja setiap kali menjumpai banyak kesan tapak, najis dan cakaran binatang.

Kami pernah sekali terserempak dengan harimau sewaktu di Taman Negara Terengganu, Tasik Kenyir.

Ketika itu ia berada sekitar 50 km sahaja dari tempat kami berdiri. Kami terkejut dan terus berlari. Nasib kami baik kerana harimau itu tidak mengejar kami.

Binatang buas tidak akan mengganggu manusia melainkan ia diancam dahulu," jelas Nor Diana.

Sewaktu gelombang virus Influenza A (H1N1) melanda negara ini, beliau diberi tugas yang mendedahkannya kepada kepelbagaian risiko.

Nor Diana diarahkan mencari itik spesies Belibis dan Cotton Pygmy Goose di sekitar lombong di Perak untuk dijadikan sampel ujian H1N1.

Selain berhadapan kesukaran mencari spesies itu, beliau juga terpaksa berendam di dalam lombong sehingga tubuhnya dipenuhi selut. Keadaan itu agak membahayakan kerana kemungkinan diserang haiwan berbisa.

Risiko memang ada tetapi sebagai renjer kami diajar untuk mengambil langkah keselamatan sewajarnya," kata beliau.

Kini sudah hampir 10 tahun Nor Diana bertugas sebagai renjer. Setiap pengalaman pahit getir meredah hutan rimba tidak sedikit pun melunturkan semangatnya.

Malahan, semangat beliau semakin kental untuk memberikan komitmen terbaik dan sekali gus membuktikan keputusan yang diambilnya untuk menjadi renjer bukan satu kesilapan.

Menjadi renjer juga memberi Nor Diana peluang keemasan untuk mengenali dengan lebih dekat lagi kepelbagaian spesies burung.

Jika sebelum ini beliau hanya terpaksa berpuas hati merujuk kepada paparan gambar, kini unggas yang beliau minati itu boleh berada di depan mata.

Saya meminati beberapa jenis burung yang sukar dijumpai seperti Asian Fairy Bluebird, Asian Paradise Flycather (white-morph) dan Siul Berjambul.

Di taman burung juga pun belum tentu ada tetapi sebagai renjer saya berpeluang melihat secara realiti dan bukan lagi gambar di buku, internet semata-mata," katanya.

Dianggarkan terdapat antara 8,800 dan 10,200 spesies burung di seluruh dunia dan di Malaysia sahaja terdapat 750 spesies burung tempatan.

Bagaimanapun, setakat ini hanya kira-kira 300 jenis sahaja yang dikenalpasti.

Dalam pada itu, terdapat ratusan ribu burung hijrah singgah di 55 kawasan di Malaysia yang dikenalpasti sebagai kawasan penting burung (IBA) melalui beberapa kriteria termasuk penghijrahan burung dari kawasan sejuk.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bandar Berat mahu contohi Melaka

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

IDRIS HARON

MELAKA 3 April - Bandar Berat di Albania yang mendapat jolokan The City of a Thousand Window ingin mengikut jejak langkah kerajaan negeri apabila berjaya membangunkan bandar hasil daripada kesan sejarah silam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, Berat berminat mendapatkan kepakaran daripada kerajaan negeri bagi membangunkan bandar tertua di Albania itu seperti mana dilakukan di negeri ini.

Menurutnya, Berat yang terletak di selatan Albania itu mempunyai banyak kesan sejarah terutamanya pada zaman Empayar Uthmaniyyah iaitu abad ke-16 dan berminat mempelajari bagaimana Melaka boleh membangun tanpa menjejaskan kawasan bersejarah.

Mereka turut menawarkan pembinaan sebuah kawasan perniagaan Melaka Square di Berat dengan kos RM3.92 juta.

"Perkara ini masih di peringkat perbincangan. Mereka kagum dengan apa yang telah kita bangunkan di Melaka tanpa menjejaskan kesan sejarah silam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Berat, Dr. Fadil Nasufi dan mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri semalam.

Fadil berada di negeri ini bagi menghadiri Konvensyen Antarabangsa Bandar Raya Berkembar Ke-14 yang berakhir kelmarin.

Berat seperti juga bandar raya Melaka turut mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2008 dan mempunyai lebih 70,000 penduduk.

Di samping itu kata Idris, Berat turut menunjukkan minat terhadap kepakaran kerajaan negeri dalam membangunkan industri halal di pusat perindustrian Melaka Halal Hab di Jasin.

Justeru katanya, peluang usahawan halal hab untuk memasarkan pelbagai produk ke Berat adalah cerah memandangkan kira-kira 80 peratus penduduk mereka beragama Islam.

Saya akan berbincang dengan usahawan terbabit bagaimana kita dapat membantu mereka meneroka pasaran baharu di Berat,'' katanya.

Dalam pada itu Idris berkata, mesyuarat kerajaan negeri telah mengambil keputusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Bandar (JKKB) akan dimansuhkan serta-merta dan tugas jawatankuasa itu akan diambil alih oleh Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP).

Elaun JKKB dibiayai kerajaan negeri manakala JPP dibiayai kerajaan Persekutuan. Dengan langkah ini, kita dapat menjimatkan sebanyak RM93,300 setiap tahun," katanya.

Hutang kerajaan negeri terus menurun

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

SEREMBAN 3 April - Hutang kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.8 bilion yang sebahagian besarnya digunakan untuk meningkatkan bekalan air di negeri ini telah mencatatkan penurunan mendadak kepada RM644 juta ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penurunan jumlah itu berikutan penyerahan beberapa loji kepada pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) selepas bekalan air kini diuruskan oleh kerajaan negeri dan Persekutuan.

Jelas beliau, beberapa loji air yang akan dan telah selesai pembinaannya dengan anggaran kos RM450 juta akan diserahkan kepada PAAB sekali gus menyebabkan jumlah hutang berkenaan mencatatkan penurunan kira-kira RM200 juta menjelang akhir tahun ini.

Hutang air ini akan kita lupuskan dengan kerajaan Persekutuan kerana kita telah buat perjanjian kerjasama melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Menerusi kerjasama ini nanti, bekalan air akan diuruskan bersama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

Hutang-hutang selebihnya kebanyakannya bersangkut paut dengan pelbagai projek yang sedang dilaksanakan di kawasan pinggir bandar, pembinaan rumah-rumah rakyat dan bantuan kecemasan," katanya di sini hari ini.

Jelas Mohamad, apabila semua hutang berkaitan pengurusan air selesai, Negeri Sembilan akan menjadi sebuah negeri yang mempunyai jumlah hutang terendah dengan kerajaan Persekutuan.

Dalam pada perkembangan lain Mohamad menjelaskan, kehilangan pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370 awal bulan lalu tidak akan menjejaskan sektor pelancongan di negeri ini secara drastik.

Jelas beliau, biarpun ada usaha untuk memboikot negara ini yang sedang rancak melaksanakan program Tahun Melawat Malaysia 2014 namun tiada sebarang penurunan ketara dicatatkan malahan beberapa kawasan peranginan di negeri ini mencatatkan peningkatan pelancong.

Mungkin setakat ini kita tidak merasai lagi penurunan pelancong asing ke negeri ini dan ia hanya akan diketahui dalam tempoh masa beberapa bulan dari sekarang. Tambahan pula kejadian itu bukanlah sesuatu yang kita ingini berlaku.

Bagaimanapun terpulang kepada para pelancong untuk datang ke negeri ini atau sebaliknya," katanya.

Kerajaan negeri kaji pembinaan rumah PRIMA

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

SEREMBAN 3 April - Kerajaan negeri akan membuat penelitian dan kajian secara menyeluruh sebelum melaksanakan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Seremban Sentral dengan mengambil kira kesan sampingan yang akan berlaku pada masa akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kajian berkenaan meliputi penyelesaian masalah trafik, jalan raya serta kawasan lapang agar kawasan itu dapat diduduki oleh orang ramai dalam keadaan yang selesa.

Katanya, jumlah rumah asal yang akan dibina sebanyak 5,000 unit juga akan dikurangkan kepada 3,000 unit sahaja dengan bakinya akan dibina di kawasan-kawasan sesuai lain bagi memastikan tiada masalah sampingan berlaku.

Kita tidak mahu apabila kita buat kawasan perumahan nanti, kawasan sesak kepada orang ramai yang akan mendiami rumah berkenaan. Cuba bayangkan kalau 5,000 unit rumah itu didirikan sudah pasti kawasan akan menjadi sesak dan ini akan mendatangkan masalah.

Jika rumah itu kita bina juga sudah pasti kesan sampingan yang tidak baik akan berlaku dan apabila ini berlaku, orang akan marah kepada kerajaan serta matlamat awal pembinaan perumahan itu akan tersasar,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri semalam.

Untuk itu kata beliau, kerajaan negeri tidak akan terburu-buru melaksanakan projek perumahan berkenaan kerana matlamat utamanya adalah untuk membolehkan orang ramai mendapat kediaman yang selesa untuk didiami.

Saya telah minta untuk dikurangkan dan kita akan lakukan kajian impak trafik kerana kita tidak mahu keadaan di bandar ini akan menjadi terlampau sesak. Kita tidak akan luluskan jika impaknya nanti menyusahkan rakyat.

Apa yang saya dapat lihat antara jalan penyelesaiannya adalah mengurangkan unit rumah yang mana nanti bakinya akan dibina di kawasan-kawasan berdekatan," jelas beliau.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved