Jumaat, 4 April 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


China mohon Malaysia selamatkan warganya yang diculik

Posted: 04 Apr 2014 03:04 AM PDT

MELAKA 4 April - China meminta Malaysia melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan seorang rakyatnya yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah pulau di Semporna, Sabah, pada Rabu lepas.

Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang tuntutan daripada kumpulan berkenaan.

"Kami mengikuti secara rapat perkembangan kes ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron di Seri Negeri, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai insiden seorang pelancong wanita warga China berusia 29 tahun yang dilarikan oleh sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah resort di Pulau Singgahmata bersebelahan Pulau Bum-Bum di Semporna.

Dalam kejadian 10.30 malam itu kumpulan penjenayah terbabit turut melarikan seorang wanita Filipina berusia 40 tahun yang bekerja di resort berkenaan.

Mengulas lanjut, Duta Besar China itu yakin kejadian tidak akan menjejaskan kemasukan pelancong China ke Malaysia. - BERNAMA

Pengambilan terbuka jawatan PDRM tidak benar

Posted: 04 Apr 2014 02:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan laporan kononnya terdapat pengambilan terbuka bagi jawatan badan beruniform itu seperti yang diuar-uarkan melalui media sosial dan Whatapps.

PDRM dalam laman Facebooknya berkata buat masa ini hanya terdapat satu pengambilan khas dibuat iaitu bagi jawatan konstabel lelaki dan wanita untuk

kaum Cina yang bertujuan menggalakkan penyertaan kaum itu dalam pasukan polis.

"Warganegara yang berminat untuk memohon jawatan PDRM boleh mendaftar secara atas talian (Borang SPA8) melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di www.spa.gov.my," menurut PDRM.- BERNAMA

60,000 pekerja kontrak di sekolah belum nikmati gaji minimum

Posted: 04 Apr 2014 12:28 AM PDT

PETALING JAYA 4 April - Lebih 60,000 pekerja kontrak dalam sektor pelajaran di seluruh negara belum menikmati gaji minimum seperti yang ditetapkan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Khalid Atan.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau berkata, pekerja terbabit, termasuk pencuci, tukang kebun, pengawal keselamatan dan warden lalu lintas, masih dibayar gaji lama dengan kadar purata RM400 dan RM600 sebulan.

Oleh itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan segera memberi perhatian terhadap nasib golongan berkenaan yang menghadapi keperitan akibat kenaikan kos sara hidup.

Dasar gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM800 sebulan bagi Sabah dan Sarawak, berkuatkuasa pada 1 Januari 2013, tetapi hanya dilaksanakan sepenuhnya Januari tahun ini.

Bagaimanapun, ada juga majikan diberi pengecualian lanjutan hingga 1 April lepas untuk melaksanakannya.

Khalid menyeru Kementerian Sumber Manusia meningkatkan urusan penguatkuasaannya untuk memastikan dasar itu dipatuhi semua pihak. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved