Selasa, 9 Ogos 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Waspada kejutan China

Posted:

Waspada kejutan China

Waspada kejutan China

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Koo Kien Keat (kanan) dan Tan Boon Heong akan memulakan kempen menentang gandingan China, Liu Xiaolong-Qiu Zihan yang dianggap pasangan paling lemah di kalangan empat beregu China pada Kejohanan Dunia di London, hari ini.


KUALA LUMPUR - Walaupun Liu Xiaolong-Qiu Zihan merupakan pasangan paling lemah di kalangan empat beregu China yang bertanding pada Kejohanan Dunia di London, namun mereka tidak sesekali dianggap lawan mudah oleh beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang akan memulakan kempen dengan berdepan pasangan itu, hari ini.

Kien Keat-Boon Heong turun sebagai pilihan keempat, malah memegang rekod pertemuan 3-0 ke atas Xiaolong-Zihan tetapi pengalaman pahit diaibkan pasangan kerdil dari China, Hong Wei-Shen Ye pada pusingan pembukaan Terbuka Malaysia, Januari lalu memberi pengajaran hebat kepada mereka.

Justeru, pertemuan ke atas mana-mana pasangan dari China akan diambil sebagai ancaman serius, biarpun di atas kertas naib juara dunia itu sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk melepasi halangan awal di Arena Wembley.

"Kami mungkin mempunyai rekod baik ke atas Xiaolong dan Zihan apabila menang semua tiga pertemuan sebelum ini, tetapi kami juga mempunyai sejarah hitam berdepan pasangan dari China, terutama jika pasangan itu tidak diberi perhatian.

"Saya masih ingat kesilapan besar kami kerana memandang rendah pasangan negara itu (Hong Wei-Shen Ye) pada Terbuka Malaysia, Januari lalu, akibatnya kami kalah di depan penonton sendiri dalam perlawanan yang kami sepatutnya boleh menang.

"Sejak daripada itu, saya dan Boon Heong tekad untuk sentiasa melayani mana-mana pasangan China sebagai ancaman serius, walaupun mereka hanyalah pasangan paling lemah, tidak memiliki ranking yang bagus atau pasangan bidan terjun,'' kata Kien Keat.

Pertemuan terakhir Kien Keat-Boon Heong dan Xiaolong-Zihan adalah pada pusingan kedua Terbuka Jerman, Mac lalu yang mana mereka menang 21-17, 21-13, manakala dua lagi pertemuan berlangsung pada 2009 iaitu di Terbuka China dan Terbuka Macau.

Sekiranya melepasi pusingan kedua hari ini, pasangan negara itu, yang menerima bye di pusingan pertama, akan berdepan pemenang di antara pilihan ke-13, Ingo Kindervater-Johannes Schoettler dari Jerman atau pasangan Taiwan, Chen Hung Ling-Lin Yu Lang.

Mengulas keadaan mereka menjelang perlawanan pembukaan hari ini, Kien Keat menjelaskan, moral serta semangatnya bersama Boon Heong berada di tahap yang amat tinggi selepas menjalani latihan lapan hari di Universiti Bath yang dianggap cukup positif dan banyak membantu persiapannya.

Kien Keat, 25, yang bebas daripada kecederaan juga tidak berganjak dengan sasaran untuk melayakkan diri sekurang-kurangnya ke perlawanan akhir atau mengatasi pencapaian tahun lalu, di mana mereka mara ke final tetapi kalah kepada pasangan utama China, Fu Haifeng-Cai Yun.

"Saya sudah pernah menjadi naib juara, jadi adalah realistik kalau saya memasang sasaran untuk mencatat keputusan yang lebih daripada itu, iaitu muncul juara. Laluan tidak mudah dari awal hingga akhir, tetapi yang paling penting kami memberikan persembahan 100 peratus,'' kata Kien Keat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Choong Hann masih berbisa, Zakry-Thien How 'gulung tikar'

Posted:

Choong Hann masih berbisa, Zakry-Thien How 'gulung tikar'

Choong Hann masih berbisa, Zakry-Thien How 'gulung tikar'

KUALA LUMPUR - Pemain veteran, Wong Choong Hann bermula dengan meyakinkan apabila hanya memerlukan 18 minit untuk melepasi halangan pertamanya pada Kejohanan Dunia semalam, namun beregu negara, Mohd. Zakry Latif-Hoon Thien How gagal meneruskan kecemerlangan apabila terkandas pada pusingan kedua di tangan pasangan Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu.

Ketika semua tumpuan perseorangan Malaysia di Arena Wembley, terarah sepenuhnya kepada jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, Choong Hann yang langsung tidak diberi perhatian memulakan kempen dengan meyakinkan apabila membenam pemain Taiwan, Hsieh Yu Hsing 21-7, 21-9.

Pemain bebas berusia 34 tahun itu membuktikan dia masih berbisa dan bersemangat untuk menyamai pencapaian muncul naib juara dunia 2003, namun sejauh mana langkahnya akan pergi turut bergantung kepada perlawanan pusingan kedua berdepan jaguh Thailand, Boonsak Ponsana hari ini.

Bagaimanapun harapan peminat badminton negara untuk melihat kejutan kedua dihasilkan Zakry-Thien How di London tidak kesampaian apabila pasangan No. 4 Malaysia itu tunduk 24-26, 19-21 di tangan pilihan ke-10, Chieh Min-Sheng Mu.

Selepas mengejutkan juara dunia 2005, Howard Bach-Tony Gunawan pada pusingan pertama kelmarin, Zakry-Thien How diberi harapan tinggi untuk mengalahkan gandingan Taiwan itu, malangnya mereka mensia-siakan kelebihan mendahului dan melepaskan beberapa mata mudah untuk tunduk dalam masa 45 minit.

Di set pertama, pasangan negara itu memegang mata set dengan mendahului 20-18 dan 20-19, namun mereka gagal mematikan permainan dan membenarkan lawan menyamakan kedudukan 20-20 sebelum akhirnya tumpas 24-26.

Di set kedua, Zakry-Thien How sekali lagi berada pada kedudukan baik dengan mendahului 19-17, tetapi membenarkan lawan mengutip empat mata berturut-turut, dua daripadanya hasil kesilapan servis Thien How hingga menyebabkan jurulatih, Rexy Mainaky berang.

Kamera televisyen berulang kali menunjukkan ekspresi wajah Rexy yang tidak gembira apabila melihat servis Thien How sama ada pendek atau sangkut di jaring sebanyak tiga kali, dan kesilapan yang sama turut dilakukan oleh Zakry.

Sementara itu, kebimbangan mengenai tahap kecergasan beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui sedikit reda apabila pasangan utama negara itu melepasi halangan awal dengan menewaskan beregu tuan rumah, Jenny Wallwork-Gabrielle White 21-14, 21-12. Pei Tty-Eei Hui bakal berdepan ujian getir pilihan keempat, Mizuki Fujii-Reika Kakiiwa dari Jepun di pusingan kedua

Dalam perkembangan perseorangan lelaki, Chong Wei tidak akan bertemu pemain Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka seperti diramal, sebaliknya bertemu pemain Finland, Ville Lang yang mengejutkan Donysius 21-17, 21-18. Musuh ketat Chong Wei, Lin Dan pula mudah melepasi halangan awal dengan mengalahkan pemain Lithuania, Kestutis Navickas 21-11, 21-10.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat dikerat-kerat: Polis tidak tolak motif cinta, cemburu

Posted:

Mayat dikerat-kerat: Polis tidak tolak motif cinta, cemburu

Mayat dikerat-kerat: Polis tidak tolak motif cinta, cemburu

SHAH ALAM 9 Ogos - Polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dikerat-kerat di sebuah unit pangsapuri di Ampang minggu lalu, disebabkan cinta dan cemburu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya telah menyoal lebih 100 individu termasuk jiran mangsa dan 40 daripadanya direkod keterangannya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai hubungan antara suspek dan mangsa.

"Perkara itu masih dalam siasatan dan kita tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Tun Hisan berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati, suami mangsa hanya menyedari kehilangan isterinya selepas dia tidak pulang ke rumah pada 29 Julai lalu.

"Pada hari mangsa dipercayai hilang iaitu pada Jumaat, dia dikatakan sedang bercuti dan tidak bekerja," katanya.

Mengenai mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui di tempat yang sama pada hari berkenaan, Tun Hisan berkata, perkara itu masih di dalam siasatan pihak forensik.

"Ada maklumat mengatakan mayat kanak-kanak itu adalah anak mangsa tetapi kita sedang siasat dengan lebih terperinci bagi mengesahkannya," ujarnya.

Pada 3 Ogos lalu, beberapa keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus ditemui dalam beberapa beg plastik di dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.

Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita warga asing berumur 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemain bola cedera main mercun

Posted:

Pemain bola cedera main mercun

Pemain bola cedera main mercun

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


MAILANG Sari menunjukkan tangan kiri Mohd. Nazirul Hasif yang terkena mercun buatan sendiri di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan, semalam. – UTUSAN/Yatimin Abdullah


KOTA BHARU 9 Ogos – Kreativiti seorang pemain bola sepak kebangsaan bawah 12 tahun membuat mercun buatan sendiri menggunakan pemula lampu kalimantan dan mercun bola mengundang padah apabila tiba-tiba ia meletup mengakibatkan mangsa melecur.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, mangsa, Mohd. Nazirul Hasif Mailang yang mewakili negara dalam Piala Asia di Jepun bulan lalu, bernasib baik apabila hanya kuku di jari manis kirinya tercabut manakala tiga lagi kuku jari kirinya hampir tertanggal.

Anak sulung daripada empat beradik itu juga cedera di bahagian pipi, telinga serta mendapat tiga jahitan di lengan tangan kanan.

Ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini hari ini, Mohd. Nazirul Hasif berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang membuat mercun sendiri dengan menggunakan pemula lampu kalimantang dan mercun bola.

"Saya beli mercun bola berharga RM2, kemudian saya ambil pemula lampu dan menebuk bahan itu untuk disumbat dengan belerang dan sumbu mercun bola itu.

"Selepas itu, saya memanaskan dawai dan cucuh ke dalam pemula lampu itu, namun tiba-tiba ia meletup tanpa saya sempat melarikan diri," katanya.

Selain Mohd. Nazirul Hasif, seorang adiknya yang kebetulan berada berhampiran turut cedera ringan terkena serpihan letupan itu.

Mohd. Nazirul Hasif memberitahu, dia belajar membuat mercun daripada rakan-rakannya dan ia bukanlah mercun buatannya yang pertama.

Sementara itu, bapanya, Mailang Sari, 38, berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga sedang berbuka puasa di warung berkenaan.

"Ketika kejadian saya dan isteri, Zuraidah Kamaruddin, 36, bersama empat anak termasuk mangsa sedang berbuka puasa di hadapan warung.

"Mohd. Nazirul Hasif yang selesai dahulu makan dilihat tergesa-gesa masuk ke bahagian dapur warung dan beberapa minit selepas itu kami terdengar bunyi letupan dan dentuman kuat dari dapur menyebabkan kami bergegas masuk," katanya.

Sejurus masuk ke dapur, dia terkejut melihat anaknya itu berdiri dengan pakaian dipenuhi darah serta beberapa peralatan untuk membuat mercun bertaburan.

Mailang berkata, dia membawa Mohd. Nazirul Hasif ke Hospital Tumpat tetapi dirujuk ke HRPZ II kerana kecederaannya agak serius namun dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Kukuhkan perpaduan UMNO

Posted:

Kukuhkan perpaduan UMNO

Kukuhkan perpaduan UMNO

PUTRAJAYA 9 Ogos — Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota UMNO untuk mengukuhkan perpaduan dan penyatuan di peringkat bahagian yang menjadi tonggak kekuatan kepada parti dan untuk berjaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Perdana Menteri berkata, ini kerana sesuatu bahagian merupakan rumah tangga induk dalam pertubuhan dan kekuatan parti bersandarkan kepada kekuatan bahagian.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata ia merupakan antara tiga faktor yang menjadi panduan kepada anggota parti untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya berharap kita semua dapat menjaga "rumah tangga" kita dalam parti terutama sekali di peringkat bahagian. Jika benar-benar padu, seia-sekata, kita akan beri kekuatan yang lebih untuk berjaya dalam pilihan raya akan datang, "Jadi, pupuklah perpaduan ini, jika tidak ada apa-apa yang tidak kena, cuba betulkan. Janganlah kita mewujudkan politik mengikut puak masing-masing di peringkat bahagian. Jika berbuat demikian, pasti mengundang bencana kepada parti," katanya pada majlis berbuka puasa bersama sahabat beliau di Seri Perdana, di sini,

Kira-kira 1,200 tetamu hadir malam ini. Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata, selain itu, salah satu faktor penting sekali ialah mendekatkan diri dengan rakyat, dan UMNO dan Barisan Nasional mesti dilihat dan diterima sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya faktor ketiga, anggota parti perlu mengutamakan kepentingan parti dalam proses pembaharuan dan transformasi politik yang sedang diperjuangkan dan salah satu tonggak kepada transformasi tersebut ialah mengetengahkan calon-calon yang boleh menang.

"Bagaimana nak menentukan siapa calon berkenaan, biarlah pada pucuk pimpinan untuk menentukan siapa yang dianggap calon yang boleh menang," katanya.

Beliau berkata, jika konsep itu diterima, tidak ada kerusi yang akan terkorban semata-mata kerana tidak meletakkan calon yang paling layak.

"Jika dapat terima beberapa panduan ini, saya percaya apa jua yang dilakukan terhadap kita, di peringkat akar umbi, UMNO tetap memainkan peranan utama supaya rakyat akan lebih serasi memilih UMNO sebagai parti yang memerintah negara kita," katanya.

Najib berkata, kebelakangan ini, pembangkang banyak lakonan dan sandiwaranya yang boleh dimaklumkan kepada rakyat yang antara mereka boleh dicalonkan sebagai pelakon terbaik dan wujud ketidakserasian di antara satu sama lain.

"Tidak perlu mengatakan negara berkebajikan kerana kitalah juara selama ini," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Palanivel angkat sumpah jawatan menteri di Istana Negara

Posted:

Palanivel angkat sumpah jawatan menteri di Istana Negara

Palanivel angkat sumpah jawatan menteri di Istana Negara


NAJIB Tun Razak mengucapkan tahniah kepada G. Palanive selepas mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia sebagai menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet.- BERNAMA


KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini.

Hadir pada majlis itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Palanivel, 62, sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ketika rombakan kecil kabinet pada 4 Jun 2010.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Palanivel pernah menjadi Anggota Parlimen Hulu Selangor dari 1990 hingga 2008.

Beliau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum yang diadakan pada Mac 2008 dengan majoriti 198 undi.

Palanivel dilantik sebagai Presiden MIC menggantikan Datuk Seri S Samy Vellu pada 6 Disember 2010.

Pelantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri diumum Najib pada Perhimpunan Agung MIC 30 Julai lepas. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Cukup memukau

Posted:

[unable to retrieve full-text content]JIKA berhasrat mencari atau ingin bertukar kereta, Peugeot, suatu antara nama yang terkenal di dunia, juga menawarkan pelbagai pilihan menarik dan terbaik.

Perodua Viva jadi 'kegilaan' di Sri Lanka

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 19 Jun _ Selepas berjaya menjadikan Myvi, kereta kompak paling popular di Malaysia, Perodua bakal mencipta fenomena yang serupa di Sri Langka tetapi kali ini melibatkan kereta Viva.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


LPK keluar surat sebelum Kabinet

Posted:

LPK keluar surat sebelum Kabinet

LPK keluar surat sebelum Kabinet

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Surat perjanjian jual beli tanah seluas 404.6 hektar di Pulau Indah, Klang antara pemilik tanah Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dengan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) telah ditandatangani dua minggu sebelum surat rasmi Jemaah Menteri berhubung perkara itu dikeluarkan.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Perancangan di Kementerian Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Mohd. Noor, 63, berkata, Jemaah Menteri membuat keputusan berhubung pembelian tanah itu pada 6 November 2002 dan surat rasmi bertarikh 20 November 2002 dikeluarkan selepas 14 hari keputusan mesyuarat itu dikekalkan iaitu pada 2 Oktober 2002 untuk membeli tanah tersebut.

Sungguhpun begitu, menurutnya, bekas Pengurus Besar LPK, O.C. Phang telah menandatangani dokumen jual beli antara LPK dengan KDSB pada tarikh yang sama, 6 November 2002 dan ia sama dengan keputusan yang diberikan oleh Jemaah Menteri sebelum ia dibalas kembali pada keesokan harinya, 7 November tahun yang sama.

Dalam mesyuarat Kabinet pada 6 November 2002, Jemaah Menteri memutuskan pembelian tanah berdasarkan terma dan perjanjian antara LPK dengan KDSB berdasarkan harga RM25 sekaki persegi.

Abdul Rahman yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abd. Majid Tun Hamzah sama ada perjanjian itu dibentangkan dalam mesyuarat untuk mendapatkan kelulusan terlebih dahulu, Abdul Rahman berkata, seingat beliau, ia tidak dilakukan.

Walhal kata saksi pendakwa keempat itu yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion itu sepatutnya mendapat kelulusan ahli Lembaga Pengarah terlebih dahulu.

Sementara itu dalam pemeriksaan balas oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Liong Sik, Abdul Rahman berkata, tertuduh tidak terlibat dalam penyediaan dua dokumen iaitu nota daripada Menteri Pengangkutan berhubung pengambilan balik Tanah Pulau Indah dan nota lengkap beserta lampiran daripada menteri berkenaan.

Katanya, Liong Sik juga tidak meminda ataupun mengambil bahagian untuk menyediakan dua dokumen tersebut.

''Selaku TKSU ketika itu, sekiranya berlaku sebarang kesilapan, saya bertanggungjawab untuk memberitahunya kepada Liong Sik,'' kata Abdul Rahman.

Menurut saksi itu, sehingga bersara beliau tidak pernah menghantar memo ataupun nota kepada Liong Sik bahawa terdapat sebarang kesilapan dan menyifatkan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri tidak bertentangan dengan kedua-dua dokumen tersebut.

Abdul Rahman selain itu bersetuju dengan cadangan Kian Kheong bahawa bagi projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memang tiada kertas Kabinet kecuali ringkasan nota daripada Menteri Pengangkutan berhubung pengambilan balik tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Hub Distribution oleh LPK.

Liong Sik dibicarakan atas satu tuduhan utama pindaan dan dua tuduhan pilihan pindaan iaitu menipu Kerajaan Malaysia dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion.

Bekas Presiden MCA itu didakwa melakukan perbuatan tersebut antara 25 September dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang masuk hari ketujuh hari ini bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dua sakit, bicara dalam perbicaraan ditangguh

Posted:

Dua sakit, bicara dalam perbicaraan ditangguh

Dua sakit, bicara dalam perbicaraan ditangguh


Thilaiyangan (kiri) dan Matan (dua kiri) diiringi polis sewaktu hadir di perbicaraan kes bunuh Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Shah Alam, semalam. - utusan/Mohd Shaharani Saibi


SHAH ALAM 9 Ogos - Prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) di Mahkamah Tinggi di sini bagi mengetahui keadaan minda serta kemungkinan berlaku tekanan terhadap dua tertuduh, T. Thilaiyalagan dan R. Kathavarayan semasa disoal siasat sehingga membawa kepada penemuan barang-barang kes, ditangguhkan sehingga Khamis ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan penangguhan selepas peguam Manjeet Singh Dhillon memaklumkan anak guamnya yang juga tertuduh pertama, N. Pathmanabhan dan Kathavarayan selaku tertuduh keempat tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan dibawa ke hospital pagi ini.

Peguam Gurbachan Singh yang mewakili Thilaiyalagan juga memohon perkara yang sama kerana pihaknya perlu menyerahkan sepina kepada beberapa orang saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam prosiding TWT itu.

Hakim Akhtar turut memaklumkan mahkamah akan mengadakan lawatan ke beberapa lokasi berkaitan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi di sekitar Banting dan Subang Jaya esok.

Selain beliau dan pegawai mahkamah serta barisan pendakwaan dan juga pembelaan, lawatan kali kedua ini akan disertai oleh kesemua tertuduh.

Dalam kes ini, bekas peguam, Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, saksi pendakwaan ke-36, Sarjan Mohamed Dahlan Rasee dari Cawangan Siasatan Tempat Kejadian Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur memberitahu, dia diarah melakar rajah kasar di sebuah sungai di Jalan Gelanggang Buaya, Kampung Kelanang, Banting pada 14 September tahun lalu.

Menurutnya, kerja tersebut dilakukan sebaik sahaja sampai di lokasi dan sebelum bahan bukti iaitu enam keping zink ditemui di dalam sungai itu oleh tiga anggota penyelam.

''Saya nampak tiga anggota penyelam berada di dalam parit sedang mencari bahan-bahan bukti. Tidak lama kemudian saya nampak mereka mengeluarkan sekeping demi sekeping zink dari dalam air.

''Zink-zink itu diletakkan di atas tebing rumput dan dibalut dengan kertas minyak berwarna putih oleh anggota siasatan tempat kejadian jenayah,'' jelasnya semasa memberi keterangan dalam kes bunuh tersebut.

Semasa disoal oleh Manjeet, Mohamed mengaku dia melukis rajah kasar tempat itu sebelum zink ditemui dan meletakkannya dalam lakaran itu apabila ia ditemui 10 minit kemudian.

Saksi turut mengakui tiga anggota penyelam itu mula membuat pencarian di dalam sungai tersebut sebelum pasukan siasatan tempat kejadian jenayah tiba.

Saksi pendakwaan ke-35, Lans Koperal Salmi Putit pula mengesahkan dia membuat rajah kasar di tempat letak kereta di Jalan SS12/1B, Subang Jaya iaitu lokasi kereta BMW milik Ahmad Kamil ditemui.

Katanya, lakaran itu dibuat apabila sampai di pejabat selepas menjalankan siasatan di tempat itu pada pukul 10 malam, 6 September 2010.

Ditanya sama ada ia adalah kawasan lot tempat letak kereta berbayar dan ia bersambung dengan bahagian di hadapan deretan rumah kedai, saksi mengesahkan perkara itu.

Dia bagaimanapun memaklumkan tidak nampak meter untuk pembayaran tempat letak kereta berhampiran dan diberitahu oleh seorang penduduk yang tinggal berdekatan bahawa kawasan itu tidak berbayar.

Perbicaraan yang masuk hari ke-20 bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


UMP lancar Pusat Perniagaan ICT

Posted:

UMP lancar Pusat Perniagaan ICT

UMP lancar Pusat Perniagaan ICT


Dr. Daing Nasir Ibrahim (tengah) melancarkan ICT Business Centre di UMP, Gambang, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 9 Ogos - Universiti Malaysia Pahang (UMP) melancarkan Pusat Perniagaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pusat Perniagaan ICT) sebagai usaha meningkatkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang itu dengan masyarakat setempat.

Dengan penubuhan pusat itu, UMP akan terus memacu kecemerlangan dalam bidang ICT sebagai salah satu inisiatif untuk meletakkan universiti berkenaan di persada antarabangsa.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, penubuhan Pusat Perniagaan ICT itu akan mengkomersialkan produk dan perkhidmatan ICT, termasuk semua sumber yang ada di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) dan Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP) di universiti itu.

Selain itu, pusat berkenaan akan dapat melaksanakan pencapaian Pelan Strategik UMP dalam merangka bidang keberhasilan utama universiti bagi menjana kelestarian kewangan.

''UMP mempunyai tenaga pakar ICT berpengalaman lebih 10 tahun dan usaha ini membolehkannya berkongsi ilmu dan kemahiran dengan organisasi lain khususnya institusi pendidikan dalam dan luar negara,

''Sumber ICT termasuk pelbagai jenis pelayan (server), jaringan (network), kamera litar tertutup (CCTV) dan pelbagai peralatan ICT yang terdapat di UMP," katanya ketika merasmikan pusat itu di Dewan Astaka, UMP kampus Gambang dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Dekan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Prof. Dr. Abdul Jalil Borham; Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Prof. Dr. Jailani Salihon; Pengarah Urusan UMP Holding, Nasirudin Nasrun dan Pengarah Urusan pusat perniagaan itu, Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd.,

Daing Nasir mengharapkan penubuhan pusat itu mampu merealisasikan hasrat universiti bagi menjana pendapatan selaras dengan Pelan Stategik UMP 2011-2015.

''Antara perkhidmatan yang ditawarkan di pusat ini ialah khidmat konsultansi dan produk ICT kepada organisasi luar melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT), pusat latihan dan jabatan kerajaan serta menjayakan konsep outsourcing yang diperkenalkan kerajaan," jelasnya.

Sementara itu, Wan Maseri berkata, penubuhan pusat itu bukan sahaja memberi manfaat kepada staf jabatan PTMK malah, melibatkan semua warga universiti.

Secara tidak langsung ujarnya, ia akan mewujudkan budaya kerja korporat selain melahirkan lebih ramai perunding mengikut kepakaran pensyarah yang ada di universiti itu.

Katanya, pelajar turut mendapat manfaat dengan diberi peluang menjalani latihan industri dan terlibat dalam memasarkan produk ICT.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

LecturE 5 mantapkan penguasaan BI pensyarah

Posted:

LecturE 5 mantapkan penguasaan BI pensyarah

LecturE 5 mantapkan penguasaan BI pensyarah


Khafiruddin Ali (duduk, sembilan dari kanan) bersama para pensyarah universiti tempatan dan ASEAN selepas mengikuti program LecturE 5 2011 di Berjaya Hills Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Bentong, Pahang, baru-baru ini. - utusan/Salehudin Mat Rasad


BENTONG 9 Ogos - Seramai 80 pensyarah universiti, kolej tempatan dan antarabangsa mengikuti Kursus Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kelima (LecturE 5) 2011 di Berjaya Hills, Colmar Tropicale Bukit Tinggi dekat sini, baru-baru ini.

Program tahunan anjuran Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang itu bertujuan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pensyarah universiti dan kolej.

Timbalan Rektor UiTM Pahang, Prof. Madya Khafiruddin Ali berkata, program itu turut membabitkan peserta dari Kemboja dan Vietnam kerana menyedari kepentingan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa selain menggalakkan rakyatnya menguasai bahasa itu.

"Objektif program ini ialah bagi mendedahkan peserta terhadap komunikasi secara bijak, sistematik dan komprehensif dalam kuliah dan meningkatkan keupayaan berkomunikasi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di kalangan penuntut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Khafiruddin menegaskan, program itu juga bermatlamat meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan di dalam kuliah.

Tegasnya, golongan pensyarah perlu menguasai bahasa Inggeris dan bahasa lain kerana dapat meningkatkan keyakinan diri khususnya ketika berkomunikasi.

Beliau bagaimanapun mengingatkan pensyarah agar tidak mengabaikan bahasa Melayu walaupun penggunaan bahasa Inggeris ditekankan sebagai bahasa yang dituturkan majoriti masyarakat dunia.

"Pensyarah UiTM sentiasa berusaha memajukan diri dalam semua bidang termasuk menguasai bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama di universiti ini. Bahasa antarabangsa itu penting untuk berhubung dengan bangsa lain," jelasnya.

Kemahiran menguasai bahasa Inggeris jelasnya, secara tidak langsung mempercepatkan pembangunan negara.

"Kecemerlangan individu bergantung kepada tahap penguasaan bahasa Inggeris kerana bahasa itu amat penting untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi, perniagaan dan perhubungan antarabangsa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Galakkan penuntut bukan Melayu sertai inap desa

Posted:

Galakkan penuntut bukan Melayu sertai inap desa

Galakkan penuntut bukan Melayu sertai inap desa


Sebahagian penuntut IPT bergotong-royong mengangkat perahu Tembeling bersama penduduk di Kampung Pengau, Hulu Tembeling, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 9 Ogos - Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) diminta memberi peluang kepada penuntut bukan Melayu menyertai projek inap desa bersama penduduk di pedalaman Hulu Tembeling dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, pembabitan penuntut berkenaan penting untuk mempercepat proses integrasi antara kaum dengan penduduk pedalaman yang majoritinya Melayu dan Orang Asli.

Sehingga kini, kata beliau, hanya penuntut Melayu terbabit dengan kegiatan seumpama itu di pedalaman.

''Perlu ada pembabitan penuntut kaum lain dalam projek berkenaan di pedalaman kerana proses asimilasi budaya dan hubungan antara etnik perlu berlaku di peringkat belia serta remaja sebagai acuan untuk mengukuhkan perpaduan dan jati diri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, peluang bercampur gaul antara penuntut dengan masyarakat pedalaman boleh menyuntik pengalaman dan pengetahuan mengenai pelbagai aspek kehidupan penduduk tempatan.

''Kegiatan ini boleh memberi pengalaman baharu kepada penuntut IPTA dan IPTS sebelum mereka menyertai lapangan profesional selepas tamat pengajian nanti," katanya.

Justeru, katanya, program sedemikian amat wajar disertai oleh penuntut pelbagai kaum kerana selaku bakal profesional dan teknokrat, mereka perlu mendekati masyarakat pedalaman.

Wan Amizan berkata, pelajar dari semua kaum akan dapat hidup bersama keluarga angkat masing-masing dan merasai denyut kesusahan hidup yang dialami oleh masyarakat pedalaman.

Beliau berkata, penuntut berkenaan juga berpeluang membuat kajian mengenai taraf hidup, kesihatan dan pembangunan penduduk pedalaman.

Katanya, penuntut antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian di kolej swasta di ibu kota juga digalakkan melawat Taman Negara dan pedalaman Hulu Tembeling.

''Pedalaman Hulu Tembeling yang kaya dengan khazanah alam sekitar, sejarah dan budaya penduduk tempatan perlu disebarkan ke dunia luar menerusi pembabitan penuntut IPTA.

''Kawasan ini yang hanya boleh 'dihubungi' dengan bot penambang memberi banyak pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui bidang pendidikan dan sosioekonomi di samping menikmati keindahan alam sekitar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Rusuhan merebak di Britain

Posted:

Rusuhan merebak di Britain

Rusuhan merebak di Britain


Polis antirusuhan menyekat sekumpulan perusuh selepas mereka bertindak membakar beberapa buah kereta di Hackney, utara London, semalam. - AFP


LONDON 9 Ogos – Kota London yang selama ini dikenali sebagai bandar raya yang aman dan selamat untuk dikunjungi kini bertukar menjadi medan rusuhan, segala-galanya berpunca daripada insiden kecil seorang lelaki maut dalam kejadian berbalas-balas tembakan dengan polis.

Gelombang keganasan dan kejadian mencuri yang sudah masuk hari ketiga di seluruh kota ini kini merebak pula ke tiga bandar raya utama lain di Britain, semalam.

Campur tangan pihak berkuasa masih gagal membendung kekacauan terburuk di negara ini sejak rusuhan kaum menyebabkan London terbakar pada 1980-an.

Sementara itu, seorang lelaki yang cedera akibat terkena tembakan semasa memandu ketika rusuhan di kota ini meninggal dunia di hospital semalam, menjadi korban pertama keganasan di London.

Lelaki berusia 26 tahun itu ditemui cedera dengan kesan tembakan lewat Isnin lalu di Croydon, di selatan London di mana perusuh bertindak membakar banyak bangunan di bandar itu, kata pegawai polis Metropolitan London.

Polis sedang melancarkan siasatan berhubung pembunuhan itu.

Di London, gerombolan pemuda mengganas masuk malam ketiga berturut-turut semalam dengan bertindak membakar bangunan, kenderaan dan tong sampah, mencuri barangan kedai dan membaling botol serta mercun ke arah anggota polis.

Polis meminta bantuan tambahan ratusan anggota dan mengambil keputusan luar biasa untuk mengerahkan kereta perisai di beberapa daerah yang paling teruk dilanda keganasan.

Namun, mereka masih mengalami kesulitan untuk membendung huru-hara yang merebak di kawasan-kawasan panas di seluruh London, di bandar-bandar raya Birmingham, Bristol dan Liverpool.

Pihak berkuasa mengakui insiden-insiden baru keganasan di kawasan utama menyebabkan mereka tidak 'menang tangan'.

"Keganasan yang kita saksikan tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana kehidupan orang ramai menjadi kacau-bilau disebabkan perbuatan samseng," kata komander polis, Christine Jones.

Perkhidmatan Ambulans London merawat 16 mangsa rusuhan, 15 daripadanya terpaksa dimasukkan ke hospital, manakala polis menangkap 334 orang dan mendakwa 69 lagi atas pelbagai kesalahan.

Tidak ada satu faktor yang dilihat menyatukan perusuh, walaupun sesetengahnya mendakwa mereka menentang potongan perbelanjaan kerajaan yang akan mengurangkan bayaran faedah kebajikan dan menghapuskan puluhan ribu jawatan sektor awam sehingga akhir 2015.

Sebahagian lagi dipercayai mengambil kesempatan untuk melakukan keganasan.

Kekacauan yang merebak itu menjadi amaran bagi penganjur Sukan Olimpik 2012 tentang kemungkinan berlakunya keganasan semasa temasya tersebut yang bakal berlangsung kurang setahun dari sekarang. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Umat Islam di Sweden berpuasa lebih 18 jam

Posted:

Umat Islam di Sweden berpuasa lebih 18 jam

Umat Islam di Sweden berpuasa lebih 18 jam

KAHERAH 9 Ogos - Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar pada tahun ini ekoran terpaksa berlapar lebih lama, menjangkau 18 jam sehari kerana musim panas di utara Eropah.

Presiden Liga Islam Sweden, Omar Mustafa berkata, ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa.

Belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya.

"Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari.

"Islam memberikan umatnya banyak pilihan," kata Omar kepada akhbar Sweden, The Local.

Bermula 1 Ogos lalu, umat Islam di Eropah mula berpuasa bulan Ramadan yang jatuh pada musim panas di mana waktu siangnya lebih panjang daripada biasa.

Sebagai contoh, pada Isnin lalu di bandar Umea di utara Sweden, terbit fajar bermula pada pukul 3.47 pagi waktu tempatan dan matahari terbenam pada pukul 9.41 malam, iaitu hampir 18 jam.

Isu itu kini masih dibincangkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) yang melibatkan imam-imam di seluruh Eropah.

"Isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan tahun ini kita mengikut pergerakan matahari, tetapi perbincangan masih dijalankan," kata Omar.

Bagaimanapun cabaran itu sedikitpun tidak menjejaskan umat Islam di negara ini untuk menjalani ibadat berpuasa, malah menurut rangkaian pasar raya Coop, jualan mereka meningkat terutamanya barangan keperluan sepanjang Ramadan ini.

"Kami mendapati jualan buah- buahan, sayur-sayuran, daging halal dan kurma meningkat," kata pegawai media Coop, Louise Stephan.

Menurut anggaran agensi separa kerajaan, terdapat kira-kira 200,000 penduduk Islam di Sweden daripada sembilan juta penduduk negara itu. - AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Demi kelangsungan pengangkutan udara

Posted:

Demi kelangsungan pengangkutan udara

Demi kelangsungan pengangkutan udara


Pesawat MAS dan AirAsia (belakang) bersebelahan ketika bersama-sama menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum AirAsia berpindah ke Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Selangor. - gambar hiasan


KERJASAMA antara Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) mungkin sesuatu yang agak di luar jangkaan masyarakat umum negara ini.

MAS dan AirAsia yang dilihat sebagai pesaing sebelum ini difikirkan akan mengambil alih antara satu sama lain, bergantung kepada siapa yang lebih kuat dan kukuh.

Sebaliknya, melalui satu cadangan kerjasama, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) selaku pemegang saham utama MAS menyerahkan 20.5 peratus sahamnya kepada pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun.

Khazanah akan mengekalkan pegangan kira-kira 49 peratus saham MAS di samping menguasai jumlah saham sekitar 20 peratus dalam AirAsia (AirAsia Berhad dan AirAsia X Sdn. Bhd.).

Jika perkongsian itu berjaya, lawan akan menjadi kawan dan kedua-dua syarikat kelak dapat menumpukan perhatian kepada pembangunan dan memajukan industri penerbangan negara.

Laluan dan penumpang yang menjadi rebutan selama ini kini boleh dikongsi bersama dalam menyediakan perkhidmatan dan harga terbaik kepada rakyat di samping memastikan syarikat mencatat keuntungan memuaskan.

Isu hak dan pembahagian laluan juga diharap dapat diselesaikan dengan baik dengan memberi fokus perkongsian pintar dari sudut pengalaman dan kepakaran teknikal yang dimiliki MAS serta perancangan dan kecekapan operasi AirAsia.

Dengan itu, rekod kewangan MAS dapat dipulihkan secepat mungkin sementara aduan penumpang tentang masalah teknikal AirAsia dapat diatasi dengan kepakaran dan peralatan terbaik negara.

Namun, sasaran akhir kedua-dua syarikat itu tidak boleh lagi bertumpu kepada keuntungan semata-mata sebaliknya kepada keselesaan dan keperluan penumpang.

Ini bagi mengelakkan masalah di kedua-dua syarikat itu diwarisi dan ditanggung penumpang sehinggakan usaha kerjasama itu dipandang serong.

Syarikat penerbangan yang bergabung juga dapat mengurangkan kos, berkongsi sumber, membuat penambahbaikan dan paling penting sekali dapat menjamin kelangsungan khidmat pengangkutan udara kepada penumpang terutamanya yang mahu ke negara lain atau tempat yang jauh dalam masa yang singkat.

Tanpa perkhidmatan pengangkutan udara, dunia serba moden kini mungkin terhenti dan kembali menggunakan pengangkutan konvensional yang mengambil masa panjang, sama ada melalui darat atau laut.

Bagaimanapun, krisis ekonomi dan kewangan global serta peningkatan harga minyak berterusan hampir membenam industri penerbangan global beberapa kali sepanjang abad ke-20 sehinggakan sekitar separuh daripada syarikat-syarikat pengangkutan udara dunia gulung tikar.

Serangan 11 September 2001 ke atas menara berkembar Pusat Dagangan Dunia, New York, Amerika Syarikat (AS) memburukkan lagi keadaan industri yang hampir lumpuh itu ditambah pula ancaman penyakit berjangkit seperti SARS, H1N1 dan H5N1 (selesema burung).

Demi kelangsungan khidmat pengangkutan udara, sebahagian syarikat yang masih mampu beroperasi memilih untuk bekerjasama, bergabung atau diambil alih syarikat lebih besar.

Antara jenama yang memilih jalan itu adalah United Airlines yang pernah muflis sebelum bergabung melalui pertukaran saham bernilai S$3 bilion (RM9.08 bilion) dengan Continental Airlines pada 2010 bagi membentuk syarikat pengangkutan udara terbesar dunia.

Walaupun mengekalkan nama United, syarikat penerbangan itu mengekalkan logo Continental di bawah United Continental Holdings Inc. yang turut memiliki syarikat penerbangan Texas International, Frontier, People Express dan New York Air.

Dengan 48,000 kakitangan, 359 pesawat dan 292 pesawat sewaan kontrak serantau, United kini memegang takhta syarikat penerbangan denganperolehan paling tinggi di dunia.

United juga mempunyai habnya sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, Chicago; Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles; Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, San Francisco, Los Angeles dan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.

Sejak penggabungan itu, United turut membuat beberapa perkongsian pintar dengan syarikat penerbangan lain, syarikat pelancongan, perhotelan di samping menambah destinasi dan laluan untuk pesawatnya.

Langkah sama turut melahirkan syarikat penerbangan kedua terbesar dunia, Delta Air Lines Inc. hasil pengambilalihan beberapa syarikat kecil dan penggabungan dengan dua syarikat penerbangan utama AS.

Delta memulakan operasi di bawah nama Huff Daland Dusters pada 1924 untuk menyembur racun serangga tanaman sebelum dibeli seorang usahawan dan dinamakan sempena Delta Mississippi pada 1928.

Selepas hampir 30 tahun beroperasi membawa penumpang, Delta membeli beberapa syarikat penerbangan kecil lain seperti Chicago and Southern Air Lines (1953) dan Northeast Airlines (1972).

Pada 1987, Delta bergabung dengan syarikat besar Western Airlines yang ditubuhkan pada 1925 sebelum membeli laluan Eropah dan pesawat syarikat Pan Am pada 1991.

Tarikh 28 Oktober 2008, Delta sekali lagi bergabung dengan sebuah syarikat penerbangan utama, Northwest Airlines tetapi mengekalkan nama jenama Delta.

Gabungan akhir itu menjadikan Delta syarikat penerbangan kedua terbesar dunia dari sudut perolehan tetapi nombor satu dari sudut bilangan penerbangan dan bilangan penumpang.

Syarikat itu kini menguruskan lebih 4,000 penerbangan setiap hari sementara habnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta merupakan lapangan terbang paling sibuk dunia dengan 88 juta penumpang setiap tahun.

Gabungan di bawah nama Delta juga merupakan antara gabungan syarikat penerbangan terbanyak di dunia memandangkan Western Airlines dan Northwest Airlines masing-masing sebelum itu telah bergabung atau membeli beberapa syarikat penerbangan lain.

Syarikat itu kini menggaji 80,000 orang pekerja dengan 12,400 orang juruterbang di Atlanta, Minneapolis, Detroit, Seattle, Memphis, Cincinnati, Los Angeles, Bandar New York dan Bandar Salt Lake.

Antara syarikat ternama lain yang meneruskan operasi melalui penggabungan termasuk US Airways; American Airlines dan syarikat Southwest Airlines yang menggabungkan syarikat ATA, AirTrain, Muse dan Morris Air.

Di luar AS, beberapa syarikat penerbangan antarabangsa juga memilih langkah sama termasuk Berlin Air (Jerman); Air Canada (Kanada); Air Jamaica (Caribbean) dan syarikat Air France KLM yang menggabungkan Air France dan KLM Royal Dutch Airlines pada 2004.

Mengambil sudut positif penggabungan dua atau lebih syarikat penerbangan, langkah itu bukan sahaja dapat menjamin kelangsungan operasi dan perkhidmatan malahan dapat membuka ruang untuk penambahbaikan yang boleh disalur kembali kepada para penumpang.

Kemampuan syarikat mengimbangi pengurusan kos operasi dan menarik pelanggan adalah langkah utama dalam memastikan khidmat pengangkutan udara dapat dinikmati sehingga generasi berikutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Murtad: Mudah-mudahan kita tidak terus buta perut!

Posted:

Murtad: Mudah-mudahan kita tidak terus buta perut!

Murtad: Mudah-mudahan kita tidak terus buta perut!

Oleh Zaini Hassan

NEGARA digemparkan lagi dengan usaha permurtadan. Terbaru ialah kontroversi melibatkan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama pihak polis di sebuah gereja Methodist di Damansara Utama 3 Ogos lalu.

Minggu ini, saya menerima tulisan daripada seorang aktivis parti Pas, yang terlalu taksub kepada parti itu, tapi kini terpaksa menangis tersedu-sedu kerana kelakuan parti itu yang sudah tidak sedarkan diri, takbur dan menghalalkan cara, demi ketamakan kuasa politik mereka.

Ikuti tulisan Saudara ANUAR SAHUDIN, seorang yang mengaku sebagai peminat Cuit dan percaya kepada idealisme perpaduan Pas-UMNO. Tulisannya bertajuk: Toleransi dibalas tamparan.

SEBENARNYA isu ini bukan isu baru. Tahun 2008 Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria telah menggemparkan negara apabila mendedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian.

Umat Islam harus disedarkan oleh isu ini. Ini adalah akibat percakaran politik yang berlaku antara sesama umat Islam di n

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Era baru hidup Leonardo

Posted:

Era baru hidup Leonardo

Era baru hidup Leonardo

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


DENGAN hanya dua buah filem tahun lalu telah berjaya menempatkan Leonardo DiCaprio sebagai aktor paling mahal di Hollywood ketika ini.


SATU ketika dulu, pernah pemerhati dunia hiburan Hollywood meramalkan jangka hayat populariti jejaka kacak pujaan wanita ini tidak akan kekal lama.

Semuanya kerana penangan filem blockbuster arahan James Cameron, Titanic yang telah meledakkan populariti Leonardo DiCaprio sehingga menjadikan dirinya sebagai King of the World (ungkapan popular yang diucapkannya dalam filem tersebut).

Pada usia yang cukup muda iaitu 23 tahun ketika itu, Leonardo atau lebih selesa disapa dengan panggilan Leo telah mengecapi kemasyhuran yang cukup jarang dikecapi oleh aktor seusianya.

Siapa yang dapat lupa watak Jack Dawson yang dibawakannya dalam filem itu sehingga membuatkan ramai wanita di seluruh dunia mengagumi serta mengagungkan Leo.

Bagi anak jati Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS) ini, dia cukup sedar populariti Titanic telah mengubah hidupnya secara total.

Walaupun sebelum itu dia sudah pun membintangi beberapa buah filem yang tidak kurang hebatnya, impak yang terhasil tidak sehebat Titanic.

"Pada ketika itu, saya rasa saya memang memiliki segala-galanya. Sehinggakan saya sendiri tidak menjangka Titanic akan menjadi sehebat itu.

"Percaya atau tidak, sewaktu mula-mula membaca skripnya ketika itu bersama James Cameron, saya kurang yakin dengan filem itu sendiri.

"Apatah lagi, saya juga sedar bahawa saya bukan pilihan utama ketika itu untuk membawakan tersebut. Namun, James menyakinkan saya bahawa watak itu memang untuk dicipta untuk saya.

"Titanic bukan sahaja mengubah hidup saya sebagai seorang aktor tetapi juga individu terutama dari segi pemikiran saya dalam usaha untuk memanjangkan hayat karier saya sendiri," kata Leo dalam satu temu ramah bersama majalah Rolling Stone tidak lama dulu.

Kata-kata Leo itu merujuk kepada tawaran filem yang diterimanya selepas Titanic di mana kebanyakannya naskhah blockbuster.

Ini termasuklah dua francais filem terlaris dunia iaitu Spider-Man dan Star Wars yang ditolak Leo dengan justifikasi sendiri.

"Saya seorang yang cukup gemarkan filem-filem bercorak sains fiksyen. Saya sedar di mana kemampuan saya kerana untuk menghayati watak bagi filem-filem sains fiksyen ini ia bukanlah sesuatu yang mudah.

"Sebab itu saya katakan, selepas Titanic ia membuatkan saya lebih matang dalam membuat keputusan untuk memilih filem-filem yang mampu memberikan saya kepuasan maksimum.

"Saya tidak akan sama sekali berkompromi dalam soal kerjaya dan atas alasan itu, saya memang menjadi selektif terhadap tawaran filem yang datang kepada saya selepas Titanic.

"Buat apa kalau berada di lokasi penggambaran sehingga menyusahkan orang lain hanya kerana mahu memuaskan hati sesetengah pihak. Walhal jiwa kita sendiri tidak tenang kerana melakukan perkara yang kita kurang minat," ulas Leo sewaktu memperkatakan tentang pasca populariti Titanic.

Skeptikal

Barangkali luahan Leo itu ada kaitannya dengan beberapa buah filem seperti The Man In The Iron Mask dan Celebrity (1998) serta The Beach (2000) yang gagal mencatatkan kutipan tiket yang memberangsangkan selain kritikan pedas terhadap filem-filem tersebut.

Lalu, Leo mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan dan kehilangannya selama dua tahun ketika itu telah mengundang pelbagai tanggapan skeptikal masyarakat serta pihak media.

Tetapi baginya, dia mahu menjana kembali tenaganya agar dia dapat mencari ruang dan hala tuju baru dalam karier seninya dengan membintangi filem-filem yang mampu memberikannya kepuasan.

Ternyata tahun 2002 telah mengubah hidup Leo sekali gus membuka lembaran baru apabila dia diberi peluang membintangi filem Catch Me If You Can arahan pengarah tersohor, Steven Spielberg.

Bergandingan bersama pemenang Oscar sebanyak dua kali, Tom Hanks dalam filem tersebut, Catch Me If You Can telah membuktikan kredibiliti Leo sebagai sebagai seorang aktor.

Tidak lagi bersandarkan kepada wajah kacak semata-mata sebaliknya Leo membuktikan dia benar-benar serius mahu menjadi seorang aktor versatil.

Kejayaan filem itu juga telah membuatkan Leo semakin dipandang tinggi oleh pengarah serta penerbit di Hollywood semakin mempercayai bakat lakonannya.

Seiring dengan usianya juga, Leo tidak mahu lagi terikat dan terkongkong dalam filem-filem yang ringan.

Sebaliknya dia mahu mencabar dirinya sendiri dengan membintangi filem yang memiliki naskhah yang dapat mencungkil bakatnya dengan lebih dalam lagi.

Ternama

Deretan filem yang dibintangi Leo selepas Catch Me If You Can membuktikan dia berpeluang berlakon dengan pengarah filem ternama.

Sehinggakan Leo sudah dianggap sebagai anak emas terbaru pengarah handalan Hollywood, Martin Scorsese kerana kekerapannya membintangi filem-filem arahan Martin.

Antaranya termasuklah Gangs of New York, The Aviator, The Departed dan Shutter Island yang semuanya mendapat pujian serta cemerlang sebagai filem-filem pecah panggung.

"Dia (Leo) memang seorang aktor yang hebat. Dia tidak perlu bercakap tetapi ekspresi wajahnya sudah cukup untuk menceritakan kepelbagaian emosi yang sedang dihadapinya pada saat itu," komen Martin sewaktu memperkatakan tentang lakonan Leo dalam filem The Departed.

Kejayaan pasca Titanic untuk Leo juga telah membolehkan pemilik nama penuh Leonardo Wilhelm DiCaprio ini dicalonkan untuk Oscar bagi Pelakon Lelaki Terbaik sebanyak dua kali (The Aviator dan Blood Diamond).

Pada usianya sekarang, karisma dan kewibawaannya sebagai seorang aktor semakin hari semakin menyerlah sehingga pengarah filem, Inception iaitu Christopher Nolan menyifatkan Leo tidak ubah seperti seniman Al Pacino dan Jack Nicholson.

"Saya puas dan gembira dengan perjalanan seni saya setakat ini apabila dapat berlakon dengan pengarah hebat dan naskhah yang cukup luar biasa bagi saya.

"Saya mahu terus mencari peluang seperti ini biarpun pada satu ketika nanti nama saya tidak lagi dijulang peminat. Biarlah mereka mengingati saya kerana hasil kerja saya yang dapat membuatkan saya terus hidup dalam diri mereka.

"Tiada apa yang saya kesalkan dalam hidup ini kerana semuanya sudah saya lalui dan rasai. Apabila melihat ramai pelakon remaja yang meniti laluan populariti zaman ini, saya bersyukur kerana saya tidak perlu melalui apa yang mereka lalui.

"Saya fikir dengan teknologi moden hari ini ia membuatkan kehidupan saya lebih terkongkong dan membataskan setiap gerak-geri saya.

"Kini, saya sudah tidak kisah lagi kerana populariti bukan lagi agenda utama dalam hidup saya," jelas Leo dengan maksud yang mendalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

David jadikan Amy teladan

Posted:

David jadikan Amy teladan

David jadikan Amy teladan

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN dan SAFRIZAL AZMI

PEMENANG tempat kedua American Idol tahun 2008, David Archuleta mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia sepanjang dia bertanding dalam pertandingan nyanyian tersebut.

Popularitinya tidak terhenti setakat itu sahaja, tetapi dia terus meraih ramai peminat selepas kemunculan album pertamanya yang berjudul David Archuleta tiga tahun lalu.

Justeru, penyanyi yang berasal dari Utah, Amerika Syarikat itu tidak mensia-siakan populariti yang dimilikinya termasuklah dengan menyeru agar para peminatnya menjauhi gejala dadah.

Menurut David, dia bukan sahaja tidak terbabit dalam penagihan dadah, malah turut menjadikan kisah penyanyi yang pernah terbabit dalam gejala itu sebagai teladan dalam kehidupannya.

"Kisah kematian penyanyi British, Amy Winehouse yang mati kerana ketagihan dadah baru-baru ini patut menjadi iktibar buat penyanyi seperti saya dan juga para peminat saya.

"Saya bukan sahaja tidak terlibat dalam penagihan dadah tetapi saya juga mahu menggalakkan anda agar menjauhkan diri daripada dadah. Apa juga jenis ketagihan dadah tidak baik untuk kesihatan kita semua.

"Anda boleh memotivasikan diri sendiri agar tidak terjebak kepada gejala itu," katanya pada sidang akhbar sempena konsertnya, Live In Malaysia 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas David, Amy Winehouse yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu di kediamannya di utara London merupakan seorang penyanyi berbakat tetapi ia berakhir dengan tragedi kerana dadah.

Sempena kunjungannya itu, syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia yang mengedarkan albumnya di sini telah menyerahkan anugerah platinum kepadanya.

Pengarah Urusan syarikat tersebut, Adrian Lim menyerahkan anugerah platinum kepada David atas jualan album The Other Side of Down yang dijual lebih 19,000 unit di negara ini.

Kunjungan dan konsert terbarunya ke Malaysia itu dianjurkan selepas dia mengadakan persembahan di Bandar Sunway, Petaling Jaya pada tahun 2009 yang ditonton hampir 5,000 peminat.

Sewaktu konsert terbarunya di Stadium Negara, Kuala Lumpur itu baru-baru ini, ternyata penyanyi yang menjadi kegilaan remaja ini terus berjaya menarik perhatian golongan terbabit.

Hampir 5,000 peminat sekali lagi memenuhi ruang Stadium Merdeka baru-baru ini bagi menyaksikan kemunculan terbarunya itu.

Menurut penyanyi berusia 20 tahun ini, album itu istimewa kerana ia diterbitkan khusus untuk para peminatnya di Asia sempena siri konsert bergerak yang diadakannya di rantau ini.

"Album itu menampilkan empat buah lagu terbaru saya berjudul Love Don't Hate, Everything & More, Notice Me dan Wait yang dimuatkan dalam album The Asian Tour Edition ini," katanya lagi.

Dia mengotakan janjinya apabila menyanyikan lagu-lagu barunya seperti Love Don't Hate pada konsert itu yang diadakan sehari selepas sidang akhbar tersebut berlangsung.

Sewaktu konsert yang bermula pukul 8.45 malam dan berakhir 10.05 malam itu, David menyanyikan 17 buah lagu secara langsung tanpa henti bersama empat pemuzik dari Amerika Syarikat.

Meskipun konsert itu berjalan dengan lancar, tetapi ia seolah-olah merupakan kitaran semula konsert-konsertnya sebelum ini tanpa banyak gimik dan kelainan untuk para peminatnya.

David sekadar menyanyi seperti biasa dengan menunjukkan bakatnya bermain keyboards sambil menyanyikan lagu seperti My Kind of Perfect yang mendapat pekikan daripada para peminatnya.

Selain menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Elevator, Crush dan A Little Too Not Over You, penyanyi yang mesra dengan panggilan Archie ini turut menyanyikan lagu penyanyi lain.

Pada konsert yang mengenakan tiket berharga RM300, RM230 dan RM190 itu, David menyanyikan semula lagu Everybody Wants To Rule The World dalam gaya tersendirinya.

Lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan New Wave, Tears For Fears pada tahun 1980-an itu turut menarik perhatian penonton yang kebanyakannya berusia bawah 25 tahun.

Dua lagi lagu penyanyi lain yang dinyanyikan semula oleh David pada malam itu berjudul A Thousand Miles (Vanessa Carlton) dan Stand By Me (Ben E King) dan Heaven (Bryan Adams).

David mengakhiri konsertnya selama hampir 90 minit pada malam itu menerusi lagu berjudul Crush yang dipetik daripada album sulungnya yang diterbitkan pada tahun 2008.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved