Rabu, 26 Mac 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


9 ditahan kes samun, pecah rumah dan curi

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

MOHD . Khamsani Abdul Rahman (kanan) menunjukkan kereta curi yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru, Utara, semalam.

JOHOR BAHRU 26 Mac - Polis percaya menyelesaikan 13 kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan di bandar raya ini berikutan penahanan sembilan suspek termasuk wanita dalam serbuan di beberapa lokasi pada Isnin dan Selasa lalu.

Serbuan yang dijalankan dalam Op Cantas Khas itu dilakukan di Taman Tampoi Utama, Kampung Pasir, Taman Perling, Taman Bukit Kempas dan Kolam Air.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata, kesemua suspek yang berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan antara pukul 1 petang sehingga pukul 4 petang pada keesokannya.

"Dalam serbuan itu, polis merampas enam buah kenderaan iaitu sebuah kereta Proton Perdana, Jaguar (2), Honda Accord (1), Suzuki Swift (1) dan sebuah lori jenis Mitsubishi.

"Turut dirampas sebuah monitor, beberapa gugus kunci kenderaan, sekeping kad pengenalan milik orang lain dan sebuah kereta Proton Kancil dan Proton Tiara yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan jenayah itu," katanya di sini hari ini.

Ujar beliau, semakan jenayah lampau mendapati empat daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah, curi kenderaan, pemerasan dan tipu.

Kata Mohd. Khamsani, kesemuanya direman sehingga 31 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Khamsani berkata, polis menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 26 tahun serta merampas 12 buah mesin perjudian berkomputer dalam satu serbuan di sebuah premis di Taman Perling, di sini, Ahad lalu.

Menurutnya, turut dirampas dalam serbuan pukul 5.45 petang itu adalah enam buah meja, sebuah buku catatan pertaruhan, sebuah pencetak, sebuah telefon bimbit, satu peket lutsinar disyaki dadah, sebuah komputer riba dan 32 keping wang kertas berjumlah RM188.

"Mereka yang ditahan merupakan seorang juruwang kedai berkenaan dan dua orang pelanggan. Mereka ditahan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka," katanya.

RM1 juta lesap dua minit

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my

BEBERAPA anggota forensik polis memeriksa dan mencari bukti di sebuah kedai emas di Jalan Sentul, semalam. - utusan/ NOOR AZLINA JAAFAR

KUALA LUMPUR 26 Mac - Empat suspek bertopeng, bersenjata dua pucuk pistol mengambil masa dua minit untuk melarikan beberapa dulang barang kemas dalam rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Sentul, di sini hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, suspek berjaya melarikan enam dulang barang kemas yang dianggarkan bernilai hampir RM 1

juta.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, ketika kejadian, terdapat lapan pekerja di dalam kedai berkenaan.

Jelasnya, siasatan awal pihaknya mendapati tiga suspek secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam kedai emas berkenaan sementara seorang lagi menunggu di kereta.

"Mereka bertopeng, bersarung tangan serta bersenjatakan pistol. Dua daripadanya mengacukan senjata api serta mengarahkan pekerja kedai mengeluarkan dulang emas dan memasukkannya ke dalam karung.

"Mereka melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja. Sebelum itu salah seorang suspek melepaskan satu das tembakan ke udara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Zakaria, kesemua pekerja dilaporkan selamat dan tidak dicederakan.

"Polis sedang berusaha mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan," katanya yang memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan dan menggunakan senjata.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Vettel, Franklin Atlet Terbaik Dunia

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Sebastian Vettel,Missy Franklin

KUALA LUMPUR - Kejayaan merangkul kejuaraan Formula Satu dunia buat kali keempat berturut-turut tahun lalu membolehkan Sebastian Vettel dinobat sebagai Atlet Lelaki Terbaik pada Anugerah Dunia Sukan Laureus 2013, manakala kemenangan sensasi perenang remaja Amerika Syarikat, Missy Franklin pada Kejohanan Dunia melayakkannya muncul Atlet Wanita Terbaik.

Majlis anugerah berprestij itu yang julung kalinya diadakan di Asia Tenggara, berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam, sambil turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemandu Jerman yang beraksi buat pasukan Red Bull, Vettel berjaya mengetepikan cabaran nama-nama besar lain, termasuk jaguh pecut Jamaica yang juga pemenang anugerah tiga kali, Usain Bolt dan Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo.

Turut berada dalam senarai akhir pencalonan adalah bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal, Mo Farah (olahraga) dan LeBron James (bola keranjang).

Saya telah memberi yang terbaik di atas trek. Berada dalam senarai akhir pencalonan dalam kalangan atlet terbaik di planet ini adalah satu penghormatan.

Menerima anugerah ini adalah sangat istimewa. Di sini saya dapat berjabat tangan dengan legenda dan bintang sukan lain.

Saya sangat menghormati mereka, ini adalah saat istimewa dan saya duduk bersebelahan Tony Hawk, di mana saya membesar melihat serta bermain permainan videonya," kata Vettel.

Sementara itu, kejayaan Franklin, 18, melakar kemenangan sensasi dengan merangkul enam pingat emas pada Kejohanan Renang Dunia di Barcelona, tahun lalu membolehkannya mengetepikan atlet senior seperti Serena Williams (tenis), Yelena Isinbayeva (olahraga) dan Shelly-Ann Franser-Pryce. Turut tersenarai ialah Nadine Angerer (bola sepak) dan Tina Maze (ski).

Bagai mimpi menjadi kenyataan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah di atas tragedi MH370. Saya melihat kembali video kejayaan saya dan tidak mempercayainya, saya juga bertemu ramai legenda sukan di sini. Inilah kali pertama saya datang ke Malaysia, terima kasih semua termasuk ibu bapa saya," kata Franklin yang turut terkenal dengan jolokan Missile Missy.

Kejayaan meraih gelaran treble tahun lalu membolehkan Bayern Munich merangkul anugerah Pasukan Terbaik Dunia dengan mengetepikan pasukan ragbi New Zealand (All Blacks), pasukan bola sepak kebangsaan Brazil, pemain tenis beregu Amerika Syarikat, Bob dan Mike Bryan, pasukan bola keranjang, Miami Heat dan pasukan F1, Red Bull.

Pelumba MotoGP dari Sepanyol, Marc Marquez berjaya meraih Anugerah Atlet Baharu Paling Menonjol di atas kejayaannya menjadi pelumba termuda memenangi kejuaraan dunia tahun lalu pada usia 20 tahun 266 hari.

Anugerah Kebangkitan Dunia Laureus pula diraih pemain tenis sensasi Sepanyol, Nadal yang bergelut dengan kecederaan sebelum bangkit semula tahun lepas dengan memenangi dua kejuaraan Grand Slam, Terbuka Perancis dan Amerika Syarikat serta lima kejuaraan Master ATP.

Sementara itu Najib mengucapkan tahniah kepada semua pemenang, sambil menegaskan, anugerah ini bukan hanya untuk sukan semata-mata.

Anugerah ini bukan hanya untuk sukan semata-mata, malah melibatkan pelbagai program termasuk dari segi pendidikan seperti mana yang dilakukan di Brazil," kata Perdana Menteri dalam ucapan pembukaan.

Jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei antara atlet tempatan yang dijemput menghadiri anugerah berprestij ini.

Tragedi MH370 bayangi Grand Prix Malaysia

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

Nico Rosberg (kiri) dan Lewis Hamilton turut melahirkan rasa simpati kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370.

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu paling suram dalam sejarah 15 tahun penganjurannya hujung minggu ini dengan tragedi yang menimpa pesawat malang, MH370 bakal membayangi saingan.

Pada ketika juara dunia, Red Bull mengancam untuk menarik diri dan peraturan baharu bahan api yang diperkenalkan oleh penganjur menerima reaksi bercampur baur daripada pasukan-pasukan Formula Satu, perlumbaan itu berdepan ujian besar yang jarang berlaku.

Tindakan pemilik Red Bull, Dietrich Mateschitz yang mengancam untuk memboikot perlumbaan ekoran tindakan penganjur membatalkan kejayaan pemandunya, Daniel Ricciardo daripada menduduki tangga kedua Grand Prix Australia, dua minggu lalu memburukkan lagi keadaan.

FIA, badan yang mengawal sukan Formula Satu mendapati, jentera yang digunakan oleh pemandu Australia itu melanggar peraturan penggunaan bahan api, salah satu peraturan baharu yang diperkenalkan musim ini.

Begitupun bagi kebanyakan pasukan, perlumbaan hujung minggu ini akan dimulakan dengan penuh kesedihan ekoran tragedi yang menimpa pesawat MH370, yang disahkan hilang di tengah-tengah Lautan Hindi.

Bagi mereka, kedudukan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang amat hampir dengan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), lokasi di mana MH370 berlepas, membuatkan perlumbaan itu amat dekat dengan tragedi tersebut.

Malah, Formula Satu secara tidak langsung juga menjadi sebahagian daripada peristiwa malang itu apabila pusat media dan beberapa anggota keluarga penumpang MH370 terpaksa dipindahkan dari hotel penginapan mereka untuk memberi laluan kepada tetamu perlumbaan.

Terdahulu, penganjur juga mengumumkan konsert Twin Tower yang dijadual berlangsung pada 28 dan 29 Mac, sempena perlumbaan tersebut turut dibatalkan bagi menghormati tragedi yang berlaku. Penyanyi terkenal, Christina Aguilera antara yang dijadual membuat persembahan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali memberitahu, jumlah kehadiran penonton dijangka tetap tinggi biarpun perlumbaan dibayangi tragedi, di mana 30 peratus tiket pada hari saingan sudah habis dijual.

Pemandu Mercedes, Nico Rosberg dan Lewis Hamilton antara yang melahirkan rasa simpati mereka terhadap kepada keluarga penumpang serta anak kapal MH370.

Semua doa dan rasa simpati saya mengiringi keluarga serta rakan-rakan penumpang dan anak kapal MH370," tulis bekas juara dunia, Hamilton dalam akaun Twitter miliknya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Permohonan semakan ditolak

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 26 Mac - ''Kami berpendapat bahawa keputusan majoriti bahawa insiden seksual yang menjadi teras kepada pertuduhan benar-benar berlaku tetapi, bila kejadian berlaku yang menjadi tanda tanya. Oleh itu kami sependapat bahawa terdapat bukti yang mewajarkan kenyataan tersebut dibuat.''

Itu merupakan sebahagian daripada penghakiman sebulat suara yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sewaktu menolak permohonan semakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memohon untuk mengeluarkan satu perenggan penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 yang membebaskannya daripada sabitan dan hukuman meliwat bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar.

Keputusan majoriti 2-1 itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000 yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atasnya.

Panel itu turut mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun ke atas adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang dibicarakan bersama-samanya atas dakwaan meliwat Azizan di Tivoli Villa di ibu negara pada 1994.

Penghakiman majoriti tersebut ditulis oleh Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya dilantik Ketua Hakim Negara (kini bersara).

Dalam penghakiman itu, Abdul Hamid berkata: 'kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang kala'.

Antara alasan yang dikemukakan dalam permohonan Anwar untuk memadamkan perenggan terbabit ialah bahawa kenyataan tersebut sering disalah guna oleh pihak tertentu dalam menjatuhkan reputasinya.

Yang turut bersidang hari ini ialah Datuk Seri Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali.

Pada prosiding hari ini, Anwar selaku perayu diwakili barisan peguam yang diwakili Datuk Sulaiman Abdullah manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup.

Terdahulu, Hakim Zulkefli menyatakan terdapat tiga pertimbangan yang perlu dibuat antaranya sama ada pihak yang terlibat mempunyai peluang dalam menjelaskan atau mempertahankan dirinya.

''Dalam kes ini, perayu merupakan pihak terlibat dalam prosiding. Terdapat bukti yang mencukupi direkodkan bagi mewajarkan kenyataan hakim terdahulu. Kami bersetuju dengan hujah pihak pendakwaan bahawa kenyataan yang dibuat adalah sebahagian daripada proses analitikal yang diambil oleh hakim sebelum membuat keputusan.

''Kami mendapati perenggan yang dipersoalkan mengandungi perkataan demikian '...walaupun membaca rekod rayuan.." diikuti dengan perkataan-perkataan yang kritikal iaitu 'kami mendapati terdapat bukti..' Oleh itu, ia tidak boleh disifatkan sebagai pandangan peribadi oleh hakim yang menyampaikan keputusan itu.

''Hakim terdahulu juga telah meneliti segala bukti, hujahan dan setiap keputusan yang dibuat oleh hakim perbicaraan termasuk pembelaan pihak perayu. Oleh itu pertimbangan pertama telah dipenuhi," kata hakim tersebut.

Pertimbangan berikutnya ialah adakah terdapat rekod pembuktian berhubung perilaku yang mewajarkan kenyataan tersebut dibuat.

Dalam isu ini, Hakim Zulkefli menyatakan, adalah jelas keputusan majoriti tersebut dibuat berdasarkan fakta berhubung tarikh kesalahan berlaku yang tidak dapat dibuktikan.

"Tidak ada pada bila-bila masa bahawa keputusan majoriti mengatakan bahawa kejadian liwat itu tidak berlaku," ujarnya.

Pertimbangan ketiga ialah sama ada ketika sesuatu penghakiman dibuat, hakim perlu membuat komen terhadap perilaku atau kesalahan.

Hakim Zulkefli ketika membaca penghakiman ringkasnya menyatakan, hakim terdahulu telah membuat komen terhadap salah satu elemen yang perlu dibuktikan dalam pertuduhan. Oleh itu, tiada kekhilafan berlaku ketika hakim tersebut membuat dapatan sedemikian.

"Hujahan telah dibuat oleh kedua-dua pihak atas elemen yang sama dan sudah pasti hakim yang mendengar kes itu mempunyai hak untuk membuat komen terhadap elemen yang sama.

"Adalah keputusan kami bahawa hakim yang mendengar kes terbabit mempunyai segala hak membuat komen sebagaimana yang dinyatakan di dalam perenggan yang dipertikaikan ketika membaca penghakimannya," kata mahkamah.

Hakim Zulkefli turut bersetuju dengan hujah pihak pendakwaan yang menyatakan bahawa permohonan ini, sekiranya dibenarkan, akan menyebabkan lebih banyak pihak akan memohon untuk membuat perubahan kepada setiap penghakiman agar bersesuaian dengan kehendak mereka.

Sementara itu, Anwar selepas 'merasakan' bahawa permohonannya akan ditolak oleh mahkamah, mula mengeluh dengan kuat beberapa kali.

Sebaik sahaja mahkamah berhenti bersidang, beliau dengan suara yang kuat menyatakan: "Sebut sahaja Anwar Ibrahim, memang akan kalah!."

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Lloyd’s of London mula bayar tuntutan insurans kepada MAS

Posted: 26 Mar 2014 07:30 PM PDT

LONDON 27 Mac - Pasaran insurans tertua di dunia, Lloyds of London telah mula membayar tuntutan kerugian kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) atas kehilangan pesawat MH370 walaupun misi mencari masih diteruskan di Lautan Hindi.

Pengerusi pasaran itu, John Nelson berkata, kos sebenar pembayaran kepada MAS masih belum ditetapkan kerana jumlah sebenar bergantung kepada punca insiden tersebut.

"Sebagai contoh, Lloyds mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk mengetahui punca pesawat Air France terhempas pada 2009," katanya tanpa mendedahkan jumlah yang dibayar kepada MAS. - AGENSI

FBI: Analisis data simulator makan masa dua hari

Posted: 26 Mar 2014 07:29 PM PDT

WASHINGTON 27 Mac - Proses analisis data simulator milik juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, akan mengambil masa selewat-lewatnya dua hari lagi.

Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey berkata, pihaknya diminta oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mendapatkan semula fail yang dipadamkan dalam cakera keras simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Comey berkata, siasatan ke atas fail yang dipadamkan itu mungkin akan membantu merungkai situasi sebenar yang berlaku kepada pesawat MH370.

"FBI jangkakan proses mendapatkan semula fail terbabit akan mengambil masa sehari atau dua hari lagi," katanya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Kes saman fitnah Anwar-Nalla diteruskan

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 26 Mac - Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan Ketua Pembangkang itu menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian akan diteruskan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakaruppan dalam kes tersebut.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara memutuskan bahawa terdapat beberapa isu dalam pembelaan Nallakaruppan yang perlu dibuktikan melalui perbicaraan.

Panel terbabit turut memutuskan bahawa Anwar perlu membayar kos RM20,000 kepada bekas rakan permainan tenis beliau itu.

Yang turut bersidang ialah Tan Sri Suriyadi Hakim, Datuk Hasan Lah, Datuk Seri Zaleha Zahari dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Pada 25 Ogos 2008, Anwar selaku plaintif memfailkan saman terhadap Nallakaruppan yang dinamakan sebagai defendan.

Anwar dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, defendan pada 23 Ogos tahun yang sama, telah mengucapkan dan menyebabkan penerbitan dalam akhbar Mingguan Malaysia artikel bertajuk, Didakwa terima RM60 juta dan dalam akhbar Sinar Harian bertajuk, Anwar terima RM60 juta.

Kata-kata itu bagi plaintif, merupakan fitnah yang menggambarkan atau membawa maksud biasa dan semula jadi antaranya, plaintif telah terlibat dalam aktiviti korup, tidak jujur dan telah melakukan perbuatan jenayah serius di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 serta undang-undang lain di Malaysia.

Plaintif mendakwa tindakan defendan telah didorong oleh niat jahat dan menyebabkan reputasinya terjejas.

Menurut plaintif, defendan berbuat demikian untuk mendapatkan kelebihan melalui penerbitan tersebut dan penerbitan semula pernyataan itu untuk pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang berlangsung pada 26 Ogos 2008.

Pada 23 November 2011, Mahkamah Rayuan memerintahkan Nallakaruppan mengemukakan butiran terperinci dalam tempoh dua minggu berhubung dakwaannya bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation.

Apabila Nallakaruppan gagal memberi butiran terperinci tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam pada 19 Jun 2012 bertindak membatalkan pembelaan Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu selepas membenarkan permohonan Anwar.

Mahkamah Rayuan pada 21 Januari 2013 berpendirian bahawa tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Nallakaruppan adalah betul selepas dia gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap Anwar.

ASP buat tuntutan palsu dihukum penjara enam tahun

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

SHAH ALAM 26 Mac - Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan Polis (ASP) terpaksa meringkuk dalam penjara selama enam tahun setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara setahun serta denda RM60,000 atas enam kesalahan membuat tuntutan palsu, 10 tahun lalu.

Hakim Datuk Noor Azian Shaari memerintahkan demikian terhadap Pegawai Penyiasat Trafik, Wan Nazli Wan Jaafar, 46, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang setelah mendapati hakim Mahkamah Sesyen tersilap semasa memutuskan hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan itu dijalankan serentak.

"Mahkamah terkhilaf semasa memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak kerana transaksi yang berlaku dalam kes ini adalah berlainan dan melibatkan enam resit justeru penjara setahun kekal bagi setiap pertuduhan tetapi hendaklah dijalankan secara berasingan bermula hari ini," kata beliau.

Bagaimanapun, Hakim Nor Azian mengekalkan hukuman denda tersebut.

Permohonan Wan Nazli yang diwakili peguam, Halim Ashgar Mohd. Hilmi untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan turut ditolak oleh hakim tersebut.

Lelaki itu didapati bersalah terhadap enam pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM1,300, berhubung penginapan di dua buah hotel.

Bagi lima pertuduhan pertama, Wan Nazli didakwa mengemukakan lima tuntutan penginapan hotel palsu kepada kerani kewangan, Bahagian Kewangan IPD itu, Rosliah Mohamed, berjumlah RM1,100, antara 28 Februari dan 11 Mac 2004.

Dia juga didakwa atas pertuduhan keenam mengemukakan tuntutan penginapan hotel palsu berjumlah RM200 di tempat sama, 29 Disember tahun sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Mahkamah Sesyen pada 8 Mac 2011 menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM10,000 untuk setiap kesalahan terhadap tertuduh dan memerintahkan hukuman penjara tambahan dua bulan bagi setiap denda yang tidak dibayar.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zarifah Zulghaffar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Sekolah agama dibantu

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

Syed Ibrahim Syed Ahmad (dua kanan) menyampaikan cenderamata kepada Adnan Yaakob (kiri) selepas merasmikan Majlis Penutup Sukan dan Ilmiah SMAN Negeri Pahang di Raub, kelmarin. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD

RAUB 26 Mac - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM71.76 juta tahun ini bagi tujuan pembangunan dan pendidikan sekolah menengah agama negeri (SMAN) dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, daripada peruntukan itu, sebanyak 80 peratus diperuntukan untuk pentadbiran dan bayaran gaji guru manakala selebihnya adalah untuk pembangunan termasuk melengkapkan prasarana di sekolah-sekolah terbabit.

Menurut beliau, peruntukan besar itu membuktikan kerajaan negeri begitu prihatin dan komited terhadap usaha memartabatkan pendidikan sekolah aliran agama Islam.

Sebanyak 18 SMAN ditadbir kerajaan negeri dengan pelajar seramai 9,800 orang manakala jumlah guru pula seramai 640 orang.

Sekolah aliran agama kini semakin mendapat sambutan pelajar dan ibu bapa berikutan prestasi peperiksaan utama yang meningkat setiap tahun, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutup Sukan dan Ilmiah SMAN Negeri Pahang di Sekolah Menengah Agama (SMA) al-Falah Batu Talam di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Dakwah Islamiah negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan ADUN Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram.

Adnan berkata, sekolah agama kini bukan lagi sekolah kelas ketiga seperti persepsi sesetengah pihak sebelum ini.

Tambahnya, tumpuan kerajaan negeri bukan sahaja soal pendidikan berkualiti tetapi juga meningkatkan prasarana dan kemudahan yang mampu memaksimumkan kemudahan rakyat.

Kini pelajaran di sekolah agama adalah setanding dengan sekolah menengah lain yang turut diajar mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa arab dan lain-lain," ujarnya.

Beliau turut menasihati pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh, tekun dan dedikasi dengan menguasai bahasa Inggeris serta Arab.

Penguasaan kedua-dua bahasa ini akan memudahkan mereka bergaul dan mendapat peluang pekerjaan apabila menamatkan persekolahan nanti," katanya.

Ibu bapa diminta sertai Program Sarana tingkatkan kecemerlangan pelajar

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) menyampaikan beg sekolah kepada Zainal Abidin Ismail (dua dari kanan) untuk murid miskin di Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Koyan, Kuala Lipis, baru-baru ini. UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 26 Mac - Ibu bapa diminta melibatkan diri dalam Program Sarana yang dilakukan pihak sekolah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya kerjasama dengan guru lebih rapat bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum serta bina insan pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerjasama sedemikian akan mewujudkan satu perkongsian bijak dengan pentadbir sekolah dan guru mengenai perkongsian pengetahuan serta kemahiran masing-masing.

Menurutnya, langkah itu juga membabitkan aspek pembinaan, disiplin, kebersihan dan keceriaan sekolah termasuk kebajikan pelajar bagi mewujudkan keselesaan pelajar mengikuti pembelajaran dalam kelas.

Ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu merancang kegiatan serta tindakan yang selari dengan visi sekolah berkenaan khususnya dalam pencapaian akademik dan bidang lain setiap tahun.

Komitmen PIBG berasaskan wujudnya komunikasi dua hala dengan pentadbir sekolah untuk melakarkan idea dan melaksanakan kegiatan tahunan supaya kecemerlangan bidang berkenaan dapat direalisasikan pada akhir tahun khususnya kualiti peperiksaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Sungai Koyan di Sungai Koyan di sini baru-baru ini yang turut dihadiri Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Koyan, Zainal Abidin Ismail.

Dalam majlis itu, Wan Rosdy menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada murid miskin serta sumbangan sebanyak RM4,000 daripada Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai kepada Zainal Abidin bagi pelaksanaan program kecemerlangan akademik, kebersihan dan keceriaan.

Menurut beliau, PIBG juga diminta menghayati dan memahami ledakan teknologi maklumat membabitkan penggunaan aplikasi media baharu yang menjadi satu keperluan masa kini.

Katanya, mereka juga perlu tampil membantu pihak sekolah sama ada dalam bentuk motivasi, penerangan dan pemantauan terhadap pelajar bagi menangani kes penyalahgunaan teknologi berkenaan.

Iltizam menerusi perancangan tersusun dengan pentadbir sekolah merupakan mekanisme paling utama untuk menggerakkan usaha melahirkan murid berkualiti serta memiliki sahsiah tinggi sekali gus mewujudkan pendidikan berkualiti di sekolah," katanya.

300 peserta sertai Bicara Sakinah anjuran Yadim

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

Ismail Abd. Muttalib (tengah cermin mata) menyampaikan buku akaun simpanan Tabung Haji kepada pelajar sekolah yang tepilih di Kuantan, baru-baru ini.Hadir sama, Asyraf Wajdi Dusuki (berdiri kiri).

KUANTAN 26 Mac - Seramai 300 peserta hadir menyertai Karnival Bicara Sakinah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini baru-baru ini.

Menurut Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, program tersebut diadakan bagi mengupas peranan setiap individu dalam membangunkan model keluarga Islam yang boleh dicontohi.

Masalah anak muda pada hari ini berdepan dengan cabaran yang cukup besar tambahan pula dengan perubahan dunia tanpa sempadan.

Jika anak-anak tidak mempunyai jati diri tinggi serta ilmu pengetahuan yang lengkap, pasti mereka akan mudah terdedah dengan unsur-unsur negatif sehingga membawa keburukan dalam masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program tersebut.

Yang turut hadir ialah Yang Dipertua Yadim, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, beliau mengucapkan terima kasih kepada Yadim kerana menganjurkan program yang cukup baik dan banyak memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan.

Sementara itu, menurut Asyraf, karnival itu merupakan antara pengisian utama di dalam program Dakwah Negara 2014.

Kita akan menjelajah ke seluruh negara ke 32 daerah atau parlimen dalam usaha memberi dokus kepada pemantapan institusi kekeluargaan Islam.

Karnival Bicara Sakinah dijangka akan sampai kemuncaknya pada Disember ini terutama bagi memantapkan akidah dikalangan anak muda dalam mendepani ancaman dan cabaran," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Misi sukar yang mencabar

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
pengarang@utusan.com.my

PEGAWAI Kelas Pertama, Francis Enriquez tekun meneliti monitor radar, infra merah dan pengesan kelainan magnetik (MAD) sewaktu pesawat P3 Orion mengimbas permukaan Lautan Hindi, Isnin lalu.

SAYA tersedar daripada tidur selepas terdengar bunyi hentakan but Komander P3 Orion, Leftenan Erica Ross yang melompat turun dari katil boleh lipat yang terletak betul-betul di atas kepala saya.

Selesa seperti di rumah," pegawai wanita muda itu menyapa saya. Barangkali kerana melihat saya terlena lebih lama berbanding kru pesawatnya yang bergilir-gilir melelapkan mata di bahagian belakang P3 Orion.

Sambil membetulkan topi berwarna merah jambu, Ross mengajak saya meninjau suasana operasi bagi mengelakkan rasa bosan. Rupa-rupanya, sudah hampir dua jam saya terlelap kerana keletihan.

Tatkala memasuki ruang tengah P3 Orion, terbit rasa segan melihatkan kru lain masih setia dengan tugas mereka walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 di Lautan Hindi sudah memasuki jam keempat.

Dua kru di kiri dan kanan pesawat berkenaan kelihatan tekun merenung permukaan laut dari tingkap tinjau sama ada dengan mata kasar, binokular dan kamera DSLR yang dilengkapi lensa telefoto.

Inilah tugas saya sejak 9 Mac lalu, memerhatikan permukaan Laut China Selatan sebelum beralih ke Selat Melaka dan kini di Lautan Hindi.

Adakalanya minda saya seperti mengada-adakan imej objek di permukaan laut. Mungkin kerana terlalu penat tetapi inilah cabarannya," kata Pegawai Kelas Kedua, Jaimeson Whiteley.

Ya. Memang amat mencabar kerana mereka dilatih untuk mengesan kapal selam dan kapal laut namun kali ini berdepan dengan misi yang lebih sukar kerana tidak tahu apakah objek yang akan muncul sama ada serpihan kecil MH370, jaket keselamatan mahupun dulang makanan pesawat malang itu.

Tidak jauh dari tingkap tinjau itu, terdapat empat stesen kerja yang dilengkapi monitor kamera resolusi tinggi, infra merah, radar dan pengesan kelainan magnetik (MAD) yang serba canggih.

Kelengkapan teknologi tinggi ini membolehkan P3 Orion mengesan manusia dari jarak 48 kilometer dan objek sekecil jaket keselamatan dari ketinggian 1,524 meter.

Teknologi infra merah umpamanya membolehkan operasi SAR dilakukan dalam cuaca gelap, MAD pula berkeupayaan mengesan kelainan medan magnetik seperti kewujudan logam manakala fungsi akustik mampu mengesan bunyi kira-kira 304.8 meter di dalam air.

Kemampuan luar biasa itu menobatkan P3 Orion buatan firma Lockheed Martin sebagai salah satu daripada dua pesawat pengawasan maritim terbaik di dunia bersama-sama P-8 Poseidon.

Di salah sebuah stesen kerja, Jurumudi Aaron Eller kelihatan khusyuk memerhatikan monitor yang memaparkan imej daripada tiga kamera tinjauan beresolusi tinggi yang berada di bawah badan pesawat.

Tangannya cekap bermain dengan joystick yang mengawal pergerakan kamera berkenaan. Imej yang kelihatan seperti objek akan dizoom. Segalanya cukup jelas dan bagi imej tertentu, gambarnya disimpan untuk analisis selanjutnya sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia.

Jika ada objek yang dirasakan relevan dan perlukan pemeriksaan rapi, pesawat ini mampu terbang di paras yang lebih rendah kira-kira 60 meter dari permukaan laut bagi membolehkan kamera merakam imej dengan lebih jelas ," katanya.

Ditanya tidakkah tugas itu membosankan, dia sambil ketawa memberitahu: Suka atau tidak, petunjuk mengenai MH370 perlu dicari. Penemuannya akan memberikan impak yang besar kepada misi SAR."

Bersebelahan ruang kerja Eller pula, Pegawai Kelas Pertama, Francis Enriquez tenggelam dalam dunianya merenung monitor radar, infra merah dan MAD.

Jarak penglihatan saya melalui alat ini ialah kira-kira 290 km," katanya sambil menanda kawasan yang telah diimbas oleh P3 Orion.

Sementara itu, menceritakan operasi pada Isnin lalu, Komander Misi, Ketua Pegawai Waran Jorge Guiloty berkata, ia melibatkan kawasan pencarian seluas 43,000 batu nautika persegi di kawasan barat Lautan Hindi.

Katanya, lokasi pencarian itu adalah atas arahan kerajaan Malaysia dan pihaknya berharap sumbangan P3 Orion daripada Skuadron Grey Knight, Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat dapat membantu pencarian MH370.

Kami ke sini untuk memberikan impak kepada misi SAR. Secara teknikal, apa yang kami cari ialah objek di permukaan laut.

Apa sahaja, boleh jadi serpihan, bagasi penumpang dan kelengkapan lain ataupun kesan tumpahan minyak yang boleh dijadikan petunjuk.

Kami mesti mengimbas setiap inci permukaan laut, tidak boleh ada kawasan yang tertinggal jika mahu menamatkan misteri kehilangan MH370," jelasnya.

Terdahulu, P3 Orion bersama 11 kru misi SAR berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada pukul 12.30 tengah hari dan terbang selama dua jam sebelum tiba di kawasan operasi.

Memasuki kawasan operasi, salah satu daripada empat enjin bebaling turbo P3 Orion dimatikan bagi tujuan penjimatan bahan bakar sekali gus memanjangkan tempoh SAR.

Selama enam jam P3 Orion berlegar di kawasan operasi dengan penerbangan statik pada ketinggian kira-kira 304 meter dari permukaan laut dengan kelajuan sederhana.

Jarak itu amat hampir sehingga mata kasar boleh menangkap objek terapung yang kebanyakannya adalah sampah-sarap. Kerja-kerja mengimbas permukaan laut dibuat mengikut garisan lurus sebelum berpatah balik menggunakan jaluran bersebelahan umpama memesin rumput di padang bola.

Sewaktu operasi, cuaca amat baik walaupun Lautan Hindi yang merupakan kawasan laut terpencil sinonim dengan perubahan cuaca secara drastik daripada cerah kepada ribut sebelum kembali cerah selepas beberapa jam akibat pengaruh lilitan Antartika.

Walaupun dalam kebingitan enjin bebaling turbo P3 Orion, penulis dapat merasakan kesunyian Lautan Hindi. Seluas mata memandang lautannya membiru menyimpan rahsia di manakah lokasi sebenar penerbangan MH370 berakhir.

Arus Lautan Hindi yang kuat juga menjadi penghalang kepada usaha mengesan bangkai pesawat kerana serpihan atau apa jua objek yang boleh dijadikan petunjuk akan hanyut dengan pantas. Difahamkan objek boleh berubah kedudukan sehingga 200 kilometer (km) hanya dalam masa empat hari.

Analogi mencari jarum peniti di dalam jerami bagi menggambarkan kesukaran mengesan serpihan atau bahan bukti MH370 di Lautan Hindi sudah tidak tepat kerana keadaannya jauh lebih sukar. Operasi kini ibarat mencari jarum di dalam jerami yang longgokannya bergerak pada setiap masa di bawah sinaran cahaya yang berubah-ubah warnanya.

Malah pencarian objek yang relevan dengan kehilangan MH370 oleh P3 Orion pada Isnin lalu juga buntu. Apa yang berjaya dikesan oleh kelengkapan ultra moden pesawat berkenaan hanyalah 52 bot pemancing, sebuah kapal kontena dan kawanan ikan lumba-lumba.

Bagi penulis, hasil operasi itu amat mengecewakan selepas 10 jam berada di udara dan jika diberi peluang untuk menyertai misi SAR bersama P3 Orion sekali lagi, saya pasti menolak kerana misi itu amat memenatkan dan boleh mengundang mabuk laut yang kronik.

Namun, 11 kru P3 Orion tidak patah semangat malah selepas mendarat di Pangkalan Udara Subang kira-kira pukul 10 malam, wajah mereka ceria dan Ross yang baharu keluar dari kokpit sempat bergurau dengan mengacah untuk menyepak salah seorang kru.

Kita sambung esok," katanya ringkas.

Jangan bohongi diri sendiri

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang telah berakhir dengan kemenangan calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan majoriti 5,379 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA.

Berikut adalah carta keputusan PRK Kajang pada 23.03.2014 dan statistik terdahulu sebagai perbandingan.

Jumlah tidak turun mengundi dalam PRK ialah 10,686 atau 27% daripada jumlah pengundi. Dalam PRU-12 pada 2008, calon PKR, Lee Kim Sin menang majoriti 3,268.

Dalam PRU-13, tiga calon bebas Melayu memperolehi 1,346 undi manakala calon bebas bukan Melayu (Ong Yan Foo) mendapat 85 undi.

Saya melihat kebanyakan penganalisis prokerajaan termasuk media memainkan isu konon PKR tidak mendapat sokongan berdasarkan majoriti yang diperolehi oleh Wan Azizah berkurangan sebanyak 2,830 (atau 15%) berbanding yang diperolehi oleh Lee Chin Cheh pada PRU-13.

Wan Azizah mendapat 16,741 berbanding Lee Chin Cheh mendapat 19,571.

Namun pada saya ini satu analisis yang menipu diri sendiri.

Jangan lupa calon BN, Chew Mei Fun hanya mendapat 11,362 undi, berbanding Lee Ban Seng, calon BN dalam PRU-13 yang mendapat 12,747 undi. Ini adalah kekurangan undi sebanyak 1,385 atau 10%.

Beberapa faktor perlu diambil kira didalam membuat analisis PRK Kajang ini. Yang paling ketara ialah jumlah pengundi yang turun dalam PRK ini sangat berkurangan berbanding dengan PRU-13.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah peratus turun mengundi bagi PRU-13 ialah 88.4%, manakala bagi PRK Kajang jumlah turun mengundi hanya 72%; iaitu kekurangan 6,151 undi atau 16%, satu jumlah yang agak besar.

Manakala jumlah yang tidak turun mengundi berbanding dengan jumlah daftar pengundi adalah 10,686 atau 27%. Ini satu jumlah yang sangat besar dan perlu diambil kira dalam menganalisis PRK Kajang.

Pada saya, penurunan jumlah turun mengundi adalah kerana pelbagai faktor. Antaranya, mereka sudah yakin PKR akan menang; kedua, kerana merasakan PRK Kajang tidak perlu; ketiga, faktor pengundi luar tidak balik mengundi; keempat, kerana isu MH370 yang masih menyelubungi negara mempengaruhi mood tidak mahu mengundi; kelima, kerana silent-protest (protes senyap).

Begitu juga kemungkinan besar pengundi Melayu terutamanya dalam kalangan ahli dan penyokong Pas kurang turun mengundi mungkin kerana faktor menolak politiking melampau Anwar Ibrahim dan PKR.

Apapun yang jelas, pada hakikatnya PRK Kajang membuktikan tiada sebarang perubahan dari segi trend mengundi sama ada kepada pembangkang mahupun BN.

Setelah 10 bulan PRU-13 berlalu di mana BN berhadapan dengan senario tsunami politik Cina yang menolak parti pemerintah, saya melihat PRK Kajang memberi gambaran sebenarnya tiada sebarang perubahan trend pengundian dalam kalangan pengundi.

Kita perlu ingat dalam PRK ini ada beberapa faktor memihak kepada BN iaitu:

1. Sabitan kesalahan jenayah liwat terhadap Anwar oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac yang menghukum Ketua Pembangkang itu lima tahun penjara;

2. Politik kronisme yang jelas diamalkan PKR bilamana Wan Azizah, isteri Anwar yang juga Presiden PKR dipilih sebagai calon menggantikan Anwar;

3. Isu kehilangan MH370 yang sepatutnya melahirkan rasa simpati rakyat dan sewajarnya diterjemahkan dalam bentuk undi kepada BN sebagai sokongan moral kepada kerajaan;

4. Tiadanya bantuan aktif daripada jentera Pas kawasan mahupun pusat dalam kempen, malahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya turun sekali;

5. Persepsi bahawa Anwar mengkhianati Tan Sri Khalid Ibrahim dengan perancangan untuk menggulingkannya sebagai Menteri Besar Selangor yang menjadi darling MB kepada masyarakat korporat dan peniaga Cina.

Pada waktu yang sama, calon BN bukan calang-calang orang. Mei Fun ialah Naib Presiden MCA, dilihat sebagai seorang yang berprinsip apabila meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri dan semua jawatan dalam MCA kerana tidak bersedia bersekongkol dengan bekas Presiden, Datuk Seri Chua Soi Lek yang diselubungi masalah moral yang serius.

Sebagai perbandingan, Wan Azizah pula dilihat sebagai calon yang tidak berprinsip, contohnya gagal menunjukkan jam Omega yang dikaitkan dengan skandal Anwar-China Doll. Kenyataan Wan Azizah bahawa jam itu ada dalam simpanannya bercanggah dengan bukti yang dikemukakan oleh Datuk Eskay yang telah menyerahkan jam tersebut kepada pihak polis.

Isu ini menimbulkan persoalan kewibawaan yang serius terhadap Wan Azizah; siapa yang berbohong, Wan Azizah atau Eskay? Malah slogan kempen BN dalam PRK ini antaranya; calon berprinsip atau calon puppet!

Jentera BN diturunkan sepenuhnya diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan Pengarah Jentera Pilihan Raya diamanahkan kepada Datuk Seri Noh Omar, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

Tidak seperti jentera PKR dan pembangkang yang hanya berbekalkan air liur dan modal ceramah, jentera BN turun dengan segala bentuk persiapan dan bekalan; selain ceramah.

Saya memang dari awal tidak menjangkakan BN boleh memenangi kerusi Kajang ini. Namun saya berpandangan jika kena strategi dan perancangan, BN mampu mengurangkan dengan serius majoriti PKR terutama dalam kalangan pengundi Melayu.

Namun jangkaan itu meleset sama sekali. Ternyata hakikatnya tiada sebarang perubahan dalam trend mengundi pada PRK Kajang ini. Malahan trend tsunami politik Cina masih berterusan.

Pada saya, MCA masih gagal untuk menjadi relevan dan diterima oleh masyarakat Cina. Walaupun sudah berubah kepimpinan, namun ia tidak berjaya memberi keyakinan kepada pengundi Cina untuk mengubah trend politik mereka.

Jika PRK Kajang boleh dijadikan cermin untuk PRU-14, BN terutamanya UMNO perlu mengubah strategi dan pendekatan politik mereka.

Mengakui dan menyedari bahawa trend tsunami politik Cina bukan sahaja tidak akan berubah, malah akan bertambah parah dalam PRU-14, UMNO perlu kembali kepada asas undi akar umbi iaitu pengundi Melayu.

Saya berpegang kepada pendapat bahawa kuasa politik Malaysia masih lagi berpaksi kepada bangsa Melayu sebagai tulang belakang pemerintahan. Mana-mana juga parti yang dilihat mendapat sokongan jitu bangsa Melayu akan muncul sebagai tunggak mana-mana kerajaan yang dipilih.

Inilah rahsia kepada kelangsungan politik UMNO dan BN selama ini, termasuk dalam menghadapi PRU-14.

Sokongan dan undi Melayu menjadi paksi kepada kesinambungan politik UMNO. Dan UMNO perlu menyedari bahawa politik bangsa Melayu tidak seperti dahulu. Melayu kini sudah berubah.

Retorik politik bahawa Melayu perlukan UMNO sudah tidak relevan. Hakikatnya sekarang ialah UMNO perlukan Melayu.

Dan itulah pendekatan dan strategi yang perlu dirangka semula oleh kepimpinan UMNO.

Selagi UMNO merasakan Melayu perlukan UMNO, selagi itulah kepimpinan dan ahli UMNO akan berada di zon-selesa dan mengambil mudah kepentingan dan perjuangan bangsa Melayu.

Tetapi jika mereka merasakan bahawa UMNO memerlukan bangsa Melayu, saya yakin seluruh kepimpinan dan ahli UMNO akan mengubah pendekatan dengan memberi keutamaan kepada perjuangan dan kepentingan bangsa Melayu.

Salah satu pendekatan serius yang perlu dilakukan oleh UMNO ialah soal pertanggungjawaban pemerintahan, dalam konteks ketelusan, amanah dan tegas memerangi unsur-unsur salah guna kuasa dan rasuah.

Soal kenaikan harga, soal pengenaan cukai baru GST dan lain-lain bukan isu besar bagi golongan Melayu kelas pertengahan. Tumpuan mereka ialah soal ketirisan, pembaziran dan salah guna perbelanjaan kerajaan.

Soal pelantikan individu politik ke jawatan-jawatan amanah yang langsung tidak wajar, dilihat sebagai pelantikan habuan dan bukannya strategik untuk memartabat dan memperkasa bangsa Melayu. Bak kata pepatah Melayu, seperti menyuruh kucing menjaga lauk ikan! Ini adalah antara faktor yang membuatkan orang Melayu, khususnya kelas pertengahan meluat.

Salah satu pendekatan yang paling berkesan bagi UMNO menghadapi PRU-14 adalah dengan melipatgandakan usaha untuk menyatukan umat Melayu-Islam terutama dari segi politik.

Pemimpin dan jentera UMNO harus berusaha keras merapatkan jurang perbezaan dengan Pas. Suka tak suka, Pas adalah parti alternatif bagi orang Melayu.

Pas masih di tahap kurang cerdik dan terlalu taksub dengan kekuasaan sehingga menjadi pekak, bisu dan buta terhadap realiti keperluan survival politik umat Melayu-Islam.

Jika kelak satu hari Pas tersedar dan membuang Anwar serta membatalkan kerjasama politik dengan DAP, lalu kembali kepada perjuangan asal mereka untuk sebuah negara Islam dan pemerintahan yang tawaduk juga takwa kepada Allah, saya kira waktu itu UMNO hanya tinggal membilang hari.

Kini masih belum terlambat. UMNO perlu segera bangkit daripada zon selesa dan kembali kepada perjuangan mengangkat martabat dan memperkasa umat Melayu-Islam dalam semua aspek termasuk politik, agama, ekonomi, sosial dan lain-lain.

Dan UMNO wajib membuka ruang dan peluang kepada pimpinan pelapis dalam kalangan generasi muda terutama golongan profesional dan berpendidikan tinggi.

Saya merumuskan bahawa PRK Kajang adalah satu cermin istimewa untuk UMNO melihat ke hadapan. Tiada guna kita terus hidup membohongi diri sendiri daripada menerima hakikat bahawa kesinambungan politik Melayu-Islam terletak di tangan pengundi Melayu terutama dalam menghadapi PRU-14.

Selagi UMNO masih dengan sindrom penafian, selagi UMNO masih di dalam zon selesa, selagi UMNO tidak berubah menjadi parti yang meletakkan kualiti di tempat teratas, UMNO akan ketinggalan dalam arus politik perdana yang makin mencabar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Gitar teman hidup

Posted: 25 Mar 2014 09:30 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB

YNGWIE Malmsteen adalah idola Joe dalam permainan gitar.

BAGI Joe, bermain gitar bukan setakat kerana minat semata-mata. Sebaliknya, gitaris kumpulan rock Burnmark yang popular pada tahun 1980-an ini juga meminati instrumen itu kerana keunikan bunyi, bentuk dan gaya permainan alat itu. Joe atau nama sebenarnya Zulkifle Abdullah turut menjadikan bidang petikan gitar sebagai kerjaya sepenuh masa sejak tamat zaman persekolahannya sehinggalah ke hari ini.

Tidak cukup setakat itu, gitaris berusia 47 tahun ini juga merupakan seorang pemetik gitar yang tegar sehingga dia pernah mengisi ruang lingkup kehidupan seharian dengan bermain gitar tanpa mengambil kira dunia di sekelilingnya.

Ekoran terlalu obses dengan bermain gitar, dia pernah mengalami tekanan mental sehingga dikatakan telah gila dan terpaksa menjalani rawatan penyakit tersebut.

Saya paling tegar bermain gitar pada pertengahan tahun 1980-an sehingga awal 1990-an. Hidup saya ketika itu banyak berkurung di studio dan dalam bilik di rumah saya. Kerja lain memang tidak ada selain bermain gitar.

Kerana minat yang mendalam itu, hidup saya 24 jam sehari adalah dengan bermain gitar. Saya bukan setakat bermain gitar tetapi turut mengkaji elemen-elemen yang ada di dalamnya.

Antara yang menjadi bahan kajian saya adalah hasil-hasil kerja gitaris bernama Yngwie Malmsteen dari Sweden. Saya amat kagum dengannya dan sentiasa mencari rahsia-rahsia di sebalik petikan gitarnya sampai sekarang.

Sebab itu saya sudah lupa keluarga, tidak ingat makan dan minum lagi. Saya juga kurang tidur dan macam sudah lupakan dunia lain sampaikan ia menjadi masalah mental," ungkapnya.

Gitaris berasal dari Buloh Kasap, Segamat, Johor ini meluahkan rasa dan pengalamannya kepada Hits sewaktu sesi fotografi yang diadakan baru-baru ini akan rasa ketaksubannya kepada dunia petikan gitar yang dilalui.

Ekoran masalah yang dihadapi berlanjutan selama beberapa tahun, Joe bukan sahaja mula menyedari tetapi pada masa sama juga bimbang ia akan berlanjutan ke tahap kronik.

Bagi mengelakkan simpton yang sama berlaku ke atas penagih arak atau lebih dikenali alcoholic dan juga kaki membeli-belah tegar yang dipanggil shopaholic, Joe bingkas segera bertemu doktor bagi mengatasi masalah itu.

Paling kronik penyakit saya itu adalah pada 1990. Ketika itu, saya rasa doktor seperti sudah tidak mampu membantu sehingga memaksa saya mencari jenis rawatan alternatif.

Saya kemudiannya balik ke kampung saya di Segamat dan berubat secara kampung atau tradisional selama kira-kira dua tahun. Dalam tempoh itulah saya lupakan sekejap dunia gitar dan tenangkan fikiran dan ketaksuban saya itu.

Selepas itu, barulah saya boleh jalani hidup dengan normal seperti orang lain. Apa pun saya terus bermain gitar tetapi ada batas-batas tertentu yang sesuai dengan fitrah hidup ini.

Cuma selepas tahun 2000 barulah keadaan penyakit saya itu pulih sepenuhnya. Saya juga mula menjalani kehidupan sebagai seorang gitaris dengan azam dan matlamat baru yang lebih jelas hala tujunya," jelasnya penuh jujur.

Percaya semangat gitar

Sebagai peminat dan pemain gitar, Joe bukan setakat bermain instrumen itu, sebaliknya dia juga mengkaji akan sejarah daripada bunyi, kod ataupun teknik petikan gitar.

Tidak hairanlah dia begitu mengkagumi idolanya dalam petikan gitar iaitu Yngwie Malmsteen yang juga merupakan pemain gitar kumpulan rock terkemuka Rising Force yang menjadi dambaan sejak lebih 25 tahun lalu.

Jelas Joe, dia yakin kebanyak lagu hasil petikan gitar Malmsteen mempunyai sejarah dan latar belakang yang tersendiri yang mana ia mampu menarik perhatian para pengkajinya.

Saya kaji setiap kod yang digunakan oleh Malmsteen seperti elemen klasikal yang ada di dalamnya. Saya tertanya-tanya dari mana datangnya semua itu. Mesti ada orang lain yang lebih awal mencipta semua kod tersebut.

Ia mungkin datangnya dari penggubah lagu zaman silam seperti Bethoven ataupun Mozart. Bagaimana mereka dapat ilham untuk mencipta semua itu? Dan akhir sekali saya yakin ia tentunya datangnya daripada Allah.

Sebab itu, saya percaya dalam elemen-elemen muzik seperti ini memang ada semangat yang kalau dikaji atau dipraktikkan secara mendalam maka isim atau semangat itu akan datang.

Itulah yang berlaku ke atas saya. Malah, kes saya ini bukan yang pertama tetapi ia telah berlaku ke atas gitaris lain. Ia antara percaya dengan tidak tetapi bagi yang pernah melaluinya mereka akan faham," jelasnya secara mendalam.

Dalam menangani situasi itu, Joe menasihati mereka yang meminati dunia petikan gitar agar tidak terlalu taksub selain mendapatkan nasihat daripada pakar dalam bidang ini.

Masalah saya adalah kerana belajar tanpa berguru. Saya belajar main gitar seorang diri dan tidak ada orang yang ajar. Ini amat bahaya kerana tanpa cikgu kita tidak tahu ilmu apa yang kita pelajari dan ia hendak di bawa ke mana?

Sampaikan ada orang cakap belajar tanpa guru umpama belajar dengan syaitan. Selain itu, kita juga kena berpada-pada mempelajari sesuatu ilmu itu terutama tentang dunia," katanya.

Bagi melupakan kenangan pahitnya itu, bapa kepada lima orang anak ini mahu terus mengorak langkah dengan cara yang lebih positif dalam kerjayanya sebagai gitaris sepenuh masa dengan menghasilkan beberapa buah album.

Dia yang telah menghasilkan lapan buah album solo instrumental dengan petikan gitarnya baru sahaja muncul dengan album single terbaharunya bertajuk Hullahoop baru-baru ini.

Dalam album single itu saya menjemput vokalis kumpulan May iaitu Mus untuk berkolaborasi dalam lagu tersebut. Lagu dalam konsep muzik rock itu telah mula disiarkan di radio-radio tempatan sejak kebelakangan ini.

Selain itu, saya juga telah menerbitkan lima buah album solo gitar saya secara serentak melalui syarikat rakaman sendiri iaitu Gondoruwo Music Production baru-baru ini.

Ini adalah kali pertama dan ia tidak pernah dibuat oleh mana-mana gitaris di negara ini. Setiap album solo instrumental saya itu dijual dengan harga RM21.90. Semua kos rakaman dan promosi album itu saya keluarkan sendiri," ujarnya.

Tak sebumbung lagi

Posted: 25 Mar 2014 09:30 PM PDT

Nampaknya ada khabar yang kurang menyenangkan melanda rumah tangga pasangan Halle Berry dan Olivier Martinez walaupun mereka baharu dikurniakan seorang anak.

Masakan tidak, mereka dikatakan telah mengalami perselisihan faham sehingga kini memilih untuk tidak tinggal sebumbung.

Menurut laporan Showbizspy, pasangan ini telah lama bertengkar dan ia bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya mereka telah lama tidak sebulu.

Akibat tidak tahan dengan pergaduhan yang berterusan itu, Martinez sendiri yang memilih untuk keluar dari rumah mereka yang terletak di Beverly Hills," kata sumber.

Menurut sumber itu lagi, ketegangan rumah tangga mereka bermula kerana diet Berry yang berlebihan.

Berry terlalu taksub dengan diet, dia amat berlebihan. Malah, kerana rasa taksub itu, dia melupakan keluarga dan anak yang baharu dilahirkan," jelas sumber yang sama.

Disebabkan itu, Martinez yang bengang dengan perbuatan Berry telah beberapa kali menegur namun tidak diberi perhatian oleh wanita itu.

Walaupun rumah tangga mereka dikatakan semakin goyah, belum ada apa-apa lagi berita tentang perceraian pasangan baharu sahaja beberapa bulan bernikah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Misi dunia solekan Dyana

Posted: 25 Mar 2014 09:30 PM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar ABDUL FATAH SULAIMAN

Siti Diyana Mohd. Amin atau lebih dikenali sebagai Dyana Sofia.

MEMARTABATKAN profesion jurusolek menjadi misi baru Siti Diyana Mohd. Amin, 28. Sejak usia kanak-kanak lagi, dia yang lebih dikenali sebagai Dyana Sofia telah didedahkan oleh ibunya, Sofia Abbas, jurusolek berpengalaman, tentang dunia solekan.

Sehingga usianya meningkat remaja, Dyana semakin jelas dengan matlamatnya dan mendalami ilmu solekan secara profesional dalam pengkhususan solekan artistik menggunakan teknik air brush make up.

Teknik solekan sembur angin ini boleh disifatkan sesuatu yang luar biasa berbanding solekan komersial.

Dyana melengkapkan profilnya dengan mendapatkan sijil Profesional Airbrush Make Up Dan Kesan Khas dari Temptu New York.

Penglibatan saya dalam bidang ini melalui tunjuk ajar dan galakan daripada ibu, yang juga pengasas Akademi Kecantikan Artistik Diyana. Tahun demi tahun saya memantapkan skil solekan menggunakan teknik sembur angin di samping melibatkan diri di dalam bidang peragaan.

"Ironinya, bidang peragaan memang berkait rapat dengan solekan dan pendedehan yang saya dapat membolehkan saya menambah ilmu dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang lebih lama dalam bidang tersebut dari dalam dan luar negara," ujar Dyana Sofia yang ditemui di Studio Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Istimewanya, anak sulung ini mendapat sumber inspirasi serta mempelajar banyak ilmu kehidupan tidak lain daripada ibu sendiri.

Kami sama-sama berinteraksi dan bertukar pendapat. Kini adik perempuan saya, Joy Revfa Sofia juga mempunyai misi dan visi yang sama. Kami sering bersama-sama membincangkan hala tuju akademi dan berusaha menjayakan matlamat kami.

Saya juga selalu bersama ibu bagi menguruskan pelbagai perkara. Melibatkan diri sebagai perancang majlis semata-mata bagi mendapat pengalaman dan berjumpa dengan orang ramai,

Semua ini bagi saya adalah satu latihan untuk meningkatkan keyakinan diri terutama ketika berinteraksi dengan orang awam, pihak media dan pihak berkuasa," ujarnya yang pernah bergelar peragawati

Pengarah Akademi Artistik Diyana,

Pada usia yang muda Dyana membangunkan kariernya, akuinya memang banyak dugaan dan halangan apabila kita ingin berjaya, namun itu bukan alasan dan tidak langsung melemahkan semangatnya.

Saya sentiasa berusaha memperbaiki diri, apa yang salah cuba tidak diulangi dan apa yang lemah cuba dikuasai. Seiring peredaran zaman, makin banyak yang saya perlu kuasai kerana lain zaman lain caranya. Buat masa sekarang saya dapat rasakan membina networking (rangkaian) itu amat penting.

Kerjasama antara jurusolek dan jurugambar memang perlu ada. Melalui pendekatan ini saya dapat mengenali bagaimana sikap dan pemikiran mereka.Walau banyak cabaran dalam menangani kerenah manusia, saya sedar ilmu adalah segalanya untuk menguasai sesuatu dengan baik," jelasnya yang banyak melibatkan diri dalam pertandingan solken.

Sebagai pemilik pelbagai sijil kemahiran, pengalaman dan ilmu dimiliki dicurahkan pula kepada para pelajarnya sebagai menjamin kesinambungan ilmu.

Dia menjadi pensyarah di Kolej Antarabangsa Ikip, di Kuantan, Pahang, dengan mengajar kursus solekan setiap hari dari Isnin hingga Jumaat.

Apabila kita melakukan sesuatu kerja yang kita suka tanpa paksaan, secara automatik keseronokan dan kepuasan itu datang dengan sendiri.

Prinsip saya mudah, lakukan apa yang kita mahu dan jangan buat dengan terpaksa. Kepuasan sebenar bagi saya saya ialah apabila dapat menyampaikan ilmu kepada orang lain dan jangan berkira dengan ilmu yang didapati.

Saya juga kerap menggalakkan pelajar menceburi diri dalam bidang yang jarang diceburi orang lain. Jangan sangka dunia solekan ini cetek, banyak teknik yang masih belum kita kuasai perlu didalami.

Alhamdulillah, setakat ini saya sudah melahirkan seorang pelajar dari Indonesia dengan kepakaran dalam bidang airbrush make up dan face and body art," ujar Dyana.

Manfaat masa yang ada

Selain menjadi pensyarah, hujung minggu Dyana diisi dengan aktiviti fotografi dan peragaan. Penglibatan pertamanya sebagai model adalah untuk sebuah majalah berbahasa Inggeris tempatan.

Setelah berkahwin, dia juga semakin bijak membahagikan masa untuk kuliah solekan, peragaan dan bersama suami yang ternyata cukup memahami.

Walau dikatakan dunia yang diceburi penuh dengan glamor dan keseronokan, dia juga mempunyai kenangan pahit iaitu apabila kehilangan ayahnya pada tahun 2009.

Ayah pergi meninggalkan kami kira-kira empat tahun lalu di saat kami sekeluarga mula mengecapi kejayaan. Alhamdulillah saya masih ada ibu yang kuat dan tabah untuk menghadapi semua ini, di samping rakan-rakan yang memberi sokongan ketika suka dan duka.

Untuk melupakan kesedihan kami sekeluarga berpindah dari Pahang ke Shah Alam, di samping mengembangkan sayap perniagaan.

Di Shah Alam, pelbagai pengalaman manis berlaku termasuklah apabila akademi kamii mula dikenali di kalangan masyarakat sekeliling. Ternyata mereka mengiktiraf kemahiran saya terutama dalam teknik solken semburan angin," katanya.

Gaya musim bunga

Posted: 25 Mar 2014 09:30 PM PDT

Pilihan warna-warna pastel dan tanah seperti putih gading, biru gelap dan coklat menguasai koleksi Conscious oleh H&M.

Mengekalkan rekaan untuk sepanjang zaman tanpa terlalu bergantung kepada trend semasa sememangnya satu cabaran. Bukan sahaja perlu memenuhi cita rasa lebih penting ia harus malar segar dan tidak nampak ketinggalan zaman.

Menyahut cabaran tersebut, gedung fesyen terkemuka H&M tampil dengan dua koleksi terbaharunya Conscious dan Conscious Exclusive sempena kedatangan musim bunga ini.

Biarpun hanya akan menjengah pasaran pada 10 April ini, kedatangannya sudah mula ditunggu-tunggu oleh penggemar fesyen tegar yang mahukan sesuatu yang segar mengisi almari baju masing-masing.

Cabaran berganda apabila koleksi tersebut turut mendukung falsafah gedung fesyen tersebut yang mahu mengekalkan keseimbangan alam sekitar dengan penggunaan bahan-bahan yang mencerminkan hala tuju tersebut.

Seiring dengan falsafah tersebut, rekaan kali ini menampilkan penggunaan fabrik tahan lasak daripada sumber semulajadi seperti benang kapas 100 peratus kitar semula, tencel dan hemp (kedua-duanya jenis fabrik daripada gentian asli).

Menariknya, untuk kedua-dua koleksi ini H&M turut membawakan wajah baru, super model antarabangsa, Amber Valleta, sememangnya dikenali kerana mengutamakan keseimbangan dalam segala aspek kehidupan.

Saya cukup teruja untuk memulakan kempen Conscious oleh H&M ini, kerana ternyata kami berkongsi nilai-nilai yang sama. Koleksi ini menunjukkan bahawa fesyen juga boleh menjadi suara kepada kesedaran penjagaan alam sekitar.

Saya bukan sekadar menyukai setiap rekaannya, bahkan konsep di sebaliknya dengan setiap helai dibuat daripada bahan organik, kitar semula dan sumber alam semulajadi," kata Valleta.

Rekaan-rekaan yang dramatik dengan perincian yang mengagumkan, koleksi Conscious Exclusive meraih inspirasi daripada gabungan gaya flamenco dan bohemia.

Melengkapkan koleksi dengan pilihan warna-warna pastel dan tanah seperti merah samar, putih gading dan biru gelap.

Tambah menyerlah dengan perincian sulaman dan renda yang menyerlahkan gaya bohemia.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved