Sabtu, 23 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Hormati agama lain - Najib

Posted:

Hormati agama lain - Najib

Hormati agama lain - Najib

Oleh ZULKIFLI JALIL dan HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak diiringi Muhyiddin Yassin disambut rakyat sekembalinya dari lawatan kerja ke negara Eropah di KLIA, Sepang, semalam.


SEPANG 22 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, para penganut satu-satu agama di negara ini harus terlebih dahulu menghormati agama lain sebelum mereka ingin juga dihormati.

Mesej itu disampaikan Perdana Menteri ketika berucap di hadapan lebih 2,000 orang hari ini yang menyambut kepulangan beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah melakukan lawatan kerja ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali.

"Kita mahu beritahu rakan-rakan kita, penganut Kristian di Malaysia... kalau mereka menghormati kita, kita juga menghormati mereka. Inilah kerajaan kita... kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Inilah mesej kita. Islam adalah agama yang adil pada semua. Islam itu cantik. Islam itu tinggi. Islam itu murni. Islam itu mulia. Ini adalah mesej yang kita perjuangkan," kata beliau.

Dalam lawatannya ke luar negara itu, Najib mengunjungi Pope Benedict XVI di kediaman musim panas pemimpin penganut Katholik itu di pinggir Rom.

"Mereka beritahu saya, ikut amalannya, Pope Benedict tidak terima sesiapa sewaktu dia bercuti. (Tetapi) dia buat pengecualian untuk saya berjumpa dengannya. Saya jumpa dengan Pope Benedict kerana kita mahu tunjukkan sebagai sebuah kerajaan kita bersikap inklusif," kata Perdana Menteri.

Menurut Najib, kerajaan boleh berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam.

"Kita menerima mereka. Kita boleh berdialog dengan mereka kerana kita hendak menegakkan keamanan di dunia ini," katanya.

Ketika mengunjungi Pope itu, Najib turut membawa bersamanya rombongan terdiri pemimpin pelbagai agama yang berpeluang mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See (Vatican), Cardinal Tarcisio Bertone.

Rombongan Perdana Menteri itu termasuk dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin dan Ketua Biskop, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tindakan DAP tidak wajar

Posted:

Tindakan DAP tidak wajar

Tindakan DAP tidak wajar

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Julai – Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock berpendapat parti politik tidak boleh terlibat dalam memberikan bantuan kewangan sebagaimana yang dilakukan oleh DAP bagi program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan sekitar 2008 dan 2009.

Ia berikutan peruntukan bagi program itu dikeluarkan daripada belanjawan kerajaan negeri yang sepatutnya dibelanjakan untuk penduduk di kawasan tertentu.

Berdasarkan laporan suruhanjaya setebal 124 muka surat yang disediakan oleh lima panel suruhanjaya itu, tindakan sedemikian juga telah mengundang tuduhan dan pandangan serong apabila pembayaran semula wang itu kelihatan seperti penyaluran dana kepada parti politik tersebut.

''Kami mendapati agak aneh apabila pihak yang terlibat dalam proses ini tidak dapat menghalang parti politik daripada terlibat dalam projek kerajaan.

''Kami juga tidak memahami mengapa seorang kontraktor yang bersetuju menganjurkan sesuatu program atau menjalankan sesuatu projek memerlukan bantuan kewangan daripada sesebuah parti politik.

''Pastinya siapa yang menjalankan perniagaan mempunyai modalnya sendiri atau membuat perkiraan bagi perkara tersebut,'' lapor suruhanjaya berkenaan.

Lima anggota panel suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T. Selventhiranathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom.

Berdasarkan keterangan kontraktor, Lee Wye Wing berhubung program dan projek kecil bagi kawasan DUN Seri Kembangan, suruhanjaya mendapati wujud kelemahan dari segi prosedur berikutan tiada sebut harga dikemukakan untuk kelulusan.

Walaupun Wye Wing yang menggunakan nama syarikat bumiputera Kelas F untuk mendapatkan projek kecil, mengaku memenuhi setiap spesifikasi sesuatu projek, namun tiada siapa mengesahkan sama ada barang dan perkhidmatan yang dibekalkan mengikut nilai yang dituntut.

Berhubung resit yang dikeluarkan oleh DAP bagi pembayaran balik wang yang didahulukan, menurut suruhanjaya berkenaan, tiada satu resit pun yang dikemukakan oleh saksi itu sepadan dengan jumlah wang pendahuluan tersebut.

Suruhanjaya juga berpendapat anak saudara Wye Wing, Lee Kee Hiong memberi kenyataan bercanggah apabila memaklumkan Beng Hock memberikan pendapat sesetengah bahan dikenakan bayaran melampau sedangkan beliau tidak berbincang mengenai kos bagi setiap program.

Walaupun Kee Hiong yang merupakan Pengurus Besar ibu pejabat DAP Malaysia dari tahun 2003 dan 2008 serta ahli DAP yang aktif mendakwa tidak merayu untuk mendapatkan projek kecil dan program kawasan tersebut, rekod menunjukkan kebanyakan projek dan program diberi kepada syarikat milik Wye Wing, WSK Services atau syarikat rakan bapa saudaranya, Hong Chae Enterprise.

''Kami percaya sementara Wye Wing menguruskan kertas kerja, Kee Hiong menjalankan tugas persediaan seperti mendapatkan pembekal, memastikan kehadiran peserta dan mengatur perkhidmatan serta publisiti bagi program berkenaan.

''Apabila Ean Yong Hian Wah (Ahli DUN Seri Kembangan) mempunyai idea, bagi sesuatu program beserta bajet, dia akan dihubungi dan dia akan cuba mengadakan keperluan berkaitan mengikut jumlah yang diperuntukkan,'' menurut suruhanjaya berkenaan.

Suruhanjaya bagaimanapun menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar Kee Hiong mengemukakan resit yang sepadan dengan wang pendahuluan oleh DAP atas alasan perkara tersebut tidak termasuk dalam terma rujukan.

Seorang lagi kontraktor, Mohd. Harun Abdullah, pula mengaku berpakat dengan Wye Wing supaya sebilangan syarikat kontraktor bumiputera kelas F digunakan untuk menjalankan projek kecil di bawah peruntukan ADUN.

Pemilik syarikat terbabit hanya akan menandatangani cek kosong yang diberikan kepada beliau dan Wye Wing serta sebagai balasan mereka akan menerima komisen antara lima dan 10 peratus daripada nilai setiap projek.

Laporan suruhanjaya yang didedahkan kepada media semalam merumuskan bahawa Beng Hock yang merupakan setiausaha politik kepada Hian Wah, telah bertindak membunuh diri dengan terjun dari pejabat SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jangan jadikan SPRM mangsa politik - NGO

Posted:

Jangan jadikan SPRM mangsa politik - NGO

Jangan jadikan SPRM mangsa politik - NGO

KUALA LUMPUR 22 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak sepatutnya terus dijadikan mangsa politik selepas Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock mengumumkan punca kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor itu adalah bunuh diri.

Presiden Pertubuhan Pendidikan Pencegahan Rasuah Malaysia (PPPRM), Datuk Shahrul Nizam Yunos berkata, prosedur siasatan suruhanjaya itu juga tidak perlu dipertikaikan kerana ia telah menjalankan ribuan siasatan terhadap pelbagai latar belakang saksi sejak penubuhannya pada 2009.

"Dalam isu ini, SPRM sama seperti Beng Hock yang dijadikan mangsa politik pihak berkepentingan bagi mencapai matlamat mereka untuk terus melindungi individu lain yang terlibat dalam perbuatan rasuah.

"Berikutan itu, kami meminta tolong keluarkan SPRM yang telah diamanahkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memerangi rasuah di negara ini, daripada senarai mangsa politik dan kambing hitam mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Suruhanjaya itu semalam merumuskan bahawa Beng Hock membunuh diri dengan terjun dari pejabat SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam di Selangor.

Shahrul turut menegaskan bahawa prosedur siasatan SPRM yang diguna pakai hari ini wajar dikekalkan berikutan kejayaan beribu-ribu kes rasuah membabitkan pelbagai latar belakang saksi dan suspek sebelum ini.

"Rasuah bukan seperti jenayah biasa yang ada bahan bukti. Ia berlaku di mana-mana dalam hutan sekalipun dan amat bergantung kepada keterangan saksi jadi memerlukan siasatan terperinci untuk membuktikan sesuatu kes.

"Kalau lemah-lembut, macam mana nak dapat maklumat," katanya.

Penasihat Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Profesor Halim Sidik pula berkata, Suruhanjaya Diraja itu ditubuhkan untuk mencari dan memutuskan punca kematian yang jelas membersihkan segala tohmahan yang dilemparkan pihak berkepentingan terhadap SPRM sebelum ini.

"Mendiang Beng Hock terlibat secara langsung dan tahu apa sebenarnya yang berlaku cuma tidak mahu berkongsi dengan SPRM kerana kesetiaan terhadap majikannya. Mendiang yang membuat keputusan dan pilihan dalam hidupnya.

"Mendiang menjadi mangsa politik kerana cuba melindungi majikannya manakala SPRM pula menjadi mangsa politik dalam usaha membongkar salah laku tersebut," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved