Selasa, 9 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Keluhan 80 peniaga uptown

Posted:

Keluhan 80 peniaga uptown

Keluhan 80 peniaga uptown

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my


Seorang peniaga menyusun kasut-kasut yang dijualnya di uptown Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 8 Ogos - Seramai 80 peniaga yang menjalankan perniagaan di Bazar Larut Malam atau uptown merayu kepada Majlis Daerah Pontian (MDP) menyelesaikan masalah bekalan elektrik dan tempat menyimpan payung milik mereka.

Menurut urus setia bazar tersebut, Zainal Kamal Zainal Abidin, 47, masalah itu timbul selepas MDP mengeluarkan surat amaran melarang penggunaan bekalan elektrik dan stor dari gerai pelancongan berhampiran tapak bazar.

"Ia menjejaskan kelancaran perniagaan sedangkan ini merupakan program bersama antara MDP dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebagai latihan berniaga kecil-kecilan selain memastikan bandar Pontian khususnya kawasan pantai terus hidup.

"Kami terpaksa mengosongkan stor tersebut bagi mengelakkan sebarang tindakan yang lebih tegas diambil seperti mana terkandung dalam surat notis amaran yang diberikan itu," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Katanya, pihaknya mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membina stor bagi kemudahan para peniaga terutama yang tidak mempunyai kenderaan.

Menurut Zainal Kamal, maklum balas yang diberikan masyarakat setempat dan pengunjung terhadap uptown sangat baik selain menghindarkan kawasan pantai menjadi tempat gejala tidak sihat seperti merempit dan lepak.

Sementara itu, seorang peniaga yang ditemui, Hakim Tik, 33, berharap masalah yang dihadapi ini mendapat perhatian sewajarnya dari pihak yang berkenaan supaya uptown Pontian terus berkembang.

"Sebelum ini semua urusan penyimpanan dan pemasangan payung dilakukan oleh pihak urus setia yang tentunya memudahkan para peniaga tanpa membawanya pulang," ujarnya.

Sementara itu, Yang Dipertua MDP, Miswan Yunus ketika dihubungi berkata, masalah berkenaan dalam perhatian pihaknya dan siasatan telah dijalankan berhubung perkara tersebut.

Katanya, pihaknya sedia membantu berkaitan penyambungan bekalan elektrik kepada peniaga uptown yang sebelum ini mengambilnya dari gerai berhampiran bagi memastikan keselamatan peniaga terjamin.

"MDP akan membantu membuat penyambungan elektrik mengikut spesifikasi yang selamat seperti mana peraturan, manakala masalah stor penyimpanan payung akan diadakan perbincangan bersama Mara bagi mencari tempat sesuai," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pantau pengutip caj parkir di SPAD

Posted:

Pantau pengutip caj parkir di SPAD

Pantau pengutip caj parkir di SPAD

SUKA MEMANTAU
Segamat

Saudara Pengarang,
PADA 28 Julai lalu kira-kira pukul 4 petang, saya dan kakak singgah di pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) cawangan Selatan di Muar dan meletakkan kereta di luar kawasan pejabat tersebut.

Selepas lebih kurang 20 minit kami keluar dari pejabat tersebut dan kakak memandu kereta untuk pulang, tetapi ketika melalui pagar utama seorang lelaki menahan kereta kami dan menyerahkan resit meletak kenderaan bernilai RM1 yang tertera SKMB Mewah Enterprise dan meminta kami membayarnya.

Kakak saya bertanya kepada lelaki tersebut mengapa tidak memaklumkan kepada kami bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan letak kereta berbayar, namun lelaki berkenaan cuma diam sambil menunggu wang RM1 itu.

Kami sebenarnya boleh memilih untuk tidak membayar RM1 kerana tiada papan notis dan resit diberikan sebelum wang dibayar.

Diharap agar pihak berkuasa tempatan dapat memberikan maklum balas serta memastikan kesahihan kebenaran mengutip caj meletak kereta di kawasan berkenaan.

Kepada pengunjung SPAD cawangan tersebut diharap ambil maklum berhubung perkara ini. Walaupun cuma RM1 tetapi jika ia disalah guna akan memberi keuntungan kepada pihak tertentu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved