Selasa, 9 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat dikerat-kerat: Polis tidak tolak motif cinta, cemburu

Posted:

Mayat dikerat-kerat: Polis tidak tolak motif cinta, cemburu

Mayat dikerat-kerat: Polis tidak tolak motif cinta, cemburu

SHAH ALAM 9 Ogos - Polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dikerat-kerat di sebuah unit pangsapuri di Ampang minggu lalu, disebabkan cinta dan cemburu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya telah menyoal lebih 100 individu termasuk jiran mangsa dan 40 daripadanya direkod keterangannya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai hubungan antara suspek dan mangsa.

"Perkara itu masih dalam siasatan dan kita tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Tun Hisan berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati, suami mangsa hanya menyedari kehilangan isterinya selepas dia tidak pulang ke rumah pada 29 Julai lalu.

"Pada hari mangsa dipercayai hilang iaitu pada Jumaat, dia dikatakan sedang bercuti dan tidak bekerja," katanya.

Mengenai mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui di tempat yang sama pada hari berkenaan, Tun Hisan berkata, perkara itu masih di dalam siasatan pihak forensik.

"Ada maklumat mengatakan mayat kanak-kanak itu adalah anak mangsa tetapi kita sedang siasat dengan lebih terperinci bagi mengesahkannya," ujarnya.

Pada 3 Ogos lalu, beberapa keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus ditemui dalam beberapa beg plastik di dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.

Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita warga asing berumur 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemain bola cedera main mercun

Posted:

Pemain bola cedera main mercun

Pemain bola cedera main mercun

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


MAILANG Sari menunjukkan tangan kiri Mohd. Nazirul Hasif yang terkena mercun buatan sendiri di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan, semalam. – UTUSAN/Yatimin Abdullah


KOTA BHARU 9 Ogos – Kreativiti seorang pemain bola sepak kebangsaan bawah 12 tahun membuat mercun buatan sendiri menggunakan pemula lampu kalimantan dan mercun bola mengundang padah apabila tiba-tiba ia meletup mengakibatkan mangsa melecur.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, mangsa, Mohd. Nazirul Hasif Mailang yang mewakili negara dalam Piala Asia di Jepun bulan lalu, bernasib baik apabila hanya kuku di jari manis kirinya tercabut manakala tiga lagi kuku jari kirinya hampir tertanggal.

Anak sulung daripada empat beradik itu juga cedera di bahagian pipi, telinga serta mendapat tiga jahitan di lengan tangan kanan.

Ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini hari ini, Mohd. Nazirul Hasif berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang membuat mercun sendiri dengan menggunakan pemula lampu kalimantang dan mercun bola.

"Saya beli mercun bola berharga RM2, kemudian saya ambil pemula lampu dan menebuk bahan itu untuk disumbat dengan belerang dan sumbu mercun bola itu.

"Selepas itu, saya memanaskan dawai dan cucuh ke dalam pemula lampu itu, namun tiba-tiba ia meletup tanpa saya sempat melarikan diri," katanya.

Selain Mohd. Nazirul Hasif, seorang adiknya yang kebetulan berada berhampiran turut cedera ringan terkena serpihan letupan itu.

Mohd. Nazirul Hasif memberitahu, dia belajar membuat mercun daripada rakan-rakannya dan ia bukanlah mercun buatannya yang pertama.

Sementara itu, bapanya, Mailang Sari, 38, berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga sedang berbuka puasa di warung berkenaan.

"Ketika kejadian saya dan isteri, Zuraidah Kamaruddin, 36, bersama empat anak termasuk mangsa sedang berbuka puasa di hadapan warung.

"Mohd. Nazirul Hasif yang selesai dahulu makan dilihat tergesa-gesa masuk ke bahagian dapur warung dan beberapa minit selepas itu kami terdengar bunyi letupan dan dentuman kuat dari dapur menyebabkan kami bergegas masuk," katanya.

Sejurus masuk ke dapur, dia terkejut melihat anaknya itu berdiri dengan pakaian dipenuhi darah serta beberapa peralatan untuk membuat mercun bertaburan.

Mailang berkata, dia membawa Mohd. Nazirul Hasif ke Hospital Tumpat tetapi dirujuk ke HRPZ II kerana kecederaannya agak serius namun dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved