Sabtu, 23 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


RM257,000 dirampas

Posted:

RM257,000 dirampas

RM257,000 dirampas

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Julai - Polis Daerah Ampang Jaya berjaya menumpaskan sindiket penipuan melibatkan pemindahan wang selepas menahan tiga lelaki dan merampas wang tunai sebanyak RM257,000 pada 15 Julai lalu.

Kejayaan itu diperoleh selepas seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus syarikat membuat laporan polis mendakwa ditipu sebanyak RM340,000 oleh sindiket berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa yang berusia 34 tahun pada mulanya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa daripada sebuah bank.

Menurutnya, nombor telefon yang digunakan sindiket itu hampir sama dengan nombor telefon Bank Negara Malaysia.

"Pemanggil itu memaklumkan kepada mangsa bahawa dia telah menjadi mangsa penipuan kad kredit, sebelum menyambung panggilan kepada seorang wanita yang kononnya pegawai bank negara.

"Pegawai bank negara itu pula menyambung panggilan tersebut kepada lelaki yang didakwa seorang pegawai polis dan ketika itu mangsa diminta memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan oleh sindiket itu jika ingin membuat transaksi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, berikutan itu mangsa bertindak memindahkan sebanyak RM340,000 ke dalam akaun sindiket tersebut.

Katanya, kesemua penipuan itu dilakukan melalui satu panggilan dan mangsa juga tidak dibenarkan memutuskan panggilan serta dinasihatkan tidak memberitahu sesiapa.

Amiruddin memberitahu, hasil siasatan, polis berjaya menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 27 tahun selain merampas 27 keping kad bank dan 15 buah buku bank.

Jelasnya, suspek dikesan memiliki rekod lampau berhubung jenayah penipuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Gerakan fahaman komunis kumpulan sesat – Rais

Posted:

Gerakan fahaman komunis kumpulan sesat – Rais

Gerakan fahaman komunis kumpulan sesat – Rais

KUALA LUMPUR 23 Julai – Sebarang gerakan yang cuba menghidupkan kembali fahaman komunis di negara ini adalah tergolong dalam kumpulan yang sesat dan tidak perlu dilayan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata tiada sebab untuk kumpulan itu mendapat layanan istimewa kerana gerakan tersebut termasuk Parti Komunis Malaya (PKM) sememangnya telah lama diharamkan.

"Barangkali mereka tak faham sejarah atau fakta berkaitan darurat yang diisytiharkan di negara ini sejak 1948 hingga 1960. Mungkin kita perlu berikan 'kursus' kepada orang seperti ini.

"Siapa yang bertanggungjawab terhadap kematian lebih 22,000 rakyat negara ini? Itu belum termasuk mereka yang putus kaki, dicela matanya, perutnya ditimpa dengan balak serta ditembak sewaktu berada dalam bas," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) ke-35 di Hotel Kuala Lumpur International di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Bekas Polis (PBPM), Shafie Bakri; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Tan Sri Khalid Ramli serta Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abd. Ghani.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan 200 netbook sumbangan kementerian kepada ahli keluarga anggota PBPM selain RM40,000 untuk kegunaan persatuan.

Rais menambah, adalah penting untuk kerajaan memastikan bahawa usaha menentang gerakan menghidupkan kembali amalan itu dilakukan secara menyeluruh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penjual aksesori ditahan edar dadah

Posted:

Penjual aksesori ditahan edar dadah

Penjual aksesori ditahan edar dadah

KUALA LUMPUR 23 Julai - Tindakan dua lelaki mengedar dadah ketika menjual aksesori kereta terbongkar selepas polis menemui sejumlah dadah di dalam rumah mereka di Taman Maju Jaya, Ampang dekat sini kelmarin.

Suspek berusia 24 dan 21 tahun itu sebelum ini dipercayai mengedar dadah ketika menjual aksesori kereta kepada orang ramai di tempat awam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, hasil maklumat awam, polis bertindak membuat intipan terhadap rumah suspek.

"Selepas melihat dua suspek keluar dan masuk ke dalam sebuah kereta, anggota dan pegawai yang membuat intipan menyerbu kenderaan itu.

"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut, polis menemui sebungkus dadah jenis ketamin dianggar seberat 462 gram dan beberapa peket kecil dadah jenis sama dan syabu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau itu kemudian ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, kesemua dadah yang dirampas dianggar bernilai hampir RM200,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved