Khamis, 9 Januari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bukan Kim Swee ke Yemen

Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Ong Kim Swee

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal memperkenalkan ketua jurulatih baharu Harimau Malaya selewat-lewatnya bulan depan, sambil memberi bayangan Datuk Ong Kim Swee bukan orang yang akan membawa Malaysia pada perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2015, Mac ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin semalam memberi bayangan, sekurang-kurangnya 95 peratus urusan menamakan jurulatih hampir selesai apabila Malaysia bertemu Yemen pada 5 Mac nanti dan jurulatih sementara, Kim Swee tidak perlu membimbing skuad negara.

Satu lagi isyarat yang turut diberikan Hamidin, kemungkinan besar FAM akan mengambil jurulatih luar negara, biarpun beliau enggan mendedahkan nama calon.

''Mengenai jurulatih baharu Harimau Malaya, FAM akan mengumumkan selewat-lewatnya Februari ini kerana buat masa ini masih ada satu, dua perkara yang perlu diselesaikan.

''Lima nama telah disenarai pendek dan kami akan memutuskan calon yang layak memikul tugasan selaku jurulatih Harimau Malaya dalam masa terdekat," katanya di Wisma FAM, semalam.

Philippe Troussier kekal sebagai pilihan utama untuk mengisi kerusi panas ditinggalkan Datuk K. Rajagobal apabila pihak FAM dikhabarkan telah mengadakan dua pertemuan dengan bekas pengendali Jepun dan Qatar itu.

Namun, FAM mendapat saingan daripada Tunisia yang turut mencari pengganti Ruud Krol yang dipecat ekoran gagal layak ke Piala Dunia 2014.

Dua nama baharu yang turut dikaitkan adalah bekas pengurus AS Roma, Zdenek Zeman dan bekas pemain antarabangsa Perancis, Marcel Desailly, selain bekas jurulatih Uzbekistan dan India yang berasal dari England, Bob Houghton.

Sebelum ini, bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic dan bekas penolong jurulatih Liverpool, Alex Miller turut berminat menjadi jurulatih Harimau Malaya.

Dua nama jurulatih tempatan, Kim Swee dari Harimau Muda A dan bekas jurulatih Pahang, Dollah Salleh juga dikaitkan antara lima nama yang disenarai pendek.

Menyentuh mengenai Kim Swee, Hamidin menjelaskan pengendali Harimau Muda A itu telah dilanjutkan kontrak dua tahun, selain diberi peranan membantu jurulatih Harimau Malaya yang akan dilantik.

''Tugas utama Kim Swee masih bersama Harimau Muda A cuma apabila ketua jurulatih kebangsaan dilantik tidak lama lagi, beliau akan membantu dalam beberapa kejohanan tetapi bukannya sebagai penolong.

''Ini sebagai langkah buat dirinya menimba pengalaman yang boleh membantu semasa membimbing Harimau Muda A," katanya lagi.

'Jangan dimalukan di negara sendiri'

Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Khairy Jamaluddin (duduk tengah) meraikan atlet paralimpik negara yang akan beraksi pada Sukan Para Asean di Myanmar minggu depan dalam majlis penyerahan Jalur Gemilang kontinjen Para Asean di Putrajaya, semalam. Turut hadir Tun Abdullah Ahmad Badawi (berdiri tujuh dari kiri) dan Tun Jeanne Abdullah (duduk lima dari kiri). - UTUSAN/Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA - Selepas kecewa melihat prestasi yang ditunjukkan skuad sepak takraw pada Sukan SEA Myanmar tahun lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu keadaan segera diperbetulkan sebelum Malaysia menjadi tuan rumah temasya tersebut pada 2017.

Menurut Khairy, beliau tidak rela pasukan negara dimalukan lagi di depan penyokong sendiri, justeru Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) perlu merangka program yang lebih efektif dalam tempoh empat tahun ini.

"Saya selaku menteri hanya mempunyai hak untuk menegur prestasi sukan tersebut, manakala soal pentadbiran terserah kepada ahli gabungan kerana itu di luar bidang kuasa saya untuk menentukan siapa yang berhak menerajui atau sebaliknya.

"Pada Sukan SEA 2017 saya tidak mahu sukan sepak takraw tewas dalam usaha memburu pingat emas kerana kita beraksi di gelanggang sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kontinjen negara ke Sukan Para Asean, di sini, semalam.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah selaku penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong.

Kata Khairy, PSM dan MSN perlu berkerjasama bagi merangka yang benar-benar berkesan dalam memperkasakan sukan tersebut.

Tambahnya lagi, tempoh empat tahun yang ada sebelum bermulanya temasya dwi tahunan itu di negara ini perlu dimanfaatkan dengan baik dalam mengangkat semula martabat sukan sepak takraw negara.

Pada Sukan SEA XXVII di Myanmar skuad sepak takraw negara hanya mampu membawa pulang sebutir pingat perak antara regu dan dua gangsa berpasukan dibawa pulang skuad elit dan wanita dari Nay Pyi Taw, bulan lalu.

Jika bukan hanya empat negara yang menyertai dan tiada pula perlawanan playoff gangsa berpasukan, anak-anak buah Jamaluddin Hassan berkemungkinan pulang dengan tangan kosong buat kali pertama dalam sejarah sejak Malaysia yang memasukkan acara tertua Sukan SEA itu pada 1965.

Malah Sepanjang 2013 juga kita kerap diperbudakkan oleh Korea Selatan pada kejohanan Piala Raja Thai, Siri Super 1 Istaf dan Kejohanan Asia Pertama di Hwacheon Kangwondo, November lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Perdana Menteri Tunisia letak jawatan

Posted: 09 Jan 2014 10:05 AM PST

TUNIS 10 Jan. - Perdana Menteri Tunisia, Ali Larayedh akan meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pentadbiran sementara, sebagai salah satu janji beliau kepada pembangkang untuk meletakkan demokrasi di negara ini kembali ke landasan sebenar.

"Perdana Menteri sudah mengisytiharkan akan menyerahkan surat perletakan jawatan hari ini (semalam waktu Malaysia), menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden yang disiarkan oleh agensi berita TAP. - REUTERS

Mahkamah Mesir penjarakan 113 pengikut Mursi

Posted: 09 Jan 2014 10:03 AM PST

KAHERAH 10 Jan. - Beberapa buah mahkamah di sini semalam, menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih daripada tiga tahun ke atas 113 orang penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi kerana terlibat dalam tunjuk perasaan tanpa kebenaran dan terlibat dalam keganasan.

Mahkamah Kaherah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas 63 orang menyokong Mursi selain mendenda setiap mereka sebanyak 50,000 pound Mesir (RM23,558.79).

Mereka juga boleh dibebaskan dengan membayar ikat jamin sebanyak 5,000 pound Mesir (RM2,355.88) untuk mengelakkan daripada dipenjara sehingga kes rayuan mereka didengari. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pegawai PPDNKK di setiap pasar

Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
utusanpahang@utusan.com.my

SHAHIRUDDIN Ab. Moin (belakang, lapan dari kiri) bersama para pegawai pembangunan koperasi selepas majlis perjumpaan bersama pegawai pembangunan koperasi di Temerloh, Pahang, semalam.

TEMERLOH 9 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) diminta menempatkan pegawai penguat kuasa di pusat pendaratan ikan dan pasar di negeri ini sebagai langkah membendung kenaikan harga ikan dan sayur yang dikatakan naik mendadak sejak seminggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, langkah itu bagi memastikan tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga.

"Peniaga tidak sepatutnya sesuka hati mengaut keuntungan dengan menaikkan harga ikan dan sayur tetapi perlu bertimbang rasa ke atas pengguna dan orang ramai.

"Malah faktor cuaca dan musim tengkujuh yang sedang melanda negara jangan dijadikan sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan dan jika dinaik pun, biarlah berasas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perjumpaan bersama pegawai pembangunan koperasi seluruh Pahang di sini hari ini.

Harga ikan di kebanyakan negeri terutamanya kembung, selar dan kerisi dilaporkan naik antara RM2 hingga RM4 sekilogram manakala harga sayur-sayuran pula naik antara 40 peratus hingga 60 peratus menyaksikan harga terung naik kepada RM7 sekilogram berbanding RM4 sekilogram.

Sementara itu, Shahiruddin berkata, koperasi perlu memainkan peranan agar kira-kira lapan juta ahli koperasi di seluruh negara tidak terbeban dengan isu kenaikan harga barang.

Katanya, koperasi boleh membantu ahli-ahli dengan menjual barangan pada harga murah dan berpatutan yang tidak membebankan pengguna.

4,112 premis diperiksa sempena Op Harga

Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST

ABDUL Kadir AlJailani Mohamad Shariff (kanan) memeriksa tanda harga di sebuah kedai runcit dalam operasi tanda harga KPDNKK di Indera Mahkota, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 9 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) menjalankan 4,112 pemeriksaan ke atas pelbagai premis perniagaan di negeri ini dalam Op Harga yang diadakan sejak 1 Januari hingga semalam.

Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Abdul Kadir Aljailani Mohd. Sharriff berkata, dalam operasi itu juga sebanyak 12 buah premis telah dikenakan kompaun kerana tidak meletakkan tanda harga.

"Nilai kompaun yang dikenakan ke atas semua peniaga yang terlibat adalah sebanyak RM1,512.50 dengan nilai rampasan RM5,400," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan Op Harga di Indera Mahkota 5, di sini semalam.

Katanya, kebanyakan alasan yang diberikan oleh para peniaga yang tidak meletakkan tanda harga adalah kerana terlupa.

"Kita tetap mengenakan kompaun ke atas mereka di bawah Seksyen 18 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan," katanya.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan juga mendapati tiada peniaga yang menaikkan harga barangan keperluan di negeri ini.

"Kalau ada sekalipun tidaklah ketara dan terlalu tinggi. Bagaimanapun peniaga yang naikkan harga kita akan ambil tindakan menggunakan undang-undang yang sedia ada," katanya.

Menurut beliau, pihaknya akan terus menjalankan operasi ini dari semasa ke semasa bagi memantau peniaga yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Pengguna juga perlu bijak untuk membeli barangan di premis yang tidak menaikkan harga. Kita sebagai pengguna perlu tahu hak kita.

"Pengguna juga boleh melaporkan kepada pihak kami jika ada sebarang maklumat mengenai kenaikan harga barang dengan menghantarnya ke e-aduan@kpdnkk.gov.my," katanya.

Sekolah luar bandar dinaik taraf

Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST

KUALA KRAU 9 Jan. - Kemudahan sekolah termasuk di kawasan pedalaman yang sentiasa ditingkatkan membuktikan kerajaan tidak pernah membezakan antara pelajar di bandar dan luar bandar.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said sehubungan itu berkata, Orang Asli khususnya perlu memanfaatkan kemudahan yang disediakan dan merebut kesempatan berkenaan dengan memastikan anak mereka ke sekolah bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik.

Malah, kerajaan turut menempatkan guru berkemahiran dan terlatih di sekolah luar bandar untuk melatih generasi muda tanpa mengira kaum supaya mereka cemerlang dalam pelajaran," katanya di sini baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Permohonan peguam ketepi denda ditolak

Posted: 09 Jan 2014 05:57 PM PST

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Permohonan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetepikan hukuman denda RM5,000 atas dakwaan telah melanggar Akta Profesion Guaman, ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Zaleha Yusof memutuskan demikian setelah berpendapat mahkamah tidak mahu campurtangan dalam keputusan yang telah dibuat oleh Badan Disiplin terhadapnya. - UTUSAN ONLINE

Nalla mahu kes saman diteruskan

Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KIRI:Nallakaruppan,Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mahu kes saman fitnah RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap beliau diteruskan dan tidak ditangguh lagi.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu juga memberitahu, beliau tidak gentar dengan saman Anwar itu dan akan bersedia dengan pelbagai bukti.

Saya tunggu, biarkan beliau heret saya ke mahkamah dan saya tak akan lari. Saya akan bawa bukti, sudah 30 tahun saya berkawan dengannya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau menyatakan rasa hairan dengan tindakan Anwar yang kebelakangan ini mengambil tindakan menarik balik atau menyelesaikan saman fitnah mengikut terma-terma tertentu melibatkan beberapa individu.

Bekas rakan baik Ketua Pembangkang itu berkata, permainan tersebut menimbulkan banyak persoalan dengan terbaharu Mahkamah Tinggi di sini merekodkan penyelesaian bersama dalam kes saman fitnah RM10 juta oleh Anwar terhadap tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar.

Tahun lalu ada dua saman fitnah yang difailkan beliau (Anwar), ditarik balik atau diselesaikan di luar mahkamah. Mengapa?

Tetapi, saman fitnah RM100 juta Anwar terhadap saya, kalau boleh mahu dipercepatkan dan diteruskan. Saya mahu jumpanya di mahkamah," katanya.

Pada 26 Mac 2012, Anwar selaku plaintif menyaman Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012 di muka surat hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Sepanjang tahun lalu, Anwar menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, selain kes saman fitnahnya terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung satu ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak kira-kira enam tahun lalu, diselesaikan di luar mahkamah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Kahwin hujung tahun

Posted: 08 Jan 2014 08:57 PM PST

Oleh Ifqdar Rahman
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar Ghazali Basri

NISHA dan Edi bersama ibu bapa masing-masing pada hari pertunangan mereka yang berlangsung di Mont Kiara, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

BIBIT perkenalan bermula di set penggambaran tiga tahun lalu akhirnya dimeterai dengan tali pertunangan yang diikat selama setahun antara dramatis Nisha Dirr, 31, dan pasangannya, Edi Khushairy Ab. Kadir, 34.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Ahad lalu, majlis pertunangan tersebut diadakan dalam suasana serba sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sanak-saudara dari kedua-dua belah pihak serta warga media.

Mengenakan busana anggun berona biru firus rekaan Butik Fesyen Mida'R, Nisha atau nama sebenarnya, Nik Shahriah Nik Dir, disarungkan cincin oleh bakal mentua, Datin Norizan Abdul Manaf, selain menerima lima dulang hantaran yang terdiri daripada, manisan, telekung, sejadah, biskut dan juga sepasang kain.

Manakala Nisha pula membalas sebanyak tujuh dulang hantaran buat Edi yang berupa sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, sepasang kain, kek, buah-buahan, sekotak kurma dan sirih junjung.

Mengulas lanjut mengenai pilihan hatinya, Edi yang merupakan ahli perniagaan itu dikenalinya sejak tiga tahun lalu ketika jejaka itu singgah di lokasi penggambaran drama lakonannya untuk berjumpa dengan pengarah yang juga rakannya.

"Masa itu dia datang di set penggambaran untuk bertemu dengan rakannya yang juga pengarah sebuah drama yang saya bintangi. Kemudian, pengarah tersebut memperkenalkan dia kepada saya dan sejak itu, kami saling berhubungan.

"Dalam tak sedar, tiga bulan berlalu dan hubungan kami semakin rapat. Pada ketika itulah saya dapat rasakan yang Edi adalah pilihan tepat untuk dijadikan calon suami," katanya kepada Hits.

Jika tiada aral melintang, menurut Nisha, mahligai perkahwinannya akan dibina lebih awal dari masa yang ditetapkan atas alasan, perkara yang baik tidak perlu ditangguh lama-lama.

Bukan materialistik

Sementelah tunangannya yang berstatus seorang usahawaan dan juga anak kepada seorang ahli perniagaan bergelar datuk, ia sedikit sebanyak menjadi topik perbualan sinis. Pastinya segelintir pihak melontar persepsi negatif terhadap Nisha yang menyifatkan wanita itu sebagai materialistik.

Menepis dakwaan tersebut, Nisha memberitahu, kekayaan dan status Edi bukanlah penyebab utama untuk dia jatuh hati kepada lelaki itu. Sebaliknya budi bicara yang ditunjukkan Edi ketika bergaul dengan kedua-dua orang tuanya, membuatkan dia terpikat.

Tingkah laku Edi yang budiman dan bijak dalam pergaulannya terutama apabila berhadapan dengan ibu bapa Nisha, amat memikat hati wanitanya.

"Edi seorang yang sangat merendah diri ketika berbicara tidak kira dengan sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Sikapnya yang budiman merupakan salah satu daya tarikan untuk saya mengenalinya dengan lebih mendalam ketika mula-mula berkenalan tiga tahun lalu.

"Setiap kali berjumpa, Edi melayan saya seperti mana selayaknya seorang perempuan dilayan oleh seorang lelaki. Salah faham memang ada, tetapi sekali pun dia tidak pernah meninggi suara jika bergaduh.

"Itulah antara daya tarikan yang ada pada Edi yang membuatkan saya bersetuju untuk mengikat tali pertunangan dan bersedia menjadi isterinya bila tiba masanya nanti," puji Nisha mengenai sikap Edi.

Pada masa yang sama, Nisha juga tidak menafikan bahawa seorang lelaki yang mempunyai kerjaya dan kewangan yang stabil juga adalah faktor dia memilih Edi kerana itu demi kebaikan rumah tangga mereka yang bakal dibina.

Selebriti meriahkan TMM 2014

Posted: 08 Jan 2014 08:57 PM PST

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar MOHD NAJIB MOHD NOR

PERSEMBAHAN Siti Nurhaliza yang memukau penonton.

TAHUN 2014 membawa bersama satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul di bahu seluruh rakyat Malaysia. Semua rakyat tidak kira umur, bangsa dan latar belakang perlu berusaha untuk melaksanakan misi nasional, Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Sasaran 28 juta dan RM76 bilion pendapatan pelancongan tahun ini perlu dicapai memandangkan Malaysia sememangnya begitu indah dan istimewa di mata pelancong luar.

Apa yang pasti setiap rakyat Malaysia perlu memainkan peranan sebagai duta pelancongan negara dengan bersedia menyambut kedatangan pelancong asing ke negara kita.

Tidak ketinggalan golongan selebriti adalah antara yang akan bekerja keras bagi menjayakan agenda Tahun Melawat Malaysia 2014 seterusnya memahat nama negara di peta pelancongan terkemuka dunia.

Memulakan kemeriahan sambutan kempen TMM 2014 di Dataran Merdeka Sabtu lalu, perasmiannya disambut meriah oleh ribuan pengunjung yang hadir.

Menggunakan tema Celebrating 1Malaysia Truly Asia, barisan penyanyi popular tanah air antara yang hadir memeriahkan majlis pelancaran edisi keempat kempen itu.

Antara artis yang menghangatkan sambutan TMM 2014 adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Najwa Latif, Hafiz Suip, Azlan & The Typewriter, Nash dan Awie.

Tetamu kenamaan ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, menteri-menteri Kabinet dan wakil-wakil kedutaan asing di negara ini turut menghadiri acara tersebut.

Konsert yang berlangsung dengan kehebatan dan aura tersendiri artis popular tempatan membuatkan kira-kira 5,000 pengunjung tidak berganjak walaupun konsert hanya bermula sekitar pukul 11 malam, selepas acara perasmian tamat.

Tirai persembahan dimulakan oleh persembahan kumpulan Azlan & The Typewriter dengan lagu berjudul Lara Hati dan Bukan Ugutan. Tampil dengan kelainan, kumpulan ini turut hebat dengan mendendangkan lagu dipopularkan Amy Search iaitu Fantasia Bukan Madu secara akustik menggunakan gitar.

Acara diteruskan dengan kemunculan Najwa Latif yang mempersembahkan lagu Adamu, Sahabat serta I Love You. Bagi Najwa, kempen TMM 2014 bukan saja memberi kenangan serta pengalaman bermakna kepada pelancong tetapi turut mengeratkan ikatan persahabatan.

"Saya sebagai artis akan membantu dalam mempromosikan TMM 2014 selari dengan populariti yang saya ada sekarang," katanya sebelum memulakan persembahan.

Di samping Najwa, persembahan Awie antara yang dinanti-nantikan pengunjung dengan mendendangkan lagu Sejati dan Terima Kasih. Tamat dua lagu itu, Awie bersama Hafiz, Azlan Typewriter dan Nash duet bersama Amy Search menyanyikan lagu Isabella.

Siti Nurhaliza yang penuh kesantunan hadir di pentas melambangkan keperibadian rakyat Malaysia. Sikap itu menunjukkan betapa pentingnya berkelakuan sedemikian untuk menjayakan TMM 2014. Siti menyanyikan lagu Lebih Indah, diikuti duet bersama Hafiz Suip menerusi lagu Muara Hati.

Hafiz sebelum persembahan sempat ditemu bual dan berjanji akan memikul tanggungjawabnya sebagai artis memperkenalkan Malaysia ke mata dunia.

"Kempen ini menggalakkan pemahaman lebih baik mengenai budaya dan warisan kita. Sebab itu saya akan cuba memperkenalkan budaya dan kaum Malaysia yang pelbagai, serta makanan yang banyak kepada pelancong," katanya.

Peranan menjaga kebersihan persekitaran, menjaga kemudahan awam, mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia kepada rakan taulan antara yang dinginkan oleh Nash yang memukau dengan lagu Tiada Lagi Kidungmu, Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi dan Debunga Wangi.

Perkara sama disuarakan oleh Jamal Abdillah yang menyanyikan lagu Gadis Melayu sambil diiringi gadis jelita memperagakan pakaian daripada Kraftangan Malaysia sebelum itu.

Gabungan Siti dan Khadijah Ibrahim pula menerusi lagu tema Cuti-cuti Malaysia dipercayai mampu menggalakkan lagi kempen bercuti di dalam negara terutamanya bersama keluarga.

Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi pelancaran majlis gilang-gemilang TMM2014 kerana nilai sejarahnya serta aspek persekitaran yang berlatarkan bangunan Sultan Abdul Samad.

Selain itu, monyet spesies Proboscis dipilih sebagai maskot rasmi bagi kempen TMM2014.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Tumbuhan herba jadi tarikan

Posted: 08 Jan 2014 08:57 PM PST

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar WAHIDIN SALIM

Hiasan tembikar yang diatur cantik.

TERASA damai sambil makan-makan di Kudap2 Cafe at Ampang Hilir yang terletak di hadapan Tasik Ampang Hilir, Ampang, Kuala Lumpur. Pemandangan indah KLCC dan bangunan di sekitarnya mungkin mampu melupakan seketika kepenatan dan keletihan minda.

Kudap2 Cafe milik Norazni Abdul Aziz yang dibuka sejak empat tahun ini mungkin tidak begitu diketahui oleh mereka yang tidak biasa dengan lokasi tersebut. Namun bagi yang telah biasa, sekali datang, pasti mereka akan berkunjung lagi.

Lokasi yang strategik di tengah-tengah bandar ini bukan sahaja dikunjungi oleh warga tempatan malah menjadi tempat kegemaran warga asing dan duta-duta negara luar yang tinggal berdekatan.

"Mereka sudah menjadi pelanggan tetap saya kerana mereka suka sangat makan ubi rebus cecah sambal ikan bilis dan keledek merah rebus yang menjadi hidangan tetap di sini," kata Norazni memulakan bicara dalam pertemuan yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut Norazni, orang asing memang suka dengan makanan tempatan dan mereka boleh menikmatinya di kafe beliau. Antara makanan yang terdapat di sini ialah laksa, mi sup, mi kari dan banyak lagi.

Manakala makanan pencuci mulut ialah pisang Palembang, lempeng pisang, lempeng kelapa dan pisang sira. Bermula pada harga RM4 bagi satu hidangan, pelanggan boleh makan sambil menikmati pemandangan yang menarik.

Hidangan ubi cencuan yang diberi rasa kepada penulis memang enak. Walaupun pertama kali menikmatinya namun ubi cencuan, iaitu ubi rebus yang dimakan bersama tumis bawang besar, cili api dan ikan bilis resipi nenek Norazni ini sedap dan menepati selera.

Norazni berkata, kafe yang dibuka pada setiap hari daripada pukul 7.30 pagi hingga 7.30 malam ini turut menyediakan makan tengah hari. Hidangan istimewanya ialah nasi putih yang dimakan bersama pais ikan atau udang bersama ulam-ulam yang dipetik di sekitaran kafe tersebut.

Ibu bapa yang membawa anak-anak boleh menikmati makanan mereka dengan tenang kerana dapat memperhatikan anak-anak yang bermain di taman permainan yang berdekatan dengan kafe.

"Saya memang suka menanam pelbagai jenis tumbuhan herba dan ulam-ulaman. Jika hendak makan, petik sahaja. Segar dan tidak ada bahan kimia. Malah saya turut menghidangkan pelanggan dengan teh daun belalai gajah atau teh pudina segar yang saya petik terus daripada pokoknya jika pelanggan ingin merasa.

"Terdapat juga pelanggan yang sebelum memesan makanan akan melihat-lihat dahulu pokok-pokok yang saya tanam di keliling kafe ini. Apabila selesai barulah mereka duduk dan memesan makanan yang dikehendaki," ujar Norazni yang turut menjual anak benih tumbuhan herba seperti sabung nyawa, belalai gajah, ginseng, cekur, halia, setawar, halia bara dan banyak lagi.

Selain makanan yang dihidangkan dan tumbuh-tumbuhan herba yang ditanam, satu lagi daya penarik kepada Kudap2 Cafe ialah perhiasan dalaman di mana pelanggan tidak akan bosan melihat koleksi pinggan mangkuk, kole ayan dan balang-balang kecil yang disusun di dalam almari antik.

Norazni yang amat berminat dengan tanaman herba turut menjual anak-anak benih pokok-pokok yang sukar ditemui seperti cucur atap dan gaharu.

Beliau juga sanggup meluangkan masa memberi penerangan kepada pelanggan mengenai pokok yang dijual dan cara menanam serta penjagaan.

Norazni turut mempelawa sesiapa yang hendak mengadakan majlis di kafenya supaya menghubunginya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mengabadikan fahaman kesederhanaan

Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST

Oleh Mohd. Yusuf Din
PENULIS ialah Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM).

RIBUAN rakyat Sudan terpaksa berlindung di pangkalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Juba di Sudan Selatan ketika keganasan semakin merebak ekoran pemberontakan oleh bekas Timbalan Presiden, Riek Machar daripada puak Nuer terhadap kerajaan pimpinan Presiden Salva Kiir, yang berketurunan Dinka. - AP

PERBUALAN singkat dengan seorang kakitangan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) baru-baru ini, memberikan penulis kesedaran peri pentingnya kita terus mendokong kedaulatan undang-undang dalam konteks kehidupan kita. Kakitangan Petronas tersebut menceritakan bagaimana rakan-rakannya yang berada di Sudan Selatan, sedang berhadapan dengan situasi risiko kehilangan nyawa yang serius.

Tindakan pantas sebuah syarikat petroleum yang dihormati di seluruh dunia seperti Petronas membawa pulang kakitangan ke Malaysia adalah suatu usaha yang sangat berani. Keluarga kakitangan syarikat tersebut tidak boleh dibiarkan terus khuatir dengan apa yang bakal menimpa suami atau sanak-saudara mereka dalam keadaan serba tidak menentu.

Kita bersyukur kerana semua kakitangan warga Malaysia selamat dan tidak terlibat dengan suasana politik kacau-bilau di negara tersebut. Cukup malang, dua buah negara yang mempunyai potensi pembangunan ekonomi yang cemerlang, akhirnya terpaksa tunduk dengan suasana kekacauan dan ketidakstabilan.

Tanpa sebarang kekacauan politik, mahupun suasana huru- hara, Sudan Selatan sahaja dijangka mencatatkan pertumbuhan ekonomi hampir 35% dalam tahun 2014 ini. Bayangkan, sebuah negara Islam yang mempunyai sumber sedemikian besar, mampu membangun ekonomi dan kesejahteraan rakyat dengan lebih molek, sekiranya sistem politik, ekonomi dan perundangan mereka berada di tahap yang terbaik.

Potensi Sudan dan Sudan Selatan bukannya kecil. Berdasarkan data Oil and Gas Journal (OGJ) di samping statistik yang dikeluarkan BP, kedua-duanya mempunyai simpanan minyak hampir lima ribu bilion barrel. Simpanan gas juga besar dan mempunyai potensi ekonomi yang amat positif.

Sudan dan Sudan Selatan mula terpisah sejak Julai 2011. Walaupun kebanyakan medan minyak berada di Sudah Selatan, namun Sudan masih mempunyai fasiliti paip minyak yang diperlukan Sudan Selatan. Jika menurut prinsip 'menang-menang', seharusnyalah dua buah negara adik-beradik tersebut perlu merebut peluang untuk mengambil pendekatan sederhana dan berdiskusi.

Malangnya, ia tidak berlaku. Bermula Januari 2012, sehingga sekitar April 2013, Sudan Selatan menghentikan sama sekali pengeluaran minyak. Bayangkan, kerugian yang terpaksa ditanggung kedua-dua buah negara, hanya kerana kegagalan mencari jalan penyelesaian bersifat sederhana.

Politik Sederhana

Penulis memulakan artikel ini dengan memberikan gambaran bagaimana amalan politik yang tidak bersifat 'wasatiyyah' dan sederhana, pada hakikatnya akan merugikan ekonomi dunia Islam itu sendiri. Apa yang berlaku di Sudan dan Sudan Selatan tersebut hanyalah tamsil dan contoh.

Dua negara, yang pada hakikatnya mempunyai DNA manusiawi yang sama, tidak mampu duduk semeja dan mendahulukan kepentingan rakyat dan umat. Kesudahannya, rakyat terbiar miskin. Undang-undang rimba mula mengambil alih suasana politik, yang akhirnya menawarkan kekacauan untuk jangka masa panjang.

Kita perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, bahawa cukup mudah untuk merosak fabrik sosial dan kestabilan politik, apabila yang menjadi keutamaan adalah kepentingan kumpulan yang kecil. Sekiranya kita mampu memberikan keutamaan kepada prinsip 'wasatiyyah' dan kesederhanaan, pasti lebih banyak manfaat yang boleh kita realisasikan sebagai satu umat yang bersatu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan sambutan Hari Krismas peringkat kebangsaan, menyentuh sedikit bagaimana kita perlu melihat kepada unsur kebersamaan - berbanding terlalu memberi tumpuan kepada perbezaan.

"Saya pernah sebut saya tidak berminat untuk memenangi sesuatu pertengkaran berhubung sesuatu isu. Saya hanya memikirkan bagaimana mencapai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang sewajarnya untuk negara ini. Inilah tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri Malaysia," kata Perdana Menteri.

Dalam bahasa yang mudah dan menggunakan landasan 'fiqh awlawiyyat - fiqh keutamaan' sekalipun, kita perlu mendahulukan sesuatu yang lebih membawa manfaat kepada umat secara keseluruhannya.

Potensi Malaysia 2014

Kita wajar memanjatkan doa dan harapan, agar Malaysia akan mengisi tahun 2014 dengan pencapaian yang lebih cemerlang dalam segala bidang. Untuk Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), 2014 ini akan menjadi tahun yang amat sibuk dan penuh dengan aktiviti yang menjurus kepada usaha membugar semangat 'wasatiyyah' dan kesederhanaan.

Syukur kepada Allah, peringkat awal penubuhan IWM ini lebih tertumpu kepada memperteguh asas intelektual, dalam bentuk makalah dan penerangan mengenai kepentingan konsep 'wasatiyyah' dan kesederhanaan ini. Beberapa pertemuan dengan intelektual dan ulama tersohor dunia seperti Sheikh Dr. Yusof al-Qaradawi sendiri memberikan kita keyakinan bahawa konsep ini wajar diperteguh di segenap peringkat.

Jalinan strategik pastinya akan dibentuk dengan institut-institut yang membawa hasrat dan fikrah sama di peringkat dunia. Baik di Kuwait, mahupun di Qatar, jalinan kerjasama ini akan dibentuk secara berperingkat dan menjurus ke arah kebaikan dan kesejahteraan umat.

Malahan, sememangnya ada di dalam perancangan, untuk kita turut memperteguh semangat kesederhanaan di kalangan pemikir dan intelektual dari Sudan sekalipun. Mereka wajar diberikan ruang untuk melihat wajah dan amalan kesederhanaan yang selama ini menjadi umbi kepada kekuatan politik dan ekonomi di Malaysia.

Setakat pertemuan yang dilakukan oleh IWM dengan pemimpin dunia Islam, para ilmuwan, perencana polisi - mereka menganggap apa yang diusahakan oleh kepimpinan Perdana Menteri adalah bertepatan dengan masa dan keadaan. Dunia Islam memerlukan resipi faham kesederhanaan yang sesuai dengan cabaran globalisasi yang semakin mencengkam.

Kos untuk kita menjadi sebuah umat, mahupun masyarakat yang terpecah-pecah dengan jalur ideologi politik adalah sangat besar. Potensi kestabilan dan kekuatan ekonomi itulah yang perlu cepat dicerakin untuk merealisasikan maslahah umum dan rakyat terbanyak.

Sewajarnya ada tempoh bertenang, untuk kita bermuhasabah sebagai sebuah bangsa Malaysia, jalan dan hala tuju mana yang mahu kita capai dan realisasikan. Apakah kita mahu Malaysia yang tercarik-carik dengan kepentingan individu dan kelompok kecil; atau kita mahukan Malaysia yang teradun kukuh dengan semangat kekitaan dan kebersamaan yang ikhlas dan jujur.

Langkah kerajaan menubuhkan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) sebagai contoh adalah langkah permulaan yang baik dan terpuji. Segala perancangan dan pernyataan harapan MKPN mestilah mampu diterjemah dan diasuh semai di peringkat masyarakat yang paling bawah.

IWM bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun, dalam membawa gelombang pemikiran 'wasatiyyah' dan kesederhanaan. Pada kita, tanggungjawab dan amanah besar ini mestilah dipikul dengan penuh rasa insaf dan kesungguhan.

Akhirnya nanti, IWM mesti membuktikan bahawa prinsip 'wasatiyyah' dan kesederhanaan tidak hanya menjadi agenda tekstual dan muluk di atas kertas. Makna kepada semua ini adalah pelebaran faham 'wasatiyyah' dan kesederhanaan di pelbagai lapisan masyarakat.

Jangan langgar sempadan perpaduan

Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST

Oleh TAN SRI LEE LAM THYE
Ahli Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia

SEJAK mutakhir ini negara diselubungi pelbagai masalah yang membabitkan bencana alam, kemalangan jalan raya, isu ekonomi dan keselamatan serta gejala sosial namun yang agak meruncing adalah isu perhubungan antara agama dan perpaduan .

Perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah begitu penting dalam masyarakat majmuk seperti kita. Malaysia telah dibentuk daripada kepelbagaian melalui semangat bertolak ansur, berkompromi dan konsensus.

Sejak kemerdekaan lagi, seluruh rakyat Malaysia menerima Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak semua kumpulan etnik dan Rukunegara sebagai panduan dalam pembinaan negara.

Kita telah mencapai kemerdekaan selama 56 tahun. Kini, walaupun Malaysia ada kekurangannya, segala dugaan yang dilalui dan ditempuhi telah membina tapak kukuh, yang menjadi asas keharmonian kaum, perpaduan, kepaduan sosial dan kestabilan politik. Keharmonian, perpaduan dan kestabilan inilah yang menjadi idaman negara lain, termasuklah negara yang maju.

Oleh sebab itu, janganlah menghancurkan apa yang telah kita capai selama ini melalui semangat muhibbah dan persefahaman antara kaum di negara berbilang bangsa ini. Janganlah kita membiarkan fahaman ekstremis memecahbelahkan negara yang kita cintai ini kerana inilah tanah tempat kita dilahirkan, tempat membina kehidupan, tempat mencari rezeki dan akhirnya, di sinilah tempat kita akan bersemadi.

Rakyat Malaysia daripada pelbagai kumpulan etnik perlu membantu menjalin dan memperkukuhkan keharmonian, perasaan muhibah, keamanan dan perpaduan di Malaysia. Hanya keharmonian dan persefahaman antara kaum yang mampu menggalakkan kepercayaan dan perpaduan antara rakyat.

Sedang kita melangkah ke tahun yang baru, sama-samalah kita berazam supaya dalam apa jua keadaan, tiada kumpulan etnik yang akan menguji sempadan-sempadan perpaduan dan keharmonian dengan melibatkan diri dalam tuntutan atau aktiviti yang bersifat ekstremis dan tidak produktif.

Rakyat Malaysia harus sedar bahawa mengejar agenda bersifat perkauman dalam masyarakat berbilang kaum hanya akan menanamkan benih perbalahan yang hanya akan memudaratkan keharmonian dan perpaduan yang wujud.

Pembinaan negara-bangsa bukanlah suatu proses yang mudah. Ia dipenuhi cabaran berliku dan yang memerlukan persefahaman, toleransi dan yang paling utama, komitmen serta pengorbanan yang tinggi.

Jika menyisip sejarah negara sejak beberapa dekad ini, tidak dinafikan kita telah mencapai kejayaan dari segi pembangunan ekonomi, pemodenan dan teknologi maklumat.

Dan walaupun ekonomi dan teknologi maklumat merupakan daya penggerak dan kekuatan pada era ini dan masa hadapan, kita tidak boleh alpa dengan kepentingan keharmonian antara kaum dan perpaduan yang harus dijaga dan dilindungi jika kita ingin mengekal dan mengukuhkan kejayaan sedia ada.

Rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama, seharusnya lebih peka terhadap peranan dan sumbangan mereka kepada perpaduan negara. Pembangunan ekonomi tidak akan bermakna tanpa persefahaman, keharmonian, kesejahteraan dan kepercayaan antara rakyat.

Kita sepatutnya meneruskan usaha dengan lebih gigih untuk membina negara Malaysia yang bersatu-padu dan mengimpikan masa depan dan hala tuju yang sama.

Program-program bertindak bagi rakyat Malaysia hendaklah merupakan usaha yang berterusan bertujuan menyemai dan memperkukuhkan perasaan cinta dan kesetiaan kepada negara serta kebanggaan menjadi rakyat Malaysia.

Di samping itu, semangat patriotisme mestilah sentiasa disemai dan dibajai dalam usaha memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan sosial.

Penyelesaian kepada kemelut yang melanda mana-mana negara adalah melalui pendekatan kesederhanaan dalam apa jua isu berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak boleh diterima kerana ia boleh menjejaskan keharmonian kaum dan perpaduan.

Kita perlu mempunyai ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang dengan mengutamakan kepentingan negara kerana inilah sahaja negara tumpah darah kita .

Kita perlu bijaksana di dalam cara berhadapan dengan masalah terkini dengan penuh berhemah dan teliti ibarat menarik benang di dalam tepung agar tidak menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Ilham bunga Pastelicious

Posted: 08 Jan 2014 08:57 PM PST

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN

Pelbagai rekaan menarik bunga untuk hiasan di majlis perkahwinan.

PADA mulanya, Fatma Nursaada Abd Sukor, 28, hanya membuat bunga pegang untuk diri sendiri semasa perkahwinannya pada tahun 2012 kerana mahu menjimatkan bajet.

Selain itu, dia sendiri tidak tahu di mana hendak mendapatkan bunga pegang yang murah tetapi cantik. Kebanyakan bunga pegang dibuat oleh kaum Cina dan cita rasa mereka juga berbeza dengan kehendak pengantin Melayu.

Jadi, Fatma Nursaada atau Shada mencuba membuat sendiri. Bunga pegang yang dibuatnya itu lain daripada yang pernah dilihatnya, iaitu dengan menggunakan manik mutiara.

Setelah siap, ternyata bunga pegang manik mutiara tampak begitu cantik pada matanya juga pada pandangan orang lain.

Gambar bunga pegang itu kemudian dimuat naik di dalam facebooknya dan kawan-kawan yang melihat menunjukkan minat.

Mereka kemudian mula menempah dan sejak itu percubaan membuat bunga pegang menjadi perniagaan pula.

Menurut penolong pengarah di sebuah badan berkanun itu lagi, dia mula membuat bunga pegang secara serius sejak bulan Ogos tahun lalu.

Setakat ini, Shada telah menghasilkan lebih 100 jambangan bunga pegang yang ditempah oleh pelanggan dari seluruh Malaysia yang mengetahui melalui facebooknya.

Kata Shada, antara bunga pegang yang pernah dibuatnya ialah menggunakan manik mutiara, pelbagai jenis kerongsang, bunga reben, butang, bunga mulberry dan sebagainya.

"Kebiasaannya pelanggan sukakan bunga pegang Sakura, manik mutiara bersama bunga mulberry dan manik warna-warna lain mengikut warna baju mereka. Ada juga pelanggan yang sukakan bunga pegang daripada reben yang dibentuk menjadi bunga ros dengan satu atau dua warna.

"Bunga pegang yang saya buat ini adalah hasil ilham saya sendiri namun jika pelanggan mempunyai idea sendiri amat saya alu-alukan.

"Permintaan pelanggan ini pelbagai kerana ada yang sukakan rekaan lama dan terdapat juga yang masih mahukan bunga hidup seperti ros dan sebagainya," kata Shada yang boleh menghasilkan satu jambangan bunga pegang dalam sehari yang dijual pada harga antara RM100 hingga RM200.

Shada yang memiliki Ijazah Seni Reka Grafik dari Universiti Selangor (Unisel) menambah, trend sekarang lebih kepada warna-warna yang lembut seperti merah samar dan pic untuk bunga pegang sementara bunga pegang manik mutiara ada yang berwarna emas, biru muda, putih dan kelabu.

Bunga pegang yang dibuat daripada pelbagai bentuk kerongsang juga tidak kurang menariknya di mana kerongsang-kerongsang tersebut dilekatkan pada sekeliling jambangan dengan diselitkan rantai mutiara.

Bunga pegang ini memang nampak begitu unik, eksklusif dan mampu memikat sesiapa sahaja yang melihat. Ini merupakan salah satu daripada ilham tersendiri Shada yang tidak dibuat oleh orang lain.

Shada yang mendapat sepenuh galakan daripada suaminya, Wan Mohd. Rukhairul Wan Abd Wahab berkata, selain membuat bunga pegang, dia turut membuat bunga pahar, korsaj dan cekak untuk kanak-kanak pengiring pengantin.

Shada turut menganjurkan bengkel membuat bunga pegang dan bengkelnya yang pertama akan diadakan di Singapura pada awal Januari 2014 ini atas pemintaan pelanggannya di negara tersebut.

Malah bunga pegang Shada turut dibeli oleh pelanggan dari Australia dan mereka juga ada meminta dia mengadakan bengkel bunga pegang di sana.

Bagi memperkenalkan bunga pegang Pastelicious ini, dia bercadang untuk membuka kedai sendiri yang menyediakan pelbagai rupa dan bentuk bunga pegang dengan rekaan moden yang menarik serta sebuah pusat latihan di mana dia boleh mengajar lebih ramai orang yang turut berminat membuat bunga pegang.

Koleksi bunga pegang PASTELICIOUS HAND BOUQUET (017-2064100, FB: Pastellicious Hand Bouquet, Instagram pastelicious_handbouquet)

Anak meraung di sekolah

Posted: 08 Jan 2014 08:57 PM PST

Bersama Dr. Rozieta Shaary
www.facebook.com/familyguru atau rozietashaary.com

Tanamkan minda positif pada anak-anak tentang sekolah, rakan-rakan dan apa yang boleh dipelajari di sekolah agar hilang perasaan takut. - Gambar hiasan

Anak kecil meraung tidak mahu ditinggalkan. Ibu atau bapa yang menghantar nampak serba salah. Para guru cuba menenangkan anak-anak kecil yang baru hendak belajar erti pergi ke sekolah.

Namun, ada juga yang tidak berjaya ditenangkan, maka ibu atau bapa terpaksa menunggu di luar bilik sekolah supaya mata anak akan sentiasa nampak bahawa dia tidak ditinggalkan.

Mengapakah ini masih berlaku dalam pendidikan negara yang semakin moden dan bakal mencapai status negara maju?

Ingatan saya dibawa balik ke zaman saya memasuki sekolah. Pada masa itu darjah satu. Namun, saya sudah dua tahun mengikut ayah mengajar di sekolah.

Pada zaman itu, tadika masih belum wujud lagi. Oleh itu anak-anak guru, berpeluang mengikut ayah atau ibu ke sekolah. 'Sekolah ikut-ikut' namanya.

Sebenarnya, saya sudah melihat kakak saya yang setahun tua daripada saya pergi ke 'sekolah Ikut-ikut' ini, namun, semasa giliran saya pula, saya masih keliru mengapa saya pergi juga ke sekolah.

Saya lagi suka bermain di rumah dengan emak saya. Saya juga sudah pandai membaca, menulis dan melukis.

Mengapa pula hendak ke sekolah juga. Pergi ke sekolah perlu bangun pagi dan mandi air sejuk. Sangat-sangat tidak mengembirakan. Begitulah pemikiran saya semasa itu.

Apabila masuk ke darjah satu, saya sudah biasa ke sekolah, oleh itu isu itu tidak timbul lagi. Namun ada pula isu lain iaitu isu hairan melihat mengapa ada kawan-kawan yang menangis meraung-raung dan berpaut pada kaki emak atau ayah mereka.

Hairan. Semuanya sangat berlainan dengan 'sekolah ikut-ikut'. Ayah saya tidak ada di situ. Guru-guru pun semuanya besar-besar , suasana pun pelik dan tidak menenangkan. Ramainya orang, bisingnya bunyi, kena duduk diam dan banyak lagi.

Mengapa saya membawa cerita itu? Ya, kerana inilah apa yang ramai anak-anak kita lalui pada minggu pertama persekolahan. Mereka merasakan pelbagai perasaan.

Banyak ruang selesa (comfort zone )yang perlu dipecahkan dan bila ini berlaku, maka keselesaan emosi dan mental tercabar. Walaupun dunia telah maju, fenomena ini masih wujud kerana keperluan asas utama manusia itu masih sama. Manusia perlukan rasa selamat. Apatah lagi manusia yang kecil itu.

Mengamuk

Apabila rasa selamat mereka terganggu, mereka akan melakukan tindakan 'lari' atau 'lawan'. Lari di sini itulah yang kita lihat mereka tidak mahu ke sekolah dan meraung-raung agar tidak ditinggalkan. Lawan pula, mereka akan mengamuk dan membuat hal seperti memukul adik, memukul kawan atau mengadu domba akan perkara buruk di sekolah.

Ini semua adalah kerana mereka belum cukup persediaan mental dan emosi untuk berpisah dengan ibu atau bapa atau penjaga atau adik-adik mereka.

Jalan penyelesainya ialah menyediakan anak-anak ini dari segi fizikal, mental, emosi dan jiwa mengenai bersekolah.

Persediaan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga, iaitu:

Daripada segi fizikal: Keperluan fizikal ialah untuk dapat hidup dengan baik dan selesa. Oleh itu pastikan mereka sihat, bersih, ada makanan dan minuman.

Baju dan kasut yang bersih. Kerana ini memberi mereka rasa selesa dari segi fizikal. Alat tulis yang mencukupi dan peralatan sekolah yang mencukupi. Tidak perlu berlebih-lebih membeli yang mahal-mahal terutamanya zaman ekonomi yang mencabar sekarang ini.

Daripada segi minda: Keperluan minda ialah untuk berfikir positif, belajar dan berfikir dengan cara menanamkan rasa positif mengenai sekolah dan apa yang akan dipelajari di sekolah.

Bina dan terus bina akan pemikiran yang bagus, positif mengenai guru-guru mereka, kawan-kawan mereka dan apa yang diajar di sekolah.

Mungkin ada anak-anak yang sudah biasa ke tadika, minggu pertama ini mungkin mereka merasa bosan sedikit mengenai pelajaran mereka kerana mereka sudah belajar di tadika.

Di sinilah peranan ibu bapa untuk memberitahu anak-anak bahawa bila kita sudah tahu semuanya menjadi senang.

Apa yang sangat penting ditanamkan pada anak-anak ini ialah semangat suka belajar dan mendalami ilmu.

Daripada segi emosi: Memerlukan rasa dikasihi dan selamat. Anak-anak perlu disediakan dengan perasaan berasa selamat untuk berpisah dan berasa selamat untuk berada di sekolah.

Oleh itu semasa hari suai kenal, kenalkanlah anak-anak dengan rakan-rakan baru, guru-guru, tempat-tempat penting seperti tandas, bilik guru dan sebagainya. Kenalkan dengan pak cik driver van atau bas sebelum hari dia perlu ambil pengangkutan itu.

Malah ibu bapa juga perlu membuat kaji selidik mengenai sekolah, guru-guru dan pemandu kenderaan yang bakal anak-anak gunakan.

Daripada segi perasaan seorang anak: Apabila masuk ke sekolah atau tadika, itu adalah dunia baru baginya. Ada anak-anak yang suka untuk meneroka. Ada juga yang takut. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi mereka berasa selamat. Contoh, jika berjanji akan datang mengambilnya pada pukul 12.30 petang, pastikan anda ada di situ sebelum itu. Ini akan memberi rasa selamat pada anak itu.

Selain itu, anak juga perlu diberitahu, tempat untuk dia pergi sekiranya dia mendapati orang yang mengambilnya lambat. Ibu bapa mungkin boleh menyarankan anak itu pergi menunggu di kantin atau di bilik guru.

Berilah jangka masa untuk anak itu tahu, bila maksud lambat. Supaya, sekira ada perkara berbangkit yang menyebabkan ibu atau bapa atau yang ditugaskan mengambil dia lambat, dia tidak berasa takut yang berlebihan.

Selain itu, anak juga sedang melalui banyak tekanan emosi. Kerana banyak perkara yang perlu dia menyesuaikan diri. Oleh itu berilah ruang untuk anak merasai dirinya dijaga dan dilindung.

Paling penting, ibu bapa sendiri perlu tahu bahawa anda sendiri sedang melalui perubahan yang penting dan boleh memberi tekanan emosi. Contohnya, berpisah dengan anak dan meninggalnya di dalam jagaan orang lain.

Alam baru

Maksud tersirat yang telah difahamkan bila anak masuk sekolah. Contohnya, ada ibu atau bapa yang merasai 'kehilangan' anak kerana anak kini sudah memasuki suatu alam baru iaitu alam persekolahan yang membawa maksud anak sudah besar dan tidak lagi memerlukan ibu bapa.

Emosi yang melekat kepada fahaman tersirat ini boleh memberikan tekanan emosi pada ibu atau bapa. Oleh itu, anda perlu memahami perasaan anda dan mengiktiraf perasaan itu. Bila perasaan itu diiktiraf, anda akan dapat menggunakannya dengan baik.

Daripada segi jiwa: Jiwa perlu untuk berbakti dan berbuat baik. Di sinilah ramai ibu bapa terlepas pandang. Anak-anak perlu disedia dan faham tujuan utama mereka ke sekolah. Bila mereka sudah mempunyai tujuan yang logik, jelas, mengikuti zaman dan sealiran dengan keperluan jiwa, maka anak-anak akan menggunakan persekolahan dengan paling positif untuk mereka dan dunia.

Jika ibu bapa mengenal sekolah itu sebagai tempat untuk mereka belajar, mendapat A supaya mereka mendapat kerja yang baik, gaji yang lumayan, hidup yang mewah, ini tidak lagi bersesuaian dengan zaman sekarang kerana anak-anak sudah terdedah kepada fenomena mereka yang tidak bersekolah tinggi tapi berjaya dalam hidup, hidup mewah dan sebagainya.

Maka Ibu bapa perlu lebih bijak memberikan pengisian jiwa mengapa anak itu perlu ke sekolah. Sekadar meraih A, tidak akan menyebab anak itu terdorong untuk mahu melakukannya.

Melainkan disebalik erti meraih itu, disematkan kefahaman bahawa, bila dia berusaha menimba ilmu dia akan dapat membantu ramai orang. Dia akan menjadikan hidupnya bermakna. Jangan ingat anak kecil tidak akan faham.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Projek MRT kini capai 33 peratus

Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

PARA pekerja bergambar di hadapan mesin pengorek projek MRT di Stesen Pasar Rakyat, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/GHAZALI BASRI

KUALA LUMPUR 9 Jan. - MRT Corporation (MRT Corp.) mencatat sejarah apabila Mesin Pengorek Terowong (TBM) Pelbagai Ketumpatan yang direka khas untuk formasi geologi batu kapur di Kuala Lumpur berjaya membuat penembusan pertama di tapak projek Stesen Pasar Rakyat di sini hari ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Haris Fadzilah Hassan berkata, kerja-kerja menggali menggunakan mesin khas dari Jerman itu telah dilaksanakan sejak 22 Julai tahun lalu dengan jarak sejauh satu kilometer dari Stesen Cochrane.

"Terowong bawah tanah dari Cochrane ke Pasar Rakyat ini melalui geologi jenis batu kapur yang mempunyai banyak graviti seperti lubang, gua bawah tanah dan sungai yang memerlukan mesin penggali terowong berlainan jenis.

"Jika kita lihat pengalaman menjalankan kerja-kerja galian di Terowong SMART, lebih kurang 100 insiden terjadi kerana menggunakan mesin pengorek biasa. Dengan menggunakan mesin khas, projek kali ini berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sesi lawatan berhubung kerja-kerja tersebut di tapak projek Stesen Pasar Rakyat di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Projek MRT Corp., Marcus Karakashian.

Menurut Haris, beliau yakin projek MRT mampu disiapkan mengikut jadual iaitu pada Julai 2017.

"Keseluruhan projek telah siap sebanyak 33 peratus manakala bagi kerja-kerja menggali terowong bawah tanah pula telah mencapai 50 peratus. Fasa pertama dijadual beroperasi pada Disember 2016 selain fasa kedua iaitu laluan dari Semantan ke Kajang akan beroperasi pada Julai 2017," jelasnya.

Projek MRT menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang dengan jajaran terowong bawah tanah sejauh 9.5 kilometer dan tujuh buah stesen perhentian bawah tanah.

Stesen-stesen bawah tanah itu termasuk KL Sentral, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Pasar Rakyat, Cochrane dan Maluri selain Semantan North Portal dan Maluri South Portal.

Buang sampah sesuka hati

Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST

Oleh MOHAMAD HARITH
MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

DUA orang kanak-kanak terpaksa menutup hidung menahan bau busuk berhampiran timbunan sampah di Saujana Damansara, Petaling Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/ MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

PETALING JAYA 9 Jan. - Penduduk di sekitar Jalan PJU 10/10G, Saujana Damansara di sini kesal kerana tempat pembuangan sampah di kawasan itu tidak diurus dengan sempurna oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ekoran masalah itu, timbunan sampah berselerak sehingga mengotorkan kawasan tersebut dan menimbulkan bau busuk.

Seorang peniaga, Munirah Wahidah Husin, 30, memberitahu, walaupun mempunyai tiga tong sampah besar, hanya satu yang berfungsi kerana dua lagi tong terbiar dan dalam keadaan terbalik.

Katanya, ini menyebabkan beberapa penduduk mengambil jalan mudah dengan melonggokkan sampah di sekitar kawasan tersebut.

"Lama-kelamaan timbunan sampah semakin banyak dan pihak berkuasa tempatan pula tidak membersihkannya dengan sempurna," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Pihak MBPJ pernah menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan pada 16 September tahun lalu, namun masalah timbunan sampah itu berulang kembali.

Sementara itu, seorang suri rumah, Natalia Natasya Amirrudin, 31, mendakwa, masalah itu diburukkan lagi dengan sikap beberapa penduduk yang membakar timbunan sampah sehingga menyebabkan pencemaran.

Katanya, asap dari kawasan itu menjejaskan kesihatan penduduk terutama kanak-kanak dan warga emas yang tinggal di kawasan perumahan berdekatan.

"Saya bimbang kerana anak saya kerap batuk dan mengadu gatal-gatal di bahagian tangan dipercayai ekoran terhidu asap dari tempat pembuangan sampah itu," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Nazri Osman, 43, mendakwa, pekerja hanya datang untuk mengutip sampah dari rumah sampah itu pada waktu malam.

"Lebih menyedihkan, pihak tersebut hanya mengambil sebahagian sampah dan tidak membersihkan keseluruhan kawasan tersebut," katanya.

Ketika tinjauan dibuat, terdapat seorang penunggang motosikal dengan selamba melemparkan plastik sampah di sekitar kawasan berkenaan dan kemudian memecut laju meninggalkan lokasi tersebut.

RM17 juta bangunkan industri seni kreatif

Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Kerajaan memberi penekanan terhadap industri seni kreatif tempatan melalui Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang merangkumi peruntukan melebihi RM17 juta.

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Dasar dan Perancangan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohamad Razy Mohamad Nor berkata, langkah itu diambil kerana industri seni kreatif mampu memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi negara.

"Industri tersebut mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan negara terutama dalam sektor pelancongan selain menyediakan banyak peluang pekerjaan.

"Terdapat enam pelan tindakan DIKN berkaitan seni persembahan termasuk mewujudkan panggung Black Box yang melibatkan peruntukan melebihi RM17 juta," katanya dalam majlis pelancaran Panggung Beringin Emas di sini baru-baru ini.

Tambahnya, aktiviti persembahan merupakan antara tumpuan utama kerajaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sementara itu, Pengarah Urusan Beringin Emas Enterprise, Ezdwan Razak Zainal Abidin berkata, panggung yang dilancarkan itu berkonsepkan persembahan kecil atau Black Box yang menjadi platform kepada penggiat seni tradisi tanah air.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kerajaan perlu bertindak segera

Posted: 08 Jan 2014 11:02 AM PST

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
utusanjohor@utusan.com.my

KIRI: MOHAMED JALIL, ZAINAB ALIAS, MOHD. TOYIB

JOHOR BAHRU 8 Jan. - Orang ramai mahu kerajaan bertindak tegas dan melakukan pemantauan secara berterusan bagi memastikan harga barangan keperluan harian tidak meningkat terlalu tinggi.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati golongan berpendapatan rendah dan sederhana paling berasa terbeban dengan kenaikan harga barangan yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup.

Pekerja swasta, Mohamed Jalil Sharwan, 46, berkata, harga ikan yang meningkat antara RM2 sehingga RM7 amat membebankan pengguna, apatah lagi ikan merupakan antara barangan asas yang sering menjadi hidangan utama.

Peningkatan keterlaluan ini tidak sepatutnya berlaku dan seharusnya kerajaan bertindak segera bagi membendung sebarang kenaikan yang melampau.

Undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan dan menekan pengguna seperti kami," katanya, di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kekurangan bekalan ikan dan sayur di pasaran tempatan dijadikan sebab kepada peningkatan mendadak barangan keperluan terbabit.

Sementara itu, seorang kakitangan kerajaan, Zainab Alias, 54, berkata, peningkatan yang mendadak seperti itu pastinya membebankan golongan pengguna apatah lagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Mungkin bagi sesetengah pihak yang mampu ia tidak menjadi masalah namun pihak kerajaan harus mendengar luahan daripada semua golongan masyarakat, termasuklah mereka yang berada di bawah.

Saya berharap pihak berwajib akan memantau isu ini secara berterusan," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja swasta, Mohd. Toyib Mohd. Marzuki, 19, berkata, sungguhpun dirinya belum berkahwin namun sebagai seorang individu yang baru mahu memulakan alam pekerjaan, pastinya peningkatan harga itu turut dirasai olehnya.

Saya baru sahaja memasuki alam pekerjaan dan memulakan hidup secara berdikari, namun jika peningkatan seperti ini berlaku secara berterusan, pastinya ia akan menyukarkan saya. Oleh yang demikian, saya berharap harga barangan seperti ikan dan sayur-sayuran dikawal agar ia tidak membebankan golongan pengguna," katanya.

Warga KRT perlu mahir ICT - Joseph Kurup

Posted: 08 Jan 2014 11:02 AM PST

JOSEPH Kurup (tiga dari kiri) mengacau bubur lambuk selepas merasmikan Program Rewang Muafakat dan Perasmian KRT Taman Kota Mas di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 8 Jan. - Pemimpin dan warga Komuniti Rukun Tetangga (KRT) digesa meningkatkan ilmu dan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya dapat membantu melaksanakan tugas dengan lebih efisien.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan sri Joseph Kurup berkata, KRT memainkan peranan penting serta memberi manfaat dan faedah yang besar kepada komuniti setempat khususnya dalam usaha menjaga keselamatan dan keharmonian penduduk.

Beliau berkata, peranan KRT perlu diteruskan dalam mengurangkan sikap kebergantungan terhadap pihak kerajaan.

"Saya dimaklumkan KRT Taman Kota Mas di sini telah mengadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk dan membersihkan kawasan perumahan. Selain itu, penduduk juga bermuafakat untuk memperbaiki alat kelengkapan yang tidak berfungsi dan rosak di taman ini.

"Usaha seperti ini perlu diteruskan dan dibuat secara berterusan. Tambahan pula amalan ini dapat menjimatkan kos dan secara tidak langsung mengukuhkan lagi ikatan perpaduan dan semangat dalam kalangan komuniti setempat," katanya semasa merasmikan Majlis Rewang Muafakat Johor dan Perasmian KRT Taman Kota Mas, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman @ Amin Hassan; Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri, Rajali Mudin; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman dan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Tinggi, Rahmat Maulud.

Joseph berkata, usaha membentuk dan menyatukan masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama untuk menjadi sebuah bangsa yang bersatu padu, sejahtera dan harmoni bukan perkara mudah kerana menuntut komitmen dan iltizam yang tinggi daripada semua pihak.

"Justeru, usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam memastikan perpaduan rakyat terus terpelihara mestilah mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved