Khamis, 25 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kurier hantar peluru dikenal pasti - Polis

Posted:

Kurier hantar peluru dikenal pasti - Polis

Kurier hantar peluru dikenal pasti - Polis

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Polis sudah mengenal pasti syarikat kurier yang digunakan untuk menghantar sepucuk surat berisi dua butir peluru bersama nota ugutan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam.

Selain itu, peluru yang disahkan hidup itu disahkan dihantar dari dalam negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar memberitahu, siasatan lanjut mengenai kejadian ini sedang giat dijalankan

"Individu yang terlibat dalam jenayah ugutan ini ada dalam siasatan kita. Jadi biarlah kita siasat dulu perkara ini," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat telekomunikasi Celcom bersama anggota dan pegawai Trafik Kuala Lumpur di sini hari ini.

Hishammuddin semalam mengesahkan beliau menerima dua butir peluru dalam sepucuk surat yang diposkan ke pejabatnya di Putrajaya kira-kira pukul 2 petang.

Beliau berkata, surat yang turut mengandungi nota ugutan tulisan tangan itu dialamatkan kepadanya dan diterima oleh kerani kepada Pegawai Khasnya, Wan Najmuddin Mohd.

Menurutnya, di dalam surat tersebut, terdapat sebuah buku yang tengahnya ditebuk dan diletakkan dua butir peluru beserta nota ugutan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dalam kenyataan hari ini berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pegawai di pejabat menteri berkenaan semalam.

"Pada pukul 4.30 petang semalam, polis menerima satu laporan dari pejabat Menteri Dalam Negeri menyatakan pihak pejabat berkenaan telah menerima peluru beserta nota berbaur ugutan.

"Polis sedang menjalankan siasatan ke atas kejadian tersebut di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah," katanya.

774 kilogram mercun dirampas

Posted:

774 kilogram mercun dirampas

774 kilogram mercun dirampas

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my


Abdullah Zawawi Abd. Latiff (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian mercun yang dirampas di Kuala Terengganu, semalam. – utusan/Shaifudin Mohd. Nor


KUALA TERENGGANU 25 Ogos – Pelbagai jenis mercun seberat 774 kilogram bernilai RM21,672 dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Besut, Kemaman malam tadi.

Pengarah JKDM negeri, Abdullah Zawawi Abd. Latif berkata, bagaimanapun, pemilik premis berkenaan gagal ditahan dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 10 malam itu.

Katanya, ini merupakan rampasan terbesar yang dilakukan pihaknya sepanjang bulan puasa pada tahun ini berbanding empat lagi rampasan yang dibuat.

"Dalam empat kes terdahulu, kita merampas kira-kira 780 kilogram mercun dan bunga api yang secara keseluruhannya bernilai RM21,868," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Abdullah Zawawi percaya mercun dan bunga api itu diperoleh dari negara jiran untuk dipasarkan dan beberapa individu yang berumur di antara 20 hingga 50 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan memiliki barang-barang larangan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


QPR nilai pemain kita

Posted:

QPR nilai pemain kita

QPR nilai pemain kita

Oleh Ahmad Fadzil Zainol Ariffin
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Pemilik Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes telah menyerahkan video aksi beberapa pemain Malaysia kepada pengurus pasukan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, Neil Warnock bagi menilai kemampuan mereka.

Fernandes berkata, beliau sendiri berjumpa dengan Warnock bagi menyerahkan video tersebut dan berharap beberapa pemain negara akan dipanggil untuk menjalani latihan bersama QPR.

"Bagaimanapun, ramai sedia maklum bahawa pasukan bola sepak Malaysia tidak berada pada kedudukan 70 teratas dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang merupakan syarat untuk beraksi dalam EPL.

"Hal ini sekali gus menyukarkan pemain mendapatkan permit kerja untuk beraksi di sana. Apa pun, kami berharap ada pemain Malaysia akan dipanggil untuk menjalani latihan bersama QPR," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran AirAsia bersama media dan anak yatim, di Kuala Lumpur, kelmarin.

Sebelum ini, kelab itu menyatakan kesediaan memberi peluang kepada pemain negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk mengikuti latihan bersama kelab itu.

Berdasarkan kedudukan terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA semalam, Malaysia berada pada tempat ke-146.

Kata Fernandes, Malaysia mempunyai ramai pemain berbakat tetapi kurang mendapat pendedahan terhadap corak permainan tahap terbaik.

Beliau yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd. berharap pembelian kelab EPL itu akan membantu pembangunan bola sepak negara.

Mengulas mengenai QPR mengharungi cabaran musim ini, Fernandes berkata, kelab itu sedang mencari beberapa pemain baru sebelum tamatnya tempoh perpindahan pemain pada 31 Ogos ini.

"Kami tidak keberatan untuk berbelanja bagi mendapatkan pemain yang baik," katanya.

Fernandes berkata, beliau memberi kebebasan penuh kepada Warnock dalam menguruskan pasukan itu dan tidak mahu mencampuri aspek teknikal selain membiarkan ia diuruskan oleh individu yang berkelayakan.

Latihan skuad Olimpik 1 Sept.

Posted:

Latihan skuad Olimpik 1 Sept.

Latihan skuad Olimpik 1 Sept.

KUALA LUMPUR - Sesi latihan dan pemilihan pemain skuad bola sepak Olimpik Malaysia bagi menghadapi perlawanan pertama pusingan ketiga Kelayakan Olimpik akan diadakan di dalam negara dan luar negara mulai 1 September ini.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan semalam, 22 pemain diminta untuk melaporkan diri di Wisma FAM di Kelana Jaya, Petaling Jaya untuk menjalani latihan dan pemilihan di bawah pengendalian jurulatih pasukan bola sepak Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee, pada 1 September.

Pemain akan menjalani latihan di Wisma FAM dari 1 hingga 15 September dan di Jepun dari 16 hingga 18 September.

Antara pemain yang dipanggil ialah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd. Izuan Solahuddin dari pasukan Kelantan, Mohd. Zubir Mohd. Azmi (Terengganu), Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah), Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur) dan Mohd. Azrif Nasrulhaq (PKNS).

Selain itu, dua pemain dari skuad Harimau Muda B, Muhammad Nazmi Faiz dan Muhammad Syazwan Tajuddin, juga turut dipanggil.

Sementara pemain skuad Harimau Muda A yang dipanggil ialah Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy Govandar, Izzaq Faris Ramlan, Mahalli Jasuli, Mohamad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohd. Fandi Othman, Mohd. Ferris Daniel Mat Nasir, Mohd. Izham Tarmizi, Muhammad Zamir Selamat, Nazirul Naim Che Hashim, Syahrul Azwari Ibrahim, Thamil Arasu Ambumamee dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Pada undian untuk pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 yang diadakan pada 7 Julai lepas, Malaysia diundi bersama Jepun, Syria dan Bahrain dalam Kumpulan C.

Sementara Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi dan Oman diundi dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan B terdiri daripada Australia, Iraq, Uzbekistan dan Emiriah Arab Bersatu.

Pada perlawanan pertama pusingan ketiga Kelayakan Olimpik pada 21 September ini, skuad Olimpik Malaysia dijadual bertemu Jepun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Hampir kuasai seluruh Tripoli

Posted:

Hampir kuasai seluruh Tripoli

Hampir kuasai seluruh Tripoli


TENTERA pemberontak mengambil gambar di atas sofa arca ikan duyung dengan wajah menyerupai Aisha Gaddafi di kediamannya di Tripoli, Libya, semalam. - AP


TRIPOLI 25 Ogos - Pemberontak Libya hari ini meneruskan kemaraan untuk menguasai keseluruhan Tripoli bagi menghapuskan saki-baki tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi dan memaksa pemimpin Libya itu keluar daripada lokasi persembunyiannya sama ada hidup atau mati.

Mengetuai kumpulan pemberontak adalah askar berpengalaman dari pasukan penggempur bandar Misrata yang membantu serangan hujung minggu lalu di ibu negara Libya ini, sekali gus menawan kubu kuat Gaddafi, Bab al-Aziziya kelmarin.

Komander pemberontak berkata, ketika mereka hampir menguasai keseluruhan Tfripoli, lokasi-lokasi panas di sekitar bandar masih menyaksikan kehadiran penembak tepat, letupan roket serta senjata berat yang mengancam nyawa.

Pemberontak juga berkeras untuk terus memburu Gaddafi supaya mereka boleh mengisytiharkan kejayaan operasi yang dimulakan enam bulan lalu, tetapi dipatahkan tentera rejim sebelum dibantu bedilan udara Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Pemimpin pemberontak berkata, mereka mahu Gaddafi dibicarakan di Libya walaupun beliau berdepan dakwaan jenayah menentang kemanusiaan bersama-sama anaknya, Saif al-Islam dan ketua risikan Abdullah al-Senussi di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) semalam menawarkan AS$1.7 juta (RM5.1 juta) ganjaran bagi mana-mana pihak yang berjaya menangkap Gaddafi sama ada hidup atau mati.

Sementara itu, usaha diplomatik mula dilancarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan di Qatar oleh penyokong-penyokong antikerajaan bagi menyalurkan berbilion dolar aset Libya kepada pemberontak.

Washington berkata, bekalan senjata pemusnah besar-besaran Libya kini telah disekat dan ia yakin NTC akan membentuk kerajaan selepas menguasai keseluruhan Tripoli.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertahanan Britain, Liam Fox hari ini mengesahkan NATO turut menyediakan bantuan risikan, tinjauan dan kelengkapan kepada pemberontak bagi memburu Gaddafi. - AFP

30 tentera Gaddafi ditemui mati bergelimpangan di Tripoli

Posted:

30 tentera Gaddafi ditemui mati bergelimpangan di Tripoli

30 tentera Gaddafi ditemui mati bergelimpangan di Tripoli

TRIPOLI 25 Ogos - Lebih 30 orang dipercayai tentera setia kepada Muammar Gaddafi dibunuh di kem tentera di tengah Tripoli dan sekurang-kurangnya dua orang diikat dengan tali plastik, menunjukkan mereka telah 'dihukum mati' semasa ditawan.

Wartawan Reuters melaporkan terdapat 30 mayat yang dipenuhi kesan tembakan ditemui di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara tentera Gaddafi dengan pemberontak.

Lima daripada mayat ditemui di padang hospital, dan seorang daripadanya di dalam ambulans dengan lengannya masih terdapat jarum menyalurkan cecair.

Khemah tentera itu berselerak dengan barang-barang menyokong Gaddafi seperti topi, gambar dan bendera hijau.

Terdapat mayat yang terbujur itu memakai baju tentera manakala yang lain berpakaian awam. Terdapat juga warga Afrika yang dipercayai askar upahan dari negara jiran.

Dua daripada mayat itu hangus tanpa boleh dikenali.

Insiden tersebut berlaku di sebuah bulatan trafik di Tripoli yang telah menjadi kubu tentera yang setia kepada Gaddafi.

Khemah tersebut dipenuhi makanan yang berselerak dan kotak-kotak senjata. Selimut telah digunakan bagi menutup mayat dan bulatan trafik dipenuhi bangkai kenderaan yang musnah. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


451 premis niaga diperiksa

Posted:

451 premis niaga diperiksa

451 premis niaga diperiksa

Oleh NOREHAN SALLEH
utusanktn@gmail.com


MOHD. A. Aruwan Ab.Aziz (dua dari kanan) meninjau harga ayam di Pasar Raya Giant selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di pasar raya tersebut di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 25 Ogos - Sebanyak 451 premis pemborong dan runcit di negeri ini telah diperiksa pada hari pertama pelancaran Skim Kawalan Musim Perayaan kelmarin.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 13 premis tidak mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu pada setiap 20 barang kawalan seperti ayam, daging lembu, telur dan ikan kembung.

Tegasnya, tanda harga khas perlu diletakkan supaya pengguna tidak keliru dengan harga ditetapkan pejabat itu dan syarikat tersebut.

"Peniaga yang ingkar akan dikenakan tindakan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti-pencatutan (Penetapan Harga Maksimum dan Penandaan Harga Barang-Barang Harga Terkawal) 2011," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, beliau meminta peniaga supaya mematuhi arahan yang ditetapkan pihak kementerian bagi memudahkan semua pihak khususnya pengguna.

Beliau berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan sehingga 6 September ini supaya harga yang ditetapkan tidak menindas pengguna.

Maut akibat rempuh motosikal

Posted:

Maut akibat rempuh motosikal

Maut akibat rempuh motosikal

KUANTAN 25 Ogos - Seorang pekerja swasta terbunuh akibat motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lagi motosikal di Jalan Balok Baru di sini semalam.

Mohamad Shukri Ahmad, 20, dari Kampung Cengal Lempong, Balok meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.

Manakala penunggang motosikal jenis Yamaha, Ahmad Mohamed Diah, 46, hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sebagai pesakit luar.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohd. Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku pukul 5.55 petang ketika kedua-dua penunggang dalam perjalanan dari arah Balok Baru menghala ke Kuantan.

"Sebaik sahaja sampai di tempat kejadian, dipercayai penunggang motosikal Yamaha membuat pusingan U secara mengejut menyebabkan mangsa gagal mengelak dan merempuhnya dari belakang," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fauzi, siasatan awal mendapati penunggang Yamaha itu tidak memiliki lesen memandu yang sah malah ketika kejadian, dia tidak memakai topi keledar.

Mangsa bagaimanapun memakai topi keledar dan memiliki lesen memandu yang sah.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

38 peniaga terima anugerah kebersihan MPK

Posted:

38 peniaga terima anugerah kebersihan MPK

38 peniaga terima anugerah kebersihan MPK


Zulkifli Yaacob (tengah) bersama Setiausaha Persatuan Penjaja Kuantan, Akbar Abdul Hamid (kiri) bersama pemenang bazar Ramadan terbersih di Mahkota Square Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 25 Ogos - Aspek kebersihan dan ceria merupakan kriteria utama yang ditetapkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam proses pemilihan gerai peniaga terbersih dan paling ceria di bazar-bazar Ramadan di sini tahun ini.

Seramai 38 peniaga pelbagai jenis makanan telah dipilih dari 10 tapak bazar Ramadan di daerah ini.

Yang Dipertua MPK,, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, kriteria pemilihan itu meliputi aspek kebersihan, kawalan mutu makanan, pematuhan syarat permit, keindahan persekitaran dan mesra pelanggan.

Menurutnya, kriteria utama pemilihan peniaga cemerlang tahun ini adalah pematuhan syarat khas iaitu penyediaan bekas makanan bertutup lutsinar bagi setiap juadah.

"Mereka yang terpilih akan mendapat permit secara percuma untuk berniaga di bazar Ramadan tahun hadapan, sijil penghargaan daripada MPK serta diberi keutamaan memilih lot gerai yang disukai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada enam peniaga terbaik di tapak bazar Ramadan dekat Mahkota Square di sini kelmarin.

Enam peniaga itu ialah peniaga pizza, Nazimah Ahmad; peniaga puding, Norul Suraya Ahmad dan peniaga kuih, Saripah Long.

Selain itu, tiga peniaga lauk-pauk iaitu Hasmah Mohamed, Rabina Omar dan Said Zulkifli Jaafar turut menerima anugerah tersebut. Kesemua mereka menerima sijil penghargaan dan serta hamper.

Menurut Zulkifli, anugerah tersebut diberikan bagi menghargai para peniaga serta menggalakkan mereka supaya mengutamakan kebersihan gerai dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan MPK.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pakar asing kedua beri keterangan

Posted:

Pakar asing kedua beri keterangan

Pakar asing kedua beri keterangan

oleh AMIRUDDIN HARUN
dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat bela diri yang masuk hari keempat hari ini di Mahkamah Tinggi di sini bertukar menjadi dewan kuliah mata pelajaran kimia apabila pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr. Brian McDonald dipanggil memberi keterangan.

Pakar asing kedua yang menjadi saksi pembelaan keempat itu dengan panjang lebar memberi keterangan berhubung perkara-perkara berkaitan DNA termasuk terminologi, cara-cara pengumpulan dan pemeriksaan sperma serta garis panduan bagi makmal forensik sehingga menimbulkan kebosanan dalam kalangan orang awam dan petugas media di galeri awam.

Peguam Ram Karpal Singh yang ditugaskan menyoal McDonald, 60, dalam pemeriksaan utama itu mengemukakan soalan-soalan berdasarkan keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saidon yang merupakan saksi-saksi pendakwaan.

Keterangan oleh pakar dari Australia itu bagaimanapun diikuti dengan penuh tekun oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang dilihat kerap kali menongkat dagu sewaktu mendengar penjelasan saksi berkenaan.

Lay Hong yang merupakan Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia turut hadir membantu pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

Beliau duduk di tengah-tengah antara Mohd. Yusof dan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin yang mengendalikan pemeriksaan utama terhadap Lay Hong dan Nor Aidora di peringkat pendakwaan.

Dalam keterangannya, McDonald antara lain menyatakan, sesebuah makmal forensik perlu memenuhi garis panduan di peringkat antarabangsa bagi mendapatkan pengiktirafan ISO 17025 sebelum sampel yang diperiksa oleh makmal terbabit boleh dianggap berintegriti.

Menurutnya, ini bermakna lembaga akreditasi akan melakukan pemeriksaan bagi memastikan bahawa makmal terbabit telah memenuhi garis panduan yang ditetapkan sebelum diberikan status piawaian berkenaan.

Menurut beliau, di Australia, sesebuah makmal forensik perlu memperoleh akreditasi sekiranya barang-barang kes yang diperiksa ingin dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Ram Karpal kemudian meminta saksi berkenaan merujuk kepada sepucuk surat dari American Society Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditation Board (ASCLD) bertarikh 5 April lalu yang ditujukan kepada Ketua Seksyen DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon.

Berdasarkan surat tersebut, makmal forensik jabatan kimia berkenaan didakwa masih belum diakreditasi tetapi keterangan tersebut dibantah oleh Mohd. Yusof dengan alasan surat itu bukan ditulis atau ditujukan kepada McDonald, sehingga berlaku pertikaman lidah antara kedua-duanya.

Hakim Mohamad Zabidin bagaimanapun kemudian membenarkan surat itu ditandakan sebagai ID (bahan yang belum dijadikan bukti).

Surat itu antara lain menyatakan bahawa ASCLD membenarkan permohonan jabatan tersebut untuk mendapatkan status akreditasi dilanjutkan dari 18 April lalu kepada 18 Oktober depan.

Jabatan berkenaan sebelum ini telah memohon untuk mendapatkan akreditasi di bawah piawaian ISO pada 2005 dan diletakkan dalam tempoh percubaan selama lima tahun yang sepatutnya berakhir pada tahun lalu tetapi dilanjutkan sehingga 18 April lalu.

Dalam pemeriksaan utama itu, Ram Karpal turut menimbulkan isu kesilapan tarikh pada label dua bekas mengandungi sampel DNA pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang sepatutnya bertarikh 28 Jun 2008 (masa sampel itu diambil) dan bukannya 26 Jun 2008 (hari kejadian), yang dihantar kepada Lay Hong untuk dianalisis.

Menurut McDonald, sekiranya berlaku kesilapan sedemikian, tindakan perlu diambil untuk mengesahkan dan membetulkannya serta langkah-langkah tersebut direkodkan, selain mengenal pasti bila dan siapa yang melakukan kesilapan berkenaan.

Menjawab pertanyaan lain peguam tersebut, McDonald memberitahu, dalam kes melibatkan sampel air mani yang diambil melalui calitan putik kapas, sampel berkenaan sepatutnya turut diletakkan di sisip kaca (slide) bagi tujuan pemeriksaan.

Beliau bersetuju dengan cadangan peguam tersebut bahawa dalam kes-kes melibatkan serangan seksual, langkah tersebut diperlukan untuk menentukan kehadiran sperma pada calitan putik kapas itu sebelum mentafsir keputusan analisis di makmal.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Terdahulu, sebelum perbicaraan bermula, kira-kira 30 lelaki yang memakai kemeja-T kuning berkumpul di hadapan kompleks mahkamah tersebut sambil memegang kain rentang 'Selamat Hari Raya peliwat 2.0' dan 'Keadilan Untuk Saiful'.

Perbicaraan bersambung esok.

Dua peguam diarah tandatangan tanpa kehadiran Sosilawati

Posted:

Dua peguam diarah tandatangan tanpa kehadiran Sosilawati

Dua peguam diarah tandatangan tanpa kehadiran Sosilawati


TERTUDUH kes pembunuhan Sosilawati Lawiya, N. Pathmanabhan bersama tiga tertuduh lain diiringi polis keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah


SHAH ALAM 25 Ogos - Dua peguam yang pernah bekerja dengan N. Pathmanabhan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa mereka menurunkan tandatangan sebagai saksi terhadap dua dokumen perjanjian jual beli tanah antara Datuk Sosilawati Lawiya dengan individu lain pada Ogos tahun lalu tanpa kehadiran kedua-dua pihak.

Kam Sani, 38, dan Nor Zairawaty Abd. Razak, 31, yang masing-masing meninggalkan Pathma Nalli & Partners pada November dan September tahun lalu selepas firma guaman itu disita turut mengakui perbuatan tersebut menyalahi undang-undang.

Kedua-duanya bagaimanapun mendakwa terpaksa berbuat demikian selepas diarahkan oleh Pathmanabhan yang merupakan pemilik firma guaman tersebut dan majikan mereka.

Kam yang juga saksi pendakwaan ke-39 memberitahu dia diarahkan menjadi saksi bagi perjanjian jual beli hartanah di Pulau Pinang antara Southern Symphony Sdn. Bhd. (Southern Symphony) yang diwakili Sosilawati sebagai pengarah dengan satu pihak lain pada 3 Ogos 2010.

"Sebagai peguam, saya tahu tidak boleh tandatangan tanpa kehadiran pihak-pihak terbabit, tetapi saya terpaksa lakukan sebab majikan saya, Pathmanabhan arahkan saya.

"Saya ada bertanya adakah itu tandatangan Sosilawati, Pathmanabhan berkata ya, semuanya teratur dan tidak perlu risau. Masa tu dokumen belum dimatikan setem, tarikh pun belum ada," jelas beliau.

Dalam kes ini, Pathmanabhan, 42, bekas peguam bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam hingga 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Menurut Kam, walaupun namanya dipinjamkan sebagai rakan kongsi Pathmanabhan dan bertanggungjawab menandatangani cek apabila lesen guaman lelaki itu digantung, dia tidak mendapat sebarang kelebihan atau bayaran, sebaliknya hanya diberi gaji tetap sebagai peguam di firma itu.

Pada prosiding hari ini, dia turut mengecam Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayan sebagai individu yang pernah datang ke pejabat firma guaman Pathmanabhan yang lama di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting untuk memindahkan barang-barang ke pejabat baharu di Jalan Kemboja.

"Saya kenal Kathavarayan sebab pernah mewakilinya di Mahkamah Majistret bagi kes di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (kes ugut). Dalam tahun 2008 saya selalu jumpa dia berhubung kes itu.

"Walaupun kes itu sudah selesai selepas dia dilepas tanpa dibebaskan, Kathavayaran kerap datang ke pejabat. Saya mendapat tahu dia bekerja dengan Pathmanabhan sebagai pembantu," jelasnya.

Suri rumah itu turut memberitahu, Pathmanabhan pernah memaklumkan kepadanya yang dia ada membeli sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting.

Sementara itu, Nor Zairawaty pula memberitahu diarah menandatangani dokumen perjanjian jual beli hartanah antara syarikat Southern Symphony dengan Ample Quality Sdn. Bhd. pada pukul 11 pagi, 20 Ogos 2010.

Semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani sama ada boleh atau tidak dia menurunkan tandatangan sekiranya diarahkan berbuat demikian, saksi memberitahu:

"Pathmanabhan ada di sebelah saya dan suruh saya tandatangan. Saya boleh kata tak nak, tetapi dia majikan saya."

Sebagaimana Kam, Nor Zairawaty juga pernah melihat Sosilawati datang ke pejabat Pathmanabhan atas urusan jual beli hartanah pada 2008 selain diarah ke mahkamah di Pulau Pinang pada 14 Ogos tahun lalu untuk menarik balik kayveat ke atas tanah yang dibeli jutawan kosmetik itu daripada seorang lelaki India.

Menjawab soalan peguam Manjeet Singh Dhillon, saksi itu mengesahkan Datuk Abdul Rahman Palil pernah datang ke pejabat baharu dan lama firma guaman itu atas urusan hartanah tetapi tidak mengetahui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa itu ialah pengarah Ample Quality.

Semasa disoal oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir pula, saksi mengesahkan tidak melihat geran tanah berkaitan semasa menandatangani perjanjian jual beli tersebut.

Perbicaraan yang masuk hari ke-27 bersambung esok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tragedi: Jangan salahkan takdir

Posted:

Tragedi: Jangan salahkan takdir

Tragedi: Jangan salahkan takdir

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

SAMBUTAN hari raya di kampung menjadi tradisi setiap tahun para perantau untuk pulang. Dalam keghairahan untuk pulang itu, persiapan mental dan fizikal menjadi sandaran agar perjalanan menjadi sesuatu yang tenang dan selamat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan para perantau yang bakal memenuhi jalan raya menuju ke kampung halaman supaya berhati-hati kerana potensi berlaku kemalangan adalah besar apabila terlalu banyak kenderaan.

Bahkan, pada hemat Perdana Menteri setiap pengguna hendaklah tidak menjadikan jalan raya itu sebagai pusara tanpa tanda. Sikap gopoh, hilang sabar dan pertimbangan fikiran yang goyah dikenal pasti sebagai punca kemalangan yang terbesar berbanding faktor mekanikal dan fizikal.

Saban tahun insiden kemalangan tidak banyak memberikan kita kesedaran, kerana ia terus meningkat terutamanya menjelang musim-musim perayaan. Kita juga kadangkala menerima kemalangan hanyalah sebagai takdir walhal sebahagian besarnya dapat kita elakkan jika merupakan pemandu yang sabar, disiplin, tidak mementingkan diri dan mengambil langkah berhati-hati.

Maklumlah dalam keadaan tertekan kerana jarak perjalanan yang jauh dan kesesakan kenderaan, kita akan menjadi lebih cepat marah. Kita marahkan sesiapa sahaja tetapi jarang pula kita menilai diri sendiri apakah corak pemanduan kita itu tidak mendatangkan keburukan atau bahaya kepada orang lain.

Dapatan kajian memberikan kesimpulan bahawa 80 peratus adalah disebabkan oleh faktor kecuaian manusia sendiri manakala 10 peratus adalah faktor fizikal dan selebihnya oleh faktor-faktor seperti jarak penglihatan yang rendah (disebabkan hujan) ataupun masalah kenderaan yang tidak diselenggarakan secara berkala.

Dari sudut pandangan Islam, berdasarkan keyakinan dan akidah sebenar, takdir bukan boleh disalahkan secara total. Sikap pesimis itu sebenarnya merupakan orang yang gagal menguruskan diri sendiri. Turut menjadi kegagalan ialah kerana tidak menggunakan kecerdikan akal membuat pilihan sedangkan kita sentiasa diminta agar bertindak secara bijaksana.

Atas kegagalan membuat pilihan secara bijaksana, kita sendiri sebenarnya telah memilih untuk mengundang tragedi atas kecuaian. Kita lebih banyak membuat kesimpulan, kalau sudah ditakdirkan kita mati secara begitu, walaupun telah melakukan tindakan pencegahan dengan begitu teliti, ia tetap juga berlaku kerana ia adalah kehendak Illahi. Jika segala langkah pencegahan telah kita mulakan dengan bersungguh-sungguh, maka konsep takdir boleh kita terima sebagai faktor tunggal.

Tetapi, kalau bukan menerusi langkah berhati-hati dan sentiasa beringat sebelum kena, maka menyalahkan takdir adalah sesuatu yang bertentangan dengan keyakinan agama. Kita telah membawa masuk nilai-nilai buruk dalam kehidupan kita sedangkan Islam sentiasa memberikan petunjuk, jauhkan sikap buruk kerana ia adalah sesuatu yang keji, jelek dan boleh memudaratkan nyawa kita sendiri.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berlaku baiklah sesungguhnya Allah SWT sukakan orang yang melakukan kebaikan" (Surah al-Baqarah ayat 195).

Tabiat manusia lebih cepat berubah. Perubahan itu biasanya menjuruskan kepada perkara-perkara yang buruk kerana tarikannya adalah lebih kuat berbanding dengan tabiat yang lebih baik. Nilai ego telah menguasai diri, dan keegoan itulah menjadikan manusia sering lupa diri, sombong, riak dan bertindak membabi buta sehingga tidak dapat memikirkan keselamatan orang lain.

Sebagai seorang Muslim yang beriman, kita diberikan petunjuk dan panduan agar lebih berhati-hati dalam hidup, sentiasa beringat kerana malang itu tidak berbau.

Kita mesti memandu dalam suasana yang tenang, tidak mengikut perasaan. Cara itu boleh membantu kita mengambil tindakan bila sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Kita boleh mengawal kenderaan kita. Kita boleh menyelamatkan nyawa kita sendiri dan orang yang berada di sekeliling kita. Mereka juga memerlukan sokongan dan dokongan kita untuk hidup, kerana mereka adalah sebahagian dari diri kita.

Takdir adalah ketentuan terhadap sesuatu berdasarkan sistem yang ditetapkan-Nya. Siapa bersandar di tembok yang rapuh akan ditimpa runtuhannya, dan siapa yang menjauhi tembok itu akan terselamat. Kedua-dua ini adalah takdir-Nya, namun demikian manusia berpotensi untuk memilih dan berusaha menghindarinya.

Salah satu usaha tersebut adalah doa. Justeru kita dapat berkata bahawa ada ketetapan-Nya yang telah pasti dan ada pula yang bersyarat. Siapa tahu salah satu syarat itu adalah doa, sehingga apa yang diperolehi mereka yang berdoa, sudah tentu berbeza dengan apa yang dialami oleh mereka yang tidak berdoa.

Islam sentiasa menyuruh kita berhati-hati dan sentiasa mendoakan keselamatan. Antara doa lazim yang diajarkan kepada kita ialah "Innnallazi farada alaikal qurana laraduka ila ma'ad" (al-Quran surah Al qasas ayat 85). Menurut sesetengah riwayat sesiapa yang membaca ayat ini insya-Allah dirinya akan kembali ke tempat asal dengan selamat. Demikian juga perjalanan tersebut hendaklah dimulakan dengan doa yang selalu diajar antara lain ialah "subhana llazi sakhara lana haza wama kunna lahu muqrinin wainna ila rabbina lamunqalibun".

Menurut kata setengah ulama sesiapa yang membaca doa ini ketika hendak berlepas dari satu tempat, dia pasti akan dikembalikan ke tempat itu dengan selamat. Insya-Allah. Memandu dengan laju tanpa menghiraukan peraturan jalan raya sekiranya berlaku kematian, maka kematian itu adalah sebagai mati katak bukan syahid kemalangan.

Di sini kita perlu memahami konsep takdir yang sebenar kerana banyak salah faham berlaku di kalangan masyarakat yang menganggap takdir itu adalah kerja Allah SWT yang maha Esa tanpa sekutu dengan yang lain-lain.

Memang pada hakikatnya semua yang berlaku ini sama ada baik atau jahat sudah dalam pengetahuan ilmu Allah sejak dari azali lagi, sedangkan kita tahu ilmu-Nya tersebut bukan tugasnya menentukan berlaku sesuatu (baik atau buruk) kepada hamba-Nya.

Sesungguhnya manusia tidak boleh lari dari suatu ketetapan Allah kerana manusia tidak mampu keluar daripada keputusan dan takdir Allah selaras dengan ilmu pengetahuan-Nya yang meliputi sekalian makhluk ciptaannya. Tetapi manusia diberi daya usaha dan pilihan yang akan menentukan secara juzie. Justeru untuk memahami persoalan takdir ini sebenarnya ia amat sukar hendak diperjelaskan melainkan orang yang mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Manakala orang yang tidak mendapat hidayah daripada Allah SWT dia akan mengikut fahaman Mazhab Jabariah.

Misi getir di Somalia

Posted:

Misi getir di Somalia

Misi getir di Somalia

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

SIAPA pun kalau boleh tidak mahu ke Somalia. Apatah lagi di saat-saat begini berada jauh di negara Tanduk Afrika itu yang diancam kebuluran maha dahsyat.

Di negara ini, meskipun ada segelintir kumpulan mendakwa mereka memperjuangkan istilah 'berkebajikan', namun kalau disebut ke Somalia, pastinya pengikut mereka menggeleng-gelengkan kepala atau setidak-tidaknya tunduk membisu.

Lebih rela pula kumpulan itu 'mempromosikan diri' dengan tidak tahu malu mengatur 'hubungan diplomatik' antara kerajaan dengan kerajaan meskipun mandat majoriti di tangan pihak lain.

Namun, bagi Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, misi kemanusiaan terbaru yang digerakkan pihaknya bukan bermotifkan politik. Tidak sekali-sekali kerana Somalia pun bukanlah tapak baru misi kemanusiaannya.

Siri bantuan kemanusiaan oleh Kelab Putera 1Malaysia sebelum ini merata. Termasuk Somalia, 15 semuanya. Antaranya, di bumi Australia (dilanda banjir besar dan kebakaran), New Zealand (gempa bumi), Genting Gaza (misi bantuan kepada penduduk Palestin), Mesir (membawa pulang warga Malaysia, sebahagian besar pelajar pulang ke tanah air akibat konflik politik), Jepun (gempa bumi, tsunami dan kebocoran radiasi nuklear) dan beberapa lagi.

Di Somalia, konflik bersenjata selama dua dekad menjadikannya seolah-olah tanah tak bertuan. Beberapa ketika awal tahun ini, kegiatan perlanunan terutama di Teluk Aden yang dikuasai warga Somalia mengisi slot berita antarabangsa. 'Nilai ekonomi' daripada pelanunannya amat tinggi mencapai AS$7 juta hingga AS$12 juta setahun. Slot pelanunan Somalia bagaimanapun 'hambar' seketika yang akhir-akhir ini diisi oleh wajah sebenar Somalia - kebuluran.

Kebuluran di Somalia sebenarnya merujuk kepada kemarau berpanjangan di seluruh rantau Timur Afrika hingga menyebabkan mati kebuluran. Kemarau paling teruk dalam tempoh 60 tahun menyebabkan krisis makanan di seluruh Somalia, Ethiopia dan Kenya dan mengancam kehidupan lebih 12 juta orang .

Sebilangan penduduk selatan Somalia melarikan diri ke Kenya dan Ethiopia. Negara-negara lain di Tanduk Afrika termasuk Djibouti, Sudan, Sudan Selatan dan sebahagian Uganda juga terjejas oleh krisis makanan.

Abdul Azeez yang ditemui Utusan Malaysia di Putrajaya semalam mengakui faktor keselamatan dalam menghadapi konflik dan pergolakan yang ganas di Somalia antara cabaran besar Kelab Putera 1Malaysia dalam melaksanakan misi bantuan kemanusiaan ke negara itu mulai 28 Ogos hingga 8 September ini.

Perkara itu telah pun dikaji dan difahami risikonya, justeru pelbagai persediaan teknikal dilakukan seperti melalui kawasan perjalanan yang selamat dan tidak berbahaya untuk ke kem penempatan sementara.

"Somalia kawasan paling berbahaya di dunia, cabaran ini amat luar biasa dan kami optimis untuk menghadapinya berbekalkan semangat juang yang tinggi daripada semua anggota misi yang turut terdiri pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kesemua langkah keselamatan telah pun kami maklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor). Dan kehadiran Malaysia di sana sangat dialu-alukan negara Somalia.

"Mereka (penduduk) tidak mahu negara Barat datang termasuk Turki sekali pun, tapi mahukan negara kita," katanya.

Menurut Abdul Azeez, selain faktor keselamatan, cabaran lain adalah cara pengagihan bantuan makanan memandangkan setiap kem penempatan terletak lebih 200 kilometer antara satu sama lain dan berdepan dengan iklim muka bumi yang sedang kemarau. Sebanyak 15 tan bahan makanan termasuk bahan perubatan akan dibawa ke Somalia.

Hakikatnya, misi Kelab Putera 1Malaysia yang terdiri daripada pasukan sukarelawan serta 30 doktor pakar pelbagai bidang dipercayai bakal menempuh jalan penuh berliku.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lebih 300,000 kanak-kanak di negara 'Tanduk Afrika' itu mengalami kekurangan zat makanan dan berdepan risiko kematian disebabkan kemarau dan kebuluran. Krisis ini diburukkan lagi oleh kegiatan pemberontakan di sekitar selatan Somalia oleh kumpulan Al-Shabaab.

Kebuluran di Somalia diisytiharkan secara rasmi buat pertama kali oleh PBB pada 20 Julai lalu dalam tempoh 30 tahun.

Berpuluh-puluh ribu orang dipercayai sudah mati di selatan Somalia sebelum kebuluran itu diisytiharkan. Pada 3 Ogos, PBB mengisytiharkan kebuluran di tiga kawasan lain di selatan Somalia.

Kebuluran merebak merentasi semua wilayah selatan dalam tempoh enam minggu kemudian.

Ketiadaan hujan di Somalia membawa kepada kegagalan tanaman dan kerugian meluas ternakan, setinggi 40-60 peratus. Hasil tuaian semakin kurang. Hujan dijangka tidak berlaku sehingga September 2011.

Bulan lalu, Program Makanan Dunia PBB merekodkan 10 juta rakyat di seluruh Tanduk Afrika (meliputi Kenya dan Ethiopia) memerlukan bantuan makanan.

Seramai 12 juta berhadapan dengan krisis makanan termasuk 2.8 juta di selatan Somalia. The Economist melaporkan bahawa keadaan kebuluran ini tidak pernah dilihat dalam tempoh 25 tahun lalu.

Harga barang naik 68 peratus sejak lima tahun lalu.Kenaikan harga sehingga 240 peratus di selatan Somalia, 117 peratus di selatan-timur Ethiopia dan 58 peratus di utara Kenya.

Pada 3 Ogos 2011, lebih daripada 860,000 pelarian dari Somalia telah melarikan diri ke negara-negara jiran, di Kenya dan Ethiopia. Menurut UNHCR, Kenya kini menjadi tuan rumah sekurang-kurangnya 440,000 orang di tiga kem pelarian.

Kem Dadaab menempatkan 90,000 pelarian. Seramai 1,500 pelarian terus tiba setiap hari dari selatan Somalia, dengan 80 peratus daripada mereka wanita dan kanak-kanak. Ramai yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Di dalam kem, kematian bayi telah meningkat tiga kali ganda dalam beberapa bulan lepas. Keseluruhan kadar kematian adalah 7.4 daripada 10,000 orang setiap hari. Lebih daripada tujuh kali lebih tinggi kadar "kecemasan" 1 daripada 10,000.

Abdul Azeez memberitahu, 67 sukarelawan yang menyertai misi itu termasuk 40 doktor lelaki dan wanita, anggota kelab berkenaan serta wakil media.

Kata beliau, kawasan utama yang akan dikunjungi dan dibantu adalah berhampiran ibu negara Somalia, Mogadishu dengan tumpuan pada khemah bantuan dan kem pelarian.

"Kumpulan sukarelawan pertama berlepas ke Dubai sebelum ke Mogadishu hari ini (semalam 25 Ogos) dan mereka akan membuat persiapan untuk kumpulan sukarelawan selebihnya yang dijadualkan tiba tiga hari selepas itu bagi menyalurkan pelbagai bantuan di beberapa kawasan di negara itu.

"Bekalan makanan akan dibeli di Dubai dan Mogadishu sebelum dibawa menggunakan lori ke beberapa kawasan berkenaan.

"Bantuan akan disalurkan ke kawasan 100 kilometer dari Mogadishu iaitu Lower Shabelle, Middle Shabelle, Oddur dan Merca," katanya.

Bagi Abdul Azeez, bencana kebuluran di Somalia boleh dicegah dan ada penyelesaiannya.

"Ahli-ahli politik dan pembuat dasar di negara-negara kaya sering ragu-ragu mengenai mengambil tindakan pencegahan. Beberapa kerajaan di Eropah 'sengaja cuai' terhadap krisis.

"Tanda-tanda amaran telah dilihat selama berbulan-bulan tapi malangnya dunia lambat bertindak," kata beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Raya sekarang materialistik

Posted:

Raya sekarang materialistik

Raya sekarang materialistik

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FATAH SULAIMAN


SEPANJANG hidupnya, Anuar Zain sudah melalui pelbagai kenangan yang terpahat kemas dalam kotak ingatannya.


PENYANYI pujaan wanita ini kelihatan cukup segak apabila menyarungkan baju Melayu rekaan terbaru pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek untuk sesi fotografi khas sempena Aidilfitri ini.

Sehinggakan jurufoto senior, Fatah Sulaiman yang begitu ralit mengambil gambar-gambar Anuar Zain juga mengeluarkan komen yang sama.

"Apa yang ada pada Anuar sampai semua wanita tergila-gilakannya ya?," tanya Fatah kepada Anuar sehingga penyanyi itu hanya mampu mengukir senyuman.

"Entahlah. Saya sendiri tidak tahu. Barangkali mereka 'jatuh cinta' kepada saya lagu-lagu nyanyian saya agaknya. Masing-masing ada pendapat tersendiri," balas Anuar penuh rendah diri sambil disulami ketawa kecil.

Ternyata profesionalisme Anuar telah memudahkan perjalanan sesi fotografi ini yang berakhir dalam masa yang cukup singkat.

Usai semuanya, tanpa membuang masa, kami meneruskan perbualan dan bicara kami pada petang itu lebih terarah kepada sambutan Syawal.

Barangkali kedengaran agak klise apabila bertanyakan tentang soal persiapan raya dan seumpamanya tetapi untuk seorang artis yang bernilai tinggi seperti Anuar, segala-galanya mahu diambil tahu oleh peminat setianya.

Tidak lokek untuk bercerita, penyanyi lelaki tersohor negara ini menjelaskan, sambutan Syawal tahun ini tidak banyak bezanya seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Kami sekeluarga lebih selesa untuk bersederhana dalam menyambut Hari Raya. Setiap daripada kami ada tugas masing-masing. Sebagai contoh, Ziana akan sibuk di dapur menolong ibu menyediakan juadah Raya.

"Begitu juga dengan adik-beradik saya yang lain di mana mereka sudah tahu skop tugas masing-masing apabila menjelangnya Hari Raya.

"Tugas saya pula adalah untuk memastikan bekalan kuih raya sentiasa mencukupi kerana orang yang akan berkunjung ke rumah tidak pernah putus.

"Untuk itu, saya akan membeli beberapa kuih raya yang sudah menjadi hidangan wajib di atas meja seperti tat nanas dan lain-lain lagi. Dalam soal kuih raya juga, saya amat mementingkan kualiti dan rasanya. Bukan sekadar membeli tetapi biarlah tetamu yang datang dapat menikmatinya dengan rasa puas," ujar pemilik nama penuh Shahrul Anuar Zain ini membuka bicaranya.

Sudah menjadi tradisi keluarganya, Anuar menjelaskan semua adik-beradik akan berkumpul di rumah ibu bapa mereka, Zain Abdullah dan Robiah Abdul di Shah Alam, Selangor.

Selepas selesai menunaikan sembahyang sunat, barulah mereka sekeluarga menikmati juadah istimewa hasil air tangan ibu mereka seperti sambal sotong kering, kuah kacang daging dan kuah lodeh.

Kemudiannya, barulah mereka saling bermaaf-maafan serta pemberian duit raya dilakukan sebelum mereka semua bersedia menerima kunjungan tetamu.

"Kalau diikutkan, bapa saya memang seorang yang cukup gigih memasak dan setiap kali menjelangnya Aidilfitri, dia akan ligat di dapur bersama ibu.

"Tetapi sekarang ini dengan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, kami mahu dia berehat sahaja dan tidak melakukan kerja-kerja berat," jelas jejaka yang berusia 41 tahun ini tersenyum.

Kenangan raya Anuar

BERBICARA tentang Aidilfitri, banyak kenangan yang sudah dilalui oleh Anuar sejak zaman kanak-kanak sehinggalah dewasa.

Masih segar dalam ingatannya bagaimana kemeriahan menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Merlimau, Melaka sewaktu kanak-kanak terutama mengelilingi kampung untuk mengumpul duit raya.

Seiring dengan peredaran semasa, sedikit demi sedikit senario itu mula berubah lebih-lebih lagi selepas Anuar menjadi artis rakaman EMI pada awal tahun 80-an.

"Ketika itu juga kenangan juga tidak kurang manisnya apabila saya berpeluang mengadakan persembahan istimewa untuk televisyen sempena Raya.

"Bayangkan ketika itu, nama-nama besar industri hiburan seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk D.J. Dave, Noorkumalasari, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk Sheila Majid dan Jamal Abdillah semuanya terlibat dalam persembahan yang sama.

"Apabila dapat bertemu dengan mereka, saya begitu seronok dan teruja sekali. Mana tidaknya. Sebelum itu saya hanya mendengar lagu-lagu nyanyian mereka. Tetapi, apabila berada di satu pentas, timbul sedikit rasa kejutan budaya (ketawa).

"Lagipun, dulu, stesen televisyen tidak banyak. Jadi, semuanya berkumpul dan kemeriahan itu memang cukup dirasai," kata Anuar yang cukup masyhur dengan lagu raya, Suasana Hari Raya bersama teman duetnya, Ellina Razak.

Namun, dalam banyak kenangan Syawal yang sudah diselusuri Anuar sepanjang hidupnya, pengalaman sewaktu bertugas sebagai pramugara merupakan antara yang tidak mungkin dilupakan.

Bertugas dengan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) selama hampir 11 tahun bermula tahun 1990, kata Anuar, dia sudah merasai pengalaman beraya di luar negara hampir setiap tahun.

Semuanya demi tuntutan tugas dan bayangkan kata Anuar, kerinduan terhadap keluarga ketika itu tidak mampu dibendung lagi.

Ketika itu jugalah bayangan juadah enak mula bermain di depan mata dan jika tidak dikuatkan semangat, air mata mampu mengalir laju tanpa perlu dipaksa.

"Tetapi, semua itu tidak begitu dirasai kerana saya dikelilingi oleh teman-teman yang senasib. Jadi, segala kerinduan itu terubat sedikit demi sedikit.

"Selepas berhenti, fokus saya adalah kepada keluarga dan saya mahu membalas segala kehilangan itu dengan beraya bersama keluarga setiap tahun tanpa mahu meninggalkan sedetik pun," ujar pemilik gelaran Vokal Lelaki Terbaik Anugerah Industri Muzik sebanyak dua kali ini penuh makna.

Hayati pengertian Syawal

SEMPAT juga Hits meminta pandangan Anuar tentang semangat Raya yang dilihat mula luntur di kalangan masyarakat terutama generasi muda.

Bagi pelantun lagu I'm The Lucky One dan Keabadian Cinta ini lagi, apa yang diperhatikannya masyarakat kini lebih menjurus kepada soal materialistik.

"Saya sendiri tidak mengerti mengapa setiap kali hendak menyambut Raya, semuanya perlu diganti baru. Seolah-olah mereka mahu bersaing sesama sendiri dan menunjukkan mereka mampu menukar serba-serbi dengan kelengkapan baru.

"Tidak menuding jari kepada sesiapa, tetapi saya percaya perkara ini sering kali menjadi perbualan ramai. Lebih menyedihkan, ada yang sanggup berhutang kerana mahu memastikan tetamu kagum dengan inisiatif mereka itu.

"Bukankah lebih baik seandainya mereka menghayati pengertian Syawal itu sendiri. Aidilfitri adalah hari kemenangan kita selepas sebulan berpuasa menahan lapar dahaga dan nafsu daripada segala-galanya.

"Jujurnya, saya sendiri lebih teruja menyambut Ramadan berbanding Syawal. Disebabkan itu, saya akan mengambil peluang sebaik mungkin untuk memanfaatkan bulan Ramadan," ujar Anuar penuh jujur.

Jehan, Ezlynn terkenang raya di kampung

Posted:

Jehan, Ezlynn terkenang raya di kampung

Jehan, Ezlynn terkenang raya di kampung

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR


LEBARAN kali ini, Jehan Miskin berhasrat untuk pergi melancong.


BERCERITA mengenai sambutan lebaran di kampung halaman, pasti ramai yang bersetuju bahawa kemeriahan Syawal dirasakan amat berlainan suasananya jika mahu dibandingkan di kota raya besar.

Meraikan Aidilfitri dengan dikelilingi hutan batu di kota metropolitan Kuala Lumpur mungkin memberi impak berbeza kerana suasana hutan hijau di kampung lebih nyaman dan segar.

Apatah lagi dengan hiruk pikuk kebingitan suara sanak saudara yang tidak pernah diam berkongsi cerita menambahkan lagi keseronokan beraya di kampung.

Namun, bagi dua selebriti popular, Jehan Miskin, 31 dan Ezlynn, 30, masing-masing mengakui, kegirangan pulang ke desa tidak lagi dirasai memandangkan ramai kenalan ketika kecil dahulu termasuk jiran tetangga sudah berhijrah ke lokasi lain, sekaligus memudarkan keceriaan berhari raya di desa tercinta.

Jehan beraya sambil bercuti

BAGI jejaka bermata redup, Mohd. Jehan Miskin atau Jehan yang bakal muncul dengan filem dwibahasa, Prince of The City arahan Roslan Hussein pada 20 September ini memberitahu, zaman kanak-kanak meninggalkan nostalgia terindah buat setiap individu.

Katanya, semakin usianya meningkat dewasa, ditambah pula dengan penghijrahan saudara mara sebayanya ke bandar-bandar lain, suasana kemeriahan Syawal di kampung halamannya di Alor Setar, Kedah sudah tidak dirasainya.

Justeru, Jehan awal-awal lagi sudah merancang untuk melancong sama ada di dalam mahupun ke luar negara pada Aidilfitri.

"Ini adalah perancangan sahaja. Dan diharap semuanya berjalan lancar.

"Saya akan pergi bercuti selepas hari raya keempat atau kelima bersama beberapa rakan saya.

"Bagaimanapun, destinasi percutian masih belum diputuskan dan sedang membuat pemilihan," ujar Jehan yang merindukan suasana beraya zaman kanak-kanak.

Aktor itu menjelaskan, dia tetap akan pulang ke kampung untuk menziarahi sanak saudaranya yang sudah lama tidak bersapa mesra.

"Walaupun agak sukar untuk berjumpa dengan saudara dan rakan kerana sudah berpindah, saya tetap pulang ke kampung agar tali persaudaraan di kalangan kami berkekalan.

"Mungkin agak sukar untuk berkumpul ramai-ramai macam dulu-dulu, tetapi apa yang ada sekarang perlu dihargai," katanya yang bakal muncul dengan filem arahan Mamat Khalid, berjudul Apokalips.

Dalam pada itu, Jehan memberitahu, sebuah telefilem bertajuk Mak Okay Je arahan Michael Ang akan disiarkan pada bulan Syawal ini di samping pelakon-pelakon hebat seperti Umie Aida, Erra Fazira, Rashidi Ishak, Abby Abadi dan Gambit Saifullah.

Ezlynn hanya sehari di kampung

LAMA sungguh kelibat penyanyi yang popular dengan lagu Hai Hai Bye Bye, Azline Ariffin atau Ezlynn ini menyepikan daripada sebarang publisiti.

Justeru, bertemu dengannya pada majlis berbuka anjuran Great Eastern Mall, Jalan Ampang, baru-baru ini, Ezlynn memberitahu, dia tiada apa-apa kisah menarik yang mahu dikongsikan untuk tatapan peminat.

Menyentuh perihal beraya di kampung, sama seperti Jehan, penyanyi dan pelakon ini menjelaskan, dia juga merindui masa lampau era kanak-kanak bersama rakan taulannya.

Kegigihannya bersama rakan seusia sama ada berbasikal mahupun berjalan kaki bertandang dari satu rumah ke satu rumah sememangnya seronok apabila diimbas kembali.

"Bila teringat semua itu memang kelakar sebab tujuan kami singgah di rumah jiran semata-mata untuk mendapatkan duit raya.

"Kadang-kadang itu, kami tidak langsung minum air ataupun menjamah kuih-muih," katanya sambil disusuli ketawa kecil.

Namun dewasa ini, Ezlynn mengakui, dia hanya pulang sehari sahaja ke kampung halamannya yang terletak di Ulu Kinta, Perak.

Tambahan pula, ujar si cantik manis ini, kedua-dua ibu bapanya telah pun duduk bersamanya di ibu kota.

"Jadi, sudah tidak ramai saudara di kampung memandangkan datuk dan nenek di kedua-dua belah emak serta abah sudah meninggal dunia.

"Hanya tinggal pakcik dan makcik saya serta sepupu dan juga anak-anak buah.

"Saya akan menyambut pagi Syawal di sini bersama ibu bapa saya.

"Selepas itu barulah kami sekeluarga berangkat ke kampung dan pulang semula ke Kuala Lumpur pada hari yang sama," ujar Ezlynn yang membintangi filem terbaru Mamat Khalid, Husin, Mun & Jin Pakai Toncet.

Sedikit mengenai perkembangan seninya, Ezlynn menambah, single baru berjudul Dusta akan dilancarkan terlebih dahulu pada September atau Oktober sebelum menyusul album ketiganya.

Tepis dakwaan kahwin November

WALAUPUN agak sepi daripada sebarang publisiti, Ezlynn tidak dapat menutup mulut sesetengah pihak yang mendakwa kononnya dia akan berkahwin pada 11 November 2011 (11.11.11).

Menepis dakwaan tersebut, Ezlynn berkata bahawa semua cerita itu hanyalah khabar angin.

Bagaimanapun, Ezlynn tidak menafikan bahawa dalam masa terdekat, dia akan disunting oleh seorang jejaka yang lebih tua daripadanya.

Terang wanita yang manis dengan senyumannya itu lagi, lelaki berkenaan bukanlah dari kalangan orang seni.

"Dia hanyalah lelaki biasa. Mengenai tarikh perkahwinan kami itu, diharap media dan peminat dapat bersabar.

"Apabila sampainya waktu yang sesuai, saya akan umumkan dan mengundang rakan media ke majlis perkahwinan kami.

"Bukan niat mahu berahsia, tetapi sekadar menghormati permintaan keluarga sebelah lelaki yang mahukan ia menjadi hak eksklusif keluarga kami," jelasnya yang ternyata gembira menceritakan serba sedikit mengenai hari bahagia yang akan ditempoh tidak lama lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Berkongsi nikmat berbuka

Posted:

Berkongsi nikmat berbuka

Berkongsi nikmat berbuka

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN
(Yang meliputi majlis iftar Asian Finance Bank dan Akademi Imam Syafie di Kemboja, baru-baru ini)


masyarakat islam Kampot turut membantu menyembelih dan memposes kambing untuk sajian berbuka puasa.


Ramadan adalah bulan rahmat dan berkat. Bulan di mana kita terdorong melakukan kebaikan dan kebajikan serta kurang berkeinginan melakukan maksiat dan keburukan.

Ini sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Apabila masuk bulan Ramadan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya). (riwayat Muslim)

Untuk itu, sebagai saudara seagama, sewajarnya kita membantu golongan yang kurang kemampuan seperti umat Islam di Kemboja. Inilah yang dilakukan oleh warga kerja Asian Finance Bank (AFB) dan Akademi Imam Syafie (AIS).

Misi delegasi yang diketuai oleh Naib Presiden dan Ketua Jabatan Syariah AFB, Mohd. Zamerey Abdul Razak dengan empat rakan adalah menyampaikan sumbangan para dermawan dari Malaysia untuk majlis Iftar (berbuka puasa) Jamaie di Kemboja.

Tumpuan penyerahan sumbangan adalah di Wilayah Kampot yang terletak kira-kira 140 kilometer dari Phnom Penh. Perjalanan dari ibu negara Kemboja menggunakan kenderaan darat ke Kampot mengambil masa kira-kira dua jam.

Wilayah Kampot adalah kawasan kedua paling ramai penduduk Islam selepas Wilayah Champa. Populasi Kemboja dianggarkan 13 juta orang dengan penduduk Islamnya dianggarkan lebih sedikit daripada 1 juta orang.

Terdapat 370 perkampungan Islam yang amat daif. Mereka memerlukan al-Quran dan buku-buku agama, membiayai pembinaan masjid serta sekolah agama.

Zamerey berkata, rancangan asal hanya mengadakan majlis berbuka puasa hasil sumbangan warga kerja AFB.

Bagaimanapun, hasil promosi yang dilakukan oleh rakan-rakan, ramai yang tampil menyumbang untuk program tersebut yang dilaksanakan pada 19 hingga 21 Ogos lalu.

"Alhamdulillah dalam tempoh tiga minggu sejak awal Ramadan, kita berjaya mengumpul kira-kira RM16,500 di mana semuanya telah diagihkan kepada lapan masjid," katanya kepada Mega, baru-baru ini.

Masjid-masjid berkenaan adalah Masjid As-Syakirin, Kg. Keh, Kampot (200 orang); Masjid Kg Krong, Kampot (200 orang); Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kg. Kedap, Kampot (300 orang), Masjid Kg. Twi, Kampot (100 orang); Masjid Muhammad Al-Jabri Kg. Tepiang Tepau, Kampot (350 orang), Masjid Kg. Priang Pring, Kampot, (100 orang); Masjid Ali Bin Abi Tolib, Kg. Andong, Kampot (100 orang) dan Masjid Kg. Prai Tenor, Kampot (150 orang).

Kesemua masjid tersebut mendapat tajaan berbuka puasa bermula 20 Ramadan hingga akhir Ramadan. Bagaimanapun, majlis berbuka puasa di Masjid Kg. Keh, Kampot diadakan awal iaitu pada 6, 12, 19 dan 20 Ogos hingga ke akhir Ramadan.

Menurut Zamerey, tajaan berbuka puasa juga disalurkan kepada Masjid Ammar Bin Yasir di Kg. Kilometer 9, Phnom Penh untuk dua hari dengan kehadiran 150 orang.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menjayakan program iftar tahun ini," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Yayasan Kemanusiaan Untuk Pembangunan yang juga wakil AIS di Kemboja, Sulaiman Hasan berkata, sumbangan itu dapat menceriakan suasana berbuka puasa umat Islam di Kemboja.

Katanya, biasanya masyarakat Kemboja berbuka puasa dengan roti, bubur atau laksa dan buah-buahan tetapi melalui sumbangan AFB dan AIS mereka dapat menikmati juadah berbuka puasa yang lebih istimewa.

"Bagi kami, menu roti dengan kari daging adalah sajian istimewa dan hanya boleh dinikmati melalui program tajaan begini," katanya.

Pada majlis berbuka puasa di Kampung Keh, empat ekor kambing disembelih untuk dijadikan lauk utama iaitu kari kambing.

Menurut Sulaiman, Kampot mempunyai kira-kira 40,000 orang Islam dan 33 masjid.

Katanya, kebanyakan penduduk adalah nelayan kecil yang bergantung kepada hasil laut yang tidak seberapa. Biasanya hasil jualan adalah RM3 dan hanya cukup untuk beli dua kilogram beras.

"Di sini ada kawasan tanaman padi tetapi hanya boleh diusahakan sekali setahun kerana masalah pengairan," katanya.

Dalam pada itu, Mudir Sekolah Dubai Islam Phnom Penh dan juga Imam Masjid Ammar Bin Yasir, Muhammad Daud Qasim berkata, pihaknya mengadakan kutipan derma daripada ahli kariah untuk majlis berbuka puasa.

Katanya, kos berbuka puasa setiap hari adalah antara RM150 ke RM300 bergantung kepada menu yang dihidangkan.

"Kalau ada roti, bubur dan air botol kosnya menjangkau RM300 semalam. Alhamdulillah kita mendapat sumbangan daripada AFB dan AIS untuk berbuka puasa.

"Dengan duit itu, dapatlah kita menyajikan makanan yang istimewa sedikit kepada 1,500 keluarga Islam di sini," jelasnya.

Muhamad Daud berkata, masjid yang dibina pada tahun 1992 itu boleh memuatkan 4,000 jemaah pada suatu masa.

Katanya, pada 10 malam akhir Ramadan, masjid turut mengadakan qiamullail selain solat tarawih dan tadarus al-Quran

"Saya mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang menyumbang untuk majlis berbuka puasa kami di Kemboja," tambahnya.

Hiasan seramik dari India

Posted:

Hiasan seramik dari India

Hiasan seramik dari India

Oleh Mariatul Qatiah Zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar Safrizal Azmi


Haslin Abu Hurairah memerhatikan salah seorang pekerjanya memeriksa laci hiasan yang diimport dari India.


PERHIASAN yang diperbuat daripada seramik semakin mendapat tempat di hati peminat barangan hiasan.

Ini kerana, selain cantik dengan pelbagai bentuk, gaya dan warna, ia juga tahan lebih lama.

Jika dilihat daripada sejarahnya, seramik sebenarnya telah digunakan sejak zaman dahulu kala lagi.

Orang dahulu dilihat gemar menggunakan kelengkapan rumah yang diperbuat daripada seramik termasuk pinggan mangkuk untuk kegunaan harian.

Begitupun, perhiasan seramik hari ini dilihat dalam skop yang lebih luas dan berbeza termasuk dalam pelbagai kegunaan seperti peralatan pinggan mangkuk, bekas telur serta barangan hiasan dalaman yang direka mengikut cita rasa pengguna.

Menyedari barangan daripada seramik ini semakin digemari ramai, Pengarah Urusan Artistica International Sdn. Bhd., Haslin Abu Hurairah tidak melepaskan peluang melebarkan sayap perniagaannya dengan memasarkan produk tersebut di negara ini.

Membawa masuk produk tersebut dari India, menurut Haslin, ia merupakan produk pertama di Malaysia seumpamanya.

Tidak menafikan barangan seramik banyak di pasaran hari ini, tetapi jelas Haslin, produk yang dipasarkan oleh syarikatnya istimewa kerana segala corak yang dihias di permukaan seramik tersebut adalah hasil lukisan tangan pekerja-pekerja di sana.

Bukan itu sahaja, barangan seramik tersebut merupakan barangan hiasan yang mempunyai laci-laci kecil dan 'badannya' dihasilkan daripada kayu pokok mangga.

"Segala corak yang dihasilkan pada barangan seramik ini dibuat secara tradisional dan ia sememangnya difokuskan untuk pasaran antarabangsa.

"Seramik ini bukan sahaja dipasarkan di Malaysia, malah ia turut dieksport ke negara-negara Eropah.

"Untuk pengetahuan bersama, barangan perhiasan daripada seramik ini sebenarnya begitu popular di kalangan penduduk Eropah berbanding di Malaysia yang masih kurang mendapat sambutan," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya yang terletak di 65G, Jalan Lawan Pedang 13/27, Sseksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata ini lagi, apa yang diharapkan daripada kemasukan produk tersebut ialah ia dapat memenuhi permintaan mereka yang begitu gemarkan barangan hiasan seramik di samping ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia.

Bercerita lanjut mengenai perniagaan seramiknya yang baru menjangkau empat bulan, jelas anak kelahiran Petaling Jaya ini, ia merupakan perniagaan keduanya.

Sebelum ini, Haslin merupakan seorang usahawan wanita yang membekalkan peralatan keselamatan kepada syarikat serta jabatan kerajaan yang telah diusahakan sejak lapan tahun yang lalu.

Selain ingin mengembangkan lagi perniagaannya, perniagaan seramik tersebut ia juga sebagai memenuhi hobinya yang gemarkan barangan perhiasan seramik.

Berbicara mengenai proses penghasilan seramik tersebut, menurut Haslin, ia bukanlah satu proses yang mudah.

Ini kerana proses pembakarannya sahaja mengambil masa sehingga 18 jam.

Bahan pewarnanya pula diimport dari Jerman dan telah disahkan selamat untuk digunakan bersama makanan.

Menyedari akan sensitiviti rakyat Malaysia hari ini, pihaknya telah melakukan pelbagai ujian termasuk proses makmal untuk produk tersebut.

Dalam pada itu, Haslin turut memberitahu bahawa penggunaan kayu pokok mangga sebagai 'badan' barangan perhiasan tersebut turut melalui proses 'rawat' beberapa peringkat untuk mengelakkan daripada serangan anai-anai dan kulat selain dapat memanjangkan jangka hayat kayu tersebut.

"Setelah melalui proses 'rawatan' , kayu pokok mangga tersebut dipercayai boleh bertahan sehingga 100 tahun lamannya," tambahnya lagi.

Disebabkan produk tersebut masih lagi baru dipasaran, Haslin menyatakan ia kini ditempatkan di pejabatnya dan akan dialihkan ke bilik pameran baru di sekitar kawasan Shah Alam tidak lama lagi.

Begitupun, pihaknya turut mengalu-alukan mereka yang berminat untuk berniaga menjadi pengedar barangan tersebut.

Kesemua barangan tersebut boleh diperoleh pada harga semurah RM45 hingga RM400.

Bagi mereka yang berminat sama ada untuk membeli barangan hiasan seramik ini ataupun ingin menjadi pengedar, anda bolehlah hubungi talian 012-7639645 (Aisyah) ataupun layari lama web www.artisticainternational.blogspot.

com.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved