Isnin, 3 Oktober 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Zamil akur jika Zaid arah tutup mulut

Posted:

Zamil akur jika Zaid arah tutup mulut

Zamil akur jika Zaid arah tutup mulut

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim akur sekiranya Pengerusi KITA, Datuk Zaid Ibrahim memintanya menutup mulut dalam isu melibatkan dua ahli perniagaan Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan dan Datuk Mohamed Azman Yahya.

Sambil menegaskan, ia sebagai tanda menghormati ketuanya itu, Zamil berkata, adalah menjadi amalan dalam KITA, supaya sebarang kenyataan oleh mana-mana ahli perlu merujuk kepada Zaid atau pentadbiran pusat KITA.

"Begitu pun dalam isu melibatkan Kalimullah Masheerul dan Mohamed Azman ini, saya yakin Zaid tidak akan meminta saya menutup mulut kerana beliau berasakan ada asas untuk perkara itu diberikan penjelasan lanjut oleh kedua-dua tokoh perniagaan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap dakwaan beberapa pihak bahawa Kalimullah dan Mohamed Azman terlibat dalam usaha menutup mulut pemimpin KITA berhubung isu pembelian saham Eastern & Oriental (E&O) oleh Sime Darby Bhd. (Sime Darby) dan Malaysia Airlines (MAS) dengan Air Asia.

Zamil menambah, beliau yakin ada pihak ketiga yang meminta Zaid memberi arahan kepadanya untuk tidak lagi membuat sebarang kenyataan berkenaan isu itu.

Bagaimanapun kata beliau, sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang memperjuangkan kebebasan dan tidak berpihak kepada mana-mana individu atau parti, Zaid tidak melayan permintaan tersebut.

''Memang Zaid ada menghubungi saya sebelum ini tetapi bukan meminta saya mendiamkan diri sebaliknya bertanyakan lebih lanjut kenyataan saya kepada media berhubung isu ini," katanya.

Pembangkang kehabisan modal politik

Posted:

Pembangkang kehabisan modal politik

Pembangkang kehabisan modal politik

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini jelas memperlihatkan barisan pembangkang kehabisan modal untuk bermain politik apabila terus memainkan isu lama yang telah diambil tindakan oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, permainan politik pembangkang masih mundur dan gemar menggunakan politik sentimen seperti membangkitkan kembali isu perhimpunan haram Bersih dalam perbahasan mereka.

Menurutnya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membangkitkan tentang pilihan raya yang perlu diadakan selepas segala syor Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) diterima oleh kerajaan.

''Pada peringkat awal penubuhan JTP, Anwar enggan menghantar wakil pembangkang untuk menyertainya.

''Tetapi selepas tiada lagi isu yang boleh pembangkang mainkan, apatah lagi setelah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendak dihapuskan, barulah Anwar bersetuju turut serta dalam jawatankuasa tersebut," katanya dalam entri terbaru di laman blognya di www.puadzarkashii.blogspot.com hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Zamani atasi krisis pertahanan

Posted:

Zamani atasi krisis pertahanan

Zamani atasi krisis pertahanan

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Pemain skuad bola sepak kebangsaan meninggalkan Wisma FAM di Kelana Jaya untuk ke KLIA, Sepang bagi menaiki pesawat ke Australia, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN


KUALA LUMPUR - Dibolosi 20 gol dalam enam perlawanan terakhir sudah cukup untuk mencerita mengenai kerapuhan bahagian pertahanan skuad Harimau Malaya.

Namun kehadiran pemain pertahanan berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah mungkin mampu menjadi jawapan terbaik bagi mengatasi masalah pertahanan skuad negara yang berlepas Canberra semalam untuk perlawanan persahabatan dengan Australia Jumaat ini.

Namun, Zamani yang dijangka menggalas tanggungjawab kapten, tidak mahu dia dilihat sebagai penyelesai isu pertahanan rapuh yang melanda skuad negara.

"Aksi bahagian pertahanan bergantung kepada empat pemain, bukan kepada seorang pemain sahaja.

"Apa yang mustahak apabila saya kembali ke skuad kebangsaan adalah membantu daripada segi pengalaman.

"Saya merupakan antara pemain yang paling lama dengan pasukan kebangsaan biarpun saya masih dalam proses untuk cergas daripada kecederaan Ligamen Lutut Depan (ACL)," katanya ketika ditemui di Wisma FAM sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.

Selepas muncul juara Piala Suzuki AFF tahun lalu, benteng skuad Harimau Malaya rapuh, bermula perlawanan dengan Taiwan pada Kelayakan Piala Dunia 2012, Malaysia bernasib baik layak atas peraturan gol di tempat lawan namun krisis pada bahagian pertahanan bertambah parah apabila kalah 5-3 kepada Singapura di Stadium Jalan Besar.

Perlawanan persahabatan dengan Arsenal dan Liverpool sebelum itu, pertahanan skuad negara menampilkan aksi longgar sehingga 10 kali dibolosi dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Mampu hantar skuad terbesar

Posted:

Mampu hantar skuad terbesar

Mampu hantar skuad terbesar

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Kejohanan Terjun Piala Asia yang menutup tirai di Stadium Putra, Bukit Jalil, minggu lalu menghasilkan dua lagi tiket Olimpik buat skuad terjun negara - menjadikan jumlah kuota yang diraih Malaysia kepada empat setakat ini.

Sebelum ini, acara terjun mengesahkan tiket Olimpik menerusi Pandelela Rinong (10 meter platform individu wanita) dan Bryan Nickson Lomas (3m papan anjal individu lelaki) pada Kejohanan Akuatik Dunia di Shanghai, Julai lalu.

Terjun menambah dua lagi kuota selaku juara benua Asia, dengan Bryan akhirnya meraih tempat dalam acara kegemarannya iaitu 10m platform dan Yeoh Ken Nee (3m papan anjal).

Berikutan itu, Malaysia dijangka buat pertama kali bakal menghantar skuad terjun terbesar ke temasya sukan terbesar dunia itu, dengan beberapa lagi penerjun diramal mampu melayakkan diri menerusi Piala Dunia, London, Februari depan.

Piala Dunia yang menjadi medan terakhir kelayakan Olimpik, menawarkan 18 lagi slot dalam setiap acara individu dan empat bagi acara seirama.

Daripada empat atlet yang disenarai dalam program Road to London, hanya Leong Mun Yee masih belum meraih tiket ke temasya 2012 itu.

Begitupun, tiada apa yang harus dibimbangkan kerana dia sepatutnya layak dalam acara 10m platform seirama bersama Pandelela tahun depan, berdasarkan status mereka sebagai lima pasangan terbaik dunia acara itu.

Mereka yang pernah meraih pingat gangsa pada Kejohanan Dunia di Rome dua tahun lalu adalah harapan paling realistik Malaysia mendapatkan pingat pertama sukan terjun di Olimpik.

Begitu juga Bryan dan Ken Nee yang kini tidak perlu risau mengenai kelayakkan individu, masing-masing boleh menumpukan sepenuhnya perhatian kepada persiapan dalam acara 3m papan anjal seirama.

Tidak mustahil jika kita bakal mempunyai dua pasangan dalam dua acara seirama pada temasya tahun depan selepas tiada pasangan pernah layak di Sydney 2000, Athens 2004 dan Beijing 2008.

Mengambil kira prestasi semasa beberapa kejohanan sebelum ini, penerjun muda seperti Traisy Vivien Tukiet, Cheong Jun Hoong, Wendy Ng Yan Yee serta Ooi Tze Liang juga dilihat mempunyai harapan ke London.

Empat penerjun ke Beijing 2008 ialah Mun Yee, Pandelela, Bryan dan Elizabeth Jimie.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Remaja campak bayi baru dilahir dari flat

Posted:

Remaja campak bayi baru dilahir dari flat

Remaja campak bayi baru dilahir dari flat

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my


Seorang anggota polis menjalankan siasatan di tempat bayi baru lahir dicampakkan ibunya ke dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Okt. - Tiada perkataan dapat diungkapkan melainkan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang remaja perempuan tergamak mencampakkan bayi baru dilahirkannya dari tingkat dua sebuah flat di sini.

Mayat bayi yang lengkap sifatnya itu kemudian ditemui oleh orang awam di dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang, di sini hari ini.

Ketika ditemui pukul 7 pagi, mayat bayi itu dalam keadaan tertiarap.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan remaja perempuan itu yang berusia 19 tahun di rumahnya di tingkat dua di flat itu.

Katanya, remaja yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang, mengaku melahirkan bayi itu di dalam tandas rumah yang dijadikan asrama pekerja, pukul 4 pagi ini.

"Remaja itu mengaku yang bayinya tersebut sudah tidak bernyawa selepas dilahirkan lalu membuangnya ke dalam longkang.

"Tiada siapa mengetahui meskipun rumah tersebut turut didiami lapan lagi pekerja restoran termasuk empat pekerja Indonesia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Penduduk, Zarizan Shahari, 27, memberitahu, dia menemui bayi malang itu setelah diminta oleh seorang penduduk lain untuk memeriksa sebuah objek yang mencurigakan di dalam longkang.

"Ketika itu saya baru pulang dari kampung di Jengka, Pahang. Alangkah terkejutnya apabila saya dapati ia adalah mayat seorang bayi yang masih bertali pusat.

"Saya terus menghubungi talian 999, sebelum pihak polis datang memeriksa dan mengambil bayi berkenaan.

"Saya difahamkan, rakan mangsa tidak tahu kejadian itu dan hanya menyedarinya apabila melihat tilam dipenuhi dengan kesan darah," ujarnya yang memberitahu remaja berkenaan baru sahaja berpindah ke flat itu dua bulan lalu.

Berang ditegur, anak kejar bapa dengan parang

Posted:

Berang ditegur, anak kejar bapa dengan parang

Berang ditegur, anak kejar bapa dengan parang

KULIM 3 Okt. - Berang selepas ditegur kerana membuat bising, seorang pemuda mengamuk untuk mencederakan bapanya dengan parang di Kampung Baru Air Merah, di sini malam tadi.

Berikutan kejadian pukul 11 malam itu, mangsa yang juga pesara tentera terpaksa melarikan diri ke rumah jiran untuk menyelamatkan diri.

Insiden itu bermula apabila pesara berusia 60 tahun tersebut menegur anaknya yang membuat bising di dalam rumah yang menyebabkan suspek berang.

Suspek yang berusia 30-an kemudian memaki hamun bapanya sehingga berlaku pergelutan sebelum pemuda itu mengambil parang untuk menyerang mangsa.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ghuzlan Saleh berkata, sepasukan anggota polis kemudian dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan keadaan.

"Anggota polis berjaya memujuk suspek sehingga menyerah diri. Tiada ahli keluarga cedera dalam kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan suspek bertindak demikian akibat di bawah pengaruh dadah.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Timba ilmu melalui aktiviti luar kelas

Posted:

Timba ilmu melalui aktiviti luar kelas

Timba ilmu melalui aktiviti luar kelas

Oleh M.RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com


PARA peserta gembira ketika menyertai pertandingan boling di Kuantan Mega Lanes, baru-baru ini. - utusan/M.Rizal Nor


JERANTUT 3 Okt. - Proses pembelajaran dan pengajaran bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) tidak hanya tertumpu di dalam kelas semata-mata, kerana program yang dijalankan di luar kelas turut memberi ilmu pengetahuan kepada mereka.

Apa sahaja yang dilakukan, sama ada dalam bentuk permainan atau kraf tangan amat berguna sebagai pengetahuan kepada golongan istimewa itu.

Selain memberi keseronokan kepada murid-murid tersebut, mereka turut mendapat pengalaman dan kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Baru-baru ini, 30 murid PPKIBP dari beberapa buah sekolah di Jerantut bersama 21 guru pengiring telah menyertai Pertandingan Boling dan Mencanting Batik di Kuantan.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Gelanggi 1, SK Kota Gelanggi 2, SK Pulau Tawar, SK Jerantut, SK Bandar Jerantut, SK Kuala Tembeling dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Gelanggi 2.

Penyelaras program, Mohd. Fatma Hisyam Abd. Rahman berkata, pertandingan boling diadakan secara berkumpulan bagi murid-murid PPKIBP dan individu bagi guru-guru.

"Kami telah membuat undian dengan menggabungkan murid dan guru dari sekolah berlainan untuk mengeratkan hubungan dan saling mengenali antara satu sama lain.

"Dengan cara ini ia bukan sahaja mengeratkan silaturahim, tetapi berupaya membina komunikasi yang baik bagi murid yang terlibat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, semua peserta dikehendaki menjalani senaman ringkas terlebih dahulu yang dikendalikan oleh para guru sebelum perlawanan boling dimulakan.

"Kemudiannya, guru-guru memperkenalkan peralatan yang digunakan untuk bermain boling serta cara untuk membuat balingan bola memandangkan para peserta tidak mempunyai pengalaman dalam sukan tersebut sebelum ini.

"Setiap pelajar diberi peluang membuat balingan percubaan sebelum permainan dimulakan bagi mengelak mereka merasa kekok," jelasnya.

Katanya, pertandingan bagi murid dijalankan terlebih dahulu kerana guru-guru pengiring perlu bersama dengan mereka, terutama untuk memilih bola yang sesuai mengikut kemampuan masing-masing selain mengawal tingkah laku mereka.

"Pelbagai gelagat dapat dilihat kerana ini adalah kali pertama mereka bermain boling sehingga ada yang terjatuh ketika membuat balingan," jelasnya yang juga penyelaras PPKIBP SK Kota Gelanggi 2 itu.

Johan keseluruhan bagi murid lelaki disandang oleh Nur Akmal Adnan dari SK Pulau Tawar manakala bagi kategori perempuan dimenangi oleh Nurul Ain Syafikah Izamzul dari SK Kota Gelanggi 1.

Majlis perasmian kejohanan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SK Kota Gelanggi 2, Rosmiza Abdul Rahman.

Sementara itu, murid pendidikan khas berkenaan bukan sahaja diperkenalkan dengan sukan boling, malah mereka turut berpeluang mempelajari teknik mencanting batik.

Menurut Mohd. Fatma, sebaik sahaja selesai bermain boling, semua peserta kemudiannya berkunjung ke Natural Batik Village, Kuantan untuk mempelajari cara-cara mencanting batik.

"Menariknya, semua peserta dibekalkan dengan satu set alat untuk mencanting batik, termasuk kain yang telah siap dicop, warna dan berus.

"Mereka terlebih dahulu diberi penerangan oleh petugas di pusat batik berkenaan mengenai cara-cara untuk mewarna kain yang telah dicop dengan lukisan batik dengan betul," ujarnya.

Walaupun keseluruhan peserta adalah murid pendidikan khas, namun mereka mampu menghasilkan warna yang cukup menarik berdasarkan kreativiti masing-masing, jelasnya Mohd. Fatma.

Tambah beliau, penganjuran kedua-dua program tersebut dilihat dapat menarik minat murid-murid selain memberi pendedahan kepada mereka tentang dunia luar.

Murid-murid teruja dapat bermain boling

Posted:

Murid-murid teruja dapat bermain boling

Murid-murid teruja dapat bermain boling

KUANTAN 3 Okt. - Program luar bilik darjah yang dijalankan terhadap murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) di Jerantut dekat sini berjaya menambah pengetahuan kepada golongan istimewa itu selain keseronokan.

Menurut salah seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Tawar, Nur Akmal Adnan, 13, penyertaannya dalam kejohanan boling tersebut nyata memberi pengalaman baharu bagi dirinya.

"Saya sangat gembira apabila berpeluang bermain dan belajar cara bermain boling dengan betul.

"Apa yang lebih membuatkan saya teruja ialah percubaan kali pertama bermain sukan itu membuahkan hasil apabila saya dipilih sebagai juara keseluruhan bagi peserta lelaki," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuantan Mega Lanes, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, bagi Nurul Ain Syafikah Izamzul, 12, dia sangat bertuah kerana dapat bermain boling dan mencanting batik kerana kedua-dua program tersebut berlaku buat kali pertama dalam hidupnya.

"Saya sangat tertarik dengan program mencanting batik kerana dapat menghasilkan satu kerja tangan yang tidak pernah dibuat sebelum ini dan ternyata lebih seronok berbanding mewarna lukisan di sekolah," ujar murid SK Kota Gelanggi 1 itu.

Manakala, bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Gelanggi 2, Suhaidi Mohamad, 19, selain mendapat pengalaman baharu, dia turut mendapat ramai kenalan termasuk dari sekolah rendah.

"Hari ini saya dapat bermain dan berkenalan dengan ramai kawan-kawan dari sekolah lain. Saya harap lebih banyak program dapat dijalankan selepas ini," jelasnya.

1,749 unit komputer dirampas

Posted:

1,749 unit komputer dirampas

1,749 unit komputer dirampas

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my


Sharifudin Abdul Ghani (kanan) menunjukkan sebahagian komputer rampasan hasil operasi di sekitar Kuantan selepas sidang media, semalam.


KUANTAN 3 Okt. - Polis merampas sebanyak 1,749 unit komputer dalam 163 serbuan ke atas premis yang menjalankan kegiatan perjudian berkomputer sejak Januari sehingga bulan lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifudin Abdul Ghani berkata, ia menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu 483 unit komputer dalam 85 serbuan.

Menurutnya, dalam tempoh sama tahun ini, seramai 732 individu ditahan berbanding 361 orang pada tahun lalu.

"Polis memandang serius kegiatan perjudian berkomputer itu dan akan melakukan pemantauan serta serbuan bagi membanterasnya," katanya kepada pemberita di Balai Polis Peramu, di sini hari ini.

Sharifudin menyeru orang ramai supaya tampil memberi maklumat mengenai aktiviti tersebut dengan menghubungi talian 09-5151999 atau 019-9879999.

Dalam perkembangan sama, katanya, seramai 192 orang termasuk tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan ketika leka berjudi di daerah ini semalam.

"Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 64 tahun ditahan di 16 buah premis di Jalan Pasar, Jalan Tanah Putih dan Taman Tas di sini.

"Dalam serbuan itu, sebanyak 401 set komputer yang bernilai RM406,140 serta wang tunai berjumlah RM5,140 dirampas," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pelampau Zionis bakar masjid

Posted:

Pelampau Zionis bakar masjid

Pelampau Zionis bakar masjid


SEORANG wanita Palestin memerhati ruang solat masjid yang dibakar oleh pelampau Zionis di Kampung Tuba Zangaria, Upper Galilee, dalam wilayah taklukan Israel, semalam. – AFP


BAITULMAQDIS 3 Okt. – Sebuah masjid di utara Israel dibakar malam tadi dan slogan Yahudi diconteng pada dinding luarnya.

Polis hari ini menggambarkan kejadian itu sebagai 'insiden tanda harga yang sangat serius'.

Pendatang haram Yahudi mengamalkan apa yang mereka gambarkan sebagai dasar 'tanda harga' dengan menyerang penduduk Palestin dan harta benda mereka sebagai membalas tindakan kerajaan Israel untuk menyekat pembinaan kawasan penempatan.

Jurucakap polis, Mickey Rosenfeld berkata, beberapa suspek memasuki masjid di kampung Badwi, Tuba Zangaria di Upper Galilee dan membakarnya, menyebabkan kerosakan besar kepada permaidani dan dinding.

Di luar masjid itu kata beliau, penceroboh menconteng perkataan 'tanda harga' dan 'balas dendam' dalam bahasa Hebrew.

Mereka juga menulis perkataan 'Palmer', dipercayai merujuk kepada Asher Palmer, pendatang haram Yahudi yang terbunuh bersama-sama bayi lelakinya di selatan Tebing Barat pada 23 September lalu selepas keretanya terbabas apabila terkena batu yang dilontar oleh penduduk Palestin.

Hampir semua serangan 'tanda harga' itu berlaku di Tebing Barat tetapi pada tahun lepas, insiden serupa berlaku di kampung Arab Israel, Iblin, juga di kawasan utara Galilee.

Komander polis Daerah Utara, Roni Attia menubuhkan sebuah pasukan siasatan khas untuk menangani insiden itu manakala kawalan keselamatan diperketatkan di kawasan berkenaan untuk mencegah sebarang 'insiden rambang'. – AFP

Haqqani nafi ada kaitan dengan ISI Pakistan

Posted:

Haqqani nafi ada kaitan dengan ISI Pakistan

Haqqani nafi ada kaitan dengan ISI Pakistan


GAMBAR fail 19 Oktober 2001 menunjukkan Jalaluddin Haqqani (kanan), semasa menjadi Menteri Hal Ehwal Puak semasa Afghanistan diperintah Taliban bersama anaknya, Naziruddin (kiri). Puak Haqqani dituduh sebagai pengganas oleh AS. - REUTERS


KABUL 3 Okt. - Rangkaian militan Haqqani hari ini menafikan dakwaan terlibat dalam pembunuhan bekas Presiden Afghanistan, Burhanuddin Rabbani, bulan lalu.

Ketua Operasinya, Sirajuddin Haqqani berkata, Haqqani yang turut dituduh melakukan serangan terhadap rakyat Barat di Kabul juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agensi Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) Pakistan.

''Bukan kami yang membunuh Rabbani dan ini telah banyak kali kami tegaskan.

''Haqqani juga tidak ada kaitan dengan ISI,'' katanya.

Dalam kejadian 20 September lalu, Rabbani yang juga Pengerusi Majlis Perdamaian Tertinggi dibunuh di kediamannya dalam serangan berani mati oleh pengebom yang memakai serban mengandungi bahan letupan.

Haqqani berkata, sepanjang pendudukan Kesatuan Soviet di Afghanistan pada 1980, pejuang Mujahedeen ada berhubungan dengan agensi risikan Pakistan serta beberapa negara lain.

Bagaimanapun, katanya, hubungan itu putus sebaik Amerika Syarikat (AS) menceroboh Afghanistan.

Rangkaian Haqqani diasaskan olehh Jalaluddin Haqqani, pejuang yang dikenali ketika melancarkan jihad terhadap Kesatuan Soviet. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Saksi tak sedar tanda tangani perjanjian

Posted:

Saksi tak sedar tanda tangani perjanjian

Saksi tak sedar tanda tangani perjanjian

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Tan Sri Dr. Ting Chew Peh hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak menyedari telah menandatangani perjanjian jual beli tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) tanpa sebarang pemberian kuasa (authorisation) daripada Kabinet.

Chew Peh yang memegang jawatan tersebut selama empat tahun sehingga 2004 bagaimanapun berkata, terma dan syarat perjanjian itu yang ditandatangani pada 20 November 2002 sebenarnya telah dipersetujui oleh jemaah LPK.

Beliau yang merupakan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersetuju bahawa tiada mesyuarat diadakan untuk membincangkan perjanjian tersebut sebelum ia ditandatangani.

Bekas Setiausaha Agung MCA itu memberitahu demikian ketika disoal dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup pada perbicaraan kes terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik.

Manoj dalam satu soalan mengatakan, pada hakikatnya perjanjian jual beli antara Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dan LPK itu telah ditandatangani tetapi tidak dimaklumkan dalam mesyuarat.

Saksi pendakwa kesembilan itu yang kini Pengarah Bukan Eksekutif Hua Yang Bhd. bagaimanapun menjawab, beliau tidak mengingatinya namun mungkin ada dimaklumkan.

Liong Sik sedang dibicarakan atas satu tuduhan utama pindaan dan dua tuduhan pilihan pindaan berhubung penipuan terhadap Kerajaan Malaysia.

Pada awal prosiding yang masuk hari ke-15 hari ini, Chew Peh berkata, maklumat Jemaah Menteri adalah tanah tersebut yang akan diperoleh mengikut Seksyen 3(1) Akta Pengambilan Tanah 1960 berdepan dengan beberapa masalah dan berlarutan sehingga dua tahun setengah.

Katanya, Jemaah Lembaga LPK bersetuju dengan keputusan LPK yang memutuskan untuk mencuba membeli tanah tersebut walaupun keputusan Kementerian Kewangan (MOF) pada masa itu adalah untuk memperoleh tanah.

Menurut pertuduhan, bekas Presiden MCA itu didakwa melakukan perbuatan tersebut dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion.

Perbuatan tersebut didakwa berlaku antara 25 September dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi itu, bersambung esok dengan giliran peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Liong Sik untuk menyoal balas Chew Peh.

Pelakon Mr. Mama tidak setuju tawaran suami

Posted:

Pelakon Mr. Mama tidak setuju tawaran suami

Pelakon Mr. Mama tidak setuju tawaran suami

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Pelakon wanita utama yang membintangi drama bersiri Mr. Mama, Jasmine Mohamad Ashraff tidak bersetuju dengan tawaran penyelesaian berhubung tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) yang dikemukakan oleh suaminya, Muhammad Darren Jibran.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Muhammad Darren selaku plaintif dalam tuntutan hak penjagaan anak lelaki pasangan tersebut, Muhammad Daniel Jibran yang berusia setahun tujuh bulan.

Menurut peguam itu, Jasmine, 31, juga tidak bersetuju terhadap permohonan Muhammad Dareen, 30, yang menuntut agar terma hak lawatan kanak-kanak tersebut dipinda kepada tanpa kehadiran dramatis berkenaan.

''Kedua-dua pihak melalui permohonan inter-parte (antara pihak) pada prosiding 7 April lalu bersetuju terhadap terma hak lawatan kepada Muhammad Darren dalam seminggu sekali dan dimestikan dengan kehadiran Jasmine.

''Oleh demikian, anak guam saya memohon agar terma hak lawatan itu dipinda dengan 'tanpa kehadiran Jasmine','' ujar Azmi di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Peguam syarie, Abdul Halim Bahari yang mewakili Jasmine selaku defendan kemudian memberitahu, kegagalan penyelesaian itu tidak boleh dipersalahkan kepada anak guamnya kerana terdapat beberapa cadangan yang diusulkan oleh defendan tidak dipersetujui oleh Muhammad Darren.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain kemudian menjelaskan, mahkamah tidak boleh menetapkan sebarang keputusan berhubung pindaan itu kerana persetujuan sebelum ini dibuat secara inter-parte.

Beliau menjelaskan memandangkan ia dibuat menerusi inter-parte, setiap pihak mestilah bersetuju secara bersama jika hendak meminda terma hak lawatan itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 November ini untuk perbicaraan berhubung tuntutan hadanah tersebut.

Jasmine yang memegang watak 'Suria' dalam drama bersiri itu hadir ke prosiding hari ini dengan beberapa ahli keluarga terdekatnya.

Muhammad Darren yang bekerja sebagai jurutera turut hadir ke mahkamah hari ini. Beliau memfailkan tuntutan hadanah itu terhadap Jasmine pada 17 Februari lalu.

Dalam tuntutan tersebut, Muhammad Darren mendakwa, wanita terbabit telah menafikan hak pengawasan anak mereka terhadapnya dan ibu bapanya.

Pasangan berkenaan yang berkahwin pada 7 Mac 2009 di Selangor kini dalam proses untuk bercerai.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Hudud: Pas memerangkap UMNO/BN

Posted:

Hudud: Pas memerangkap UMNO/BN

Hudud: Pas memerangkap UMNO/BN

Oleh TOK KI

ISU hudud Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan tentangan Karpal Singh daripada DAP adalah sandiwara politik yang cuba mengalihkan isu Mat Sabu yang banyak menjejas pengaruh pakatan pembangkang di mata awam.

Dalam masa sama, mereka ingin memerangkap UMNO/BN supaya terjebak di Parlimen Oktober ini sekiranya terdapat usul tergempar mengenai pindaan Perlembagaan yang membolehkan hudud dilaksanakan.

Dan yang lebih utama membuat justifikasi bahawa pengenalan Negara Berkebajikan adalah suatu muslihat melunakkan perjuangan negara Islam oleh ulama Pas dan menampilkan pengaruh kumpulan Edorgan atau Anwarinas dan Anwar Ibrahim tentang perlunya Pas terikat kepada dasar Buku Jingga. Dasar Buku Jingga tidak menyebut mengenai negara Islam apa lagi pelaksanaan hudud.

Oleh itu Pas mempunyai hujah sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti bukanlah Pas tidak mahu hudud tetapi dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan dan tidak disokong oleh UMNO/BN. Pas akan menyatakan dengan lantang nanti bahawa UMNO menolak hudud. Tapi kalau dibawa ke Parlimen pun mahukah DAP menyokongnya?

Mana mungkin hudud menjadi agenda Pas kerana dalam muafakat yang lebih besar di kalangan kepimpinan pakatan pembangkang, Dasar Buku Jingga tidak memasukkan perjuangan hudud baik di Kelantan dan negeri-negeri yang dikatakan bakal dikuasai oleh Pas dan pakatan pembangkang nanti. Intipati perjuangan Buku Jingga secara jelas tidak memperjuangkan Negara Islam apalagi hudud.

Isu ini secara jelas dipolitikkan oleh Pas untuk memenangi pengaruh paling tidak di Kelantan. Biasanya isu syurga-neraka, jahiliah-kafir dan hudud adalah senjata yang ampuh dalam politik akar umbi di Kelantan. Ternyata sekian lama ia amat berkesan untuk menambat hati orang Kelantan. UMNO yang dilihat sebagai kafir, taghut, jahiliah menjadi isu yang tidak pernah hilang dalam politik Kelantan.

Dengan Negara Kebajikan dan dasar Buku Jingga orang boleh persoalkan tentang Negara Islam dan hukuman hudud. Ia tidak tercatat langsung dalam dasar itu. Dengan menimbulkan isu hudud cara Pas di Kelantan sekarang dan ditolak oleh Parlimen dan UMNO/BN ia diharap menjadi modal utama kempen nantinya.

Mengapa dikatakan isu hudud ala Pas itu dipolitikkan. Umum mengetahui bahawa ulama dalam Pas mahukan hudud. Kenyataan Nik Aziz, Ketua Dewan Ulama, Harun Taib, Ketua Pemuda Nasrudin Hasan, Tuan Ibrahim Tuan Man adalah menyokong hudud sepenuhnya.

Dalam masa sama, Naib Presiden Pas Salehuddin Ayub, mengambil pendekatan lunak. Apakah ini suara daripada kumpulan Anwarinas yang tidak sekata dengan suara ulama. Ini membolehkan Anwar Ibrahim dalam kemelut yang berbangkit meyakinkan Karpal Singh dan DAP bahawa jika isu hudud dibawa ke Parlimen sekalipun, ia tidak akan diterima dan hasrat Karpal Singh untuk melihat hudud tidak dilaksanakan akan terjadi. Ini yang menyebabkan Karpal Singh tidak membantah dalam mesyuarat tersebut.

Abdul Hadi Awang suatu ketika dulu juara Negara Islam dan hudud nampaknya semacam tidak lagi menjadi jurucakap ulama yang mahukan negara Islam dan menerima Dasar Buku Jingga yang tidak memasukkan perjuangan negara Islam sebaliknya dalam Muktamar yang lalu mengemukakan konsep Negara Berkebajikan dan membuat hujah bahawa konsep Negara Islam tidak ada dalam al-Quran.

Ada orang mengatakan bahawa pengaruh ulama hanya tinggal 30 peratus dalam Pas. Kehadiran Hassan Ali menjadikannya serba tidak kena dan ketidakhadiran Ustaz Nasaruddin Mohd. Isa dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pas menimbulkan persoalan.

Yang jelas pengaruh Anwarinas semakin kuat. Dan apakah pengaruh ulama dalam Pas bakal terpinggir. Kalau begitu slogan "Membangun Bersama Ulama'" dan "Kami sokong Hudud "dalam perjuangan Pas bakal hilang kerana suara ulama yang inginkan Negara Islam dan hudud bakal tenggelam.

Kerajaan istiqamah dalam memperkasakan peraturan syariah dalam sistem perundangan syariah di Malaysia. Walaupun fokusnya banyak kepada Undang-undang Keluarga Islam dan muamalah/ekonomi tetapi ia suatu permulaan yang baik untuk memperkenalkan institusi berasaskan syariah dalam sistem perundangan, kewangan dan ekonomi negara.

Pengenalan sukuk (bon Islam) di tahap dunia, industri halal secara besar-besaran, memperkukuhkan bahagian syariah dan sistem latihan kewangan di Bank Negara adalah antara contoh bahawa usaha mengembalikan sistem ke arah yang berdasarkan syariah sedang berlaku. Bank Rakyat umpamanya adalah contoh bank Islam yang berkembang dan disertai ramai kalangan bukan Islam kerana keuntungan dan kestabilannya.

Tidakkah itu memberi gambaran bahawa maqasid syariah dalam ilmu, pendidikan, pentadbiran, muamalah, ekonomi dan sosial sedang berjalan sekian lama di Malaysia. Penubuhan Universiti Islam Malaysia (DiRaja) yang bakal berlangsung, Kolej Universiti Al Quran Malaysia yang sedang di teroka bakal mengukuhkan lagi UIAM, USIM dan lain-lain institusi pengajian tinggi Islam berstatus negeri.

Penghantaran pelajar-pelajar berpotensi ke seluruh dunia (termasuk anak-anak pembangkang) dan menyediakan tempat belajarnya dalam negara adalah dilakukan oleh kerajaan dan dianjurkan oleh Islam.

Membangunkan masyarakat baru di Felda dan Felcra, membangun Dasar Pertanian Negara dan Nelayan, membantu kelompok miskin dengan bantuan dan perumahan, membantu usahawan yang berpotensi dan memperkukuhkan latihan keusahawanan untuk generasi muda adalah dasar-dasar yang tidak bercanggah dengan Islam.

Banyak lagi kalau ingin disebut di sini yang menjadi pendekatan kerajaan dan UMNO yang sebahagian besarnya dimanfaatkan oleh ahli-ahli dan anak-anak ahli pembangkang. Apakah mereka rasa bersyukur dengan apa yang mereka terima dan membantu mengukuhkan lagi dasar-dasar Islam yang sedia terdapat.

Apa maksud Negara Islam Pas dan sekarang pula Negara Berkebajikannya. Apakah yang disebutkan sebahagiannya yang dilakukan oleh UMNO dan kerajaan tidak Islamik dan memberi fokus kepada kebajikan rakyat. Tidaklah salah gerakan Pas cuba mengukuh asas-asas rohaniah tetapi tuntutan sebenar yang harus Pas lakukan ialah membangun model alternatif untuk membangun sistem yang Islamik.

Apakah di Kelantan sejak puluhan tahun Pas memerintah masalah sosial sudah dapat diatasi. Apakah masalah air bersih sudah dapat dibekalkan. Apakah kegiatan-kegiatan ekonomi yang Islami sudah berkembang dan menjadi model yang boleh dicontohi dan diikuti oleh negeri-negeri lain di Malaysia.

Apakah Kelantan mempunyai program induk menyekat penghijrahan ramai warganya ke Lembah Klang dan tempat-tempat lain sedangkan orang Kelantan mempunyai potensi berniaga dan boleh digerakkan ke arah produktiviti yang tinggi. Apakah kadar kemiskinan dan pengangguran di Kelantan sudah dapat di atasi.

Apakah sudah ada dasar budaya, seni dan sukan yang Islami di Kelantan. Inilah antara isu-isu pokok sebagai prasyarat untuk mewujudkan negara Islam apalagi pelaksanaan hudud yang menjadi perintah Allah. Perlu ada iklim pembangunan dan perubahan yang kondusif supaya apabila dilaksanakan hudud ia menjadi pengukuh kepada sebuah sistem yang Islami.

'Lex Loci' bumi Malaysia

Posted:

'Lex Loci' bumi Malaysia

'Lex Loci' bumi Malaysia

TAN SRI DR. NORDIN KARDI Penyandang Kursi Za'ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris

MEMBACA titah diraja Raja Dr. Nazrin Shah pada Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur memang menggamit saya untuk memahami, menganalisis dan mengulas.

Namun, saya tiada keberanian menzahirkannya kerana sebagai orang Melayu kuranglah beradab bersuara sebelum dititahkan. Apabila saya mendapat pesanan ringkas daripada rakan rapat saya yang juga rapat dengan istana memberi isyarat bahawa istana seperti tiada halangan untuk saya menyentuh mengenainya secara terbuka, maka dengan rasa rendah diri, dengan ini memberanikan diri melakukannya.

Banyak perkara disentuh dalam titah itu seperti persejarahan Malaysia, kedudukan raja-raja, kedudukan agama Islam, kedudukan orang Melayu, menghalusi dasar bagi penguatkuasaan Perlembagaan, autoriti institusi dan infrastruktur agama Islam, dan pencerobohan dari kecil hingga yang besar terhadap kesucian agama Islam.

Hodoh adab saya jika sebagai hamba rakyat mengatakan ada cacat pada titah itu, namun sebagai rakyat Malaysia saya merasa titah sedemikian wajar dilebarkan maksud liputan perintahnya, bukan kepada orang Islam semata-mata, mengambil kira maksud semangat bahawa Malaysia adalah negara beraja dan ketua negaranya adalah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang melalui sesuatu musyawarah mewakilkan perintah itu kepada wakil baginda semua, iaitu Raja Dr. Nazrin.

Jika tidak dilihat seperti yang saya maksudkan, maka akan bertemurunlah nanti tafsiran bahawa Raja Melayu itu ialah raja untuk orang Melayu sahaja, sebaliknya raja Melayu adalah raja bagi setiap rakyat jelata yang menghuni bumi Malaysia.

Apabila Raja Dr. Nazrin pada perenggan ke-31 teks titah yang diterbitkan itu menzahirkan klausa lex loci of the land' maka pendirian saya ini terasa kuat akan benarnya.

Jika amalan undang-undang mentafsirkan lex loci sebagai undang-undang di sesuatu tempat maka titah diraja yang menyebutkan Islam sebagai lex loci of the land maka setiap rakyat jelata yang tinggal di bumi Malaysia sama ada mereka Islam atau bukan Islam, Melayu atau bukan Melayu hendaklah menjaga agama atau undang-undang itu walaupun mereka bukan penganut atau bertauhid kepadanya.

Di mana-mana pun, kalau begitu, apabila ada orang bertanya kepada rakyat Malaysia apakah agama negara bangsa kamu, mereka akan lebih dahulu menjawab agama negara bangsa kami ialah Islam. Selepasnya baharu menjawab agama peribadi kami ialah 'b atau c atau d'.

Maksudnya, semua rakyat Malaysia menjunjung, menjaga dan menjayakan suatu agama negara sebagai 'lex loci' termasuk segala peraturan dan pengecualiannya seperti perkenan perintah raja-raja Melayu yang merupakan raja negara bangsa.

Tanggungjawab terhadap perintah itu hendaklah dipatuhi oleh setiap rakyat jelata tanpa kekecualian sama seperti tanggungjawab-tanggungjawab lain sebagai warganegara Malaysia. Secara mudah kewajipan itu boleh difahami seperti wajibnya rakyat Malaysia membawa kad pengenalan di mana-mana sahaja mereka berada di bumi Malaysia dan wajib pula memiliki pasport Malaysia apabila berada di negara orang. Demikianlah kedudukan Islam sebagai lex loci bumi Malaysia.

Secara jelas titah itu menyebutkan bahawa Tanah Melayu yang diambil oleh Inggeris kemudian dipulangkan kembali kepada empunya tanah itu iaitu raja-raja Melayu. Dalam keadaan itu, raja-raja Melayu boleh memerintah negeri masing-masing dengan pemerintahan beraja mutlak tetapi raja-raja Melayu kemudiannya begitu pemurah menyerahkannya kepada rakyat untuk diurus setelah negara ditebus mengikut suatu tatacara yang dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Sehinggakan, raja-raja sanggup menyerahkan kuasa mengurus diri baginda-baginda sendiri pun kepada Perlembagaan itu. Perlembagaan itu menetapkan kewajipan-kewajipan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ditafsirkan dalam bahasa Inggeris sebagai Supreme Head, Supreme Ruler atau boleh juga Paramount Ruler bagi menggambarkan adanya ruler yang lain yang diwakili baginda. Secara teori dan yang tertulis dalam Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa eksekutif tetapi baginda melaksanakannya atas nasihat atau dilaksanakan oleh Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri yang kemudiannya menjawab pula di Parlimen atas pelaksanaan kuasa Yang di-Pertuan Agong itu.

Yang di-Pertuan Agong adalah antara segelintir Raja Pemerintah di dunia yang terlantik secara pemilihan dari kalangan raja-raja Melayu yang bermesyuarat apabila pemerintahan Yang di-Pertuan Agong tamat tempoh atau mangkat.

Oleh sebab raja-raja telah menyerahkan kuasa kepada rakyat melalui Perlembagaan, maka Perlembagaan telah mengatur cara-cara raja melaksanakan tanggungjawab baginda. Dua cara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan ialah: (1) budi bicara tanpa perlu persetujuan sesiapa pun dan, (2) melaksanakan sesuatu kuasa selepas dinasihati oleh Perdana Menteri atau Persidangan Raja-Raja.

Budi bicara Yang di-Pertuan Agong termasuk menentukan masa Persidangan Raja-Raja, pembubaran Parlimen dan yang penting pelantikan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh melantik sesiapa sahaja menjadi Perdana Menteri tanpa mengira parti jika pada pendapat baginda orang itu akan mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Jika orang yang dilantik baginda itu diundi tidak percaya oleh Dewan Rakyat maka Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara seterusnya untuk melantik pula seseorang yang lain. Di satu lagi cabang Parlimen, iaitu Dewan Negara, 44 orang ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Oleh sebab Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh raja-raja Melayu itu Ketua Utama Negara maka setiap rakyat yang berkhidmat untuk rakyat adalah melaksanakan tugas bagi pihak baginda semua. Ini jelas apabila Perlembagaan Negara perkara 132 berkaitan perkhidmatan awam menyebut bahawa semua perkhidmatan awam meliputi: (a) angkatan tentera; (b) perkhidmatan kehakiman dan perundangan; (c) perkhidmatan awam am Persekutuan; (d) pasukan polis; (e) dimansuhkan; (f) perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133; (g) perkhidmatan awam setiap negeri; dan (h) perkhidmatan pendidikan, semuanya menjalankan tugas untuk kebajikan awam bagi pihak Yang di-Pertuan Agong.

Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong yang mewakili raja-raja Melayu itu berkuasa terhadap semua cabang pentadbiran negara yang merangkumi legislatif, judicial dan eksekutif.

Tidak juga boleh dilupakan bahawa tanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan negara juga adalah terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong kerana Perlembagaan memperuntukkan bahawa baginda adalah Supreme Commander angkatan tentera.

Apa yang saya cuba ketengahkan ialah, tidak mengapalah jika ada tafsiran dalam bentuk sejarah yang lain, Yang di-Pertuan Agong ialah raja bagi sekalian warganegara Malaysia, bukan raja bagi orang Melayu atau orang Islam sahaja. Maka titah diraja hendaklah menjadi titah kepada sekalian warganegara rakyat jelata.

Jika titah itu mewakili Yang di-Pertuan Agong seperti yang disebut oleh baginda Dr. Raja Nazrin maka titah itu sewajarnya mempunyai tafsiran dan kuasa eksekutif untuk dilaksanakan oleh Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri melalui peraturan-peraturan atau cara-cara yang boleh dan tidak pula bertentangan dengan Perlembagaan; oleh judicial yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan oleh legislatif yang mempunyai segala tatacaranya sendiri untuk menjadikan titah itu sesuatu undang-undang negara.

Demikian perasaan saya terhadap titah diraja itu dengan melihat bahawa raja-raja Melayu adalah penguasa, hakim dan penguat kuasa lex loci di bumi Malaysia seperti yang dinyatakan oleh Dr. Raja Nazrin. Namun begitu raja-raja pernah mengingatkan supaya kuasa raja-raja tidak dipohon kuasa eksekutifnya hanya apabila keadaan menjadi getir sedangkan dalam keadaan mewah dan riang raja-raja hanya dijadikan simbol dan penyeri acara rasmi.

Raja-raja adalah di atas sekalian rakyat jelata sama ada Islam atau bukan Islam. Melayu atau bukan Melayu. Maka setiap titah diraja berkaitan negara yang diperintah moleklah tidak ditujukan berulang-ulang hanya kepada orang Melayu atau orang Islam.

Teringat saya dahulu semasa menerima surat rasmi ditawarkan masuk ke universiti pada awal tahun 1970-an, sampul suratnya tertulis 'Urusan Seri Paduka Baginda'. Demikian juga apabila saya mendapat tawaran pekerjaan. Seluruh kampung yang melihat surat 'Urusan Seri Paduka Baginda' akan riuh kerana surat itu selalunya diletakkan di kedai terdekat dengan jalan raya. Penerimanya baik Melayu, Cina atau India, baik Islam, Kristian, Hindu, Buddha atau Pagan akan sama ada ketakutan atau berseri-seri wajah kerana isi surat dari sampul yang bercetak demikian. Masih adakah sampul surat sedemikian sekarang? Jika tiada, siapa mengubahnya?

Dulu sebelum 1996 Naib Canselor Universiti apabila dilantik akan menerima watikah perlantikan daripada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Sekarang, memadailah nampaknya surat daripada Menteri atau Ketua Setiausaha Kementerian sahaja bagi pihak Menteri. Ada orang kata "ah, itu simbolik sahaja, tidak penting". Tidak mengapalah. Ampun Tuanku!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Nabil belajar jadi suami

Posted:

Nabil belajar jadi suami

Nabil belajar jadi suami

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
aida. kamaruddin@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHARIN SHAH


Nabil menyarungkan cincin ke jari manis isterinya, Nazirah Ayub.


SETELAH dihujani pelbagai kontroversi panas, jura Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, 28, kini sah menjadi suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.

Bagi Nabil, walaupun ramai yang terkejut akan keputusannya itu, namun dia pasti ini merupakan antara keputusan paling tepat yang pernah diambil sepanjang hidupnya.

"Saya hanya mengambil masa enam bulan untuk merealisasikan majlis perkahwinan saya pada hari ini.

"Soal bersedia atau tidak bukan perkara pokok bagi saya. Apa yang penting kini saya sudah menjadi suami dan yakin mampu menjalani bahtera perkahwinan ini bersama isteri saya," katanya pada majlis pernikahannya di Masjid Sultan Mizan di Putrajaya, Jumaat lalu.

Berkenalan selama enam tahun, baik Nabil mahupun Nazirah, mereka langsung tidak menyangka status kawan itu kini berakhir di jinjang pelamin.

Bagi Nabil sendiri, kesudian Nazirah menerimanya sebagai suami merupakan sebab utama mengapa dia mengambil keputusan untuk bernikah dalam jangka masa yang singkat.

"Saya mengenali dia sejak enam tahun lalu. Perkenalan kami adalah melalui kawan baik saya. Bagaimanapun kami mulai rapat dalam tempoh enam bulan sahaja.

"Daripada tempoh yang singkat itu, ada keserasian antara kami berdua. Itulah yang membuatkan saya pasti bahawa sudah sampai masanya saya meneruskan fasa kedua dalam kehidupan bersama wanita yang sanggup menerima saya seadanya," katanya dalam nada paling ceria.

Kahwin tutup kontroversi

Menceburi bidang glamor sejak 2008, Nabil mengakui dirinya sering menjadi sasaran kontroversi panas sepanjang bergelar artis.

Oleh itu, ada suara-suara nakal yang mengatakan, perkahwinan Nabil ini adalah sekadar untuk tutup kontroversi.

"Saya mengahwini Nazirah bukan kerana mahu menutup kisah lampau atau mematikan kontroversi sebaliknya saya ikhlas mahu menjadi suaminya.

"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menjadikan perkahwinan ini sebagai satu langkah untuk menutup semua isu-isu panas yang pernah melanda saya sebelum ini.

"Bagi saya, ikatan perkahwinan bukan boleh dibuat main-main. Saya bersedia memikul tanggung jawab sebagai seorang suami dan insya-Allah, bergelar ayah pula nanti," katanya serius.

Ditanya mengenai keistimewaan isterinya, Nabil memberitahu, gadis pilihannya itu berjaya mencuri hatinya sejak enam tahun lalu.

Tetapi, jelas Nabil, hubungan itu tidak disulami dengan rasa cinta mungkin kerana ketika itu, kehadiran Nazirah sekadar kawan biasa.

Cuma sejak akhir-akhir ini, kata Nabil, pintu hatinya terbuka dan barulah dia terpandang bahawa wanita yang selama ini berada di hadapan matanya, adalah jodoh yang telah ditentukan Allah untuknya.

"Kelembutan dan perwatakan Nazirah yang memikat hati saya. Dialah wanita yang ada ciri-ciri seorang isteri dan keibuan.

"Apa yang paling memikat hati saya ialah kemampuannya mengendalikan motosikal berkuasa tinggi.

"Kiranya, antara kami berdua, berkongsi minat yang sama. Selepas ini, kami sama-sama boleh menunggang motosikal," ujar Nabil berseloroh.

Rancangan masa depan

Memilih Mekah sebagai destinasi berbulan madu, Nabil menyuarakan, itulah hasrat dan impian yang tersemat dalam sanubarinya apabila bergelar suami.

"Sejak dulu lagi, saya berdoa agar dapat ke Mekah bersama isteri selepas dinikahkan. Walaupun ketika hasrat itu terdetik di hati saya, saya tidak dapat memastikan siapakah calon isteri saya.

"Kini terjawab sudah siapakah suri dalam hidup saya. Jika diizinkan Tuhan, dapatlah saya menunaikan hasrat ini kerana saya mahu berdoa supaya perkahwinan yang saya bina ini diberkati sepanjang hayat saya," ujar Nabil.

Bercakap soal zuriat, Nabil mahu mendapat anak secepat mungkin kerana tegasnya, kehadiran cahaya mata dalam sesebuah rumah tangga adalah pelengkap dalam kitaran satu kehidupan.

"Mestilah saya mahu menimang cahaya mata dalam waktu yang singkat. Itu pun kalau diizinkan Allah.

"Lagi pun, apabila ada anak, pasti suara riuh rendah anak-anak akan menambahkan lagi ikatan kasih sayang antara saya dan isteri.

"Saya dan isteri tidak merancang. Kalau ada, adalah," katanya dalam nada mengusik Nazirah.

Komen ibu Nabil

Sementara itu, ibu Nabil, Rohizah Abd. Latiff, 60, gembira dengan keputusan Nabil memperisterikan Nazirah.

"Ini adalah antara berita paling gembira yang saya terima sepanjang tahun ini.

"Lega rasa hati ini kerana Nabil sudah ada isteri yang boleh menjaga makan dan pakainya.

"Memanglah pada awalnya saya terkejut kerana tiba-tiba sahaja, dia memberitahu mahu berkahwin.

"Walaupun terkejut dengan keputusan yang dibuatnya dalam waktu yang singkat, saya tetap bersyukur kerana akhirnya, pintu hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga," katanya.

Mengenai hubungan antara Nabil dengan Irma Hasmie sebelum ini Rohizah berkata: "Hubungan saya dengan dia baik, macam biasa sahaja. Cuma memang bukan jodoh Nabil dan dia.

"Saya percaya Irma akan menemui seseorang yang baik. Itulah doa makcik untuk Irma."

Sarimah ceburi perniagaan

Posted:

Sarimah ceburi perniagaan

Sarimah ceburi perniagaan

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar IZHAM JAAFAR


KINI Sarimah yakin dengan produk stem cell keluaran Fablous Global Sdn. Bhd.


MENYEDARI ketahanan tubuh badannya tidak kuat disebabkan penyakit kanser hidung dan otak, Datuk Sarimah Ahmad sering menolak apabila dicadangkan membuat pembedahan.

Sarimah, 68, lebih rela menyerahkan segala-galanya pada takdir Allah daripada melakukan pembedahan walaupun apabila dikesan ada penyakit itu pada 20 April tahun lalu dan doktor meramalkan yang dia hanya ada tempoh tiga bulan untuk hidup.

Menurut seniwati itu, bukan dia tidak yakin dengan kepakaran doktor, namun dia tahu sejauh mana kekuatan tubuhnya jika menjalani pembedahan.

Kata Sarimah, dia pernah tengok salah seorang saudaranya koma selepas menjalani pembedahan dan situasi itu membuatkannya trauma.

Justeru, bagi mengatasi penyakitnya itu, Sarimah tidak berhenti mencuba pelbagai produk kesihatan sebagai rawatan alternatif di samping mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran serta meminum air Zamzam sebagai penawar.

"Selama tiga tahun, sebelah badan saya lemah. Waktu itulah saya banyak menghabiskan masa di rumah kerana tidak mahu orang lain melihat kelemahan saya.

"Di waktu yang sama saya juga cuba pelbagai cara untuk mengatasi penyakit ini tanpa melakukan pembedahan. "Alhamdulillah, sejak mengamalkan produk Plant Stem Cell Swiss Technology empat bulan lalu, saya dapat rasakan perubahan pada tubuh," katanya yang ditemui pada majlis memperkenalkan produk yang digunakan untuk merawat penyakitnya itu.

Turut hadir, Pengarah Urusan dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Fablous Global Sdn. Bhd., Ainuddin Hasim dan Musharuddin Mohd.

Sarimah yang merupakan Pengerusi Fablous Global Sdn. Bhd., yang memasarkan produk berasaskan minuman Stem Cell tumbuhan itu berkata, kini badannya terasa segar.

Katanya lagi, dia yakin dengan produk yang digunakan. Sebab itu, dia tidak menolak untuk melabur dalam syarikat yang memasarkan produk tersebut.

"Sebelum ini saya mendapat banyak tawaran menjadi duta pelbagai makanan tambahan tetapi saya tolak. Saya tidak mahu menipu orang ramai.

"Bagaimanapun apabila mencuba produk kesihatan berasaskan Stem Cell, saya tahu produk ini boleh membantu saya dan orang lain.

"Setelah mencuba dan merasai perubahannya, saya boleh bercerita pada orang lain. Selain membantu meringankan penyakit, saya juga ingin mengajak orang berniaga," katanya terus terang.

Dalam usaha untuk menguar-uarkan produk itu kepada orang ramai, Sarimah bersama barisan artis seperti Siti Nordiana, Boy Iman, Mama Rina, Din Belon dan Pian Cecupak akan menjayakan road tour.

Pada 8 Oktober, pukul 3 hingga 6 petang, mereka akan berada di Hotel Tower Regency, Ipoh, Perak, Suria Resort & Hotel, Johor Bahru (15 Oktober), Hotel Sri Malaysia, Kuantan, Pahang (22 Oktober) dan Sutera Inn, Kota Bahru (29 Oktober).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Jangan terlalu mendesak murid

Posted:

Jangan terlalu mendesak murid

Jangan terlalu mendesak murid

Oleh: MOHD. SHAH CHE AHMAD

TERTEKAN adalah situasi yang sering dihadapi oleh pelajar apabila menjelang peperiksaan. Keadaan itu akan mengakibatkan perubahan sikap dan tingkah laku mereka yang ketara seperti tidak selera makan, sensitif, tidak ingin bergaul dan sebagainya.

Masalah ini dikatakan boleh mengganggu tumpuan pelajar menghadapi peperiksaan malah boleh merosakkan masa depan mereka sendiri sekiranya tidak ditangani dengan baik.

Oleh itu, kebijaksanaan ibu bapa dan guru yang mendidik penting dalam memastikan dan memantau perkembangan mereka agar sentiasa dalam keadaan yang baik dan terurus.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya, Abdul Halim Abdullah berkata, selain memberi tunjuk ajar kepada murid, cabaran seorang guru adalah mengawasi mereka agar tidak berhadapan sebarang masalah ketika menjelang hari peperiksaan.

Katanya, guru perlu memahami keadaan pelajar dan tidak boleh terlalu mendesak sesuatu di luar kemampuan pelajar itu sendiri.

Malah guru perlu mengajar mereka dengan kaedah yang mudah untuk diterima dan difahami.

"Kebijaksanaan guru penting dalam mendidik dan mendorong kejayaan pelajar kerana di peringkat umur itu, mereka sangat memerlukan panduan yang jelas untuk membawa mereka kepada kejayaan," katanya kepada Mega, baru-baru ini.

Beliau ditemui pada majlis bacaan Yasin, solat hajat dan munajat sempena menghadapi tiga peperiksaan utama.

Peperiksaan itu adalah Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula hari ini, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 14 November ini dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mulai 21 November 2011.

Majlis itu anjuran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) dengan kerjasama Masjid Negara.

Abdul Halim berkata, salah satu kaedah terbaik bagi mengelak pelajar tertekan adalah melakukan solat hajat dan doa munajat seperti yang dianjurkan dalam majlis itu.

"Walaupun program solat hajat dan bacaan doa munajat telah diadakan di peringkat sekolah, namun dengan adanya majlis ini dapat mengumpulkan pelajar dari seluruh sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan untuk sama-sama bermunajat memohon pertolongan daripada Allah," kata guru agama itu.

Sementara itu, seorang bapa, Mohd. Amin Hashim berkata, mendidik anak bukanlah perkara yang mudah kerana ia merupakan amanah Allah dan ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan masa depan anak-anak.

Majlis itu katanya, dapat meningkatkan keyakinan anak sebagai persediaan dalaman mereka untuk menghadapi peperiksaan dengan tenang.

"Segala perbuatan kita akhirnya perlu kembali kepada Allah. Moga dengan majlis solat hajat dan doa munajat yang disertai pelajar bersama ibu bapa dan guru ini lebih dimakbulkan dan tercapai," katanya yang mengiringi anaknya, Muhammad Akram, bakal menduduki PMR.

Kulit lembap elak kedutan

Posted:

Kulit lembap elak kedutan

Kulit lembap elak kedutan

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR


Rawatan Terapi Intraceuticals Oksigen memberi kesan lebih ketara pada wanita berumur 30 tahun ke atas.


KECANTIKAN adalah satu topik yang subjektif untuk dibincangkan. Tetapi apabila ia diperkatakan sudah pasti insan bergelar wanita merupakan golongan yang akan memberi perhatian.

Walaupun sering disebut kecantikan sebenar lahir dari dalam diri seseorang, hakikatnya kecantikan luaran juga menjadi keutamaan.

Justeru, hari ini pelbagai cara digunakan termasuk melakukan pembedahan plastik, menyuntik kolagen, mengambil makanan tambahan dan sebagainya untuk mengekalkan kecantikan serta kesihatan diri.

Konsep kecantikan sebenar seharusnya bermula dengan kesihatan yang baik. Sebagai contoh, pengambilan banyak makanan yang mengandungi antioksida seperti buah-buahan mampu membantu menentang radikal bebas dan melindungi daripada kerosakan sel yang boleh mengakibatkan penuaan pramasa.

Pada masa yang sama, sebagai sebahagian daripada inspirasi untuk membantu orang ramai kekal cantik dan sihat, iHeal Medical Centre Kuala Lumpur memperkenalkan rawatan alternatif iaitu Rawatan Terapi Intraceuticals Oksigen.

Dalam erti kata lain, rawatan itu mentafsirkan bahawa kecantikan dan kesihatan sebenarnya mempunyai hubung kait antara satu sama lain.

Menurut pakar perubatan estetiknya, Dr. Abrizah Ousman, Rawatan Terapi Intraceuticals Oksigen adalah yang baik untuk meningkatkan penghidratan secara keseluruhan agar kulit sentiasa lembap dan halus sekali gus menghilangkan garis halus dan kedutan.

"Rawatan ini tidak sakit, mudah dan ringkas. Ia memberi kelembapan dan kesegaran serta-merta kepada kulit muka.

"Rawatan ini terdiri daripada tiga jenis gabungan serum iaitu rejuvenation hydrating infusion, opulence brightening infusion dan atoxelene anti-aging infusion," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, rawatan tersebut berasal dari Australia tetapi sangat popular di kalangan selebriti Hollywood sejak tahun 2001.

Katanya, apa yang membezakan rawatan tersebut dengan rawatan-rawatan lain ialah serum yang digunakan dapat meresap ke dalam kulit secara lebih berkesan melalui semburan di bawah tekanan hyperbarik oksigen berbanding dengan cucian biasa atau penggunaan produk kecantikan di rumah.

Rawatan ini juga sesuai untuk semua jenis kulit.

Jelas Dr. Abrizah, rawatan tersebut amat digalakkan bagi mereka yang mempunyai kulit kering, berkedut dan tidak bermaya kerana ia dapat mengembalikan kelembapan dan ketegangan.

Menurutnya, serum yang digunakan juga merupakan agen pelembap yang bagus.

"Antara bahan-bahan yang dikenal pasti dalam rawatan ini ialah asid hyaluronic, aloe vera, teh hijau, vitamin A, vitamin C, vitamin E, asid amino, panthenol, squalane, provitamin B5 dan banyak lagi.

"Dalam kulit kita sememangnya sudah mempunyai asid hyaluronik iaitu agen pelembap semula jadi namun kandungan ini akan beransur-ansur kurang selari dengan proses penuaan dan kesan persekitaran, jadi rawatan ini dapat mengembalikan kandungan agen pelembab di dalam kulit.

"Rawatan ini juga sebenarnya sesuai untuk mereka yang ingin menghadiri majlis-majlis sosial, karpet merah ataupun bagi mereka yang ingin bergelar raja sehari.

"Ini kerana sebaik sahaja rawatan yang dilakukan selesai, kulit kelihatan segar bermaya dan boleh terus bersolek dengan kesan solekan lebih rata serta kekal lama," katanya.

Bagi wanita-wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, rawatan itu pastinya memberikan satu keputusan yang baik di mana ia dapat melambatkan proses penuaan melalui peningkatan pengoksigenan pada kulit serta merangsang peredaran darah.

Selain itu, vitamin C dalam serum itu juga dapat mencerahkan rona kulit.

Perubahan-perubahan tersebut dapat dilihat sejurus selepas menjalani sesi rawatan yang hanya mengambil masa selama 45 minit.

Untuk mendapatkan kesan positif jangka masa panjang adalah digalakkan untuk melakukan rawatan ini setiap minggu untuk enam minggu berturut-turut.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved