Sabtu, 30 November 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Panggillah saya beraksi'

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

(dari kiri) Pertahanan Terbaik, Baihakki Khaizan; Penyerang Terbaik, Mohd. Norfarhan Muhammad; Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Paling Bernilai, Mohd. Badhri Radzi; Penjaga Gol Terbaik, Khairul Fahmi Che Mat dan Pemain Harapan, Junior Eldstal bersama trofi masing-masing pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 di Kuala Lumpur, semalam.

SHAH ALAM - Bintang tengah Kelantan, Mohd. Badhri Radzi tidak menyembunyikan impian untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan sejurus selepas dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai 2013 pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus- Astro Arena-FAM, semalam.

Malah seperti diduga, ketua pasukan The Red Warriors itu turut diumumkan sebagai Pemain Tengah Terbaik.

Badhri, yang lebih dikenali dengan jolokan Piya mengetepikan dominasi penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha yang mengungguli anugerah Pemain Paling Bernilai sejak tiga tahun lalu.

Pemain berusia 31 tahun itu berkata, dia amat berharap, kemenangannya mampu membuka mata banyak pihak dan melayakkannya kembali menganggotai skuad Harimau Malaya.

Piya sebelum ini sering disisihkan daripada skuad kebangsaan, biarpun diakui sebagai antara pemain tengah terbaik dalam Liga Malaysia.

Itu saya tidak boleh cakap apa-apa (mengapa tidak dipanggil sebelum ini). Mungkin saya tiada rezeki untuk diserap walaupun sudah memberikan yang terbaik bersama Kelantan.

Sebagai pemain, sudah tentu saya begitu teringin untuk menyarung jersi kebangsaan dan harap saya akan dipanggil pada masa akan datang, " katanya.

Piya mengetepikan cabaran kuat daripada Amirulhadi Zainal, Christie Jayaseelan, Joseph Kallang Tie, R. Gopinathan dan Nurul Azwan Roya untuk membawa pulang anugerah Pemain Tengah Terbaik.

Pemilihan Piya bukan sesuatu yang mengejutkan kerana dia mempamer aksi konsisten sepanjang musim, termasuk pada saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Kejayaan pemain lincah itu kemudian turut disusuli dengan kemenangan dua rakan sepasukannya, Khairul Fahmi Che Mat yang dijulang sebagai Penjaga Gol Terbaik buat kali keempat berturut-turut, selain Mohd. Norfarhan Muhammad yang muncul Penyerang Terbaik.

Kelantan turut menambah koleksi kemenangan selepas peminat mereka dipilih sebagai Kelab Penyokong Terbaik.

Pemain LionsXII, Baihakki Khaizan pula dinobat sebagai Pertahanan Terbaik, diikuti Junior Eldstal sebagai Pemain Harapan.

Kejayaan Dollah Salleh membawa Pahang muncul juara Piala Malaysia selepas 21 tahun mengangkatnya sebagai Jurulatih Terbaik.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pula dipilih sebagai Persatuan Bola Sepak Negeri Terbaik dan PDRM mendapat anugerah Fair Play, manakala Sime Darby mempertahankan gelaran Kelab Bola Sepak Terbaik.

Anugerah Pengadil Terbaik yang diperkenalkan buat kali pertama pada tahun ini menjadi milik Nago Amir Nor Mohamed dan Mohd. Sabri Mat Daud dipilih Pembantu Pengadil Terbaik.

Piya yang sedikit terkejut dengan kemenangan itu berkata, dia tidak mungkin akan menerima trofi tanpa bantuan rakan-rakan sepasukan dan penyokong Kelantan yang sentiasa berada di belakangnya.

Dalam karier saya sebagai pemain, ini adalah kejayaan paling manis.

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya saya menerima gelaran ini.

Rasa macam masih tidak percaya, namun saya anggap ini adalah hadiah terbaik kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

Kemenangan ini juga pasti akan memberi motivasi tambahan kepada saya untuk menghadapi musim depan, " kata Piya.

Sementara itu, Khairul Fahmi tidak menganggap kejayaannya memegang trofi Penjaga Gol Terbaik semenjak tahun 2010 sebagai satu petanda yang membuktikan dia tidak mempunyai pesaing setanding dalam saingan Liga Malaysia.

Bagi saya semua penjaga gol di Malaysia adalah yang terbaik dan saya tidak fikir sampai begitu sekali (tiada pesaing setanding) cuma rezeki mungkin lebih memihak kepada saya.

Diharapkan anugerah ini memberikan saya semangat untuk bekerja keras pada musim baharu nanti dan cuba mengekalkan lagi gelaran ini jika boleh, " katanya.

Penyerang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James muncul Pemain Import Terbaik 2014.

Norfarhan puas akhirnya dakap trofi

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

SHAH ALAM - Setelah sekian lama mempamer aksi yang cemerlang pada saban tahun, akhirnya Mohd. Norfarhan Muhammad merangkul anugerah Penyerang Terbaik pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 100 Plus-Astro Arena-FAM buat kali pertama.

Tiada perkara lain yang dilafazkan oleh bakal pemain Terengganu itu pada musim depan, selain rasa bersyukur dengan kemenangan berkenaan selain melabelkan kemenangan itu sebagai hadiah perpisahan kepada Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2014.

''Trofi ini saya dedikasi kepada seluruh ahli keluarga saya dan paling utama kepada seluruh warga The Red Warriors yang tidak pernah putus-putus sama ada dalam atau luar padang memberikan sokongan padu.

''Kemenangan ini adalah pelengkap saya menamatkan kerjaya saya bersama Kelantan sebelum berhijrah ke pasukan baru saya, Terengganu bagi menghadapi saingan musim depan, " katanya.

Norfarhan berjaya mengetepikan saingan yang kuat daripada beberapa pemain kebangsaan seperti pemenang tiga kali Anugerah Pemain Paling Bernilai, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd. Amri Yahyah selain pemain veteran, Hairuddin Omar, bintang Pahang, Azamuddin Akil dan pemain Lions XII, Shahril Ishak.

Sementara itu, Baihakki Khaizan yang dinobat sebagai Pertahanan Terbaik mengakui, nasib mungkin memihak dirinya apabila mengetahui namanya diangkat sebagai pemenang memandangkan persaingan yang cukup sengit, selain turut mengumumkan dia akan bersama Johor Darul Takzim (JDT) dan bukannya Johor DT II seperti mana diketahui sebelum ini.

''Dalam setiap perlawanan saya sentiasa berikan yang termampu dan kebetulan saya berjaya membantu pasukan dalam setiap perlawanan, itu mungkin menjadikan saya diangkat sebagai pemenang.

''Untuk musim depan, saya akan bersama JDT, perkhabaran ini baru saya terima beberapa hari lalu dan kejayaan ini pasti akan menjadi loncatan semangat saya bagi meraih tempat dalam kesebelasan utama, " katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Mohon ke negeri asal terbanyak

Posted: 27 Nov 2013 10:50 AM PST

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 27 Nov. - Kementerian Pendidikan kini menghadapi masalah lambakan permohonan pertukaran guru yang meruncing untuk ditukarkan ke negeri asal masing-masing khususnya Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Kelantan mencatatkan permohonan pertukaran guru tertinggi iaitu seramai 2,483 orang berbanding 173 kekosongan yang ada.

Bagi Kedah pula katanya, seramai 1,523 orang guru kelahiran negeri itu memohon ditukarkan ke negeri asal berbanding hanya 200 kekosongan manakala Terengganu menerima permohonan pertukaran seramai 1,267 orang guru berbanding 200 kekosongan.

"Di Kelantan terdapat lebih 30,000 orang guru dan ada lagi 2,483 orang yang memohon balik ke negeri itu sedangkan hanya ada 179 kekosongan, ini bermakna seramai 2,304 orang gagal mendapat tempat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diberikan taklimat sempena lawatan rasmi beliau ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim.

Idris diminta mengulas keluhan seorang guru yang disiarkan dalam ruangan Cuit di Utusan Malaysia hari ini yang masih gagal ditukarkan ke negeri asalnya, Terengganu meskipun beberapa kali memohon sejak lapan tahun lalu berkhidmat di sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor.

Guru itu, Farita Idayu Jusoh yang amat menyintai profesion itu kini dalam keadaan kemurungan dan berkemungkinan terpaksa menamatkan kerjayanya setelah berjauhan dengan suami yang bertugas di Terengganu sejak sekian lama.

Idris seterusnya berkata, berdasarkan masalah lambakan permohonan pertukaran guru itu, Kementerian Pendidikan tidak mampu menampung hasrat guru terbabit memandangkan jumlah kekosongan yang begitu terhad.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak tidak menyalahkan kementeriannya berhubung perkara itu.

"Kita sebenarnya bukan tidak izinkan guru bertukar ke negeri asal masing-masing tetapi permohonan yang diterima terlampau ramai sedangkan jumlah kekosongan amat kecil," ujarnya.

Idris bagaimanapun mengakui wujud masalah 'keciciran' membabitkan guru yang berkali-kali memohon ditukarkan ke negeri asal dan beliau memberi jaminan, pihaknya akan memberi perhatian mengenainya.

Katanya, Kementerian Pendidikan akan cuba sedaya upaya menangani masalah tersebut dan bersedia mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi membantu guru-guru terbabit.

"Sebab itulah, selepas ini kita akan membuat pengambilan guru baharu mengikut keperluan negeri masing-masing," tambahnya.

Dr. Halil dilantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Posted: 27 Nov 2013 10:50 AM PST

PUTRAJAYA 27 Nov. - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengumumkan pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dari Sarawak yang juga bekas Rektor Institut Pendidikan Guru, Datuk Dr. Halil Dolhan dilantik sebagai Pengerusi, sementara bekas Setiausaha Kerajaan negeri Perak, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Hashim sebagai Timbalan Pengerusi SPP.

Ahli-ahli SPP terdiri daripada bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Abdul Halim Abdul Razak; bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Dr. Imran Idris; bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Jamaluddin Yahaya.

Yang turut dilantik sebagai ahli ialah bekas Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Azmi Che Mat.

Pelantikan itu mengikut Fasal (2) Perkara 141A Perlembagaan Persekutuan.

"Pelantikan-pelantikan tersebut adalah untuk tempoh tiga tahun bermula tarikh mereka mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia.

"Dengan pelantikan ini, saya bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan percaya bahawa mereka akan dapat menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai anggota SPP mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat remaja dipercayai dibunuh ditemui

Posted: 30 Nov 2013 10:09 PM PST

ALOR SETAR 1 Dis. - Mayat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai dibunuh dijumpai dalam keadaan tertiarap dalam sawah di Alor Senibong petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, mayat mangsa dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 3.45 petang.

Bagaimanapun katanya, dua lagi adik perempuan mangsa berusia 12 dan 3 tahun yang turut keluar bersama mangsa dengan menaiki motosikal pada Jumaat lalu untuk ke rumah rakan mereka di Kampung Gelam di sini masih belum ditemui. - UTUSAN ONLINE

Penjenayah maut dalam cubaan samun

Posted: 30 Nov 2013 09:13 PM PST

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Seorang penjenayah maut dan seorang lagi cedera parah setelah ditembak polis dalam cubaan samun terhadap sebuah keluarga di Persiaran Syed Putra di sini pukul awal pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya pagi ini mengucapkan tahniah kepada pasukannya ekoran kejayaan menumpaskan penjenayah terbabit. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Akta Hasutan: Tian Chua gagal rayuan batal pertuduhan

Posted: 29 Nov 2013 11:09 AM PST

Tian Chua

PUTRAJAYA 29 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk membatalkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya terhadap insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Lim Yee Lan memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu.

Para peguamnya, Amer Hamzah Arshad dan Eric Paulsen ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas keputusan itu memberitahu, mereka akan berbincang sama ada untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan atau meneruskan perbicaraan di Mahkamah Sesyen.

Tian Chua, 50, atau nama sebenarnya Chua Tian Chang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 September lalu yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan tersebut.

Terdahulu, Amer Hamzah berhujah agar pertuduhan terhadap Tian Chua dibatalkan atas alasan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap anak guamnya merupakan pendakwaan terpilih.

Peguam bela menghujahkan, pihaknya bukan mempertikaikan budi bicara Peguam Negara untuk mendakwa tetapi terdapat beberapa individu lain yang melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan tetapi tidak dituduh di mahkamah.

Ketika menjelaskannya dengan lebih lanjut di luar mahkamah, Amer Hamzah menyatakan, perkara ini bukan secara kebetulan kerana terbukti mereka yang didakwa di mahkamah terdiri daripada pemimpin-pemimpin pembangkang dan penyokong-penyokongnya termasuk peguam dan golongan penuntut universiti.

Sehubungan itu ujarnya, mahkamah mempunyai budi bicara untuk menghentikan pendakwaan terpilih kerana tindakan sedemikian jelas merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim berhujah agar rayuan itu ditolak atas alasan kuasa menentukan pendakwaan adalah di tangan Peguam Negara dan hujah yang menyatakan beliau menjalankan pendakwaan terpilih merupakan tuduhan yang tidak berasas.

Pada 14 Mac lalu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan kononnya pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO dalam portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu persimpangan, Jalan Loke Yew di ibu negara.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pemimpin parti pembangkang itu dituduh telah menyebut perkataan menghasut dengan membuat kenyataan yang antaranya menyatakan serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Saman 12 penduduk TTDI cabar kesahihan projek MRT ditolak

Posted: 29 Nov 2013 11:09 AM PST

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 12 penduduk Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) bagi menentukan kesahihan pelaksanaan projek mega, Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), yang berdekatan dengan hartanah mereka.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop memutuskan demikian dengan kos RM10,000 semasa prosiding di kamar hakim dengan kehadiran peguam Shaharuddin Ali dan Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman yang mewakili penduduk tersebut dan peguam Hadi Mukhlis dan Gregory Das mewakili MRT Corp.

Penduduk-penduduk terbabit membangkitkan persoalan undang-undang itu untuk mengetahui sama ada MRT Corp. telah mematuhi beberapa peruntukkan yang relevan bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan projek berkenaan.

Mereka bagaimanapun memohon supaya mahkamah melupuskan kes saman itu seperti diperuntukkan di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 berdasarkan penentuan persoalan undang-undang, tanpa mendengar perbicaraan penuh.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada Februari lalu, Ho Lee Yoke, 55, dan 11 yang lain selaku penduduk yang memiliki rumah teres di Jalan Pinggir Zaaba mendakwa, MRT Corp. mempunyai tanggungjawab untuk memastikan projek itu dilaksanakan mengikut undang-undang dan selamat.

Mereka selaku pihak plaintif juga menuntut pampasan setelah mendakwa projek itu terletak bertentangan dengan hartanah mereka.

Pihak plaintif mendakwa, mereka telah menerima notis pada Februari 2011 yang menunjukkan, tanah mereka, antara lain, mungkin diambil bagi projek MRT jajaran pertama yang meliputi laluan dari Sungai Buloh-Kajang.

Plaintif menyatakan, mereka telah bersetuju untuk menjual hartanah kepada MRT Corp. yang dinamakan sebagai pihak defendan selepas beberapa siri mesyuarat di antara kedua-dua pihak.

Namun begitu menurut pihak plaintif, mereka telah menerima surat bertarikh 24 Julai tahun lalu daripada MRT Corp. menyatakan, hartanah mereka tidak diperlukan.

Pihak plaintif antara lain, memohon suatu perisytiharan, projek tersebut adalah haram dan menyalahi undang-undang selain mereka berhak mendapat pampasan.

Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi saksama dan ganti rugi khas, RM22,000 serta perintah injunksi bagi menghalang MRT Corp. daripada meneruskan sebarang pembangunan dan kerja-kerja pembinaan di bawah projek MRT Fasa 1.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


33 penumpang pesawat Mozambican terkorban

Posted: 30 Nov 2013 09:57 AM PST

WINDHOEK 1 Dis. - Seramai 33 orang penumpang termasuk anak kapal penerbangan Mozambican yang dilaporkan hilang di kawasan pedalaman di timur laut Namibia, terkorban, semalam.

Menurut jurucakap polis tempatan, Willie Bampton, pihaknya menemukan bangkai pesawat tersebut dalam keadaan terbakar.

Pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Mozambique ke Angola, sebelum berpatah semula ke kawasan terpencil di Taman Negara Bwabwata. - AFP

Tiga terbunuh selepas ditembak di dalam kereta api

Posted: 30 Nov 2013 09:57 AM PST

PATNA, India 1 Dis. - Seramai tiga orang dilaporkan terkorban di dalam kereta api di Bihar, barat negara ini, selepas kumpulan penentang kerajaan melepaskan tembakan.

Menurut jurucakap polis, Bhardwaj, kumpulan penentang tersebut melepaskan tembakan ketika kereta api berkenaan melalui terowong ketika dalam perjalanan dari Sahebganj menuju ke Patna.

Mereka melepaskan tembakan menyebabkan tiga lelaki terbunuh, manakala seorang lagi dalam keadaan parah dan dirawat di hospital," kata Bhardwaj. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Diserah kepada Sultan Ahmad Shah

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

Oleh Shahrinnahar Latib
Nahar.latib@utusan.com.my

SULTAN Ahmad Shah berkenan melihat Watikah Taat Setia daripada penduduk Pahang yang disampaikan oleh Adnan Yaakob (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian Penutup konvoi Kembara Setia Diraja Pahang (KSDP) di Hotel Zenith di Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 30 Nov. - Setelah mengharungi perjalanan sejauh kira- kira 1,211 kilometer, akhirnya Watikah Taat Setia yang dibawa oleh konvoi Kembara Setia Diraja Pahang (KSDP) dipersembahkan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

Watikah Taat Setia yang mengandungi tandatangan pemimpin masyarakat di 11 daerah di negeri ini dipersembahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob kepada Sultan Ahmad Shah dalam Majlis Perasmian Penutup KSDP di Hotel Zenith di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Mutalib; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri; Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin dan Pengerusi Bersama KSDP, Datuk Halim Ibrahim.

Sebelum itu, Sultan Ahmad Shah diarak dari Istana Mahkota dekat sini oleh lebih 100 motosikal berkuasa tinggi ke Hotel Zenith.

Dalam pada itu, Adnan berkata, beliau berbangga dengan penganjuran program ini kerana dapat menunjukkan bahawa rakyat negeri ini sentiasa setia terhadap Sultan Ahmad Shah.

"Keprihatinan tuanku terhadap rakyat memang tiada tolok bandingannya dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

"Tuanku yang berjiwa rakyat akan menjadi satu lagenda yang tidak akan luput ditelan zaman dan sentiasa akan dikenang pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup KSDP di sini hari ini.

Menurut beliau, konvoi KSDP ini perlu diadakan setiap tahun berdasarkan sambutan menggalakkan daripada penduduk di negeri ini.

"Saya berharap kembara ini akan dijadikan sebagai acara tahunan dan berdasarkan sambutan hangat peserta akan dijangka menarik lebih ramai pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara.

Kesedaran diet sihat perlu ditingkatkan

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

TEMERLOH 30 Nov. - Kesedaran rakyat terhadap pengambilan pemakanan yang betul bagi memelihara kesihatan masih rendah menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi dan diabetis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Norol Azali Sulaiman berkata, perkara itu menyebabkan bilangan rakyat yang menderita akibat kegagalan fungsi buah pinggang kerana diabetis meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 11 tahun.

Katanya, pada 2001, hanya sebanyak 7,837 pesakit buah pinggang dikesan namun jumlahnya bertambah dengan begitu ketara kepada 28,590 pesakit hujung tahun lalu.

"Rakyat berhadapan dengan budaya yang tidak baik mengenai kesihatan dan kita tidak boleh menyerahkan kepada pegawai kesihatan untuk memastikan kesihatan kita sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Ramai antara kita mengambil makanan yang tidak mengikut keperluan dari segi jumlah kalori sedangkan senaman yang kita lakukan mungkin hanya sekali dalam seminggu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Masterchef Pesakit Dialisis Pahang Barat yang berlangsung di pekarangan lobi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail.

Menurut beliau, kegagalan fungsi buah pinggang merupakan penyakit yang muncul secara senyap kerana tidak menunjukkan tanda-tanda gejala awal yang boleh dikesan.

Tambahnya, pesakit yang berisiko tinggi perlu menjalani saringan lebih awal bagi mengelak dikesan di peringkat yang lebih teruk sehingga memerlukan rawatan dialisis.

"Walaupun pusat rawatan dialisis di negara ini semakin baik tetapi pesakit tetap perlu menjalani rawatan tiga kali seminggu.

"Selain diet yang betul, kita perlu menjadikan pemeriksaan kesihatan sebagai amalan dan jangan terlalu takut kepada hospital supaya penyakit kronik dapat dikesan lebih awal," katanya.

UMP raih empat pingat di Inova, Croatia

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

KUANTAN 30 Nov. - Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengharumkan nama negara selepas meraih dua pingat emas dan masing-masing satu perak serta gangsa dalam Pameran Ciptaan Antarabangsa (Inova) di Zagreb, Croatia baru-baru ini.

Pingat emas pertama disumbang penuntut Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA), Nurul Hidayah Mohamad Ghazali menerusi penyelidikan Ultrasonic Assisted Transesterification Of Waste Cooking Oil Catalysed by KOH Activated Cement Clinker.

Lebih membanggakan, penyelidikan Nurul Hidayah itu menerima pengiktirafan Honor of Invention World Invention Intellectual Property Association.

Pingat emas kedua pula disumbangkan penuntut fakulti sama, Noor Adila Salehan menerusi produk A green Technology Technique to Recover Oil From Waste Emulsion (From Waste to Wealth).

Dalam pada itu, seorang lagi penuntut FKKSA, M. Shalini memenangi pingat perak menerusi produk Extraction and Characterization of Jatropha Curcas Linnaues Seed Oil Through Soxhlet Method.

Pingat gangsa pula diperoleh penuntut FKKSA, Che Mohd. Aizal Che Mohd. menerusi projek Waste to Wealth: Formulation Of anti aging cream from Agarwood Hydrosol.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


BISIK-BISIK: AWANG SELAMAT (1 Disember 2013)

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

Singapura-pura

PENDEDAHAN berhubung kegiatan pengintipan oleh pihak Singapura ke atas Malaysia yang hangat diperkatakan sekarang, tidaklah mengejutkan.

Awang hanya akan terkejut kalau tiada kegiatan seperti itu. Bukan Singapuralah namanya.

Budaya kiasu dan syak wasangka keterlaluan Singapura terhadap negara serantau apatah lagi Malaysia yang dicemburuinya, bukan isu baharu.

Yang terakhir tindakan para diplomat negara itu menghadiri demonstrasi bantahan Bersih anjuran pakatan pembangkang pada Julai 2012.

Ia masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia, yang melihatnya sebagai berniat serong dan satu lagi cubaan menangguk di air keruh.

Difahamkan, banyak lagi kegiatan seperti itu, yang tidak sampai ke pengetahuan media.

Dalam kes terbaharu, Awang menyertai sentimen bantahan rakyat Malaysia dan pelbagai pihak lain ke atas kerajaan negara itu.

Tindakan Wisma Putra memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong bagi menyatakan bantahan dan meminta penjelasan, adalah tepat.

Sebuah portal baru-baru ini melaporkan dokumen rahsia yang dibocorkan pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden mendedahkan Singapura membantu kumpulan perisikan yang terbabit dalam kegiatan mengintip Malaysia.

Ada lagi beberapa laporan media antarabangsa turut mengaitkan peranan republik itu.

Pada Awang, tindakan bersekongkol berkongsi maklumat perisikan dengan negara kuasa besar yang disasarkan ke atas Malaysia, tidak boleh diterima dan sangat terkutuk.

Mana-mana negara berdaulat tidak rela perkara itu berlaku. Nampaknya Singapura rela menjadi alat menjayakan percaturan kuasa besar daripada menjaga kepentingan dan sensitiviti serantau. Perkembangan terbaharu ini, perlu menjadi satu lagi pengajaran besar kepada Malaysia.

Awang berharap agar janganlah kita semua menyimpan harapan untuk melihat Singapura ikhlas terhadap Malaysia pada masa depan.

Lupakanlah. Seperti kata mantan Presiden Indonesia, B.J Habibie dalam merumuskan sikap sebenar Singapura terhadap jiran-jirannya: negara itu pro aktif ke arah negatif.

Dengan kata lain, kerajaan Singapura penuh muslihat dan tidak layak dipercayai.

Hakikatnya kita berjiran dengan negara yang berpura-pura menjadi sahabat tetapi sebenarnya tidak menghormati kita kerana ada agenda jahat.

Dalam pada itu, persoalan dan juga cabarannya, apa lagi yang pihak Malaysia tidak tahu tentang kegiatan pengintipan Singapura yang memudaratkan tanah air ini?

Dan, sampai bila kita harus diperlakukan begitu?

UMNO dan Najib

SELURUH negara sekali lagi akan memberi tumpuan kepada Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan minggu depan.

Perhimpunan tersebut mempunyai signifikan tersendiri lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan pemilihan parti itu.

UMNO melangkah ke perhimpunan tersebut dengan menjadi parti politik paling kuat di negara ini.

Selain pencapaian lebih baik pada PRU-13 sehingga berjaya menggagalkan usaha luar biasa untuk meruntuhkan kuasa politik Islam dan Melayu, UMNO jauh lebih stabil berbanding parti kawan mahupun lawan.

Syukur. UMNO dapat membuktikan parti itu telah pulih daripada imejnya yang merudum teruk selepas PRU-12 pada 2008.

Awang masih ingat bagaimana momentum pembangkang yang melonjak menyebabkan ramai menggeleng kepala meramalkan parti itu akan hanyut hilang kuasa pada PRU-13.

Menganalisis hal ini tidak dapat lari daripada memperkatakan soal kepimpinan. Presiden UMNO, Mohd. Najib Tun Razak ada formula. Beliau telah membawa kebangkitan kepada parti hasil gaya kepimpinannya yang bermuafakat.

Meskipun mewarisi permasalahan yang kompleks ekoran PRU-12 dan berdepan dengan siri gelombang tekanan pakatan pembangkang, beliau mengolahnya dengan baik.

Pembawaannya yang tenang dan tidak melatah biarpun dikritik hebat; kesabarannya, kerja keras, kebolehan mengurus pentadbiran kerajaan, ekonomi dan parti dengan cemerlang, adalah antara kunci kejayaan.

Percaturan politiknya sukar dibaca termasuk oleh para pemimpin pembangkang. Dalam senyum beliau membina kekuatan yang menyaksikan pengaruh seteru politik lemah dan terhakis dengan sendirinya.

Beliau tidak perlu menunjukkan taring tetapi strateginya berkesan dalam menangani senario hari ini yang jauh lebih mencabar berbanding dahulu.

Najib tidak pernah mahu dianggap sebagai seorang strategis. Tetapi berfikirlah banyak kali kalau mahu mengambil mudah beliau.

Dugaan Kazim

RAMAI teruja apabila pendakwah bebas terkenal, Ustaz Kazim Elias Al Hafiz dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah (YADIM), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki antara sembilan yang dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Tahniah kepada semua. Kepada Ustaz Kazim, Awang berharap beliau terus cekal walaupun mendapat banyak kecaman terutama oleh golongan anti UMNO.

Usah terganggu. Seperti yang beliau tegaskan, tidak salah untuk membantu UMNO atas nama kepentingan Islam. Awang setuju.

Sebenarnya sebelum pelantikan sebagai ahli MT UMNO itu pun, Ustaz Kazim telah banyak diugut, ditohmah dan difitnah kerana pendekatan dakwahnya yang terbuka dan realistik.

Awang sudah lama bersimpati dengan beliau dan sebahagian lagi pendakwah bebas yang dijadikan mangsa. Inilah akibat apabila Islam disalahguna untuk kepentingan politik secara melampau. Lalu ia membawa kepada tanggapan karut bahawa untuk menjadi penceramah agama mesti tegar menyokong parti pembangkang dan wajib pula memburukkan kerajaan biarpun perkara yang baik.

Awang lihat suara-suara sumbang itu sebenarnya tidak senang dengan pengaruh Ustaz Kazim yang kini meluas. Ceramahnya yang bersahaja termasuk diiringi lagu bersesuaian dengan mesej, diminati ramai.

Di sebalik kekecewaan terhadap penghinaan ke atas dirinya sekeluarga, beliau dalam reaksinya menampakkan keyakinan dalam menerima peranan baharu itu.

Anggaplah semua ini sekadar dugaan dalam kerja dakwah yang merupakan hal lumrah. Percayalah, majoriti orang Islam di negara ini masih rasional. Ustaz tidak akan bersendirian.

Anjing, kucing kurap

TERASA makin manis dan nikmat agaknya bagi pemimpin DAP menghina kakitangan awam di negara ini dengan istilah binatang.

Selepas Tony Pua menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang majoritinya petugas beragama Islam dan Melayu sebagai anjing, Jeff Ooi pula menggelar kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai kucing kurap.

Sampai hari ini, kedua-dua pemimpin DAP itu belum meminta maaf bagaikan tiada apa yang terjadi di sebalik banyak bantahan.

Awang tidak pasti mengapa mereka enggan berbuat demikian seolah-olah orang Islam dan Melayu tidak layak dimohon kemaafan.

Sebagai pemimpin dan Ahli Parlimen, kedua-duanya wajar menunjukkan teladan yang baik dan bukannya mengaibkan kakitangan awam dengan kata-kata kesat dan sangat rasis. Anjing adalah haiwan yang amat sensitif kepada umat Islam dan kucing kurap pula mencerminkan kejijikan.

Pada Awang, selain soal kerendahan akhlak pemimpin, ia berkait rapat dengan gejala ekstrem parti politik anti-kaum yang amat berbahaya.

Sebenarnya provokasi dan penghinaan DAP terhadap kakitangan awam sudah menjadi hal biasa.

Awang ingin bertanya. Apakah pemimpin DAP akan menganjing dan mengkucing kurapkan organisasi yang dikuasai atau majoritinya adalah orang Cina?

Jawapannya, Awang sangat yakin - tidak.

Khalid kekal MB?

DI sebalik isu kenaikan gaji keterlaluan Menteri Besar dan Exco Selangor yang mencetuskan gelombang bantahan, ramai bertanya bagaimana kedudukan Khalid Ibrahim.

Ura-ura beliau akan digantikan dengan Azmin Ali makin kuat kedengaran. Ketua Umum PKR, Anwar kini dikatakan memihak kepada Azmin.

Intrig dalaman itu menyebabkan para penyokong Khalid menghentam Anwar dan Azmin, senario yang tidak pernah berlaku.

Ikut firasat Awang, Khalid akan terus bertahan sebagai Menteri Besar. Pengaruhnya makin kuat dan beliau juga khabarnya, sudah tidak gentar dengan Anwar. Lagipun beliau banyak menyimpan rahsia bosnya itu. Bahaya...

Rasional kenaikan tarif elektrik

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

KHAMIS lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, DATUK SERI DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI mengesahkan spekulasi pelbagai pihak mengenai kenaikan taraf elektrik yang akan bermula awal tahun depan.

Dengan kerajaan membelanjakan sebanyak RM12 bilion setiap tahun untuk subsidi sektor tenaga, pembaharuan kadar tarif ini bukan sahaja untuk merasionalisasikan subsidi tetapi juga meningkatkan tahap kecekapan sebagaimana dirangka dalam transformasi sektor tenaga.

Kenaikan tarif kali ini dianggarkan antara 10 hingga 20 peratus. Kali terakhir tarif elektrik negara dinaikkan adalah pada Jun 2011 dengan kenaikan sebanyak 7.12 peratus iaitu kepada 33.54 sen/kWj.

Dalam pertemuan bersama wartawan beberapa organisasi termasuk daripada Mingguan Malaysia, KAMIL MASLIH, Maximus memberi penjelasan mengenai keperluan kadar baharu tarif elektrik serta bagaimana golongan berpendapatan rendah tetap dibela.

MINGGUAN: Bolehkah Datuk Seri terangkan kepentingan program transformasi sektor tenaga? MAXIMUS: Tenaga elektrik adalah isu keselamatan yang amat penting dan pada masa sama merupakan penggerak utama ekonomi negara. Dalam Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), kita mempunyai slogan iaitu tenaga adalah kekayaan, air adalah kehidupan dan teknologi mengubah permainan. Dalam hal ini, tenaga bukan sahaja merupakan kekayaan tetapi juga pemacu modal. Dalam mana-mana negara, sektor tenaga adalah komponen utama negara dan memang wujud kaitan yang amat rapat antara penggunaan tenaga dengan Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK). Sehubungan itu, kerajaan mengiktiraf kepentingan sektor tenaga dan sejak lima tahun lalu, telah melihat kepada kepentingan program transformasi sektor tenaga. Dahulu memang ada kebimbangan terhadap transformasi yang akan dilakukan namun tiga isu utama yang diberi perhatian adalah tahap efisien, persaingan, harga serta subsidi.

Apakah cabaran dalam melaksanakan program transformasi ini?

MAXIMUS: Dalam teraju Menteri yang terdahulu, isu kecekapan, persaingan dan harga ini telah mendapat perhatian Kabinet, malah banyak juga cadangan telah dilaksanakan. Berikutan itu, cadangan ring-fencing (pemecahan pengkhususan) terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga dikemukakan bagi melihat pengkhususan dalam syarikat utiliti yang merangkumi penjanaan, transmisi dan pembekalan dapat dibahagikan kepada lima jabatan berbeza. Ini untuk menjana modal dan meningkatkan tahap kecekapan.

Kita perlu memastikan modal yang dilaburkan dapat memberi pulangan. Dalam pelaksanaan ring-fencing, pendapat yang berbeza dinyatakan kesatuan pekerja TNB yang tidak mahu dipecahkan kepada kumpulan tertentu namun kerajaan memberi jaminan kepentingan semua golongan akan dipelihara. Kita juga kini lebih teliti melihat persaingan yang kompetitif daripada kesemua penjana tenaga bebas (IPP).

Bagaimana Datuk Seri melihat transformasi ini dalam peranan dimainkan TNB?

MAXIMUS: Pelabur antarabangsa dalam industri telah memberi maklum balas yang positif terhadap program transformasi ini dan semestinya pengurusan TNB perlu memenuhi harapan yang disandarkan. Selepas ini, keuntungan juga bergantung kepada parameter yang dicapai di samping garis panduan oleh MyPower Corporation yang telah dipertanggungjawab mengkaji struktur sektor tenaga.

Ini adalah ketelusan dalam proses membuat keputusan. Begitu juga dalam proses pembidaan kontrak yang kini kompetitif. Kita telah melalui perjalanan jauh dan ini adalah kunci transformasi, kerajaan menyokongnya, TNB menerimanya dan Suruhanjaya Tenaga (ST) memantaunya.

Saya boleh katakan TNB pada hari ini adalah jauh berbeza dengan TNB lima tahun lalu. Dari segi sistem dan rangka kerja, sudah banyak beza dan memperlihatkan peningkatan. Sehubungan itu, dalam kita mengkaji input dan tarif, hakikatnya TNB perlu mendapat margin keuntungan. Soalannya, kenapa tarif perlu dinaikkan dan kos dialihkan kepada pengguna? Kalau dahulu memang kita hanya melihat daripada perspektif TNB sahaja tetapi polisi kerajaan sekarang adalah untuk mengurangkan subsidi dan meningkatkan tahap kecekapan. Kita melihat ini secara menyeluruh.

Hakikatnya, kos sentiasa meningkat, malah harga minyak dan gas asli tidak pernah turun sebaliknya terus meningkat. Pengimbangan memang patut dilakukan tetapi syarikat utiliti tidak boleh meminta begitu sahaja untuk tarif dinaikkan. Mereka perlu buktikan tahap efisien itu di samping kita faham pelabur mahu mendapatkan pulangannya. Dari segi imej antarabangsa, semestinya program ring-fencing yang dibuat menunjukkan ketelusan di antara organisasi di dalam sektor tenaga. TNB wajar dipuji atas program transformasi yang dilakukan dan penghargaan bukan sahaja kepada pihak pengurusan tetapi juga pekerja yang turut mendapat manfaat.

Datuk Seri berkata tadi mengenai kos perlu dialihkan kepada pengguna, bilakah kenaikan tarif ini akan dilaksanakan?

MAXIMUS: Saya berpendapat dalam kita mengalihkan kos kepada pengguna, kita juga perlu memikirkan impaknya terhadap pengguna. Sekiranya kita melaksanakan pengurangan subsidi, kita mesti menjaga kumpulan (berpendapatan rendah) yang menerima kesan paling besar. Penstabilan ini perlu dilakukan dan kerajaan mempunyai perancangan. Satu pihak akan tetap perlu membayar untuk menjaga golongan berpendapatan rendah, ini mungkin daripada peringkat kerajaan. Buat masa sekarang, untuk golongan berpendapatan rendah yang menggunakan 200 kilowatt sejam (kWj) ke bawah, kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak RM150 juta setahun.

Apakah jaminan kerajaan kepentingan golongan berpendapatan rendah itu akan terbela?

MAXIMUS: Syarikat utiliti memang meminta tarif dinaikkan dan kerajaan perlu membuat keputusan akhir. Namun adalah menjadi hasrat kerajaan agar golongan berpendapatan rendah tidak terlalu terjejas. Pihak utiliti mungkin ada pandangan berbeza namun ini adalah pandangan kerajaan. Sementara itu, dalam kita merasionalisasikan subsidi, sebahagian wang yang dijimatkan akan disalurkan kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Kita melihat secara terperinci soal pengalihan kos dan program penstabilan ini.

Saya mempunyai pendapat jelas mengenai subsidi. Saya rasa tiada salahnya subsidi sebagai pengagihan pendapatan kerana kita juga memerlukan subsidi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun, subsidi tidak boleh kekal selama-lamanya. Soalan yang kita perlu tanya adakah subsidi masih lagi merangsang aktiviti keusahawanan serta inovasi, adakah subsidi itu sudah sampai kemuncak maksimumnya? Bagi saya, kalau negara-negara maju kata mereka tolak subsidi, itu semua temberang kerana mereka dengan jelas beri subsidi dalam pelbagai sektor termasuk komoditi kacang soya. Subsidi boleh melindungi golongan yang terjejas dalam sistem pasaran bebas dan juga menyemarak inovasi namun masyarakat tidak boleh terus hidup dengan subsidi.

Berapa kadar kenaikan tarif elektrik baharu dan bagaimana mekanisme penstabilan dilaksanakan?

MAXIMUS: Kali terakhir tarif elektrik dinaikkan adalah pada tahun 2011 dan spekulasi mengatakan kenaikan adalah sama ada akhir tahun ini atau pada Januari 2014. Persoalan juga adalah berapa banyak peratus kenaikan yang berpatutan dan boleh dipertimbangkan. Syarikat utiliti akan meminta kenaikan setinggi yang boleh untuk mendapatkan pulangan modal dengan kerajaan memang perlu mengurangkan subsidi secara beransur-ansur. Kita juga memahami syarikat utiliti perlu menampung kos. Saya berpendapat apa sahaja di bawah 20 peratus (kenaikan) adalah berpatutan. Dalam hal ini, syarikat utiliti meminta kenaikan lebih daripada 20 peratus tetapi saya rasa kadar kenaikan antara 10 hingga 20 peratus adalah boleh diterima dalam kerajaan mengurangkan subsidi. Kenaikan ini adalah antara enam hingga 7 sen untuk setiap kWj.

Ada pihak yang mengaitkan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjadi sebab kenaikan tarif elektrik, adakah perkara ini benar?

MAXIMUS: Kenaikan tarif elektrik dan GST adalah dua isu yang berbeza. GST masih ada tempoh kira-kira setahun setengah sebelum dilaksanakan dan senarai akhir barangan serta perkhidmatan yang dikecualikan cukai masih belum diputuskan.

Datuk Seri katakan tadi kenaikan tarif elektrik berkemungkinan sebanyak 20 peratus tetapi ada pihak yang berpendapat jumlah itu terlalu tinggi dan mendadak?

MAXIMUS: Soal kadar terlalu tinggi ini bergantung kepada peringkat kumpulan pendapatan mana yang anda berada. Kenaikan sebanyak 20 peratus adalah antara 6 hingga 7 sen untuk setiap kWj dan masih lagi berpatutan. Sekiranya kerajaan tetap membiayai subsidi untuk golongan menggunakan 200 kWj ke bawah, golongan berpendapatan rendah tidak akan terjejas. Rancangan kita adalah memperbaharui tarif kepada tahap yang minimum dan berpatutan bagi mencerminkan kos dan pelaburan yang telah dilakukan TNB. Kerajaan akan memutuskan berapa banyak penjimatan yang dibuat ini disalurkan kepada program sosioekonomi yang lain tetapi pengurangan subsidi secara beransur-ansur ini secara tidak langsung menjadikan sektor tenaga begitu menarik kepada pelabur.

Berapakah jumlah keseluruhan subsidi yang disalurkan kerajaan kepada sektor tenaga?

MAXIMUS: Jumlah subsidi kerajaan untuk sektor tenaga adalah RM12 bilion setahun. Untuk subsidi khusus kepada golongan berpendapatan rendah menggunakan 200 kWJ ke bawah, subsidi yang dibelanjakan kerajaan adalah RM150 juta. Sebenarnya, soal subsidi sektor tenaga ini juga amat membabitkan Petronas, lagi banyak subsidi yang diberikan, lagi sedikit dividen yang diperoleh perbendaharaan negara daripada Petronas. Dalam menentukan kadar tarif, kita juga mengambil kira kadar tarif di negara-negara lain. Singapura misalannya dipacu pasaran dan tidak mengambil kira soal subsidi namun persaingan lebih kompetitif di Thailand. Saya berpendapat penetapan tarif baharu ini perlu melihat konteks pasaran terutamanya dari segi rantau ASEAN.

Bilakah sebenarnya kerajaan akan mengumumkan tarif elektrik baharu?

MAXIMUS: Saya menjangkakan pengumuman tarif baharu elektrik pada tahun hadapan dan saya jamin tiada pengumuman kenaikan tahun ini. Dengan kenaikan harga minyak dan gas, pihak utiliti berharap mendapat pulangan modal sewajarnya dan kerajaan berhasrat melaksanakan program subsidi yang dapat sampai terus kepada golongan sasar. Kita ada kira-kira empat mesyuarat Kabinet sebelum tahun hadapan, jadi sama-sama kita menunggu.

Adakah dalam tarif baharu ini akan berlaku pengimbangan antara kos yang perlu ditanggung antara pihak industri dengan pihak isi rumah?

MAXIMUS: Sekiranya berlaku peningkatan kadar tarif, semua pihak sama ada industri atau isi rumah akan menerima kesan kecuali golongan berpendapatan rendah. Bagaimanapun, kerajaan menyedari sebarang kenaikan tarif akan mempunyai kesan terhadap pelan pelaburan mana-mana pihak terutamanya pelabur luar. Seringkali pihak industri akan mengugut untuk berpindah ke negara yang menawarkan perkhidmatan lebih murah. Saya telah mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawat dari negara ASEAN di Bali, Indonesia enam minggu lalu dan kita telah mengadakan banyak perbincangan mengenai kadar tarif yang kompetitif dan mencerminkan kos sebenar.

Adakah akan berlaku perubahan dari segi dasar kerana kalau kita lihat dasar sebelum ini, lagi banyak tenaga yang digunakan, lagi banyak bil yang perlu dibayar?

MAXIMUS: Kita sebenarnya mahu meningkatkan kecekapan pengurusan tenaga dan pengurusan air. Apa yang berlaku sekarang adalah terlalu banyak pembaziran. Bagi meningkatkan tahap efisien pengurusan tenaga, perkara yang perlu dilaksanakan bukan sahaja melibatkan teknologi dan pelaburan tetapi juga sikap masyarakat. Sehubungan itu, kementerian akan menubuhkan Yayasan Hijau yang bekerjasama dengan Malaysian Green Technology Corporation untuk mempromosikan penggunaan tenaga yang efisien. Malah, saya baru-baru ini juga telah didedahkan dengan teknologi dari Australia yang menggunakan tenaga solar untuk menerangkan lampu dalam bangunan pada waktu siang.

Bagaimana dengan kedudukan IPP generasi pertama, adakah kontrak mereka disambung?

MAXIMUS: Tidak semua kontrak IPP diperbaharui, mereka perlu menawarkan sebut harga dan sehingga kini, hanya dua daripada lima IPP generasi pertama yang disambung kontraknya iaitu Genting Sanyen Power dan Segari Energy Ventures. Mereka disambung kontrak 10 tahun selepas mengambil kira tahap efisien dan harga.

Kontrak baharu untuk IPP generasi kedua akan dibuka pada 2016 dan 2017. Sektor tenaga bukan lagi perkara yang mudah, mereka perlu membuat pelaburan untuk mendapat pulangan. Dalam perkara mengenai IPP, proses pembaharuan kontrak dilakukan secara kompetitif berdasarkan pelaburan, input dan harga. Proses tidak lagi semudah dahulu malah mereka yang ingin memperbaharui kontrak IPP untuk kali kedua juga mesti memasuki proses penawaran yang mana mereka perlu benar-benar layak menerimanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


PS 4 vs Xbox One : Mana lebih hebat?

Posted: 30 Nov 2013 04:39 AM PST

'KAKI-KAKI' permainan video pastinya sudah lama menantikan pelancaran konsol permainan terbaru yang telah diuar-uarkan sejak awal tahun ini.

Pelancaran itu menyaksikan pertembungan dua legasi permainan video terhebat iaitu Playstation keluaran Sony dan XBox keluaran Windows yang mendominasi lebih 80 peratus permainan video di seluruh dunia.

Apatah lagi kedua-duanya melancarkan model terbaharu mereka pada bulan ini dengan nama Playstation 4 menggantikan Playstation 3 dan juga XBox One yang menggantikan XBox 360 iaitu model sebelum ini.

Playstation 4 atau lebih dikenali sebagai PS4 mula dilancarkan di Amerika Syarikat pada 15 November lalu diikuti XBox pada 22 November baru-baru ini.

Sudah pasti setiap peminat permainan video mempunyai konsul kegemaran mereka sendiri yang menentukan pemilihan konsul pilihan mereka untuk bermain.

Bagi sesetengah peminat pula, mereka akan melihat spesifikasi konsul tersebut dan tidak kisah apa jua jenisnya. Yang penting ia sesuai untuk diri mereka dan kegunaan masa hadapan.

Dalam tempoh 24 jam pertama dilancarkan, PS4 dan XBox One sudah terjual lebih daripada sejuta unit di seluruh dunia dan di Malaysia peminat yang mahu mendapatkannya awal boleh membuat tempahan secara online di laman Sony Malaysia.

Bagi penggemar permainan video, kedua-dua konsul daripada PS dan XBox mempunyai kelebihan tersendiri dan bergantung pada apa yang diingini oleh pengguna.

Dalam pada itu spesifikasi, reka bentuk, alat kawalan dan permainan video itu sendiri akan menentukan pemilihan pengguna untuk dua konsul terbaik abad ini.

Kedua-duanya menggunakan pemprosesan sama iaitu AMD yang sememangnya terkenal dalam permainan video di komputer mahupun konsul dengan kelajuan 8 quad core.

Selain itu, kedua-duanya juga menggunakan kelajuan ram 8G DDR5 yang terlaju setakat ini yang membolehkan pengguna menikmati permainan video dengan lancar tanpa sebarang gangguan sekatan audia mahupun video.

Dengan unit simpanan dalaman sebanyak 500GB untuk kedua-dua model ini, sudah pasti ia memberi sedikit kesukaran kerana mempunyai ciri-ciri spesifikasi yang tidak jauh bezanya.

Apa kata kita lihat perbezaan antara kedua-dua konsul tersebut. Yang pertama adalah dari segi harganya. XBox One lebih mahal USD100 (RM330) berbanding PS4 yang dijual pada harga RM1,799 di pasaran Malaysia. Ini bermakna harga XBox One di pasaran adalah RM2,129.

Oleh kerana lebih murah, maka PS4 tidak dilengkapi dengan fungsi kamera yang terdapat pada XBox yang diberi nama Kinect yang telah dinaik taraf berbanding model sebelum ini.

Kinect sudah dikenali dengan keupayaan untuk bermain menggunakan pergerakan tanpa sebarang alat kawalan (Joystick) berbanding PS sebelum ini yang memerlukan alat kawalan untuk bermain.

Untuk PS4 ini, pengguna tidak lagi memerlukan alat kawalan apabila menggunakan kamera aplikasi PS4 Camera untuk bermain dan ini menunjukkan persaingan pada konsul XBox.

Bagaimanapun, pengguna yang membeli PS4 terpaksa membelanjakan lebih RM200 untuk mendapatkan PS4 Camera berbanding Kinect yang terus diberikan secara percuma dengan setiap pembelian XBox One.

Selain itu, alat kawalan bagi kedua-dua konsul itu telah dinaik taraf dengan pelbagai fungsi tambahan selaras dengan kegilaan pengguna dalam rangkaian sosial seluruh dunia.

Kedua-dua konsul ini memberi capaian yang baik bagi capaian tersebut dan fungsi sensor sesentuh di alat kawalan PS4 yang dikenali sebagai Dualshock 4.Ia merupakan satu rekaan yang mengagumkan.

Dalam aspek pengalaman pula, alat kawasalan XBox One lebih besar berbanding PS 4 dengan butang fungsi yang lebih kurang sama dengan model sebelumnya, selain ciri-ciri tambahan yang lain.

Mengenai saiz, PS 4 boleh dikatakan mempunyai saiz yang lebih ideal kerana lebih kompak, senang diurus serta mempunyai pembekalan kuasa di dalam konsul.

Berbeza pula bagi XBox One yang mempunyai saiz lebih besar dan bekalan kuasa pula diasingkan, membuatkan ruang yang lebih digunakan untuk alat konsul ini.

Secara keseluruhan, XBox One cuba memperkenalkan ciri alat hiburan di rumah yang bukan sahaja untuk permainan video tetapi lebih daripada itu, manakala PS 4 lebih menumpukan kepada tujuan ia dicipta.

Kini terpulang kepada pengguna untuk memilih yang mana dan apa yang diingini bagi memastikan pelaburan kamu itu berbaloi.

Tablet Windows pertama Nokia

Posted: 25 Nov 2013 06:16 AM PST

Oleh Ashriq Fahmy Ahmad
megabait@utusan.com.my

Dikenali sebagai Lumia 2520, Nokia buat julung kalinya memperkenalkan gajet pintar tablet menggunakan platform Windows.

Direka khas untuk tugasan di mana-mana sahaja, Lumia 2520 dilengkapi bersama skrin paparan HD 10.1 inci yang boleh digunakan di luar mahupun dalam bilik setanding dengan mana-mana tablet di pasaran.

Lumia 2520 menggunakan kelebihan 4G LTE dan juga Wi-Fi untuk sambungan Internet dan buat pertama kalinya kamera 6.7 megapiksel dengan optikal dari jenama Zeiss digunakan pada tablet bagi memudahkan proses merakam gambar biarpun kekurangan cahaya.

Bagi mencapai prestasi maksimum, Lumia 2520 dijana Windows RT 8.1 yang amat mudah untuk dioperasi, memiliki pilihan warna yang menarik serta kebolehan mengecas dengan pantas - mengecas sehingga 80 peratus dalam masa satu jam.

Gajet pintar Nokia itu juga turut didatangkan bersama perisian khas dan unik yang mana eksklusif buat keluarga Nokia, contohnya permainan video Dragons Adventure yang mendapat sentuhan DreamWorks Animation.

Sebagai tambahan, Lumia 2520 disertakan bersama aplikasi Nokia Storyteller, salah satu cara baharu untuk memudahkan proses menyunting imej dan video yang dirakam menerusi gajet tersebut dengan lebih baik.

Malah, bersama integrasi aplikasi Here Maps, Lumia 2520 merupakan satu-satunya tablet yang boleh menggunakan aplikasi peta biarpun dalam keadaan rangkaian ditutup (offline).

Lumia 2520 itu juga dijual bersama aksesori tambahan yang unik dan bergaya iaitu Nokia Power Keyboard yang mana boleh memberikan kuasa tambahan kepada bateri selama lima jam.

Aksesori itu tersebut juga menawarkan kelebihan fungsi papan kekunci sepenuhnya bersama gesture trackpad ibarat sebuah komputer riba.

Lumia 2520 tersedia dalam warna merah dan putih dalam kemasan berkilat dan warna biru cyan dan hitam dalam kemasan kusam.

Selain Lumia 2520 yang diperkenalkan di Abu Dhabi baru-baru ini, Nokia turut memperkenalkan lima lagi barisan telefon pintar antaranya Lumia 1520 dan Lumia 1320, seterusnya Asha 500, Asha 502 dan Asha 503.

Lumia 1520 merupakan antara telefon pintar yang menawarkan inovasi dalam dunia pengimejan bersama kamera 20 megapiksel PureView serta kelebihan penstabil imej optikal (OIS) membolehkan pengguna merakam imej dengan lebih jelas dan tajam.

Gajet itu juga menawarkan paparan skrin 1080p HD penuh seluas enam inci sama seperti Lumia 1020.

Dalam pada itu, Lumia 1320 menawarkan paparan skrin 720p seluas enam inci bersama pelbagai pilihan aplikasi imej dan aplikasi music (Nokia Music).

Bagi tiga siri telefon pintar Nokia Asha iaitu Asha 500, Asha 502 dan Asha 503 merupakan antara barisan telefon pintar mampu milik keluaran Nokia.

Menyasarkan golongan pertengahan, siri Lumia Asha tersebut dibina dengan rekaan sarung pandangan telus (cristal clear look) bersama sarung di bahagian dalamnya yang berwarna terang dan menarik.

Rekaan tersebut melihatkan seolah-olah gajet Lumia Asha berada di dalam ais yang sedang membeku.

Menyokong jaringan 3G dan kamera lima megapiksel serta kelebihan dua slot kad sim menjadikan siri Lumia Asha telefon pintar mampu milik paling sesuai untuk golongan pertengahan.

Sementara itu Naib Presiden Eksekutif Perkhidmatan dan Peralatan Nokia, Stephen Elop berkata, pihaknya menawarkan kepada masyarakat supaya belaih kepada Nokia

``Dengan rangkaian produk terbaharu Lumia dan Asha , kami menyumbang kepada inovasi reka bentuk pada harga munasabah dengan kualiti dan nilai produk Nokia .

"Kami juga memperkenalkan pengalaman aplikasi untuk kepada Lumia dan telefon berasaskan Windows dan bersama telefon pintar Lumia and Asha," katanya pada pameran diAbu Dhabi baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Penyambung warisan seni Melayu

Posted: 29 Nov 2013 11:09 AM PST

SEBELUM menyambung pengajian dalam jurusan Seni Tari (Koreografi) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Muhammad Akmal Ayob, 28, terlebih dahulu menggenggam segulung Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

Pemuda yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur itu sama sekali tidak menyangka akan menjadikan bidang tarian sebagai kerjaya kerana pada masa sama, dia juga ingin menyertai bidang kejuruteraan.

Sikap ingin mencuba, membuatkan Muhammad Akmal tidak pernah malu untuk menonjolkan diri dengan menyertai pelbagai aktiviti kesenian mahupun sukan semenjak dari zaman sekolah rendah lagi.

Ceritanya, memasuki sekolah lelaki membuatkan dia semakin aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kesenian seperti bermain biola, menari dan berlakon yang mana kurang digemari pelajar lain.

Sementara menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya menyertai kelas tarian yang dianjurkan Pak Ngah tetapi pada masa sama, saya bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam jurusan jurutera.

Walaupun dapat menyambung pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Shah Alam, Selangor, saya tetap aktif menjana pendapatan sambilan dengan menari dan membuat persembahan.

Setelah tamat pengajian, saya bekerja di Taman Mini Malaysia sebagai penari sambilan secara rahsia.

Apabila pekerjaan ini diketahui bapa, dia cuma bertanya sama ada saya serius atau tidak untuk menjadikan seni tari itu sebagai kerjaya pada masa hadapan," kata jurulatih tari di Permata Seni itu.

Menurut Muhammad Akmal, dia tidak menyangka sama sekali minatnya itu akan dipersetujui bapanya sehingga beliau sanggup mengambil borang untuk menyambung pengajian dalam jurusan seni tari di Aswara.

Bagaimanapun katanya, keputusan tersebut tidak mendapat sokongan daripada ibu sehinggalah beliau melihat saya berupaya menjana pendapatan melalui tarian biarpun masih menuntut.

Kes pukul berleluasa

Posted: 29 Nov 2013 11:09 AM PST

Isu keganasan bukan sahaja berlaku di luar rumah, tetapi kini banyak juga kes keganasan yang dicatat berlaku di rumah sendiri melibatkan ahli keluarga sebagai pesalah laku. - GAMBAR HIASAN

SEMAKIN hari semakin menjadi-jadi kes pukul di negara kita. Pelik juga apabila kita semakin maju dari segi teknologi tetapi semakin mundur dari segi perikemanusiaan sebagai manusia yang bertamadun.

Tidak kira mangsa, muda atau tua juga menjadi bahan untuk disakiti. Lihat sahaja di dada-dada akhbar, isteri dibelasah, anak pukul bapa hanya kerana perkara-perkara remeh yang boleh diselesaikan dengan mudah.

Mungkin mereka sudah tidak lagi memikirkan masyarakat timur yang kaya dengan adat bersopan-santun serta budaya untuk saling menghormati tanpa mengira kaum atau bangsa.

Hal ini semakin serius. Jika dahulu kita dengar kes pukul atau pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap, tetapi kini kes pukul sesama darah daging tidak boleh diterima akal.

Keganasan ini boleh dibendung terutamanya dari peringkat bawahan iaitu filem atau rancangan yang mempunyai unsur ganas disiarkan pada waktu malam bagi mengelakkan kanak-kanak terdedah dengan pelbagai jenis keganasan yang dipaparkan.

Selain itu, banyakkan aspek nilai-nilai murni atau moral dalam setiap rancangan televisyen, bahan bacaan serta di internet agar mereka sedar kesan buruk terhadap perlakuan tidak bermoral berkenaan.

Kerajaan atau pihak berkuasa juga perlu membuat pemantauan serta mengetatkan lagi undang-undang sedia ada agar kes pukul ini tidak berleluasa pada masa akan datang.

Zaman sekarang sukar untuk kita jangka. Dalam rumah sendiri juga kita boleh dicederakan terutamanya oleh orang yang rapat dengan kita tanpa disangka-sangka.

Hal kecil boleh menjadi besar, seterusnya menjurus kepada keganasan dan penderaan. Saya sangat berharap masyarakat kita sedar dan membendung perkara ini secepat mungkin.

FAKHROR RAZI BORHAN

Kota Bharu, Kelantan

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Sasar sejuta pelajar IPT sertai UCTC

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

Oleh RAJMAH HASAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kementerian Pendidikan menyasarkan sejuta pelajar daripada universiti awam dan swasta akan menyertai program Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) pada tahun depan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sehubungan itu UCTC yang kini menjadikan enam universiti sebagai pusat sehenti yang memberi pelbagai perkhidmatan kepada komuniti akan diperluaskan ke institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan di seluruh negara.

"UCTC merupakan program baharu yang diharapkan dapat memberi impak besar kepada pembangunan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan UCTC peringkat Kebangsaan di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat sini hari ini.

Yang hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad; Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat UPM, Prof. Dr. Ir. Renuganth Varatharajoo.

Buat masa ini, UCTC sudah pun beroperasi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM) selain UPM.

Menurut Idris, UCTC merupakan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kelapan telah dirancang rapi oleh kerajaan untuk memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan impaknya memenuhi jangkaan yang diharapkan.

Katanya, antara lima objektif penubuhan UCTC ialah melibatkan fakulti dan pelajar dalam aktiviti transformasi di bandar dan luar bandar, membolehkan komuniti tempatan mengikuti kursus jangka pendek serta mengakses dan menggunakan infrastruktur intelektual dan fizikal IPT untuk menggalakkan aktiviti keusahawanan.

"Dengan cara ini, IPT boleh menggunakan kepakarannya untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat setempat, menawarkan peluang melakukan kajian kepada ahli fakulti serta menawarkan aktiviti kokurikulum serta pengalaman kerja kepada para pelajar universiti," katanya.

Sehubungan itu, kata Idris, kementerian akan menjadikan program UCTC tersebut sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) kepada semua Naib Canselor universiti pada tahun depan.

Antara 10 kejayaan awal UCTC sejak dilaksanakan 12 bulan lalu ialah sebanyak 800 komuniti mendapat manfaat daripada 44 program pemindahan ilmu fasa I, seramai 11,314 orang telah mengikuti 325 kursus jangka pendek oleh pengajar dalaman manakala 7,744 mengikuti 154 kursus jangka pendek oleh pengajar luar serta 793 graduan telah menjadi usahawan.

Hari Keluarga Markas TLDM

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

ABDUL Aziz Jaafar (dua dari kanan) dan isteri, Puan Sri Sarah Ab. Ghafar (kanan) serta Timbalan Panglima Tentera Laut, Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (tiga dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian daripada anak-anak warga TLDM sempena Hari Keluarga Markas TLDM di Kompleks Sukan Air, Presint 5, Putrajaya, semalam. - MINGGUAN/ZAKI AMIRUDDIN

Lebih 1,300 warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan ahli keluarga masing-masing hadir memeriahkan Hari Keluarga Markas TLDM di Kompleks Sukan Air, Presint 5, Putrajaya, semalam.

Program setengah hari yang bermula pukul 8 pagi itu dirasmikan oleh Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Sebanyak 17 acara sukaneka dan cabutan bertuah diadakan, antaranya mendaki dinding licin, kutip kulit kerang, tarikan obor-obor, balingan kasih sayang dan tarian ayam.

Mad Nasir TNC baharu UPM

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin, 57, akan menggalas tugas sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM) berkuat kuasa 1 Disember ini hingga 30 November 2016.

Beliau dilantik memegang jawatan tersebut oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diumumkan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan.

Menurut Mohd. Fauzi, pelantikan baharu itu bagi menggantikan Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris yang tamat tempoh pelantikannya hari ini.

"Sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang baharu, beliau bertanggungjawab meningkatkan pembangunan akademik termasuk menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran.

"Beliau juga bertanggungjawab ke atas perkembangan dan promosi hal ehwal antarabangsa universiti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr. Mad Nasir merupakan pakar dalam bidang Ekonomi Pertanian dan Sumber serta pernah dilantik sebagai penyelidik dan perunding untuk Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri pada 1994 hingga 1995 dan berjaya membangunkan Model Analisis Sektor Pertanian Malaysia.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Dekan kepada dua fakulti iaitu Fakulti Pengajian Alam Sekitar (2004-2009) dan Fakulti Pertanian (2009-2012).

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved