Selasa, 9 Ogos 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Kukuhkan perpaduan UMNO

Posted:

Kukuhkan perpaduan UMNO

Kukuhkan perpaduan UMNO

PUTRAJAYA 9 Ogos — Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota UMNO untuk mengukuhkan perpaduan dan penyatuan di peringkat bahagian yang menjadi tonggak kekuatan kepada parti dan untuk berjaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Perdana Menteri berkata, ini kerana sesuatu bahagian merupakan rumah tangga induk dalam pertubuhan dan kekuatan parti bersandarkan kepada kekuatan bahagian.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata ia merupakan antara tiga faktor yang menjadi panduan kepada anggota parti untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya berharap kita semua dapat menjaga "rumah tangga" kita dalam parti terutama sekali di peringkat bahagian. Jika benar-benar padu, seia-sekata, kita akan beri kekuatan yang lebih untuk berjaya dalam pilihan raya akan datang, "Jadi, pupuklah perpaduan ini, jika tidak ada apa-apa yang tidak kena, cuba betulkan. Janganlah kita mewujudkan politik mengikut puak masing-masing di peringkat bahagian. Jika berbuat demikian, pasti mengundang bencana kepada parti," katanya pada majlis berbuka puasa bersama sahabat beliau di Seri Perdana, di sini,

Kira-kira 1,200 tetamu hadir malam ini. Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata, selain itu, salah satu faktor penting sekali ialah mendekatkan diri dengan rakyat, dan UMNO dan Barisan Nasional mesti dilihat dan diterima sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya faktor ketiga, anggota parti perlu mengutamakan kepentingan parti dalam proses pembaharuan dan transformasi politik yang sedang diperjuangkan dan salah satu tonggak kepada transformasi tersebut ialah mengetengahkan calon-calon yang boleh menang.

"Bagaimana nak menentukan siapa calon berkenaan, biarlah pada pucuk pimpinan untuk menentukan siapa yang dianggap calon yang boleh menang," katanya.

Beliau berkata, jika konsep itu diterima, tidak ada kerusi yang akan terkorban semata-mata kerana tidak meletakkan calon yang paling layak.

"Jika dapat terima beberapa panduan ini, saya percaya apa jua yang dilakukan terhadap kita, di peringkat akar umbi, UMNO tetap memainkan peranan utama supaya rakyat akan lebih serasi memilih UMNO sebagai parti yang memerintah negara kita," katanya.

Najib berkata, kebelakangan ini, pembangkang banyak lakonan dan sandiwaranya yang boleh dimaklumkan kepada rakyat yang antara mereka boleh dicalonkan sebagai pelakon terbaik dan wujud ketidakserasian di antara satu sama lain.

"Tidak perlu mengatakan negara berkebajikan kerana kitalah juara selama ini," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Palanivel angkat sumpah jawatan menteri di Istana Negara

Posted:

Palanivel angkat sumpah jawatan menteri di Istana Negara

Palanivel angkat sumpah jawatan menteri di Istana Negara


NAJIB Tun Razak mengucapkan tahniah kepada G. Palanive selepas mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia sebagai menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet.- BERNAMA


KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini.

Hadir pada majlis itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Palanivel, 62, sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ketika rombakan kecil kabinet pada 4 Jun 2010.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Palanivel pernah menjadi Anggota Parlimen Hulu Selangor dari 1990 hingga 2008.

Beliau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum yang diadakan pada Mac 2008 dengan majoriti 198 undi.

Palanivel dilantik sebagai Presiden MIC menggantikan Datuk Seri S Samy Vellu pada 6 Disember 2010.

Pelantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri diumum Najib pada Perhimpunan Agung MIC 30 Julai lepas. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved