Ahad, 27 April 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Seri lagi, Safee gagal jaring penalti

Posted: 27 Apr 2014 11:39 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Safee Sali

KUALA LUMPUR - Diberikan sepakan penalti pada minit terakhir permainan, Safee Sali bagaimanapun meranapkan impian peminat Harimau Malaya apabila dia gagal menewaskan penjaga gol Filipina, Patrick Deyto untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 dalam perlawanan persahabatan di Cebu malam tadi.

Keputusan ini melebarkan rekod seri kedua-dua pasukan kepada empat sepanjang pertemuan mereka di peringkat antarabangsa dalam tempoh dua tahun.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya rekod tanpa kalah jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee sejak menggantikan Datuk K. Rajagobal bersama Harimau Malaya masih kekal selepas tiga perlawanan.

Harimau Malaya kelihatan terkapai-kapai beraksi di atas padang yang jelas tidak sesuai untuk perlawanan antarabangsa dan sering kali terperangkap dengan pergerakan pemain Filipina.

Pendekatan Kim Swee memilih corak permainan bertahan dengan meletakkan Mohd. Norfarhan Muhammad sebagai penyerang tunggal menyebabkan mereka hanya berharap kepada serangan balas bagi mendapatkan jaringan.

Mujur aksi kemas di bahagian pertahanan yang diterajui Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak dan Fadhli Shas memastikan Filipina yang menguasai lebih 60 peratus permainan tidak mampu mendapatkan sebarang jaringan dan mengulangi keputusan yang sama di Stadium Selayang, 1 Mac lalu.

Kim Swee terpaksa memasukkan Baddrol Bakhtiar di bahagian tengah selepas Safiq Rahim disahkan tidak mampu bermain apabila gagal pulih daripada kecederaan tapak kaki dengan Junior Eldstal turut diletakkan di dalam kesebelasan utama bagi mengimbangi kelebihan fizikal yang dimiliki pemain Filipina.

Babak pertama memperlihatkan kelonggaran yang cukup ketara terutama di bahagian tengah dengan asakan menggila dilancarkan oleh tuan rumah terutama menerusi James Younghusband dan Simone Rota selain banyak melancarkan hantaran lintang ke dalam kotak penalti.

Harimau Malaya yang banyak mengharap serangan balas membuat percubaan terbaik menerusi Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-11 yang sekadar menyepak lemah dan bola terus ke dakapan Patrick.

Kecekapan Patrick yang bijak mengagak gerakan solo Junior Eldstal yang sebelum itu menewaskan dua pertahanan Filipina menyelamatkan pintu gol tuan rumah daripada dibolosi pada minit ke-61.

Namun, dua minit kemudian Patrick nyaris menghadiahkan jaringan kepada skuad negara apabila tidak dapat menampan bola hantaran belakang rakan sepasukan, Martin Steuble namun bola tidak menepati ke arah pintu gol.

Kehadiran Nathaniel Burkey yang masuk selaku pemain gantian jelas memberikan banyak masalah kepada pertahanan negara yang mendapat banyak peluang keemasan memecahkan kebuntuan jaringan.

Pada minit ke 75, percubaan Nathaniel sekadar sipi walaupun berada di hadapan pintu gol dan tiga minit kemudian bola sepakannya singgah di palang gol hasil rembatan dari luar kotak penalti.

Skrip perlawanan hampir sahaja berubah pada minit ke-90 apabila bola mengenai tangan Steuble dan pengadil perlawanan dari Indonesia, Thoriq Munir menghadiahkan sepakan penalti kepada Harimau Malaya.

Safee, yang baru sahaja masuk menggantikan Amri dua minit sebelum itu dan belum menyentuh bola, merembat ke kanan pintu gol tetapi dikecewakan oleh Patrick sekali gus memberi kelegaan kepada 5,000 penonton tuan rumah yang hadir.

Malaysia tumpas lagi

Posted: 27 Apr 2014 11:39 AM PDT

KUANTAN - Tuah tidak menyebelahi pasukan kebangsaan lagi apabila tewas 1-3 kepada Korea Selatan dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan B, kejohanan hoki Cabaran Juara-juara 1 (CC1) di Stadium Hoki Indera Mahkota di sini malam tadi.

Ini merupakan kekalahan kedua bagi Malaysia selepas kalah kepada Perancis 2-3 pada perlawanan pertama kelmarin.

Dalam perlawanan tersebut, Korea Selatan banyak mendominasi awal babak pertama dengan beberapa percubaan berbahaya namun gagal memecah gawang gol lawan.

Bagaimanapun, peluang yang diperoleh mereka menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-20 tidak disia-siakan oleh Nam Hyun Woo untuk mendapatkan gol sulung perlawanan.

Malaysia cuba menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-34 namun gagal merobek gawang gol Korea Selatan.

Pertahanan Malaysia yang nampak lemah menerima padah apabila You Hyo Sik menjaringkan gol kedua Korea Selatan menerusi jaringan padang hanya dua minit selepas babak kedua bermula.

Anak buah jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah sekali lagi dihukum apabila Korea Selatan menjaringkan gol ketiga mereka menerusi pukulan sudut penalti oleh Jang Jong Hyun pada minit ke-50.

Skuad kebangsaan sekali lagi mendapat pukulan sudut penalti pada minit ke-67 namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol lawan, Kim Jae Hyeon.

Gol sagu hati skuad negara akhirnya hadir menerusi jaringan Ismail Abu pada minit ke-69.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua termasuk wanita ditahan

Posted: 27 Apr 2014 11:38 AM PDT

Oleh ROSMAWATI SALIHIN
pengarang@utusan.com.my

Hamza Taib

KOTA KINABALU 27 April - Polis menahan dua individu, termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan penjualan projek pembinaan dan lot banglo di beberapa daerah di negeri ini, membabitkan kerugian melebihi RM1.5 juta

Kedua-duanya ditahan pada pukul 12.55 tengah hari di sebuah premis berhampiran Karamunsing Capital di sini, Khamis lalu, ekoran daripada 17 laporan polis yang dibuat oleh mangsa di Penampang, Kudat, Kota Belud dan Ranau.

Siasatan mendapati, suspek wanita berusia 48 tahun yang ditahan itu merupakan pengarah urusan syarikat tersebut manakala pembantunya, lelaki berusia 47 tahun.

Modus operandi mereka adalah dengan mengiklankan projek pembinaan dan lot banglo di seluruh negeri pada harga murah dalam akhbar-akhbar tempatan.

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Hamza Taib berkata, para pelanggan yang berminat kemudian diminta untuk membayar bayaran deposit sebanyak 20 peratus daripada nilai hartanah berkenaan.

"Difahamkan, sehingga kini 76 pelanggan yang percaya telah membuat pembayaran deposit bernilai RM1.56 juta.

"Pembayaran dibuat tanpa sebarang perjanjian jual beli atau penyerahan kunci seperti yang dijanjikan," katanya selepas melancarkan eksesais pengambilan khas jawatan (lelaki dan wanita) konstabel kaum Cina di sini, semalam.

Hamza seterusnya berkata, siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai sebarang lesen berhubung kontrak pembinaan dan juga untuk mengutip sebarang bayaran daripada orang ramai.

"Kedua-dua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu," katanya.

Lelaki maut dipukul ketika mengambil wuduk solat Isyak

Posted: 27 Apr 2014 11:38 AM PDT

HAKIMI Md. Setapa, 33, menunjukan tempat ayahnya, Md. Setapa Ab. Radzad maut dipukul lelaki bertopeng di ruang dapur rumahnya di Kampung Gua Raja, Gua Ipoh, Tanah Merah, Kelantan, semalam. - UTUSAN/SAMSUL BAHARI MOHAMED

TANAH MERAH 27 April - Seorang lelaki berusia 75 tahun maut dipukul ketika mengambil wuduk untuk solat Isyak di rumahnya di kampung Gua Raja, Gua Ipoh di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam, mangsa Md. Setapa Ab. Radzad dipukul menggunakan sebatang kayu oleh seorang lelaki yang memakai topeng ski.

Isteri mangsa, Sabariah Awang Noh, 71, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas mendengar suaminya menjerit dalam bilik air di ruang dapur di bahagian bawah rumah tersebut.

"Saya bergegas turun ke bawah dan melihat seorang lelaki memakai topeng ski dan berpakaian serba hitam berlari keluar melalui pintu dapur.

"Ketika itu saya mendapati dahi dan bahagian belakang kepala suami saya berdarah namun dia masih boleh bergerak dan berjalan duduk di atas tangga di ruang dapur," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Katanya, dia kemudian meminta pertolongan daripada jiran untuk membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Gual Ipoh di sini.

Katanya, Md. Setapa yang berlumuran darah disahkan meninggal dunia pada pukul 9 malam di klinik tersebut.

"Ketika kejadian hanya saya dan suami sahaja berada di rumah manakala anak lelaki saya ke surau. Arwah tidak mempunyai musuh dan dia hanya bekerja sebagai penoreh getah sahaja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Suprintendan Abd. Aziz Mahmud ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat serangan jantung kerana terkejut dipukul dengan kayu.

"Pihak polis sedang mengenal pasti identiti suspek dan usaha untuk mengesannya sedang giat dijalankan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Latihan pelbagai aras jana kecemerlangan

Posted: 27 Apr 2014 11:39 AM PDT

Guru Penolong Kanan SK Chuah, Maimon Kordi menerima kata laluan adaponline daripada Wahid Hashim di sekolahnya di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

PENTADBIR dan guru di dua lagi sekolah Pintar Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggalakkan penggunaan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor sama ada versi cetak atau atas talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Dua sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan dan SK Kuala Pomson, Hulu Langat, Selangor.

Guru Penyelaras program Pintar TNB SK Chuah, Zalifah Abdul Hadi berkata, para guru bukan sahaja menggalakkan malah akan memastikan Tutor diguna pakai oleh murid khususnya ketika PdP dalam kelas.

"Selain itu, untuk sistem pembelajaran atas talian adaponline, jadual penggunaan Tutor akan dibuat agar murid menggunakannya semaksima mungkin.

"Murid juga digalakkan membuat latihan di rumah kerana Tutor mengandungi latihan pelbagai aras yang memberi banyak manfaat untuk menjana kecemerlangan mereka dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas taklimat penggunaan Tutor oleh Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim sempena siri Jelajah Tutor TNB ke 13 sekolah di seluruh negara.

Dalam taklimat itu, guru serta murid didedahkan terhadap penggunaan Tutor UPSR secara intensif sebagai bahan pengukuhan, pengayaan dan bimbingan.

Semua sekolah terbabit menerima akhbar Tutor UPSR dan kata laluan adaponline mengikut jumlah calon peperiksaan itu yang ditaja oleh TNB.

Sementara itu, Guru Besar SK Kuala Pomson, Roslima Mohamed berkata, kandungan Tutor yang disediakan oleh pakar mata pelajaran diharap dapat meningkatkan pencapaian murid dalam UPSR.

"Terima kasih atas usaha murni TNB ini dan diharap akan diteruskan kerana dengan adanya Tutor menjadi pemangkin atau pendorong kepada murid untuk lebih berinisiatif," katanya.

Guna Tutor sebagai instrumen ulang kaji, latih tubi

Posted: 27 Apr 2014 11:39 AM PDT

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2, Rawang, Selangor baru-baru ini menganjurkan sesi taklimat penerangan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap penggunaannya bagi memantapkan persediaan menduduki peperiksaan.

Dalam bengkel kendalian Wartawan Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Mohd. Saiful Mohd. Sahak dan Eksekutif Pendidikan, Nursyafida Mt Saed itu, pelajar didedahkan dengan cara pembelajaran terkini menggunakan Tutor sebagai rujukan dan instrumen ulang kaji serta latih tubi.

Penggunaan Tutor secara konsisten diyakini berupaya meningkatkan prestasi akademik bukan sahaja pelajar malah pencapaian sekolah secara keseluruhan.

Bengkel itu sememangnya dinantikan oleh 150 pelajar tingkatan tiga hingga lima sekolah berkenaan kerana kandungan Tutor yang disediakan oleh guru pakar amat membantu terutama ketika saat akhir menjelang peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar.

Tambahan pula, kandungan Tutor disusun atur untuk membolehkan pelajar membuat ulang kaji dan latih tubi maksima sepuluh soalan sehari bagi tempoh lima hari.

Ulang kaji dan latih tubi yang berterusan ini akan memastikan pelajar sentiasa pada keadaan bersedia sepanjang masa di samping memudahkan mereka merancang jadual belajar masing-masing secara efektif.

Melalui bengkel selama dua jam itu, pelajar diberi taklimat kandungan Tutor serta penggunaan akhbar berkenaan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Pada masa sama, penganjuran bengkel ini menjadi platform untuk komuniti sekolah menonjolkan aktiviti atau pencapaian masing-masing melalui media cetak.

Selain itu, para pelajar turut diberi pendedahan dengan lebih dekat mengenai kerjaya wartawan dan jurugambar di samping memberi panduan serta pendedahan dalam menghasilkan berita atau rencana menggunakan bahasa yang ringkas, mudah, tepat dan padat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pencemaran Taman Negara serius

Posted: 27 Apr 2014 11:39 AM PDT

Oleh M.RIZAL NOR
utusanktn@utusan.com.my

Ahmad Nazlan Idris (dua dari kanan) menyampaikan sijil pelantikan kepada Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) sambil diperhatikan Rusli Che Husin (dua dari kiri) di Taman i-City, Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

JERANTUT 27 April - Isu pencemaran alam sekitar yang berlaku di daerah ini perlu dipandang serius kerana boleh menjejaskan kehadiran pelancong terutama ke Taman Negara di Kuala Tahan, dekat sini.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, kemerosotan kira-kira 10,000 pelancong pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya berkemungkinan berkait rapat dengan kesan pencemaran alam sekitar.

"Difahamkan terdapat rungutan mengenai pencemaran sungai dan aktiviti pembalakan yang mampu merosakkan hutan tropika berusia lebih 130 juta tahun itu.

"Kebanyakan pelancong yang datang ke Taman Negara adalah untuk menikmati keindahan dan kehijauan alam semula jadinya yang tidak terdapat di tempat lain," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) Peringkat Parlimen Jerantut di Taman i-City, di sini baru-baru ini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Rusli Che Husin.

Kata Ahmad Nazlan, pelancong yang datang ke daerah ini bukan sahaja untuk membeli-belah sebaliknya melihat keindahan alam seperti di Taman Negara, Gua Kota Gelanggi dan Air Terjun Lata Meraung.

Menurutnya, masalah pencemaran yang tidak dibendung dari awal bukan sahaja menjejaskan kehadiran pelancong bahkan akan memberi kesan kepada ekonomi penduduk.

"Jika seorang pelancong berbelanja RM300 semasa berada di Taman Negara, kita rugi RM3 juta setahun dan jumlah ini akan meningkat," ujarnya.

Golongan lelaki ceburi sukan bola jaring

Posted: 27 Apr 2014 11:39 AM PDT

KUANTAN 27 April - Penglibatan golongan lelaki dalam sukan bola jaring merupakan fenomena baharu yang dapat menyemarakkan lagi sukan berkenaan terutama kepada generasi muda.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Husain berkata, perkembangan tersebut sangat positif dan memberangsangkan kerana peserta mengambil bahagian dalam sukan tersebut menunjukkan prestasi yang baik.

"Penyertaan lelaki dalam bola jaring merupakan cabaran baharu bagi sukan yang hanya dimonopoli golongan wanita sebelum ini.

"Saya lihat sukan itu merupakan perkembangan sihat kerana mereka bukan sahaja menceburi bidang yang dipelopori satu-satu jantina tetapi kemahiran dimiliki pemain lelaki sangat bagus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Pahang di Teluk Chempedak di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Menurut Mohd. Johari, penganjuran buat julung kali dengan pemilihan lokasi yang merupakan salah satu kawasan pelancongan terkenal di negeri ini wajar dipuji.

"Syabas saya ucapkan kepada penganjur kerana bukan sahaja membabitkan penganjuran seluruh negara tetapi turut mempromosikan kawasan pelancongan.

"Saya harap penganjuran ini akan dijadikan acara tahunan dengan memilih lebih banyak lokasi pelancong

an yang terdapat di negeri ini seperti Pulau Tioman," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Palestin tetap iktiraf Israel - Abbas

Posted: 27 Apr 2014 11:38 AM PDT

Penduduk Palestin kurang upaya turut meraikan perjanjian pembentukan kerajaan perpaduan Palestin di Gaza City pada 24 April lalu. - AFP

RAMALLAH 27 April - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (gambar) membayangkan kerajaan perpaduan yang dipersetujui dengan pergerakan Hamas akan tetap mengiktiraf Israel dengan beliau kekal komited kepada perjanjian damai tajaan Amerika Syarikat (AS), yang kini berdepan masalah.

Kenyataan Abbas itu dibuat bagi mengurangkan kebimbangan AS tentang tindakan pemimpin Fatah berkenaan menandatangani perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Hamas pada Rabu lalu, hingga mengakibatkan Israel menangguhkan rundingan damai dengan Abbas.

"Kerajaan akan berada di bawah arahan dan polisi saya. Skop kerajaan itu pula adalah tentang apa yang berlaku di dalam negara.

"Saya mengiktiraf Israel dan kerajaan juga akan mengambil tindakan serupa. Saya menolak keganasan,'' katanya kepada pemimpin-pemimpin kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di ibu pejabat Presiden di bandar Tebing Barat yang diduduki Israel di sini, semalam.

Hamas dan Fatah mencapai perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan dalam tempoh lima minggu akan datang dan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh kira-kira enam bulan selepas pembentukan kerajaan tersebut.

Bagaimanapun, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, pergerakan itu sama sekali tidak akan mengubah pendirian mereka berhubung Israel iaitu mereka tidak akan sama sekali mengiktiraf Israel

Abbas dalam pada itu berkata, beliau terbuka untuk meneruskan rundingan damai dan bersedia untuk melanjutkan perbincangan dengan Israel, walaupun melepasi tarikh tamatnya rundingan, dengan syarat Israel memenuhi syarat yang dituntut mereka sebelum ini.

"Bagaimana boleh kita memulakan semula rundingan ini? Sepatutnya tiada halangan bagi kami untuk memulakan semula perbincangan itu, namun 30 tahanan Palestin perlu dibebaskan (terlebih dahulu).... dan setelah pelan kami dipersetujui, kesemua aktiviti penempatan haram Yahudi mesti dihentikan sepenuhnya,'' katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin, Rami Hamdallah menawarkan diri untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada penubuhan kerajaan perpaduan antara Hamas dan Fatah.

Tindakan Rami turut disambut baik Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh yang menyatakan kesediaannya meletak jawatan di Gaza, kata seorang pemimpin Hamas di Tebing Barat, Sheikh Hassan Yousef kepada Press TV. - REUTERS

Obama beri amaran Myanmar menuju keburukan

Posted: 27 Apr 2014 11:39 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran konflik etnik dan agama, terutamanya penindasan ke atas umat Islam di Myanmar boleh menyebabkan negara itu menuju ke 'arah keburukan'.

Obama, bagaimanapun memuji pembaharuan politik di negara bekas pentadbiran tentera itu, tetapi penindasan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu di Myanmar, meletakkan program pembaharuan demokrasi yang cuba dicapai oleh Myanmar berada dalam bahaya.

Jelasnya, jika rakyat mula melaksanakan pergerakan politik berasaskan etnik atau agama, konflik boleh tercetus, sekali gus membawa Myanmar ke arah keburukan.

"Myanmar tidak akan berjaya jika penduduk Islam ditindas dan proses demokrasi juga dalam bahaya kerana terdapat pelbagai kumpulan etnik dan agama di negara tersebut.

"Dalam krisis di Myanmar, nasib penduduk minoriti Islam tidak dibela dan hak mereka juga tidak dilindungi," katanya ketika merujuk nasib etnik Islam Rohingya di Rakhine yang menjadi mangsa kekejaman aktivis Buddha.

Myamnar dilanda konflik etnik dan agama sejak beberapa tahun lalu sehingga mengakibatkan kira-kira 250 orang terbunuh akibat persengketaan antara penduduk Islam dan Budha sejak 2012.

Pada November 2012, Obama mengadakan lawatan bersejarah ke Myanmar dan menawarkan sokongan kuat kepada kerajaan di bawah pimpinan Presiden Thein Sein yang mahu melaksanakan pembaharuan politik dan melaksanakan demokrasi di negara itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


MSAM 2014 sepanas bumi Kelantan

Posted: 27 Apr 2014 11:39 AM PDT

Oleh Zunaidah Zainon

PARA hadirin khusyuk mendengar ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Penutup MSAM 2014 sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang berlangsung dari 20-27 April di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/ Irwan Majid

LEBIH seminggu berkampung di Kota Bharu, Kelantan, bumi Che Siti Wan Kembang ini sudah tiga bulan tidak dibasahi hujan. Cuacanya panas terik, berangin dan kering. Namun, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2014 menutup tirainya semalam dengan catatan jumlah pengunjung seramai 215,000 orang - mengatasi jumlah ketika ia pertama kali diadakan di negeri ini pada 2001.

Banyak kaitan antara hujan dan orang yang datang ke sini. Jika hujan, pengunjungnya kurang, jika panas pula, ramai yang tak tahan kerana ada yang sudah terbiasa duduk dalam pendingin hawa.

Jika hujan juga, sudah tentu MSAM di Kota Bharu gagal mengulangi jumlah pengunjung yang ramai dengan purata 38,000 orang setiap hari. Kali pertama dulu, Kelantan mencatat jumlah pengunjung seramai 191,000 orang dalam tempoh lima hari penganjurannya.

Bagaimanapun, dengan jumlah pengunjung yang naik mendadak sehingga melepasi sasaran 200,000 menunjukkan cuaca bukan halangannya, sebaliknya orang ramai menunggu cuti hujung minggu untuk menjengah ke pameran pelaburan ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Selain berkonsepkan taman tema dengan elemen teknologi maklumat, MSAM 2014 turut tidak meminggirkan nilai-nilai tradisi. Ini dapat dilihat dengan kerancakan permainan tradisional seperti congkak dan gasing serta gema alunan dikir barat tetap berkumandang hampir setiap hari.

Pemilihan lokasi di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong memberi banyak kelebihan kerana di sini terdapat pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Tunjong terletak di pinggir bandar Kota Bharu.

RTC pada dasarnya adalah pusat sehenti bagi aktiviti pertanian yang merupakan projek berimpak besar di Kelantan dengan kos mencecah RM140 juta. Segala aktiviti pertanian tertumpu di sini dengan dibahagikan mengikut blok misalnya untuk jualan florikultur, pokok-pokok herba, sayur-sayuran, buah-buahan dan barang keperluan harian.

Di sekitar RTC ini juga, pasar-pasar niaga tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Terdapat pelbagai gerai di sini dari makanan hinggalah jualan perabot secara terus dari kilang. Di samping itu, ada juga kemudahan lain seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Agrobank, Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Kegiatan ekonomi berlaku begitu rancak di sekitar RTC ini. Untuk rekod, RTC telah melahirkan 617 usahawan di Kelantan dengan nilai jualan dijangka mencecah RM240 juta tahun ini. Sudah tentu dengan tempoh lapan hari penganjuran MSAM 2014 ini, ibarat lubuk rezeki kepada peniaga-peniaga ini. Bahkan, ada kalangan mereka mampu memperoleh RM1,200 sehari hanya dengan menjual air minuman.

Tidak kurang juga, MSAM 2014 menjadi tumpuan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar universiti untuk mencari duit poket. Sebaik-baiknya mereka menggunakan peluang ini bukan sahaja untuk menambah pendapatan dan mengisi masa lapang semata-mata sebaliknya meninjau prospek yang ada dalam bidang urus niaga dan pelaburan saham.

Bagi PNB sendiri, firma ini dari semasa ke semasa melatih pengurus-pengurus dana yang berkaliber supaya bijak membuat percaturan dalam pelaburan saham yang diceburi. Ijazah bukan satu kemestian, tetapi mempunyai pensijilan profesional, adalah satu bonus!

Hakikatnya banyak pintu rezeki terbuka sepanjang minggu ini daripada tukang sapu dan pengutip sampah hinggalah bisnes perhotelan di Kota Bharu yang tidak menang tangan melayan tetamu-tetamu luar yang datang ke sini. Tidak lupa juga khidmat setia pasukan Rela dan polis bantuan yang sentiasa berkawal sepanjang masa demi keselamatan pengunjung dan petugas-petugas MSAM 2014.

Berdasarkan prestasi MSAM 2014, Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini merancang untuk menggerakkan program pelancaran Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) setelah mendapati sambutan yang diterima kurang menggalakkan.

Walaupun sejujurnya, ASB2 merupakan dana amanah di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang paling mendapat sambutan berdasarkan prestasi bulan pertama berbanding dana-dana lain yang ditawarkan, namun ia masih belum mampu memuaskan hati firma pelaburan ini.

Antara faktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelabur ASB tidak boleh mendaftar dalam ASB2 dan juga stigma masyarakat yang masih memandang sinis terhadap status pelaburan ASB.

Untuk itu, banyak usaha perlu dilakukan PNB untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan melabur sekalipun ia telah dipertanggungjawabkan 36 tahun lalu sejak penubuhannya.

Selain itu, PNB juga harus mencari kaedah terbaik bagi menggalakkan pelabur-pelaburnya membuat perwarisan harta pusaka berkaitan unit amanah saham.

Sehingga 24 April tahun ini, hanya 3,957 sahaja mendaftar dengan Hibah Amanah (untuk pelabur beragama Islam) dengan jumlah pelaburan bernilai 1.44 bilion unit manakala Pengisytiharan Amanah (untuk pelabur bukan beragama Islam) pula sebanyak 2,067 dengan jumlah pelaburan 562 juta unit.

Dibandingkan dengan pemegang unit amanahnya yang mencecah 11.85 juta, sudah tentu jumlah tersebut amat sedikit, tidak pun mencapai 0.1 peratus.

Dalam masa sama, banyak yang perlu diteroka, dididik dan dipupuk terutama apabila generasi Y kini menjadi fokus utama kerajaan. Selain mereka perlu ditanam dengan nilai-nilai murni, kerajaan juga perlu melakukan sesuatu supaya mereka menjadi generasi yang bijak membuat pelaburan dan mengumpul harta pada usia yang muda.

MSAM boleh menjadi satu daripada platformnya tetapi perlu diteliti pendekatan yang lebih serasi dan matang dengan cita rasa mereka.

Sepanas bumi Kelantan, begitulah juga MSAM 2014. Kerancakan hujung minggu di Kelantan memberi impak positif kepada penganjuran MSAM kali ke-15 ini. Walaupun ada beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki pada masa hadapan, misalnya mengkaji semula konsep pameran yang lebih mesra pengunjung, namun secara keseluruhannya, pameran pelaburan ini ternyata berjaya mencapai objektifnya.

Apa yang pasti, momen MSAM 2014 meninggalkan kenangan manis buat seorang teman, yang akhirnya bakal bertemu jodoh dengan gadis pujaan hati. Semoga jarak jauh antara Laut China Selatan tidak memisahkan kasih sayang kalian! Dan atas kasih sayang juga, semoga penganjuran MSAM akan datang, menggamit satu lagi kejayaan membanggakan buat PNB yang kini menggembleng dana berjumlah RM267 bilion.

Lantang menolak Comango

Posted: 27 Apr 2014 11:39 AM PDT

Berikut sambungan wawancara Mingguan Malaysia bersama Ahli Jawatankuasa MuslimUPRo, NASHARUDIN MAT ISA, berhubung cabaran menghadapi tuntutan-tuntutan luar tabii hak asasi manusia (HAM) dan iltizam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) untuk memperbetulkan tanggapan serong yang diketengahkan oleh Comango dan pada masa sama memperjuangkan isu-isu Islam.

Boleh ustaz huraikan kekeliruan masyarakat mengenai hak asasi manusia antara Islam dan bukan Islam?

NASHARUDIN: Satu perkara yang perlu dijelaskan di sini, kita bukan menentang perjuangan HAM sebab banyak di antara tuntutan yang selari dengan Islam, cuma yang kita tentang apabila tuntutan HAM itu bercanggah dengan Islam, bercanggah dengan Perlembagaan, sebab itu daripada laporan yang dikemukakan oleh Comango ke PBB yang kami tentang adalah enam topik yang utama.

Secara umumnya hak asasi itu bagus, selaras dengan Islam contohnya hak untuk menyatakan pandangan yang dijamin oleh Islam. Memperjuangkan hak wanita dibenarkan Islam, begitu juga hak kanak-kanak. Tetapi apabila ada suara yang meminta hak supaya lelaki boleh kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan, ini bercanggah dengan Islam.

Apabila ada suara yang meminta supaya Mahkamah Syariah dihapuskan dan apabila mereka mula meminta hak Mahkamah Syariah dihapuskan, kita tidak perlu tunggu lama. Selepas itu nanti mereka akan menuntut supaya hak yang berkaitan dengan pengurusan Islam, pentadbiran negara Islam juga dihapuskan. Mereka akan masuk lagi dalam satu peringkat menghapuskan hak peruntukan perundangan terhadap kuasa raja-raja Melayu.

Kita akan melalui proses UPR setiap empat tahun sekali, sudah tentu mereka akan sampai ke sana. Akhirnya mungkin mereka akan minta supaya negara Malaysia bebas daripada agama.

Mereka bukan memperjuangkan hak kebebasan beragama tetapi sebenarnya perjuangan mereka untuk membebaskan diri daripada agama. Kita tidak akan beri ruang untuk ini berlaku. Cuma yang perlu adalah kekuatan daripada orang Islam itu sendiri.

Alhamdulillah isu Comango telah menggabungkan banyak NGO Islam. Baru-baru ini ada Seminar berkaitan perpaduan ummah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya turut membentangkan kertas kerja. Seperkara yang saya bangkitkan, umat Islam di Malaysia tidak perlu menunggu bila sudah berlaku sesuatu baru hendak bertindak. Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah, jangan tunggu jadi padang jarak padang tekukur baru bertindak.

Perpaduan ummah perlu menjadi agenda berterusan orang Islam. Jangan tunggu isu. Apabila berlaku kes Lina Joy, kes Natrah, baru berarak, berlaku Comango baru berarak dan bersatu. Kalau tunggu isu berlaku ia hanya bersifat ad-hoc dan umat Islam boleh saja lumpuh dan hilang kekuatan.

Saya ingin menyeru supaya kita jadikan ini agenda berterusan yang melewati batasan politik dan apa saja. Ini tugas dan tanggungjawab kita bersama.

Kebelakangan ini pihak Barat berterusan menyerang Malaysia dalam pelbagai isu termasuk sosial, ekonomi dan gaya hidup? Apakah agenda yang cuba dimainkan?

Agenda liberalisme Barat telah menjadi agenda yang cukup menjadi semacam kanser di negara Islam, mereka masuk dengan pelbagai cara. Kalau di Indonesia pada tahun 2006 bila diisytiharkan Deklarasi atau Prinsip-prinsip Jogja, tamparan cukup hebat kepada negara Islam. Kenapa mereka pilih Jogja untuk mengadakan prinsip prinsip yang mengiktiraf hak LGBTdan sebagainya?

Mereka ingin memperlihatkan kepada dunia, tengok sebuah negara Islam yang besar pun kami berjaya buat satu deklarasi yang mengiktiraf hak LGBT. Mereka cuba masuk ke Malaysia dengan fahaman liberal, dengan fahaman plural, masuk melalui konsert yang merosak akhlak, budaya yang jauh daripada setempat yang sudah pasti jauh daripada agama Mereka cuba masuk. Tapi yang penting bagi saya adalah resistance atau penolakan daripada orang Islam harus kuat dan lantang.

Malangnya dia tidak akan kuat dan lantang kalau hanya cebisan yang lakukan. Ia perlu jadi usaha yang bersifat kolektif baru ada kekuatan dan baru ada kelantangan. Cukup setakat ini kita berurusan dengan fahaman remeh. Kita ada isu yang besar sekarang, isu ancaman agama, isu ancaman terhadap al-Quran, syariah, sunah Rasul. Ini adalah tugas dan tanggungjawab kita.

Mereka masuk dengan cara yang berstruktur. Pesanan yang yang selalu kita dengar "benda yang benar kalau kita tidak urus dengan baik akan diatasi oleh benda yang salah dan apabila yang salah ditadbir dengan baik akan menjadi benar."

Kita berjuang di atas benda yang benar untuk memperjuangkan agama kita tapi kita tak urus dengan baik, kita akan diatasi dengan kebatilan. Comango ni batil tapi berstruktur. Gerakan liberalisme batil tapi berstruktur. Gerakan pluralisme batil tapi berstruktur. Bila mereka berstruktur kita lawan mereka tanpa struktur, ini satu benda yang parah. Kita kena berstruktur.

Adakah Comango terdapat di negara Islam lain atau hanya di Malaysia?

Proses UPR adalah baru, dan mula diperkenalkan oleh Kofi Annan. Kali pertama Malaysia melalui proses UPR adalah pada 2009. Proses UPR ini ada tiga komponen utama yang akan mengangkat isu HAM. Pertama, laporan daripada hak kerajaan, kedua, laporan daripada badan rasmi berkaitan dengan HAM dalam negara tersebut. Di Malaysia adalah Suhakam dan ketiga laporan daripada NGO-NGO.

Kita lihat gabungan NGO ini ada di setiap negara cuma dalam konteks Malaysia mereka menggelar diri mereka Comango. Kita memberi tumpuan kepada negara kita dan tidak campur tangan negara lain.

Saya melihat dalam konteks Comango, mereka ini lantang kerana mereka sudah agak lama beroperasi dan mereka mempunyai sokongan dan dokongan yang kuat daripada NGO-NGO antarabangsa malah mendapat sumbangan dana dari luar. Kita ada bukti. Rangkaian networking yang mereka ada di Geneva, Eropah atau di mana saja mereka gunakan semaksimum yang mungkin.

Ini jelas terbukti pada 20 Mac baru-baru ini sebelum pihak kerajaan membentangkan laporan, ada beberapa NGO dari luar telah berucap contohnya British Human Associates, Amnesty International, NGO dari Kanada yang apabila kami perhatikan ucapan mereka tidak lain hanya sekadar membaca teks skrip yang disediakan oleh Comango.

Persepsi yang cukup negatif diberikan tentang Malaysia oleh NGO-NGO antarabangsa tetapi menggunakan skrip Comango. Itu berlaku pada 20 Mac. Pada 21 Mac sehari selepas pihak kerajaan Malaysia membentangkan pembentangan kita, pihak Comango telah mengadakan satu acara sampingan di Geneva, antara wakil yang berucap Seksualiti Merdeka, Women Aid Organisation dan sebagainya. Sekali lagi mereka memberikan gambaran yang cukup negatif tentang keadaan HAM di Malaysia sampai mengungkap kalimah contohnya NGO-NGO di harassed (dera) oleh pihak kerajaan.

Saya sendiri tidak faham apa maksud mereka dengan harassed. Adakah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan 38 NGO yang bergabung dengan Comango tidak berdaftar dengan ROS, dianggap harassed? Bagi saya itu bukan harassment. Ini adalah penegasan terhadap keperluan organisasi di Malaysia menghormati undang undang. Kalau anda tidak menghormati undang-undang, tidak mendaftarkan diri dengan badan yang mendaftarkan pertubuhan ini lalu diumumkan kamu sebagai pertubuhan yang tidak sah, ini tidak boleh dianggap sebagai harassment.

Namun kebanyakan mereka ini mempunyai kefahaman yang jelas tentang undang-undang?

Tidak bolehlah melanggar undang-undang. Bagaimana pula mengiktiraf aktiviti dan penglibatan kamu dan kemudiannya hendak dibawa pula nama-nama organisasi ini ke peringkat luar sedangkan mereka bukan pertubuhan yang sah dari segi undang-undang. Bagi saya itu bukan harassment, itu pelanggaran undang-undang.

Salah seorang pemimpin Comango membuat kenyataan bahawa tidak ada dalam laporan mereka yang hendak menggugat Islam atau mempromosikan seks bebas atau sebagainya. Saya boleh tunjukkan dokumen mereka, dokumen yang menunjukkan bahawa jelas termaktub dalam laporan yang mereka hantar kepada pihak HAM di Geneva desakan contohnya untuk menghapuskan Mahkamah Syariah, desakan untuk dipinda Kanun Keseksaan Seksyen 77 B, akta itu jelas memperuntukkan undang-undang bahawa hubungan jenis sesama jenis atau perkahwinan sesama jenis (gay dan lesbian) adalah satu kesalahan.

Mereka minta kita pinda Perlembagaan, itu jelas termaktub dalam laporan. Mereka ingat kita tak tahu, tidak membaca. Mereka ingat orang Malaysia bodoh. Kemudian mereka kata tiada laporan itu. Di sana mereka membohong, di sini mereka membohong. Ini adalah satu pembohongan profesional yang cukup dahsyat yang dilakukan oleh Comango. Perkara inilah yang perlu kita dedahkan kepada masyarakat sebab itu MuslimUPRo dan insya-Allah selepas ini Centhra akan mengambil inisiatif untuk turun ke seberapa banyak medan yang boleh.

Saya sendiri mempunyai beberapa siri jemputan contohnya ke Port Dickson dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan, antara program yang dianjurkan oleh badan NGO di sana. Kemudian kita ada beberapa siri jemputan di beberapa buah universiti yang kita akan berikan penerangan.

Bagaimana pula mengenai penglibatan Suhakam dan Majlis Peguam?

Kalau kita lihat dalam senarai Comango, organisasi besar yang mendukungnya adalah Majlis Peguam. Mereka ini dengan jelas menggunakan kepakaran dalam undang-undang memberikan promosi atau gambaran yang salah terhadap isu sebenar yang berlaku di Malaysia.

Kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan negara lain sebab sebagai sebuah negara yang berdaulat sudah tentu kita ada peraturan sendiri. Mereka juga sering memperjuangkan Perlembagaan, kedaulatan undang-undang tetapi tidakkah perkara ini juga dalam Perlembagaan, dalam rangka kita untuk mendaulatkan undang-undang negara kita memperuntukkan dengan jelas bahawa Islam sebagai agama Persekutuan.

Apabila kita sebut Islam sebagai agama Persekutuan sudah tentulah kita akan tertakluk kepada peraturan Islam dan hukum-hakam Islam. Walaupun pada masa sama kita menyedari bahawa hal-hal yang berkaitan dengan pelaksanaan Islam itu masih belum sampai ke tahap maksimum tetapi ruangnya sentiasa ada untuk kita baiki.

Jadi apabila dalam Perlembagaan diperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan, undang-undang, peraturan dan sebagainya hendak atau tidak, tidak boleh melewati kedudukan Islam. Jadi kita hairan macam mana pula Majlis Peguam boleh menyokong contohnya, seruan kepada hak kebebasan LGBT? Seperti mana yang terkandung dalam laporan Comango. Ini persoalannya.

Sebab itu kita mencadangkan supaya pihak kerajaan dalam berurusan dengan peguam tertentu yang jelas mempromosikan perjuangan LGBT dan perkara luar tabii ini, sudah sampai masanya untuk dinilai semula kemudahan yang diterima mereka daripada syarikat milik kerajaan (GLC) dan pihak kerajaan.

Kita tidak mahu kerajaan terpalit dengan usaha untuk mempromosikan perkara yang bagi kita boleh mengundang bala Allah. Kalau ada peguam yang mempromosikan LGBT dan GLC terus mengiktiraf mereka sebagai panel guaman mereka, bagi saya ini subahat dengan perkara mungkar, perkara yang dilarang Allah yang boleh menjadi sebab bala Allah kepada kita.

Berikut sambungan wawancara Mingguan Malaysia bersama Ahli Jawatankuasa MuslimUPRo, NASHARUDIN MAT ISA, berhubung cabaran menghadapi tuntutan-tuntutan luar tabii hak asasi manusia (HAM) dan iltizam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) untuk memperbetulkan tanggapan serong yang diketengahkan oleh Comango dan pada masa sama memperjuangkan isu-isu Islam.

Ini adalah satu pembohongan profesional yang cukup dahsyat yang dilakukan oleh Comango. Perkara inilah yang perlu kita dedahkan kepada masyarakat sebab itu MuslimUPRo dan insya-Allah selepas ini Centhra akan mengambil inisiatif untuk turun ke seberapa banyak medan yang boleh

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


One Direction terima kawalan ketat

Posted: 27 Apr 2014 11:38 AM PDT

LOS ANGELES 27 April - Kumpulan pop sensasi, One Direction akan menerima kawalan keselamatan ketat selama 24 jam melibatkan pasukan keselamatan yang lebih besar daripada Presiden Barack Obama, sepanjang konsert jelajah dunia mereka Where We Are di negara-negara Amerika Selatan.

Jelajah tersebut yang bermula minggu ini menjadikan Colombia sebagai destinasi pertamanya, dengan Liam Payne menyifatkan persembahan mereka di ibu negara Bogota sebagai `pengalaman paling bermakna'.

Malangnya, anggota kumpulan tersebut tidak dapat berjumpa dengan lebih 38,000 peminat mereka di Bogota, atas faktor keselamatan kerana bandar raya itu merupakan kawasan panas bagi kejadian penculikan.

Laman web Daily Mirror melaporkan, mereka turut diiringi konvoi kenderaan keselamatan untuk ke Stadium El Campin, dengan lebih 200 pengawal berkawal di dalam stadium.

Selain itu, kesemua anggota One Direction turut diberikan latihan situasi penculikan' bagi memberi persediaan awal jika berlaku kejadian yang tidak diingini.

Menurut sumber, pasukan keselamatan yang terlibat dalam jelajah itu nanti merupakan kumpulan yang pakar dalam bidang ketenteraan, dengan beberapa orang anggotanya merupakan bekas anggota tentera.

Selepas Colombia, One Direction akan mengadakan jelajah di Peru, Chile, Argentina, Brazil dan Uruguay.

Aktor James Franco disaman

Posted: 27 Apr 2014 11:38 AM PDT

LOS AGELES 27 April - Aktor James Franco, baru-baru ini disaman kerana didakwa melanggar hak cipta membabitkan sebuah filem biografi oleh penulis terkenal di Amerika Syarikat (AS), Charles Bukowski.

Portal berita The Wrap melaporkan, saman itu difailkan di sebuah mahkamah Persekutuan di California pada Khamis lalu oleh seorang penulis Cyril Humphris yang mendakwa sebagai pemegang hak eksklusif bagi penerbitan filem yang diadaptasi daripada novel semi autobiografi Bukowski pada 1982 bertajuk Ham on Rye.

Bukowski berkata, dia dan Franco telah menanda tangani perjanjian pada 2009 untuk memberikan Franco hak tertentu bagi membangunkan sebuah filem berdasarkan novel berkenaan.

Saman yang difailkan itu, bagaimanapun mendakwa perjanjian tersebut tamat pada 2010.

Portal berita metro.co.uk pula melaporkan, Humphris mendakwa Franco bertindak meneruskan pembikinan filem tersebut, walaupun perjanjian yang dimeterai itu telahpun tamat tempoh.

Menurut saman itu, filem tersebut menggabungkan keseluruhan babak daripada novel berkenaan termasuk kebanyakan dialog dalam filem itu diambil daripada novel Ham on Rye.

Saman itu menjelaskan, selepas mendengar tentang projek yang Franco sedang lakukan, Humphris cuba menghubungi aktor kacak tersebut yang didakwa sedang melakukan sebuah projek berdasarkan biografi Bukowski bersama beberapa rakan yang dikenali Humphris.

Apabila Humphris cuba mendapatkan maklumat tentang filem tersebut, Franco berdiam diri dan menafikan pembikinan filem berkenaan adalah berdasarkan novel Ham on Rye.

Filem berkenaan dijangka ditayangkan pada tahun ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


20,000 meriahkan Fiesta Riuh Sakan Malaysia dan Kosmo!

Posted: 26 Apr 2014 12:02 PM PDT

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak menyertai pertandingan acara mewarna yang berlangsung meriah dalam Pesta Riuh Sakan Utusan Malaysia dan Kosmo! di Putrajaya, semalam. - MINGGUAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

PUTRAJAYA 26 April - Seramai 20,000 pengunjung dijangka memeriahkan penganjuran Fiesta Riuh Sakan Utusan Malaysia dan Kosmo! yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam di Monumen Alaf Baru, Presint 2 di sini.

Pengurus Kanan Pengedaran Utusan Melayu (M) Bhd., Rosman Zulkifli berkata, sasaran tersebut dibuat berdasarkan kehadiran pengunjung yang begitu menggalakkan setelah dua hari fiesta berlangsung.

Beliau berkata, program-program anjuran Kumpulan Utusan mendapat sambutan yang amat baik terutama pertandingan karaoke, Rentap Extreme Explorace 100 Plus, ceramah rileks santai dan mewarna bagi kanak-kanak.

"Penganjuran Fiesta Riuh Sakan Utusan Malaysia dan Kosmo! di Putrajaya merupakan edisi ketiga, kejayaan penganjuran kali ini akan menjadi momentum kepada penganjuran edisi keempat di Pantai Timur," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di tapak fiesta, di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, fiesta kali ini turut melibatkan artis dan selebriti dalam sesi bersama peminat yang memberi peluang kepada pengunjung bergambar dan mendapatkan autograf artis diminati.

Beliau berkata, antara rakan strategik yang turut memeriahkan fiesta kali ini ialah 100 Plus, Nescafe, Adabi, Prosboc, A Famosa dan Lipton.

Sementara itu, menurut Rosman, sebanyak 100 peserta menyertai pertandingan Rentap Extreme Explorace 100 Plus anjuran Kumpulan Utusan sempena fiesta itu.

"Pertandingan ini berkonsepkan permainan iaitu para peserta akan menempuh pelbagai halangan, selain mereka diuji dari segi mental dan fizikal bagi menyelesaikan sesuatu masalah," katanya.

Juara bagi pertandingan berkenaan dimenangi kumpulan Budjet Good Good, sekali gus berjaya membawa pulang hadiah RM1,000 berserta medal tajaan 100 Plus, hamper dan barangan eksklusif Kumpulan Utusan.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Geng Kaki Lari dan membawa pulang RM600, hamper serta hadiah iringan lain manakala, tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh kumpulan Bisa Habis serta Nuklear Girl, masing-masing membawa pulang RM400 dan RM200.

Mini studio jadi tumpuan ramai

Posted: 26 Apr 2014 12:02 PM PDT

PUTRAJAYA 26 April - Gerai Klik! Klik Pose Mini Studio yang memberi peluang orang ramai bergambar untuk muka hadapan produk terbitan Kumpulan Utusan menjadi tumpuan pengunjung di Fiesta Riuh Sakan! anjuran Utusan Malaysia, Kosmo! di sini.

Gerai tersebut yang terletak berhampiran pentas utama Fiesta Riuh Sakan di Monumen Alaf Baru, Presint 2 di sini menawarkan pakej bergambar secara solo atau berkeluarga kepada pelanggan berminat.

Menurut jurucakap Unit Pengurusan Jenama, Utusan Melayu (M) Bhd., Masyanti Abdul Rahim, sejak dibuka pagi, hampir 50 orang telah mengunjungi gerai tersebut.

Lebih menarik, katanya, orang ramai dapat merasai pengalaman artis dan model bergaya ketika gambar mereka diambil untuk menghiasi majalah terbitan Kumpulan Utusan.

"Di mini studio ini, kami membawa khas jurugambar profesional dari Utusan Malaysia untuk pelanggan merasai pengalaman sebenar sebagai model.

"Caj yang dikenakan ialah RM15 sekeping dan tambahan RM2 sekiranya pelanggan mahu memasukkan data," katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Jenice dakwa Way Keng gagal selesai masalah setempat

Posted: 26 Apr 2014 12:02 PM PDT

KUALA LUMPUR 26 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Tiew Way Keng dibidas kerana didakwa gagal menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi orang ramai di kawasan berkenaan selepas hampir setahun beliau diberi kepercayaan sebagai wakil rakyat.

Bekas ADUN Teratai, Jenice Lee Ying Ha berkata, isu-isu yang perlu ditangani segera oleh Way Keng adalah masalah sampah tidak dikutip mengikut jadual, kesesakan lalu lintas dan bantahan penduduk terhadap projek pembinaan kondominium baharu di Pandan Perdana.

Menurut beliau, Way Keng tidak boleh membiarkan semua isu itu berpanjangan dan mesti dipanjangkan kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor serta pihak berkuasa tempatan untuk tindakan selanjutnya.

"Malangnya, dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini, Way Keng tidak membangkitkan tentang masalah-masalah yang telah menimbulkan keresahan masyarakat setempat di DUN Teratai.

"Seolah-olah beliau tidak tahu apa isu hangat yang sedang diperkatakan oleh orang ramai di DUN Teratai sekarang," katanya dalam sidang akhbar di Taman Muda, Ampang di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


JAIJ tawar dalami ilmu taranum di Selangor

Posted: 26 Apr 2014 12:02 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Abd. Mutalip Abd. Rahim (kanan) menyampaikan cenderamata penceramah kepada Datuk Ahmad Faizul Al- Hafiz (tengah) sambil diperhatikan oleh Syed Ahmad Syed Abdullah Al-Aidrus pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Qurra Negeri Johor dan Kursus Peningkatan Taranum Tilawah Al-Quran di Johor Bahru, semalam. - Mingguan/Bazlan Ibrahim

JOHOR BAHRU 26 April - Jabatan Agama Johor (JAIJ) memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi membolehkan qari dan qariah di negeri ini mendalami ilmu taranum al-Quran bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, qari dan qariah yang berminat akan mempelajari ilmu taranum di peringkat sijil itu di Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Selangor.

"Inisiatif ini diambil bagi membolehkan qari dan qariah dari negeri ini mendalami serta meningkatkan ilmu taranum al-Quran mereka daripada tenaga pengajar berpengalaman.

"Justeru, adalah diharap agar qari dan qariah dapat merebut peluang yang disediakan ini agar mereka dapat pergi lebih jauh termasuklah mewakili negara pada pertandingan tilawah al-Quran," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Qurra' negeri Johor dan Kursus Peningkatan Taranum Tilawah Al-Quran di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Qurra negeri, Syed Ahmad Syed Abdullah Al-Aidrus.

Dalam pada itu, Abd. Mutalip berkata, lepasan sekolah menengah yang pernah menyertai pertandingan tilawah al-Quran digesa agar tidak mensia-siakan bakat mereka meskipun telah menyambung pengajian dan bekerja.

"Kita mahu mereka ini terus mendalami ilmu taranum al-Quran selepas tamat persekolahan kerana adalah satu kerugian jika bakat yang ada itu dibiarkan begitu sahaja.

"Selain itu, ibu bapa juga boleh memainkan peranan masing-masing dengan menerapkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi," katanya.

Pemuda UMNO Tebrau tubuh SRCC

Posted: 26 Apr 2014 12:02 PM PDT

Iruan Zulkifli (dua dari kiri) melancarkan penubuhan SRCC Parlimen Tebrau di Kompleks Rohaizat Corporation, Taman Daya, Johor Bahru, semalam. Turut kelihatan Syahrin Md. Jamaludin (kiri).- Mingguan/NURUL HUDA HASSAN

JOHOR BAHRU 26 April - Dalam usaha menyemarakkan aktiviti sukan tempatan tanpa mengira fahaman politik Pemuda UMNO Bahagian Tebrau menubuhkan Kelab Sukan dan Rekreasi (SRCC) di sini hari ini.

Majlis pelancarannya disempurnakan Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan, Iruan Zulkifli di Kompleks Rohaizat Corporation di Taman Daya di sini, sekali gus menyasarkan penyertaan 2,000 ahli dalam tempoh tiga tahun.

Bersempena pelancaran kelab berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Syahrin Md. Jamaludin, satu pertandingan futsal disertai 30 pasukan masing-masing 23 lelaki dan tujuh wanita turut diadakan.

Setiausaha SRCC, Mohd. Rizal Rahmat berkata, usaha penubuhan kelab itu bertujuan untuk menggiatkan lagi pelbagai aktiviti riadah dan kesukanan dalam kalangan penduduk dan belia di kawasan berkenaan.

"Penubuhan kelab ini merupakan antara cara kita untuk mendekatkan diri dengan golongan muda tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik bagi bersama-sama bergiat aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.

"Pada masa sama, kita juga boleh mengetengahkan bakat baharu yang mempunyai potensi untuk berkembang di peringkat lebih tinggi," katanya ketika ditemui di Kompleks Rohaizat Corporation di sini hari ini.

Beliau berkata, penganjuran pertandingan futsal itu merupakan aktiviti pertama dijalankan kelab tersebut dan lebih banyak program sedang dirancang dalam masa terdekat ini iaitu Fun Ride Bicycle.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kasut but simbol kebebasan

Posted: 27 Apr 2014 07:55 AM PDT

Yellow Boot diberi sentuhan baharu.

BAGI penggemar aktiviti lasak, but merupakan pilihan kerana kasut jenis itu khususnya yang diperbuat daripada kulit, tidak mudah rosak, kukuh dan dapat memberikan cengkaman maksimum.

Selepas beberapa dekad, kasut but telah mengalami inovasi. Kini, but diaplikasi sebagai sebahagian daripada gaya dan fesyen.

Di Jepun, contohnya, selain sebagai satu bentuk perlindungan daripada cuaca sejuk, but juga dijadikan sebagai satu gaya fesyen. Pada awal musim luruh, kaum wanita Jepun akan mengenakan but bertumit tinggi pada potongan paras lutut ke atas dan dipadankan dengan skirt pendek.

Tahukah anda kasut but keluaran Timberland yang kini berusia 41 tahun, merupakan kasut kulit kalis air yang pertama? Rekaan ini menjadi ikon Timberland yang dikenali sebagai Yellow Boot dan masih mengekalkan identiti klasik sejak dulu lagi. Diperbuat daripada kulit, berwarna kuning dengan tapak getah yang tebal. Kasut but ini semakin mendapat sambutan di Hong Kong pada 1985 ketika gaya hidup hip hop urban di sana sedang popular. Kemudian, kasut ini menjadi kegilaan fesyen di Jepun. Bagi golongan muda, kasut but menjadi simbol berdikari dan kebebasan. Selari dengan peredaran fesyen semasa, Timberland turut menghasilkan kasut but untuk lelaki dan wanita dengan rekaan yang lebih bergaya.

Selain kasut but, Timberland turut memperkenalkan beberapa rekaannya termasuk jaket, baju T dan seluar pada majlis khas peragaan fesyen sempena ulang tahun Yellow Boot baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Muhyiddin luang masa melawat Nik Abd Aziz

Posted: 27 Apr 2014 03:18 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ. ABD. MUTALIB

KOTA BHARU 27 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Ketibaan Muhyiddin pada pukul 4.45 petang di kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu turut diiringi Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa. - UTUSAN ONLINE

Jadikan masa depan lebih aman - Obama

Posted: 27 Apr 2014 03:17 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mahu generasi muda yang bakal bergelar pemimpin masa depan menjanjikan dunia yang lebih aman selain menerapkan nilai-nilai kebersamaan.

Ingatan dan harapan beliau itu disuarakan ketika menyampaikan ucaptama dan dialog sempena perjumpaan lebih 400 orang peserta Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Universiti Malaya (UM) di sini petang ini.

Malah menurut beliau, golongan muda perlu menjadi sebahagian daripada ejen perubahan dan ejen penyelesaian masalah, bukannya terlibat dalam sesuatu permasalahan.

Beliau juga mahu nilai-nilai keadilan, kesaksamaan dan demokrasi diperkukuhkan termasuk memberi peluang yang adil kepada semua pihak, khususnya wanita. - UTUSAN ONLINE

MaGIC beri peluang golongan muda realisasi impian - Najib

Posted: 27 Apr 2014 01:44 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mewujudkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global (MaGIC) bagi membuka peluang kepada golongan muda untuk merealisasikan impian mereka.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mempunyai tanggungjawab membantu golongan muda mencapai matlamat tersebut.

"Jika kita ingin mengubah dunia, kita perlu memulakannya dengan golongan muda.

"Golongan muda mempunyai tenaga, semangat dan kreativiti namun mereka memerlukan ekosistem yang membolehkan mereka menjadikan impian sebagai realiti," katanya ketika berucap merasmikan majlis pelancaran MaGIC di Cyberjaya dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved