Khamis, 24 April 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PABM 2014: Sembilan juri adili peringkat separuh akhir hari ini

Posted: 24 Apr 2014 02:50 AM PDT

SERDANG 24 April - Buat pertama kali dalam sejarah Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri sembilan orang dilantik sebagai juri bagi mengadili pertandingan peringkat separuh akhir hari ini.

Penyelaras Teknikal dan Penghakiman PABM 2014, Dr. Mazlena Mohamad Hussain berkata, sembilan orang juri terpaksa dilantik berikutan persaingan yang sengit daripada para peserta daripada 12 negara untuk kategori antarabangsa dan lima peserta bagi kategori alam Melayu.

Dr. Mazlena berkata, pelantikan sembilan orang juri itu berbanding tujuh orang sebelum ini juga kerana timbul isu mengenai keputusan pertandingan peringkat suku akhir semalam.

"Semalam bila kita umumkan keputusan untuk separuh akhir ada yang mempersoalkan kenapa peserta negara tertentu walaupun bagus tidak terpilih.

"Hari ini, kita ada wakil daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, wakil daripada Mingguan Malaysia yang kita anggap sangat berpengalaman dan berpengatahuan dari segi teknik berpidato dan gaya bahasa. Juri-juri ini bebas dan bukan daripada mana-mana IPT yang bertanding," kata Dr. Mazlena.

Tegas beliau, dalam penghakiman sesuatu pertandingan pidato juri sentiasa mempunyai persepsi yang berbeza daripada masyarakat awam.

"Dalam pidato, persepsi juri berbeza dengan persepsi penonton sebab juri adalah mereka yang benar-benar berpengalaman dan berpengetahuan mengenai teknik berpidato yang sebenar.

"Mereka menilai dari segi isi, bahasa, gaya dan juga markah bonus untuk persembahan keseluruhan," jelas Dr. Mazlena.

Beliau turut menjelaskan mengapa peserta kegemaran penonton seperti Akira Yamaura dari Jepun dan Maria Mitsura dari Rusia tidak terpilih ke peringkat akhir.

"Sebenarnya adat bertanding ada yang menang ada yang kalah. Kedua dari segi konsep, kemenangan bukan bermakna anda bertanding di pentas akhir tetapi pengalaman yang dikutip ketika berada di sini dalam meningkatkan prestasi diri itulah kemenangan.

"Komen yang diterima daripada juri ialah walaupun mereka boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik, tetapi ini pertandingan pidato ilmiah. Kita harap isi pidato yang melambangkan pemikiran peserta yang terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi," kata Dr. Mazlena.

PABM 2014 menyaksikan Selamet Nur Anom (Indonesia); Chen Nan (China); Aiman Ariff Abdul Azij (Malaysia); Mahamad Yusof (Thailand); Sally Jane Hill (Australia); Waleed Basil Mohamed Ali (Iraq); Aiman Saleh Hasn Alammari (Yamen) dan Bridget Johnson (Amerika Syarikat) terpilih ke peringkat akhir yang diadakan esok. - UTUSAN ONLINE

RTC Kedah satu insiatif kerajaan pacu transformasi luar bandar

Posted: 24 Apr 2014 02:27 AM PDT

Oleh SAFINA RAMLI dan MOHD RAFIE AZIMI

KUBANG PASU 24 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kedah di Napoh di sini merupakan satu insiatif yang mampu membantu memacu transformasi luar bandar.

Katanya, perkara itu jelas menunjukkan usaha kerajaan membantu masyarakat luar bandar dilakukan secara berterusan.

Beliau dalam pada itu mahu agensi-agensi kerajaan yang terlibat untuk mencari jalan bagi membolehkan jalinan kerjasama di antara RTC dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dalam membantu keseluruhan rakyat meringankan beban sara hidup. - UTUSAN ONLINE

Polis jamin keselamatan sempena lawatan Barack Obama

Posted: 24 Apr 2014 01:52 AM PDT

JOHOR BAHRU 24 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia sepenuhnya dalam aspek keselamatan sempena kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk lawatan kerja rasmi selama tiga hari di negara ini, bermula Sabtu depan.

Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, kehadiran mana-mana individu dari negara luar ke negara ini khususnya pemimpin negara pasti mendapat perhatian dan keprihatinan daripada pihak berkuasa.

"Kunjungan Presiden AS ke negara ini pastinya sudah mendapat perhatian dan saya yakin pucuk pimpinan PDRM sudah mengambil kira pelbagai faktor keselamatan berhubung perkara itu.

"Keprihatinan ini bukan ditujukan khas kepada beliau sahaja tetapi kepada mana-mana pemimpin negara lain yang membuat lawatan rasmi," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Larkin di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved