Selasa, 9 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Pasar Pasir Mas terlalu uzur

Posted:

Pasar Pasir Mas terlalu uzur

Pasar Pasir Mas terlalu uzur

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


Perniagaan di Pasar Pasir Mas kekal beroperasi dalam bangunan uzur meskipun pelbagai janji mengenai pasar baharu telah dibuat sewaktu pilihan raya lepas. - utusan/AIZZUL A. MAJID


PASIR MAS 8 Ogos - Mana janji? Demikian soal para peniaga di Pasar Pasir Mas kepada Kerajaan Pas Kelantan yang enam tahun dahulu berjanji untuk membina sebuah pasar baru bagi menggantikan tapak perniagaan sekarang yang sudah terlalu uzur.

Malah mereka menyifatkan Kerajaan Pas Kelantan dan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) sebagai 'pekak' kerana masalah yang dihadapi seringkali diperkatakan dan acap kali disiarkan oleh media, tetapi tidak ada sebarang tindakan yang diambil.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pasar tersebut seolah-olah bangsal buruk yang tidak pernah dipedulikan langsung dengan atap bocor dan dinding pula telah robek.

Ia sekali gus memberikan pemandangan yang cukup tidak menarik di bandar ini, lebih-lebih lagi kedudukan pasar hanya bersebelahan dengan stesen kereta api dan bas, iaitu pengangkutan darat terpenting di sini.

"Setiap bulan kami perlu bayar lesen, cukai dan sewa tetapi apa yang diberikan balik oleh MDPM kepada kami, lihat di atas semuanya berlubang, di bawah becak. Jika hujan tidak boleh berniaga langsung, lambat bayar kami kena denda sehingga RM200. Inikah kerajaan berkebajikan dan adil untuk rakyatnya.

"Kami bukan orang senang, saya ibu tunggal yang hanya bergantung sepenuhnya kepada hasil perniagaan di sini," kata peniaga sayur, Khadijah Syed Mohd. Ali, 56, ketika ditemui di pasar itu semalam.

Dia yang telah berniaga di pasar tersebut sejak 20 tahun lalu berkata, MDPM tidak pernah mengambil inisiatif untuk membaiki keadaan bangunan yang telah uzur itu.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir, Kerajaan Pas Kelantan berjanji untuk membina pasar baru bagi menggantikan pasar sementara yang dibina atas tapak milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sejak 20 tahun lalu.

Pasar Pasir Mas yang asal telah hangus terbakar. Ketiadaan bangunan baharu menyebabkan kira-kira 300 peniaga pasar Pasir Mas masih berniaga sehingga hari ini di pasar sementara itu walaupun keadaan binaan uzur dan kotor tanpa kemudahan asas sempurna.

Dalam pada itu, tinjauan di tapak pasar baru di Kubang Panjang dekat jalan raya Rantau Panjang-Pasir Mas masih kosong dan hanya ada sebuah bangunan kecil tanpa sebarang kerja-kerja pembinaan dijalankan.

Seorang lagi peniaga, Che Bidah Ali, 59, berkata, peniaga di pasar tersebut sudah hilang kepercayaan kepada Kerajaan Pas Kelantan yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu untuk menunaikannya.

"Ketika pilihan raya semua orang politik datang jumpa kami, tetapi selepas itu senyap saja, kami tidak mahu perkara lain, baiki dulu kerosakan di sini kalau tak mampu untuk bina pasar baru, jangan biarkan kami terus terpinggir begitu sahaja.

"Kami juga hairan pada masa sekarang sudah ada satu lagi pasar dibuka oleh MDPM, pasar ini dikenali dengan pasar Mundok di kalangan orang tempatan.

"Oleh kerana hampir semua peniaganya dari negara jiran, mereka tidak perlu membayar lesen seperti kami, tetapi mereka mendapat kebebasan untuk berniaga sehingga menyebabkan peniaga dalam pasar ini terjejas teruk," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali turut merasa kesal kerana Kerajaan Pas Kelantan masih gagal untuk menunaikan janji biarpun lima tahun sudah berlalu.

Katanya, pasar ini amat buruk macam hendak runtuh dan amat kotor, dari segi keselamatan dan kesihatan memang tidak lulus, keadaan yang amat menjijikkan.

"Ini adalah tanggungjawab Kerajaan Pas malah mereka telah meletakkan batu asas dan gambar Nik Aziz (Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) di tapak pasar baru pada 2005.

"Saya merasa amat dukacita, ini projek kerajaan negeri, tidak melibatkan wakil rakyat bebas seperti saya. Belanja bukan besar sangat lebih kurang RM3 juta sahaja, Pas bercakap soal kebajikan sahaja tetapi pentadbiran menyusahkan orang.

"Kalau tidak boleh buat serah projek dan tapak kepada saya secara rasmi dengan syarat segala pentadbiran dan kutip cukai serah diserahkan kepada saya dan beri nama Pasar Tok Him Pembela Rakyat, nama saja kerajaan kebajikan, cakap saja besar, berkokok riuh sekampung tetapi rupanya ayam mandul," katanya dalam nada sinis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

14 bengkel terlibat projek Atom

Posted:

14 bengkel terlibat projek Atom

14 bengkel terlibat projek Atom

Oleh FAUZI MOHD
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 8 Ogos -Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menyasarkan 14 bengkel automotif di seluruh negeri akan dapat manfaat daripada projek Pemodenan Bengkel Automotif (Atom) menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azmi Razik berkata, melalui usaha itu semua bengkel kereta dan motosikal milik pengusaha yang melibatkan diri akan diberi wajah baru dan dimodenkan menjadi pusat perkhidmatan yang lebih sistematik, lengkap dan selesa.

Katanya, pemodenan bengkel- bengkel itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam transformasi perkhidmatan berkenaan di seluruh negara untuk menjadikan perniagaan itu lebih bersistematik dan menguntungkan.

"Pengusaha bengkel boleh membuat pinjaman perniagaan sehingga RM100,000 selama 15 tahun melalui Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang akan berjalan sehingga tahun 2020.

"Perubahan itu dijangka mampu meningkatkan keyakinan pelanggan menghantar kenderaan mereka ke bengkel berkenaan, sekali gus meningkatkan pendapatan pengusaha," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Mei lalu melancarkan peruntukan RM30 juta bagi melaksanakan projek Atom dalam usaha menaik taraf perkhidmatan pembaikan dan penyenggaraan kenderaan di negara ini.

Melalui pelancaran itu kata Azmi, YPU telah dilantik sebagai konsultan bagi program berkenaan oleh KPDNKK bagi negeri Terengganu.

Menurutnya, YPU pada masa kini sedang membuat tinjauan terhadap pengusaha bengkel yang berpotensi untuk dibantu dan dengan memberi penerangan mengenai projek itu kepada kumpulan terbabit.

"Khidmat perundingan yang ditawarkan YPU kepada pengusaha bengkel dengan kerjasama Persekutuan Persatuan-Persatuan Pemilik Bengkel Kereta Malaysia (FAWOAM) dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

"Selain itu, kepakaran Malaysian Association of Tyre Retreaders and Dealer Society (MATRDS) dan Automotive Aftersales Industry (M) Sdn. Bhd. turut dilibatkan bagi meningkatkan pengurusan kewangan dan operasi bengkel yang terpilih," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

KTC rai warga tua Rumah Seri Kenangan berbuka puasa

Posted:

KTC rai warga tua Rumah Seri Kenangan berbuka puasa

KTC rai warga tua Rumah Seri Kenangan berbuka puasa


Rozaimi Mohd. Daud (berdiri, tengah) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang warga emas pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Kelantan Trade Centre Convention & Apartment Sdn. Bhd. di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 8 Ogos - Seramai 14 warga emas dari Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin dan 10 kakitangan rumah itu telah diraikan pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Kelantan Trade Centre Convention & Apartment Sdn. Bhd. (KTC) di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Mohd. Sabri Abdullah; Pengurus Besar KTC, Rozaimi Mohd. Daud dan penguasa Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Wira Mahmood.

Majlis telah dimulakan dengan alunan bacaan al-Quran daripada adik Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 13, dan tazkirah oleh Mohd. Sabri sebelum waktu berbuka puasa.

Selain jamuan makan, warga emas terbabit juga telah menerima sumbangan daripada pihak penganjur yang telah disampaikan Rozaimi.

Salah seorang warga emas yang ditemui, Halimah Mamat, 75, yang berasal dari Kemaman, Terengganu memberitahu, dia gembira kerana diberi peluang hadir pada majlis itu.

Halimah yang tidak mempunyai anak, tinggal di rumah orang tua itu sejak empat tahun lalu setelah kematian suaminya.

"Mujurlah mak cik sihat hari ini, ada ramai lagi mahu datang tapi uzur lebih-lebih lagi kerana letih berpuasa. Makcik gembira dijemput untuk berbuka ramai-ramai di tempat yang cantik ini," katanya.

Halimah adalah salah seorang daripada 96 penghuni yang mendiami di Rumah Seri Kenangan, Taman Kemumin yang terletak di Pengkalan Chepa kira-kira 11 kilometer dari bandar ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved