Jumaat, 4 April 2014

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Perak kaji pemberian doket pasir

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

ZAMBRY Abd. Kadir menjawab soalan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh, Perak, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS

IPOH 3 April - Kerajaan negeri bercadang untuk mengkaji semula sistem pemberian doket lesen pengeluaran pasir berikutan kegiatan curi yang didalangi samseng dan tonto.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kegiatan tersebut menyebabkan kerajaan negeri kerugian RM10 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun lalu.

Beliau yang mengetuai jawatankuasa khas tertinggi peringkat negeri berkata, kerajaan negeri turut memikirkan pendekatan terbaik termasuk pemberian lesen mengikut sistem pembalakan iaitu berdasarkan compartment.

Menurutnya, pendekatan itu bertujuan memastikan setiap kawasan diberikan boleh dinilai sejauh mana pengeluaran pasir yang boleh dihasilkan.

Saya telah pun meminta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) melihat sama ada sistem doket ini benar-benar berkesan.

Hal ini disebabkan kuantiti pasir yang dimasukkan ke dalam lori bukan sahaja hanya cukup-cukup muatan tetapi ada yang menimbun.

Daripada penyiasatan kita, mereka tidak lagi menggunakan lori pasir seperti dulu tetapi sekarang ini sudah pakai macam treler. Ini menunjukkan kegiatan tersebut cukup terancang," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji) sama ada kerajaan negeri ingin merombak sistem yang diguna pakai dalam pengeluaran pasir di negeri ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Kali Ke-13 hari ini.

Tambah Zambry, bagi mengelakkan kecurian pasir, kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa meja bulat dan jawatankuasa petugas khas yang masing-masing diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah Tanah dan Galian Perak.

Beliau berkata, selain rondaan berkala oleh unit penguatkuasaan PTG, petugas-petugas stesen turut ditempatkan secara secara harian di kawasan panas yang dikenal pasti berpotensi berlakunya kecurian pasir.

Kawasan panas yang dikenal pasti ialah di Chenderiang, Temoh dan Bidor di daerah Batang Padang; Teja dan Malim Nawar di daerah Kampar; Tronoh di daerah Kinta serta Seri Iskandar di Perak Tengah," katanya.

Tambah beliau, selain Ops Statik yang dijalankan oleh PTG, operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasa lain hasil risikan dan pemantauan bersama turut dilaksana melalui Ops Pasir dan Ops Tutup dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menurut Zambry, tindakan penguatkuasaan bersesuaian seperti tangkapan, pendakwaan dan kompaun turut dilaksana di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 dan Pekeliling PTG Bil. 5/ 2009 bagi kesalahan pelanggaran syarat 4C termasuk pelucutan deposit serta pembatalan permit.

Bahkan katanya, kerajaan negeri juga telah menstruktur semula industri pengeluaran pasir lombong, sungai dan silika dengan mengurangkan bilangan pemegang lesen.

Katanya, ini bagi memastikan hanya mereka yang berkemampuan serta kompeten sahaja diberikan peluang untuk meneruskan aktiviti pengeluaran dan pemindahannya.

Sehingga 31 Disember tahun lalu, sebanyak 104 permit telah diambil tindakan seperti diberikan amaran, dikenakan kompaun atau dibatalkan permit.

Sejumlah RM359,200 deposit telah dirampas melibatkan RM197,750 untuk Permit 4C dan RM161,450 lagi bagi Lesen Pemindahan Bahan Mineral (LPBM) selain 12 lori telah disita dan lima kes telah dirujuk bagi tujuan pendakwaan ke mahkamah.

Bagi Januari hingga Mac tahun ini sahaja, sebanyak 12 kes telah diambil tindakan dengan sejumlah RM68,000 dikutip bagi pengeluaran bon jaminan untuk mengeluarkan lori-lori yang disita," katanya.

Tegas beliau, tiada perlombongan pasir dibenarkan di negeri ini melibatkan tanah kerajaan mahupun tanah bermilik.

Sebaliknya beliau berkata, aktiviti pengeluaran pasir hanya dibuat di atas tanah bekas lombong yang mempunyai stok hasil buangan aktiviti perlombongan bijih timah pada masa lalu selain diambil di dasar sungai mahupun pesisir pantai.

PKNP buat kajian pembangunan pekan Kati

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

IPOH 3 April - Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) sedang menjalankan kajian terperinci berhubung projek pembangunan di pekan kecil Kati di Chenderoh dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, PKNP perlu mengambil kira kepentingan tapak, kebolehlaksanaan serta pasaran projek sebelum projek berkenaan boleh diteruskan.

Kelewatan projek pembangunan pekan berkenan adalah disebabkan kekangan yang dihadapi ketika proses pengambilalihan tanah terutamanya membabitkan tanah milik persendirian.

Jadi, kajian terperinci terhadap tanah tapak pembangunan pekan kecil kati perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan kelancaran projek," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau menjawab soalan Zainun Mat Nor (BN-Chenderoh) yang ingin tahu mengenai perancangan pembangunan pekan kecil Kati.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Zainun sama ada ketua kampung serta pemimpin tempatan akan dilibatkan dalam membantu pembangunan pekan itu, Mohammad Zahir memberitahu, perkara tersebut sudah tentu diambil kira.

Pembangunan pekan kecil membabitkan tiga fasa iaitu pembinaan, teknikal dan kajian.

Dalam situasi pekan kecil Kati ini, proses pembangunannya telah mencapai fasa kajian. Jadi, idea dan pandangan pemimpin tempatan serta ketua kampung sentiasa diambil kira," jelasnya.

Kebakaran di Gunung Jerai sudah padam

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

ALOR SETAR 3 April - Kebakaran yang berlaku di puncak Gunung Jerai bermula dua minggu lalu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 28 Mac lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Abdul Muin Ayob berkata, lebih 50 hektar kawasan hutan berhampiran puncak Gunung Jerai musnah dalam kebakaran tersebut yang dipercayai akibat cuaca kering yang melanda negeri ini.

Operasi memadamkan kebakaran di kawasan puncak Gunung Jerai dibuat dengan menggunakan kapal terbang jenis Bombardier pada Jumaaat lalu bermula pukul 11 pagi.

Kemudian pada sebelah malamnya, hujan turun dengan lebat di kawasan puncak Gunung Jerai dan api telah berjaya dipadam sepenuhnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved