Khamis, 24 April 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Anggota polis parah dilanggar lari

Posted: 24 Apr 2014 08:02 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 April - Seorang anggota polis cedera parah selepas dilanggar lari sebuah kereta di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi ini, anggota berpangkat Lans Koperal dari Balai Tun H.S Lee sedang menunggang motosikal jenis Yamaha 125z mengalami kecederaan di muka dan pecah kepala lutut. - UTUSAN ONLINE

Sindiket Black Money tumpas

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Oleh ZULKIFLI SAINUDDIN
pengarang@utusan.com.my

Mohd. Shukri Dahlan (tiga kanan) bersama pegawainya menunjukan wang palsu yang dirampas daripada sendikit black money sewaktu sidang akhbar di IPK Selangor di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 24 April - Polis berjaya menumpaskan sindiket Black Money terbesar di Selangor yang melibatkan penghasilan mata wang asing palsu bernilai RM30 juta dengan tertangkapnya seorang warga Iran selepas menyerbu sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur semalam.

Selain penahanan lelaki itu yang berusia 54 tahun dan dipercayai dalang utama sindiket tersebut, turut dirampas dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu ialah wang palsu dolar Amerika Syarikat, pound sterling dan dolar Singapura yang bernilai RM30 juta.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, serbuan ke atas kediaman itu dibuat ekoran aduan seorang wanita tempatan berumur 51 tahun yang merupakan kakitangan bank pada bulan lalu yang kerugian RM400,00 selepas ditipu oleh sindiket Black Money.

"Bertindak daripada maklumat itu, polis telah menyerbu kondominium tersebut semalam dan menahan suspek serta menemui wang-wang palsu berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa peralatan elektronik yang dipercayai digunakan untuk memproses wang palsu seperti mesin memproses wang, peti keselamatan dan telefon bimbit," katanya pada sidang akhbar di di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini hari ini.

Mohd. Shukri berkata, kondominium tersebut telah dijadikan sebagai tempat memproses wang palsu dan digunakan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran wang palsu.

"Sindiket ini mencari mangsa melalui laman sosial dan cuba memperdayakan mangsa terutamanya wanita, supaya membantu mereka dalam perniagaan dengan dijanjikan pulangan yang berlipat ganda.

"Ini adalah sindiket besar yang mempunyai ramai ejen dan kami percaya dengan penahanan ini, ia dapat membongkar kes-kes lain melibatkan penipuan Black Money," ujarnya.

Mohd. Shukri berkata, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Rahsia jadi PIBG cemerlang terbaik

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI

MOHD. Nordin Mohamad (berbaju biru) dan Omar Ahmad memegang replika cek sebanyak RM30,000 sambil bergambar bersama-sama pelajar sekolah selepas merangkul Anugerah PIBG Cemerlang Terbaik Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2012/2013 baru-baru ini.

SEREMBAN 23 April - Hubungan baik antara ibu bapa dan guru serta komitmen tinggi untuk melihat pelajar cemerlang dalam pendidikan dan kegiatan kokurikulum, telah menempatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tuanku Ja'afar dekat sini sebagai unik dan terpuji.

Apa tidaknya, segala aktiviti yang dirancang dan dilakukan, telah mendapat kerjasama erat antara kedua-dua pihak sehingga menjadikan sekolah itu sentiasa dicontohi, bukan sahaja dalam aspek kecemerlangan pendidikan, tetapi kokurikulum serta pelaksanaan kepelbagaian kempen kesedaran.

Maka atas dasar itulah PIBG sekolah berkenaan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah PIBG Cemerlang Terbaik Sekolah Menengah peringkat kebangsaan semasa Konvensyen dan Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berlangsung di ibu negara Sabtu lalu.

Dengan kejayaan itu, PIBG sekolah menerima wang tunai RM30,000, piala dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga selaku Menteri Pendidikan.

Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Datuk Mohd. Noordin Mohamad berkata, anugerah yang diperoleh itu bukan sahaja kebanggaan kepada pihak sekolah, malah turut dikongsi oleh para ibu bapa dalam memberikan sokongan padu dan jitu bagi memastikan kecemerlangan bidang pendidikan.

``Gandingan kerjasama ini sentiasa membolehkan apa juga perancangan yang dilakukan dengan jayanya. Ia bukan sahaja telah mencapai matlamat bahkan turut memberikan manfaat kepada para pelajar di sekolah ini.

``Pengiktirafan ini sebenarnya membuktikan bahawa peranan semua pihak penting kerana apa yang menjadi keutamaan adalah menjadikan sekolah ini sebagai sebagai pusat kecemerlangan pelajar pada masa depan,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kata Mohd. Noordin, kejayaan itu turut disumbangkan hasil daripada kerjasama beberapa syarikat swasta yang selama ini banyak membantu dalam membolehkan sebarang bentuk aktiviti sekolah dapat dilaksanakan untuk manfaat pelajar.

``Sebagai PIBG, kita turut melibatkan komuniti setempat, yang sama-sama membantu pihak sekolah dalam menyalurkan apa juga maklumat berkaitan pelajar dan keperluan pendidikan.

``Umpamanya dalam kempen yang dilakukan bersama PIBG dan pihak sekolah seperti kempen atasi gejala ponteng dan hisap rokok, yang mana komuniti serta ibu bapa seringkali menyalurkan maklumat dalam memastikan aspek disiplin pelajar dijaga. Ini amat membantu dan memberikan kejayaan besar kepada PIBG dan sekolah dalam membentuk sahsiah diri pelajar,'' tegasnya.

Jelasnya lagi, penglibatan syarikat korporat dengan pihak sekolah pula turut meningkatkan prasarana di sekolah seperti apa yang dilakukan oleh pihak KPJ Healthcare Bhd. dengan menjadikan satu bilik di sekolah ini sebagai bilik rawatan kecemasan pelajar.

Pihak industri seperti Samsung pula menyumbang lebih 10 peralatan komputer bagi kegunaan pelajar dan pihak sekolah.

Apa yang menarik, PIBG itu juga membangunkan blog mereka sendiri untuk menyalurkan segala aktiviti dan perancangan yang boleh dicapai oleh semua ibu dan bapa serta orang ramai pada bila-bila masa.

Jelas dalam piagam pelanggan PIBG SMK Taman Tuanku Jaafar itu tertera kesungguhan apabila mereka sentiasa bersedia membantu pihak sekolah melaksanakan proses pendidikan; menjadi pemangkin pengembangan bakat dan potensi pelajar dalam akademik dan kokurikulum serta mengurus dan menggunakan peruntukan kewangan yang diterima untuk faedah sekolah.

Sementara itu, Pengetua sekolah berkenaan, Omar Ahmad menjelaskan, anugerah berkenaan bukan titik noktah bagi pelengkap usaha baik itu, bahkan ia adalah motivasi kepada semua pihak untuk bekerja lebih keras memastikan kecemerlangan pelajar terus diutamakan.

Malah kata beliau, menerusi inisiatif Kementerian Pendidikan mewujudkan program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah telah berjaya menunjukkan perkembangan positif dalam perkongsian ilmu antara kedua-dua pihak berkepentingan itu.

``Usaha ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan yang mahukan lebih penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak serta menggalakkan penyertaan komuniti dengan sekolah.

``Malah kita amat berbangga dengan penerimaan anugerah ini sekaligus memperlihatkan sekolah ini menjadi contoh kepada pelaksanaan Sarana Ibu Bapa kerana PIBG sekolah aktif menggerakkan program bersama sama ada pihak sekolah, ibu bapa, komuniti termasuk pihak swasta,'' katanya

Antara program yang dilaksanakan sekolah berkenaan kata beliau termasuklah Unit Peronda Ponteng Sekolah, penganjuran pertandingan golf amal sekolah, kenduri PIBG dan pelajar, Sarana bersama pelajar MSU dan Cosmopoint, hari graduasi termasuk penglibatan komuniti dengan media elektronik.

Tidak ketinggalan penganjuran Program Larian Amal sekolah berkenaan yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi pada Februari lalu yang mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 1,200 orang.

Tradisi ganding bahu lonjak SMK Kampung Selamat

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

MOHD. FIRDAUS ISMAIL

ZAINI Ahmad dan Wan Chik Ahmad melihat tiga pelajar menjalankan aktiviti penjagaan pokok pokok herba.

TASEK GELUGOR 24 April _ Tidak banyak sekolah yang membuka ruang seluas-luasnya kepada ibu bapa untuk turut sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersama anak-anak mereka seperti yang diamalkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Namun, siapa menyangka tradisi itu yang diamalkan sejak sekian lama menyumbang kepada peningkatan prestasi sekolah berkenaan sehingga dipilih menerima Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.

Pengiktirafan itu diberikan sempena Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012/2013 pada 19 April lalu.

Menerusi pendekatan itu, pihak pengurusan sekolah berkenaan membuka peluang kepada ibu bapa membantu guru-guru dalam aktiviti seperti menunjukkan cara mengawet serangga dan tumbuh-tumbuhan herba kepada para pelajar.

Pendekatan itu ternyata dapat mewujudkan hubungan erat antara guru dan PIBG sekolah berkenaan sekali gus memberi manfaat kepada pelajar sekolah berkenaan.

Pengetuanya, Zaini Ahmad berkata, kerjasama sejak beberapa tahun lalu itu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar di sekolah berkenaan.

Menurutnya, pendekatan itu juga membolehkan sekolah berkenaan mencatat prestasi akademik membanggakan selain tidak menyaksikan berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang serius.

Lokasi sekolah ini terletak di kampung yang dikelilingi ladang kelapa sawit menyebabkan perlunya untuk kedua-dua pihak bekerjasama termasuk dalam aspek keselamatan pelajar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sekolah berkenaan hari ini.

Menurut Zaini, pihak sekolah bersama PIBG juga secara konsisten menganjurkan pelbagai aktiviti melibatkan komuniti seperti program santai dan kenduri rakyat untuk mengenali masyarakat setempat.

Mereka juga, katanya, mengadakan kutipan derma untuk membantu beberapa keluarga miskin termasuk pelajar di sekolah berkenaan.

Tambahnya, pelaksanaan program berkenaan menghasilkan maklum balas positif apabila ibu bapa tidak lagi 'segan' untuk datang ke sekolah dan berkongsi pendapat.

Keadaan itu, ujarnya, berbeza berbanding sebelum ini yang mana kelibat ibu bapa di sekolah hanya boleh dilihat ketika mesyuarat PIBG atau ketika mengambil buku laporan anak masing-masing.

Kini ibu bapa turut bekerjasama dan memberi sumbangan dalam mencantikkan kawasan sekolah dengan membina taman herba dan zoo mini untuk manfaat pelajar," katanya.

Dalam aspek pencapaian akademik pula, katanya, SMK Kampung Selamat yang baru berusia 11 tahun menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan.

Dengan kekuatan seramai 65 orang guru dan 16 kakitangan, sekolah ini berjaya berada pada kedudukan 347 daripada jumlah keseluruhan 2,215 buah sekolah menengah di seluruh negara.

Pencapaian dalam subjek Bahasa Inggeris juga baik kerana mencatatkan kelulusan 86.29 peratus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lepas selain dua calon berjaya mendapat 9A dan enam calon berjaya mendapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SMK Kampung Selamat, Wan Chik Ahmad berkata, pihaknya berusaha menjayakan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan.

Antaranya kita bekerjasama erat dengan ibu bapa, komuniti, sektor swasta secara meluas.

Masyarakat juga akan membantu melaporkan kepada pihak sekolah jika ada aktiviti pelajar yang mencurigakan," katanya.

Dalam pada itu, Wan Chik memberitahu, pihaknya turut merancang program santai, ceramah agama dan kelas motivasi membabitkan penyertaan masyarakat setempat sebelum Ramadan ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


George Boateng ganti Steve Darby

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Bekas pemain antarabangsa Belanda, George Boateng dilantik sebagai pengendali baharu The Red Warriors bagi menggantikan Steve Darby yang ditamatkan kontrak gara-gara persembahan hambar pasukan itu.

Pelantikannya diumumkan oleh penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menerusi entri di akaun Facebook miliknya malam semalam.

Annuar berkata, semua penolong jurulatih yang mengendalikan pasukan ketika di bawah kendalian Darby masih lagi dikekalkan.

Jurulatih skuad Piala Presiden, Sideek Samsudin pula dilantik sebagai penolong jurulatih bagi membantu Boateng.

Tugas Sideek sebagai jurulatih skuad Piala Presiden akan diambil alih oleh Nafuzi Mohd. Zain," katanya dalam entri itu.

Boateng, 38, mencipta nama dalam Liga Perdana Inggeris dan empat kali mewakili Belanda. Kelab terakhir pemain tengah itu sertai ialah T-Team pada musim lalu.

Selaku pengendali baharu Boateng menggalas harapan besar Kafa dalam usaha mengembalikan semula reputasi pasukan yang hilang sengat kebelakangan ini, termasuk tersingkir awal daripada pertandingan Piala AFC.

Dalam entri itu juga, Annuar turut mengumumkan kejutan terbesar apabila menamatkan kontrak penyerang dari Lubnan, Mohamad Ghaddar dan bekas pemain Nigeria, Obinna Nwaneri.

Annuar memberitahu, tonggak pertahanan Iraq, Hussein Alaa Salman dibawa masuk bagi menggantikan Ghaddar untuk kuota pemain Asia.

Katanya, bekas penyerang GHana, Prince Tagoe dibawa masuk untuk menggantikan Nwaneri.

Mohamad Shawky dan Francis Forkey Doe masih kekal beraksi bersama pasukan Kelantan," ujarnya.

Mengulas mengenai penggantian pemain, Annuar menjelaskan ia dibuat berdasarkan laporan bekas ketua jurulatih sebelum ini.

Ujarnya, ia turut mengambil kira keperluan ketua jurulatih baharu serta kemampuan kewangan pasukan.

Sebagai menghormati profesionalisme pemain, tiada perbincangan terbuka mengenai sebab sesiapa digugurkan.

Yang pasti pencapaian The Red Warriors adalah keutamaan dalam sebarang keputusan. Membina kekuatan pasukan akan mengambil masa dan pastinya tidak mudah.

Namun kami berusaha, pasukan 2014 adalah asas kepada The Red Warriors musim depan," ujarnya.

Weigang kembali bantu Perak?

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
hesham.idris@utusan.com

IPOH - Bekas jurulatih kebangsaan dan Perak, Karl-Heinz Weigang kini hangat dikaitkan akan kembali bersama skuad negeri ini sebagai penasihat teknikal.

Difahamkan, sentuhan Weigang, yang pernah mengendalikan Perak pada musim 1997 hingga 2000 diperlukan untuk merencanakan aspek taktikal skuad Bos Gaurus yang kini dilihat agak kurang berkesan di bawah kendalian Abu Bakar Fadzim.

Namun, kehadiran Weigang tidak akan menggugat tugas Abu Bakar sebagai ketua jurulatih, sebaliknya mereka akan berganding bahu dalam usaha memantapkan permainan Perak yang kini menghuni tangga tercorot Liga Super.

Kehadiran Weigang merupakan satu daripada usaha penambaikan struktur sistem kejurulatihan seperti yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) sebelum ini.

Perkara ini (pelantikan Weigang sebagai penasihat taktikal) akan diumumkan oleh Pafa pada 3 Mei," kata sumber yang rapat dengan Pafa semalam.

Tambah sumber berkenaan, kehadiran Weigang merupakan usaha berterusan Pafa untuk membantu Perak keluar dari zon penyingkiran setelah perbincangan untuk mendapatkan khidmat bekas pengendali kelab Maldives, New Radiant SC, Velizar Popov, 38, menemui jalan buntu.

Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Azhar Ahmad yang enggan mengulas perkara itu berkata, Pafa telah melakukan segala yang terdaya untuk memulihkan prestasi pasukan.

Menurutnya, ini termasuk menandatangani seorang pemain import baharu, Marco Tulio yang menjaringkan gol kedua ketika Perak menang 2-0 ke atas Terengganu dalam perlawanan di Kuala Terengganu minggu lalu.

Tulio berjaya memberikan impak dalam penampilan pertamanya bersama pasukan ketika menentang Terengganu tempoh hari. Setelah 'tersilap pilih' beberapa pemain import sebelum ini, kali ini kami berharap mendapat pilihan yang tepat," katanya.

Selain Tulio, Perak membariskan tiga lagi import iaitu Milan Purovic dan Abdulafess Abdulsalam yang mengisi posisi depan manakala Hassan Daher di bahagian pertahanan.

Dalam masa yang sama, Azhar memberitahu, Pafa terpaksa menamatkan kontrak kapten skuad bawah 23 Myanmar, Kyaw Zayar Win kerana masalah kecederaan.

Mengenai bekas pemain Perak, Razali Umar Kandasamy, Azhar mengesahkan Pafa telah mendaftarkan pemain itu dan akan memantau keadaannya sebelum membuat keputusan untuk pemain itu kembali ke dalam pasukan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tujuh keldai dadah dijel 12 tahun sebatan 15 kali

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

TUJUH warganegara Iran dihukum penjara 12 tahun dan sebatan 15 kali atas kesalahan memiliki dadah di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saib

SHAH ALAM 24 April - Tujuh keldai dadah warga Iran yang nekad menelan keseluruhan 572 kapsul mengandungi dadah jenis methamphetamine ke dalam badan mereka dihukum penjara 12 tahun dan sebatan 15 kali oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kesemua mereka yang mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan memiliki keseluruhan 3,018 gram dadah tersebut.

Tertuduh-tertuduh ialah Ebrahim Sattari Norouz, Mohammad Pakdel Hamzah, Ahmad Ahmadi, Ghader Shahmehrmo Sayyeb, Vahed Khezri Ali, Farhad Saberi dan Mehdi Behrouzi yang berusia antara 26 dan 43 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tandas Hospital Serdang dan tandas Hospital Kajang antara 24 dan 28 September 2010.

Pertuduhan pilihan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan sekurang-kurangnya 10 kali.

Sebelum ini mereka didakwa mengedar dadah yang sama di bawah Seksyen 39B yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam S. Silas yang mewakili Ebrahim Sattari memohon semua yang berada di dalam mahkamah bertafakur selama seminit bagi menghormati mendiang peguam Karpal Singh yang mewakili tertuduh ketiga, Ahmad.

Hakim Ghazali membenarkan permohonan itu.

Peguam lain yang mewakili tertuduh-tertuduh ialah Saladin Mohd. Yasin, L.A. Gomez, C.W. Chan, Imran Hadzalie Abdul Hamid dan Datuk N. Sivananthan.

Dalam rayuan meringankan hukuman, peguam-peguam menyatakan anak guam mereka menjadi mangsa pengedar dadah dan dipergunakan sebagai keldai dadah untuk membawa bahan terlarang itu memasuki negara ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noorbaya Jamil pula memohon hukuman berat dikenakan memandangkan negara ini menganggap dadah sebagai musuh nombor satu yang perlu ditangani dengan serius.

'Tuhan Harun' mohon gugur semua tuduhan

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

KUANTAN 24 April - Ketua kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan bagi menggugurkan semua 10 pertuduhan dihadapinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini atas alasan masalah kesihatan.

Surat representasi itu dikemukakan oleh Harun, 48, melalui peguam syarie, Abdullah Sidek yang mewakilinya.

Pada prosiding di hadapan Hakim Syarie, Abdul Wahid Md. Ali Al-Fakwie hari ini, Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Mohd. Fahmi Abd. Jalil berkata, pihaknya menerima dokumen representasi itu pada 21 April lalu dan memerlukan masa untuk meneliti laporan tersebut.

Katanya, pihaknya juga harus meneliti sama ada benar tertuduh telah hilang upaya atas masalah kesihatan dialaminya.

Harun kini menggunakan kerusi roda akibat diserang angin ahmar selepas diberkas oleh pihak polis hujung tahun lalu.

Berikutan itu, Abdul Wahid menetapkan 22 Julai ini sebutan semula kes terhadap Harun bersama enam lagi pengikutnya bagi memberi peluang kepada pihak pendakwaan membuat keputusan berhubung permohonan itu.

Pada 24 April tahun lalu, Harun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua 10 pertuduhan iaitu menghina agama Islam dengan mengaku diri sebagai Tuhan 2013, menyebarkan ajaran sesat Tuhan Harun atau Tuhan 2013 dan mencetak, menerbit serta menyimpan dokumen berkaitan ajaran tersebut.

Sementara itu, Abdul Wahid turut menangguhkan kes melibatkan tiga pengikut Harun iaitu Husin Ismail, 44, Mohd. Khalilie Zazali, 32, dan Mohd. Nizam Mohd. Salleh, 44, pada tarikh yang sama bagi membolehkan mereka memfailkan wakalah (pelantikan peguam oleh Mahkamah Syariah).

Ketiga-tiga tertuduh didakwa memiliki dan menyimpan dokumen yang bertentangan hukum syarak di premis B16-1st, Lorong Pandan Damai 2/201 di sini pada pukul 6.50 petang pada 4 April tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang memperuntukkan hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya.

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Abdul Wahid turut membenarkan waran tangkap terhadap tiga lagi pengikut ajaran sesat itu yang menghadapi pertuduhan sama iaitu Pius Anahong@Mahdi Abdullah, Syahiszam Soid dan Mohd. Shahril Mohd. Jaafar dilanjutkan kerana gagal hadir ke mahkamah buat kali ketiga hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Barack Obama pertahan Jepun

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Shinzo Abe (dua dari kanan) berbincang dengan Obama (kanan sekali) sambil menikmati makan malam di restoran sushi, Sukiyabashi Jiro di Tokyo, semalam. - AFP

TOKYO 24 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menunjukkan semangat perpaduan dengan sekutunya di Asia, Jepun apabila menegaskan bahawa Washington akan mempertahankan Tokyo dalam konfrontasinya dengan China berhubung isu pertikaian wilayah maritim di Laut China Timur.

Obama menegaskan bahawa daripada segi sejarah, Jepun telah mentadbir pulau yang menjadi perebutan di perairan berkenaan, menyebabkan AS perlu bertindak mempertahankan sekutunya ekoran ketegangan ketenteraan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara terlibat.

Bagaimanapun, beliau menggesa kedua-dua pihak terbabit supaya menyelesaikan konflik yang berlarutan sejak sekian lama itu secara aman, dan AS tidak mahu menyebelahi Jepun atau China bagi menjaga hubungan diplomatik dengan Beijing dan Tokyo.

Saya tidak percaya isu ini boleh berubah dengan sebelah pihak sahaja yang bertindak.

Sebagai sekutu Jepun, AS perlu memainkan peranan penting bagi menjaga kepentingan wilayah Tokyo menerusi perjanjian yang dimeterai antara kedua-dua negara," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Obama kini berada di Jepun dalam rangka lawatan ke empat buah negara Asia selama lapan hari termasuk Malaysia.

Isu perebutan kepulauan yang dikenali sebagai Senkaku oleh Jepun dan Diaoyu oleh China, telah menjejaskan hubungan antara dua negara besar di Asia itu sejak sekian lama.

Walaupun AS cuba mengelak daripada terheret dalam isu pertikaian berkenaan, Jepun dan sekutu Washington yang lain melihat konflik itu merupakan cara China memperluaskan pengaruhnya di Asia.

China tidak termasuk dalam jadual lawatan Obama, tetapi kebimbangan terhadap pengaruh kuasa besar Asia itu tetap disuarakan oleh Presiden AS itu.

Beijing dilapor memantau daripada dekat sebarang usaha AS untuk mengekang kebangkitan China, manakala negara-negara kecil di Asia mahu jaminan daripada Obama bahawa pengaruhnya di rantau ini juga tidak hilang.

Penasihat Obama menyifatkan lawatan Presiden As itu ke Asia bukan bertujuan menyekat pengaruh China atau meminta negara lain memilih untuk memihak, sama ada kepada Washington atau Beijing.

AS mahu meneruskan usaha menggalakkan kebangkitan China secara aman," kata Obama. - AGENSI

PBB lindungi 22,000 pelarian Sudan Selatan

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

NAIROBI 24 April - Rundingan damai antara kerajaan dan pemberontak di Sudan Selatan ditangguhkan sekali lagi kelmarin, ketika pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bergelut untuk melindungi kira-kira 22,000 orang awam di sebuah pangkalan di Bentiu.

Menteri Penerangan Sudan Selatan, Michael Makuei (gambar) berkata, rundingan damai yang diusahakan oleh sebuah pertubuhan serantau, IGAD Afrika Timur, ditangguhkan selama lima hari lagi sehingga 28 April ini.

"Pihak orang tengah, IGAD Afrika Timur memberi alasan mereka memerlukan lebih masa untuk menggerakkan rundingan tersebut," katanya.

Sementara itu, jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, pangkalan pertubuhan dunia itu yang dilindungi seramai 500 anggota pengaman menjadi sasaran serangan roket dan jumlah penduduk yang berlindung di situ meningkat empat kali ganda sejak awal April lalu.

Peningkatan tersebut dipercayai ekoran tindakan ganas kumpulan pemberontak melakukan pembunuhan etnik besar-besaran di pekan Bentiu pada minggu lalu, walaupun kejadian itu dinafikan oleh pemberontak Nuer yang dipimpin oleh bekas Presiden, Riek Machar.

Serangan di Bentiu menyebabkan penduduk etnik Dinka di pekan Bor, negeri Jonglei, hari ini menyerang pangkalan PBB yang menjadi tempat perlindungan bagi kira-kira 5,000 orang awam, kebanyakannya etnik Nuer.

Kumpulan penduduk yang dilengkapi senjata itu pada mulanya berpura-pura mengadakan bantahan secara aman dan mahu menyerahkan petisyen sebelum melepaskan tembakan ke arah pangkalan PBB terbabit.

Kira-kira 58 orang terbunuh dan 98 orang lagi cedera, termasuk dua anggota pengaman PBB dari India dalam kejadian serangan tersebut. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


ADUN Pahang melawat kilang Lynas

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Adnan Yaakob (kiri) bersama semua ADUN mendengar taklimat oleh Dr. Ismail Bahari (tiga dari kanan) semasa lawatan pertama para ADUN ke kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas, di Gebeng, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 24 April - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bersama kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk 12 wakil pembangkang melakukan lawatan ke kilang memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng di sini semalam.

Sesi lawatan selama kira-kira tiga jam itu turut melibatkan sesi taklimat dan soal jawab yang dikendalikan Penasihat Keselamatan Radiologi Lynas, Prof. Dr. Ismail Bahari bersama beberapa pakar Lynas.

Selepas sesi taklimat, mereka melakukan tinjauan ke sekitar kilang itu yang telah memulakan operasi sejak dua tahun lalu.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Adnan berkata, lawatan kali pertama melibatkan kesemua ADUN itu bagi mengetahui dan mendapatkan maklumat mengenai operasi kilang nadir bumi itu.

Menurut beliau, lawatan yang diatur Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin itu sangat berfaedah kepada ADUN-ADUN untuk mengetahui tentang nadir bumi dan apa yang berlaku di loji ini.

Dalam taklimat yang diadakan itu, ADUN-ADUN yang ada termasuklah dari pembangkang banyak menanyakan soalan kepada pakar-pakar Lynas.

Daripada jawapan yang diberikan, saya berpuas hati dengan keseluruhan operasi Lynas di mana tahap kualiti produk dan keselamatan amat diutamakan di sini," katanya.

Dalam lawatan itu, Adnan turut memandu salah sebuah bas yang dinaiki oleh ADUN-ADUN dari Wisma Sri Pahang ke kilang Lynas tersebut.

Mereka sebelum itu menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung sejak Isnin lalu dan berakhir Selasa ini.

Tambah Adnan, dalam taklimat itu juga, mereka dimaklumkan bagaimana sisa buangan daripada kilang ini digunakan untuk membuat pelbagai produk seperti simen, jalan raya dan baja.

Namun kita akan tunggu pihak Lynas kemukakan cadangan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk memproses bahan-bahan buangan ini untuk dijadikan produk yang berguna untuk kegunaan masyarakat," katanya.

Kitab bukan Islam dilarang di bilik hotel

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

KUANTAN 24 April - Semua hotel, resort dan rumah tumpangan di negeri ini dilarang menempatkan kitab dan dokumen agama selain daripada Islam di dalam bilik penginapan dan ruang bacaan awam di premis mereka berkuat kuasa 6 Mac lalu.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, larangan tersebut dibuat mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989 bagi negeri ini selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, berikutan itu, kesemua 147 pemilik hotel serta rumah tumpangan di negeri ini telah dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang meminta mereka supaya mematuhi larangan tersebut.

Langkah itu dibuat setelah hasil siasatan dan pemantauan kita mendapati terdapat beberapa pengusaha hotel serta rumah tumpangan terlibat meletakkan kitab (bukan Islam) di dalam bilik penginapan atau ruang bacaan awam.

Perkara itu mengundang rasa tidak selesa dan dianggap perbuatan menyebarkan agama lain kepada orang Islam yang menginap di hotel berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya, setakat ini hanya dua hotel yang memberi maklum balas mengenai perkara itu dan pihaknya melalui bahagian penguatkuasaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang gagal mematuhinya.

Daripada surat maklum balas itu mereka memberi kerjasama yang baik dan alasan diberikan sebelum ini mereka tidak mengetahui perkara tersebut salah di sisi undang-undang," ujarnya.

Tegasnya, jika pihak terbabit gagal mematuhinya boleh dikenakan tindakan hukuman di mahkamah sivil dengan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, langkah itu dibuat bagi memastikan kesucian Islam di negeri ini terpelihara dan tidak dicemari menerusi penyebaran fahaman atau agama yang boleh menggugat akidah sekali gus menyumbang kepada masalah murtad.

Kes cerai di Pahang tinggi

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

KUANTAN 24 April - Sebanyak 16.22 peratus daripada 15,000 perkahwinan yang didaftarkan di negeri ini tahun lalu berdepan dengan masalah perceraian.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, perceraian itu membabitkan perkahwinan yang dilaksanakan di dalam negeri dan luar negara.

Daripada semua kes itu, 299 membabitkan tuntutan fasakh, 218 cerai taklik dan 1,916 adalah di peringkat mengemukakan permohonan perceraian di mahkamah syariah.

Sebanyak 85 peratus daripada kes itu sudah diselesaikan tahun lalu, manakala bakinya sedang dalam proses mahkamah dan dibawa ke tahun ini," katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Seri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Syed Hamid Syed Mohamed (Pas-Kuala Semantan) yang ingin mengetahui jumlah perkahwinan dan perceraian direkodkan di negeri ini sepanjang 2013.

Menurut Syed Ibrahim, kelewatan penyelesaian kes-kes tersebut adalah disebabkan masalah penyampaian saman, defendan tidak memberi kerjasama dan pihak-pihak terlibat tidak bersedia untuk perbicaraan atau ketiadaan saksi.

Sejak 2009 hingga tahun lalu, sebanyak 814 tuntutan nafkah isteri dan 1,114 tuntutan nafkah anak dikemukakan di mahkamah syariah di negeri ini.

Daripada jumlah permohonan tuntutan dikemukakan itu, sebanyak 81 peratus atau 1,562 kes sudah diselesaikan. Baki kes yang belum diselesaikan masih dalam proses mahkamah dan ada juga gagal dimuktamadkan berikutan masalah seperti defendan menghilangkan diri, dimasukkan ke pusat serenti atau dipenjarakan," katanya.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah melakukan pelbagai pendekatan bagi mengelakkan berlakunya penceraian dengan mengadakan sesi kaunseling daripada kaunselor bertauliah, nasihat dan tunjuk ajar.

Namun, kebanyakannya gagal kerana melibatkan pasangan yang tidak bekerja dan terlibat dengan pelbagai kes-kes jenayah dan dadah," katanya ketika menjawab soalan tambahan Rosli Jabar (Pas-Tanjung Lumpur).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Lupita N'yong'o dinamakan Orang Paling Cantik

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

LOS ANGELES 24 April - Aktres Lupita N'yong'o dinamakan sebagai Orang Paling Cantik oleh majalah People, semalam.

Pelakon berusia 31 tahun itu, mengakui sangat teruja dengan penghargaan itu dan berharap penampilannya di muka depan majalah berkenaan akan memberi inspirasi kepada wanita berkulit hitam untuk tampil lebih berkeyakinan.

Saya sangat teruja dengan penghargaan (itu) dan berasa gembira mewakili semua wanita," ujarnya.

Pelakon kelahiran Mexico dan dibesarkan di Kenya itu menganggap wanita cantik hanya dapat dilihat menerusi televisyen dan tidak kelihatan seperti dirinya.

N'Yong'0 mendakwa ibunya, Dorothy sering memberitahu dia seorang yang cantik sejak daripada kecil lagi dan dia akhirnya mempercayai kata-kata tersebut.

Tahun lalu, aktres Gwyneth Paltrow dinamakan Orang Paling Cantik oleh majalah itu.

Josh Hartnett kesal bercinta dengan aktres

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

LOS ANGELES 24 April - Aktor Josh Hartnett mendakwa hubungannya dengan beberapa aktres yang pernah berganding dengannya memberi kesan buruk terhadap mutu lakonannya, serta menyebabkan dia mempunyai ramai musuh di Hollywood.

Dalam satu temubual bersama majalah Elle, Hartnett berkata, dia tidak menggalakkan aktor baharu menjalin hubungan dengan aktres yang digandingkan dengan mereka, kerana tindakan itu boleh menyebabkan ramai orang dalam industri hiburan tidak menyukai mereka.

"Apabila anda bekerja dengan seseorang setiap hari, anda akan mula mempunyai perasaan tentang mereka, namun hal itu tidak selalunya mendatangkan kesan baik," katanya.

Hartnett dikatakan pernah menjalin hubungan dengan beberapa aktres termasuk Scarlett Johansson, Amanda Seyfried, Kirsten Dunst, Sienna Miller, Rihanna dan Penelope Cruz.

Aktor kacak berusia 35 tahun itu turut mendedahkan bahawa beberapa aktres yang pernah menjalin hubungannya mempunyai masalah cemburu yang teruk.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Substesen GIS perkukuh sistem grid

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Oleh Johardy Ibrahim

Rozimi Remeli

ORANG ramai yang lalu lalang di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur pasti tidak terlepas pandang bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang besar bagaikan gudang.

Bangunan yang besar ini sebenarnya merupakan Pencawang Masuk Utama (PMU) berjenis Gas Insulated Switchgear (GIS) yang menyalurkan bekalan elektrik pada voltan 275 kilovolt(kV) dan 132kV bagi mengukuhkan sistem grid nasional.

Di Seksyen 8, Shah Alam menghala ke Taman Botani Negara, Shah Alam, terdapat PMU yang dibina di kawasan terbuka berjenis Air Insulated Switchgear (AIS).

Tahukah anda kos membina pencawang GIS menelan belanja kira-kira RM116 juta dan pencawang AIS bernilai RM60 juta?

Bagi orang awam seperti kita, mungkin meneka bahawa bangunan besar TNB seperti di Kampung Pandan Dalam itu dihuni ramai kakitangan. Tidak semestinya. Bangunan ini adalah pencawang penghantaran elektrik yang lengkap dengan segala pepasangan elektrik seperti alatubah voltan dan kabel.

Keputusan untuk membina sama ada PMU AIS yang terbuka atau pun PMU GIS yang berupa bangunan dibuat berdasarkan kriteria membabitkan keperluan kapasiti di kawasan tersebut, kewujudan tapak sesuai dan juga keselamatan.

Pelaburan sebegini dilaksanakan TNB secara terancang, mengikut unjuran permintaan terhadap keperluan pengguna dan termasuk dalam program penyediaan infrastruktur baharu, penyelenggaraan dan perbelanjaan modal (capex) setiap tahun yang bernilai sekurang-kurangnya RM7 bilion untuk memastikan bekalan tenaga elektrik yang cukup dan berkekalan.

Kewajaran patut dibuat memandangkan jumlah tersebut jelas lebih tinggi berbanding keuntungan syarikat utiliti itu sebanyak RM4.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2013.

Daripada RM7 bilion, TNB melabur kira-kira RM3.5 bilion hingga RM4 bilion setiap tahun untuk memenuhi keperluan bekalan baharu dan peningkatan sistem bagi rangkaian pembahagian, dan pelbagai saluran penyambungannya.

TNB juga melabur antara RM2 bilion dan RM2.5 bilion setiap tahun untuk meningkatkan rangkaian penghantaran dan pembangunan infrastruktur yang lengkap.

Sebagai syarikat yang memiliki aset RM99 bilion, keuntungan itu boleh dianggap minima memandangkan TNB hanya membuat keuntungan sebanyak RM4.6 bilion, berbanding konglomerat lain, yang untung sekurang-kurangnya separuh daripada nilai aset mereka.

Pelaburan seumpamanya termasuk dalam teknologi terbaru seperti self healing system adalah mahal dan perlu dilakukan, bagi mengurangkan bekalan elektrik terputus (blackout) dan memenuhi permintaan semakin tinggi di kawasan pertumbuhan baharu.

Perbelanjaan modal sebanyak RM1 bilion disediakan untuk projek pembangunan infrastruktur penghantaran elektrik di Nusajaya, Johor.

Malaysia bersaing dengan negara-negara membangun lain untuk menarik pelaburan asing baharu, terutamanya dalam industri berteknologi tinggi. Satu daripada kelebihan terbesar di Malaysia adalah prasarananya yang maju.

Tiada pelabur akan datang melabur ke Malaysia jika mereka mengalami blackout setiap hari. Kami (TNB) melabur dalam teknologi baharu seperti sistem pembaikan sendiri, alat-alat berteknologi tinggi dan sistem kawalan canggih, kata Naib Presiden (Penghantaran) TNB, Datuk Rozimi Remeli dalam taklimat tertutup baru-baru ini.

Daripada sejumlah RM8.48 bilion yang telah diperuntukkan dari tahun 2014 hingga 2017, sebanyak 93 peratus diperuntukkan untuk projek pembangunan, dan hanya 6 peratus untuk penyenggaraan aset dan satu peratus untuk pembelian pukal tenaga.

TNB akan membelanjakan sebanyak RM1.72 bilion dalam tahun kewangan semasa berakhir 31 Ogos 2014, bagi menambah baik prasarana penghantaran bekalan elektrik dan membayar bagi penyenggaraan peralatan bervoltan tinggi.

TNB telah mengemukakan pelan pelaburan kepada Suruhanjaya Tenaga. Sebanyak 20 projek utama untuk rangkaian Penghantaran di Semenanjung Malaysia akan mewakili RM3.97 bilion atau 46 peratus daripada dana yang diperuntukkan sehingga 2017, kata Rozimi.

TNB memiliki tiga teras perniagaan iaitu penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik.

Bahagian penghantaran berperanan mengurus dan mengendalikan rangkaian 132 kV, 275kV dan 500kV iaitu sebahagian daripada grid nasional.

Antara projek utama di rangkaian penghantaran TNB sehingga tahun 2017 ialah pembinaan empat rangkaian 500kV iaitu Yong Peng ke Lenggeng di Perak bernilai RM803.40 juta; Ayer Tawar ke Tapah (RM695.76 juta); Tapah ke Bentong (RM387.20 juta) dan Bentong ke Lenggeng (RM233.34 juta).

Purata pertumbuhan permintaan terhadap bekalan elektrik dari 2014 hingga 2018 diunjurkan sebanyak 3.31 peratus. Pada 2013, permintaan elektrik ialah sebanyak 16,562MW dan dijangka mencecah 18,880MW pada 2017.

Panjang talian penghantaran dijangka tumbuh 5.6 peratus kepada 22,281 circuit kilometer (cct-km) pada 2017 daripada 21,092 cct-km, manakala bilangan pencawang dijangka bertambah kepada 464 pada 2017 daripada 404 pada 2013," kata Rozimi.

Grid nasional negara ini bersambung dengan sistem penghantaran elektrik Thailand dan di Senoko, Singapura. Pada masa ini, TNB giat menyambungkan Lembah Klang dengan Johor yang apabila siap, bakal menjadikan Malaysia berupaya membekalkan tenaga kepada rantau ASEAN sebelum 2020.

Menurut Rozimi, kabel elektrik adalah mahal iaitu boleh mencecah sehingga RM7 juta setiap kilometer manakala pencawang penghantaran adalah antara RM60 juta hingga RM116 juta untuk dibina.

TNB juga melabur dalam konduktor berkapasiti tinggi dan rendah risiko kehilangan tenaga, yang berpotensi mengurangkan kehilangan tenaga sebanyak 20 peratus semasa penghantaran elektrik. Namun, kosnya adalah 1.5 ganda lebih mahal berbanding konduktor yang digunakan sekarang.

Kos yang tinggi itu ditampan menerusi penjimatan dalam kehilangan penghantaran tenaga, dianggarkan RM2,258 setiap jam, bersamaan dengan RM593 juta dalam tempoh 30 tahun jangka hayat konduktor itu digunakan.

TNB juga telah melabur dalam sistem kawalan canggih di National Load Dispatch Centre (NLDC) yang disiap dibina pada 2009, dan dilengkapi dengan teknologi terkini yang membolehkan sekumpulan kakitangan mengendali dan memantau bekalan tenaga seluruh negara.

Keadaan muka bumi Malaysia, yang terdedah kepada kejadian kilat juga mendorong TNB untuk melabur lebih banyak dalam sistem perlindungan aset-asetnya, dipanggil self healing system iaitu grid dipasang sistem automatik menggunakan pengimbas canggih dan komputer, sistem komunikasi dan perlindungan yang membendung kemungkinan bekalan elektrik terputus berskala besar.

Kegagalan dakwah melalui drama

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

SAMPAH, jelik dan celaru. Itulah beberapa penilaian yang boleh dibuat terhadap nilai yang terhasil daripada beberapa siri drama tayangan petang setiap hari di kaca televisyen tempatan.

Dari aspek komersial, drama-drama tersebut mampu meningkatkan populariti sesebuah stesen televisyen, tetapi dari nilai budaya dan agama, terasa begitu mendukacitakan.

Tentunya ketika tayangan siri Bukan Kerana Aku Tak Cinta, adaptasi novel membuktikan betapa rendahnya moral dalam kehidupan masyarakat sekarang, kesemuanya kerana kesepaduan nilai agama begitu bercelaru. Sebelumnya, siri drama juga adaptasi novel popular Aku Isterinya mendapat sambutan menggalakkan.

Kini, drama bersiri berasaskan novel popular cukup berjaya memancing minat penonton, sayangnya hanya tertumpu kepada corak hidup yang tidak membawa kepada nilai kekeluargaan dan keagamaan.

Adaptasi novel dipenuhi dengan nilai dan konflik daripada masalah rumah tangga, perebutan cinta, dendam, perebutan harta, cinta yang terkandas, penipuan dan sebagainya. Semua nilai ini tidak membantu mengatasi kemelut budaya dalam masyarakat, yang semakin hari semakin parah dengan penceraian, masalah sosial, keruntuhan akhlak, kematian tragis, kecondongan politik berpuak-puak dan saling `membunuh, keserakahan akal budi dan jika diselitkan dengan nilai-nilai agama, ianya banyak tertumpu kepada konflik berpoligami.

Melihat perkembangan tersebut, tentunya mempamerkan gaya hidup masyarakat Malaysia kerana hasil seni dan kreativiti itu cerminan kehidupan, walaupun setiapnya membuat penafian tidak ada kaitan dengan sesiapa, sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal. Ia adalah rekaan. Maksudnya, drama tersebut bukan kisah sebenar, tetapi jalur yang ditonjolkan tetap mempunyai hubungannya dengan apa yang telah dan sedang berlaku dalam masyarakat.

Bagaimanapun, akhir-akhir ini masyarakat kembali memperkatakan atas dasar seni, ia tidak wajar disekat kreativiti walaupun ada ketikanya gambaran watak tidak munasabah dan keterlaluan, seolah-olah terbatas nilai kemanusiaan dan keinsanan pelakonnya.

Cerita lebih memfokuskan kepada kekuatan watak, bukannya kepada kekuatan mesej walaupun drama ataupun sastera bertujuan menyemai nilai moral dan pemikiran positif kepada khalayak secara bersahaja, bermakna dan natural.

Sepatutnya, drama itu mampu memangkas dengan baik nilai agama dan menghormatinya sebagai sesuatu yang suci dan wajib dipertahankan. Atas dasar dan keinginan komersial, drama itu diselit dengan kisah cinta meskipun tidak sebebas drama-drama lain yang membabitkan adegan di kelab malam, bersekedudukan dan pergaulan bebas.

Sampai bilakah kita perlu menunggu untuk melihat lahirnya filem-filem hebat seperti Habibie dan Ainun (kisah kasih sayang sejati bekas Presiden Indonesia), Di bawah Lindungan Kaabah, Perempuan Berkalung Noda, Sang Pencerah atau The Peddler (Father) yang membawa anugerah antarabangsa kepada penggiat filem Iran dan medium itu adalah satu saluran dakwah yang berkesan kerana nilai agama diterapkan secara halus, bersahaja dan menepati fitrah.

Penerbit filem atau production house di Malaysia tidak memberikan perhatian besar kepada penerbitan filem atau drama yang berasaskan nilai-nilai murni Islam, mungkin khuatir tidak mampu meraih hasil yang baik atau tidak laku di pasaran. Apatah lagi filem-filem dengan nilai kehidupan yang rendah, mampu meraih keuntungan yang besar misalnya Ombak Rindu.

Penulis memahami masalah sekarang bukan semata-mata masalah media atau stesen penyiaran, tetapi masalahnya ialah tidak ada tenaga manusia yang berkemampuan untuk menyediakan rancangan-rancangan yang dikehendaki. Yang dimaksudkan dengan tenaga manusia dalam penerbitan drama ialah penulis skrip, pelakon, pengarah dan penerbit.

Kejayaan penghasilan sesebuah drama itu tidak bergantung semata-mata kepada skrip kerana ada unsur-unsur lain yang berperanan seperti pelakon, pengarah, gerak kerja kamera dan lain-lain.

Meskipun ada beberapa drama atau filem yang baik, sayang sekali di luar layar perak kehidupan sesetengah pelakonnya lupa diri, bercakaran sesama sendiri kerana berebut kekasih, hidup mewah dan mempamerkan sikap sombong, berebut memancing duda kaya atau hartawan, menganjurkan majlis kahwin yang mewah dan lebih jelik lagi memuat naik kata-kata kesat menyindir, mabuk gambar sendiri (selfie), berdua-duaan dengan pasangan bukan muhrim, berpakaian seksi di tepi pantai ketika bercanda dan sebagainya.

Bukan salah kalau seorang pendakwah turut menjadi hero dalam filem atau drama, tentunya ketinggian pendidikan agama boleh diterjemahkan dalam lakonan yang bersahaja dan terampil. Ia bukan sekadar kehadiran sebagai watak kecil yang memainkan peranan terhad, sekadar menguruskan jenazah, mengimamkan sembahyang berjemaah dan menjadi juru nikah.

Banyak lagi aspek yang wajar ditonjolkan misalnya, membingkaikan nilai-nilai agama ke dalam gerak kerja seharian. Kehadiran tokoh agama bukan dalam adegan yang bersifat khutbah atau mengajar secara langsung, ia perlulah ditampilkan secara natural sebagaimana prinsip Islam itu benar-benar membawa maksud `cara hidup.

Apa yang digarap di TV kita banyak menyentuh perkara-perkara remeh dan mempunyai gesaan yang keterlaluan. Kadang-kadang diselit pula hukum-hukum yang berbentuk negatif dan menakutkan. Slot seperti ini dapat diperhatikan ketika memperingati hari-hari penting dalam kalendar Islam dan disiarkan oleh stesen-stesen TV.

Pendekatan yang berbentuk psikologi dengan isu-isu yang menggembirakan kurang sekali ditekankan. Sedangkan dakwah seharusnya dilihat sebagai tumpuan yang menghiburkan selaras dengan ajaran silam dan persekitaran masyarakat.

Kita tidak mahu drama atau filem berunsur Islam hanya sekadar bermusim dan tempelan sehingga menampakkan perjalanan ceritanya tidak relevan dengan tuntutan Islam secara menyeluruh dan mendalam.

Mungkin kita boleh mencontohi kejayaan filem-filem biografi tokoh sehingga menampakkan realiti kehidupan sebenar watak, misalnya ketelitian David Attenborough menterjemahkan Mahatma Ghandi, seorang yang amat menekankan prinsip perjuangan tanpa keganasan meskipun akhirnya beliau sendiri terbunuh.

PENULIS ialah Pengurus Besar Analisa dan Pengurusan Isu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pembangunan kekalkan ciri-ciri tradisi, kebudayaan Melayu

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB) 2020 bakal membangunkan Kampung Baru sebagai model baharu penempatan moden orang Melayu di tengah-tengah ibu negara.

KUALA LUMPUR 23 April - Dikenali dengan imej sebagai kampung di tengah-tengah kesibukan ibu negara, Kampung Baru di sini pasti akan berubah wajah sekiranya Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB 2020) dapat direalisasikan bagi memajukan penempatan orang Melayu itu.

Berdasarkan perancangan yang digariskan PITPKB 2020, hampir 39 buah projek akan dibangunkan dengan setiap projek menelan kos pembinaan antara RM200 juta hingga RM300 juta.

Sebagai salah satu perkampungan Melayu yang masih kekal di Kuala Lumpur, PITPKB 2020 telah digubal oleh Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) dengan mengambil kira pelbagai elemen terutama sekali mengekalkan ciri-ciri tradisi dan kekampungan kawasan itu namun dalam masa yang sama memodenkannya.

PKB ditubuhkan pada 2011 untuk memaju, menyelaras dan menyelia pembangunan Kampung Baru yang seluas 121.7 hektar.

Mengikut pelan tersebut, Kampung Baru akan dibangunkan dengan sebagai sebuah ruang bandar moden bercirikan Melayu-Islam dengan penekanan kepada aspek kebudayaan dan warisan.

Dengan kata lain, kemodenan akan menjadi tema kepada pembangunan Kampung Baru tetapi pada hakikatnya, ciri-ciri kampung tetap akan dikekalkan.

Ini termasuklah pengekalan unit-unit kediaman unik bercirikan seni bina rumah Melayu yang akan ditempatkan semula sebagai ruang perniagaan, inap desa, kedai-kedai berkonsepkan butik, pusat informasi pelancongan dan sebagainya.

GAMBARAN artis mengenai Pusat Kebudayaan dan Pengajian Islam yang akan dibina di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bangunan-bangunan warisan dan unik seperti Masjid Pakistan, Kelab Sultan Sulaiman dan Gurdwara Sahib akan diberi perhatian.

Turut dikekalkan adalah nama-nama jalan yang mempunyai nilai sejarah seperti Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Raja Muda Musa dan Jalan Haji Yaakob.

Salah satu cadangan PITPKB 2020 adalah konsep Menghijaukan Kampung Baru yang akan menjadi agenda utama dalam perancangan pembangunannya. Ia bakal menyaksikan pembentukan 15 peratus kawasan lapang di atas tanah, 15 peratus lagi di atas bumbung dan penanaman 10,000 pokok-pokok yang mewujudkan suasana segar.

Selain itu, sebuah tasik rekreasi berkeluasan 6.9 hektar akan dibina sekali gus menyelamatkan semula pengaliran air Sungai Bunos.

Orang ramai pasti akan terpikat dan mengagumi usaha-usaha bagi memberikan wajah baharu kepada Kampung Baru termasuk mengekalkan tradisi penduduk antaranya amalan memasak bubur lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru.

Terdapat tujuh peringkat pelaksanaan PITPKB 2020 yang perlu dijayakan terlebih dahulu sebelum sebarang pembangunan dapat dimulakan.

Ia melibatkan program turun padang, penyediaan draf, hari terbuka dan sesi maklum balas pemilik atau pewaris tanah, penambahbaikan, memuktamad, menerima pakai dan pelaksanaan PITPKB 2020.

Mengikut rancangan, ia akan bermula pada tahun hadapan yang melibatkan empat fasa projek pembangunan yang mengambil masa selama 20 tahun untuk disiapkan iaitu pada tahun 2035.

Sehubungan itu, pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru dijemput meneliti draf PITPKB 2020 di pejabat PKB di Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah, di sini.

Mereka boleh mengemukan sebarang cadangan bagi tujuan pembangunan itu sehingga hujung bulan Mei ini.

Isu pemilikan tanah perlu diselesaikan segera

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Dua pemilik tanah melihat pelan pembangunan Kampung Baru di Ibu Pejabat PKB di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN

KUALA LUMPUR 23 April - Hartanah di Kampung Baru akan bernilai tinggi sekiranya dibangunkan secara penyatuan lot bagi membolehkan projek komersial berskala besar dijalankan di kawasan itu.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB), Datuk Astaman Abdul Aziz menjelaskan, harga tanah akan meningkat jika terdapat prospek dan corak pembangunan di tanah tersebut selain tiada kemelut pemilikan hak tanah.

Pelabur dan pemaju akan lebih berminat untuk melabur sekiranya telah tersedia lot-lot sekurang-kurangnya 30,000 kaki persegi atau tanah yang luas bagi menjayakan pembangunan bersifat ikonik.

Mereka tidak akan membangunkan mana-mana tanah yang bersaiz kecil, tidak strategik dan bermasalah.

Jika kita selesaikan dahulu soal pemilikan tanah dan kesemuanya dapat disatukan, maka dengan sendirinya berlaku kenaikan pada nilai tanah.

Ini kerana ada sebuah lot tanah yang dimiliki oleh lebih daripada 200 individu," katanya di sini, baru-baru ini.

Beliau mengulas permintaan pemilik dan waris tanah di Kampung Baru supaya aset mereka itu dapat ditawarkan pada harga yang tinggi sehingga mencecah RM4,000 bagi setiap kaki persegi sebelum dimajukan oleh pemaju dengan projek Pembangunan Kampung Baru 2020.

Astaman berkata, kekangan utama bagi penduduk Kampung Baru adalah untuk menjual tanah kerana aset tersebut merupakan tanah kurnia dan hak milik kekal.

Bagaimanapun, jelasnya, jika para pemilik tanah bersetuju untuk lot mereka disatukan, PKB akan bertindak sebagai Badan Pendaftar yang bertanggungjawab menjaga hak untuk membangunkannya bagi pihak mereka.

Katanya, PKB tidak menetapkan secara khusus sebarang nilai atau harga asas tanah (kosong) milik penduduk Kampung Baru kerana pada amnya nilai mana-mana lokasi di bandar raya Kuala Lumpur ialah RM500 bagi satu kaki persegi.

Ini dapat dilihat pada pembinaan bangunan KLCC milik Petronas yang dibangunkan pada nilai RM400 bagi satu kaki persegi.

Bagaimanapun, setelah dibangunkan, nilai hartanah di antara pusat komersial utama di Kuala Lumpur itu telah mencecah sehingga RM2,000.

Pada asalnya tapak KLCC itu hanyalah tempat lumba kuda, jika tidak dibangunkan untuk sebarang pembangunan sehingga sekarang harga atau nilai tanah di situ hanyalah RM400 bagi satu kaki persegi," jelasnya.

Astaman memberitahu, dengan keluasan 121.96 hektar atau 1,335 lot yang dimiliki 5,300 pemilik tanah berdaftar, adalah sukar untuk menetapkan nilai tanah secara sama rata di Kampung Baru.

Sudah tentu tanah yang terletak berhampiran Jalan Sultan Sulaiman lebih tinggi nilainya berbanding lokasi yang agak ceruk di Kampung Baru," katanya.

Pastikan pembangunan tidak ragut hak orang Melayu

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Kiri umrah Kassim, Zulkifly

KUALA LUMPUR 23 April - Pemilik tanah di Kampung Baru menyambut baik hasrat membangunkan kawasan itu, namun mahu pemilikan tanah dan warisan orang Melayu dikekalkan.

Seorang warga emas, Umrah Kassim, 81, mahu melihat Kampung Baru dibangunkan supaya ia menjadi mercu tanda kepada penempatan orang Melayu di tengah-tengah kemajuan ibu negara.

Saya sudah tua dan tiada apa yang boleh ditinggalkan untuk anak cucu kecuali tapak rumah dan tanah di Jalan Raja Abdullah.

Justeru, bangunkanlah tapak tersebut mengikut apa yang dirasakan sesuai tetapi manfaatnya mestilah dirasai oleh anak cucu saya," katanya selepas melihat pelan pembangunan kawasan itu di Ibu Pejabat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) di Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang pewaris tanah di Kampung Baru, Zulkifly Razali 49, berkata, pada dasarnya dia bersetuju untuk memberikan kerjasama kepada PKB bagi membangunkan tanah miliknya seluas 10,000 kaki persegi di kampung itu.

Bagaimanapun, tanah saya terletak bersebelahan pejabat sebuah syarikat permotoran dan sudah tentu akan timbul isu untuk menyatukan lot kedua-dua tanah tersebut. Saya tidak pasti sama ada syarikat tersebut mahu mengosongkan tanahnya untuk dibangunkan," katanya.

Seorang pengusaha syarikat penyediaan makanan, Nazwan Mohd. Saaie, 62, berkata, dia bersedia untuk membenarkan tanah miliknya seluas 10,000 kaki persegi Jalan Raja Alang dimajukan dalam usaha mengubah landskap Kampung Baru.

Saya harap pembangunan itu nanti tidak akan menghilangkan hak milik dan identiti warisan orang Melayu di kawasan ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Nilai rampasan RM146,000

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Ayub Abdul Rahman (kanan) memeriksa sebahagian daripada komputer riba dan perisian cetak rompak yang dirampas di pejabatnya di Menara Ansar di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 23 April - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas pelbagai salinan perisian komputer, cakera padat (CD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak bernilai RM146,205 sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Ayub Abd. Rahman berkata, dalam serbuan terbaharu di sebuah firma arkitek di Skudai, di sini semalam, pihaknya merampas sebuah komputer riba dan dua salinan perisian komputer bernilai RM33,000 disyaki cetak rompak.

"Sebanyak 16 kes dan serbuan dicatatkan di bawah Akta Hakcipta 1987 dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini hasil risikan, maklumat awam dan kerjasama daripada Business Software Alliance (BSA).

"Malah, dalam tempoh dua hari operasi khas membanteras cetak rompak yang dijalankan bermula kelmarin hingga Sabtu ini di premis perniagaan, syarikat termasuk pasar malam di negeri ini, sebanyak enam kes membabitkan rampasan berjumlah RM41,790 dilaporkan," katanya di pejabatnya, di sini hari ini.

Ayub memberitahu, dalam serbuan pukul 2.30 petang itu, pihaknya turut mengambil keterangan daripada pemilik syarikat berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.

Jika sabit kesalahan, firma arkitek itu boleh didenda antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap perisian cetak rompak atau penjara sehingga lima tahun.

Mengenai Akta Kawalan Bekalan 1961, beliau berkata, sebanyak 42 kes penyelewengan diesel dan gas petroleum cecair (LPG) dengan rampasan bernilai RM1.31 juta dicatatkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

"Berbanding tempoh sama tahun lalu, sebanyak 72 kes dicatatkan melibatkan rampasan bernilai RM1.31 juta manakala nilai rampasan keseluruhan sepanjang tahun lalu ialah sebanyak RM5.82 juta daripada 195 kes," katanya.

Tolak cadangan bina kondominium di atas tanah ATJ - Nur Jazlan

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

JOHOR BAHRU 23 April - Kerajaan negeri diminta menolak sebarang cadangan pembangunan hartanah di atas tanah Akademi Tenis Johor (ATJ) di Taman Perling di sini kerana jelas akan membantutkan pembangunan sukan berkenaan di negeri ini.

Presiden Persatuan Tenis Johor (PTJ), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sebarang cadangan untuk memindahkan akademi itu ke kawasan lain dan menggunakan tanah terbabit untuk pembangunan kondominium perlu ditolak sama sekali.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, ATJ yang terletak di Pesisiran Perling 1 jelas menjadi antara kemudahan sukan bertaraf nasional di kawasan pusat bandar raya dan memberikan kemudahan kepada penduduk setempat.

"Saya mempunyai misi untuk menjadikan sukan tenis di Johor sebagai antara sukan popular di negeri ini dan sejak memegang jawatan sebagai Presiden tahun lalu, kita sudah menggariskan beberapa pelan ke arah mencapai matlamat berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini.

Akademi kendalian PTJ yang terletak di atas tanah seluas kira-kira dua hektar di sini turut mempunyai kemudahan, asrama selain dewan serta bilik seminar.

Nur Jazlan mendakwa mendengar ura-ura sebuah syarikat pemaju hartanah ada menghantar cadangan pelan pembinaan kondominium di atas tanah ATJ dan mahu memindahkan kemudahan sukan itu ke Nusa Duta.

Beliau berkata, ATJ yang dibina lebih 10 tahun itu telah dibaik pulih dan menjadi tempat untuk pembangunan sukan tenis di negeri ini terutama dalam kalangan remaja serta pusat komuniti bagi penduduk di sekitar Taman Perling.

"Kawasan Node 2 Iskandar Malaysia terutama sekali di sekitar Teluk Danga sudah dipenuhi dengan pembinaan kondominium dan saya berpendapat bahawa pembangunan sebuah lagi kondominium di atas tanah ATJ tidak akan mempunyai sebarang kesan positif terhadap pasaran hartanah di Iskandar Malaysia," katanya.

Nur Jazlan menegaskan, pembinaan sebuah lagi akademi tenis yang baharu jelas satu pembaziran kerana kemudahan sedia ada mencukupi dengan ATJ mampu menganjurkan pertandingan di peringkat antarabangsa.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved