Selasa, 9 Ogos 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Najib mula bertugas selepas jalani pembedahan lutut

Posted:

Najib mula bertugas selepas jalani pembedahan lutut

Najib mula bertugas selepas jalani pembedahan lutut

PUTRAJAYA 8 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini kembali bertugas selepas menjalani pembedahan di lutut kirinya di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin lepas yang cedera akibat bersukan.

Berkemeja lengan panjang warna putih, bertali leher biru dan berkot hitam, Perdana Menteri yang tiba di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra pada 9 pagi, kelihatan sihat dan ceria.

Beliau kemudian mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang bermula 9.30 pagi.

Antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah serta Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Najib kembali bertugas setelah doktor yang merawatnya berpuas hati dengan proses penyembuhan.

"Bagaimanapun, doktor masih menasihatkan beliau agar tetap mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga Perdana Menteri pulih sepenuhnya," kata kenyataan itu.

Antara program beliau hari ini adalah menghadiri majlis berbuka puasa bersama jemaah menteri, menteri besar dan bekas Perdana Menteri di Seri Perdana di sini. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Elakkan berlaku aktiviti ketenteraan

Posted:

Elakkan berlaku aktiviti ketenteraan

Elakkan berlaku aktiviti ketenteraan

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Malaysia menggesa negara-negara yang terlibat dalam tuntutan ke atas wilayah maritim di Laut China Selatan menyelesaikan isu itu melalui kaedah diplomatik dan bukannya secara ketenteraan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, negara berkenaan khususnya China yang bertindak menempatkan pasukan keselamatan di wilayah berkenaan perlu melihat bahawa penyelesaian diplomatik mampu memastikan segala tuntutan berlangsung dengan aman.

Atas dasar itu, menurutnya, Malaysia serta negara-negara yang akan menyertai Persidangan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Bali, Indonesia pada Oktober ini perlu menjadikan persidangan itu sebagai platform dalam mencari kaedah penyelesaian terbaik termasuk menolak aktiviti ketenteraan.

''Kerajaan juga yakin bahawa cadangan kita untuk mewujudkan jentera kegunaan khas (SPV) sebagai organisasi perniagaan dalam berkongsi sumber alam di Laut China Selatan dapat direalisasikan dengan mencadangkan agar diadakan perbincangan pelbagai hala, bukan dua hala.

''Segala sumber alam yang ada termasuk hidrokarbon yang dijangka berjumlah 300 bilion tong serta 600 bilion meter kubik gas asli dapat dimanfaatkan oleh masyarakat serantau dan bukan jadi kawasan konflik.

''Perkara-perkara ini akan kita bincangkan dalam persidangan itu melalui perspektif ketenteraan kerana ia membabitkan kapal-kapal tentera laut yang terlibat dengan operasi di kawasan yang menjadi tuntutan bertindih,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat 10 Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baru di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya tidak terkecuali memantau pergerakan ketenteraan negara-negara yang terlibat dalam tuntutan wilayah maritim terutamanya kepulauan Spratly yang menjadi pertikaian Brunei, China, Filipina, Taiwan, Vietnam termasuk Malaysia.

''Ini lebih-lebih lagi dengan tindakan China yang memperlihatkan keberadaan mereka (tentera) di sana. Kita yakin China tak akan melakukan pencerobohan dan diharap agar tidak berlaku tindak balas terhadap tindakan China itu,'' jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Usah buat 'dosa kering' - Zahid

Posted:

Usah buat 'dosa kering' - Zahid

Usah buat 'dosa kering' - Zahid

KUALA LUMPUR 8 Ogos - ''Jangan buat dosa keringlah dalam bulan puasa (Ramadan) ini.''

Itu reaksi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyalahkan dan mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja membangkitkan kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja untuk menutup tuntutan pilihan raya bersih.

Menurut beliau, tindakan JAIS menyerbu dan diikuti dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali mengenai kejadian itu tidak ada kaitan dengan UMNO mahupun BN.

''Tanyalah Hasan Ali apa yang dia buat? Dia bukan ADUN (ahli Dewan Undangan Negeri) UMNO. Dia ADUN Pas. Kalau dia mewakili UMNO, bolehlah tuduh UMNO atau BN. Apa yang dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)? Dia pun bukan UMNO.

''Saya ingat (Abdul Hadi) jangan buat dosa keringlah (tuduhan) dalam bulan puasa ini,'' katanya pada sidang akhbar di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Kesemua Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia itu telah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 12 Julai lalu dan dijangka berlepas ke negara yang ditauliahkan dua minggu lagi.

Mereka adalah Datuk Zainuddin Yahya yang akan bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Belgium; Ahmad Shahizan Abdul Samad (Bahrain); Datuk Badruddin Ab. Rahman (Sweden); Datin Paduka Halimah Abdullah (Itali); Datuk Ilankovan Kolandavelu (Sepanyol); Ayauf Bachi (Peru); Dr. Ahmad Faisal Muhamad (Myanmar); Datuk Azmil Mohd. Zabidi (Vietnam); S. Ganeson (Chile), manakala Datuk Mazlan Muhammad sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, tuduhan oleh Abdul Hadi itu tidak berasas kerana Selangor dipimpin oleh pembangkang yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

''Memang (apakah) BN di Selangor yang pegang JAIS dan bukannya PKR atau Pas?'' soal beliau dalam nada sinis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved