Selasa, 9 Ogos 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Bonus raya kakitangan awam

Posted:

Bonus raya kakitangan awam

Bonus raya kakitangan awam


Najib Tun Razak mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet serta para pegawai kanan kerajaan. – BERNAMA


* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Suasana pilu

Posted:

Suasana pilu

Suasana pilu


Shaari Balad (tengah) menangis sambil memeluk dua anaknya ketika menuntut mayat isterinya, Sara Gunung di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata, Cameron Highlands, semalam. – utusan/Roy Azis Abd. Aziz


CAMERON HIGHLANDS 8 Ogos – Suasana pilu menyelubungi pekarangan Bilik Mayat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata di sini apabila kaum keluarga hari ini tampil menuntut mayat tujuh mangsa tragedi tanah runtuh yang di Perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Ruil semalam.

Mereka yang kebanyakannya masih trauma dengan tragedi itu tidak mampu menahan kesedihan apabila diberi peluang membuat pengecaman mayat ahli keluarga masing-masing.

Proses pengecaman yang bermula pukul 9 pagi ini berakhir kira-kira pukul 2 petang.

Mayat pertama, Sara Gunung, 37, dibawa keluar dari rumah mayat pukul 2.35 petang manakala mayat terakhir, Mohd. Iqbal Jaafar, 15, dituntut ahli keluarga pada pukul 4 petang.

Semua mayat mangsa bukan Islam kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Lapan di sini manakala jenazah mangsa beragama Islam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Setia di sini.

Antara hadir menziarahi keluarga mangsa ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk SK Devamany.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang semalam, tujuh termasuk empat wanita dan tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera parah.

Mangsa yang terbunuh ialah Normadiah Lasik, 69; Ali Hassan, 50; Jaafar Balad, 49; Mohd. Iqbal, 15; Sara Gunung, 37; Norma Gunung, 51, dan Yusmizan Yusof, 22.

Dua lagi yang cedera parah adalah Bah Anjang Besar Alang, 39, dan Serry Priska Saari, 15.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Zahri Wan Busu berkata, mangsa pertama Normadiah ditemui pada pukul 6.30 petang; Ali (11.22 malam); Sara Gunung (12.29 pagi) dan Yusmizan (12.32 pagi).

Katanya, mayat Mohd. Iqbal dan Jaafar dijumpai pada pukul 1.16 pagi manakala Norma Gunung pukul 1.20 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat oleh 248 anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi dihentikan pada pukul 1.50 pagi selepas kesemua mayat ditemui.

Sementara itu, Wan Zahri berkata, pemantauan masih dijalankan di lokasi kejadian bagi mengelak kawasan berkenaan dicerobohi.

"Polis akan terus melakukan kawalan di lokasi runtuhan berikutan struktur tanah yang masih lembut dan berisiko untuk runtuh.

"Buat masa ini, seramai 60 penduduk yang terselamat ditempatkan di Dewan Serbaguna Brinchang sebagai perlindungan sementara," katanya.

Sebanyak 145 keluarga membabitkan kira-kira 1,300 penduduk tinggal di kawasan penempatan Orang Asli itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bersyukur dikurnia anak kembar empat

Posted:

Bersyukur dikurnia anak kembar empat

Bersyukur dikurnia anak kembar empat

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.

Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.

"Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).

"Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.

"Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.

Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.

"Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi," katanya.

Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.

"Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved