Sabtu, 23 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Tiga siswi jual komputer riba curi

Posted:

Tiga siswi jual komputer riba curi

Tiga siswi jual komputer riba curi

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my

TELOK KEMANG 22 Julai – Tiga siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor ditahan polis selepas menjual dua komputer riba yang dicuri kepada rakan universiti mereka.

Selain mereka, polis turut menahan tujuh remaja lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun kerana menyamun komputer riba tersebut daripada seorang pelajar politeknik berusia 20 tahun dan seorang lelaki Indonesia berusia 23 tahun yang bekerja di sebuah kopitiam di Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, pada mulanya, kesemua remaja itu disyaki menyamun mangsa di zon wifi di Kilometer 6, Jalan Pantai dekat sini pada awal pagi Selasa lalu.

"Suspek dikatakan menyamun remaja Indonesia itu pada kira-kira pukul 3.30 pagi sebelum kembali semula ke tempat yang sama dua jam kemudian untuk menyamun pelajar politeknik berkenaan.

"Salah seorang suspek kemudian menyerahkan dua komputer riba itu kepada kakaknya untuk dijual," katanya.

Menurutnya, enam remaja berkenaan yang tidak bersekolah dan berasal dari sekitar daerah ini ditahan kelmarin di beberapa lokasi di sini manakala mahasiswi berkenaan yang berusia antara 20 hingga 22 tahun ditahan di universiti tersebut pada hari yang sama.

Katanya, mereka dikatakan menjual barangan berkenaan kepada rakan di universiti tersebut pada harga antara RM650 dan RM800.

Baljeet berkata, semua siswi tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara para remaja itu ditahan reman sehingga Rabu depan.

Siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

FAMA sasar jualan buah RM4 juta akhir tahun

Posted:

FAMA sasar jualan buah RM4 juta akhir tahun

FAMA sasar jualan buah RM4 juta akhir tahun

MELAKA 22 Julai - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri yakin mampu mencapai sasaran jualan sehingga RM4 juta menjelang akhir tahun ini menerusi program Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) yang dijalankan.

Pengarahnya, Mohd. Nawi Othman berkata, dalam tempoh dari Januari hingga Jun lalu, FAMA berjaya mencapai jualan sebanyak RM1.9 juta dan yakin angka itu mampu meningkat sekali ganda menjelang hujung tahun ini.

Beliau berkata, antara faktor penentu ialah peningkatan tahap bekalan yang dikatakan begitu konsisten di samping jumlah pertambahan kehadiran pelancong ke Melaka tahun ini.

"Apa yang jelas, saya lihat tahun ini pengeluaran buah-buahan bermusim begitu banyak berbanding tahun sebelumnya," katanya pada sidang akhbar Karnival Jualan Buah-Buahan Bermusim dan Produk Makanan Peringkat Negeri Melaka di Pejabat FAMA negeri di sini kelmarin.

Menurutnya, karnival yang dijalankan selama dua hari bermula Sabtu ini akan diadakan di Tapak Pasar Tani Klebang, Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang di sini.

"FAMA menyediakan sebanyak 71 lot ruang niaga dengan penyertaan 55 usahawan pasar tani, enam usahawan gerai buah-buahan segar dan 10 usahawan industri asas tani.

"Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan termasuk cabutan bertuah untuk pengunjung, sukaneka kanak-kanak dan dewasa dan lebih menarik turut diadakan pertandingan makan buah," katanya.

Program akan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

97 pelatih PLKN berbakti di kawasan Felda

Posted:

97 pelatih PLKN berbakti di kawasan Felda

97 pelatih PLKN berbakti di kawasan Felda

JEMPOL 22 Julai - Seramai 97 orang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem De Bana, didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan di Felda Gugusan Palong Dua, dekat sini, baru-baru ini.

Komandan Kem, Mejar Zainal Ishak berkata, aktiviti yang dijalankan itu merupakan sebahagian pengisian modul khidmat dalam program itu.

''Kita mahu pelatih PLKN sentiasa peka dan mendekati masyarakat supaya mereka dapat mengetahui budaya dan adat resam, selain menghormati mereka yang lebih dewasa," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, program itu boleh menjadikan pelatih PLKN hidup lebih matang dan pada masa yang sama membina jati diri untuk berbakti kepada rakyat dan negara.

Sementara itu, seorang pelatih, Nurul Izati Abd. Razak, 18, gembira kerana dapat menyertai aktiviti sebegini, lebih-lebih lagi mendekatkan diri dengan masyarakat desa.

''Saya teruja apabila diberitahu untuk menjalankan aktiviti masyarakat. Terus sahaja saya terlihat kerja membersihkan longkang, mengecat bangunan, gotong-royong dan sebagainya. Ia menyeronokkan," katanya.

Rakannya, David Kek Soon Heng 18, pula teruja apabila berpeluang ke perkampungan Felda.

''Ini kali pertama saya memasuki kawasan Felda. Saya menggambarkan ia sebuah perkampungan kecil dan tidak tersusun.

''Rupa-rupanya saya silap. Bila berada di sini, barulah saya tahu bertapa cantiknya kawasan perkampungan Felda ini. Tiada lagi kemiskinan di tanah rancangan ini," katanya.

Kata Soon Heng, aktiviti itu dapat mengikis sikap ego dan mementingkan diri sendiri kerana kita dibawa menghayati budaya dan corak kehidupan berbeza tidak seperti di bandar.

''Saya dapat banyak pengetahuan, kenalan baru di Felda selain bersama masyarakat di sini.

''Perlu saya nyatakan, program PLKN ini amat berkesan. Kami diajar berdisiplin, hormat-menghormati antara satu sama lain dan paling utama, terhindar daripada gejala tidak sihat," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved