Selasa, 9 Ogos 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


UMP lancar Pusat Perniagaan ICT

Posted:

UMP lancar Pusat Perniagaan ICT

UMP lancar Pusat Perniagaan ICT


Dr. Daing Nasir Ibrahim (tengah) melancarkan ICT Business Centre di UMP, Gambang, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 9 Ogos - Universiti Malaysia Pahang (UMP) melancarkan Pusat Perniagaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pusat Perniagaan ICT) sebagai usaha meningkatkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang itu dengan masyarakat setempat.

Dengan penubuhan pusat itu, UMP akan terus memacu kecemerlangan dalam bidang ICT sebagai salah satu inisiatif untuk meletakkan universiti berkenaan di persada antarabangsa.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, penubuhan Pusat Perniagaan ICT itu akan mengkomersialkan produk dan perkhidmatan ICT, termasuk semua sumber yang ada di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) dan Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP) di universiti itu.

Selain itu, pusat berkenaan akan dapat melaksanakan pencapaian Pelan Strategik UMP dalam merangka bidang keberhasilan utama universiti bagi menjana kelestarian kewangan.

''UMP mempunyai tenaga pakar ICT berpengalaman lebih 10 tahun dan usaha ini membolehkannya berkongsi ilmu dan kemahiran dengan organisasi lain khususnya institusi pendidikan dalam dan luar negara,

''Sumber ICT termasuk pelbagai jenis pelayan (server), jaringan (network), kamera litar tertutup (CCTV) dan pelbagai peralatan ICT yang terdapat di UMP," katanya ketika merasmikan pusat itu di Dewan Astaka, UMP kampus Gambang dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Dekan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Prof. Dr. Abdul Jalil Borham; Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Prof. Dr. Jailani Salihon; Pengarah Urusan UMP Holding, Nasirudin Nasrun dan Pengarah Urusan pusat perniagaan itu, Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd.,

Daing Nasir mengharapkan penubuhan pusat itu mampu merealisasikan hasrat universiti bagi menjana pendapatan selaras dengan Pelan Stategik UMP 2011-2015.

''Antara perkhidmatan yang ditawarkan di pusat ini ialah khidmat konsultansi dan produk ICT kepada organisasi luar melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT), pusat latihan dan jabatan kerajaan serta menjayakan konsep outsourcing yang diperkenalkan kerajaan," jelasnya.

Sementara itu, Wan Maseri berkata, penubuhan pusat itu bukan sahaja memberi manfaat kepada staf jabatan PTMK malah, melibatkan semua warga universiti.

Secara tidak langsung ujarnya, ia akan mewujudkan budaya kerja korporat selain melahirkan lebih ramai perunding mengikut kepakaran pensyarah yang ada di universiti itu.

Katanya, pelajar turut mendapat manfaat dengan diberi peluang menjalani latihan industri dan terlibat dalam memasarkan produk ICT.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

LecturE 5 mantapkan penguasaan BI pensyarah

Posted:

LecturE 5 mantapkan penguasaan BI pensyarah

LecturE 5 mantapkan penguasaan BI pensyarah


Khafiruddin Ali (duduk, sembilan dari kanan) bersama para pensyarah universiti tempatan dan ASEAN selepas mengikuti program LecturE 5 2011 di Berjaya Hills Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Bentong, Pahang, baru-baru ini. - utusan/Salehudin Mat Rasad


BENTONG 9 Ogos - Seramai 80 pensyarah universiti, kolej tempatan dan antarabangsa mengikuti Kursus Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kelima (LecturE 5) 2011 di Berjaya Hills, Colmar Tropicale Bukit Tinggi dekat sini, baru-baru ini.

Program tahunan anjuran Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang itu bertujuan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pensyarah universiti dan kolej.

Timbalan Rektor UiTM Pahang, Prof. Madya Khafiruddin Ali berkata, program itu turut membabitkan peserta dari Kemboja dan Vietnam kerana menyedari kepentingan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa selain menggalakkan rakyatnya menguasai bahasa itu.

"Objektif program ini ialah bagi mendedahkan peserta terhadap komunikasi secara bijak, sistematik dan komprehensif dalam kuliah dan meningkatkan keupayaan berkomunikasi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di kalangan penuntut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Khafiruddin menegaskan, program itu juga bermatlamat meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan di dalam kuliah.

Tegasnya, golongan pensyarah perlu menguasai bahasa Inggeris dan bahasa lain kerana dapat meningkatkan keyakinan diri khususnya ketika berkomunikasi.

Beliau bagaimanapun mengingatkan pensyarah agar tidak mengabaikan bahasa Melayu walaupun penggunaan bahasa Inggeris ditekankan sebagai bahasa yang dituturkan majoriti masyarakat dunia.

"Pensyarah UiTM sentiasa berusaha memajukan diri dalam semua bidang termasuk menguasai bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama di universiti ini. Bahasa antarabangsa itu penting untuk berhubung dengan bangsa lain," jelasnya.

Kemahiran menguasai bahasa Inggeris jelasnya, secara tidak langsung mempercepatkan pembangunan negara.

"Kecemerlangan individu bergantung kepada tahap penguasaan bahasa Inggeris kerana bahasa itu amat penting untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi, perniagaan dan perhubungan antarabangsa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Galakkan penuntut bukan Melayu sertai inap desa

Posted:

Galakkan penuntut bukan Melayu sertai inap desa

Galakkan penuntut bukan Melayu sertai inap desa


Sebahagian penuntut IPT bergotong-royong mengangkat perahu Tembeling bersama penduduk di Kampung Pengau, Hulu Tembeling, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 9 Ogos - Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) diminta memberi peluang kepada penuntut bukan Melayu menyertai projek inap desa bersama penduduk di pedalaman Hulu Tembeling dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, pembabitan penuntut berkenaan penting untuk mempercepat proses integrasi antara kaum dengan penduduk pedalaman yang majoritinya Melayu dan Orang Asli.

Sehingga kini, kata beliau, hanya penuntut Melayu terbabit dengan kegiatan seumpama itu di pedalaman.

''Perlu ada pembabitan penuntut kaum lain dalam projek berkenaan di pedalaman kerana proses asimilasi budaya dan hubungan antara etnik perlu berlaku di peringkat belia serta remaja sebagai acuan untuk mengukuhkan perpaduan dan jati diri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, peluang bercampur gaul antara penuntut dengan masyarakat pedalaman boleh menyuntik pengalaman dan pengetahuan mengenai pelbagai aspek kehidupan penduduk tempatan.

''Kegiatan ini boleh memberi pengalaman baharu kepada penuntut IPTA dan IPTS sebelum mereka menyertai lapangan profesional selepas tamat pengajian nanti," katanya.

Justeru, katanya, program sedemikian amat wajar disertai oleh penuntut pelbagai kaum kerana selaku bakal profesional dan teknokrat, mereka perlu mendekati masyarakat pedalaman.

Wan Amizan berkata, pelajar dari semua kaum akan dapat hidup bersama keluarga angkat masing-masing dan merasai denyut kesusahan hidup yang dialami oleh masyarakat pedalaman.

Beliau berkata, penuntut berkenaan juga berpeluang membuat kajian mengenai taraf hidup, kesihatan dan pembangunan penduduk pedalaman.

Katanya, penuntut antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian di kolej swasta di ibu kota juga digalakkan melawat Taman Negara dan pedalaman Hulu Tembeling.

''Pedalaman Hulu Tembeling yang kaya dengan khazanah alam sekitar, sejarah dan budaya penduduk tempatan perlu disebarkan ke dunia luar menerusi pembabitan penuntut IPTA.

''Kawasan ini yang hanya boleh 'dihubungi' dengan bot penambang memberi banyak pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui bidang pendidikan dan sosioekonomi di samping menikmati keindahan alam sekitar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved