Sabtu, 23 Julai 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemandu lori hancur digilis kereta

Posted:

Pemandu lori hancur digilis kereta

Pemandu lori hancur digilis kereta

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

ALOR GAJAH 23 Julai - Seorang pemandu lori maut digilis beberapa buah kenderaan sehingga hancur ketika melintas lebuh raya di Kilometer 207, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.15 malam, Abd. Aziz Ramli, 46, mati di tempat kejadian setelah dilanggar sebuah kereta ketika cuba melintas lebuh raya berkenaan.

Mayatnya yang tercampak kemudian digilis sehingga hancur oleh beberapa buah kenderaan lain yang tidak menyedari mangsa di atas lebuh raya berkenaan.

Anak saudaranya, Muhammad Amirul Ridzuan Mohd. Sabri, 17, yang melihat sendiri nahas ngeri itu berkata, sebelum kejadian, lori yang dipandu bapa saudaranya kehabisan minyak ketika dalam perjalanan dari Subang, Selangor menghala ke Melaka.

Menurutnya, arwah terpaksa menumpang kereta pengguna lebuh raya itu untuk ke stesen minyak berhampiran dan menumpang kenderaan lain untuk kembali ke lorinya.

"Ketika kejadian, arwah sudah membeli minyak dan sedang menyeberangi jalan. Ketika tiba di laluan paling kanan, arwah dilanggar oleh sebuah kereta dan tercampak ke seberang jalan sebelum digilis beberapa kereta lain hingga hancur," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Melaka di sini hari ini.

Muhammad Amirul Ridzuan berkata, dia yang melihat kejadian itu tergamam sebelum cuba menahan kereta untuk meminta pertolongan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

"Mayat mangsa yang berasal dari Jalan Kuching, Kuala Lumpur dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya.

Menurut beliau, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Eksekutif pemasaran maut dalam nahas

Posted:

Eksekutif pemasaran maut dalam nahas

Eksekutif pemasaran maut dalam nahas


BEGINILAH keadaan kereta dinaiki Shakeera Hani Aznan yang dipandu oleh Abd. Salimi Abd. Halim terlibat dalam kemalangan di Kilometer 401.8, Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur Hulu Bernam, Selangor, semalam.


HULU SELANGOR 23 Julai - Seorang eksekutif pemasaran wanita di Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (Umes) maut selepas tercampak ke dalam gaung sedalam 10 meter apabila kereta Proton Inspira yang dinaikinya terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum merempuh besi penghadang jalan.

Nahas ngeri itu berlaku di Kilometer 401.8, Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur Hulu Bernam di sini kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi.

Sejurus selepas kejadian itu, sepasukan polis bersama anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Tanjung Malim bergegas ke tempat kejadian namun gagal menemui mangsa.

Selepas tiga jam operasi mencari dijalankan, mayat Shakeera Hani Aznan, 26, yang baru empat bulan bekerja di Bahagian Pemasaran akhbar Kosmo! ditemui di dalam semak gaung kira-kira 10 meter dari lokasi kemalangan pada pukul 4 pagi.

Rakan sekerjanya yang memandu kereta tersebut, Abd. Salimi Abd. Halim, 31, hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi Yahya berkata, ketika kejadian, kereta dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang dari Pulau Langkawi menghala ke ibu negara.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, tayar hadapan kenderaan itu pecah menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi lebuh raya.

"Kenderaan itu kemudian berpusing beberapa kali sebelum melanggar besi penghadang lebuh raya menyebabkan mangsa yang duduk di sebelah pemandu tercampak dan jatuh ke dalam gaung," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Awan Larut, Taman Yarl di Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pukul 3 petang.

Kata beliau, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, abang mangsa, Alaric Aznan berkata, dia dan keluarganya terkejut dan sedih sebaik sahaja dimaklumkan berita yang menimpa adiknya.

"Kami sekeluarga reda di atas pemergiannya," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Iklan akhbar Kosmo!, Stella Abdullah berkata, Allahyarham Shakeera Hani yang baru bekerja empat bulan di Umes sempat ditemui sebelum bercuti untuk ke majlis perkahwinan rakannya di Langkawi.

"Walaupun baru bekerja di syarikat ini, dia seorang yang berdedikasi di dalam menjalankan tugasnya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


DAP harus bertanggungjawab

Posted:

DAP harus bertanggungjawab

DAP harus bertanggungjawab

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Julai - DAP harus bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock dan tidak terus menerus mencari kambing hitam untuk dipersalahkan dalam hal tersebut.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ahli politik terutamanya DAP yang disifatkannya sebagai lidah bercabang di dalam dan di luar mahkamah seharusnya berhenti memperkudakan keluarga Beng Hock demi kelangsungan politik mereka.

"Janganlah secara terus menjaja kes bunuh diri ini sebagai suatu pembunuhan kerana laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja amat jelas," katanya di dalam blog http://zahrainmp.blogspot.com hari ini bagi mengulas mengenai keputusan yang dibuat hasil siasatan tersebut sebelum ini.

Rumusan suruhanjaya itu yang bersidang selama 50 hari dan mendengar serta mengumpul keterangan daripada 70 saksi termasuk pakar dari dalam dan luar negara sebelum ini menyatakan bahawa Beng Hock telah membunuh diri.

Zahrain berkata, DAP juga digesa agar tidak asyik menuding jari kepada pihak lain sebaliknya melihat kepada kesalahan diri sendiri serta dosa mereka kepada Beng Hock dan keluarganya.

"Kesimpulannya, Beng Hock membunuh diri ketika sedang disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan rasuah pemimpin DAP di Selangor. Ini fakta yang cuba diputarbelitkan pihak tertentu agar kepincangan mereka tidak timbul.

"Kepincangan DAP telah mengakibatkan Beng Hock membunuh diri. Kepincangan DAP mengaitkan Beng Hock dalam kes rasuah dan hal-hal bersangkut-paut dengan pemberian kontrak di Selangor. Kenapa pihak lain dipersalahkan dan bukannya DAP?" katanya.

Beliau berkata, DAP sekurang- kurangnya perlu memohon maaf kepada keluarga Beng Hock kerana secara tidak langsung telah menyebabkan kematiannya selain perlu membayar sejumlah wang sebagai pampasan kepada mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Taktik kotor pembangkang gagal

Posted:

Taktik kotor pembangkang gagal

Taktik kotor pembangkang gagal

KUALA LUMPUR 23 Julai - Keputusan siasatan kematian Teoh Beng Hock kelmarin dilihat mengecewakan pihak pembangkang yang telah berusaha keras mengharapkan kes itu tidak diselesaikan supaya dapat dijadikan isu pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, isu kematian Beng Hock adalah sumber untuk pembangkang terus membohongi rakyat dengan berharap taktik kotor itu dapat menjatuhkan kredibiliti kerajaan.

Buktinya, kata beliau walaupun Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock telah membuat keputusan namun pembangkang masih ingin memanipulasi keputusan tersebut.

"Pembangkang memang tidak mahu isu itu selesai sebab mereka hidup atas isu. Jika tidak ada isu mereka akan terus berasa bimbang kerana tidak boleh menimbulkan rasa benci rakyat kepada kerajaan.

"Dulu pembangkang yang menuntut suruhanjaya ditubuhkan, tetapi apabila ditubuhkan mereka tidak mahu duduk dalam suruhanjaya dan sekarang keputusan sudah ada, mereka tidak percaya pula,'' katanya kepada pemberita pada Karnival Mesra Rakyat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 3, Bandar Kinrara dekat sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Esok masih ada buat Harimau Malaya

Posted:

Esok masih ada buat Harimau Malaya

Esok masih ada buat Harimau Malaya

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my


Pemain Singapura, Qiu Li (jersi No. 11) menyempurnakan sepakan percuma yang merobek gawang Malaysia pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam. Singapura menang 5-3. - MINGGUAN/ASWAD YAHYA


KUALA LUMPUR - Asalkan ada kemahuan, Harimau Malaya masih mampu melakar kemenangan ke atas Singapura pada perlawanan kedua pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini, sekali pun mereka tumpas 3-5 di Singapura, semalam.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, skuad negara mampu mengatasi Singapura tetapi, mereka juga perlu segera memperbaiki benteng pertahanan agar tidak mengulangi kesilapan sama ketika beraksi di gelanggang sendiri nanti.

"Saya perhatikan kita sebenarnya bermain dengan baik pada separuh masa kedua, cuma kita buat kesilapan apabila melepaskan gol kelima yang tak sepatutnya diberi kepada Singapura," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, semalam.

Mengulas mengenai kemasukan Amirul Hadi Zainal pada babak kedua permainan, Dollah melahirkan rasa hairan mengapa jurulatih pasukan kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tidak menyenaraikan pemain sayap kanan itu sejak awal perlawanan lagi.

"Saya sebenarnya hairan juga kenapa Amirul hanya dimasukkan pada separuh kedua, tetapi apa pun jurulatih lebih arif untuk tentukan pemain-pemainnya kerana dia lebih tahu," ujar bekas penyerang kebangsaan itu.

Sementara itu, jurulatih Selangor, K. Devan turut sependapat dengan Dollah yang mana benteng pertahanan skuad negara perlu diperkemaskan menjelang perlawanan kedua di Bukit Jalil.

Menurutnya, berdasarkan perlawanan di Singapura, para pemain tidak seharusnya memberikan tendangan percuma di kawasan bahaya yang terbukti telah mengancam gawang Malaysia apabila bolos dua gol menerusi cara yang sama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Nicol rangkul kejuaraan ke-7

Posted:

Nicol rangkul kejuaraan ke-7

Nicol rangkul kejuaraan ke-7

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


PASTI ada perkara lucu daripada Jenny Duncalf (England) sehingga Nicol David ketawa pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Malaysia 2011 di The Curve Damansara, Petaling Jaya, semalam. - MINGGUAN/ZAINI HUSIN


KUALA LUMPUR - Keunggulan Datuk Nicol David pada Kejohanan CIMB Terbuka Malaysia terus tidak mampu dibendung apabila beliau berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali ketujuh berturut-turut di The Curve, Mutiara Damansara semalam.

Selepas merangkul kejuaraan pertama pada 2005, Nicol tidak pernah melepaskan gelaran, dan semalam beliau meneruskan dominasi dengan menundukkan pemain No. 2 dunia, Jenny Duncalf dari England 11-6, 12-10, 11-5 dalam masa 42 minit.

Kemenangan kali ini lebih bermakna buat juara dunia lima kali itu kerana ini adalah kali pertama Terbuka Malaysia disenaraikan dalam kalendar Siri Dunia, malah dia kini sudah memenangi dua kejuaraan Siri Dunia pada 2011 selepas turut menundukkan Duncalf pada perlawanan akhir Cayman Islands, April lalu.

Bagi Duncalf, 28, ini adalah kegagalan kedua berturut-turut dalam usahanya menumbangkan Nicol di depan peminatnya sendiri, selepas turut tumpas pada final Terbuka Malaysia tahun lalu.

Malah, kekalahan ini membolehkan Nicol melebarkan rekod kemenangan kepada 20-2 ke atas jaguh England itu dan membawa pulang hadiah lumayan AS$$11,400 (RM34,000), Duncalf pula meraih AS$$7,800 (RM23,200).

Ia juga adalah kejuaraan Jelajah WISPA (Persatuan Pemain Profesional Wanita Antarabangsa) ketiga buat jaguh negara itu tahun ini dan yang ke-52 keseluruhan.

Malah, ini merupakan final kesembilan berturut-turut buat Nicol di Terbuka Malaysia selepas muncul naib juara 2003 dan 2004.

"Saya sangat gembira dengan permainan saya hari ini, dengan cara saya mengawal permainan meskipun diberi tentangan sengit di set kedua. Kemenangan ini lebih bermakna kerana ini kali pertama Terbuka Malaysia disenarai dalam kalendar Siri Dunia, ia kejuaraan Siri Dunia kedua saya tahun ini.

"Sokongan yang diberikan penyokong di sini sentiasa membuatkan saya bersemangat untuk mencari kemenangan," kata Nicol.

Sementara itu, dalam saingan lelaki, Gregory Gaultier mengesahkan reputasinya sebagai pilihan pertama apabila menundukkan Aamir Atlas Khan dari Pakistan untuk muncul juara hanya dalam penampilan sulung di Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kedegilan Israel paksa Palestin ke PBB

Posted:

[unable to retrieve full-text content]ISTANBUL 23 Julai - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas hari ini menyatakan Palestin terpaksa mendapatkan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk pembentukan sebuah negara baru berikutan keengganan Israel menghentikan pembinaan penempatan haram dan penjajahan.

Kedegilan Israel paksa Palestin ke PBB

Posted:

Kedegilan Israel paksa Palestin ke PBB

Kedegilan Israel paksa Palestin ke PBB

ISTANBUL 23 Julai - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas hari ini menyatakan Palestin terpaksa mendapatkan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk pembentukan sebuah negara baru berikutan keengganan Israel menghentikan pembinaan penempatan haram dan penjajahan.

"Ia bukan satu tindakan sebelah pihak. Kami terpaksa. Apa yang bersifat sebelah pihak adalah pembinaan penempatan haram Israel,'' katanya ketika berucap dalam pertemuan dengan diplomat Palestin dari seluruh dunia di sini.

Palestin akan mendapatkan sokongan PBB berhubung pembentukan sebuah negara baru pada Perhimpunan Agung PBB September ini.

Abbas berkata, rundingan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak dapat diteruskan berikutan keengganan beliau mengenai perkara asas iaitu pembentukan sempadan 1967 dan menghentikan pembinaan penempatan haram.

"Pilihan pertama, kedua dan ketiga adalah untuk pulang ke meja rundingan,'' katanya.

Beliau menambah, keputusan untuk mendapatkan sokongan PBB telah mendapat persetujuan banyak pihak termasuk pergerakan Fatah dan Hamas. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Persiapan rapi Anuar Zain

Posted:

Persiapan rapi Anuar Zain

Persiapan rapi Anuar Zain

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto NOOR AZLINA JAAFAR


Peminat adalah segala-galanya dalam karier penyanyi ini.


PENYANYI Lelaki Ini punya rancangan tersendiri untuk penambah baik dalam arena nyanyian tempatan. Buat peringkat awal, dia berhasrat untuk menghulurkan pertolongan pembangunan potensi di kalangan generasi muda.

Bagi Anuar Zain, golongan tersebut banyak mensia-siakan bakat terpendam sedangkan mereka punya banyak keistimewaan yang boleh diketengahkan secara komersial.

Tidak kira sama ada dalam bidang muzik atau mana-mana lapangan disiplin lain yang menjadi minat utama.

"Sebenarnya, saya ada merencana untuk menyertai program motivasi buat generasi muda terutama anak Melayu kita. Saya nak bagi ceramah tentang apa yang penting dalam kehidupan. Mahu mereka lebih banyak berfikir dan merancang masa depan mereka sendiri.

"Perkara ini sudah lama impikan. Perkongsian yang berasaskan kepada pengalaman hidup saya. Saya nak kongsi cerita termasuk dalam soal kerjaya dan kejayaan yang pernah dikecapi sebelum ini.

"Insya Allah, hasrat saya ini dapat memberi banyak manfaat kepada semua pihak," kata Anuar Zain baru-baru ini.

Pertemuan dilakukan selepas persembahan Up, Close and Personal With Anuar Zain di Menara Kuala Lumpur.

Persembahan eksklusif itu merupakan sebahagian daripada acara Festival Kuala Lumpur 2011 yang berlangsung sepanjang bulan Julai lalu.

Mengajukan persoalan sama ada wujud perbezaan buat dirinya selepas merangkul anugerah khas Oxford Centre for Leadership (Oxcell) di London pada 6 Jun lalu, lelaki ini dilihat tersenyum.

"Sebenarnya, ada banyak benda personal yang berlaku dalam hidup saya. Tapi saya tak nak cerita bab itu. Apa pun, anugerah yang dikurniakan kepada saya itu sememangnya banyak mengundang rezeki kepada saya.

"Pendedahan saya dalam bidang ini semakin besar dan tanpa disangka juga, perhatian yang diberikan kepada masyarakat kepada saya juga berubah," dedah lelaki ini tanpa berselindung tentang perasaannya selepas namanya mengharum di peringkat antarabangsa.

Ditanya adakah Anuar punya rencana lain bersama pihak Oxcell termasuk membentangkan soal masa depan industri hiburan tanah air di peringkat antarabangsa, lelaki ini mengiyakan.

Katanya, semua rancangan yang disenaraikan itu telah dibincangkan bersama. Sudah pasti juga Anuar teruja untuk melaksanakan tanggungjawab barunya sebagai duta kecil negara.

Dalam perkembangan berlainan, Anuar menyatakan hasrat untuk membuat konsert andai menemui penaja bersesuaian satu masa nanti.

Dedahnya, impian tersebut itu seringkali terbantut disebabkan pelbagai faktor. Apabila masih ada pihak yang menyangka dia sengaja meletakkan kos tinggi sama seperti persembahan eksklusifnya itu.

"Perkiraan untuk membuat konsert berskala besar memang sudah lama dalam agenda hidup saya. Cuma saya masih belum menemui yang bersesuaian sebab kerja untuk meyakinkan pihak penaja bukan perkara mudah.

"Minta maaf, saya pula bukan jenis yang suka untuk memaklumkan perihal kewangan melibatkan harga pentas saya ini secara terang-terangan. Bagi saya, biarlah dilakukan secara perbincangan empat mata di belakang tabir," katanya jujur.

Ditanya adakah Anuar akan menurunkan sedikit pembayaran persembahan pentas semata-mata untuk menghiburkan para peminatnya, lelaki berusia 41 tahun ini menyungging senyuman.

"Sebenarnya memang sukar untuk mengulas perkara ini. Kalau saya turunkan 'harga' saya bermakna hati saya tak ikhlas. Sebab terikat dengan macam-macam komitmen dalam persembahan terutama pasukan ahli muzik saya.

"Begitu juga dengan soal makanan dan pentas. Saya cukup prihatin. Sebab kalau boleh saya mahukan sesuatu persembahan yang boleh diingati dalam tempoh lima atau enam tahun berikutnya. Kepuasan peminat adalah matlamat saya," dedahnya yang berharap agar penjelasannya itu dapat memuaskan hati semua pihak.

Di hujung pertemuan tersebut, Anuar turut berkongsi cerita tentang album terbarunya yang bakal memuatkan lapan lagu tidak lama lagi.

Janji Anuar, produk terbaru berkenaan pasti menjanjikan satu halwa baru buat pendengar kerana menghimpunkan pakar muzik cukup berpengalaman dalam mengadunkan 'bayi' terbarunya itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dian tempah lima kamar

Posted:

Dian tempah lima kamar

Dian tempah lima kamar

AKTRES terkenal, Dian Sastrowardoyo diberitahu telah menempah lima kamar di Hosiptal YPK, Menteng, Jakarta Pusat sewaktu mahu melahirkan anak sulungnya pada Ahad lalu. Dian menempah bilik supaya keluarga, pengurus dan teman-teman rapatnya ada bersama menyambut kehadiran Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo.

"Kita tidak menganggu pesakit lain kerana tempahan sudah dibuat beberapa bulan yang lalu. Dian mahu semua mereka yang disayangi ada bersama dengannya sewaktu mahu melahirkan," kata pengurus pelakon Ada Apa Dengan Cinta, Wisnu.

Sebaik keluar dari hospital, Dian telah menggunakan pintu belakang supaya tidak dikesan oleh pihak media yang menunggunya.

Isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini tidak mahu memberi sebarang kenyataan kepada pihak media dan hanya menulis sepucuk surat bagi menjelaskan perasaan mereka setelah menjadi ibubapa.

"Kehadiran cahaya mata ini memberi semangat kepada kami berdua. Aktiviti berjalan seperti biasa, tetapi sesibuk mana sekali pun, anak perlu diutamakan," kata Dian dalam surat berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


DAP, rasuah dan bunuh diri: SPRM usah goyah

Posted:

DAP, rasuah dan bunuh diri: SPRM usah goyah

DAP, rasuah dan bunuh diri: SPRM usah goyah

Bisik-Bisik Awang Selamat

Apa pun kandungan dan rumusan laporan Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock (TBH) yang diumumkan kelmarin, semua pihak perlu berlapang dada.

Berdasarkan laporan tersebut, TBH tidak dibunuh sebagaimana yang digembar-gemburkan secara luar biasa oleh pembangkang sejak Julai 2009.

Malah ia dimanipulasi menjadi bahan sentimen perkauman yang keterlaluan. Tohmahan yang dilemparkan sudah tidak terkira banyaknya. Persoalan sebenar iaitu gejala rasuah yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tenggelam.

Masyarakat sudah diheret terlalu jauh dalam isu ini sehinggakan kita tergelincir daripada landasan sebenar. Inilah kejayaan DAP selama ini yang muslihat sebenar mahu menutup banyak kepincangan pemimpin tertentu dalam kes tersebut. Jika diamati laporan tersebut, boleh dirumuskan wujud amalan kronisme, penyelewengan dan manipulasi melibatkan kewangan.

Awang setuju dengan pandangan beberapa pihak bahawa DAP yang sepatutnya memikul tanggungjawab atas kematian TBH. Mendiang telah menyelamatkan imej DAP daripada tercemar lebih buruk.

Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang sewajarnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia, kerajaan, SPRM dan keluarga TBH. Awang berharap tiada lagi pihak mempersoalkan punca kematian TBH apatah lagi mahu terus menjadikannya perkakas politik.

Kepada SPRM, usahlah goyah jika ada kandungan laporan suruhanjaya berkenaan yang tidak disenangi dan tidak menggambarkan realiti sebenar. Awang boleh faham, proses soal siasat bukanlah sesuatu yang mudah. Di kebanyakan negara termasuk di Barat, soal siasat suspek atau saksi kes rasuah juga sentiasa terdedah kepada kritikan.

Para pegawai SPRM telah menjalankan ribuan siasatan selama ini. Satu dua insiden bukan cerminan kepada kelemahan atau kegagalan suruhanjaya itu. Awang berharap moral para pegawai dan petugas SPRM tidak akan terjejas. Langkah SPRM menggantung tugas operasi terhadap tiga pegawai yang dikatakan melakukan soal siasat agresif, membuktikan suruhanjaya itu bersikap terbuka.

Namun mereka juga perlu diberi keadilan. Apa pun, peranan mulia yang para pegawai SPRM laksanakan mesti diteruskan dengan penuh yakin, tabah dan profesional.

Tugas memerangi rasuah dan penyelewengan di mana-mana negara berdepan dengan cabaran getir. Halangan utama adalah daripada golongan korup minda yang mempolitikkan kes rasuah sebagaimana dilakukan pemimpin DAP. Pemikiran yang korup itulah yang akhirnya menjadikan SPRM sebagai kambing hitam dan mangsa politik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rapuhnya psikologi

Posted:

Rapuhnya psikologi

Rapuhnya psikologi

Bisik-Bisik Awang Selamat

Awang tidak faham mengapa perbuatan bunuh diri ketika atau selepas soal siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes rasuah menjadi isu besar.

Di banyak negara lain, tindakan memudaratkan diri sendiri bukan sesuatu yang asing dalam penyiasatan kes rasuah.

Awang pernah menulis tentang hal ini dan ingin memaparkannya semula. Pada tahun lalu, beberapa pegawai awam di China bertindak membunuh diri disebabkan kemurungan, kebanyakannya ada kaitan dengan kes rasuah. Malah ada laporan media China menyebut bahawa membunuh diri sebagai salah satu cara bagi mengelakkan lebih banyak perkara terdedah dan bagi melindungi maruah keluarga.

Di Taiwan, saksi utama perbicaraan kes rasuah isteri bekas Presiden Taiwan, Chen Sui-bian bertindak membunuh diri hanya sejam selepas memberi keterangan pada Disember 2008.

Di Jepun, beberapa pegawai kanan awam dan anggota parti LDP membunuh diri ketika siasatan satu skandal rasuah yang hangat diperkatakan pada 1989.

Di Filipina, bekas panglima tentera, Jeneral (B) Angelo Reyes membunuh diri ketika siasatan satu skandal rasuah dan penyelewengan dana tentera. Banyak lagi kes membunuh diri atau cuba membunuh diri apabila perbuatan atau kegiatan mereka diketahui mahupun disiasat oleh pihak berkuasa pencegahan rasuah dan polis.

Apatah lagi jika ia melibatkan kartel, yang situasinya lebih kompleks. Meskipun kebanyakan kes itu tidak melibatkan kematian di premis pihak berkuasa, isunya tetap sama iaitu tertuduh atau saksi yang malu, tertekan dan murung mengambil jalan keluar sendiri.

Ada kes orang yang membunuh diri tidak mahu mengkhianati ketua atau organisasi mereka. Beberapa pakar termasuk Dr. Alex Lickerman dari University of Chicago dan kolumnis majalah Psychology Today melihat kebanyakan kes tersebut berpunca daripada kerapuhan psikologi individu.

Di Malaysia, kes bunuh diri semakin meningkat termasuk daripada kalangan orang muda dan remaja. Konflik emosi yang tidak mampu dikawal adalah penyakit generasi muda hari ini.

Awang sekadar ingin menyebut salah satu daripada sekian banyak kes. Baru-baru ini, seorang pelajar lelaki tingkatan enam sebuah sekolah menengah kebangsaan Cina bertindak terjun bangunan dan mati selepas menerima nasihat daripada guru kaunseling.

Kisah sedih itu berlaku selepas terdapat aduan bahawa dia cuba menganggu seorang pelajar perempuan. Pelajar yang mati itu juga punya masa depan yang cerah dan keluarganya kehilangan harta yang paling bernilai - anak. Tetapi dalam menggarap persoalan bunuh diri ini, apakah guru kaunseling itu yang mahu dipersalahkan?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Alam pelik penggila buku

Posted:

Alam pelik penggila buku

Alam pelik penggila buku

Oleh Hafizahril Hamid


SEBUAH kedai buku yang dihias dengan penuh kreatif mampu menarik pembaca dari pelbagai golongan dan latar belakang.


BUKU walau apa pun isi kandungannya sedikit sebanyak ia umpama pengetahuan yang perlu di baca sehingga habis untuk mendapat manfaatnya.

Walau apa pun genrenya dari novel ke falsafah, agama, ekonomi, sastera dan pelbagai lagi, tidak dinafikan ilmu yang diperolehi begitu besar sehingga ia mampu mengubah dunia. Malah ada yang menggelar buku adalah kuasa.

Sesungguhnya jasa buku terlalu banyak dalam kehidupan manusia sehinggakan tidak keterlaluan untuk menyatakan kehidupan kita sekarang ini yang jauh lebih baik berbanding 5, 50, 500 atau mungkin 5000 tahun dahulu adalah hasil usaha dari buku-buku yang dihasilkan manusia sendiri.

Bersesuaian dengan perubahan zaman, kita sendiri boleh menyaksikan bahawa semakin banyak buku yang dihasilkan maka semakin maju tamadun manusia.

Maka seharusnya semakin maju tamadun itu pastinya semakin bijak atau cerdik manusia itu sendiri. Namun bagaimana manusia itu menggunakan kebijaksanaan itu adalah satu perkara lain kerana kebijaksanaan itu tidak membawa maksud mereka tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun dari satu sudut, terdapat juga buku yang nilainya hanya layak dicampak ke tong sampah kerana isi kandungannya yang keterlaluan sifatnya seperti pengisahan kisah lucah, pornografi, pembohongan dan pelbagai lagi.

Namun secara umumnya terlalu banyak buku yang mempunyai nilai dan faedah yang tinggi pengetahuannya, yang mampu membuka minda dan kepompong pemikiran kita ke arah yang lebih baik.

Jadi secara umumnya, manusia itu akan berkelakuan lebih baik dan berhemah jika mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi hasil dari pembacaan buku yang pelbagai.

Impak

Namun bagaimana pula maknanya menjadi seorang penggila buku. Sama ada kita sedar atau tidak sejak abad ke 19 dan kini memasuki abad ke 20 terlalu banyak impak yang memberi signifikan nyata melalui ilmu pengetahuan yang diperoleh dari buku-buku yang dihasilkan.

Seharusnya kita perlu berterima kasih kepada para penggila buku iaitu mereka yang begitu ghairah membaca, mengumpul dan kemudian menghasilkan pelbagai buku yang akhirnya bertanggungjawab membina dunia yang wujud sekarang.

Alasannya mudah kerana melalui pembacaan selain pembelajaran, maka seseorang akan cuba mencari kebenaran, maka beliau perlu lebih lagi membaca dan akhirnya akan menulis pula buku mengenai kebenaran yang dijumpainya.

Berkembang

Sebagai contoh bagi mereka yang gemar membaca buku mengenai perundangan atau ekonomi. Sudah terlalu banyak buku mengenai dua bidang ini ditulis dan ia akan berterusan ditulis mungkin sehingga kiamat.

Rata-rata mereka yang menulis mengenai perkara ini pernah membaca karya penulis lain dan ia semakin berkembang melalui pemahaman yang diperolehi.

Namun tidak ada satu pun buku yang boleh kita tafsirkan sebagai paling betul kerana ia akhirnya dinilai berdasarkan kesesuaian dan kehendak. Paling tidak pun ia membantu kita dalam beberapa urusan yang berkaitan namun seperti mana ilmu itu sendiri ia akan senantiasa berkembang tanpa ada batasan.

Dalam memperihalkan mengenai kaki buku, mereka ini boleh kita katakan antara insan terpilih kerana bukan semua di antara kita mampu untuk menjadi seperti mereka.

Bayangkan mereka ini umpama perpustakaan bergerak kerana hampir semua persoalan mampu dijawab secara spontan tanpa perlu dirujuk pada mana-mana buku dan orang tertentu terlebih dahulu.

Bibliomania

Namun menurut definisi Barat, kaki buku atau digelar sebagai bibliophilia yang maksudnya gemar membaca, mengagumi dan mengumpul buku.

Namun jangan tersilap antara bibliophilia dan bibliomania kerana maksud perkataan ini lebih kepada penyakit dihidapi seseorang yang begitu menggilai buku secara keterlaluan sehingga mungkin boleh membahayakan diri dan orang lain.

Walaupun sukar untuk kita menerimanya namun menurut Dr. John Ferriar yang mengkaji bidang ini, secara psikologinya mereka ini tidak merbahaya tetapi mungkin boleh bertindak di luar batasan jika buku yang dimahukan terpaksa direbut dengan orang lain.

Selain bibliomania terdapat beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan gila buku antaranya bibliophagy yang dikaitkan dengan seseorang yang sanggup makan buku, bibliokleptomania iaitu seseorang yang mencuri buku secara kerap dan bibliotaphy yang berkaitan dengan kegilaan seseorang yang sanggup menanam buku.

Penyakit

Antara mereka yang pernah dikaitkan dengan penyakit-penyakit di atas adalah Stephen Carrie Blumberg yang pernah ditangkap kerana memiliki buku curi sebanyak 23,600 naskah.

Lebih hebat lagi buku-buku ini dicuri di lebih 268 muzium dan universiti di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada dan hampir kesemuanya adalah koleksi buku yang sangat jarang dilihat dan begitu berharga.

Blumberg yang ditahan pada 1990 telah dijatuhkan hukuman penjara 71 bulan dan denda AS$200,000 (RM600,000). Lebih mengagumkan nilai buku yang dicurinya mencecah AS$5.3 juta (RM15.9 juta) dan dianggap sebagai kecurian buku paling besar dalam sejarah dunia.

Satu lagi contoh bibliomania adalah Sir Thomas Phillipps (1792 - 1872) yang memiliki lebih 160,000 koleksi buku dan manuskrip. Berasal dari keturunan bangsawan namun akhirnya beliau sekeluarga terpaksa hidup berhutang keliling pinggang kerana terlalu gilakan buku-buku lama.

Termuda

Dunia pernah dikejutkan apabila seorang wanita berusia 18 tahun telah mencipta sejarah sebagai profesor termuda dunia pada 2008. Alia Sabur yang berasal dari New York dilantik menjadi profesor matematik di Universiti Konkuk di Seoul, Korea Selatan tetapi hanya kekal di sana selama setahun.

Namun satu perkara menarik tentang beliau adalah kegilaannya membaca sejak dari kecil malah dikatakan mula membaca sejak berusia lapan bulan! Alia mengakui gemar membaca namun lebih meminati bidang matematik sejak kecil. Selain mempunyai wajah yang jelita beliau juga berjaya memperoleh tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri Tae Kwan Do hanya pada usia lapan tahun.

Kegilaan

Antara nama-nama besar lain yang dikenali dengan kegilaan mereka terhadap buku adalah bekas Presiden AS seperti Thomas Jefferson, ahli falsafah terkenal Adam Smith, bekas Perdana Menteri United Kingdom William Ewart Gladstone dan pencipta watak James Bond, Ian Fleming, sekadar menyebut beberapa nama.

Selain itu terdapat juga kelab bagi mereka yang gilakan buku seperti Oxford University Society of Bibliophiles yang ditubuhkan pada 1950, Caxton Club yang diasaskan pada 1895 di Chicago, The Club of Odd Volumes yang diasaskan pada 1887 di Boston dan Grolier Club yang ditubuhkan pada 1884 di New York City.

Namun bersesuaian dengan zaman, mungkin buku akan hanya tinggal naskah lusuh tetapi mempunyai nilai tinggi dan berharga dengan kehadiran gajet buku canggih seperti eBooks, iPad dan kindle.

Namun waima apa pun kegilaan terhadap buku ini tidak akan mati tanpa mengira zaman walaupun ia sekadar peralatan canggih yang berfungsi di hujung jari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jiwa kental Mek Habsah

Posted:

Jiwa kental Mek Habsah

Jiwa kental Mek Habsah

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Selepas arwah anaknya, Rosmaini meninggal dunia tahun 1996, Mek Habsah mula meninggalkan dunia seni perlahan-lahan.

Baginya, pada usia 40 tahun, dia perlu berehat dan bersara daripada menyanyi atau berlakon.

"Namun ujian Tuhan itu sangat besar. Kesihatan Mek mula merosot. Kandang-kadang hiba rasa hati, mana taknya, masa sihat dulu kita tidak ingat untuk menjalankan ibadat. Sekarang bila kita mahu berubah, macam-macam penyakit datang. Namun Mek bersyukur kerana masih berpeluang mendekatkan diri kepada-Nya," cerita Mek atau nama sebenarnya Habsah Bakar, 55.

14 tahun lalu, Mek Habsah pernah mengharungi saat genting apabila lebih 10 kali masuk keluar wad kerana menghidap penyakit kerosakan paru-paru sejak 1997.

"Mek ketika itu menerima rawatan di Institut Penyelidikan Respiratori (IPR), Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Dulu tempat itu dikenali sebagai Hospital TB. Mek mneghidap bronket tesis pneumonia iaitu kerosakan paru- paru akibat jangkitan kuman. Sejak tahun 1997 hinggalah sekarang, Mek masih lagi diserang penyakit yang sama," ujarnya yang kini bertugas sebagai pembantu khas di Jabatan Kerja Raya (JKR), Kuala Lumpur.

Dengan bantuan ubat dan pemeriksaan kesihatan secara berterusan, penyakit paru-paru Mek Habsah dapat dikawal dengan kurang melakukan kerja berat.

"Jika ikutkan, Mek perlu menggunakan bantuan pernafasan oksigen selama 16 jam sehari. Keadaan menjadi lebih teruk apabila jantung tidak kuat mengepam darah dan menyebabkan kaki Mek bengkak. Ini menyebabkan Mek mengalami masalah untuk membuang air kencing secara normal. Jika keadaan ini berlaku, Mek akan ditahan di wad dan doktor terpaksa mengeluarkan air kencing menggunakan tiub saluran air kencing," ceritanya.

Sakit sendi

Menjangkau usia 50-an, lain pula sakit yang menyerang Mek Habsah.

Selain kepayahan menaiki tangga, Mek Habsah sukar berjalan mahupun berdiri lama.

Paling menyentuh perasaan Mek Habsah, dia tidak boleh bersolat seperti biasa tetapi perlu dibantu dengan kerusi atau solat sambil duduk.

"Doktor memberitahu, penyakit ini memang biasa menyerang orang tua seperti Mek. Sudah empat tahun Mek menderita sakit ini. Alhamdulillah selepas mencuba IZ Wellin, sakit Mek semakin berkurangan. Kini Mek boleh menaiki tangga dan jika melakukan solat sunat dua rakaat, Mek boleh melakukan secara normal," katanya yang bersyukur kerana dapat menunaikan haji dan umrah bersama suami, Rahamis Hamid walaupun ada kekangan kesihatan dirinya.

Menurut Mek Habsah, suplemen ini membantu memberi isian (kartillage) kepada sendi agar tulang tidak bergesel.

Mulanya, Mek Habsah menghubungi pengeluar IZ Wellin iaitu ZZ Beauty sebagai pengguna biasa dan sejak itu dia diambil sebagai testimoni suplemen ini sejak dua bulan lalu.

"Jika dahulu saya akan memakan ubat tahan sakit untuk mengurangkan rasa sakit sendi lutut saya. Kini 90 peratus sakit lutut kanan saya berkurangan dan kiri masih dalam proses baik pulih kerana ia memang berada tahap kronik sejak dulu lagi," luahnya.

Dalam pada itu, Mek Habsah juga sibuk menguruskan kedai makannya di Medan Selera, Taman Sri Gombak Ria ,Selangor dan melakukan perkhidmatan spa secara kecil-kecilan di rumah.

"Mek bersyukur dikelilingi orang-orang yang banyak memberi sokongan. Suami dan keluarga sentiasa berada di sisi Mek. Manakala majikan sentiasa memahami keadaan Mek. Mek juga berterima kasih kepada pihak ZZ Beauty yang memberi peluang kepada saya mencuba suplemen IZ Wellin dan kolagen tulen mereka," katanya yang berpantang makan seperti kekacang untuk mengelak daripada ghaut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


RM257,000 dirampas

Posted:

RM257,000 dirampas

RM257,000 dirampas

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Julai - Polis Daerah Ampang Jaya berjaya menumpaskan sindiket penipuan melibatkan pemindahan wang selepas menahan tiga lelaki dan merampas wang tunai sebanyak RM257,000 pada 15 Julai lalu.

Kejayaan itu diperoleh selepas seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus syarikat membuat laporan polis mendakwa ditipu sebanyak RM340,000 oleh sindiket berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa yang berusia 34 tahun pada mulanya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa daripada sebuah bank.

Menurutnya, nombor telefon yang digunakan sindiket itu hampir sama dengan nombor telefon Bank Negara Malaysia.

"Pemanggil itu memaklumkan kepada mangsa bahawa dia telah menjadi mangsa penipuan kad kredit, sebelum menyambung panggilan kepada seorang wanita yang kononnya pegawai bank negara.

"Pegawai bank negara itu pula menyambung panggilan tersebut kepada lelaki yang didakwa seorang pegawai polis dan ketika itu mangsa diminta memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan oleh sindiket itu jika ingin membuat transaksi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, berikutan itu mangsa bertindak memindahkan sebanyak RM340,000 ke dalam akaun sindiket tersebut.

Katanya, kesemua penipuan itu dilakukan melalui satu panggilan dan mangsa juga tidak dibenarkan memutuskan panggilan serta dinasihatkan tidak memberitahu sesiapa.

Amiruddin memberitahu, hasil siasatan, polis berjaya menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 27 tahun selain merampas 27 keping kad bank dan 15 buah buku bank.

Jelasnya, suspek dikesan memiliki rekod lampau berhubung jenayah penipuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Gerakan fahaman komunis kumpulan sesat – Rais

Posted:

Gerakan fahaman komunis kumpulan sesat – Rais

Gerakan fahaman komunis kumpulan sesat – Rais

KUALA LUMPUR 23 Julai – Sebarang gerakan yang cuba menghidupkan kembali fahaman komunis di negara ini adalah tergolong dalam kumpulan yang sesat dan tidak perlu dilayan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata tiada sebab untuk kumpulan itu mendapat layanan istimewa kerana gerakan tersebut termasuk Parti Komunis Malaya (PKM) sememangnya telah lama diharamkan.

"Barangkali mereka tak faham sejarah atau fakta berkaitan darurat yang diisytiharkan di negara ini sejak 1948 hingga 1960. Mungkin kita perlu berikan 'kursus' kepada orang seperti ini.

"Siapa yang bertanggungjawab terhadap kematian lebih 22,000 rakyat negara ini? Itu belum termasuk mereka yang putus kaki, dicela matanya, perutnya ditimpa dengan balak serta ditembak sewaktu berada dalam bas," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) ke-35 di Hotel Kuala Lumpur International di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Bekas Polis (PBPM), Shafie Bakri; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Tan Sri Khalid Ramli serta Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abd. Ghani.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan 200 netbook sumbangan kementerian kepada ahli keluarga anggota PBPM selain RM40,000 untuk kegunaan persatuan.

Rais menambah, adalah penting untuk kerajaan memastikan bahawa usaha menentang gerakan menghidupkan kembali amalan itu dilakukan secara menyeluruh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penjual aksesori ditahan edar dadah

Posted:

Penjual aksesori ditahan edar dadah

Penjual aksesori ditahan edar dadah

KUALA LUMPUR 23 Julai - Tindakan dua lelaki mengedar dadah ketika menjual aksesori kereta terbongkar selepas polis menemui sejumlah dadah di dalam rumah mereka di Taman Maju Jaya, Ampang dekat sini kelmarin.

Suspek berusia 24 dan 21 tahun itu sebelum ini dipercayai mengedar dadah ketika menjual aksesori kereta kepada orang ramai di tempat awam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, hasil maklumat awam, polis bertindak membuat intipan terhadap rumah suspek.

"Selepas melihat dua suspek keluar dan masuk ke dalam sebuah kereta, anggota dan pegawai yang membuat intipan menyerbu kenderaan itu.

"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut, polis menemui sebungkus dadah jenis ketamin dianggar seberat 462 gram dan beberapa peket kecil dadah jenis sama dan syabu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau itu kemudian ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, kesemua dadah yang dirampas dianggar bernilai hampir RM200,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


BTS meriah dengan fesyen

Posted:

BTS meriah dengan fesyen

BTS meriah dengan fesyen

Oleh ZUHAYATI YAZID
pengarang@utusan.com.my


WARNA terang dan gaya santai gaun atas lutut antara yang diperagakan pada Malam Gala BTS di ibu negara baru-baru ini.


HEBAT dan mempersonakan. Meriah dengan pelbagai jenis aneka fesyen. Mungkin itu gambaran yang sesuai bagi menggambarkan Malam Gala sempena pertunjukan fesyen Bold, Trendy and Stylish (BTS) yang diadakan di ruang utama, pusat beli belah Times Square di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menghimpunkan lebih 17 jenis jenama terkenal membuatkan mata terpesona dengan kehebatan yang ditonjolkan melalui pertunjukan itu.

Majlis itu bagi meraikan para pelanggan yang kini menikmati potongan harga sehingga 31 Ogos ini.

Peragaan fesyen dimulakan dengan koleksi Bossini yang menampilkan baju-baju kasual yang dipadankan dengan beg tangan membuatkan si pemakai kelihatan ringkas bersahaja.

Begitu juga dengan koleksi terbaru Carlo Rino, tidak ketinggalan menampilkan himpunan koleksi beg tangan serta kasut menawan dan menambat hati.

Jenama yang terkenal dengan kualiti pembuatan beg kulit, kasut, dompet dan aksesori lain itu cuba menakluk hati penggemar fesyen terutama golongan muda dengan rekaan inovatif dan lebih eksklusif.

Koleksi terbaru itu didatangkan dalam warna ceria mengikut aliran cita rasa fesyen terkini.

Bagi setiap pemilihan fesyen-fesyen warna tropikal yang terang dan bercetak bunga-bungaan, koleksi Tropicana Life mempamerkan rekaan longgar santai sesuai untuk anak muda yang mementingkan gaya dan personaliti digabungkan dengan warna terang dan aksesori ringkas menyempurnakan lagi penampilan.

Bagi jenama Bossini, menampilkan baju-baju ringkas membuatkan kelihatan ringkas kepada si pemakai tidak kira untuk lelaki mahupun untuk wanita.

Semuanya kelihatan ringkas tetapi masih dilihat tetap bergaya.

Bagi si jejaka dengan pentingkan gaya kemas, licin dan ringkas. Memadai dengan baju T jenama polo yang dipadan dengan seluar paras lutut daripada fabrik benang kapas untuk gaya santai.

Koleksi ini menawarkan rekaan yang ringkas yang sesuai untuk dipadankan pada minggu yang kelihatan relaks dan santai.

Untuk koleksi yang lebih bergaya, Kitschen tidak ketinggalan memberi yang terbaik kepada peminatnya.

Selain mengetengahkan rekaan pakaian kasual yang tampak lebih anggun, ia turut mengutamakan keselesaan kepada si pemakai.

Bukan hanya menepati tema, rekaan Michelle kali ini menumpukan gabungan dua unsur iaitu dengan rona segar dan memikat serta warna-warna terang dan ceria yang tidak keterlaluan.

Selain menggunakan fabrik kapas dan linen yang lebih ringan dan selesa, ia juga mampu mengubah gaya daripada formal kepada kasual ataupun santai dan menyeronokkan.

Sebagai pencetus aliran dalam gaya mewah, sungguhpun polos menjadi inti pati koleksi, padanan rona yang tepat mampu membangkitkan gaya hebat si gadis.

Tampak ringkas dan sesuai dengan gadis bertubuh tinggi lampai, gaun polos paras lutut misalnya, bukan sahaja sesuai untuk ke majlis rasmi malah ia kelihatan menyerlah jika di gaya ke majlis minum petang.

Bagi mereka yang berani dan mahukan kelainan, gaun paras lutut himpunan kali ini mengetengahkan fabrik bermotif abstrak yang pasti mampu menaikkan seri si pemakai apatah lagi jika bijak menyesuaikan solekan dan majlis dihadiri.

Sehalus buatannya, Michelle bukan menjanjikan kemewahan semata-mata sebaliknya kepuasan si gadis dalam bergaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Rumah baru menjelang Ramadan

Posted:

Rumah baru menjelang Ramadan

Rumah baru menjelang Ramadan

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


ABDUL Ghani Othman bergambar bersama Mohd. Puad Zarkashi (tiga dari kanan) dan masyarakat Orang Asli di hadapan sebuah rumah baru di Desa Sri Banang, Batu Pahat, kelmarin.


BATU PAHAT 22 Julai - Kira-kira 70 keluarga Orang Asli di Kampung Desa Sri Banang, Minyak Beku, di sini akan menerima kunci rumah baru sebelum Ramadan ini.

Mereka telah memperjuangkan untuk mendapat penempatan baru itu sejak 50 tahun dulu ekoran kampung asal yang terletak berhampiran pantai sering dinaiki air terutamanya ketika air pasang.

Masyarakat Orang Asli itu terdiri daripada penduduk di Kampung Teluk, Kampung Pantai dan Kampung Punjut yang terdedah kepada hakisan pantai menyebabkan semakin lama, rumah mereka semakin dekat dengan pantai.

Atas inisiatif Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, projek penempatan baru di Sri Banang dilaksanakan bermula September 2009 dan akhirnya siap pada Mei tahun ini, tetapi penduduk masih tidak dapat memasuki rumah itu kerana tidak dilengkapi bekalan air dan elektrik.

Utusan Malaysia baru-baru ini menyiarkan kekeliruan tentang pihak mana iaitu antara Orang Asli dan pemaju yang perlu membayar deposit utiliti bekalan air dan api menyebabkan penduduk masih tidak dapat memasuki rumah baru itu.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Negara yang mewakili masyarakat Orang Asli, Senator Muhammad Olian Abdullah yang melawat penempatan baru itu baru-baru ini, memberi jaminan bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memperuntukkan RM100,000 untuk mengatasi masalah itu.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman memberi jaminan, masyarakat Orang Asli akan menerima kunci rumah itu minggu depan.

"Semua sudah siap termasuk bekalan air dan elektrik juga sudah ada. Cuma tinggal serah kunci sahaja sebelum Ramadan iaitu pada minggu depan," katanya semasa lawatan kerja ke Parlimen Batu Pahat di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Ja'affar Hashim dan ADUN Rengit, Ayub Jamil dan ADUN Penggaram, Datuk Koh Chee Chai.

Penempatan baru di Kampung Desa Sri Banang itu mengandungi 100 unit rumah di tanah seluas 14.5 hektar itu menelan belanja kira-kira RM8.4 juta.

Sementara itu, seorang penduduk Orang Asli dari Kampung Teluk, Yatimah Dan, 49, berkata, jaminan diberikan itu menyebabkan dia sekeluarga tidak sabar untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri di rumah baru itu.

"Dua tahun dulu, cucu saya yang berumur setahun mati lemas ketika bermain di pantai yang terlalu dekat dengan rumah kami. Waktu itu ibunya sibuk memasak dan sejak itu kami bimbang keselamatan anak-anak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Klinik bergerak golongan miskin

Posted:

Klinik bergerak golongan miskin

Klinik bergerak golongan miskin

JOHOR BAHRU 22 Julai - Persatuan Kebajikan Xing Jun Johor melancarkan klinik bergerak khusus untuk membantu memberi rawatan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dan sekitarnya secara percuma.

Klinik itu yang beroperasi dalam sebuah bas yang diubah suai menjadi klinik, dibuka setiap Sabtu dan Ahad bermula pukul 9 hingga 11 pagi, 2 hingga 4 petang dan 7 hingga 9 malam.

Pengerusi persatuan itu, Albert Lee berkata, klinik tersebut menawarkan khidmat dan rawatan alternatif dengan menggunakan perubatan tradisional berasaskan herba.

"Antara rawatan dan ubat yang akan diberi adalah untuk penyakit strok, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Kita sediakan 20 doktor sukarelawan tetapi pada satu hari hanya dua doktor yang akan bertugas.

"Rawatan ini kita sasarkan kepada mereka yang berpendapatan rendah di kampung dan flat," katanya selepas perasmian klinik itu di Taman Puteri Wangsa baru-baru ini oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Turut hadir ADUN Stulang, Mok Chek Hou dan Penasihat persatuan tersebut, Brian Tan Chong Beng.

Albert berkata, klinik bergerak menelan kos RM320,000 dan rawatan itu bukan sahaja untuk kaum Cina tetapi semua lapisan masyarakat bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang biasanya kurang mampu mendapatkan rawatan alternatif.

Sementara itu, Abdul Halim berharap klinik tersebut dapat ditambah pada masa hadapan dan beroperasi ke beberapa kawasan lain dan bukan sahaja di kawasan Puteri Wangsa.

Pada majlis itu, beliau yang mewakili Menteri Besar turut menyerahkan replika cek RM300,000 sumbangan kerajaan negeri kepada persatuan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved