Khamis, 9 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Wujudkan semula ISA tangani ekstremis - Dr. M

Posted: 09 Jan 2014 02:56 AM PST

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.

Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.

"Untuk golongan pelampau sebegini, kita memerlukan ISA. ISA tidak diperlukan untuk orang macam saya kerana saya seorang yang sangat bagus," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan khas dalam program berbahasa Inggeris RTM2 Hello On Two, yang disiarkan secara langsung di Wisma TV, Angkasapuri di sini, hari ini. - BERNAMA

Kerajaan belum putuskan kenaikan kadar tol - PM

Posted: 09 Jan 2014 02:46 AM PST

Oleh ASRON MUSTAPHA

HULU SELANGOR 9 Jan. - Kerajaan belum lagi membuat sebarang keputuan berhubung kenaikan kadar tol lebuh raya kerana ia memerlukan kajian makmal secara mendalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, keputusan sama ada menaikkan atau mengekalkan kadar tol hanya akan dibuat setelah kajian tersebut selesai.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan, jika kenaikan kadar tol ditangguhkan, kerajaan terpaksa membayar RM404 juta kepada pemegang konsesi lebuh raya terbabit.

Sementara itu, beliau menegaskan, sebarang penstrukturan semula kadar tol pada masa depan akan mengutamakan konsep perimbangan antara kesejahteraan rakyat dan keperluan syarikat konsesi.

"Janganlah terlalu beremosi sebaliknya berfikirlah secara waras. Lihat rekod perkhidmatan kita kepada rakyat.

"Barisan Nasional (BN) sejak dahulu memiliki rekod perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan kita akan kekalkannya," katanya berucap merasmikan persimpangan bertingkat Sungai Buaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Bayar minuman menerusi aplikasi WeChat?

Posted: 09 Jan 2014 01:08 AM PST

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Orang ramai bakal lebih mudah membeli makanan dan minuman apabila penyedia aplikasi jaringan sosial WeChat memperkenalkan satu kaedah pembayaran elektronik melalui aplikasi itu tidak lama lagi.

Melalui aplikasi tersebut, para pengguna boleh membuat tempahan makanan dan minuman serta pembayaran di kafe-kafe terpilih.

Pengurus Negara WeChat Malaysia/Singapura, Louis Song berkata, setakat ini pengguna WeChat di China sudah menggunakan aplikasi berkenaan untuk membeli makanan dan minuman di semua jaringan Kafe Weixin di negara itu.

"Melihatkan perkara ini semakin menjadi trend, kami akan membawanya ke Malaysia dalam tahun ini juga.

"Setakat ini kami sedang berkerjasama dengan rakan kongsi tempatan untuk mendapatkan kemudahan get laluan pembayaran untuk memudahkan pengguna WeChat," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran WeChat 5.1 dan aplikasi permainan dalam talian terbaharu itu di sini hari ini.

Song berkata, selain membeli makanan dan minuman, para pengguna aplikasi WeChat juga boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran di mesin layan diri minuman dan percetakan gambar.

Katanya, bagi merealisasikan hasrat memperkenalkan kemudahan itu di negara ini, pihaknya akan berkerjasama dengan bank-bank tempatan untuk mendapatkan kemudahan laluan pembayaran.

Tambah Song, WeChat yang merupakan aplikasi komunikasi jaringan sosial nombor satu di Malaysia ketika ini mempunyai 95 peratus pengguna daripada keseluruhan pemilik telefon pintar di Malaysia.

"Malah, kita juga menduduki tempat pertama di beberapa negara lain dan merupakan antara aplikasi komunikasi jaringan sosial utama di dunia," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved