Sabtu, 3 Mei 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Jangan rekrut pengebom berani mati

Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

Latihan ala-ketenteraan yang disertai pemuzik ahli kumpulan militan di sebuah lokasi rahsia di negara ini.

KUALA LUMPUR 3 Mei - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada pihak yang bertanggungjawab mencari anggota 'berjihad' di negara-negara bergolak supaya tidak merekrut golongan muda untuk menjadi pengebom berani mati.

Dengan nada tegas, beliau berkata, jika mereka mahu pergi ke negara bergolak, mereka sama sekali tidak harus merancang atau merekrut anak-anak muda dalam perbuatan militan itu.

"Jika kamu mahu pergi ke sana (negara bergolak), jangan rancang atau merekrut anak-anak muda untuk berjihad atau menjadi pengebom berani mati. Jika mahu korbankan nyawa...jangan ancam keselamatan rakyat Malaysia.

"Golongan muda pula jangan mudah terpengaruh dengan gerakan militan sebegini," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat acara menembak bersama media di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras di sini hari ini.

Turut menyertai acara itu adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Zaini Hassan dan pengarah-pengarah PDRM serta rakan media yang lain.

Khalid turut mendedahkan kumpulan militan tempatan yang ditahan polis baru-baru ini dipercayai bukan sahaja berjihad di negara bergolak di Asia Barat malah turut terlibat dengan gerakan sama di negara jiran.

Beliau berkata, hasil siasatan dan risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini mendapati, kumpulan berkenaan dipercayai terbabit dengan gerakan militan di Selatan Filipina.

"Siasatan kami tidak sekadar di negara-negara bergolak seperti Syria sahaja kerana mereka mungkin terlibat dengan rangkaian militan di Selatan Filipina," katanya.

Beberapa hari lalu, polis telah menahan seramai 11 anggota kumpulan militan yang berselindung di sebalik misi kemanusiaan termasuk ketuanya dalam beberapa serbuan di Selangor, Kedah dan ibu negara.

Utusan Malaysia kemudiannya mendedahkan, puluhan rakyat Malaysia dikatakan pergi ke Syria sejak dua tahun lalu atas nama perjuangan jihad bagi membantu umat Islam di negara bergolak itu.

Seorang lelaki yang digelar ustaz dan seorang bekas pemuzik sebuah kumpulan terkenal era 80-an juga didedahkan telah berada di Syria untuk berjuang bersama pasukan pemberontak di sana sejak beberapa bulan lalu.

Mengulas lanjut mengenai ustaz dan pemuzik itu, Khalid memberitahu, PDRM akan menyiasat dakwaan berkenaan termasuk hubung kait mereka dengan gerakan militan.

"Kita tidak mahu tumpukan kepada sesiapa atau tuduh siapa dalang kerana siasatan akan dijalankan kepada semua yang mempunyai kaitan.

"Keutamaan kami adalah perkara-perkara yang boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara dan kita akan siasat serta ambil tindakan terhadap sesiapa yang menjurus ke arah itu," katanya.

Ditanya adakah polis bersedia untuk memantau pergerakan setiap rakyat Malaysia yang pergi ke Asia Barat, beliau menyatakan, perkara itu sedang diberi perhatian khusus.

"Namun kita juga harus sedar, ramai juga rakyat Malaysia ke negara Asia Barat untuk tujuan lain, contohnya ke Mekah dan sebagainya," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memberi amaran terhadap pihak yang bertanggungjawab merekrut golongan muda untuk berjihad dengan menyertai militan di negara-negara bergolak.

"Jika kamu mahu pergi ke sana (negara bergolak), jangan rancang atau merekrut anak-anak muda untuk berjihad atau menjadi pengebom berani mati. Jika mahu korbankan nyawa...jangan ancam keselamatan rakyat Malaysia.

"Golongan muda pula jangan mudah terpengaruh dengan gerakan militan sebegini," ujarnya.

Malaysia dilanda 'Islamofobia', jika tidak tahan anggota militan - Zahid Hamidi

Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT

Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan Kontinjen Imigresen Sarawak sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat (dua dari kiri) dalam Majlis Makan Malam di UKM, Bangi, malam tadi.

KUALA LUMPUR 3 Mei - Malaysia akan dilanda fenomena Islamofobia dan ditakuti oleh masyarakat antarabangsa jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengambil tindakan menahan kesemua ahli kumpulan yang terlibat dalam kegiatan militan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penangkapan 11 individu yang dipercayai terlibat dengan kegiatan keganasan baru-baru ini antara lain bertujuan mengelakkan Malaysia daripada dikecam sebagai negara hab militan.

"Kita akan terus buru saki baki kumpulan ini tidak kira apa yang mereka lakukan sama ada di dalam atau di luar negara.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan lakukan bermacam cara untuk membebaskan Malaysia dari sebarang kegiatan militan," katanya ketika ditemui dalam Majlis Makan Malam Kejohanan Sukan Imigresen Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi malam tadi.

Beliau berkata, pemberontakan secara ekstrem yang dilakukan itu hanya memberi imej yang negatif terhadap umat Islam khususnya rakyat Malaysia.

"Kita perlu tahu untuk membezakan jihad yang dituntut dalam Islam dengan amalan keganasan. Agama kita tidak pernah mengajar umatnya melakukan sebarang bentuk keganasan," katanya.

Semalam Utusan Malaysia mendedahkan puluhan rakyat Malaysia kini berada di bumi bergolak, Syria malah ada di antara mereka turut terbunuh ketika bertempur dalam perang saudara itu.

Ahli kumpulan itu turut aktif memuat naik beberapa keping foto dan video mereka yang kononnya sedang melaksanakan misi jihad di negara itu.

Zahid turut ditanya mengenai tindakan mereka yang bebas merekrut ahli yang rata-rata terdiri daripada golongan muda dan menghebahkan keganasan yang dilakukan menerusi media sosial.

"Saya fikir mereka akan pulang juga ke sini satu hari nanti memandangkan pasport mereka akan tamat dan pada ketika itu, mereka tidak boleh terlepas daripada undang-undang," tambahnya.

"Pihak kami memang sentiasa memantau segala pergerakan mereka," tambahnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pelatih MUSS Malaysia tiba di Manchester

Posted: 03 May 2014 10:25 AM PDT

Para pelatih MUSS bergambar kenangan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Manchester, United Kingdom semalam, sebelum menjalani latihan bola sepak di Kompleks Latihan AON. - UTUSAN

MANCHESTER 4 Mei - Selepas mengharungi hampir 15 jam penerbangan, kesemua 17 pemain bola sepak muda yang terpilih untuk menjalani program latihan di Manchester United Soccer School (MUSS) selamat tiba di sini hari ini.

Kumpulan pelatih terbabit yang diiringi jurulatih Akademi Bola Sepak Remaja - CIMB, Rada Krishnan Nadesan dan wakil YR1M, Mohamed Shariff Koya, tiba kira-kira pukul 7.35 pagi waktu tempatan (3.35 petang waktu Malaysia semalam) di Lapangan Terbang Antarabangsa Manchester, United Kingdom.

Menurut Shariff, kesemua pemain akan dibawa melawat Muzium Bola Sepak Negara, Manchester sebelum berpeluang bersiar-siar di bandar ini.

Jelasnya, mereka akan memulakan latihan seawal Isnin ini di Kompleks Latihan AON bersama jurulatih MUSS. - UTUSAN ONLINE

Malaysia kempunan ke akhir

Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

PENGURUS pasukan negara, George Koshy (kiri) sedang berusaha meredakan kekecewaan pemain-pemain Malaysia selepas mereka tewas kepada Kanada dalam perlawanan separuh akhir di Kuantan semalam. - MINGGUAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN - Kanada bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk memusnahkan harapan Malaysia ke perlawanan akhir selepas menundukkan tuan rumah 5-4 menerusi penalti penentuan dalam perlawanan separuh akhir kejohanan hoki Cabaran Juara-juara 1 semalam.

Kanada akan bertemu Korea Selatan yang menumpaskan Ireland 2-1 dalam satu lagi separuh akhir.

Malaysia kelihatan menempah jalan mudah apabila mendahului 2-0 sebelum Kanada mengikat semula kedudukan.

Kanada sekali lagi mengikat kedudukan 2-2 dalam situasi penalti penentuan untuk memaksa keputusan perlawanan ditentukan menerusi penalti sudden death.

Pemain Kanada, Gordon Jameson meranapkan impian Malaysia apabila berjaya memperdaya penjaga gol negara, S. Kumar dalam penentuan tersebut.

Malaysia tidak menunggu lama mencari untuk gol pertama perlawanan apabila Faizal Saari menyempurnakan pukulan sudut penalti yang menewaskan penjaga gawang Kanada, Antoni Kindler pada minit kedua.

Kanada turut melakukan serangan pada minit-12 setelah Taylor Curran membuat gerakan solo yang menewaskan beberapa pemain pertahanan tetapi gagal mengatasi ketangkasan penjaga gawang negara, S. Kumar.

Strategi permainan yang diatur oleh ketua jurulatih negara, Mohd. Dharma Raj Abdullah dalam mencari gol seterusnya berjaya pada minit-13 apabila Ismail Abu menambah gol kedua menerusi jaringan padang hanya untuk menyaksikan ketua pasukan lawan, Scott Tupper merapatkan jurang gol kepada 1-2 setelah menewaskan Kumar melalui pukulan sudut penalti minit-26.

Malaysia berpeluang menambah jaringan pada minit-49 tetapi percubaan Fitri Saari melewati gawang Kanada.

Ahmad Nasrudin gagal menambah gol negara apabila pukulan kencang yang dilakukan menerusi pukulan sudut penalti berjaya ditepis keluar oleh Kindler pada minit-57.

Bibit kehampaan kemudian mula dirasakan apabila Tupper menjadikan kedudukan kembali seimbang menerusi pukulan sudut penalti pada minit terakhir, sekali gus memaksa keputusan ditentukan menerusi penalti penentuan.

Gol Malaysia dalam penentuan penalti shoot-out dijaringkan Faizal Saari (2 gol), Fitri Saari dan Faiz Jali manakala gol Kanada dijaringkan Mark Pearson (2 gol), Gordon Johnston (2 gol) dan Adam Froese.

Sementara itu Korea Selatan menempah perlawanan akhir menerusi jaringan Jang Jung Hyun pada minit ketiga dan Hyun Hyen Sung pada minit ke-54 sebelum Ireland mendapat gol sagu hati enam minit sebelum permainan tamat.

New Zealand menundukkan Poland 6-1 dalam perlawanan penentuan tempat ke-5/8 manakala Perancis menang 3-2 ke atas Jepun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Siti Hamidah rayu Anita pulang ziarahi anak kandung

Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT

Siti Hamdah Mat Jani bersama anak angkatnya, Puteri Aisyah Abdullah ketika ditemui di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 3 Mei - Seorang ibu di Kuala Lipis dekat sini berhadapan kesukaran mendaftarkan anak angkatnya yang berusia dua tahun berikutan tiada maklumat lengkap daripada ibu kandungnya yang gagal ditemui sejak dua tahun lalu.

Siti Hamidah Mat Jani, 50, berkata, dia mengambil Puteri Aisyah Abdullah, 2, yang ketika itu baharu dua hari dilahirkan oleh ibu kandungnya, Anita Mat Noor, 22, di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 2012.

Bagaimanapun katanya, masalah lain timbul berikutan perlu mendapatkan pengesahan secara bertulis oleh ibu kandung kanak-kanak tersebut untuk membolehkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini membuat pengesahan tentang hak penjagaannya dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya mengambil kanak-kanak ini atas kebenaran ibunya kerana kasihan dan membawa pulang ke rumah di Kuala Lipis untuk dipelihara sebagai anak angkat.

"Saya amat menyayangi Pu-teri Aisyah dan menganggapnya sebagai darah daging sendiri. Saya berharap ibunya kembali menziarahinya walaupun sesaat serta menyelesaikan urusan pendaftaran kanak-kanak itu," kata-nya ketika ditemui di pejabat JKM di sini baru-baru ini.

Siti Hamidah yang menetap di Taman Muhibah, Batu Empat, Kuala Lipis dekat sini berkata, dia tidak mengetahui tentang peraturan pihak berkuasa ber-kenaan pengambilan anak ang-kat sehingga diberitahu oleh pegawai JKM terbabit supaya berbuat demikian.

"Surat pengesahan daripada JKM dan JPN untuk memperoleh status hak penjagaan anak ini penting untuk memudahkannya bersekolah apabila memasuki alam persekolahan termasuk kemudahan kebajikan lain pada masa akan datang," katanya.

Sehubungan ini, katanya, dia berharap ibu kandung kanak-kanak itu yang alamat terakhir di Kampung Air Terjun, Jertih, Terengganu supaya menghubunginya bagi memudahkan urusan pendaftaran tersebut.

"Sudah puas saya menghubungi Anita tetapi gagal dan kini tidak tahu di mana wa-nita itu tinggal. Saya berharap Anita tampil untuk memboleh-kan semua prosedur tertentu berkaitan pendaftaran anaknya diselesaikan dengan segera demi masa depan Puteri Aisyah," ujarnya.

Katanya, mereka yang mengenali Anita boleh menghubungi Siti Hamidah di talian 09-3227344 atau JKM Jerantut, 09-2662234.

RM200,000 baiki gelanggang

Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

KUALA LIPIS 3 Mei - Sebanyak RM200,000 diperuntukkan tahun ini bagi membaik pulih segera beberapa gelanggang futsal yang rosak di daerah ini berpunca daripada kegagalan kontraktor melakukan kerja menyelenggara projek tersebut kerana tidak berpengalaman.

Ahli Palimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, gelanggang berkenaan hanya mampu bertahan dua tahun dan kemudiannya mengalami keretakan, permukaan yang tidak rata, pagar rosak dan air memasuki gelanggang.

Tambahnya, kelemahan itu berpunca daripada pihak yang menyelenggarakan projek itu kurang mahir dan tidak teliti mengenai spe-sifikasi tertentu.

Jelasnya, ada gelanggang yang baharu siap dibina tetapi sudah menunjukkan kerosakan di beberapa tempat dan ini mengganggu keselesaan penduduk khususnya belia ketika bermain futsal dan melakukan kegiatan lain.

"Pihak kontraktor perlu peka dan lebih bertanggungjawab jika dipilih menyelenggarakan sesebuah gelanggang futsal atau gelanggang pelbagai guna untuk mengelakkan pembaziran.

"Jika kerosakan berlaku disebabkan projek tidak memenuhi spesifikasi tertentu, kerajaan terpaksa menampung peruntukan tinggi untuk membaiki semula gelanggang ber-kenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan projek Arena Futsal Majlis Daerah Lipis (MDL) di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Setiausaha MDL, Mohd. Pauzi Abu Hussaini dan Pegawai Belia dan Sukan Lipis, Mohd. Hafizul Abd. Hamid.

Pada majlis itu, Abdul Rahman me-rasmikan Pertandingan Futsal Belia Lipis sempena Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia daerah ini membabitkan penyertaan sebanyak 80 pasukan.

Menurut beliau, antara gelanggang futsal yang diberi peruntukan untuk projek baik pulih semula iaitu di Kampung Hulu Teris, Kampung Seberang Jelai, Kampung Relong dan Kampung Desa Jeram Batu iaitu masing-masing membabitkan kos bernilai RM50,000.

"Teguran ini adalah ikhlas untuk kontraktor berkenaan ke arah membina kerjaya yang cemerlang dalam bidang ini dan berharap perlu meningkatkan kemahiran aspek perancangan serta spesifikasi projek bagi menjimatkan wang kerajaan," ujarnya.

Abdul Rahman berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300,000 untuk projek Arena Futsal MDL di bandar ini untuk kemudahan permainan futsal sekali gus menyemarakkan kegiatan gaya hidup sihat serta mencungkil bakat sukan berkenaan dalam kalangan belia daerah ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tanah runtuh 350 terkorban

Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT

ANGGOTA sukarelawan mencari mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Badakhshan, Afghanistan, semalam. - AFP

KABUL 3 Mei - Sekurang-kurangnya 350 orang disahkan maut manakala 2,000 lagi dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh ekoran hujan lebat di timur laut Afghanistan, semalam.

Gabenor Badakhshan, Shah Waliullah Adeeb hari ini mengesahkan perkara itu selepas tanah runtuh melanda kira-kira 300 buah rumah di Kampung Hobo Barik di wilayah tersebut.

Shah Waliullah berkata, pasukan menyelamat sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa, namun mereka tidak mempunyai peralatan yang mencukupi.

"Kami tidak mempunyai penyodok dan memerlukan beberapa peralatan mesin," katanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, fokus diberikan untuk membantu 4,000 mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

"Risiko kejadian ini berulang masih tinggi dan mereka perlu dipindahkan di tempat yang lebih selamat," kata pertubuhan antarabangsa tersebut.

Kawasan pergunungan di Badakhshan dilanda hujan lebat sejak beberapa hari lalu dan satu cenuram di bukit berdekatan Hobo Barik runtuh pada pukul 11 pagi (12 tengah hari) semalam.

Rakaman video menunjukkan sebahagian besar bukit runtuh menyebabkan lumpur dan tanah bergerak ke arah kawasan perkampungan berdekatan.

Ketua Polis Wilayah Badakhshan, Mejar Jeneral Faziluddin Hayar berkata, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan tujuh orang dan mengeluarkan tiga mayat daripada runtuhan tersebut.

"Kami kini hanya dapat membantu mereka yang kehilangan tempat tinggal. Kami tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu mereka yang terperangkap kerana kekurangan peralatan," katanya. - AGENSI

30 terbunuh dalam kebakaran di bandar Odessa

Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT

SLAVYANSK, Ukraine 3 Mei - Lebih 30 orang terbunuh dalam kebakaran yang didakwa dicetuskan oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di bandar Odessa, selatan Ukraine, semalam ketika keganasan semakin merebak di negara ini.

Media tempatan melaporkan, kumpulan pemisah dipercayai berada dalam bangunan tersebut ketika kebakaran bermula.

Kementerian Dalam Negeri Ukraine berkata, kebanyakan mangsa terbunuh akibat lemas ekoran asap tebal, manakala selebihnya maut apabila cuba menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari bangunan tersebut menerusi tingkap.

Rusia pula melahirkan kemarahan ekoran bandar pelabuhan tersebut menjadi lokasi terbaharu dalam peningkatan krisis politik sejak beberapa bulan lalu yang mencetuskan kebimbangan pencerobohan Ukraine oleh Rusia.

Moscow berkata, Kiev bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kerana mencetuskan keadaan huru-hara di negara ini.

Terdahulu, dua askar Ukraine terbunuh dalam pertempuran terbaharu dengan kumpulan pemisah pro-Rusia di Slavyansk.

Angka kematian itu meningkatkan kepada sembilan orang ekoran beberapa pertempuran di bandar tersebut, semalam.

Krisis di Ukraine bermula dengan demonstrasi aman di Kiev pada November lalu membantah pentadbiran bekas Presiden, Viktor Yanukovych.

Yanukovych digulingkan pada Februari lalu dan diganti dengan pentadbiran sementara yang menyokong Barat, keadaan yang mencetuskan kemarahan Moscow.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila Crimea bertindak mengadakan pungutan suara untuk keluar dari Ukraine dan menyertai Rusia. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Majlis resepsi Misha Omar meriah

Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT

Zainab Mat Nor merenjis tepung tawar anaknya, Misha Omar dalam majlis resepsi perkahwinan penyanyi itu dengan pasangannya, Firos Ezzwan Rossly di Hotel Renaissance, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 3 Mei - Majlis resepsi perkahwinan penyanyi, Misha Omar, 32, atau nama sebenarnya, Samihah Omar dengan pasangannya Firos Ezzwan Rossly, 32, di Hotel Renaissance di sini malam tadi, meriah dengan kehadiran kira-kira 450 tetamu.

Keanggunan kedua-dua mempelai terserlah dengan busana berwarna merah hati yang menekankan konsep moden kontemperori hasil rekaan Syaiful Baharim.

Majlis resepsi itu dimulakan dengan bacaan selawat serta doa sebelum ahli keluarga kedua-dua pengantin menepung tawar pasangan mempelai dalam suasana yang cukup indah.

Majlis yang diacarakan oleh penyanyi Adibah Noor itu turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Datuk M Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa, Datuk Hattan serta Nurul.

Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan daripada Dina Nadzir, Jaclyn Victor, Salamiah Hassan dan Fara Fauzana.

Dalam pada itu, Misha dan Firos ketika ditemui selepas selesai majlis resepsi berkata, mereka sekeluarga lega setelah majlis ijab kabul serta resepsi yang diatur berjalan dengan baik serta penuh kemeriahan.

"Majlis ini telah dimeriahkan dengan rakan-rakan selebriti yang hadir menghiburkan tetamu dan ini adalah hadiah perkahwinan yang cukup bermakna buat saya.

"Selain itu, ini juga adalah tanda penghargaan saya untuk menyambut keluarga suami," katanya di sini malam tadi.

Misha turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada yang telah menyediakan konsep yang cukup indah dalam merealisasikan impian perkahwinannya.

"Ini adalah majlis perkahwinan yang saya idamkan selama ini dan saya sangat berpuas hati dengan segala persiapan termasuk dua persalinan daripada Syaiful Baharim yang cukup indah.

"Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir dan sentiasa mendoakan kebahagiaan kami," katanya.

Majlis resepsi Misha Omar meriah

Posted: 03 May 2014 12:16 AM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU 3 Mei - Majlis Resepsi perkahwinan Penyanyi Misha Omar, 32, atau nama sebenarnya, Samihah Omar dengan pasangannya Firos Ezzwan Rossly, 32, di Hotel Renaissance di sini malam tadi meriah dengan kehadiran kira-kira 450 tetamu.

Keanggunan kedua-dua mempelai terserlah dengan busana berwarna merah hati yang menekankan konsep moden kontemperori hasil rekaan Syaiful Baharim.

Majlis resepsi itu dimulakan dengan bacaan selawat serta doa sebelum ahli keluarga kedua-dua pengantin menepung tawar pasangan mempelai dalam suasana yang cukup indah.

Majlis yang diacarakan oleh penyanyi Adibah Noor itu turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Datuk M. Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa, Datuk Hattan dan isteri serta Nurul Wahab dan suami.

Para tetamu juga telah dihiburkan dengan persembahan daripada Dina Nadzir, Jaclyn Victor, Salamiah Hassan dan Fara Fauzana. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Boombox UE janji audio mantap

Posted: 03 May 2014 06:24 AM PDT

PEMBESAR suara ini setaraf dengan sistem audio di panggung wayang.

ANDA mahukan pembesar suara Bluetooth yang mantap?. Mahu dengar muzik sepuas hati walau di mana sahaja anda berada? Gajet kali ini mengesyorkan anda semua untuk mendapatkan produk terbaharu keluaran Logitech iaitu Logitech Boombox UE yang direka khusus untuk peminat muzik tegar terutama golongan remaja di Malaysia.

Sungguh mudah, hanya perlu melakukan sambungan Bluetooth dengan peranti mudah alih Boombox UE, kemudian buka muzik atau video lagu yang diingini untuk menikmati kualiti sistem audio yang terdapat pada pembesar suara berprestasi tinggi tersebut.

Tambahan pula, pembesar suara Boombox UE mampu menghasilkan semula dialog muzik dengan tepat serta runut video lagu bermutu tinggi sekali gus memberi pengalaman seperti berada secara langsung di panggung wayang atau konsert.

Tanpa memerlukan sebarang aksesori tambahan seperti pembesar suara belakang atau pembesar suara satelit dua arah, pembesar suara Boombox UE mampu menampilkan audio berkualiti setaraf SRS TruSurround HD.

Dengan kata mudah, sistem pembesar suara keluaran Logitech sememangnya dicipta untuk mereka yang menitikberatkan kualiti audio cemerlang, cuma mereka hanya mahukan pembesar suara sekeliling bersaiz kecil dan mudah diakses bila-bila masa melalui sambungan tanpa wayar, Bluetooth.

Mungkin ramai remaja sudah berpuas hati dengan kualiti bunyi yang terdapat pada pembesar suara komputer mereka untuk menonton filem, video lagu atau sekadar mendengar muzik tetapi anda tetap disarankan untuk merasai sendiri kesan audio yang lebih baik ditawarkan oleh peranti Logitech ini.

Selain itu, setara dengan kualiti audio dan kemudahan akses Bluetooth yang dimilikinya, Logitech Boombox UE juga dipasarkan dengan tawaran rekabentuk berwarna biru, ungu dan hitam untuk pilihan khalayak sasaran utamanya iaitu remaja.

Bukan itu sahaja, pengguna juga mampu menerima panggilan telefon yang jelas meskipun berada pada jarak 50 kaki daripada pembesar suara terbabit tanpa sebarang ganguan atau masalah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Akar gejala militan dalam Islam

Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT

Oleh DR. YUSRI MOHAMAD

Perang saudara di Syria menarik minat segelintir rakyat Malaysia untuk berjuang bersama kumpulan pemberontak atas nama jihad. - Gambar hiasan

Baru-baru ini kita digemparkan dengan penangkapan sejumlah individu yang dikaitkan dengan sebuah gerakan militan baru di negara ini. Pada masa yang sama timbul berita tentang beberapa rakyat Malaysia yang telah bermusafir ke Syria untuk menyertai perjuangan bersenjata menentang kerajaan Bashar Al-Assad. Dalam keadaan Malaysia giat mempromosi pendekatan wasatiyyah dalam menghayati Islam, wajar kita mengkaji kenapakah masih ada rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan pendekatan militan.

Kemunculan gerakan militan bermotifkan agama ini adalah suatu fenomena yang membimbangkan kerana kelompok ini boleh sampai ke tahap berani mati serta sanggup membunuh. Pertumpahan darah yang berlaku secara batil lazimnya akan mengundang tindak balas yang berdarah juga hingga boleh membawa kepada suasana kacau-bilau yang parah dalam sesebuah negara.

Jika kegiatan militan ini meluas ke negara lain, ia akan menimbulkan permusuhan antara negara. Tidak kurang parahnya, kegiatan militan atas nama Islam ini akan turut mencemarkan imej Islam yang boleh menjejaskan syiar Islam dan dakwahnya.

Oleh itu memang wajarlah tindakan berkesan diambil untuk mencegah kegiatan ini. Tindakan pencegahan juga perlu ditumpukan terhadap sebab-sebab di sebalik kemunculan aliran militan ini dalam kalangan umat Islam. Jika akar umbi dan sebab-sebab kemunculan kelompok ini difahami maka kita akan mampu menanganinya secara lebih awal dan berkesan.

Aliran militan dalam Islam ini sebenarnya adalah satu jelmaan daripada sikap melampau atau ekstrem dalam beragama. Sikap melampau ini berpunca daripada semangat beragama yang tinggi dalam diri seseorang tetapi tidak disertai oleh kefahaman agama yang mencukupi.

Akibatnya perilaku dan tindak-tanduk dipandu oleh semangat dan emosi dan bukannya neraca dan acuan agama yang sebenar. Sedangkan Islam ialah agama yang berasaskan ilmu dan datang dengan satu syariat yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan. Dalam apa keadaan sekalipun, seorang Muslim yang baik harus bertindak menurut panduan agama dan bukannya perasaan atau semangat melulu.

Kecenderungan untuk melampau dalam beragama bukanlah perkara baru dalam sejarah Islam. Para sahabat yang dididik langsung oleh Rasulullah SAW pun ada ketikanya terbawa-bawa oleh semangat sehingga terpaksa diperbetulkan semula sikap mereka oleh Rasulullah SAW.

Bercanggah

Misalnya dalam satu hadis, Rasulullah SAW telah menjadi begitu murka dengan Usamah bin Zaid RA atas perbuatannya yang tetap membunuh seorang tentera musuh walaupun tentera tersebut telah mengucap dua kalimah syahadah. Usamah menganggap tentera tersebut hanya berpura-pura untuk menyelamatkan nyawanya.

Sikap ini bercanggah dengan ajaran Rasulullah SAW yang melarang seseorang yang telah mengucap daripada dibunuh. Rasulullah SAW juga diriwayatkan pernah murka dengan keterlanjuran panglima Baginda SAW, Khalid Al-Walid yang turut berlaku dalam situasi perang.

Dalam hadis-hadis tersebut, jelas oleh kerana terbawa-bawa dengan semangat dan perasaan maka sahabat-sahabat tersebut telah mengambil sikap yang bercanggah dengan ajaran Nabi SAW. Niat dan tujuan mereka murni tetapi selagi terpesong daripada suluhan sunnah atau syariat ia tetap tertolak dan membawa kesan yang tidak baik sebenarnya. Niat yang ikhlas dan semangat yang tinggi sahaja tidak memadai dalam Islam. Tindakan dan perbuatan zahir juga harus selari dengan syariat barulah ia akan dihitung sebagai amalan yang sahih dan soleh dalam neraca agama.

Jikalau para Sahabat Nabi RA yang hidup bersama dan mendapat bimbingan Baginda SAW sendiri boleh tersalah kerana terlalu bersemangat maka sudah pasti kita yang hidup di zaman ini mungkin lebih terdedah kepada kesilapan yang sama atau lebih parah lagi.

Kemunculan aliran dan kumpulan militan dalam kalangan umat Islam hari ini berpunca daripada asas yang sama iaitu dorongan semangat atau emosi yang tinggi tetapi tidak terpandu oleh kefahaman agama yang benar. Tidak dinafikan bahawa hari ini banyak situasi yang menyaksikan umat Islam menjadi mangsa kezaliman dan penindasan yang membakar semangat dan perasaan umat Islam.

Memang semangat jihad umat Islam mudah menyala mengenangkan hal ini. Tetapi jihad bersenjata dalam Islam ada fiqh dan garis panduannya yang tersendiri. Pengabaian atau kekeliruan dalam memahami fiqh jihad bersenjata dalam Islam adalah akar kepada tumbuhnya gejala militan dalam masyarakat Islam.

Darah dan nyawa manusia sangat suci dan terlarang dalam Islam. Oleh itu Islam telah menggariskan panduan yang ketat dalam hal tersebut. Darah hanya boleh ditumpahkan dalam situasi tertentu yang dikawal ketat oleh syarat-syarat syarak. Misalnya dalam pelaksanaan hukum jenayah Islam seperti Qisas dan Hudud.

Perjuangan bersenjata dalam Islam pula hanya boleh digerakkan apabila sudah cukup syarat-syaratnya. Antara syarat utamanya adalah hanya boleh dilancarkan sesudah mendapat arahan daripada pemimpin rasmi dalam sesebuah pemerintahan Islam. Mana-mana pemimpin selain daripada pimpinan rasmi dalam sesebuah negara Islam tidak berhak dan berkuasa untuk mengisytiharkan jihad bersenjata. Arahan jihad yang sah dalam realiti hari ini tidaklah mudah terhasil melainkan dalam situasi negara umat Islam diserang oleh negara bukan Islam.

Adapun dalam suasana pertembungan sesama Islam seperti yang berlaku di beberapa negara Asia Barat, adalah tidak sesuai hukum jihad perang digunakan dengan bebas dan longgar. Hanya dalam keadaan semua syarat-syarat hukum syarak dalam bab jihad itu terpenuhi barulah seseorang yang terkorban boleh dikatakan telah gugur sebagai syahid.

Dalam peperangan jihad yang sah sekalipun, Islam tetap membataskan tingkah laku dalam peperangan termasuk melarang pembunuhan mereka daripada pihak musuh yang tidak menyertai perang. Pendek kata, banyak ruang untuk timbul salah faham dalam bab ini sehinggakan para ulama sendiri boleh terkhilaf dalam menentukan hukum dalam realiti dunia hari ini yang penuh fitnah.

Seorang ulama muda kelahiran Malaysia yang bertugas di Universiti Oxford, Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti, telah terpanggil menulis sebuah fatwa yang sangat bernilai menjelaskan beberapa persoalan sekitar isu ini bertajuk "Defending the Transgressed by Censuring the Reckless against the Killing of Civilians." Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, tetapi sebahagian kandungan fatwa ini jelas berbeza dengan pandangan beberapa tokoh ulama dunia Arab yang menjadi ikon kebangkitan di Asia Barat.

Adalah disyorkan agar fatwa beliau yang mudah dicapai di Internet ini diteliti demi mencapai kefahaman yang lebih murni dalam hukum-hakam jihad bersenjata dalam Islam. Semoga kefahaman umat Islam dalam bab ini dapat dimurnikan agar tidak terlibat dalam kegiatan militan yang tidak menepati ajaran Islam.

* PENULIS ialah Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Hudud: Bersedia atau belum?

Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT

POLEMIK mengenai hudud kembali hangat diperkatakan selepas kerajaan Pas Kelantan mahu membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat. Pembentangan itu dijangka seawal-awalnya Jun ini atau selewat-lewatnya Disember 2014 bagi melaksanakan hukum Islam itu di Kelantan pada tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan bahawa kerajaan dan UMNO tidak menolak hudud dan menyokong niat baik Pas untuk melaksanakannya dengan membentang usul tersebut di Dewan Rakyat serta sedia mendengar penjelasan daripada Pas berhubung perkara tersebut.

Namun, ketika kebanyakan umat Islam menyokong hasrat Pas itu, kalangan bukan Islam termasuk daripada parti-parti mewakili bukan Islam seperti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), MCA dan Gerakan pula menentang pelaksanaan hukum hudud dengan alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan dan bakal menimbulkan kekeliruan kepada rakyat.

Untuk itu, wartawan Mingguan Malaysia, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI telah mewawancara Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) Malaysia, PROF. DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL bagi mengupas isu tersebut dengan lebih mendalam.

Menurut beliau, walaupun hukuman hudud nampak dahsyat, hanya ada satu kes hukuman kesalahan zina di zaman Rasulullah SAW dan itu pun hanya kerana pelaku datang mengaku, namun dari segi pembuktian tidak ada satu kes pun. Begitu juga, tidak ditemukan satu pun hukuman potong tangan dijatuhkan kepada pencuri di zaman baginda. Ini kerana beban pembuktian amat ketat.

MINGGUAN: Boleh Prof. terangkan apakah pengertian hudud?

MOHAMED AZAM: Hudud ini adalah satu cabang daripada undang-undang jenayah Islam yang kita panggil jenayah syariah. Jadi, dalam undang-undang jenayah syariah, kita ada hudud, qisas dan takzir. Dalam qisas ada diyat iaitu pampasan hasil daripada pembunuhan atau kecederaan anggota badan. Apabila kita sebut hudud, sebenarnya ia hanya satu bahagian daripada undang-undang jenayah Islam, dan undang-undang jenayah Islam ini pula satu daripada undang-undang Islam. Orang selalu sebut undang-undang hudud tetapi mereka lupa tentang qisas dan takzir sedangkan hudud itu sebenarnya satu komponen daripada undang-undang jenayah syariah.

Dalam kesalahan di bawah hukum hudud seperti disebut oleh majoriti fuqaha, ia meliputi enam kesalahan yang dijelaskan dalam al-Quran dan sunnah iaitu mencuri (sariqah), merompak (hirabah), persetubuhan haram (zina), menuduh orang baik melakukan persetubuhan haram tanpa mengemukakan empat saksi (qazaf), minum arak (syurub) dan murtad (irtidad). Namun, yang menjadi kesepakatan ulama, al-Quran hanya menyebut empat kesalahan sahaja iaitu mencuri, merompak, zina dan qazaf. Selebihnya itu datang daripada sunnah. Ada sesetengah ulama mengatakan bughah (pemberontakan) termasuk sebagai salah satu kesalahan dalam hudud.

Apa sebenarnya yang perlu diperjelaskan melalui perundangan Islam dan apakah ia menjadi keutamaan?

MOHAMED AZAM: Sebenarnya dalam aspek undang-undang Islam, kita perlu melihat apa Rasulullah SAW lakukan selama lebih kurang 23 tahun selepas diangkat menjadi Rasul. Baginda telah menekankan tentang pendidikan akhlak serta iman selama lebih kurang 13 tahun di Mekah. Pada masa itu, tidak diturunkan ayat-ayat al-Quran untuk syariat pelaksanaan hukum dalam aspek ibadah, muamalat, jinayat dan sebagainya. Ia hanya berlaku selepas diterapkan pendidikan iman itu yang kuat. Selepas Rasulullah SAW dan para sahabat berhijrah ke Madinah dan tertubuhnya negara Islam, baharulah secara perlahan-lahan hukum itu dilaksanakan dalam aspek ibadah, hubungan antarabangsa, jinayat dan sebagainya. Jadi, dari sudut keutamaan, apakah undang-undang paling penting dilaksanakan? Ibadat itu satu-satunya bahagian yang menjadi kepentingan sebab ia membina diri seperti dalam bab solat dan kehendak-kehendak lain dalam Rukun Islam itu.

Selepas suasana manusia sudah mempunyai keimanan yang kuat, baharulah adanya tatacara hukuman dalam aspek sosial. Kalau berlaku satu jenayah, maka diambil tindakan tetapi harus diingat bahawa dalam undang-undang Islam, hukuman berbentuk fizikal adalah jalan terakhir. Contohnya, orang kata apabila laksanakan hudud, habis tangan tidak ada. Ini persepsi yang salah. Kita perlu melihat dalam undang-undang hudud, aspek keterangan atau kesaksian dan tatacara jenayah itu begitu ketat. Kalau keadaan tidak mengizinkan seperti negara berada dalam keadaan miskin dan berlaku kecurian, apakah perlu dilaksanakan hudud pada masa itu? Jawapannya, itu bukan menjadi keutamaan.

Kalau negara itu berada dalam kegawatan dan berlaku kecurian kerana orang tidak ada pekerjaan, kalau kita jatuhkan juga hukuman hudud, itu zalim dan tidak menepati keadilan dalam Islam.

Seorang mujtahid pada masa ini, Sheikh Yusuf al-Qaradawi berkata, sesuatu hukum itu berubah dari sudut tempat, masa dan keadaan. Apa yang berlaku di negara-negara Islam di Asia Barat seperti Arab Saudi tidak sama dengan apa yang berlaku di Nusantara kerana budaya di sini berbeza.

Bercakap tentang Brunei Darussalam, kehendak bagi melaksanakan undang-undang Islam; hudud, qisas dan takzir telah diusahakan lebih 20 tahun lalu apabila Sultan Brunei memanggil anak jati negara itu yang bekerja di Malaysia, almarhum Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman balik ke Brunei untuk mengetuai satu jawatankuasa melihat bagaimana untuk melaksanakan undang-undang Islam ini di Brunei.

Kita perlu faham bahawa Brunei mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak iaitu sultan adalah undang-undang tertinggi, manakala negara kita sistem Raja Berpelembagaan yang mana kuasa eksekutif terletak kepada Perdana Menteri dan adanya Parlimen. Jadi, senarionya berbeza.

Dalam isu pelaksanaan hudud di negara ini, pada pandangan Prof. perlukah dilaksanakan atau lebih baik menegakkan keadilan sosial daripada hudud itu sendiri?

MOHAMED AZAM: Saya ingin menjelaskan, kita perlu melihat kepada dakwah dan pendidikan terlebih dahulu. Bagi saya, kita belum cukup bersedia. Kita perlu mencontohi bagaimana Brunei membuat persediaan untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam. Kita setuju hudud dilaksanakan tetapi kita perlu buat persediaan yang cukup rapi terlebih dahulu. Kalau kerajaan Kelantan sudah buat semua persiapan dan cuma perlu kelulusan oleh Parlimen, silalah dan tidak ada masalah. Cuma, mungkin akan timbul masalah teknikal dalam aspek bukan Islam dan Islam serta pertindihan dengan undang-undang sivil.

Jadi bagaimana hendak selesaikan? Saya setuju dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu memanggil cendekiawan dan ilmuwan yang mahir dalam undang-undang sivil dan syariah untuk melihat perspektif ini sama ada kita boleh laksanakan dalam masa terdekat. Kita juga setuju dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kita setuju hudud dilaksanakan tetapi dalam keadaan yang mengizinkan. Kestabilan dalam negara adalah lebih penting dalam kita hendak melaksanakan hudud.

Kita akui hudud boleh menyelesaikan banyak masalah tetapi kita perlu kepada satu pendidikan yang agak agresif bermula dari zaman kecil dan persekitaran yang baik. Namun, kita tidak boleh menafikan kehendak kerajaan Kelantan kerana 90 atau 95 peratus rakyat negeri itu ialah Islam.

Adakah adil sekiranya hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam?

MOHAMED AZAM: Kalau hendak laksanakan hudud, ia tidak boleh dilaksanakan kepada umat Islam sahaja tetapi mesti dilaksanakan kepada bukan Islam juga. Seperti dicadangkan di Brunei, ia dilaksanakan kepada semua tidak kira orang Islam atau bukan Islam. Ia tidak boleh dilaksanakan asing-asing sebab ia tidak akan memberikan keadilan. Sebagai contoh, kalau orang Islam mencuri dan kemudian cukup pembuktian di mahkamah, dia dihukum potong tangan. Orang kafir pula, dia juga mencuri tetapi tidak dikenakan hukum hudud tetapi hanya dipenjara.

Kita ambil contoh zina pula. Datang satu pasangan, seorang Islam yang sudah berkahwin dan seorang lagi bukan Islam. Katakanlah cukup pembuktian, orang Islam yang sudah berkahwin dan pernah menikmati persetubuhan akan dihukum rejam tetapi bukan Islam pula akan terlepas. Macam yang berlaku di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri sekarang, kalau kesalahan zina melibatkan pasangan Islam dan bukan Islam, orang Islam didakwa di mahkamah syariah tetapi yang bukan Islam tidak ada masalah sebab di mahkamah sivil, mereka yang berumur 16 tahun ke bawah tidak dikenakan hukuman kalau buat persetubuhan dengan kerelaan. Ini tidak adil.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya hudud hendak dilaksanakan di Kelantan?

MOHAMED AZAM: Pada masa sekarang dengan kekangan undang-undang sedia ada, Kelantan tidak boleh laksanakan hudud sebab bidang kuasa ini bukan di bawah bidang kuasa negeri tetapi Pusat, ia terletak di bawah mahkamah sivil, di bawah undang-undang Persekutuan. Apa yang ada di mahkamah syariah sekarang kecil sahaja seperti khalwat, minum arak dan tidak solat Jumaat. Maksimum penalti pun penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan cara Islam.

Berdasarkan pembacaan saya, bagi melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan, kerajaan negeri mahu tubuhkan satu mahkamah khas dan mahkamah rayuan khas. Jadi, mahkamah khas ini di bawah bidang kuasa siapa? Kalau di bawah negeri, ia perlu satu peruntukan khas yang perlu diberi oleh Parlimen. Kalau hendak guna mahkamah syariah biasa, memang tidak boleh kerana perlu buat pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1984) iaitu bagi menaikkan bidang kuasa 356 kepada yang ada qisas dan hudud. Takzir tidak perlu sebab sudah dilaksanakan hari ini. Apa yang ada dalam Kanun Keseksaan dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah negeri ialah takzir manakala sebahagian hukuman qisas sudah ada dalam Kanun Keseksaan.

Kenapa dalam soal hudud ini, orang bukan Islam paling lantang menentang termasuk melabelkan undang-undang ini sebagai kuno. Adakah ini berlaku kerana kurang faham atau mahu memburuk-burukkan Islam?

MOHAMED AZAM: Hudud, qisas, takzir yang disebut-sebut oleh orang sebagai hudud ini, adakah orang Islam sendiri faham? Kalau orang Islam pun tidak faham, orang bukan Islam lagi tidak faham. Jadi, perlu kepada pendidikan tentang undang-undang jenayah Islam. Kita perlu mulakan dengan ajaran Islam yang asas. Di sekolah rendah dan menengah memang ada diajar tetapi mereka tidak faham, bilakah undang-undang hudud ini boleh dilaksanakan dan bagaimana daripada aspek bahan pembuktian perlu difahamkan kepada bukan Islam.

Bagi saya, orang tidak sokong kerana mereka tidak faham keindahan undang-undang jenayah Islam. Undang-undang Kanun Keseksaan yang diamalkan sekarang, 70 peratus sudah mengikut Islam tetapi orang bukan Islam boleh terima sebab undang-undang ini datang dari Barat kerana kita dididik bahawa undang-undang Barat ini bagus. Jadi, tanggungjawab kita untuk didik masyarakat mengenai undang-undang Islam. Walaupun nampak begitu dahsyat hukumannya tetapi beban pembuktian amat tinggi. Cuba tanya ulama berapa banyak tangan pencuri telah dipotong di zaman Rasulullah SAW. Dalam pembacaan saya, tidak jumpa lagi. Aspek itu perlu diberikan perhatian. Hukum hudud ini lebih kepada mendidik pelaku dan masyarakat.

Nampaknya, dalam soal hudud ini, kita perlu memberi kefahaman sebenar kepada mereka. Apa yang boleh kita lakukan?

MOHAMED AZAM: Sebenarnya, potong tangan ini cuma satu kesalahan daripada hudud. Beban pembuktiannya juga amat besar. Kalau seorang ditangkap mencuri, kita hendak tanya dia waras atau tidak semasa mencuri? Dia kerja apa? Ada punca pendapatan? Isteri dan anak berapa? Kalau tidak ada pekerjaan dan terpaksa mencuri untuk beri anak bini makan, patutkah dia dipotong tangan? Tidak, tetapi dia dihukum takzir.

Kita tidak boleh tergesa-gesa laksanakan hudud. Kita perlu didik masyarakat dahulu supaya mereka faham. Baru-baru ini, ada seorang penulis dan penyair dari Arab Saudi, Nimah Nawwab datang beri taklimat di sini. Ada wartawan tanya dia bolehkah hudud dilaksanakan di Malaysia. Dia jawab tidak tahu tentang Malaysia tetapi dia beritahu hukum hudud sudah dilaksanakan di Arab Saudi. Di Arab Saudi, kita boleh tinggalkan sahaja premis perniagaan termasuk kedai emas sekali pun kerana tidak ada sesiapa hendak mencuri. Keadaan menjadi selamat dan ini diakui sendiri oleh penulis dan cendekiawan Barat

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


cabaran kuruskan badan

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

SEMUA orang mengimpikan tubuh badan yang sihat dan potongan badan menarik. Ada yang mengamalkan diet sihat dan tidak kurang pula yang hanya berangan-angan tanpa melakukan sesuatu. Ada juga yang sanggup mengamalkan kaedah ekstrem untuk kurus.

Pengambilan produk murahan, tidak makan langsung atau memuntahkan kembali makanan antara kaedah ekstrem berkenaan.

Berdasarkan statistik, Malaysia menduduki tempat teratas dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara bagi kategori rakyat obesiti manakala tempat keenam dalam kalangan Asia Pasifik.

Ia berlaku kerana masyarakat mengamalkan cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat sehingga 16.8 juta daripada 28 juta rakyat Malaysia kini mengalami masalah kegemukan. Sebanyak 8.4 juta daripada jumlah berkenaan sudah menghidap obesiti.

Kaedah untuk mendapat kesihatan tubuh dan potongan badan yang menarik harus dilakukan dengan cara yang betul agar tidak memberi kesan jangka masa panjang pada masa akan datang.

Minggu ini, .com paparkan pelbagai kisah mengenai usaha-usaha insan yang taksub ingin kurus, ingin kurus kerana terpaksa dan kejayaan beberapa insan yang berjaya menurunkan berat badan dengan cara yang betul dan sihat. - AZRIN MUHAMMAD/SHIDDIEQIIN

Lambakan peminta sedekah membimbangkan

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

SELAIN kedai makan, kumpulan peminta sedekah kanak-kanak juga akan menjadikan masjid-masjid sebagai lokasi tumpuan terutama pada hari Jumaat. - GAMBAR HIASAN

Terpanggil untuk menulis mengenai satu perkara, bukan berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi lebih kepada mencari usaha dan titik penyelesaian bagi perkara ini.

Dari mata pandangan saya, ia dilihat sebagai satu masalah. Hal ini adalah berkaitan dengan pengemis atau peminta sedekah di hadapan pintu atau premis perniagaan di seluruh negara.

Dahulu apa yang dapat kita lihat, pengemis yang meminta masih di dalam berkeadaan tidak terurus, bajunya compang-camping dan ada yang kurang sempurna fizikalnya. Namun pada hari ini, senarionya sangat berbeza.

Mereka datang meminta sedekah atau sumbangan kebanyakannya berpakaian kemas, berkasut dan cukup sifat sempurna fizikalnya. Mereka ini sering tertumpu di kawasan kaki lima berdekatan bangunan bank mahupun kompleks beli-belah.

Ada yang setia menunggu di hadapan pintu masuk bank berbekalkan buku resit dan tabung plastik besar. Kebanyakannya memberitahu orang awam yang lalu-lalang bahawa ia adalah sumbangan kepada sekolah, madrasah mahupun rumah anak yatim.

Bukan kedekut atau tangkai jering untuk memberi sumbangan, cuma bimbang pekerjaan ini dikepalai oleh sindiket atau lebih kepada perbelanjaan peribadi. Masalah ini menjadi lebih serius dan memerlukan pencerahan daripada pelbagai pihak yang berkaitan apabila kanak-kanak menjadi bahan untuk meminta sedekah.

Saya sendiri pernah beberapa kali terjumpa dengan kanak-kanak yang melakukan pekerjaan ini. Ada antara mereka berusia 11 tahun. Sehingga jam 3 petang, kanak-kanak itu belum menjamah nasi untuk makan tengah hari.

Zalim dan kejam. Itulah yang bermain di fikiran. Kanak-kanak di usia itu wajarnya berada di sekolah dan petangnya beriadah bersama-sama rakan. Masalah ini perlu dipandang serius.

Mohon sebarang usaha meminta sedekah mahupun sumbangan dilakukan dengan lebih telus dan jelas bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab menangguk di air yang keruh.

Kanak-kanak tidak sewajarnya dieksploitasi sebegini rupa walaupun pihak tertentu mempunyai tujuan kebaikan. Cadangan yang boleh diambil kira adalah jika ia berkaitan dengan sumbangan kepada pengurusan anak-anak yatim, mohon jabatan kebajikan ambil peranan.

Kemukakan iklan mohon sumbangan dan salurkan kepada badan yang memerlukan. Hal ini mampu mengelakkan orang ketiga atau yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Begitulah juga dengan sumbangan-sumbangan yang diperlukan. Harapan besar saya, tiada lagi penunggu-penunggu setia di hadapan muka pintu bank atau mana-mana premis. Bukan jelik bukan pelik, tapi serik bersedekah pada yang sebenarnya bersenang-lenang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


PM kayuh basikal Ahad ini

Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
pengarang@utusan.com.my

ACARA KL Pagi Bebas Kenderaan yang diadakan pada Ahad pertama setiap bulan di Kuala Lumpur bukan sahaja bertujuan menanamkan gaya hidup sihat, bahkan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR 2 Mei - Penganjuran kempen KL Pagi Bebas Kenderaan siri kelima anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan berlangsung pada Ahad ini dijangka menarik lebih 10,000 peserta.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, keyakinan ini dilihat melalui sambutan menggalakkan yang diterima melalui beberapa siri terdahulu.

Menurutnya, siri pertama yang diadakan pada 5 Januari lalu ia hanya disertai kira-kira 2,000 peserta, diikuti siri kedua ( 2,500), manakala siri ketiga dan keempat, masing-masing disertai kira-kira 3,000 dan 7,000 peserta.

Selain menanamkan gaya hidup sihat, acara bulanan itu bertujuan mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Hanya sekali sebulan, rakyat diberi peluang untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan beriadah menggunakan kenderaan awam bersama-sama rakan dan ahli keluarga," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, program ini juga merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pendirian Malaysia untuk mengurangkan pencemaran udara sehingga 40 peratus menjelang 2020.

Katanya, acara pada Ahad ini lebih bermakna dengan kehadiran Perdana Menteri.

Pelepasan acara tersebut akan bermula di KLCC iaitu di pintu gerbang Bukit Bintang Kuala Lumpur City Centre (BBKLCC) di Jalan P. Ramlee bersebelahan pinggiran KLCC.

Selaku penganjur PKBM dan DBKL turut menjemput peserta untuk bersarapan di Menara Satu dan Menara 2 KLCC selepas acara tamat pada pukul 9 pagi," katanya.

Beliau menambah bagi menjayakan kempen itu, beberapa jalan ditutup kepada kenderaan bermula pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Saya percaya kempen seumpama ini mampu mencetuskan minat kalangan warga kota untuk menggunakan basikal sebagai pengangkutan pilihan utama.

Kita akan terus memberi perhatian untuk menggerakkan minat masyarakat daripada kanak-kanak hingga dewasa untuk menyertai acara ini," katanya.

GST: Ikhlas sedia bantu kerajaan beri penerangan

Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Mei - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) bersedia membantu kerajaan memberi penerangan mengenai pelaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat, terutama peniaga-peniaga sekitar ibu kota bermula bulan ini.

Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham rakyat mengenai cukai tersebut yang sebenarnya memberi impak positif kepada ekonomi negara.

Menurutnya, pelaksanaan cukai tersebut perlu disokong oleh rakyat namun disebabkan kurangnya pendedahan mengenai tujuan dan kebaikan, ia menjadi sebaliknya.

Jika kita kaji terdapat empat kebaikan yang bakal diperoleh melalui pelaksanaan GST iaitu kelancaran sistem pungutan cukai, penambahan jumlah pendapatan negara, pungutan cukai secara menyeluruh dan bayaran berimbang oleh kerajaan.

Rakyat sebenarnya tidak tahu tujuan sebenar ia diwujudkan bagi mereka cukai hanya akan membebankan kehidupan mereka. Ini tidak benar kerana apabila wujud GST syarikat-syarikat gergasi tidak akan dapat lari daripada membayar cukai dan cukai inilah yang digunakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai GST di sini hari ini.

Mengulas mengenai perhimpunan membantah GST di ibu negara semalam, Mohd. Ridzuan berkata, tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan terhadap individu yang menyertai perhimpunan tersebut.

Katanya, perhimpunan itu bukan sahaja menyebabkan kekacauan bahkan kerugian terpaksa ditanggung peniaga.

Sementara itu, wakil peniaga di Jalan Masjid India, Datuk Bashir Mohd. Sardar Husin berkata, perniagaan mereka terjejas teruk sehingga 80 peratus akibat perhimpunan itu.

Setiap kali perhimpunan haram diadakan, perniagaan kami terjejas teruk. Kami berharap kerajaan tidak lagi memberi muka kepada golongan ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


500 sertai Melaka Beach Bike Ride hari ini

Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT

MELAKA 2 Mei - Kira-kira 500 peserta akan menyertai acara berbasikal Cuti-Cuti 1Malaysia: Melaka Beach Bike Ride sempena Pesta Pantai Tanjung Bidara 2014 bermula esok sempena sambutan ulang tahun ke-11 Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Pengarah Tourism Malaysia Melaka, Jeffri Munir berkata, penyertaan masih dibuka kepada orang ramai untuk menyertai acara berbasikal kerana tidak ada sebarang yuran penyertaan dikenakan.

Menurutnya, penyertaan setakat ini datangnya daripada beberapa kelab berbasikal tempatan termasuk dari Shah Alam, Subang Jaya, Kuala Lumpur, Tampin dan Muar.

Acara ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bilis sejauh 10 kilometer, tenggiri dengan jarak 15 kilometer dan jerung pula pada jarak 20 kilometer," katanya di sini hari ini.

Pesta Pantai Tanjung Bidara 2014 adalah anjuran kerajaan negeri melalui Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, Tourism Malaysia Melaka dan MPAG.

Jeffry berkata, setiap peserta akan diberikan kemeja T percuma dan kayuhan itu akan bermula tepat pukul 8.30 pagi yang akan disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad.

Beliau menambah sebanyak 30 cabutan bertuah akan diadakan bagi memeriahkan acara berbasikal yang bermula di tempat parkir Tanjung Bidara.

Bagi pertandingan memancing pula beliau berkata, acara itu menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan juara akan menerima wang tunai RM5,000, naib juara mendapat RM3,000 dan tempat ketiga mendapat RM1,000.

Menurutnya, pertandingan tersebut akan bermula pukul 8 hingga 11.30 malam bagi kategori ikan terberat sahaja dan yuran penyertaan bagi sebatang joran ialah RM40 sahaja.

10 pasukan sertai Percussion UiTM 2014

Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT

MELAKA 2 Mei - Sebanyak 10 kumpulan pancaragam daripada kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) seluruh negara akan menyertai pertandingan Percussion UiTM 2014 di Dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ahad ini.

Pegawai Kokurikulum UiTM Melaka, Ahmad Bukhari Sulaiman berkata, pertandingan itu melibatkan seramai 330 pelajar dan 100 pegawai bakal dirasmikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Menurut Ahmad Bukhari, pertandingan bermula pukul 10.30 pagi itu akan disertai UiTM Shah Alam, UiTM Perlis, UiTM Pulau Pinang, UiTM Kedah, UiTM Johor, UiTM Terengganu, UiTM Kelantan, UiTM Pahang, UiTM Sarawak dan UiTM Perak.

Beliau berkata, hadiah yang disediakan bagi johan, naib johan dan ketiga di samping beberapa kategori lain seperti Snare Drum Terbaik, Bass Drum Terbaik, Drum Major Terbaik, Quad Drum Terbaik, Bell Terbaik, Cymbals Terbaik, Persembahan Solo Terbaik dan Colour Guard Terbaik.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


MexComm didenda RM15,000 kerana iklan SMS

Posted: 03 May 2014 02:50 AM PDT

CYBERJAYA 3 Mei - Syarikat MexComm Sdn. Bhd. (MexComm) dijatuhi hukuman denda sebanyak RM15,000 kerana kesalahan menghantar iklan khidmat pesanan ringkas (SMS)yang menyalahi Standard Mandatori untuk Perkhidmatan Kandungan Mudah Alih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Hasil siasatan SKMM mendapati MexComm telah menyalahi perenggan 69 dan 71 Standard Mandatori kerana menghantar iklan SMS dengan menggunakan kod ringkas 62228 kepada seorang pelanggan Maxis.

SMS berikut: "RM0.00 Perhatian !! Sms ON SITI ke 32339 skrg dan dpt gambar yg menarik !! Vid mp3.pdft PERCUMA jgn tunggu lagi! Type out to opt out. Mx1300223228" terbukti mengelirukan dan tidak mengandungi maklumat lengkap mengenai harga perkhidmatan langganan serta penyelia kandungan.

Menurut kenyataan akhbar SKMM, siasatan lanjut turut mendapati, syarikat MexComm Sdn Bhd telah melanggar Syarat 2.2 Lesen Kelas ASP No: ASP/C/2005/3 yang mengkehendaki syarikat tersebut untuk mematuhi segala peruntukan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya itu.

Hakim Azwarnida Affandi menjatuhkan hukuman denda itu kepada MexComm yang diwakili oleh Pengawal Kewangan Kumpulannya, Encik Lim Siow Fai di Mahkamah Sesyen Jenayah 7 Kuala Lumpur.

MexComm didakwa di bawah Seksyen 127 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 242 akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Kebebasan akhbar penting untuk masyarakat

Posted: 03 May 2014 02:43 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Mei - Hari Kebebasan Akhbar Sedunia adalah penting untuk masyarakat madani yang vibran dan sistem yang berfungsi dengan sempurna, kata Setiausaha Agung Lapan Negara Membangun (D8), Dr. Seyed Ali Mohammad Mousavi.

Beliau berkata, media menyumbang bahagian yang selari dan tidak boleh dipisahkan dalam setiap masyarakat bagi menghubungkan negara dan rakyat.

"Media terutama akhbar adalah penting dalam menegakkan amalan demokrasi dan urus tadbir yang baik menerusi ketelusan dalam kalangan institusi di dalam sebuah negara.

"Kebebasan media, oleh itu adalah penting bagi memastikan suara rakyat didengari," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

Kenali dahulu perbezaan jihad dengan militan - Mukhriz

Posted: 03 May 2014 02:39 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Mei - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun D. Mahathir meminta umat Islam supaya bijak membandingkan antara konsep jihad sebenar yang dituntut dalam Islam dengan aktiviti militan supaya ia tidak mensia-siakan nyawa mereka.

Beliau berkata, kebanyakan individu yang terlibat dalam aktiviti militan menganggap ia sebagai satu perjuangan jihad seperti membantu masyarakat negara Islam yang sedang bergolak seperti di Syria.

"Namun setakat ini kita pun belum tahu pihak mana (di Syria) yang betul. Seperti yang kita tahu, ini merupakan satu perang saudara yang langsung tidak melibatkan Malaysia.

"Jadi saya tidak berapa faham, apa yang mereka (rakyat Malaysia) fikirkan sehingga sanggup menggadaikan nyawa untuk tujuan tidak berapa jelas," katanya pada sidang media selepas melancarkan 'Kedah Organics' di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa seorang ustaz dari Baling terlibat berperang di pihak Mujahiddin untuk menumpaskan kerajaan Syria seperti yang tersebar luas di laman media sosial. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved